18003584 proposal-buku-teks

41
Tajuk : KAJIAN TINJAUAN TERHADAP TREND PENGGUNAAN BUKU TEKS (SPBT) DALAM KALANGAN PELAJAR DAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA SETAR. 1.0 : Pengenalan Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Beberapa Pengertian Tentang Buku Teks Unesco “A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book – teacher situation.” 1

Upload: nurul-majid

Post on 22-Jun-2015

2.949 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 18003584 proposal-buku-teks

Tajuk :

KAJIAN TINJAUAN TERHADAP TREND PENGGUNAAN BUKU TEKS (SPBT)

DALAM KALANGAN PELAJAR DAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH DI

DAERAH KOTA SETAR.

1.0 : Pengenalan

Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber

maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga

mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara

kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara,

Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan

kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).

Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi

pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif

dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga

dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar

secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Beberapa Pengertian Tentang Buku Teks

Unesco

“A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one

subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book –

teacher situation.”

1

Page 2: 18003584 proposal-buku-teks

Cambridge International Dictionary of English.

”A book that contains detailed information about a subject for people who are

studying that subject.”

Dent (1955)

”Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan

lain.”

Gopinathan (1983)

”Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun

terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat

pada masa kini.”

Menjadi komitmen Kerajaan Malaysia untuk membekalkan buku teks secara

percuma kepada semua pelajar sekolah di seluruh negara mulai 2008. Semua

pelajar tanpa mengira tahap pendapatan ibu bapa pasti mendapat kemudahan ini.

Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan buku-buku teks yang dibekalkan

sentiasa diperbaharui dan dikemaskinikan supaya pelajar menerima data dan

maklumat yang tepat. Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Buku Teks (BBT)

sedang menyemak semula syarat kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi

pelajar di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Semakan itu akan

mengambil kira pelbagai aspek perkembangan berkaitan, termasuk keadaan

ekonomi dan kos sara hidup rakyat, di samping kemampuan kerajaan. Semakan

yang bermula tahun ini membabitkan bantuan pinjaman buku teks untuk pelajar di

sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta Tamil

(SJKT). Inisiatif sama turut dilakukan terhadap SPBT peringkat sekolah menengah

2

Page 3: 18003584 proposal-buku-teks

yang mencakupi sekolah menengah kebangsaan (SMK), SMK agama (SMKA), SM

teknik (SMT) dan SM agama rakyat (SMAR).

2.0 : Latar Belakang Kajian

Melalui pemerhatian secara terus dan melalui pengalaman penyelidik sebagai

seorang guru, di dapati fenomena beg ringan yang melanda pelajar sekolah

menengah semakin bertambah dari masa ke semasa. Tinjauan ringkas melalui temu

bual dengan beberapa pelajar mendapati kebanyakan pelajar menyatakan mereka

malu untuk membawa beg yang besar dan berat ke sekolah. Seboleh-bolehnya

mereka hanya ingin membawa beg jenis sandang yang ringan dan berfesyen kerana

terpengaruh dengan gaya rakan sebaya, ditambah pula guru-guru jarang memaksa

pelajar untuk membawa buku teks ke sekolah. Fenomena ini semakin berleluasa.

Masalah ini mula timbul apabila mereka mula meningkat remaja dan bersekolah di

sekolah menengah. Perubahan sikap yang ketara telah di dapati berlaku kepada

pelajar di peringkat sekolah menengah bermula dari :

• pemilihan jenis beg sekolah, (warna beg, bentuk beg, jenama beg)

• sikap terhadap buku teks (kurang berminat, kurang membaca, kurang

merujuk, meninggalkan buku dimerata-rata tempat dan kurang

penghargaan)

• lebih menghargai isi kandungan buku rujkan daripada buku teks.

Dari pemerhatian ini telah memberi satu desakan untuk saya meneruskan kajian

saya bagi mengetahui kebenaran fakta tersebut. Mungkin foto-foto berikut dapat

membuktikan hipotesis bahawa pelajar sekolah menengah kurang menggunakan

3

Page 4: 18003584 proposal-buku-teks

serta tidak membawa buku teks ke sekolah berbanding dengan pelajar yang masih

berada di sekolah rendah. Fenomena dan senario beg berat menjadi berbeza

apabila mereka bersekolah di peringkat menengah rendah dan atas. Beg sekolah

yang besar dan berat seolah-olah kenangan pahit yang mereka tinggalkan,

kebanyakan pelajar sekolah menengah tidak mahu lagi membawa beg yang

kelihatan keanak-anakan sebaliknya hanya memilih beg sandang yang berfesyen

dan tidak sesuai untuk memuatkan banyak buku-buku di dalamnya. Situasi ini

semakin disedari oleh kebanyakan anggota masyarakat termasuk ibu bapa dan

guru.

Persoalan mengapa wujudnya sikap-sikap yang agak negatif ini? Adakah

kemungkinan berpunca dari sikap malas, tidak berminat untuk belajar, tidak mahu

menyusahkan diri dengan beg sekolah yang berat selain guru sendiri turut tidak

menggunakan buku teks dalam pengajaran mereka setiap hari. Inilah persoalan

yang diharapkan dapat dirungkaikan melalui kajian mendalam yang akan saya

lakukan nanti.

Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia

pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan guru-guru

dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan

pembelajaran yang berterusan. Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem

pendidikan di negara kita melangkah setapak ke hadapan. Penggunaan teknologi

harus diperluaskan. Kelemahan dalam penggunaan buku teks perlu dibaharui

dengan integrasi teknologi seperti mengadaptasikan penggunaan buku digital yang

semakin mendapat tempat di negara kita.

4

Page 5: 18003584 proposal-buku-teks

Senario Pelajar Dan Beg Sekolah Yang Ringan Tanpa Buku-Buku Teks Di

Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Kota Setar.

5

Page 6: 18003584 proposal-buku-teks

3.0 : Pernyataan Masalah

Pengalaman kerjaya sebagai seorang guru selama 17 tahun di beberapa buah

sekolah, melalui pemerhatian dan penelitian didapati ramai pelajar sekolah

terutamanya di peringkat sekolah menengah bersikap kurang menghargai

pemberian pinjaman buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan secara percuma

kepada mereka setiap tahun. Sikap ini telah diterjemahkan melalui beberapa

tindakan seperti membawa beg sekolah yang ringan, meletakkan buku teks merata-

rata, menyimpan di dalam laci meja sekolah dan memandang ringan terhadap

keselamatan buku teks. Fenomena ini kelihatan semakin menular dari masa ke

semasa.

Ketika murid berada di peringkat sekolah rendah, mereka seringkali membawa

banyak buku serta mempunyai masalah beg sekolah yang berat. Banyak kajian

terdahulu mengenai beg sekolah yang berat di peringkat sekolah rendah mendapati

beg sekolah pelajar sarat dengan buku teks dan buku-buku rujukan yang digunakan

semasa P&P seharian. Keadaan menjadi sedikit berbeza apabila murid sekolah

rendah menjadi pelajar sekolah menengah, masalah beg sekolah yang berat akibat

membawa buku-buku teks dan rujukan bukan lagi kepentingan utama. Melalui

pemerhatian dan pengalaman pengkaji, pelajar sekolah menengah seringkali tidak

membawa buku teks ke sekolah dengan alasan memberatkan beg sekolah mereka.

