laporan belacan

Upload: ng-peik-ling

Post on 15-Jul-2015

401 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN II ( SPL4112)

TUGASAN INDIVIDU: MAKANAN TRADISIONAL

( BELACAN)

NAMA: NG PEIK LING NO. MATRIX: SX075610PHD01 NO. KAD PENGENALAN: 820518-08-5664 AMBILAN: AMBILAN 9(SPH-JB) PENSYARAH PEMBIMBING: CIK SARIMAH ISMAIL

FAKULTI PENDIDIKAN

LAPORAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN II( SPL4112)

1.1 Butiran Asas Projek i) TEMA : Makanan Tradisonal ii) MAKANAN TRADISONAL DIPILIH : Belacan iii) TARIKH : 26 November 2011 iv) MASA : 10.00 am 11.30 am v) TEMPAT LAWATAN : OW AH THEAN KILANG BELACAN ( 000531032-V) KWANG TEIK ENTERPRISE vi) PEMILIK KILANG : OW HEN SANG vii) ALAMAT : 42 , KUALA GULA34350 KUALA KURAU KERIAN , PERAK.

2.1 Sejarah Ringkas Syarikat Secara ringkasnya, Ow AH Thean Kilang Belacan telah ditubuhkan hampir 40 tahun. Pengasasnya iaitu Ow Ah Thean pada mulanya iaitu seorang nelayan yang tinggal di Kuala Gula. Pada mulanya, beliau mengusahakan niaga membuat belacan secara kecilkecilnya dengan tenaga pekerja yang terdiri daripada ahli keluarga sahaja. Selepas meninggal dunia beliau, kilang ini telah diserahkan kepada anak sulungnya iaitu Encik Ow Kwang Teik. Encik Ow juga menjalankan perniagaan belacan dengan berjaya dan cuba mengubah kaedah menumbuk belacan dan proses membungkus belacan dengan menggunakan mesinmesin yang canggih. Kini, produk yang

dikeluarkan telah bertambah banyak dan juga mendapat sambutan yang baik di negeri negeri Utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

3.1 Pengenalan Belacan Secara umumnya, Belacan merupakan sejnis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan digemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikt sebelum digunakan kerana ini membangkitnya baunya. Orang Melayu jika tidak tahun makan belacan sering kali ditertawakan sampai ada istilahmengejek mereka cakap orang puteh muka belacan jugak yang berupa sinonimnya belacan dalam kehidupan orang Melayu. Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia, malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besarbesaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja. Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga. Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama. Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk dan antara makanan tradisi masyarakat melayu yang kini selesa di makan pelbagai bangsa di Malaysia.Belacan juga di gunakan dalam masakan terkenal lain contohnya kangkung belacan.nasi goreng belacan dan pelbagai lagi.

Tapi agak menyedihkan kebelakangan ini, kerana sambutan dari pelbagai bangsa terhadap belacan menjadikan permintaan terhadap belacan tinggi dan menguntungkan, sesetengah pengeluar belacan cuba mengambil jalan mudah tetapi merbahaya dalam tujuan melariskan produk mereka. Ini berikutan kenyataan yang di keluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa produk belacan sekarang banyak yang tercemar oleh bahan kimia pewarna Rhodamine B yang di gunakan sebagai pewarna mencantikkan belacan. Orang ramai dinasihat menggantikan belacan dengan perisa lain bagi mengelak risiko menghidap penyakit berbahaya berikutan tindakan sesetengah peniaga

menggunakan bahan pewarna Rhodamine B untuk menjadikan warna belacan lebih menarik. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata bahan lain seperti ikan bilis dan udang kering juga sesuai sebagai bahan perisa tambahan untuk menjadikan makanan lebih enak. Berhati-hati ketika memilih belacan kerana ada yang disahkan mengandungi Rhodamine B iaitu pewarna merah jambu yang boleh membahayakan kesihatan. Guna belacan segar yang boleh dibeli dari pengusaha yang dikenali bagi memastikan ia tidak mempunyai bahan beracun terbabit, katanya ketika dihubungi, semalam. Terdapat juga pengusah belacan yang tidak peka terhadap orang Islam dengan mengabaikan aspek kebersihan sepanjang proses penghasilan bahan perisa itu , termasuk menjemr udang geragau di kawasan lapang tanpa pemantauan hingga haiwan seperti bebas berkeliaran di kawasan jemusan malah ada pengguna mendakwa ternampak najis anjing berhampiran tempat menjemur udang geragau sikap ambil lewa pengusaha seperti ini amat dikesali kerana tindakan begini akan menjejaskan kesihatan orang ramai yang membeli belacan.

4.1 Cara Membuat Belacan (Tadisional) Bahan asas belacan ialah Udang Geragau dan Garam. Udang yang digunakan untuk diproses membuat belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan. i) Langkah Pertama Udang Geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus tadi rata ke semua udang yang digunakan. ii) Langkah Kedua Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.

iii) Langkah Ketiga Udang yang bergaram yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu. iv) Langkah Keempat: Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi v) Langkah Kelima Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.

