laporan hari ketiga

8
LAPORAN HARI KETIGA TARIKH : 28 / 8 / 2013 Masa : 5.30 pagi – 6.30 pagi Semua pelajar muslim bersiap sedia untuk menunaikan subuh berjemaah di surau manakala kumpulan pelajar bukan Islam pula bersiap sedia dengan menguruskan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari tersebut. Masa : 7.00 pagi – 7.30 pagi Setelah pelajar muslim selesai menunaikan ibadah dan pelajar bukan Islam bersiap sedia dengan pakaian uniform Pandu Puteri Kadet, ahli-ahli PPK pun bersarapan pagi di dewan berkumpul Unit PPK. Sarapan pagi Unit PPK disediakan oleh beberapa ahli yang telah disusun hari dan masa bertugasnya untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ketiga. Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi Selepas bersarapan, semua ahli PPK berkumpul di kawasan aktiviti untuk menjalankan tatacara perjumpaan. Tatacara perjumpaan dimulakan dengan arahan daripada Kapten kepada Ketua-ketua Patrol untuk berkumpul dan kemudiaannya diikuti dengan ahli-ahli untuk berkumpul mengikut patrol masing-masing. Tatacara diteruskan dengan pembentukan ladam kuda. Oleh kerana kawasannya terhad, kami pun membentuk ladam kuda dua lapis. Selepas pembentukan ladam kuda, pasukan panji-panji yang bertugas pun menjalankan tugas mereka dengan menjalankan upacara menaikkan bendera dan upacara yang seterusnya. Lagu Dunia dinyanyikan selepas bendera dinaikkan. Kemudian kumpulan bertugas menjalankan tugas dengan membaca doa dan berkongsi kata-kata hikmah. Selepas itu, pensyarah pembimbing dan ketua komanden memberi ucapan dan melaporkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kemudian, kami pun bersurai untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Upload: esther-siow-shuen-shin

Post on 02-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Hari Ketiga

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Ketiga

LAPORAN HARI KETIGA

TARIKH : 28 / 8 / 2013

Masa : 5.30 pagi – 6.30 pagi

Semua pelajar muslim bersiap sedia untuk menunaikan subuh

berjemaah di surau manakala kumpulan pelajar bukan Islam pula bersiap

sedia dengan menguruskan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari tersebut.

Masa : 7.00 pagi – 7.30 pagi

Setelah pelajar muslim selesai menunaikan ibadah dan pelajar bukan

Islam bersiap sedia dengan pakaian uniform Pandu Puteri Kadet, ahli-ahli

PPK pun bersarapan pagi di dewan berkumpul Unit PPK. Sarapan pagi Unit

PPK disediakan oleh beberapa ahli yang telah disusun hari dan masa

bertugasnya untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ketiga.

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Selepas bersarapan, semua ahli PPK berkumpul di kawasan aktiviti

untuk menjalankan tatacara perjumpaan. Tatacara perjumpaan dimulakan

dengan arahan daripada Kapten kepada Ketua-ketua Patrol untuk berkumpul

dan kemudiaannya diikuti dengan ahli-ahli untuk berkumpul mengikut patrol

masing-masing. Tatacara diteruskan dengan pembentukan ladam kuda. Oleh

kerana kawasannya terhad, kami pun membentuk ladam kuda dua lapis.

Selepas pembentukan ladam kuda, pasukan panji-panji yang bertugas pun

menjalankan tugas mereka dengan menjalankan upacara menaikkan bendera

dan upacara yang seterusnya. Lagu Dunia dinyanyikan selepas bendera

dinaikkan. Kemudian kumpulan bertugas menjalankan tugas dengan

membaca doa dan berkongsi kata-kata hikmah. Selepas itu, pensyarah

pembimbing dan ketua komanden memberi ucapan dan melaporkan aktiviti

yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kemudian, kami pun bersurai untuk

menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Page 2: Laporan Hari Ketiga

Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi

Selepas tatacara perjumpaan, kami pun diberi sedikit taklimat berkaitan

dengan lawatan yang akan kami lawati tersebut oleh Puan Normah tentang

beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pensyarah yang mengiringi

kami ke lawatan tersebut adalah Puan Normah dan juga Puan Sabariah.

