laporan program sambutan hari malaysia

7
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LEPONG BALLEH 2014 Aktiviti Ko-Kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi kecemerlangan menyeluruh bagi setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Sejarah dan pihak pengurusan sekolah akan melaksanakan Program Sambutan Hari Malaysia 2014. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru. Objektif program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan negara serta menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan berdisiplin. Selain itu, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menggalakkan perlaksanaan aktiviti berkelompok dan sekali gus dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Program ini telah berlangsung bermula dari 22 September 2014 dan berakhir pada 3 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut diadakan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh.

Upload: azrizamani-haji-ahmad

Post on 07-Dec-2015

319 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

program sambutan hari malaysia 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LEPONG BALLEH

2014

Aktiviti Ko-Kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam

melengkapkan lagi kecemerlangan menyeluruh bagi setiap murid. Bagi

memenuhi keperluan ini, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan

kerjasama Panitia Sejarah dan pihak pengurusan sekolah akan melaksanakan

Program Sambutan Hari Malaysia 2014.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air,

mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan

silaturahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru. Objektif program ini

diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan

negara serta menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan berdisiplin.

Selain itu, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menggalakkan

perlaksanaan aktiviti berkelompok dan sekali gus dapat melahirkan murid yang

kreatif dan inovatif.

Program ini telah berlangsung bermula dari 22 September 2014 dan berakhir

pada 3 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program

tersebut diadakan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh.

Program ini telah disertai oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lepong

Balleh bermula dari pelajar Pra Sekolah, pelajar tahap 1 dan 2, guru-guru serta

kakitangan staf sokongan. Penglibatan seluruh warga SK Lepong Balleh ini

secara tidak langsung dapat memupuk semnagat kerjasama dan bekerja dalam

satu pasukan untuk menjayakan sesebuah program sekali gus dapat mencapai

matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Page 2: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia

Program yang dijadualkan berlangsung bermula dari 22 September 2014

sehingga 03 Oktober 2014 yang akan memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk

kenegaraan yang bersesuaian dengan objektif aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti

yang akan dilaksanakan ialah :

i. Pertandingan Sudut Kenegaraan dan Keceriaan Kelas Sempena Bulan

Kemerdekaan.

ii. Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan Pra

Sekolah , Tahap 1, Tahap 2, Komuniti Rumah Panjang.

iii. Pertandingan Deklamasi Sajak / Puisi Kemerdekaan.

iv. Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring Piala Merdeka.

v. Pertandingan Menyanyikan Lagu Patriotik

vi. Pertandingan Menghasilkan Bendera Antara Kelas (Tahap 2 )

Page 3: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia
Page 4: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia
Page 5: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia
Page 6: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia
Page 7: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia
Page 8: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia

Berikut disertakan lampiran yang menunjukkan anggaran perbelanjaan

sepanjang program ini berlangsung yang telah menggunakan peruntukan Unit

Bimbingan dan Kaunseling.

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT

(RM)

KOS(RM)

1. Pertandingan Mewarna

Hadiah 1Hadiah 2Hadiah 3Sijil Penyertaan

4 unit4 unit4 unit2 rim

6.006.006.0050.00

24.00 24.00 24.00100.00

2. Pertandingan Sudut Kenegaraan dan Keceriaan Kelas Hamper 1Hamper 2Hamper 3

2 unit2 unit2 unit

15.0015.0015.00

30.00 30.00 30.00

3. Pertandingan Menghasilkan Bendera

KainCat Air “Masking Tape”Hamper 1Hamper 2 Hamper 3

9 m 6 set 6 set2 Unit 2 Unit 2 Unit

4.0025.00 2.5015.0015.0015.00

36.00150.00 15.00 30.00 30.00 30.00

4. Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring Piala Merdeka

Tali Rafia Hamper 1Hamper 2Hamper 3

2 Unit2 unit2 unit2 unit

15.0015.0015.0015.00

30.00 30.00 30.00 30.00

Page 9: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia

5. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Hamper 1Hamper 2Hamper 3

1 Unit 1 Unit 1 Unit

15.0015.0015.00

15.00 15.00 15.00

6. Pertandingan Sajak / Puisi Kemerdekaan Hadiah 1Hadiah 2Hadiah 3

2 unit2 unit2 unit

6.006.006.00

12.00 12.00 12.00

JUMLAH RM892.00

Pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan telah mempunyai

pemenang yang telah dinilai oleh pengadil yang berpengalaman. Antara senarai

nama pemenang yang telah memenangi pertandingan yang diadakan adalah

seperti yang berikut :

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA

BIL PERTANDINGAN

1. PERTANDINGAN MEWARNA

PRA SEKOLAH (BIRU) 1. Missma ak Ngumbang 2. Annylyn Noami Ak Anthony 3. Michellina Demit Ak Sentau

PRA SEKOLAH MERAH 1. Aulia Sonia 2. Valentino Maleng 3. Siam Ak Gun

TAHUN 1 1. Henry (1H) 2. Velenesia (1H) 3. Elisha Nganyun (1B)

TAHUN 2 1. Gracia (2H) 2. Tracy Sindun (2H) 3. Gevena (2H)

TAHUN 3 1. Agnes Ludut (3H) 2. Rasya Aleeya Jelo (3H) 3. Misha Yanti (3B)

TAHUN 4 1. Christiano Ayom (4H) 2. Elisa A. (4H) 3. Patricia Singgar (4H)

TAHUN 51. Christina Dilam (5H)2. Ruth Hanna (5H)3. Patrichia Ellyana (5H)

Ibu Bapa 1.Dorathy ( Indai Christy) 2. Indai Angkoh 3. Jenny ( Indai Sheryl)

Page 10: Laporan Program Sambutan Hari Malaysia

Pada hari penutupan Sambutan Hari Malaysia, Tuan Guru Besar, En Malang

Biat telah melahirkan rasa kesyukuran kerana program yang telah dirancang

setelah sekian lama telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang

walaupun masa yang telah diperuntukkan adalah amat terhad.

Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu telah memberi sedikit sebanyak

kekangan kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti terutamanya aktiviti

luar bilik darjah. Kerjasama yang diberikan oleh pihak guru, kakitangan dan

komuniti Rumah Panjang edison Bugap telah membantu melancarkan perjalanan

program.

Diharapkan program seumpama ini akan dapat dijalankan di lain waktu serta

dapat membuka minda peserta-peserta yang mengikutinya serta memberikan

banyak manfaat kepada mereka.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ...................................

(CIK AZRIZAMANI BT HJ AHMAD) (EN. BUNTOI MUNAN)

Penyelaras, GPK Kokurikulum,

Program Sambutan Hari Malaysia, SK Lepong Balleh.

SK Lepong Balleh.