kupasan perjalanan transformasi jpa edisi 20: 16—30 nov 2015 · five events namely bowling golf,...

8
1 JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 MENARIK DI DALAM Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 ............................... 4 Program HRMIS User Group Summit 2015 ...................5 Lab Transformasi Sektor Awam 2.0 ........................6 17 NOVEMBER 2015 —Pemukiman Ketua-ketua Perkhidmatan Awam ASEAN telah diadakan di Cyberjaya, Malaysia. Pemukiman ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan dipengerusikan oleh Puan Alicia dela-Rosa Bala, Pengerusi ACCSM Ke-18, merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Filipina. Pemukiman tersebut diadakan bagi membincangkan strategi untuk mengukuhkan ASEAN Conference on Civil Service (ACCSM). Pada hari yang bersejarah ini, Deklarasi Bersama Putrajaya Mengenai Keutamaan ASEAN Pasca 2015 Ke Arah Perkhidmatan Awam ASEAN Berpaksikan Rakyat ( Putrajaya Joint Declaration on ASEAN Post-2015 ASEAN Citizen- Centric Civil Service ) telah ditandatangani oleh semua Ketua- ketua ASEAN Perkhidmatan Awam yang hadir. Deklarasi Bersama tersebut merangkumi pengiktirafan ASEAN terhadap keperluan untuk pembaharuan dalam perkhidmatan awam dan penglibatan yang lebih aktif daripada rakyat (participatory approach) bagi memenuhi keperluan rakyat selaras dengan hasrat pewujudan Komuniti ASEAN. Deklarasi Bersama juga menekankan kepentingan tadbir urus dalam menggalakkan pembangunan mampan di ASEAN. Ia menyatakan tindakan konkrit yang akan diambil oleh negara- negara anggota ASEAN secara kolektif termasuk: pengukuhan tadbir urus dan integriti; pembangunan keupayaan ; kerjasama teknikal; amalan Good Regulatory Practices; dan peningkatan tahap profesionalisme, kecekapan, keberkesanan, pendekatan penyertaan, responsif, ketelusan dan akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam. PEMUKIMAN KETUAKETUA PERKHIDMATAN AWAM ASEAN

Upload: vudien

Post on 21-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

 

 

JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA  Edisi 20: 16—30 Nov 2015 

MENARIK DI DALAM

Majlis Persada Inovasi

Perkhidmatan Awam

2015 ............................... 4

Program HRMIS User Group

Summit 2015 ...................5

Lab Transformasi Sektor

Awam 2.0 ........................6 17 NOVEMBER 2015 —Pemukiman Ketua-ketua Perkhidmatan Awam ASEAN telah diadakan di Cyberjaya, Malaysia. Pemukiman ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan dipengerusikan oleh Puan Alicia dela-Rosa Bala, P e n g e r u s i A C C S M K e - 1 8 , merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Filipina. Pemukiman tersebut diadakan bagi membincangkan strategi untuk mengukuhkan ASEAN Conference on Civil Service (ACCSM).

Pada hari yang bersejarah ini, Deklarasi Bersama Putrajaya Mengenai Keutamaan ASEAN Pasca 2015 Ke Arah Perkhidmatan Awam ASEAN Berpaksikan Rakyat (Putrajaya Joint Declaration on ASEAN Post-2015 ASEAN Citizen-Centr ic Civ i l Serv ice ) te lah ditandatangani oleh semua Ketua-ketua ASEAN Perkhidmatan Awam yang hadir.

Deklarasi Bersama tersebut merangkumi pengiktirafan ASEAN terhadap keper luan untuk

pembaharuan dalam perkhidmatan awam dan penglibatan yang lebih aktif daripada rakyat (participatory approach) bagi memenuhi keperluan rakyat selaras dengan hasrat pewujudan Komuniti ASEAN.

Deklarasi Bersama juga menekankan kepentingan tadbir urus da lam menggalakkan pembangunan mampan di ASEAN. Ia menyatakan tindakan konkrit yang akan diambil oleh negara-negara anggota ASEAN secara kolektif termasuk:

pengukuhan tadbir urus dan integriti;

pembangunan keupayaan ;

kerjasama teknikal;

amalan Good Regulatory Practices; dan

p e n i n g k a t a n t a h a p profesionalisme, kecekapan, keberkesanan, pendekatan penyertaan, responsif, ketelusan d a n a k a u n t a b i l i t i d a l a m Perkhidmatan Awam.

