laporan hab inovasi sektor awam (hisa) nama kementerian...

Download LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2083-kejora-smart-cool.pdf · Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan

If you can't read please download the document

Upload: docong

Post on 22-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1

    LAPORAN

    HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)

    Nama Kementerian : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    (HOSPITAL TAMPIN, N.S)

    Nama Inisiatif Inovasi : KEJORA SMART COOL

    1) Pengenalan

    Pada zaman penjajahan British lagi Hospital Tampin telah dibina iaitu pada tahun

    1920 dengan keluasan tapak kira-kira 6 ekar. Mempunyai kapasiti 85 katil. Hospital

    Tampin memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 90,000 orang penduduk Daerah

    Tampin dengan peratus Bumiputra 53.1 %, Cina 26.4 %, India 15.8 % dan Lain-lain

    1.6 %. Hospital ini juga memberikan perkhidmatan kepada penduduk daerah yang

    berhampiran termasuk Rembau dan sebahagian kecil penduduk Daerah Alor Gajah,

    Melaka.

    Hospital Tampin baru telah mula dibina pada 2007 dan telah diserahkan daripada JKR

    kepada KKM pada 3 Oktober 2013 dan mula berfungsi sepenuhnya pada 8 Febuari

    2014

    Kumpulan Kejora ditubuhkan Pada 27 MEI 2008

    Kumpulan KEJORA telah memulakan perjalanan projek pada 27 Jan 2015.

    2) Latar Belakang Inisiatif Hospital Tampin menerima kemasukan pesakit yang terdiri dari berbagai bagai

    peringkat umur dan bangsa. Kalangan pesakit yang diterima ada diantaranya terdiri

    dari kanak-kanak yang mengalami Demam Panas. Demam ialah suatu tindak balas

    normal badan terhadap sebarang bentuk jangkitan kuman atau penyakit tertentu.

    Suhu badan yang normal adalah 37C (98F). Seseorang kanak boleh dianggap

    demam jika suhu badannya melebihi 37c. Demam panas terjadi apabila suhu

    melebihi 38C. Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau

    penyakit. Antara punca demam bagi kanak kanak adalah seperti:

    Batuk dan selesema akibat jangkitan virus, Jangkitan pada tekak atau telinga

    Jangkitan paru paru, Jangkitan saluran kencing, Radang otak, Demam denggi

    Demam campak, Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus,

    Juvenile Idiopathic Arthritis.

  • 2

    Jika lewat menurunkan suhu badan Kulit menjadi kemerahan kerana demam yang

    tinggi. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak sedarkan diri dan tiada tindakbalas.

    Mereka mungkin jatuh jika mereka sedang duduk/ berdiri pada masa itu. Otot badan

    menjadi keras. Mereka mungkin berhenti nafas dan warna kulit menjadi kebiruan.

    Bahagian tangan, kaki dan muka kejang, keras dan menggeletar. Mata terbeliak ke

    atas. Mereka mungkin membuang air kecil/ air besar pada masa itu.. Imej hospital

    akan terjejas.

    3) Kumpulan Sasaran dan Skop Perkhidmatan

    Kumpulan sasaran adalah kanak-kanak .

    4) Objektif/ Tujuan Inisiatif

    Penciptaan Kejora Smart Cool ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang

    dihadapi oleh anggota di Wad. Selain itu, Kejora Smart Cool ini dicipta untuk :

    1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan

    awam dan meningkatkan produktiviti selaras dengan objektif Kementerian

    Kesihatan Malaysia.

    2. Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap ketulusan perawatan Hospital

    Tampin.

    3. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan penglibatan anggota dalam inovasi

    serta memupuk warga kerja berminda kelas pertama.

