laporan harian perkhemahan

6
Laporan Harian Perkhemahan Pada 4 hingga 7 September 2012, perkhemahan perdana badan beruniform IPG Kampus Ilmu Khas telah diadakan. Seramai 220 orang peserta telah mengikuti aktiviti perkhemahan ini yang melibatkan badan beruniform Pengakap, Pandu Puteri, BSMM, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah selama empat hari tiga malam tersebut. Hari Pertama 4 September 2012 Pada 4 September 2012, tepat pukul 7.45 pagi, kami telah berkumpul di hadapan Blok Harmoni. Sebelum menunggu kedatangan bas, kami telah memuat naik barangan perkhemahan ke dalam lori. Semua barang telah siap dimuat naik tepat pukul 8.00 pagi. Pukul 8.45 pagi, kami telah berkumpul mengikut unit masing-masing dan tepat pukul 9.00 pagi, kami menaiki bas dan bertolak ke destinasi yang hendak dituju iaitu di kem perkhemahan Ulu Yam. Selama 30 minit kami berada di dalam bas dan akhirnya kami sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sesudah sampai, kami telah diasingkan oleh kem komander untuk mengikut unit masing- masing ke tapak perkhemahan yang telah disediakan. AJK peralatan mengagihkan khemah kepada peserta kem dan sejurus selepas itu, khemah didirikan. Pada pukul 1.00 petang, satu taklimat telah diadakan tentang aktiviti yang bakal kami hadapi dan kami telah dibenarkan untuk pulang ke khemah masing-masing untuk aktiviti

Upload: arehlaa

Post on 03-Aug-2015

166 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Harian Perkhemahan

Laporan Harian Perkhemahan

Pada 4 hingga 7 September 2012, perkhemahan perdana badan beruniform IPG

Kampus Ilmu Khas telah diadakan. Seramai 220 orang peserta telah mengikuti aktiviti

perkhemahan ini yang melibatkan badan beruniform Pengakap, Pandu Puteri, BSMM,

Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah selama empat hari tiga malam tersebut.

Hari Pertama

4 September 2012

Pada 4 September 2012, tepat pukul 7.45 pagi, kami telah berkumpul di hadapan

Blok Harmoni. Sebelum menunggu kedatangan bas, kami telah memuat naik barangan

perkhemahan ke dalam lori. Semua barang telah siap dimuat naik tepat pukul 8.00 pagi.

Pukul 8.45 pagi, kami telah berkumpul mengikut unit masing-masing dan tepat pukul

9.00 pagi, kami menaiki bas dan bertolak ke destinasi yang hendak dituju iaitu di kem

perkhemahan Ulu Yam.

Selama 30 minit kami berada di dalam bas dan akhirnya kami sampai ke

destinasi yang hendak dituju. Sesudah sampai, kami telah diasingkan oleh kem

komander untuk mengikut unit masing-masing ke tapak perkhemahan yang telah

disediakan. AJK peralatan mengagihkan khemah kepada peserta kem dan sejurus

selepas itu, khemah didirikan. Pada pukul 1.00 petang, satu taklimat telah diadakan

tentang aktiviti yang bakal kami hadapi dan kami telah dibenarkan untuk pulang ke

khemah masing-masing untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya ialah membuat

gajet seperti ampaian, rak kasut, pagar, pintu gerbang serta tempat menyimpan barang.

Kami telah dibenarkan untuk rehat sehingga ke malam hari.

Setelah selesai solat isyak, kami telah berkumpul di dewan untuk sesi bersama

Tuan Kahar. Antara aktiviti yang dilakukan ialah bantu mula, kompas, ikatan dan

simpulan. Tepat pukul 12.00 tengah malam, kami bersurai.

Page 2: Laporan Harian Perkhemahan

Hari Kedua

5 September 2012

5 September merupakan hari kedua perkhemahan kami. Kami bangun seawal

pukul 5.30 untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai, kami

diberi masa untuk mengurus diri sebelum aktiviti senaman pagi dijalankan. Selepas itu,

kami berbaris untuk upacara menaikkan bendera KRS. Aktiviti kami pada pagi ini ialah

survival. Kami telah masuk ke dalam hutan dan mendaki bukit yang agak tinggi. Pada

pagi itu, kami telah diiringi oleh Tuan Sohaimi, Tuan Azizah, Encik Chia, Encik Bahar

serta Pak Cik Hamid.

Untuk aktiviti ini, kami hanya dibekalkan dengan beras, ubi kentang dan telur

sebagai makanan kami. Sesampainya di kawasan lapang, kami semua talah memasak

makanan yang telah disediakan. Setelah itu, kami bergerak pulang ke tapak

perkhemahan. Kami sampai ke tapak perkhemahan lebih kurang pukul 2.00 petang.