PEMUKIMAN KETUA­KETUA                                        PERKHIDMATAN AWAM ASEAN 

Page 2: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

ASEAN CIVIL SERVICE INNOVATION CONFERENCE (ACSIC) 

ASEAN Civil Service Innovation Conference (ACSIC) telah dianjurkan pada 18—19 November 2015 oleh Razak School of Government (RSOG) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perdana Menteri dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU). Program pada tahun ini bertemakan “Towards an ASEAN Citizen-Centric Civil Service”.

Persidangan ini mengetengahkan kepentingan tadbir urus, penglibatan rakyat (citizen engagement) dan penyampaian perkhidmatan yang efektif kepada komuniti ASEAN. Persidangan dua hari ini telah berjaya memberikan peluang pertukaran minda dan penyampaian maklumat berhubung Perkhidmatan Awam negara anggota ASEAN dengan harapan untuk memperkukuhkan pencapaian dan kualiti serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Persidangan yang julung kali dianjurkan ini telah berjaya menyediakan platform untuk jaringan kerja (networking) di kalangan Perkhidmatan Awam negara anggota ASEAN di samping meningkatkan kolaborasi antarabangsa dengan rakan dialog dan lain-lain stakeholder.

Penganjuran ACSIC telah berupaya mewujudkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan yang penting dalam usaha untuk menyemarakkan inovasi ke arah meningkatkan produktiviti dan menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan. Di samping itu, persidangan ini juga telah membuka ruang untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama (partnership) di kalangan negara anggota ASEAN.

Selain daripada berkongsi pandangan di kalangan Perkhidmatan Awam negara ASEAN, persidangan ini juga turut mendapatkan pandangan daripada rakan serantau lain antaranya Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Bank Pembangunan Asia (ADB), universiti antarabangsa dan syarikat multinasional.

Maklum balas daripada peserta mendapati bahawa kualiti kandungan dan persembahan para pembentang (speaker) adalah pada tahap yang tinggi dan amat signifikan. Maklumat yang dikongsikan selaras dengan perkembangan semasa dan cabaran yang sedang dihadapi oleh komuniti ASEAN di mana Perkhidmatan Awam perlu responsif, menambah baik tadbir urus (governance), mengambil kira aspek keterangkuman (inclusive) dan pembangunan mapan (sustainable development).

Perkhidmatan Awam negara-negara ASEAN turut mempamerkan projek masing-masing yang telah memenangi anugerah inovasi di pelbagai peringkat sepanjang persidangan berlangsung. Inisiatif ini telah berjaya menyediakan platform untuk berkongsi amalan terbaik dan bertukar pendapat di kalangan negara ASEAN.

Page 3: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

ASEAN CIVIL SERVICE GAMES 2015 

Malaysia as the Chair of ASEAN in 2015 has identified the creation of a ‘People-Centred ASEAN’ as the overarching theme of its Chairmanship. The civil services of ASEAN member states have a major responsibility in ensuring the effectiveness of various mechanisms that has been put in place to safeguard the realisation of the ASEAN Community. In conjunction with Malaysia’s chairmanship of ASEAN, Malaysia proposed to organise the 1st ASEAN Civil Service Games (ACSG) to be held on the side-lines of the 27th ASEAN Summit which has been conducted from 15 to 19 November 2015.

Currently the biennial Southeast Asian or SEA Games is the platform for ASEAN member states to come together and celebrate the spirit of sport, solidarity and friendship of ASEAN among its citizens. Looking at the popularity, success and impact of the SEA Games, it’s high time for the public service of the AMS to capitalize the power of sports in building and strengthening the network among its officials.

The 5-day games were open to public servants of ASEAN member states, and an estimated of a maximum of 60 participants including athletes and officials were involved. Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to improve friendship, networking and understanding among the public servants of the AMS through sports.

The highlight of the programmes was the Gala Dinner hosted by the government on 20 November 2015. During the dinner, a prize presentation ceremony was held for winners of the games. Congratulations to Malaysia for winning the first ASEAN Civil Service Games 2015!

Pada 16 & 17 November 2015 telah berlangsung Persidangan Tahunan PUSPANITA ke-3 Tahun 2015 di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Persidangan kali ini bertemakan "Peranan PUSPANITA Dalam Memupuk Kepimpinan, Memperkukuh Integriti.” Persidangan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA. Turut hadir, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA JPA.

