pendahuluan kampung kalai

22
TAJUK: SEJARAH ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN KAMPUNG KALAI DARI TAHUN 1940 SEHINGGA TAHUN 2000. PENGENALAN KAMPUNG KALAI Lokasi kampung kalai terletak di daerah jeli, jeli merupakan sebuah jajahan terbaru yang telah di wujudkan di negeri Kelantan . pentadbirnnya telah bermula pada 1hb julai 1982 dan telah di naik taraf sebagai jajahan penuh pada 1hari bulan januari 1986 . daerah jeli merangkumi beberapa buah mukin iaitu mukim belimbing , mukim bunga tanjong , mukim jeli , mukim batu melintang , kuala balah , mukim lubok bongor dan mukim ayer lanas. Pada masa kini , jajahan jeli berada dalam keadaan baik di mana semua penduduk hidup dalam keadaan aman dan tenteram tanpa masalah yang rumit . Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand . Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik , Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula

Upload: muhamad-nordin

Post on 30-Dec-2014

165 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

TAJUK: SEJARAH ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN KAMPUNG KALAI DARI

TAHUN 1940 SEHINGGA TAHUN 2000.

PENGENALAN KAMPUNG KALAI

Lokasi kampung kalai terletak di daerah jeli, jeli merupakan sebuah jajahan terbaru yang

telah di wujudkan di negeri Kelantan . pentadbirnnya telah bermula pada 1hb julai 1982 dan

telah di naik taraf sebagai jajahan penuh pada 1hari bulan januari 1986 . daerah jeli merangkumi

beberapa buah mukin iaitu mukim belimbing , mukim bunga tanjong , mukim jeli , mukim batu

melintang , kuala balah , mukim lubok bongor dan mukim ayer lanas. Pada masa kini , jajahan

jeli berada dalam keadaan baik di mana semua penduduk hidup dalam keadaan aman dan

tenteram tanpa masalah yang rumit . Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara

Malaysia dengan Thailand. Bandar  Jeli  hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar

Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui

Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui

Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui

Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km

sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang. Dahulu Jeli mendapat jolokan ‘bandar

koboi latin‘ tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak

dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan

Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan

Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta. Bandar Jeli juga telah mengalami

perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli

Page 2: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To’Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015

mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus

kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta

pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Barat yang menghubungkan Kelantan

dengan Grik, Perak. pembangunan jajahan jeli yang telah meningkat dengan mendadak akan

menyebbkan masyarakat jeli dapat mengecapi pembangunan yang telah sedia ada. Menurut

banjian yang telah dilakukan oleh jabatan pendaftaran Negara (JPN) ,Penduduk Jeli adalah

seramai 46,700 orang (2009). Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah

Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum

Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. [1]Peratusan penduduk

Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.

Page 3: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

KAWASAN KAJIAN YANG DIPILIH

Kawasan yang dipilih untuk kajian sejarah ialah Kampung Kalai, Kampung kalai terletak

kira-kira 30 kilometer dari Bandar Jeli dan boleh dihubungi melalui lebuh raya Utara-Timur dari

Grik ke Kota Bharu. Selain itu, sebuah gunung batu yang besar dan dikenali dengan nama

Gunung Reng menjadi tanda arah untuk pengunjung melalui jalan tersebut. Sebaik sahaja

kelihatan gunung tersebut, maka menandakan lokasi Kampung Kalai semakin hampir.

Pengunjung yang melalui jalan tersebut perlu memasuki simpang masuk ke Batu Melintang, Jeli

dan terus bergerak sehingga bertemu simpang masuk ke Kampung Kalai. 

Klinik Desa Kalai terletak kira-kira 400 meter dari Sekolah Kebangsaan Kalai yang terletak di

tengah-tengah kawasan kampung.  Kedudukan kampung tersebut yang terletak di sebuah lembah

di antara gunung-ganang memberi panorama indah kepada mereka yang berkesempatan ke sini.

