hari guru-laporan 2015

6
SAMBUTAN HARI GURU 2015 SJK (T) LADANG TELUK BARU, 36300 SUNGAI SUMUN, PERAK. LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU 2015 SJK (T) Ladang Teluk Baru telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada 18 Mei 2015. Majlis ini telah diadakan pada hari Isnin bermula jam 10.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan melahirkan kemesraan antara ibubapa,guru-guru,murid-murid dan kakitangan SJKTLTB. Pada pukul 10.30 pagi murid-murid dan ahli PIBG berkumpul di kelas yang diubahsuai dijadikan sebagai dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan Thamilvaltzu, nyanyian lagu Negara ku dan nyanyian lagu negeri Perak. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn.M.Thamayanthi. Guru Besar telah merasmikan program Hari Guru secara rasminya dan memberi ucapan hari guru. Ketua murid sekolah iaitu adik M.Lalithambigai telah memberi ucapan wakil murid diikuti oleh ucapan daripada YDP PIBG SJKTLTB, iaitu En.Aruldas. Beliau telah berterima kasih kepada semua guru atas jasa baik mereka terhadap sekolah ini. Selepas itu, guru-guru membacakan Ikrar Guru dan menyanyikan Lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Agenda seterusnya ialah persembahan koir yang dilatih dibawah Panitia Muzik. Seterusnya, wakil murid dari tahun 1 1

Upload: kalpana-do-ramasamy-pillai

Post on 13-Sep-2015

291 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laporan hari guru

TRANSCRIPT

SAMBUTAN HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU2015

SJK (T) LADANG TELUK BARU,36300 SUNGAI SUMUN, PERAK.LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU 2015

SJK (T) Ladang Teluk Baru telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada 18 Mei 2015. Majlis ini telah diadakan pada hari Isnin bermula jam 10.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan melahirkan kemesraan antara ibubapa,guru-guru,murid-murid dan kakitangan SJKTLTB.Pada pukul 10.30 pagi murid-murid dan ahli PIBG berkumpul di kelas yang diubahsuai dijadikan sebagai dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan Thamilvaltzu, nyanyian lagu Negara ku dan nyanyian lagu negeri Perak. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn.M.Thamayanthi. Guru Besar telah merasmikan program Hari Guru secara rasminya dan memberi ucapan hari guru. Ketua murid sekolah iaitu adik M.Lalithambigai telah memberi ucapan wakil murid diikuti oleh ucapan daripada YDP PIBG SJKTLTB, iaitu En.Aruldas. Beliau telah berterima kasih kepada semua guru atas jasa baik mereka terhadap sekolah ini. Selepas itu, guru-guru membacakan Ikrar Guru dan menyanyikan Lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat.Agenda seterusnya ialah persembahan koir yang dilatih dibawah Panitia Muzik. Seterusnya, wakil murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah mempersembahkan sebuah tarian yang menarik. Murid tahun 2 mendeklamasikan sebuah sajak yang bertemakan Hari Guru.Guru-guru dan juga para ibubapa terhibur dengan persembahan murid-murid. Seterusnya aktiviti sukaneka telah dijalankan. Guru-guru, ibubapa dan murid-murid telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut. :- Dart and balloon Poison box + guess the actionGuru-guru, murid-murid dan para ibubapa telah mengambil bahagian secara aktif dan memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Setelah selesai main, markah diumumkan dan ketiga-ketiga kumpulan diberikan hamper. Setelah berakhir acara penyampaian hadiah, sesi pemotongan kek hari guru berlangsung. Adun Bagan Datoh, YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiahkan kek khas bagi Hari Guru untuk guru-guru SJKTLB. Selepas sesi pemotongan kek selesai, murid-murid biberi masa untuk memberi hadiah yang dibawa khas untuk guru-guru mereka. Seterusnya para guru, ibubapa dan murid-murid dijemput untuk makan makanan tengah hari. Setelah makan, sesi pertukaran hadiah antara guru-guru telah dijalankan. Guru-guru telah bertukar hadiah dengan nama yang didapat melalui cabutan nombor. Semua guru berasa gembira dan teruja semasa menerima hadiah. Majlis telah diakhiri dengan ucapan terima kasih atas kerjasama seluruh warga SJKTLTB bagi menjayakan sambutan Hari Guru yang penuh bermakna. Majlis berakhir pada jam 1.35 tengah hari.

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,

.................................................(SUGASHINI A/P GUNASEKARAN)Setiausaha,Program Sambutan Hari Guru 2015

PERBERLANJAANSJK (T) LADANG TELUK BARU, 36300 SUNGAI SUMUN PERBELANJAAN MAJLIS HARI GURUTAHUN 2015 NOPENDAPATANRMNOPERBELANJAANRM

1.JUMLAH PENDAPATAN UNTUK HARI GURU220.001.MAKANAN50.00

2.SUKANEKA18.90

3.HAMPER81.95

4.HIASAN PENTAS10.00

5. JUMLAH160.85

6.BAKI DI TANGAN79.15

JUMLAH220.00 JUMLAH BERSIH 79.15

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, ___________________ ____________________ (CIK A.VIMALA) (CIK GV.SUGASHINI) BENDAHARI SETIAUSAHA HARI GURU SJKTLTB HARI GURU SJKTLTB

DISAHKAN OLEH, ______________________

LAMPIRAN BERGAMBAR

3