Persidangan Tahunan PUSPANITA diadakan sebagai medan perkongsian ilmu dan bertukar-tukar pandangan, yang diharapkan dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan ahli PUSPANITA, melonjakkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dan menambah baik tahap kesejahteraan dan keselamatan penjawat awam demi kepentingan perpaduan masyarakat dan negara.

Persidangan dua hari ini dipenuhi dengan program-program seperti pembentangan kertas kerja berkenaan kepimpinan, integriti dan keusahawanan. JPA turut membuka tapak pameran di Persidangan kali ini sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat mengennai perkhidmatan dan program yang ditawarkan dan inisiatif transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan JPA.

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNAN PUSPANITA KE­3 2015 

Page 4: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 24 hingga 26 November 2015 di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang.

Program ini yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan diberi nafas baharu dengan menampilkan perubahan fundamental melalui inisiatif-inisiatif strategik yang baharu telah menyaksikan penyertaan hampir 1200 orang penggiat KIK yang terdiri daripada peserta, pemerhati dan penyelaras pertandingan KIK peringkat kementerian dan negeri.

Buat pertama kalinya, Pemadanan Produk dan Industri atau ‘Business Matching’ diadakan sebagai platform kepada peserta untuk mempromosikan produk yang telah dibangunkan. Pengisian intelektual melalui program Masterclass dan Wacana Intelektual yang berbentuk perkongsian pengetahuan dan faktor kejayaan kritikal dalam berinovasi oleh tokoh dan pengamal inovasi telah memberikan motivasi serta mendorong penggiat KIK untuk terus aktif berusaha mencipta dan melaksanakan projek-projek inovasi yang berdaya maju bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

Suntikan pengisian program baharu ini mendapat maklum balas positif di kalangan penggiat inovasi dan diyakini berjaya menyegarkan budaya inovasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi dan pembangunan ekonomi yang mampan.

MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015 

MESYUARAT PERHUBUNGAN JPA DENGAN                                                      PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SABAH 

Pada 28 November 2015, telah diadakan Mesyuarat Perhubungan Antara JPA dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah buat kali ke-18 di Hotel IOI Marriott, Putrajaya. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada program tahunan yang dilaksanakan dalam mempereratkan jalinan kerjasama, serta memperkukuhkan lagi ikatan mesra, antara JPA dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Perbincangan utama dalam Mesyuarat kali ini ialah berkenaan Empowerment Secara Pentadbiran kepada Negeri Sabah yang telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 September 2015. Mesyuarat bersetuju bahawa Empowerment secara pentadbiran akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. JPA juga sedang memantapkan mekanisme rundingan baik di pihak Persekutuan dan juga Negeri-negeri untuk mencari kaedah dan pendekatan terbaik bagi melaksanakan perkara yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat.

Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada negeri Sabah atas pencapaian yang baik dalam Indeks Akauntabiliti 2014. Negeri Sabah mengungguli negeri lain sebagai penerima paling banyak penarafan “Sangat Baik” (4-Bintang) dalam Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara. Pencapaian Negeri Sabah telah bertambah baik dengan 24 daripada 35 agensi dan jabatan di Negeri Sabah mendapat penarafan 4-Bintang berbanding 20 agensi dan jabatan pada tahun 2013.

Tan Sri KPPA juga berharap agar persahabatan dan keakraban antara JPA dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah terus berkekalan sebagai menandakan kebersamaan dan kesungguhan, memartabat kecemerlangan dan mencipta kegemilangan Perkhidmatan Awam Negara.

Page 5: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

Pada 30 November 2015, telah berlangsung majlis perasmian Program HRMIS User Group Summit 2015 atau singkatannya, HUGS di di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya.

Program HUGS diadakan bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada para pengurus sumber manusia dari pelbagai agensi awam untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, meningkatkan kesedaran dan kefahaman, serta bertukar-tukar pendapat dan strategi dalam pelaksanaan HRMIS di agensi masing-masing. Program HUGS yang diadakan pada kali ini menyediakan satu wadah kepada para peserta untuk bersama-sama berbincang, memberikan input dan menyumbang buah fikiran semasa Forum Kajian Menyeluruh Keberkesanan HRMIS yang berlangsung selama dua hari. Program HUGS telah menerima sambutan baik sejak diperkenalkan pada tahun 2013. Justeru itu, program ini diteruskan dengan pelbagai suntikan inovasi dan penambahbaikan.