SEJARAH AWAL DAN PENUBUHAN KAMPUNG KALAI

Mengikut maklumat yang diberikan, Pada zaman dahulu sebelum merdeka tahun 1957,

kampung kalai dibawah wilayah siam yang diperintah oleh raja yang dikenali sebagai Alfaz

ketika itu yang berkuasa di kampung kalai ini. Oleh itu, nama kampung kalai berasai dari

perkataan siam terdahulu yang pernah tinggal di kampung kalai ini. Selain itu, orang melayu

yang berada di kampung kalai ini pada zaman dahulu hanyalah sebagai hamba kepada orang-

orang siam untuk menjaga kebun,binatang ternakan,sawah padi mereka dan keperluan lain.

Orang-orang melayu yang datang menjadi hamba orang siam di kampung kalai ini adalah orang-

Page 4: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

orang pelarian atau yang telah dibuang dan dipulau oleh negeri masing-masing kerana telah

melakukan jenayah seperti membunuh,merompak dan sebagai nya.

Setelah itu, british datang ke tanah melayu pada abad ke-18 dan berjaya menjajah tanah

melayu, british telah membetulkan sempadan tanah melayu termasuklah negeri kelantan dengan

siam termasuklah kampung kalai. Dalam melakukan pembetulan sempadan tanah melayu dengan

siam telah berlaku pentukaran wilayah antara tanah melayu dengan siam bagi untuk

memudahkan pembetulan sempadan dilakukan.Mengikut sumber yang diperolehi, kampung kalai

telah ditukar menjadi wilayah tanah melayu dan kampung jehem pada masa itu ditukar menjadi

wilayah siam. Oleh sebab itu, orang-orang siam yang tinggal di kampung kalai ketika itu telah

pulang ke negeri siam. Mereka tidak membawa sekali harta benda dan barang-barang seperti

kubau,lembu, dan sebagainya ketika pulang ke negeri siam. Selain itu, mereka mengagap harta

benda dan barang-barang yang telah ditinggalkan itu telah diberikan kepada hamba-hamba

mereka ketika itu di kampung kalai.mengikut maklumat yang diperolehi antara nama orang-

orang kampung terdahulu yang pernah menjadi hamba kepada siam ialah PENGHULU

ALI,YASAT,DAN PADOR CHE HAMID.

Pada tahun 1941 pula Jepun telah mendarat di kota bharu untuk mengambil alih tanah

melayu dengan slogan seperti “Asia untuk orang Asia dan semangat Asia”2 dan telah berjaya

menjajah tanah melayu dari pihak british. Pada 15 Februari 1942 tentera british telah menyerah

kalah kepada tentera jepun dan Leftenan Jeneral A.E Percival menyerah diri kepada Leftenan

Jeneral Tomoyuki Yamashita di Singapura3. Pada masa itu penduduk kampung kalai berasa

Page 5: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

bimbang dan takut kerana pihak jepun menjajah tanah melayu dengan kejam. Mengikut

maklumat yang diberikan kebanyakan penduduk kampung kalai telah melarikan diri ke Tobak

salah sebuah kampung dalam wilayah Siam yang berhampiran dengan kampung kalai.

Menjelang tahun 1945, tentera bersekutu mendesak jepun menyerah diri tetapi mereka enggan.

Tentera bersekutu kemudianya telah menggugurkan Bom Atom di Hiroshima pada 6 ogos 1945

dan 9 ogos tahun yang sama di Nagasaki, Akhirnya jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat

pada 15 ogos 19455 dan penduduk kampung kalai telah kembali semula di kampung kalai yang

telah mereka tinggalkan harta benda pada zaman jepun dahulu.

Setelah itu,mengikut maklumat yang diperolehi pada tahun 1948 pegawai daerah iaitu Encik

Mat Yakut telah membuka kampung kalai baru di kampung kalai.Beliau telah mengistihakan

kepada penduduk kampung daerah lain untuk datang ke kampung kalai untuk membuka

petempatan baru iaitu kampung kalai baru. Mengikut maklumat yang diberikan antara penduduk

daerah yang datang untuk membuka kampung kalai baru ialah daerah Tumpat, Pasir mas ,

Machang dan banyak lagi.

