laporan bertulis firedrill 2015

7
SMK ALAM BERAJA 73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN LAPORAN UNIT KAWAT KECEMASAN DAN LATIHAN KEBAKARAN 2015 TARIKH: 12 November 2015 TEMPAT: SMK ALAM BERAJA DISEDIAKAN OLEH: MOHD AL ASYRAF ABD RAHIM (SETIAUSAHA KAWAT KECEMASAN) “CEGAH SEBELUM PARAH”

Upload: allypachencho

Post on 19-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok lah

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN  BERTULIS FIREDRILL 2015

SMK ALAM BERAJA73430 GEMAS,

NEGERI SEMBILAN

LAPORAN UNIT KAWAT KECEMASAN DAN LATIHAN KEBAKARAN

2015

TARIKH: 12 November 2015TEMPAT: SMK ALAM BERAJA

DISEDIAKAN OLEH: MOHD AL ASYRAF ABD RAHIM

(SETIAUSAHA KAWAT KECEMASAN)

“CEGAH SEBELUM PARAH”

Laporan Latihan Kebakaran

1.0 TARIKH : 12 November 20152.0 TEMPAT: SMK ALAM BERAJA3.0 SASARAN : SELURUH WARGA SMK ALAM BERAJA4.0 LAPORAN :

Page 2: LAPORAN  BERTULIS FIREDRILL 2015

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi

peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh

itu, pihak hal ehwal murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja bersetuju

untuk mengadakan latihan yang pertama dan kedua bagi tahun 2015. Program ini

dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas

menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Secara

keseluruhan masih perlu penambahbaikan terutama waktu 'alert' bagi murid dan

guru apabila mendengar loceng kecemasan. Tindakan pantas guru diperlukan

dalam mengatur perjalanan proses penyelamatan atau 'evacuation' murid-murid

dengan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab. Murid

murid sebenarnya telah diberi taklimat mengenai latihan kebakaran namun terdapat

segelintir yang masih mengambil mudah mengenai latihan ini. Masa mengosongkan

bangunan bagi latihan kedua ini mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak

Bomba iaitu selama 2 minit 55 saat. Bagi proses kiraan murid bagi mengenal pasti

jika ada murid yang tertinggal atau keciciran, proses tersebut berjalan dengan lancar

dan guru tingkatan serta pembantu adalah bertanggungjawab bagi kelas masing

masing. Jumlah kehadiran murid pada hari tersebut adalah 320 orang.

Alat pemadam api atau ' fire extinguisher' telah di isi semula (refill)

sebanyak 19 buah namun masih ada lagi baki 10 buah tong yang telah tamat

tempoh untuk didisi semula bergantung kepada sumber kewangan sedia ada. Bagi

alat pemadam api kekal ataupun getah pemadam api di sekitar blok bangunan,

perkara ini telah pun di laporkan ke pihak PPD Jempol serta JPNS beberapa kali

untuk tujuan baikpulih dan masih menunggu kelulusan.

Pelaksanaan

1. Siren dibunyikan tepat pukul 9.45 pagi. 2. Guru-guru dan murid bergerak untuk mengosongkan bangunan seperti yang

diarahkan oleh ketua blok masing-masing.3. Cara-cara pengungsian bangunan diperhatikan oleh ketua insiden.4. Pasukan penyelamat membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada penghuni

yang berada di dalam bangunan.

Page 3: LAPORAN  BERTULIS FIREDRILL 2015

5. Pengungsian bangunan mengambil masa lebih dari 3 minit dan ini tidak menepati masa yang sepatutnya.

6. Takimat ringkas diberikan oleh setiausaha kawad kecemasan.7. Latihan kawad kebakaran akan dilaksanakan untuk memastikan pergerakan

dengan lebih lancar.

Masalah

1. Murid-murid bergerak lambat, ada yang masih kurang prihtin dengan bunyi lonceng kecemasan.

2. Ada guru yang tidak mengarah murid keluar dari kelas sehingga diarah oleh petugas.

3. Murid-murid tidak begitu serius dengan siren kecemasan

5.0 ISU PENAMBAHBAIKAN:Secara keseluruhannya, Latihan Kebakaran kali pertama dan kedua ini

adalah pendedahan yang terbaik buat guru dan murid agar sentiasa peka dengan

keadaan sekeliling serta sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama dengan

yang lain. Secara am nya, guru di ingatkan agar sentiasa bersedia dengan keadaan

sekeliling dalam memastikan keselamatan murid. Satu perkara lagi adalah berkaitan

tentang loceng kecemasan yang mengikut aduan guru tidak terlalu kuat dan perkara

ini perlulah diberikan perhatian. Alat pemadam api pula akan selalu dipantau agar

sentiasa boleh digunakan bila perlu.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :_____________________ _____________________MOHD AL ASYRAF B ABD RAHIM ZAKARIAH B SAHIDSETIAUSAHA 'FIREDRILL' GPK HEMSMK ALAM BERAJA SMK ALAM BERAJA

Page 4: LAPORAN  BERTULIS FIREDRILL 2015
Page 5: LAPORAN  BERTULIS FIREDRILL 2015