Dalam tahun-tahun terdahulu, Program HUGS ini difokuskan pada Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi yang dikenakan KPI HRMIS. Namun begitu, pada tahun ini, penyertaan bagi Program HUGS telah diperluaskan kepada Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang peserta. Usaha ini menegaskan satu refleksi kepada hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk melaksanakan HRMIS secara sepenuhnya di seluruh sektor awam.

Bertepatan dengan hasrat tersebut, tema #HRMISuntuksemua telah dipilih sebagai tema Program HUGS 2015. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan HRMIS bukan ditujukan kepada organisasi tertentu, peringkat tertentu mahupun kumpulan jawatan tertentu, sebaliknya HRMIS dibangunkan untuk manfaat dan kegunaan semua penjawat awam di seluruh Malaysia.

PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2015  

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengucapkan tahniah kepada 12 agensi awam yang mendapat markah 100% sempena Anugerah Kecemerlangan HRMIS 2014. Kejayaan ini juga harus dicontohi oleh agensi yang lain. Ini kerana telah terbukti, tidak mustahil bagi sesebuah Kementerian dan agensi untuk mendapat markah penuh bagi setiap elemen yang ditetapkan.

Tan Sri KPPA percaya kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk pencapaian KPI tahun 2015. Sehingga kini, bagi tiga kriteria KPI 2015, pencapaian semasa Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi telah mencapai markah melebihi 90%. Prestasi bagi kriteria Sasaran Kerja Tahunan telah mencapai 96.72%, pemurniaan data; 99.37% manakala Pengisytiharan Harta; 93.86%. Tan Sri KPPA amat yakin semua agensi mampu untuk mencapai markah penuh untuk kesemua kriteria yang telah ditetapkan termasuklah kriteria Laporan Nilaian Prestasi Tahuan dan Data Perjawatan.

JPA akan membantu untuk menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat malah mengalu-alukan jika terdapat mana-mana Kementerian dan agensi yang ingin melaksanakan kolaborasi strategik dalam program-program pembudayaan HRMIS.

Page 6: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

LAB TRANSFORMASI SEKTOR AWAM (LTPA) 2.0 

Lab Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) 2.0 telah berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) selama tiga hari bermula pada 26, 27 dan 30 November 2015. Seramai 4oo orang peserta daripada Jabatan, Kementerian dan Agensi telah hadir.

Objektif LTPA 2.0 ialah untuk membantu kementerian membangunkan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam 2016, menjajarkan inisiatif transformasi kementerian dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan Bajet 2016, mengetengahkan inisiatif transformasi berimpak tinggi kementerian tahun 2016 semasa Gallery Walk dan mendapatkan komitmen daripada semua pihak terutamanya pengurusan tertinggi kementerian bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Inisiatif Transformasi.

Pengisian LTPA 2.0 ialah Taklimat RMKe-11 oleh EPU, Taklimat penyediaan Inisiatif Transformasi, Sesi Amanat TKPPA(O), sesi Lab Inisiatif Transformasi dan Gallery Walk. LTPA 2.0 telah menghasilkan sebanyak 385 cadangan inisiatif transformasi di mana 72 daripadanya merupakan inisiatif transformasi berimpak tinggi.

LAB TRANSFORMASI SEKTOR AWAM (LTPA) 2.0 ­ GALLERY WALK 

Pada 30 November 2015, berlangsung pula Gallery Walk, kesinambungan daripada LTPA 2.0 di Dewan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turun padang untuk melihat dan mendengar pembentangan daripada Kementerian mengenai inisiatif-inisiatif transformasi yang telah mereka jalankan sepanjang 2015.

Gallery Walk merupakan platform untuk mempamerkan inisiatif transformasi berimpak tinggi Kementerian. Selain itu ia merupakan wadah untuk berkongsi pandangan dan input bagi menambah baik inisiatif transformasi yang dibangunkan semasa LTPA 2.0 di samping untuk mendapatkan idea baharu dan berkongsi inisiatif untuk dilaksanakan di peringkat Kementerian atau secara kolaboratif.

Tan Sri KPPA turut sama berkongsi pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan cadangan inisiatif berimpak tinggi Kementerian bagi tahun 2016.

