laporan bola jaring.doc

12
LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT SJKT WPKL 2014 ANJURAN SJK(T) ST.JOSEPH DENGAN KERJASAMA MAJLIS GURU BESAR SJKT WPKL SJK(T) Jalan Bangsar telah menyertai Pertandingan Bola Jaring antara Sekolah-Sekolah Tamil WPKL. Pertandingan ini telah berlangsung pada 22 Mac 2014. Pertandingan ini berlangsung di SJK(T) Segambut. Pertandingan ini disertai oleh 15 buah sekolah tamil dari negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pemilihan peserta untuk mewakili pertandingan ini telah dibuat melalui perbincangan bersama GPK Koko, guru penasihat Kelab Bola Jaring dan dua orang guru PJ yang mengajar Tahun 5 dan Tahun 6. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili sekolah ke pertandingan antara sekolah-sekolah tamil negeri WPKL: NO. NAMA NO KAD PENGENALAN POSIS I 1 SERENE JEAN A/P STANLEY JEAN 021114-05- 0448 C 2 JASINTA A/P VADANIAGAM 020321-14- 0644 GA 3 KESAVARTHINI A/P ARUN KUMAR 020323-14- 1368 GS 4 OMM NEETHYASRI A/P OMM 021010-14- WD

Upload: pathmavathi-tulasi-tharan

Post on 14-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Valued Gateway Customer

LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERINGKAT SJKT WPKL 2014ANJURAN SJK(T) ST.JOSEPH DENGAN KERJASAMA

MAJLIS GURU BESAR SJKT WPKL

SJK(T) Jalan Bangsar telah menyertai Pertandingan Bola Jaring antara Sekolah-Sekolah Tamil WPKL. Pertandingan ini telah berlangsung pada 22 Mac 2014. Pertandingan ini berlangsung di SJK(T) Segambut. Pertandingan ini disertai oleh 15 buah sekolah tamil dari negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pemilihan peserta untuk mewakili pertandingan ini telah dibuat melalui perbincangan bersama GPK Koko, guru penasihat Kelab Bola Jaring dan dua orang guru PJ yang mengajar Tahun 5 dan Tahun 6. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili sekolah ke pertandingan antara sekolah-sekolah tamil negeri WPKL:

NO.NAMANO KAD PENGENALANPOSISI

1SERENE JEAN A/P STANLEY JEAN021114-05-0448C

2JASINTA A/P VADANIAGAM020321-14-0644GA

3KESAVARTHINI A/P ARUN KUMAR020323-14-1368GS

4OMM NEETHYASRI A/P OMM MURUGAN021010-14-1388WD

5GAYATHIRI A/P SELVARAJA030228-14-5370WA

6MUHILARASI A/P MUHILAN030320-14-1118GD

7VISHVA RUBINI A/P VIJAYA KUMARAN021025-14-1356GK

8DEVI PRIYA A/P STEVEN KUMAR030316-08-0770(S)

9NEELASHENEI A/P THIAGARAJAH030127-14-1132(S)

10DAARSHINY A/P GUNASEKARAN030218-14-0792(S)

Jadual 1 : Senarai Nama Pemain Bola Jaring

Bermula dari 18 Mac 2014 hingga 20 Mac 2014, kesemua pemain telah menjalani latihan pada waktu koko dan juga pada waktu Pendidikan Jasmani. Sebagai guru penasihat kelab bola Jaring saya bersama dengan Cik.I. Jayaletchumy dan Cik.M.Sarasvathy telah melatih peserta. Walaupun kami mempunyai masa yang singkat tetapi kami telah menggunakan masa yang ada dengan berfaedah dan membahagikan masa tersebut untuk melatih peserta. Selain itu, GPK Koko iaitu Pn.R.Pushpalatha turut menurun padang untuk memberi latihan kepada peserta. Antara latihan yang dijalankan ialah latihan stamina, hantaran dan menerima bola, menjaring bola, membuat halangan, pergerakan kaki dan strategi-strategi permainan. Melalui latihan ini, sedikit sebanyak telah menyediakan pemain dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan bola jaring.

Pertandingan dimulakan seawal jam 8.30 pagi iaitu antara SJKT. Berikut adalah jadual perlawanan peringkat liga kumpulan:

Jadual 2 : Jadual Perlawanan Peringkat Liga KumpulanKesemua pemain telah menunjukkan saingan yang begitu sengit dalam pertandingan ini. Dalam saingan yang pertama, SJK(T) Jalan Bangsar telah tewas perlawanan dengan SJK(T) Jalan San Peng dengan mata 3-0. Namun oleh kerana perlawanan yang beturut selepas itu, pasukan SJK(T) Jalan Bangsar tidak dapat menyaingi pasukan dari SJK(T) ST.Joseph yang begitu kuat dan kalah dengan mata 16-0. Dalam saingan yang seterusnya pasukan SJK(T) Jalan Bangsar hampir menang apabila menunjukkan bakat mereka yang terpendam pada pusingan pertama dengan pasukan SJK(T) Appar, namun akhirnya tewas di mana pasukan SJK(T) Appar menang dengan mata 4-1. Dalam perlawanan terakhir, peserta dari SJK(T) Jalan Bangsar mampu bertahan dengan kuat dan mencuba beberapa gol jika berbanding dengan pasukan SJK(T) Appar. Keputusan rasmi diumumkan pada sesi penutup dan kejuaraan telah berpihak kepada sekolah lain.