Pelajar juga turut menyimpan buku teks yang dibekalkan setiap awal tahun dengan

keadaan yang lalai seperti dalam meja di kelas masing-masing. Ibu bapa juga

menganggap buku teks kurang penting dan membeli buku-buku rujukan tambahan

untuk anak masing-masing. Guru-guru juga di dapati lebih memfokuskan

6

Page 7: 18003584 proposal-buku-teks

penggunaan bahan rujukan lain melebihi penggunaan buku teks. Keadaan ini

menimbulkan persoalan adakah buku teks hanya relevan di peringkat sekolah

rendah? Seandainya buku teks tidak digunakan dengan betul mengapa pihak

kerajaan perlu menyediakannya dengan perbelanjaan yang banyak? Bukankah ini

suatu pembaziran?

Keadaan ini menarik minat pengkaji bagi mengetahui mengapa fenomena beg

ringan mula berlaku ketika pelajar berada di peringkat sekolah menengah. Adakah

perubahan ini selari dengan pertambahan usia pelajar? Kajian ini juga dilakukan

bagi mengenalpasti dan mencari faktor-faktor mengapa buku teks yang dibekalkan

secara percuma di bawah skim pinjaman buku teks kebangsaan tidak digunakan

secara optimum oleh pelajar-pelajar dan guru-guru di peringkat sekolah menengah

seperti sewajarnya. Apakah terdapat faktor tolakan terhadap buku teks? Adakah

faktor-faktor itu berlaku disebabkan isi kandungan buku teks yang kurang

membantu? Sekiranya benar apakah tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan

fenomena “tidak peduli” terhadap buku teks ini? Adakah masalah ini dapat diatasi?

Jika ada bagaimana cara penyelesaiannya?

4.0 : Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai empat tujuan utama, iaitu :

i. Untuk mengetahui dan menilai tahap penggunaan buku teks bantuan

kerajaan dalam kalangan guru dan pelajar di peringkat sekolah menengah.

ii. Untuk mengetahui persepsi guru dan pelajar di sekolah menengah terhadap

isi kandungan buku teks sebagai bahan utama pengajaran dan pembelajaran

7

Page 8: 18003584 proposal-buku-teks

iii. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan buku teks kurang

digunakan berbanding bahan rujukan lain oleh pelajar dan guru di sekolah

menengah.

iv. Untuk mengetahui samada buku teks dapat dijadikan bahan utama P&P di

sekolah menengah?

5.0 : Soalan Kajian

Berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan, beberapa soalan kajian yang

berikut diharap akan cuba dijawab melalui kajian ini.

i. Bagaimanakah tahap penggunaan buku teks yang diperolehi dari Skim

Pinjaman Buku teks setiap tahun oleh pelajar dan guru di sekolah menengah?

ii. Apakah isi kandungan buku teks menepati kehendak pelajar dan guru di

peringkat sekolah menengah?

iii. Benarkah wujud sikap negatif terhadap penggunaan buku teks dalam

kalangan pelajar serta guru di peringkat sekolah menengah?

iv. Apakah wujud perkaitan yang signifikan antara corak penggunaan buku teks

sebagai bahan utama dalam P&P oleh guru dengan corak penggunaan buku

teks oleh pelajar.

6.0 : Kepentingan Kajian

Kebanyakan kajian yang melibatkan pengunaan buku teks sebeum ini memfokuskan

terhadap pelajar di peringkat sekolah rendah yang terpaksa membawa beban beg

sekolah yang berat terutamanya pelajar tahun satu. Kajian-kajian tersebut telah

8

Page 9: 18003584 proposal-buku-teks

membuktikan guru dan pelajar di sekolah rendah lebih memanfaatkan sepenuhnya

buku-buku dibawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sehingga kini masalah beg

berat masih berlaku walaupun pelbagai tindakan seperti perlaksanaan jadual anjal

telah dilakukan. Maka anak-anak pelajar di bangku sekolah rendah masih

dibebankan dengan beg sekolah yang berat yang kadang-kadang lebih daripada

15% daripada berat badannya sendiri.

Gejala pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya hanya membawa beg

sandang yang tidak berisi buku-buku teks menimbulkan tanda tanya untuk diselidiki

bagi mencari jawapannya. Di sinilah letaknya kepentingan kajian ini yang bertujuan

untuk mencari jawapan terhadap fenomena pelajar sekolah menengah yang tidak

mahu atau kurang membawa buku teks ke sekolah, kepentingan kajian ini juga bagi

mengenalpasti faktor-faktor pencetus terhadap sikap tidak menghargai buku teks.

Selain itu kajian ini diharap dapat menyedarkan semua pihak mengenai kepentingan

dan sumbangan buku teks kepada pelajar di sekolah menengah, adakah kehadiran

buku-buku teks memang betul-betul diperlukan atau perlukan sedikit penelitian

semula dalam pelbagai aspek terutamanya terhadap isi kandungannya supaya

kehadirannya benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya. Terdapat potensi bahawa

buku-buku teks yang dibekalkan secara percuma oleh kerajaan setiap tahun hanya

menjadi seperti tradisi yang membazirkan kerana tidak benar-benar di gunakan.

Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan, penggunaan buku teks perlu selari

dengan perkembangan teknologi semasa. Bidang pendidikan kini sudah melangkah

setapak ke hadapan, Pilihan terhadap alternatif lain harus juga harus dilaksanakan

9

Page 10: 18003584 proposal-buku-teks

supaya maklumat tertentu boleh disampaikan kepada pelajar-pelajar tanpa melalui

buku teks. Ini termasuklah penggunakan televisyen pendidikan, video, carta, poster,

cakera padat serta perisian komputer dan yang terkini kehadiran e-book (buku

digital) yang lebih sesuai dengan minat dan perkembangan pelajar. Dengan ini

kandungan buku teks akan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pelajar-

pelajar juga mempunyai cara lain untuk menerima kemahiran dan ilmu yang hendak

disampaikan. Ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran jauh lebih

menarik daripada pembacaan daripada buku teks semata-mata.

Selama ini pertambahan buku teks berlaku disebabkan perubahan keperluan

kepentingan negara. Kepentingan ini termasuklah ilmu dan kemahiran baru yang

hendak disampaikan kepada generasi muda kita. Selain daripada itu ia juga

melibatkan kepentingan sosial seperti perpaduan kaum, keselamatan, agama dan

sebagainya. Dengan pertambahan ini lebih banyak mata pelajaran diperkenalkan

dan pada masa yang sama lebih banyak buku teks digunakan. Kajian ini mungkin

dapat membuktikan isi kandungan buku teks perlukan penyediaan maklumat yang

tepat, kita tidak mahu generasi muda kita ketinggalan dengan fakta yang lapuk dan

kurang releven. Sebenarnya sebaik sahaja sesebuah buku itu dicetak ia telah

menjadi bahan sejarah kerana maklumat baru tidak lagi dapat dimasukkan,

melainkan maklumat yang dimuatkan adalah fakta yang sejagat yang tidak boleh

atau tidak akan berubah.