Page 7: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

WANITA & “WORK­LIFE BALANCE”: SUATU REALITI 

WANITA di negara ini bertuah kerana peranan mereka disokong kerajaan untuk bersama-sama membangunkan negara. Kerajaan memberikan komitmen yang tinggi bagi memartabatkan wanita Malaysia menerusi pelbagai usaha, antaranya termasuklah meningkatkan pelibatan wanita dalam pasaran kerja, aktiviti keusahawanan, dan kumpulan pembuat keputusan. Statistik menunjukkan wanita mewakili 14.8 juta orang daripada keseluruhan 30.4 juta populasi rakyat Malaysia.

Dengan populasi yang hampir menyamai lelaki, wanita merupakan aset yang penting untuk dibangunkan secara optimum bagi membolehkan mereka menyumbang secara komprehensifdalam pelbagai sektor, termasuk sektor yang selama ini didominasi oleh lelaki.

Berdasarkan statistik 2013, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLPR) di Malaysia mencatatkan pencapaian 52.4 peratus, sedangkan tahap pendidikan di Malaysia telah meningkat melebihi 50 peratus, selain nisbah pelajar wanita berbanding dengan pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi ialah 60:40.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui NAM Institute for the Empowerment of Women Malaysian (NIEW) juga melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Ia langkah affirmative kerajaan yang diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, seterusnya membolehkan mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi. KPWKM juga, melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan pelbagai usaha memperkasa agenda wanita di persada antarabangsa, antaranya melaksanakan Flexible Working Arrangements (FWA) dalam kalangan warga kerja KPWKM dan agensi.

FWA ini membabitkan pegawai lelaki dan wanita. Pelaksanaan masih peringkat perintis, iaitu dari Mac hingga Mei 2015. Pelaksanaan FWA ini bertujuan menyediakan persekitaran work-life balance kepada pegawai, meningkatkan kaedah pengurusan tekanan dalam kalangan pegawai di rumah dan tempat kerja, meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan tugas oleh pegawai secara outcome-based dan menambah baik prestasi dan disiplin pegawai.

Justeru itu, langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menyenangkan dan mudahkan golongan wanita bekerja

dan mengamalkan work-life balance di samping menjawat jawatan di peringkat pembuat keputusan

akan lebih mudah dicapai oleh golongan wanita.

Selain itu, pelbagai agensi perkhidmatan awam turut menyediakan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak dalam bangunan pejabat bagi memudahkan golongan wanita bekerja dengan senang hati seterusnya fokus kepada pekerjaan.

Namun begitu, usaha tidak boleh terhenti di situ. Pelbagai lagi usaha yang boleh dilakukan, terutamanya oleh majikan swasta, untuk membantu golongan wanita bekerja dan mencapai work-life balance. Salah satunya ialah initiatif yang dilakukan oleh Virgin Group yang memberikan ‘maternity and paternity leave’ yang setahun lamanya kepada para bapa agar mereka boleh meluangkan masa yang optimum dengan anak-anak mereka. Hal ini kerana, pengasasnya berpendapat bahawa pekerja yang gembira akan meningkatkan produktiviti syarikat. Malaysia boleh mencontohi kebanyakan negara maju yang mengamalkan peraturan kerja fleksibel, mekanisme berstruktur yang membenarkan pekerja berhenti sementara dan memasuki semula kerja (bagi memberi tumpuan kepada keluarga terutama ketika anak-anak masih kecil serta menyediakan enhanced customized training bagi membantu wanita memasuki semula tenaga kerja.

Memandangkan seorang wanita memikul pelbagai peranan iaitu pekerja, isteri, ibu dan anak, maka perubahan kepada peraturan-peraturan berkaitan pekerjaan sepatutnya dijadikan satu kemestian, dan sekiranya perlu, Kerajaan boleh mempertimbang untuk mengenakan syarat tegas termasuk memandatorikan sebarang pelaksanaan bagi menjayakan RMK-11 yang berkaitan dengan meningkatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berpendapatan tinggi melalui perkhidmatan kreatif dan inovatif serta penyediaan peluang-peluang latihan kemahiran untuk wanita seiring keperluan pada masa depan.

Sumber: http://kopitiamekonomi.com/artikel/wanita-work-life-balance/

Page 8: Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 20: 16—30 Nov 2015 · Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table tennis will be contested. The aim of the ACSG is to

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Komunikasi Korporat | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000