Selain itu, mengikut maklumat yang diberikan oleh penduduk kampung kalai, pegawai

daerah ketika itu Encik Mat Yakut telah memberikan tanah secara percuma kepada mereka yang

telah datang untuk mrmbuka kampung kalai baru ini. Mengikut maklumat yang diperolehi lagi

pegawai daerah ketika itu Encik Mat Yakut telah memberikan tanah sebanyak 2 ekar bagi tanah

dusun, 6 ekar bagi tanah getah dan lot rumah suku ekar tanah kepada mereka.

Page 6: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

Seterusnya, mengikut maklumat di berikan mereka yang datang untuk membuka kampung

kalai baru ini, perlu membuat basar sebagai tempat tinggal sementara bagi menyiapkan tanah-

tanah yang diusahakan oleh mereka yang telah diberikan oleh pegawai daerah untuk membuka

kampung kalai baru. Mengikut maklumat yang di perolehi mereka yang mengusahakan tanah ini

terpaksa pulang seminggu sekali ke kampung asal dan mengikut maklumat diberikan ada di

antara mereka tidak sanggup berbuat demikian. Oleh sebab itu, ada di antara mereka mengambil

jalan mudah dengan menjual tanah yang diusahakan oleh mereka kepada orang lain dengan

harga sebanyak RM 30 sahaja ketika itu, sebagai upah menebas.

Selepas itu,pada tahun 1948 komunis datang ke tanah melayu untuk mengambil tanah

melayu.Oleh itu, megikut maklumat yang diberikan pada tahun 1958 kampung kalai telah

membina pagar yang luas bagi mengeliginin kampung kalai daripada pihak komunis yang aktif

di dalam hutan-hutan yang berhampiran kampung kalai. Hal ini kerana kampung kalai ialah salah

sebuah kampung yang berhampiran dengan hutan gerik yang merupakan kawasan hitam kerana

pihak komunis aktif di kawasan tersebut.

Pada tahun 70an pula, mengikut maklumat diberikan, kampung kalai telah beransur-ansur

maju. Hal ini kerana kerajaan Malaysia telah membina jalan raya di kampung kalai bagi

mengantikan jalan-jalan tanah di tepi-tepi sungai bagi memudahkan tentera dan orang luar untuk

memasuki ke kampung kalai. Mengikut sumber yang diperolehi pula pada tahun 80an kerajaan

malaysia telah membina masjit baru bagi mengantikan masjit yang dahulu untuk memberi

Page 7: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

keselesan kepada penduduk kampung kalai dan tapak masjit serta jalan masih kekal hingga ke

hari ini Cuma telah di baik pulih beberapa kali bagi keselesaan penduduk.

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN KAMPUNG KALAI

DARIPADA 40-AN HINGGA KE TAHUN 90-AN.

EKONOMI PETANIAN PADA TAHUN 40-AN.

Mengikut temu ramah yang di lakukan,pada peringkat awal kegiatan petanian di

kampung kalai pada tahun 40-an hanyalah bergantung kepada sawah padi dan menanam

janggun sahaja kerana pada tahun 40-an sumber yang utama hanyalah sawah padi dan

penanaman janggun bagi menyara kehidupan seharian mereka. Kebanyakan penduduk

kampung kalai menjalankan kegiatan pertanian pada tahun 40-an hanyalah secara sara

diri kerana tanaman seperti janggun dan sawah padi adalah makanan asasi mereka.