Pihak sekolah juga kadangkala bertanggungjawab dan turut memaksa secara halus

pelajar-pelajarnya membelikan buku-buku rujukan tertentu yang difikirkan mereka

lebih sesuai dan berfokus terhadap kehendak peperiksaan. Ini termasuklah dengan

10

Page 11: 18003584 proposal-buku-teks

sengaja tidak menggunakan buku teks yang disediakan dalam Skim Pinjaman Buku

Teks. Alasan yang diberikan ialah buku teks tidak lagi sesuai dan susah difahami.

Anehnya buku teks tersebut masih digunakan oleh sekolah yang lain dan tetap

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Kajian ini dapat memaklumkan kepada

pihak kementerian supaya mengkaji semula keperluan buku teks dan buku-buku

tambahan lain yang digunakan di sekolah. Buku teks yang diluluskan oleh

Kementerian Pelajaran haruslah telah melalui proses pemilihan yang ketat, serta

mempunyai fokus terhadap peperiksaan supaya pelajar dan guru tidak terlalu

bergantung terhadap buku-buku rujukan yang lebih memfokuskan kehendak

peperiksaan.

7.0 : Batasan Kajian

Terdapat beberapa kekangan dalam kajian ini iaitu:

1. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di sebuah

sekolah menengah di peringkat daerah Kota Setar sahaja. Oleh itu, dapatan

kajian lebih menggambarkan pandangan di tempat penyelidikan dijalankan.

Ini bermakna kemungkinan dapatan kajian adalah berbeza sekiranya kajian

ini dijalankan di tempat lain dengan menggunakan instrumen yang sama.

Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan

pelajar dan guru di negara ini.

2. Kajian ini juga dilakukan terhadap populasi pelajar di sekolah menengah

harian biasa. Dapatan kajian mungkin tidak sama terhadap populasi sekolah

menengah berasrama penuh, sekolah kluster dan sekolah menengah swasta.

11

Page 12: 18003584 proposal-buku-teks

8.0 : Definisi Istilah

8.1 : Buku teks

Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan

sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku

Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah

negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan

Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP)

dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan

objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran.

8.2 : Buku Rujukan

Buku jenis ini mengandungi fakta-fakta yang lengkap dan boleh digunakan

untuk menggantikan buku teks sekolah dan biasanya mengandungi nota-nota

ringkas sahaja. Buku Ini sesuai untuk pelajar yang ingin mengulang kaji

dengan pantas.

8.3 : Buku digital

E-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat

yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang

mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar

dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam

12

Page 13: 18003584 proposal-buku-teks

bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk

membacanya di komputer atau peranti khas. E-buku boleh dikategorikan

seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama,

politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya.

Penutup

Sesuatu harus dilakukan bagi menangani fenomena pelajar sekolah yang tidak

menghargai pemberian buku teks percuma kepada mereka. Penambahbaikan

mungkin dapat dilakukan terhadap isi kandungan buku teks yang disediakan yang

seharusnya lebih padat dan terperinci. Guru-guru pula seharusnya memanfaatkan

teknolgi ke dalam P&P seharian mereka. Buku-buku teks kini boleh diubah ke dalam

bentuk digital serta tidak perlu membawa buku yang berat ke sekolah. Maklumat

yang tidak sesuai yang segaja dimasukkan dengan tujuan mencukupkan bilangan

mukasurat buku teks haruslah dielakkan. Pemilihan kertas haruslah berkualiti tetapi

tidak sampai menambahkan berat fizikal buku tersebut. Justeru dapatan dari hasil

kajian ini boleh digunakan oleh Bahagian Buku Teks (BBT) untuk merancang

penghasilan buku teks yang benar-benar berkualiti dan menepati hasrat semua

pihak samada pelajar dan guru serta masyarakat.

13

Page 14: 18003584 proposal-buku-teks

BAB 2

SOROTAN KARYA

Pengenalan

Buku teks dapat membantu pencapaian objektif dalam pengajaran dan

pembelajaran jika bahan yang terdapat dalam buku teks digunakan sesuai dengan

tahap dan keperluan pelajar. Bahan dalam kandungan buku teks merangkumi teks

utama, latihan dan aktiviti. Guru boleh menggunakan bahan dalam kandungan

supaya bersesuaian dengan kemampuan pelajar dengan cara berikut:

1. Bahan boleh digunakan terus jika sesuai dengan tahap dan kemampuan

pelajar

2. diubahsuai jika bahan tersebut tidak sesuai dengan tahap dan kemampuan

pelajar

3. ditambah dengan bahan tambahan jika bahan yang ada tidak mencukupi bagi

pelajar menguasai kemahiran

Model Adaptasi Bahan Buku Teks

Sumber: Bahagian Buku Teks Kerajaan Malaysia.

14

Page 15: 18003584 proposal-buku-teks

Melihat kepentingan buku teks kepada pelajar, Negara Malaysia telah mewujudkan

satu badan khas yang menguruskan semua perkara berkaitan buku teks iaitu

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (BBT). Buku teks adalah

sumber pembelajaran utama dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia.

Penulisan serta kandungan buku teks adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran (SP)

dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Oleh itu, buku teks yang berkualiti adalah

buku teks yang:

• menyalurkan maklumat tentang pengetahuan, konsep, idea, fakta dan

prinsip untuk murid

• menyediakan bahan untuk murid menguasai kemahiran,

• menerapkan nilai murni dan sikap yang perlu dipupuk, dihayati dan akhirnya

diamalkan oleh murid,

• mempersembahkan kandungan secara jelas, sistematik dan logik,

• mempunyai elemen pentaksiran seperti aktiviti dan soalan latihan,

• menggunakan bahan grafik yang menarik, releven serta berfungsi untuk

menyokong teks.

Menurut laporan daripada Bahagian Buku Teks (BBT), Pengurusan Skim Pinjaman

Buku Teks (SPBT) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia menunjukkan:

1. Majoriti sekolah mengagihkan buku teks kepada pelajar yang layak sebelum

cuti akhir tahun atau minggu pertama sesi persekolahan.

2. Pada keseluruhannya sekolah menjalankan program penjagaan buku teks

SPBT bagi memastikan buku teks selamat dan mempunyai jangka hayat yang

lebih panjang.

15

Page 16: 18003584 proposal-buku-teks

3. Majoriti sekolah tidak memberikan CD-ROM kepada murid walaupun telah

diterima bersama buku teks.

Majoriti murid yang tidak layak menerima SPBT mendapat buku teks melalui rayuan

kepada pihak sekolah.

