laporan ceramah

3
LAPORAN CERAMAH BINA INSAN GURU FASA 2 GURU JUTAWAN AKHIRAT Pada 11 September 2013, seramai 112 orang guru pelatih semester 2 PPISMP Ambilan Januari 2013 telah menghadiri Ceramah sempena Program Bina Insan Guru (BIG). Guru pelatih yang terlibat terdiri dari kursus Matematik, TESL, dan RBT. Ceramah yang bertajuk ‘Guru Jutawan Akhirat’ tersebut disampaikan oleh Ustazah Junaidah Binti Mat Lia, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM).Program dijadualkan bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang. Pendaftaran bermula pada pukul 2 petang dan berakhir kira setengah jam selepas itu. Sebaik sahaja mendaftar, semua pelajar mengambil tempat masing – masing di dalam dewan kuliah. Oleh kerana terdapat sedikit masalah pada sistem siaraya, semua pelajar menunggu 15 minit sehinggalah penceramah iaitu Ustazah Junaidah tiba. Program dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Kemudiannya pengerusi majlis menjemput Saudara Aizat selaku pengerusi program memberi ucapan aluan. Di dalam ucapannya, Aizat menyatakan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memberi kerjasama yang baik kepada AJK program dan kepada penceramah kami iait Pn Junaidah yang sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah kepada kami walaupun berlaku beberapa perubahan pada perancangan awal. Dalam ucapannya juga ada mengharap kami

Upload: zuwaidahahmadsuhaimi

Post on 01-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN CERAMAH BINA INSAN GURU FASA 2GURU JUTAWAN AKHIRAT

Pada 11 September 2013, seramai 112 orang guru pelatih semester 2 PPISMP Ambilan Januari 2013 telah menghadiri Ceramah sempena Program Bina Insan Guru (BIG). Guru pelatih yang terlibat terdiri dari kursus Matematik, TESL, dan RBT. Ceramah yang bertajuk Guru Jutawan Akhirat tersebut disampaikan oleh Ustazah Junaidah Binti Mat Lia, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM).Program dijadualkan bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang.Pendaftaran bermula pada pukul 2 petang dan berakhir kira setengah jam selepas itu. Sebaik sahaja mendaftar, semua pelajar mengambil tempat masing masing di dalam dewan kuliah. Oleh kerana terdapat sedikit masalah pada sistem siaraya, semua pelajar menunggu 15 minit sehinggalah penceramah iaitu Ustazah Junaidah tiba.Program dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Kemudiannya pengerusi majlis menjemput Saudara Aizat selaku pengerusi program memberi ucapan aluan. Di dalam ucapannya, Aizat menyatakan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memberi kerjasama yang baik kepada AJK program dan kepada penceramah kami iait Pn Junaidah yang sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah kepada kami walaupun berlaku beberapa perubahan pada perancangan awal. Dalam ucapannya juga ada mengharap kami semua menerima ilmu yang akan disampaikan di dalam ceramah dan dapat mengamalkan ilmu itu sebagai seorang guru.Selepas ucapan oleh pengerusi program, acara disambung dengan ceramah. Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Pn Junaidah ini bertajuk Guru Jutawan Akhirat. Ceramah dimulakan dengan pengenalan diri penceramah. Kemudiaanya penceramah menjelaskan tentang betapa besarnya peranan guru dan betapa bertuahnya kami menjadi seorang guru. Pentingnya peranan guru ini disokong oleh hadis dan petikan al quran yang dipaparkan oleh penceramah. Ceramah kemudiaanya disambung dengan isi yang ketiga iaitu bagaimana menjadi guru yang yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat. Guru haruslah mengamalkan sikap dan sahsiah yang sentiasa cemerlang dan terpuji untuk menjadi role model kepada murid-murid. Guru tidak boleh sama sekali mempamerkan kekurangan diri kepada murid-murid kerana khuatir murid akan mempertikai kebolehan seorang guru. Oleh itu guru haruslah sentiasa bersedia dalam tindakannya tidak kira dimana dia berada. Ceramah kemudiannya ditutup dengan menyedarkan kami bahawa menjadi seorang guru haruslah sentiasa ikhlas walaupun mungkin pada awalnya kami mungkin ada yang tidak rela kerana terpaksa atas faktor tertentu untuk menjadi guru. Guru merupakan seorang yang sangat kaya di dunia juga di akhirat.Selepas berakhir ceramah, program disambung dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan. Penceremah kemudiannya bersama semua pelajar mengambil gambar kenang- kenangan bersama-sama. Penceramah dan pelajar kemudiannya dijemput untuk makan petang dan majlis bersurai.