    4. Membantu merealisasikan pelaksanaan Hala Tuju Tahun 2015 Hospital Tampin.

    5. Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan tahap perawatan

    kepada orang awam dapat direalisasikan.

    http://www.google.com/url?url=http://koding-kn.blogspot.com/2011_03_27_archive.html&rct=j&frm=1&q=&esrc=s&sa=U&ved=0ahUKEwjSlqPe2pXLAhXQSY4KHTzQAwc4PBDBbggwMA0&usg=AFQjCNGCCOvw2URmI5GnzWiQzWk3Oq9Bog

  • 3

    5) Penerangan Mengikut Kriteria HISA

    a. Kreativiti

    1. Menggunakan banting terpakai .

    2. Banting di potong mengikut ukuran saiz badan bayi / kanak-kanak

    3. Banting dan plastik alas meja di seal mengikit ukuran yang telah dipotong

    4. Cecair yang boleh menyejukkan badan dimasukkan kedalam banting yang telah diseal

    5. Cecair yang telah di seal dimasukkan kedalam banting yang telah di seal.

    6. Bahagian tepi keratan dijahit dengan Satin Bias tape

    7. Keratan-keratan yang telah diletak dengan Satin Bias Tape di sambung menjadi baju

  • 4

    b. Keberkesanan

    PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN HATI PELANGGAN

    Satu kajian kepuasan pelanggan telah dibuat sekali lagi semasa projek ujicuba

    dijalankan untuk mendapat maklumbalas dari Ibu dan ahli keluarga berkaitan

    cadangan penyelesaian yang cuba diterapkan oleh kumpulan.

    Sebanyak 50 borang kajian kepuasan kepada ibu dan waris manakala 20 borang telah

    diberikan kepada anggota dan didapati ibu, waris dan anggota berpuashati dan

    menyokong perubahan. Mereka memahami dan bersetuju betapa pentingnya KSC

    kepada bayi/kanak-kanak, ibu dan waris.

    PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN KAKITANGAN

    Apabila anggota telah mengetahui cara-cara menggunakan KSC dengan selamat ia

    dapat meringan beban kerja kakitangan dan kakitangan tidak perlu lagi risau tentang

    kelewatan menurunkan demam panas pada bayi dan kanak-kanak.

    Suasana kerja akan bertambah ceria dan hubungan antara kakitangan dengan

    keluarga bayi dan kanak-kanak tetap terjalin. Sehubungan dengan itu imej jabatan

    akan meningkat.

  • 5

  • 6

    c. Relevan

    Dapat mengelakkan demam panas menjadi lebih teruk dan tinggi bagi mengelakkan

    kekejangan, kerosakan pada otak dan kecacatan pada bayi dan kanak-kanak.

    Kumpulan Kejora telah membuat uji cuba keselesaan KSC di dapati ianya selesa

    digunakan. Keberkesanan juga telah dilakukan pada 15/02/2016 sehinggq

    21/02/2016 dengan menguji cuba bayi/kanak-kanak seramai 15 orang dimana

    seorang bayi hanya memakan masa 14 minit. Ini bermakna bagi 15 orang bayi/kanak-

    kanak hanya mengambil masa hanya 210 minit .

    d. Signifikan

    Setelah tamat tempoh percubaan Kumpulan KEJORA telah mengemukakan

    cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk tindakan penyeragaman

    berdasarkan kebaikan dan data-data yang diperolehi. Setelah dibuat penelitian dan

    kajian mendalam, pihak pengurusan telah bersetuju dengan cadangan-cadangan

    yang dikemukakan dan Kumpulan Kejora telah meletak 5 helai Baju Sejuk Kejora

    Smart Cool di Wad Kenanga 2B . Berkuatkuasa pada 26.1.2016 Hospital Tampin.

    KSC telah di implementasi kan.

    Setelah penyeragaman dilakukan kejora telah memberi tunjuk ajar kepada anggota.

    Kejora telah menyerahkan Baju sejuk Kejora Smart Cool kepada Wad Kenanga 2B

    untuk digunapakai oleh pesakit demam panas.

  • 7

    Melalui perlaksanaan projek dan data-data yang telah dikumpul sebelum dan selepas

    projek, beberapa rumusan dan penilaian telah dibuat yang melibatkan kakitangan,

    pelanggan dan pihak pentadbiran. Pihak pengurusan sangat berpuashati kerana

    kumpulan telah berjaya melaksanakan perubahan dengan terciptanya KSC.

    6) Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperolehi

    1. Naib Johan KIK JKN N.S

    2. Emas MPC Zon Selatan

    3. No 3 SUK NS

    4. Top Ten MPC Kebangsaan

    5. Johan Inovasi KKM

    6. Akan Mewakili Malaysia ke ICQCC 2017 di manila.

    7) Pegawai untuk dihubungi

    Kamarudin Bin Rasip

    E-mail : [email protected]