BILPASUKANKEPUTUSAN

1SJK(T) JALAN SAN PENG

VS

SJK(T) JALAN BANGSAR

3 - 0

2SJK(T) ST JOSEPH

VS

SJK(T) JALAN BANGSAR

16 - 0

3SJK(T) APPAR

VS

SJK(T) JALAN BANGSAR4 - 1

Jadual 3: Keputusan Perlawanan SJK(T) Jalan Bangsar dengan pasukan lawan

Sepanjang sesi latihan dan perlawanan terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat.

KEKUATAN

Stamina

Dari segi kekuatan, peserta dari SJK(T) Jalan Bangsar mempunyai tahap stamina yang agak baik di mana para peserta diberi latihan stamina yang mencukupi sepanjang masa aktiviti kokurikulum dijalankan. Ini dibuktikan apabila para peserta dapat memberi saingan yang kuat kepada kumpulan-kumpulan lain semasa pertandingan berlangsung.

Mempunyai minat terhadap permainan

Selain itu, para pemain juga mempunyai minat yang tinggi dalam permainan bola jaring di mana mereka telah memberi komitmen yang begitu baik sepanjang sesi latihan dijalankan dan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Guru penasihat dan GPK Kokurikulum yang terlibat juga memberi sokongan penuh dengan menghantar pemain-pemain yang dipilih untuk menjalani latihan dan juga turut hadir ke SJK(T) Segambut untuk memberi sokongan kepada para pemain semasa perlawanan.

KELEMAHAN

Pemilihan pemain yang terhad

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya pasukan bola jaring menjadi lebih mantap pada masa akan datang. Pemilihan pemain sebenarnya terhad kepada Tahun 5 dan Tahun 6 dan ini menyebabkan pemilihan pemain yang berpotensi tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Pada masa akan datang, murid - murid dari Tahun 4 dan Tahun 3 akan diberi latihan asas bola jaring dan mempersediakan mereka ke arah pertandingan. Latihan sebegini dijalankan kepada mereka supaya dapat digabungkan dengan pasukan yang sedia ada untuk menguji bakat murid-murid tersebut dari awal lagi.

Tidak menjalani latihan yang cukup

Semasa pertandingan peringkat sekolah-sekolah tamil WPKL dijalankan, kebanyakan pemain dari sekolah yang terlibat tidak menjalani latihan yang secukupnya di peringkat sekolah. Ini kerana masa yang terhad diberikan untuk menjalankan latihan. Ini dapat diperhatikan semasa perlawanan berlangsung di mana para pemain melakukan kesalahan-kesalahan asas dalam permainan seperti kesalahan gerak kaki terutamanya, halangan dekat, rempuhan dan kesalahan kawasan permainan. Jadi, apabila pemain-pemain menjalani latihan, mereka terpaksa diajar semula dengan latihan asas permainan yang mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Sekolah-sekolah yang mempunyai murid yang ramai sebenarnya mempunyai potensi yang besar mengahasilkan pemain-pemain yang berbakat dan diharapkan agar pihak sekolah mengambil inisiatif yang sepatutnya pada masa akan datang.

Tidak mempunyai gelanggang bola jaring di sekolahSelain daripada itu, sekolah tidak mempunyai gelanggang bola jaring yang padat untuk menjalankan latihan bola jaring. Murid -murid yang menyertai Kelab Bola Jaring sekolah perlu didedahkan dengan gelanggang bola jaring supaya mereka dapat membiasakan diri ketika pertandingan. Semasa pertandingan peringkat SJKT dijalankan beberapa kesalahan dapat dilihat di mana mereka memasuki kawasan larangan dan tersilap menjejaki kawasan D. Akibatnya para pemain sering menerima arahan faul dari pengadil. Ini turut menganggu konsentrasi pemain untuk terus menempuh pasukan lawan. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif dalam menyediakan gelanggang bola jaring bukan sahaja untuk tujuan pertandingan malah sebagai pengetahuan asas bagi murid yang bakal menyertai diri dalam permainan bola jaring sama ada pada waktu koko ataupun waktu Pendidikan jasmani. Perlawanan ini berakhir pada jam 3.00 petang setelah ucapan perasmian penutup oleh pengerusi penganjur pertandingan dan sesi penyampaian hadiah berlangsung. Semua peserta diberi sijil penyertaan. Disediakan oleh, 24 MAC 2014.

(PATHMAVATHI TULASI THARAN)

GURU PENASIHAT

KELAB BOLA JARING,2014

SJK(T) JALAN BANGSAR,K.L.DISEMAK OLEH,

...................................................

(PN.R.PUSHPALATHA)

GPK KOKURIKULUM

SJK(T) JALAN BANGSAR,K.L.

SENARAI NAMA PESERTA

NO.NAMANO KAD PENGENALANPOSISI

1SERENE JEAN A/P STANLEY JEAN

021114-05-0448C

2JASINTA A/P VADANIAGAM020321-14-0644GA

3KESAVARTHINI A/P ARUN KUMAR

020323-14-1368GS

4OMM NEETHYASRI A/P OMM MURUGAN

021010-14-1388WD

5GAYATHIRI A/P SELVARAJA030228-14-5370WA

6MUHILARASI A/P MUHILAN030320-14-1118GD

7VISHVA RUBINI A/P VIJAYA KUMARAN

021025-14-1356GK

8DEVI PRIYA A/P STEVEN KUMAR030316-08-0770(S)

9NEELASHENEI A/P THIAGARAJAH030127-14-1132(S)

10DAARSHINY A/P GUNASEKARAN030218-14-0792(S)

SEMASA LATIHAN

SEMASA PERTANDINGAN