laporan hari usahawan

4
SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG, KM 28 JALAN KUANG, 48050 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN LAPORAN AKTIVITI UNIT PENDIDIKAN KHAS NAMA PROGRAM : Hari Usahawan Pendidikan Khas TARIKH PROGRAM : 14.5.2014 – 16.5.2014) (Rabu, Khamis & Jumaat) MASA : 3 hari TEMPAT PROGRAM : Pondok dihadapan Blok Pendidikan Khas SK Kuang. PESERTA : 1. 36 orang murid pendidikan khas 2. 10 orang guru pendidikan khas 3. 4 pembantu pengurusan murid (PPM) RASIONAL : Pelaksanaan program ini bertujuan memberi peluang Kepada murid-murid pendidikan khas intergrasi masalah pembelajaran ini untuk memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah melalui pengalaman sambil dengan menjalankan aktiviti

Upload: apihmung

Post on 21-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Laporan Hari Keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Usahawan

SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG,

KM 28 JALAN KUANG,

48050 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN AKTIVITI UNIT PENDIDIKAN KHAS

NAMA PROGRAM : Hari Usahawan Pendidikan Khas

TARIKH PROGRAM : 14.5.2014 – 16.5.2014)

(Rabu, Khamis & Jumaat)

MASA: 3 hari

TEMPAT PROGRAM : Pondok dihadapan Blok Pendidikan Khas SK Kuang.

PESERTA : 1. 36 orang murid pendidikan khas

2. 10 orang guru pendidikan khas

3. 4 pembantu pengurusan murid (PPM)

RASIONAL : Pelaksanaan program ini bertujuan memberi peluang

Kepada murid-murid pendidikan khas intergrasi masalah

pembelajaran ini untuk memperolehi pembelajaran di luar bilik

darjah melalui pengalaman sambil dengan menjalankan aktiviti

berjual beli. Program yang dirancang ini bukan sahaja boleh

membentuk minat belajar namun ianya mampu mewujudkan

pembelajran berkesan dengan aktiviti jual beli secara langsung

dalam kalangan murid pendidikan khas. Aktiviti ini juga memberi

keyakinan pada murid Pendidikan Khas untuk berinteraksi dan

berkomunikasi.

Page 2: Laporan Hari Usahawan

OBJEKTIF :1. Mendedahkan murid pendidikan khas mengenali nilai wang.

2. Sebagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.

3. Memupuk minat belajar dalam bidang perniagaan.

IMPAK : 1. murid mendapat pelbagai pengetahuan berdasarkan

pengalamannya sendiri melalui aktiviti yang diikuti seperti jual

beli.

2. Dapat mewujudkan suasana gembira dan menarik melalui

aktiviti yang maujud.

3. Melatih murid supaya lebih berdisiplin, mematuhi arahan guru

bersemangat , sentiasa menghormati guru serta rakan ,dan

mengetahui nilai wang.

PENAMBAHBAIKKAN

1. Merancang dan menambah kemahiran nilai wang.

2. Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal.

3. Memberikan penekanan terhadap pengurusan diri murid.

PENUTUP : Aktiviti jualan ini telah memberikan banyak manfaat

serta pengalaman bermakna kepada murid-murid Pendidikan

Khas Intergrasi SK Kuang.

Disediakan oleh

.................................................

(Puan Darimah Bt Abdul Aziz)

Setiausaha Hari Usahawan PPKI

Page 3: Laporan Hari Usahawan