laporan discrepant events

Upload: wahidah-abd-manan

Post on 05-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Laporan Discrepant Events

    1/4

  • 7/31/2019 Laporan Discrepant Events

    2/4

    Pada 28 Seprtember 2010, satu Pesta Sains telah diadakan di S.K. IPG KDRI.

    Pesta sains ini adalah selaras dengan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu kami.

    Tujuan pesta sains ini adalah untuk menilai kesan pengajaran secara discrepant events

    dalam menarik perhatian pelajar.

    Bagi menjalankan aktiviti ini, guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan. Sebelum pesta sains ini dijalankan, kami telah membuat kajian bagi

    memahami konsep sebenar discrepant events. Kami juga membuat pemilihan bagi

    aktiviti pesta sains yang bersesuaian dengan discrepant events.

    Pada hari pesta berkenaan, guru pelatih telah membina beberapa buah booth di

    dewan terbuka S.K IPG KDRI. Setiap kumpulan mendapat satu booth dan mereka

    dibenarkan menggunakan booth mereka untuk menjalankan aktiviti discrepant events.

    Antara kelebihan aktiviti ini adalah guru pelatih dapat menilai kelebihan dan

    kelemahan amali discrepant events yang dipilih. Guru pelatih juga dapat merasai

    pengalaman melaksanakan kativiti discrepant events dalam situasi sebenar. Ini

    sekaligus melatih guru pelatih untuk bersdia bagi menghadapi suasana alam

    pendidikan yang sebenar. Selain daripada itu, para guru pelatih dan pelajar juga

    dapat melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif. Amali discrepant events yang

    dijalankan juga adalah menarik dan berjaya menarik minat pelajar.

    Seperti juga aktiviti-aktiviti lain, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami

    kenalpasti dalam aktiviti Pesta Sains ini. Salah satu daripadanya adalah kawalam]n

    murid. Kami mendapati bahawa para pelajar amat aktif dan teruja melakukan aktiviti.

    Namun begitu, ia menjadi masalah apabila pelajar mula bertindak di luar kawalan. Ini

    menjadikan keadaan agak sukar dikawal sehinggakan kami terpaksa bertegas dengan

    pelajar. Kami mementingkan kawalan pelajar kerana kami menggunakan pelbagai

    radas dan peralatan sains yang berbahaya seperti penunu, kelalang kaca dan

    sebagainya.

    Selain dari itu, kami agak ditekan dari segi masa kerana S.K. IPG KDRI

    mengadakan jamuan hari raya untuk pelajarnya. Kami perlu menjalankan aktiviti

    dengan cepat supaya pelajar dapat menghadiri jamuan raya itu.

  • 7/31/2019 Laporan Discrepant Events

    3/4

    Beberapa cadangan telah diutarakan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya

    adalah mewujudkan beberapa peraturan di setiap booth. Ini bagi memastikan para

    pelajar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan kemalangan.

    Jika ada peluang untuk menjalankan aktiviti dan kajian seperti ini lagi, kamimemohon agar waktu dipanjangkan sedikit agar kami dapat menjalankan aktiviti

    tersebut dengan tenang tanpa perasaan bimbang akan masa yang tidak mencukupi.

    Sebagai penutup, secara keseluruhannya, aktiviti ini telah memberi kesan yang

    positif kepada pelajar S.K. IPG KDRI. Aktiviti ini telah memberikan kami suntikan

    semangat dan lebih bermotivasi untuk menghadapi alam pendidikan akan datang serta

    lebih yakin untuk berdepan dengan murid-murid serta masalah-masalah yang dihadapi.

    Oleh yang demikian, aktiviti ini sepatutnya boleh dijalankan dengan lebih kerap supaya

    dapat membina jati diri guru yang lebih kukuh serta berkualiti.

    Disediakan oleh,

    ______________________

    (WAHIDAH ABD MANAN)

    SETIAUSAHA,

    PISMP SAINS/PJ/BI

    AMBILAN JANUARI 2010

  • 7/31/2019 Laporan Discrepant Events

    4/4