Sehingga kini, banyak kajian mengenai buku teks menumpu kepada masalah beg

sekolah yang berat sehinggalah pelbagai tindakan dilakukan agar masalah beg

sekolah yang berat dapat dikurangkan. Penyusunan semula jadual waktu yang lebih

anjal, serta kemunculan pelbagai kaedah bagi meringankan beban beg pelajar telah

diperkenalkan. Semua pihak mengakui kewujudan masalah beg berat yang

sememangnya perlu diatasi dengan segera. Namun kini masalah yang sebaliknya

saban hari kian melanda dan menjadi satu fenomena biasa dalam kalangan pelajar

sekolah menengah iaitu masalah beg ringan.

Persoalan ini mengundang pelbagai persoalan baru yang lebih menuntut kepada

langkah-langkah yang lebih tegas bagi menanganinya. Ini adalah kerana pelajar di

sekolah menengah sepatutnya perlu menggunakan lebih banyak buku berbanding

pelajar lain selari dengan pertambahan subjek di peringkat sekolah menengah. Mata

pelajaran yang dipelajari telah bertambah dan menambahkan pemberian buku teks

secara percuma yang dibekalkan.

Kemudahan buku rujukan dan latihan menyebabkan guru-guru serta pihak sekolah

meminta pelajar-pelajar membelinya sebagai buku tambahan kepada buku teks

yang sedia ada. dengan pertambahan sebuah buku kerja, rujukan atau latihan

mengikut mata pelajaran, bilangan buku yang dibawa oleh seseorang pelajar sudah

16

Page 17: 18003584 proposal-buku-teks

bertambah sekurang-kurangnya sekali ganda. Sewajarnya juga beg sekolah mereka

semakin bertambah berat bukannya semakin ringan tanpa isi.

Kualiti Buku Teks.

Buku teks berkualiti mempunyai bahan grafik yang:

• Berfungsi bagi tujuan menyampaikan kandungan teks membantu memahami

teks memperkukuhkan pemahaman teks melengkapakn teks dan/atau memberi

maklumat tambahan.

• pelbagai jenis, menarik, lengkap dan mempunyai unsure kecindan dan sesuai

dengan kumpulan sasar.

• keseimbangan dalam warna, penggunaan ruang, perspektif, saiz, perkadaran

dan penyusunan dengan isi kandungan.

• tepat dengan kehendak kandungan, etika dan budaya masyarakat Malaysia.

• Berfokus kepada subjek yang disampaikan serta sesuai dari segi saiz dan reka

letak.

Pendapat Umum Mengenai Buku Teks.

1. Profesor Datuk Dr Aminah Ayob. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI).

“Isu buku teks yang didakwa kebanyakan guru sebagai tidak membantu

dalam meningkatkan kefahaman murid semakin meruncing. Didapati selama ini

guru hanya menerima saja arahan menggunakan buku teks, tetapi kebanyakannya

tidak menggunakan buku teks secara optimum apabila berasakan bahannya kurang

mantap dan berkesan. Sewajarnya guru yang dipertanggungjawab menggunakan

17

Page 18: 18003584 proposal-buku-teks

bahan terbabit menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati serta memberi

pandangan untuk meningkatkan kualiti bahan itu manakala kementerian pula perlu

mengambil berat semua pandangan guru. Apa yang saya perhatikan ketika

melakukan pemantauan ke atas beberapa buku teks sebelum ini, boleh dikatakan

bahannya terlalu biasa, malah tidak mampu menyaingi kualiti bahan latihan yang

disediakan oleh buku lain yang berlambak dijual di pasaran. Malah, kualiti buku teks

itu sendiri sangat lemah dan faktanya sangat cetek serta ketinggalan zaman. Ia

nyata sekali kurang berguna kerana tidak memberi kesan untuk mendatangkan

impak dalam mengukuhkan kefahaman pelajar”

Sumber : Harian Metro. ( 11/06/ 2006).

2. Profesor Datuk Dr Khoo Kay Kim. Tokoh Akademik dan Sejarah.

"Buku teks perlu sentiasa dikemas kini supaya sesuai dengan perkembangan

isu semasa serta menepati fakta supaya pelajar tidak menerima maklumat yang

salah selama belajar pada peringkat sekolah. Realiti yang tidak disedari masyarakat

itu berlaku kerana mereka sudah menerima pelbagai maklumat yang kurang tepat

sejak zaman persekolahan malah boleh dikatakan pelajar hanya menghafal fakta

tetapi tidak memahami peristiwa. Justeru, apabila memasuki universiti didapati

kebanyakan pelajar terlalu cetek kefahaman mengenai sejarah malah ada yang tidak

ingat langsung apa yang dipelajari kerana selama ini mereka hanya menghafal.

Contohnya, adakah buku teks menjelaskan secara terperinci apa itu feudal dan

imperialis malah penerangan mengenai komunisme juga dibuat secara ringkas.”

Sumber : Utusan Malaysia (11/07/2007)

18

Page 19: 18003584 proposal-buku-teks

3. Profesor Dr Hashim Musa. Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia

Tingkatan Empat dan Lima.

“Punca utama guru enggan menggunakan buku teks kerana latihannya tidak

selari dengan kehendak dalam soalan peperiksaan, bahan yang digunakan juga

ketinggalan zaman kerana buku teks yang digunakan kini ditulis pada pertengahan

2000 menyebabkan banyak isunya kurang relevan dengan perkembangan semasa.

contohnya, negara kini sudah melangkah setapak lebih maju dalam mengangkat

industri pertanian sebagai sektor utama negara melalui pelbagai projek agropolitan,

tetapi buku teks masih membincangkan isu teknologi maklumat dan komunikasi

yang hanya popular pada ketika ia ditulis. Latihan dalam buku teks terlalu umum dan

kurang memfokuskan peperiksaan seperti yang dibekalkan buku kerja lain.

Sewajarnya buku teks turut menyelitkan analisis peperiksaan untuk lebih

menggalakkan penggunaannya. Jika Bahagian Buku Teks, Unit Kurikulum dan

Lembaga Peperiksaan dapat menyelaraskan perkara ini dan mengambil bahan

daripada buku teks untuk peperiksaan, pastinya buku teks akan menjadi aset paling

penting di sekolah,"

Sumber : Utusan Isnin, (12 /11/ 2007)

4. Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

“Kementerian Pelajaran sentiasa mengkaji dan meningkatkan kualiti buku

teks sekolah supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Kajian

untuk menambah baik buku teks dijalankan berterusan oleh sekumpulan ahli panel

yang pakar dalam setiap mata pelajaran bagi menyemak atau menukar mana-mana

19

Page 20: 18003584 proposal-buku-teks

fakta dalam buku teks yang sudah lapuk dan tidak releven. Penyemakan ini

memakan masa dan kos yang tinggi namun tetap dilakukan bagi memastikan kualiti

buku teks terjamin. Selain itu penilaian semula isi kandungan buku teks perlu kea

rah pembentukan modal insan yang cemerlang.”

Sumber: Berita Harian (13/11/2007)

5. Abd Hamid Md Shah. Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian

Pelajaran.

