laporan dokumentasi bacaan surah yasin.docx

5
LAPORAN DOKUMENTASI BACAAN SURAH YASIN (HARIAN) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2015

Upload: syuhada-atikah

Post on 08-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

LAPORAN DOKUMENTASI BACAAN SURAH YASIN (HARIAN) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN

TAHUN 2015

PENGENALANDalam konteks memenuhi sarana daripada falsafah pendidikan kebangsaan, antaranya adalah murid mesti cemerlang JERI. Salah satu daripada unsur JERI tersebut adalah rohani pelajar. Mengambil kira keutamaan peningkatan rohani pelajar, maka pihak SK Sungai Ular telah mengambil inisiatif mengadakan program bacaan Yasin secara harian di awal bagi berusaha memenuhi kehendak tersebut. Untuk memastikan kelancaran aktiviti ini, sekumpulan warga sekolah terdiri daripada pihak pentadbiran, guru dan pelajar telah terlibat dalam organisasi program ini.OBJEKTIF1. Memohon keredhaan dan rahmat Allah untuk seluruh warga sekolah melalui pembacaan surah Yasin2. Mengkhususkan doa terhadap pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan.3. Mengasah kefasihan dan kelancaran pembacaan Al-Quran seluruh pelajar.4. Membentuk peribadi pelajar yang sentiasa mendampingi Al Quran dalam kehidupan.5. Membina peribadi kepimpinan dalam diri pelajar.

Tarikh Pelaksanaan: Sepanjang Tahun

Masa: 7.15-7.45 Pagi

Tempat: Dewan Terbuka Sk Sungai UlarSasaran: Semua murid Tahun 4,5 dan 6

Laporan Pelaksanaan Aktiviti.Setiap hari jam 7.15 pagi akan hadir dan berkumpul di dewan. Bacaan yasin akan dimulakan tepat pada jam 7.20 minit pagi. Sementara menanti kehadiran seluruh pelajar Tahun4,5 dan 6, murid terlebih dahulu akan berzikir dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya, seorang murid turus akan mengetuai bacaan secara berjemaah. Setiap minggu murid turus mempunyai giliran mereka tersendiri. Kedudukan murid ketika pembacaan Yasin berlangsung adalah mengikut kepada barisan kelas masing-masing seperti hari perhimpunan rasmi pada hari Ahad. Begitu juga dengan guru yang memantau, setiap hari 3-5 orang guru akan berada di dewan bersama dengan murid ketika pembacaan Yasin berlangsung. Lazimnya, bacaan Yasin akan tamat dalam masa 20 minit, iaitu 5 minit sebelum bermula kelas pertama awal pagi. Kesemua guru turut berada di dewan untuk mengaminkan doa, sebelum selanjutnya mengambil murid untuk dibawa ke kelas masing-masing.Adalah diharapkan program bacaan Yaasin ini akan berterusan dan berjalan dengan lancar di atas kehendak IradahNya.

JAWATANKUASAPengerusi/Penaung: Pn Fauziah Najib Bt Hashim(Guru Besar)Timbalan Pengerusi: Pn Maznah Bt IbrahimK. Penyelaras: Pn Mardiah Bt Abdul RahmanTimb. Penyelaras: Pn Zarinas Bt AbdullahAJK: 1. Ustaz Mohd Irwan Bin Khadip2. Ustaz Wan Mohd Iqbal Bin Wan Mustafa3. Ustaz Ahmad Zabani Bin Omar

1.1 Gambar semasa aktiviti dijalankan

1.2 Gambar semasa aktiviti dijalankan