Selain itu, kawasan tanah-tanah hutan yang luas di kampung kalai itu,telah

digunakan oleh penduduk kampung kalai bagi menjalankan kegiantan petanian seperti

sawah padi dan penanaman janggun pada tahuan 40-an..Mengikut temu ramah yang di

lakukan daripada penduduk kampung kalai,mereka menanam sawah padi dan janggun

dengan banyak bagi untuk disimpan pada musim ketujuh kerana padi dan janggun adalah

makanan yang asasi oleh penduduk kampung kalai pada tahun 40-an.Namun, begitu

Page 8: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

terdapat beberapa halangan dalam penanaman mereka, seperti penanaman janggun dan

padi sering di makan oleh burung-burung dan di musnahkan oleh bencana alam seperti

banjir, kerana kampung kalai terdapat nya sungai tadoh yang menghubungkan kampung

kalai dengan wilayah siam dan beberapa kampung lain seperti Kampung Lalat,Kampung

Batu Melintang dan Kampung Gunung Reng.Oleh itu, Kampung Kalai sering dilanda

banjir yang mengakibatkan kemusnahan tanaman mereka pada tahun tersebut.

Seterusnya,pada abad ke-18 pihak british telah datang ke tanah melayu dan

menjajah tanah melayu serta secara langsun bihak british telah masuk ke negeri

Kelantan dan telah sampai ke Kampung Kalai. , pihak British telah

memperkenalkan tanaman baru seperti tanaman getah dan kelapa sawit . Tanaman

getah dan kelapa sawit ini merupakan hak milik British , pihak British akan

mengagikan anak getah untuk ditanam di tempat yang ditetapkan oleh Biritsh dan

orang-orang melayu bekerja sebagai penoreh getah . Penduduk kampung juga di

larang unutk memiliki getah dan menanam getah sendiri kerana pihak British

khuatir orang-orang melayu akan memperoleh kekayaan dan tidak mahu bekerja

dengan mereka lagi.

Page 9: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

EKONOMI PERTANIAN PADA TAHUN 90-AN.

Mengikut temu ramah yang dijalankan,kegiatan petanian yang dilakukan oleh

penduduk kampung kalai pada tahun 90-an hanyalah tertumpu kepada penanaman

getah.kebanyakan mereka tidak lagi menanam janggun dan membuat sawah padi

kerana pada tahun 90-an ini tanaman seperti itu tidak lagi menguntukan penduduk dan

mendapat hasil yang memuaskan kerana bentuk muka bumi di kampung kalai ini tidak

sesuai dengan penanaman padi. Oleh itu, Mereka lebih tertumpu untuk mengerjakan

getah dan kelapa sawit kerana lebih mudah dan boleh mendapatkan keuntungan yang

besar. Oleh itu , penanaman padi dan kelapa sawit telah ditanam secara meluas

disamping muka bumi yang berbukit- bukau dan sesuai untuk tanaman getah dan

kelapa sawit.

Pekerjaan utama penduduk Kampung Kalai ialah menoreh getah. Hampir

kesemua penduduk di kampung tersebut terlibat dalam pekerjaan yang diwarisi

daripada nenek moyang mereka. Jumlah keluasan kebun getah di Kampung Kalai

besar sehingga membuatkan ramai antara pemiliknya terpaksa mengupah orang

untuk menoreh di kebun getah mereka.

Seterusnya, mengikut maklumat yang dapat melalui temu ramah, harga getah

pada masa ini tidak stabil antara RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram sedikit

menggusarkan hati penduduk. Malah, hasil tanaman mereka juga turut dipengaruhi

oleh keadaan cuaca yang tidak menentu dan kekerapan hujan menjadikan pendapatan

Page 10: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

penduduk berkurangan.

Selain menoreh, ramai penduduk kampung kalai mendulang emas bagi mencari

pendapatan sampingan. Salah seorang daripada mereka, Salmah Musa mendulang

emas pada setiap hari dan lazimnya menghabiskan masa selama empat jam

mendulang di kawasan kaki gunung berdekatan kampung. Hasilnya, beliau mampu

memperoleh pendapatan antara RM30.00 ke RM60.00 setiap hari.