“Kira-kira 17.6 juta naskhah buku teks tambahan membabitkan anggaran kos

lebih RM100 juta akan disediakan bagi menampung keperluan berikutan peluasan

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada semua pelajar, tahun depan.

Perlaksanaan ini membabitkan pakej buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah mencakupi buku latihan amali dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah. Langkah ini selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi, dalam Bajet 2008 bahawa peluasan SPBT akan memberi manfaat

kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta ketika ini. Ini bermakna penyediaan buku

teks tambahan adalah untuk kegunaan kira-kira 20 peratus lagi pelajar yang tidak

mendapat SPBT sebelum pembentangan Bajet 2008.

Sumber : Harian Metro : ( 26 /07/ 2007)

20

Page 21: 18003584 proposal-buku-teks

6. Profesor Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif. Ketua Panel Penilai buku

teks Bahasa Malaysia tingkatan satu.

“Bahagian Buku Teks, unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia

perlu sama-sama terbabit menyediakan buku teks. Beliau berpendapat, punca

utama guru tidak gemar menggunakan buku teks ialah kerana soalan peperiksaan

yang disediakan tidak menjurus kepada bahan dalam buku teks, sedangkan mereka

terpaksa memenuhi kehendak pelbagai pihak untuk memastikan pelajar cemerlang

dalam peperiksaan. Jika soalan yang disediakan diambil daripada bahan atau

sukatan pelajaran seperti di buku teks, pasti guru akan memaksimumkan

penggunaannya dan ia sekali gus tidak merugikan pelaburan kerajaan menerbitkan

buku teks.

Sumber: Berita Harian (13/11/2007)

Pendapat dan pandangan tokoh-tokoh tersebut haruslah diberi perhatian

sewajarnya. Masyarakat sedar mengenai fenomena pengabaian buku teks yang

berlaku di sekolah-sekolah sekarang ini. Banyak faktor yang menyebabkan

berlakunya ketidakgunaan buku-buku teks SPBT di sekolah. Sementara itu, hasil

soal selidik yang dijalankan Berita Harian terhadap 170 guru di Pulau Pinang,

Kelantan, Terengganu, Johor, Labuan dan Selangor mendapati 62 peratus daripada

mereka memilih untuk kurang atau tidak menggunakan buku teks jika ada pilihan

lain. Malah, kebanyakan guru terlatih dan mempunyai pengalaman mengajar

sekurang-kurangnya lima tahun itu, menyifatkan buku teks sebagai bahan bantu

mengajar yang tidak mengikut isu semasa serta kurang latihan dalam

mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan. Inilah sebenarnya yang perlu

21

Page 22: 18003584 proposal-buku-teks

ditangani segera oleh kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Penelitian

yang jitu perlu diberi keutamaan sebelum merancang penerbitan setiap buah buku

teks.

Alternatif Untuk Meningkatkan Kegunaan Buku Teks Melalui Integrasi

Teknologi Melalui Penggunaan Buku Digital

Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini

dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang

menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk

memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet. Kini zaman

berubah dari era fizikal kepada digital, begitu juga dengan buku boleh berubah dari

ratusan muka surat yang tebal dan berat kepada satu peranti digital yang hebat.

Tidak dinafikan kaedah tradisional membaca buku tidak mungkin terhapus

memandangkan ia satu-satunya bentuk keindahan apabila dapat menyelak satu

demi satu helaian, namun pendigitalan buku mungkin alternatif yang mampu

membawa dimensi baru dalam menyerap pengetahuan.

Pancaindera yang menerima informasi dikawal oleh dua sub-sistem yang berlainan

iaitu secara lisan (bahasa) dan secara bukan lisan (imej, audio, visual dan kinestatik)

Moore, Burton & Myers (1996). Mayer & Moreno (1998) menyokong pendapat

bahawa pancaindera pendengar boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran

dan penghafalan. Perhatian dan Penghafalan pendengar boleh ditingkatkan jika

setiap sub-sistem memberi informasi kepada pancaindera yang berlainan.

Kamarudin (1986) menyatakan bahawa informasi diterima sebanyak 1% melalui

22

Page 23: 18003584 proposal-buku-teks

deria rasa, 1½% melalui deria sentuh, 3½% melalui deria hiduan, 11% melalui

pendengaran dan 83% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Kajian ini

menyokong penggunaan buku digital sebagai alat multimedia yang menyediakan

pelbagai fungsi rangsangan deria berbanding penggunaan buku teks biasa.

Satu ketika dulu, kita memiliki pemain kaset untuk memutarkan lagu kegemaran

yang kemudian mengalami evolusi sehingga manusia mengenali pemain cakera

padat (CD) pada sekitar 90-an. Zaman dan teknologi berubah pantas, kini semakin

kurang kita lihat pengguna menikmati lagu dari pemain CD yang digantung pada

pinggang mereka apabila kedatangan peranti baru yang lebih menarik, mudah dan

kecil, lalu terus mendapat perhatian pasaran yakni pemain MP3 atau MP4. Konsep

yang sama boleh diguna pakai dalam industri pembukuan melalui pengenalan buku

elektronik atau e-buku kerana ia memiliki aplikasi yang boleh diperoleh melalui

perkakasan khas atau digabungkan bersama MP4. Bukan asing bagi pengguna

mengenali e-buku, tetapi, di Malaysia, pengedarannya masih kurang. Sukar

dipastikan ketidakpopularan e-buku itu sama ada disebabkan tiada syarikat yang

mahu menghasilkan peranti atau tahap kesedaran dalam memupuk budaya

membaca masih kurang atau inisiatif yang mahal atau mungkin ada golongan yang

sengaja tidak mahu mengenengahkannya kerana bimbang banyak syarikat buku

atau percetakan akan tutup.

Adakah rakyat Malaysia bersedia menerima e-buku sebagai peranti masa depan

baru tanpa membelakangkan kaedah tradisional membaca? Tabiat malas membaca

di kalangan rakyat negara ini dapat dikurangkan melalui e-buku kerana alasan

kesukaran mem bawa banyak buku, jurnal, bahan ilmiah yang berat dapat

23

Page 24: 18003584 proposal-buku-teks

dimampatkan dengan satu peranti kecil seperti telefon bimbit, MP4 atau perkakasan

e-buku lain. Kesedaran penggunaan peranti digital untuk e-buku di negara ini dan

Jepun jauh berbeza. Di Jepun, jualan e-buku ke telefon bimbit pengguna mencecah

RM49 juta pada 2006 ekoran manfaat diperoleh rakyatnya yang menganggap ia

sebagai alternatif tanpa perlu risau mengenai berat buku. Gajet mudah alih yang

memiliki kemudahan memaparkan teks dan foto menarik perhatian pengguna di

Jepun melalui perisian khas bagi menyokong pindah turun judul buku dari Internet.

Apalagi yang perlu ditangguh rakyat negara ini untuk mengguna pakai sepenuhnya

teknologi sedia ada ditambah pula rebat cukai pendapatan RM1,000 sudah

memadai untuk menggalakkan budaya membaca.