Kami diberi masa untuk mengurus diri dan seterusnya, kami telah belajar berkawad dan

membuat latihan ikatan dan simpulan kerana ini semua akan di nilai pada keesokan

harinya.

Pada malam harinya pula, setelah selesai solat isyak berjemaah, kami

berkumpul di dewan untuk sesi bersama Tuan Kahar dan Tuan Azizah. Kami telah

mempelajari istiadat bersama Tuan Azizah. Selepas itu, Tuan Kahar telah menjalankan

ujian bertulis kepada kami semua. Selesai semuanya, kami bersurai.

Page 3: Laporan Harian Perkhemahan

Hari Ketiga

6 September 2012

Hari ini hari ketiga di mana kami dikehendaki untuk menduduki ujian yang

membolehkan kami ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Setelah selesai solat subuh

dan tazkirah pagi, kami mengikuti aktiviti senaman pagi yang dipimpin oleh saudara

Najwa dan Amirah. Selepas itu, kami berbaris untuk upacara menaikkan bendera.

Tepat pukul 9.00 pagi, kami telah berkumpul mengikut stesen masing-masing

untuk mengikuti ujian yang telah ditetapkan. Bagi kami kumpulan A, kami menduduki

ujian ikatan dan simpulan terlebih dahulu sebelum bergerak ke bantu mula, kompas,

kawad dinamik serta kawad statik.

Kami selesai melakukan ujian ini tepat pada pukul 1.00 petang. Setelah itu, kami

dibenarkan untuk bersurai dan berehat. Pada pukul 4.00 petang, kami membuat latihan

untuk persembahan pada malam tersebut. Pada pukul 8.30 malam, malam

persembahan telah bermula dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Setelah itu, kami

semua dibenarkan untuk bersurai.

Hari Keempat

7 September 2012

Seperti biasa, kami bangun pada pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh

secara berjemaah. Setelah itu, kami berkumpul untuk berbincang mengenai break

camp, dan mengenai peralatan. Aktiviti penutup dijalankan pada pukul 10.00 pagi dan

kami telah bersurai pada pukul 11.30 pagi. Tepat pukul 12.30 tengah hari, kami

bergerak pulang ke IPG Kampus Ilmu Khas.

Page 4: Laporan Harian Perkhemahan

Refleksi

Refleksi ialah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan

aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya

yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan

kegunaan di masa hadapan. Sepanjang perkhemahan ini dijalankan, banyak perkara

yang telah saya timba dan pelajari. Dari bermulanya aktiviti perkhemahan hinggalah

kepada berakhirnya perkhemahan. Jika dilihat, disiplin, kerjasama dan rasa

tanggungjawab adalah nilai yang paling banyak wujud semasa perkhemahan ini

berlangsung.

Semasa pemasangan khemah, kami telah bekerjasama membantu antara satu

sama lain untuk memasang dan menaikkan khemah. Walaupun kami ditegur oleh Tuan

Kahar, tetapi semangat kami tidak luntur dan kami pantas menyusun kembali

kedudukan khemah agar kelihatan kemas dan tersusun. Begitu juga semasa membuat

gajet. Kami semua telah bertungkus-lumus menyiapkan gajet walaupun hujan turun

dengan lebatnya dan rata-rata daripada kami basah kuyup untuk menyiapkan gajet

tersebut. Ini menunjukkan bahawa kami mempunyai semangat setiakawan yang tinggi

dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Masa itu emas. Inilah kelemahan yang paling ketara yang boleh dilihat.

Ketepatan masa masih tidak memuaskan. Banyak aktiviti yang mengikut jadual

terpaksa dilajakkan. Dengan itu, perkara ini haruslah dijadikan sebagai pengajaran agar

ianya tidak berulang lagi, lebih-lebih kepada bakal guru yang hendak menaburkan bakti

kepada anak-anak bangsa pada masa hadapan.

Selain itu juga, perkara lain yang boleh dipelajari ialah bersyukur dengan rezeki

yang ada. Sebagai contoh, semasa aktiviti survival, walaupun hanya dibekalkan dengan

beras, telur dan kentang, kita hendaklah bersyukur dan menerimanya dengan hati yang

terbuka. Dengan itu, kita boleh merasai kesusahan orang lain serta situasi ini boleh

digunakan jika kita tersesat di dalam hutan.

Page 5: Laporan Harian Perkhemahan

Olej itu, perkhemahan ini banyak mendatangkan manfaat kepada kami. Masih

banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki di dalam diri kami. Untuk menjadi guru yang

cemerlang, kita hendaklah tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan serta cabaran.

Perkhemahan ini telah berjaya mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama yang

tinggi di samping menjadikan kami manusia yang berdedikasi. Kami juga dianggap

sebagai satu keluarga yang kuat ikatannya. Kadet Remaja Sekolah merupakan yang

cemerlang merupakan wawasan kami agar kami menjadi pemimpin yang digeruni.