Seterusnya, projek penanaman getah merupakan aktiviti ekonomi berasaskan

pertanian utama di Kampung Kalai pada tahun 90-an . Keluasan tanah kebun getah

milik semua penduduk melebihi 50 hektar dan kebanyakan daripada penduduk

bekerja sebagai penoreh. Pokok getah milik penduduk Kampung Kalai ditanam

menggunakan anak pokok yang biasanya diperoleh daripada Pihak Berkuasa

Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). RISDA akan memberi bantuan nasihat

dan bimbingan kepada pemilik kebun getah yang memerlukan pertolongan sejak dari

pokok ditanam sehinggalah kepada urusan jual beli hasil getah sekiranya perlu.

Jumlah pendapatan bulanan penduduk di kampung ini bergantung pada harga

semasa pasaran getah yang tidak menentu. Walaupun begitu, mereka tetap cekal

menghadapi cabaran itu kerana pekerjaan sebagai penoreh getah sudah menjadi darah

daging kepada penduduk Kampung Kalai.

Page 11: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

EKONOMI PERLOMBONGAN

Mengikut temu ramah dengan penduduk kampung kalai, Aktiviti perlombongan

adalah satu aktiviti baharu yang mana pada peringkat awal kampung Kalai tidak

melakukan aktiviti ini . Perlombongan dijalankan bermula sejak kedatangan British

pada abad ke – 18 . pihak British telah memperkenalkan aktiviti lombong emas di

kampung kalai setelah mendapati kampung Kalai kaya - raya dengan hasil bumi ini

iaitu emas. Oleh itu pihak British telah memonopoli perusahaan lombong emas pada

ketika itu secara besar – besaran . mereka telah membina lembah perlombongan yang

besar dan menggunakan alatan moden untuk melombong emas tersebut seperti

peralatan kapal korek , kincir air dan sebagainya. Pihak British juga telah

memasukkan ramai orang dari Negara-negara luar untuk bekerja sebagai buruh di

kampung kalai, antaranya dari Negara China dan India. Masyarakat cina yang di

bawa masuk ini bekerja sepenuhnya buruh lombong emas manakala oranag India

pula segelintir sahaja yang menjadi buruh lombong emas kerana ramai antara mereka

melibatkan dengan pekerjaan lain. Setelah tanh melayu merdeka , pelombongan emas

telah dikuasai oleh masyarakat cina kerana mereka telah mendapat kerakyatan di

tanah melayu. Perlombongan yang dijalankan oleh masyarakat cina telah

berkembang maju dan membawa keuntungan yang besar kepada mereka. Malah

semakin ramai perusahaan orang cina yag telah membuka tapak perlombongan baru

Page 12: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

di kampung kalai , hal ini menyebabkan ramai juga orang melayu di kalai telah

mengambil kesempatan untuk menjadi pekerja sebagai buruh perlombongan dengan

taukey cina. Walau bagaimanapun , perlombongan emas oleh masyarakat cina tidak

berterusan kerana mereka telah menghentikan aktiviti lombong ini dan keluar

daripada kampung Kampung Kalai. Aktiviti lombong emas pada masa kini dapat

dilihat diusahakan secara kecil- kecilan oleh masyarakat melayu di kampung Kalai.

Namun begitu aktiviti ini tetap dijalankan oleh orang melayu dengan menggunakan

modal persendirian sehingga sekarang.

PEMBAGUNAN DAN PENDIDIKAN DI KAMPUNG KALAI.

KELINIK KAMPUNG KALAI

Mengikut maklumat di berikan klinik kampung kalai telah di tumbuhkan pada tahun 60-

an untuk memberi keselesaan kepada penduduk kampung kalai. penduduk Kampung Kalai

bertuah kerana boleh mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa (KD)

Kalai tanpa perlu pergi jauh. Kemesraan dan komitmen dua Jururawat Masyarakat (JM) yang

bertugas di KD tersebut membuatkan pesakit yang datang mendapatkan perkhidmatan berasa

selesa dan berpuas hati.