Kajian menunjukkan rakyat negara ini menghabiskan dua pertiga masa terluang

bukan dengan membaca, tetapi menonton televisyen manakala pada 1996, didapati

purata penduduk negara ini membaca hanyalah dua buku dalam setahun jika

dibandingkan penggunaan komputer dan se bagainya. Inilah masa sesuai untuk

penerbit, pengarang, penulis karya atau ahli akademik memanfaatkan ruang digital

yang ada dengan memandang serius penggunaan e-buku.

Berdasarkan satu kajian lagi yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media,

Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di

kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca

empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh

pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah),

Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang

dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun

24

Page 25: 18003584 proposal-buku-teks

pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli oleh

pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75

buah) dan Brunei (15 buah).

Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh

pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun

pengajian (enam semester). Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat

membimbangkan semua pihak memandangkan golongan cerdik pandai yang

menghuni taman dan gedung ilmu ini adalah contoh serta teladan di menara gading;

dan kelompok ini juga sepanjang hidup mereka senantiasa bergelumang dalam

kancah intelektual. Sekiranya golongan intelektual ini kurang membaca, implikasinya

sangat besar dan boleh menyebabkan prestasi dan kualiti sesebuah universiti

berada di tahap yang kritikal.

Pengenalan Terhadap Konsep buku digital di sekolah.

E-buku bukan saja mampu memberi manfaat kerana saiznya atau keupayaan

mudah alih namun secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan bumi daripada

pengeluaran kertas yang banyak hasil potongan jutaan kayu balak. E-buku

mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-

pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat.

Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih

ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran.

Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan

dalam satu CD. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk

25

Page 26: 18003584 proposal-buku-teks

silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk

kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks

Harga buku mungkin dapat dikurangkan kerana kos produksi jauh lebih murah

apatah lagi kenaikan bahan mentah untuk pembikinan buku secara fizikal mampu

dihapuskan dengan teknologi percetakan digantikan pemodenan storan yang kecil

dari segi fizikalnya. Di samping itu, teks yang terdapat dalam buku boleh dicapai

dengan mudah melalui enjin carian atau keupayaan yang disepadukan dengan

kamus.

Sarjana terkemuka, Bradley F James dalam artikelnya bertajuk ‘The Electronic

Book and PDA: Looking Beyond the Physical Codex’. (2002) menekankan kelebihan

e-buku sebagai sumber ilmu yang menjadi akses pantas kepada pengguna.

Menurutnya, e-buku menawarkan pelbagai pilihan dari segi jenis tulisan, pencarian

teks serta kaedah pembacaan ketika berada dalam suasana gelap, malah

antaramukanya lebih ‘hidup’ apabila digabungkan dengan grafik atau video untuk

interaktif lebih baik. Tambahnya, perpustakaan juga mendapat manfaat tambahan

jika dilihat dari sudut ruang, sistem penyusunan buku secara tradisional, menyelia

buku dan pekerja bukan lagi isu besar yang perlu dipeningkan.

''E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital

dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di

komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA).''

(Dipetik dari Utusan Malaysia Online)

26

Page 27: 18003584 proposal-buku-teks

E-book ini juga tidaklah seberat beg sekolah yang diisi dengan buku-buku teks, yang

perlu dibawa ke sekolah. Tambahan juga,e-book ini mengandungi imej dan gambar

yang menarik, ini membolehkan pelajar membaca tanpa berasa bosan kerana buku

kini kebanyakan hanya mengandungi ayat. Meskipun e-buku adalah tawaran baru

kepada pembaca, cara tradisional tidak boleh dilupuskan serta-merta kerana e-buku

adalah alternatif yang melengkapkan budaya membaca itu sendiri. Membaca melalui

e-buku menyorong pelbagai ilmu untuk dimasukkan dalam minda sebagai

pengetahuan kekal. Galakan membaca dalam bentuk digital adalah selari dengan

kepesatan teknologi menyebabkan rakyat tiada alasan lagi sebenarnya untuk

mengatakan tidak ada masa untuk membaca.

Penyediaan Laci Oleh Pihak Sekolah.

Ada juga cadangan supaya pihak sekolah menyediakan laci atau locker untuk

pelajar-pelajar menyimpan buku-buku berlebihan mereka di sekolah. Cadangan ini

pernah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah tertentu tetapi tidak mencapai hasil yang

dihajati. Banyak sekolah menghadapi masalah kekurangan tempat untuk

menampung pelajar yang terlalu ramai, apatah lagi menyediakan kemudahan seperti

yang dicadangkan. Perkara ini bertambah rumit bagi sekolah-sekolah yang

mempunyai dua sesi pembelajaran. Bilik darjah yang sepatutnya memuatkan 25

orang pelajar yang dikira sebagai angka unggul telah disumbat sehingga 50 orang

tambah menyempitkan.

Tambahan pula penyimpanan buku-buku tertentu di sekolah juga menimbulkan

masalah kepada pelajar-pelajar yang ingin membuat latihan, ulang kaji dan rujukan

27

Page 28: 18003584 proposal-buku-teks

apabila berada di rumah. Masa yang dihabiskan oleh seseorang pelajar adalah lebih

banyak di rumah berbanding dengan di sekolah. Tidak ramai orang yang dapat

menerima cadangan seperti ini kecuali pelajar-pelajar menghabiskan lebih banyak

masa di sekolah daripada rumah.

Penyemakan Semula Isi Kandungan Buku Teks.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan. melalui Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah Rendah telah

mendapati isi kandungan buku teks tersebut perlu di kemaskinikan serta latihan dan

soalan perlu lebih mirip soalan peperiksaan. Dicadangkan juga supaya latihan dan

soalan dalam buku teks dikemaskini supaya ianya bersesuaian dengan keadaan

semasa. Kajian ini juga bersetuju dengan faedah dari penggunaan buku kerja

kepada pelajar dan guru. Hasil dapatan mendapati guru sangat bersetuju bahawa

penggunaan buku kerja dapat mendedahkan murid kepada pelbagai kaedah

menjawab soalan dan dapat menggantikan latihan dalam buku teks yang tidak

mencukupi. Ini disebabkan soalan/latihan yang terdapat dalam buku kerja sesuai

untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid serta sesuai untuk murid

berpencapaian sederhana dan tinggi. Malah, guru besar menyatakan bahawa

penggunaan buku kerja sangat membantu dalam memberi lebih banyak latihan

kepada murid, menjimatkan masa daripada menyalin soalan latihan dan dapat

menjimatkan guru dalam menyediakan latihan tambahan.

28

Page 29: 18003584 proposal-buku-teks

Masalah pembelajaran pelajar termasuklah kefahaman yang lemah, mudah lupa,

tidak menumpu perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P), tidak

mengambil bahagian dalam proses P&P, tidak membuat kerja sekolah langsung

atau membuat kerja sekolah dengan kurang sempurna, lewat menghantar atau tidak

menghantar langsung tugasan, malas mengulang kaji pelajaran, dan tidak

membawa buku ke sekolah. Faktor-faktor ini menyebabkan pelajar lemah dalam

pelajaran, malu untuk bertanya dalam kelas, bosan kerana tidak faham semasa

P&P, rendah diri, tidak ada keyakinan untuk berjaya, ponteng kelas, dan kerap

dimarahi guru (EPRD, 1994).