Kemudian, kami pun berbaris dalam dua barisan dari yang tinggi ke rendah

dan bertolak ke destinasi lawatan kami pada hari ini, iaitu Taman Ular Sawa

dan juga Taman Herba. Sepanjang perjalanan ke destinasi, kami mengambil

gambar keseluruhan ahli bersama-sama dengan pensyarah pembimbing di

beberapa tempat yang cantik dan bermemorial. Kami juga sambil menyorak

sorakan dan juga menyanyi sepanjang jalan untuk menambahkan semangat

di antara ahli. Setibanya di Taman Herba, pensyarah pembimbing meminta

setiap penolong ketua patrol untuk tampil ke hadapan untuk menjalankan

suatu tugasan yang diberikan, iaitu mencari pokok-pokok herba yang boleh

dimakan dan tidak beracun.

Selepas beberapa minit, mereka pun keluar dari Taman Herba tersebut

dengan hasil-hasil dapatan mereka. Puan Normah pun bermula mengajar

kami cara untuk mengenalpasti herba-herba yang boleh dimakan dan tidak

beracun. Puan Normah juga menjalankan penilaian terhadap hasil dapatan

yang diperolehi mereka dan diberi markah atas daun herba yang betul dan

meminta mereka untuk menyimpan daun-daun tersebut dengan elok kerana

Pembentukan ladam kuda oleh ahli-ahli PPK.

Kumpulan panji-panji menjalankan tugas

menaikkan bendera.

Page 3: Laporan Hari Ketiga

akan digunakan semasa masakan rimba nanti. Kemudian, kami pun bertolak

ke Taman Ular Sawa yang berhampiran dengan Taman Herba tersebut.

Setibanya di Taman Ular Sawa, semua ahli PPK teruja dan berasa

terkejut apabila melihat ular sawa yang berada dalam kandang tersebut

begitu besar dan panjang itu. Kami diberi masa untuk melihat kandang-

kandang ular yang berada di sekitar taman dan mengambil gambar. Ahli PPK

juga berpeluang untuk bergambar dengan seekor ular sawa dan

menyentuhnya. Kami juga telah banyak mengetahui ilmu pengetahuan yang

berkaitan dengan kehidupan ular sawa melalui soal jawab dengan pekerja di

Taman Ular Sawa tersebut. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada

kami dan banyak ilmu pengetahuan telah kami pelajari. Sebelum pulang le

tapak perkhemahan, kami singgah di Tugu Perkhemahan Komanwel Pandu

Puteri Malaysia.

Bergambar dengan Tugu Perkhemahan

Komanwel Pandu Puteri Malaysia

Bertolak ke Taman Ular Sawa dan Taman Herba

Bergambar keseluruhan dalam perjalanan ke

destinasi.

Menguji daun herba yang didapati.

Bergambar dengan ular sawa.

Page 4: Laporan Hari Ketiga

Masa : 10.00 pagi –10.30 pagi

Semua ahli PPK rehat dan minum pagi selepas pulang dari lawatan ke

Taman Ular Sawa dna juga Taman Herba. Kami semua berehat di dewan

berkumpul.

Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

Aktiviti masakan rimba ini dikendalikan oleh Puan Zaitun. Puan Zaitun

memberi taklimat kepada semua ahli berkaitan dengan cara-cara

melaksanakan masakan rimba serta syarat-syaratnya dan masakan rimba ini

hanya boleh dijalankan oleh lima orang dalam satu kumpulan. Sebelum

bermulanya aktiviti masakan rimba, pensyarah pembimbing mengagihkan

bahan-bahan masakan rimba yang hendak dimasak tersebut. Antaranya

seperti ayam, ikan, sayur, mi maggi, telur, kentang, serbuk kari dan kunyit,

bawang, halia, cili dan sebagainya. Kai hanya diberi masa dua jam untuk

menyelesaikan masakan kami tersebut termasuk menghidang dan juga

membersihkan kawasan menjalankan masakan rimba.

Semasa menjalankan masakan rimba, setiap kumpulan mencari

tempat masing-masing yang sesuai dan selesa untuk dijalankan masakan

rimba. Ada ahli yang menolong membersihkan dan mencuci bahan, ada ahli

yang sibuk mencari ranting kayu, ada yang cuba menghidupkan unggun api

untuk memasak. Setiap ahli sibuk dengan kerja masing-masing supaya dapat

menghasilkan masakan dalam masa yang ditetapkan. setelah selesai

memasak, ahli-ahli PPK pun sibuk dengan cara menghias dan menghidang

menggunakan semua bahan semulajadi seperti daun pisang, buluh dan

sebagainya yang boleh digunakan untuk menghidang. Selepas siap

menghidang dan pensyarah peembimbing memberi markah, ahli-ahli PPK

pun merasa masakan hasil sendiri.