JM Azizah Abdullah telah bertugas selama 14 tahun di sini, manakala JM

Normala Hassan mula berkhidmat di KD Kalai sejak dua tahun lalu. Mereka berdua berkongsi

memikul tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan seperti pemeriksaan ibu hamil, kanak-

Page 13: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

kanak dan rawatan kecederaan ringan.Setiap bulan, doktor dari Klinik Kesihatan Jeli akan

berkunjung ke KD Kalai bagi melakukan pemeriksaan kesihatan secara lanjut dan menangani

kes-kes kesihatan serius. Masalah kesihatan yang serius akan segera dirujuk kepada Hospital Jeli.

KEMUDAHAN INFRASTRUTUR DI KAMPUNG KALAI

Mengikut maklumat yang diperolehi, kira-kira 400 penduduk Kampung Kalai, Jeli

bersyukur kerana sebuah jambatan konkrit baru yang menghubungkan kampung tersebut

dengan Seberang Kalai telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh penduduk kampung.

Jambatan sepanjang 80 meter yang menelan kos hampir RM1.46 juta itu telah dimulakan

pembinaannya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 2010 dan kini berfungsi

sebagai laluan utama penduduk. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung Persekutuan (JKKKP) Kalai, Mohd Baharudin Mat Daud, sebelum ini jambatan sedia

ada telah tiga kali dibaiki kerana rosak akibat banjir. Kini beliau berharap agar jambatan yang

baru siap dibina ini tahan lama dan selamat untuk digunakan penduduk Kg Kalai sebagai nadi

perhubungan mereka.

Tambah Mohd Baharudin, selain memberi kemudahan kepada penduduk untuk berulang alik ke

destinasi masing-masing, jambatan itu juga berfungsi membantu penduduk membawa hasil

pertanian masing-masing seperti getah, sayur-sayuran dan buah-buahan ke pekan dan ke

kawasan luar Jeli untuk dijual, selain menjadi laluan bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK)

Kalai. Penduduk Kg Kalai turut bertuah kerana pada 29 Julai 2011 lalu telah berlangsung majlis

perasmian jambatan tersebut yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri

Page 14: PENDAHULUAN KAMPUNG KALAI

Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr. Azmi Setap dan Penolong Pengarah JPS

Negeri Kelantan, Zulkifl Mat Amin. Menurut salah seorang penduduk, Rohani Shapien,

jambatan konkrit baru itu telah berjaya menyelesaikan masalah penduduk memandangkan

jambatan yang digunakan sebelum ini kecil dan sempit.

.

PEKEMBANGAN PENDIDIKAN DI KAMPUNG KALAI

Mengikut maklumat yang didapati bahawa sistem pendidikan secara teratur di kampunng

kalai hanya bermula pada tahun 40-an.Ianya bermula setelah satu pondok telah di tumbuhkan di

kampung kalai. Mengikut maklumat yang diberikan ianya di asaskan oleh TUK HAJI ISMAIL

atau lebih dikenali sebagai “TOK AYAH” oleh penduduk kampung kalai. TUK HAJI ISMAIL

yang berasal dari Kota Bharu telah datang ke kampung kalai setelah berkhawin dengan BIDAH

BINTI YASAT, salah seorang penduduk kampung kalai dan beliau mula menetap di kampung

kalai. Beliau mula mengaja Al Quran sepanjang masa setelah didesak oleh penduduk kampung

kalai kerana pada masa itu kekurangan orang yang mahir dalam bidang ilmu islam tapi setelah

datang nya TUK HAJI ISMAIL telah merubah segalanya dan beliau berjaya mengajar penduduk

kampung kalai sehingga dapat menjadi guru yang lain kepada penduduk yang lain. Mengikut

maklumat yang diperolehi TUK HAJI ISMAIL telah meninggal dunia pada tahun ( 1992 ) dan

di taman di kubur lama di kampung kalai, Seterusnya, pada tahun 2000 kerajaan Malaysia telah

membina bangunan sekolah baharu bagi mengantikan sekolah lama di kampung kalai.