Dapatan kajian juga menunjukkan bentuk pengajaran-pembelajaran pada masa

depan akan lebih berpusatkan pelajar melalui penggunaan teknologi. Pembelajaran

mobile, pembelajaran berasaskan web, pembelajaran melalui sidang video,

pembelajaran Jarak Jauh dan sebagainya akan memudahkan pelajar untuk

mendapatkan pelbagai maklumat serta pembelajaran boleh berlaku dimana-mana.

Pelajar akan dapat belajar dengan lebih mudah, lebih seronok dan lebih berjaya.

Aplikasi teknologi terkini mampu membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan

dalam pelbagai bentuk di multimedia. Teknologi paparan kertas generasi baru lebih

pantas memberi maklum balas, dan memudahkan pembacaan dengan teks, imej

dan garafik yang jelas. Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca

malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda. Model tersebut juga

mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal,

dengan penggunaan kuasa rendah. Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya

mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti. Sebagai

tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan

29

Page 30: 18003584 proposal-buku-teks

memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF,

dan imej JPEG. Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB

perisian PC e-book dan penyelarasan warna, produk ini mungkin lebih penting

daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang

Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan

teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat

rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (e-

jurnal), CD, DVD dan rujukan elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah

rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang

diamalkan oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah.

Kesimpulan

Dengan ini cara penyelesaian yang paling baik adalah mengkaji semula keperluan

buku teks dan buku-buku tambahan lain yang digunakan di sekolah. Sekiranya buku

teks yang digunapakai dalam sistem pendidikan hari ini menjadi sekadar pelengkap

kepada pelajar dan guru, sesuatu harus dilakukan agar fungsinya sebagai bahan

P&P kembali menjadi fokus. Buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran

haruslah telah melalui proses pemilihan yang ketat, bukan dilakukan oleh pegawai

tertentu yang tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan buku tersebut. Ia

seharusnya diteliti oleh satu panel yang terdiri daripada guru-guru yang pakar dalam

bidang tersebut. Panel ini haruslah bebas daripada sebarang pengaruh atau

ancaman golongan tertentu yang berkepentingan diri supaya pemilihan yang dibuat

adalah mengutamakan kepentingan pelajar-pelajar lebih daripada sebarang

30

Page 31: 18003584 proposal-buku-teks

kepentingan peribadi atau golongan tertentu. Bahan grafik di dalam buku teks pula

perlu lebih pelbagai merangkumi bahan seperti gambar foto, lakaran, ilustrasi,

lukisan semi kartun, carta, rajah dan peta supaya menjelaskan lagi sebarang

keterangan mengenai sesuatu perkara atau topik.

31

Page 32: 18003584 proposal-buku-teks

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk

tinjauan. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soalselidik. Pendekatan

ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan

mudah. Burns (1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik, logik dan

khusus. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

Manakala pelajar-pelajar dan guru-guru pula lebih memahami mengenai perkara-

perkara yang perlu dinilai berbanding dengan cara penilaian yang lain. Reka bentuk

kajian deskriptif yang digunakan sesuai untuk mendapatkan maklumat dan

keterangan asas mengenai status dan penggunaan buku teks SPBT oleh pelajar

dan guru di peringkat sekolah menengah.

Kajian deskriptif adalah sejenis kajian yang bermatlamatkan untuk menerangkan

keadaan semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku, mendapatkan penjelasan

dengan sempurna serta meneroka bidang yang belum dikaji untuk mendapatkan

maklumat yang tepat. Menurut Ary et al. (1990) kajian deskriptif adalah bertujuan

untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku semasa sesuatu kajian itu

dijalankan. Reka bentuk deskriptif juga amat sesuai bagi kajian untuk mendapatkan

maklumat mengenai sikap, perilaku, persepsi, faktor-faktor dan pendapat melalui

sampel dari populasi. Jumlah data juga boleh dikumpulkan dengan agak mudah

daripada pelbagai sumber - primer atau sekunder.

32

Page 33: 18003584 proposal-buku-teks

Kaedah Kuantitatif

Kaedah ini berguna untuk mengukur pelbagai aspek yang melibatkan persepsi

pelajar dan guru terhadap buku teks. Soal selidik dibina untuk mengetahui pelbagai

aspek seperti persembahan, isi kandungan, kepentingan, kekerapan membaca dan

minat pelajar terhadap buku teks dalam P&P.

Kaedah Kualitatif.

Kaedah kualitatif ditadbir menerusi temubual tak berstruktur. Temubual tak formal ini

tidak memerlukan rakaman, tidak dijadualkan secara formal iaitu berlaku secara

spontan dalam bilik darjah atau lokasi lain yang sesuai, serta perlu membuat

catatan untuk menjawab persoalan berkaitan Who, what, where, when, why, how.

Kaedah temubual ini mampu memberi maklumat yang mendalam mengenai sesuatu

perkara.

Pemerhatian secara langsung juga akan dilakukan setiap masa dengan meneliti

segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji. Teknik ini tidak

memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja.

Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di

daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dalam bentuk kajian

kes terhadap isu buku teks yang melibatkan pelajar dan guru di sekolah tersebut.

33

Page 34: 18003584 proposal-buku-teks

Tujuan memilih hanya sebuah sekolah untuk dibuat tinjauan ialah agar pengkaji

dapat membuat ekplorasi yang mendalam terhadap permasalahan yang ingin dikaji.

Populasi dan Persampelan

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah di mana

pengkaji sedang mengajar. Jumlah populasi dalam kalangan pelajar adalah seramai

180 orang. Populasi guru pula berjumlah 80 orang. Sampel merupakan sumber

untuk mendapatkan data. Pengkaji akan menggunakan kaedah cabutan bertuah

dari peti untuk menentukan sampel yang terpilih. Menurut Mohamad Najib (1999),

kaedah persampelan ini dipanggil kaedah rawak mudah. Oleh kerana kajian ini

adalah berbentuk deskriptif, pengkaji telah menetapkan hanya 10% dari jumlah

populasi untuk dijadikan sampel kajian. Menurut Gay (1981) ,jika kajian yang hendak

dilakukan berbentuk kajian deskriptif saiz minimum ialah sepuluh peratus daripada

jumlah populasi.

Menurut Ary et al. (1990) suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria

iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel

yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa

pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk

membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan. Untuk mendapatkan

jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini formula yang

dikemukakan oleh Yamane (1967) dan Krejcie & Morgan (dlm. Isaac & Micheal

1984) telah digunakan. Dengan mengambilkira formula penentuan saiz sampel ini,

34

Page 35: 18003584 proposal-buku-teks

saiz sample yang digunakan untuk kajian ini ialah seramai 20 orang pelajar sekolah

dan 10 orang guru akan menjadi responden dalam kajian.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik,

temu bual dan pemerhatian. Triangulasi adalah satu kaedah yang boleh

meningkatkan kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif. (Merriem, 1998).

