laporan hari jadi prasekolah mutiara

3
LAPORAN MAJLIS HARIJADI PRASEKOLAH MUTIARA 2009 SEK KEB JIMAH BARU TARIKH, MASA & TEMPAT Tarikh : 18 Februari 2009 Hari : Rabu Masa : 10.00 Pagi Tempat : Kelas Prasekolah Mutiara Majlis harijadi telah berlansung dengan meriahnya bertempat di kelas Prasekolah Mutiara. Majlis ini merupakan sambutan harijadi yang pertama diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah dalam satu suasana majlis yang ceria dan meriah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian dijamu dengan set Happy Meal McDonalds, agar-agar milo dan buah tembikai. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Guru PK1, Guru PK HEM, Guru PK KO, guru-guru akademik dan juga staf sokongan SK Jimah Baru. Majlis ini memberikan peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan para tetamu yang hadir dan secara tidak lansung meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain itu ia turut memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga serta menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka. Majlis harijadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah. Semua murid pulang dengan riang dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman menarik mereka kepada keluarga di rumah. Secara tidak lansung pengalaman bermakna itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Disediakan oleh: Disahkan oleh: _______________________ _______________________ 1

Upload: zakwan-zainudin

Post on 01-Dec-2015

716 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Dokumentasi Hari Jadi Prasekolah Mutiara SK Jimah Baru

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN HARI JADI PRASEKOLAH MUTIARA

LAPORANMAJLIS HARIJADI PRASEKOLAH MUTIARA 2009

SEK KEB JIMAH BARU

TARIKH, MASA & TEMPAT

Tarikh : 18 Februari 2009Hari : RabuMasa : 10.00 PagiTempat : Kelas Prasekolah Mutiara

Majlis harijadi telah berlansung dengan meriahnya bertempat di kelas Prasekolah Mutiara. Majlis ini merupakan sambutan harijadi yang pertama diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah dalam satu suasana majlis yang ceria dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian dijamu dengan set Happy Meal McDonalds, agar-agar milo dan buah tembikai.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Guru PK1, Guru PK HEM, Guru PK KO, guru-guru akademik dan juga staf sokongan SK Jimah Baru. Majlis ini memberikan peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan para tetamu yang hadir dan secara tidak lansung meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain itu ia turut memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga serta menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.

Majlis harijadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah. Semua murid pulang dengan riang dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman menarik mereka kepada keluarga di rumah. Secara tidak lansung pengalaman bermakna itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_______________________ _______________________

1

Page 2: LAPORAN HARI JADI PRASEKOLAH MUTIARA

Nyanyian lagu Selamat Harijadi dan meniup lilin.

Membaca doa sebelum menjamu selera.

2

Page 3: LAPORAN HARI JADI PRASEKOLAH MUTIARA

Menjamu selera bersama set Happy Meal McDonalds.

Antara tetamu jemputan yang hadir.

3