Page 5: Laporan Hari Ketiga

Masa : 12.30 tengah hari – 2.30 petang

Selepas aktiviti masakan rimba, semua ahli PPK pun makan tengah

hari yang disediakan oleh AJK-AJK masakan yang ditugaskan pada masa

tersebut. Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka di surau.

Masa : 2.30 petang – 5.30 petang

Taklimat maskan rimba. Penyediaan bahan makanan masakan rimba.

Menyalakan unggun api.

Proses menghidang dan menikmati masakan hasil sendiri.

Page 6: Laporan Hari Ketiga

Selepas selesai makan tengah hari, aktiviti yang dijalankan seterusnya

adalah latihan kawad kaki formasi. Aktiviti ini diketuai oleh Saudari Mathura.

Dalam aktiviti ini, ahli-ahli PPK membuat latihan untuk persediaan

pertandingan kawada kaki formasi yang akan menjelang. Kami diperkenalkan

dengan beberapa pergerakan kawad formasi yang asas dan dibimbing untuk

melatih. Kami juga sama-sama mengubahsuai dan memperbaiki pergerakan-

pergerakan yang kurang sesuai dan cantik supaya dapat berjalan dengan

lancar dan kelihatan kemas keseluruhannya. Selepas beberapa jam berlatih,

akhirnya telah kami kuasai beberapa langkah kawad kaki formasi asas.

Masa : 5.30 petang – 8.30 malam

Selepas kesemua aktiviti dari pagi hingga petang tadi, semua ahli PPK

pun balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan menguruskan diri dan

bersedia untuk Majlis Perasmian Penutupan bagi Perkhemahan 4 hari 3

malam ini. Semua bersedia dengan pakaian baju kebaya Pandu Puteri.

Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka.

Masa : 8.30 malam – 10.30 malam

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan ini dihadiri oleh semua unit

beruniform yang terdiri daripada pasukan KRS, Pengakap, Pandu Puteri

Kadet dan juga Persatuan Puteri Islam. Sebelum bermulanya majlis tersebut,

semua pelajar telahpun berada di dalam dewan yang digunakan untuk majlis

tersebut sambil menunggu ketibaan Tuan Pengarah IPGM Kampus

Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu

Negaraku.

Latihan kawad kaki formasi

Page 7: Laporan Hari Ketiga

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada setiap unit

beruniform. Persembahan dimulakan dengan persembahan daripada Pandu

Puteri Kadet yang berunsurkan sketsa dan nyanyian koir lagu ciptaan sendiri.

Kemudian, persembahan diteruskan dengan persembahan dari unit

Pengakap dan KRS yang berunsurkan drama dan persembahan Puteri Islam

yang berunsurkan nyanyian. Selepas kesemua persembahan tersebut, Tuan

Pengarah dijemput untuk memberi ucapan sepatah dua kata dan merasmikan

penutupan perkhemahan selama 4 hari 3 malam unit beruniform pelajar

4PISMP di Ulu Bendul ini. Sebelum bersurai, setiap unit beruniform

mengambil gambar keseluruhan bersama-sama dengan Tuan Pengarah dan

juga pensyarah pensyarah pembimbing.

Masa : 11.15 malam – 12.00 malam

Pada hari Rabu malam , Pandu Puteri Kadet telah mengadakan

Program Pemimpin pada pukul 11.15 malam selepas majlis penutup. Pada

mula-mulanya, Puan Normah membimbing kami dengan menyanyi sebuah

lagu iaitu “My Manito”. Beliau mengajar kami menyanyi sebanyak 2 kali. Kami

dikehendaki membuat bulatan besar. Selepas itu, aktiviti ini diiringi dengan

tiga orang ahli Pandu Puteri berserta dengan lagu “My

Manito”. Suasana amat meriah dan

Persembahan Pandu Puteri Kadet

Page 8: Laporan Hari Ketiga

menyeronokkan kami semua. Aktiviti ini berteruskan dengan secara pusingan.

Setiap pusingan tiga orang. Mereka dikehendaki mencari Manito tersendiri

masing-masing dan memberi hadiah kepada Manito yang dipilih. Manito yang

dipilih juga dikehendaki memberi hadiah kepada Manito mereka. Tambahan

pula, pensyarah pembimbing kita iaitu, Puan Norma, Puan Sabariah dan

Puan Zaitun juga terlibat dalam aktiviti ini. Tidak lupa juga, terdapat dua ahli

Pandu Puteri, iaitu Kelly and Macyl, mereka ialah manito kepada mereka

masing-masing.

Mencari manito masing-masing Mendapat manito masing-masing