Data-data dikumpulkan melalui sumber primer dan sekunder. Sebelum soal selidik

diedarkan kepada responden, pengkaji terlebih dahulu menemu bual responden bagi

mendapatkan pandangan awal responden tentang kajian ini. Selepas mendapat

pandangan yang positif dan mendapat kerjasama daripada responden, pengkaji

mengedarkan soal selidik kepada responden. Selain itu, pengkaji juga membuat

pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh responden, pemerhatian ke

atas sikap dan cara pelajar mengendalikan buku teks serta menyemak rekod pelajar

dan guru.

Semasa pemerhatian, pengkaji menyediakan nota lapangan iaitu catatan yang

berkaitan dengan aktiviti dan penglibatan murid semasa aktiviti. Pengkaji juga telah

menjalankan temu bual secara formal dan tidak formal dengan responden. Data

yang diperoleh melalui temu bual ini dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalan-

soalan yang dikemukakan dalam soal selidik.

35

Page 36: 18003584 proposal-buku-teks

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan 2 set soal selidik iaitu soal selidik untuk pelajar dan guru,

Setiap set soal selidik ini mengandungi 3 bahagian yang sama iaitu:

1) biodata responden.

2) kekerapan penggunaan buku teks dalam P&P.

3) persepsi pelajar dan guru terhadap buku teks.

Soal selidik ini telah diadaptasi penyelidik berasaskan kepada persoalan dan tujuan

kajian. Soalan-soalan dipandu dari soalan-soalan kajian yang perlu dijawab.

Pecahan Item Soal Selidik

BAHAGIAN NOMBOR ITEM

Bahagian A ( Biodata responden)

1, 2, 3, 4, 5, 6

Bahagian B(Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan buku teks )

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 9, 10, 11, 12, 1314, 15,16,17,18, 20

Bahagian C ( persepsi pelajar dan guru terhadap buku teks.)

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10, 11, 12, 13, 14.

Jumlah 40

36

Page 37: 18003584 proposal-buku-teks

Keesahan dan Kebolehpercayaan.

Soal selidik ini dibangunkan berdasarkan panduan oleh “UNESCO Guidebook on

Textbook Research and Textbook Revision” yang diterbitkan oleh George Eckert dan

Institute United Nations Educational, for International Textbook Revision. Soal selidik

yang dibentuk telah diprauji untuk menentukan kesahihan dan ketepatan kriteria item

yang dipilih. Berpandukan kepada pra uji ini, soalan yang lemah dan tidak tepat

diubahsuai. Ayat–ayat yang kompleks akan disusun semula dengan menggunakan

laras bahasa yang mudah difahami oleh semua responden.

Teknik Analisis Data.

Data kajian kuantitatif yang didapati dari hasil soal selidik akan diproses secara

manual bagi mendapatkan frekuensi kerana jumlah item yang dikemukakan dalam

soal selidik tidak begitu banyak. Sementara itu, data kualitatif dianalisis mengikut

tema-tema yang ditetapkan; yang diselaraskan dengan soalan-soalan yang

dikemukakan dalam soal selidik. Penyelarasan ini dilakukan bagi memudahkan

pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat menyokong data kuantitatif yang

dikemukakan dalam laporan, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema

tertentu. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini.

37

Page 38: 18003584 proposal-buku-teks

Rujukan:

Shelly Cashman, Thomas J. Cashman, Randolph E. Gunter, & Glenda A. Gunter.

(2004). Integrating Technology in the Classroom. Third Edition. Thomson

Course Technology. United States of America.

Falk Pingel. (1999). Unesco guidebook on textbook research and textbook revision.

George Eckert Institute United Nations Educational, for International Textbook

Revision Department of Education for a Culture of Peace. UNESCO, Paris, 8

June 1999.

Foster, S. (2002) Stuart Foster: listed in Methodological Issues and Approaches in

Textbook Research and Analysis, unpublished instructional document,

Institute of Education, University of London, Spring 2002.

Ahmad Fuad Othman (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan

dan cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17.

Jun 2003.

Saedah Siraj, & Mohd Paris bin Saleh. (2002). Jangkaan masa depan terhadap

aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah

menengah:pandangan pakar. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

Brian J. Foley. (2002). Students’ attitudes towards science in classes using hands-

on or textbook based curriculum. California State University, Northridge

Cameron McPhee. McPhee Consulting

38

Page 39: 18003584 proposal-buku-teks

Birgit Pepin.(2004). Mathematics textbooks and their use in secondary

Classrooms in england, france and germany: connections, quality and

entitlement. Pme28 – 2004 1–391. Oxford Brookes University, U.K.

Mohamad Sofee Razak. (9 Julai 2008). Intelek kurang membaca. Harian Metro.

Laupa Junus, & Khairunnisa Sulaiman. (3 April 2008). Buku elektronik gaya

pembacaan baru. Utusan Malaysia.

Shaharuddin Basri Ibrahim, Chan Lee Chiun, & Muslimin Fadzil. (2001).

Penggunaan buku teks secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

sejarah untuk murid berprestasi rendah di peringkat sekolah menengah.

Kuala Lumpur: BPPDP, 2001.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian penilaian

keperluan penggunaan buku kerja dalam proses pengajaran dan

pembelajaran murid tahap II di sekolah rendah. Kuala Lumpur: BPPDP, 2002.

Wong Yiik Ping. (2006). Persepsi pelajar menengah atas dalam penghafalan fakta

sejarah di sebuah sekolah luar bandar sarikei. Institut Perguruan Rajang

Bintangor, Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. 09 – 11 oktober

2006.

Bradley F. James. (2002) The Electronic Book and PDA Looking Beyond the

Physical Codex Retrieved from

http://www.scinet.cc/articles/ebook/electronicbook.html.

Ng CJ. (2006). Designing a questionnaire. Malaysian Family Physician.

2006;1(1):32-35

39

Page 40: 18003584 proposal-buku-teks

Afiq Hanif. (2008, 21 September). Buku dalam peranti. E-media NSTP. Retrieved

from http://informasi.informe.com/blog/page/19/

(2008, 9 Julai). Tak Perlu Bawa Beg ke Sekolah? Harian Metro. Retrieved from

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/itMetro/20080507124807

(2007, 11 November). Kementerian Pelajaran Pertahan Kualiti Buku Teks. Utusan

Malaysia. Retrieved from

http://ibnuhassim.com/215/ebook/2008/04/10/buku-elektronik-gaya-

pembacaan-baru/

http://ms.wikipedia.org/wiki/E-buku

http://www.statpac.com/surveys/

40

Page 41: 18003584 proposal-buku-teks

41

Nama : Siti Ajar Bt YaakobNo. Matrik :88584Tajuk Proposal :

Trend Penggunaan Buku Teks Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kota

Setar.