5.1 Masalah Kilang OW AH THEAN KILANG BELACAN ISU i) KEBERSIHAN ii) ISU Rhodamine B MASALAH KERJA MENJEMUR TEMPAT LAPANG YANG TANPA TUTUP SEJENIS PEWARNA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN BADAN DAN JUGA MEMBAWA PENYAKIT KANSER KEKURANGAN TENAGA PEKERJA MENGGUNAKAN PEKERJA ASING DAN TERPAKSA

iii) PENGGUNAAN TENAGA iv) TUMBUKAN

PERLU MENGGUNAKAN TENAGA PEKERJA YANG RAMAI DAN MENYAKITKAN JANTUNG

Gambar 1: Gambar ini menunjukkan bagaimana anjing berkeliaran di kawasan jemuran udang geragau yang akan di gunakan sebagai bahan utama membuat belacan.

Gambar 2: Rhodamine B

6.1 Cara Inovasi Membuat Belacan di OW AH THEAN KILANG BELACAN

1. MENANGKAP UDANG Geragau DI LAUT 2. UDANG UDANG Geragau DIBERSIHKAN

3. TIMBANG BERAT UDANG DAN MENGASINGKAN DARIPADA BENDASING

4. GARAM DIGAULKAN SEKATA ( GARAM HALUS @ KASAR )

5. TEKANKAN SEHINGGA KERING DENGAN BATU BATAN ( AIR KELUAR AGAR CEPAT KERING )- LEBIH KURANG JAM

6. MENJEMUR KALI PERTAMA SEHINGGA 50 KERING(5-6JAM)

60 PERATUS

7. MENGKISAR KALI PERTAMA

8. MENYIMPAN DALAM TONG PENYIMPAN( PROSES PENAPAIAN)

9. MENYIMPAN BELACAN TERSEBUT DALAM MINGGU HINGGA SEBULAN )

KOTAK KAYU ( 3

10. MENJEMUR KALI KEDUA ( MENJEMUR HAMPIR KERING )

11. MENGISAR KALI KEDUA ( MESIN YANG LEBIH HALUS )

12. MENYIMPAN SELAMA 5 BULAN DAN KE ATAS ( TUNGGU PESANAN PELANGGAN)

13. MEMOTONG BELACAN SAIZ DAN BUNGKUSAN (IKUT KEHENDAK PELANGGAN)

14. MEMBUNGKUS ( DIJUAL )

7.1 Kekurangan dan Masalah OW AH THEAN KILANG BELACAN PERKARA MASALAH JEMURAN PENJELASAN Menghadapi masalah jemuran, belacan mereka perlu bergantung kepada sinaran matahari.

8.1 MESIN OVEN PENGERING BELACAN

PANDANGAN TEPI

PANDANGAN DALAMAN

8.2 Struktur Binaan Mesin Oven Pengering Belacan i. Bahan luaran mesin dibina daripada bahan plastik untuk mengelakkan masalah berkarat. Ini disebabkan tempat menghasilkan belacan terdapat banyak garam. Keadaan ini akan menyebabkan mesin- mesin yang dibuat daripada logam dan besi cepat berkarat. ii. Plat-palt yang diletakkan dalam mesin itu adalah dibuat daripada loyang yang tanpa berkarat. iii. Di dalam mesin itu terdapat 10 rak untuk memasukkan belacan yang perlu dikering. iv. Terdapat 6 button yang berguna, iaitu: Button pertama adalah untuk membuka mesin oven. Button kedua pula adalah untuk menutup mesin. Button ketiga ialah untuk melaras suhu yang dikehendaki. Button keempat akan bernyala dan mengeluarkan bunyi jikalau masa yang kita melaras telah sampai. Button yang kelima adalah digunakan untuk menyejukkan mesin oven selepas digunakan sepanjang hari. Ini akan memastikan mesin itu sentiasa dalam keadaan elok dan tahan lama.

Button keenam ditekankan apabila kilang menghadapi masalah putus bekalan elektrik. Kuasa elektrik simpanan akan terus disalurkan apabila button ini ditekankan.

8.3 Kegunaan Mesin Oven Pengering Belacan Kegunaan mesin ini adalan untuk mengeringkan belacan, biasanya juga sebagai pengganti sinar matahari dalam pengeringan produk. Sistem kerja mesin oven pengering ini adalah mengeringkan produk pada suhu yang dikehendaki (suhu biasa diatur secara konstant).

8.4 Ciri- ciri Mesin Oven Pengering Belacan

Kapasitas : 10 rak / loyang Dimensi : 100x100x120 cm Bahan : plat Listrik blower: 200-300 watt , 220 V Sumber panas : LPG (Liquid Petroleum Gas, LPG adalah campuran dari propana, butana dan bahan kimia lainnya. LPG yang digunakan untuk kompor rumah tangga, sama bahannya dengan Bahan Bakar Gas yang biasa digunakan untuk sebagian kendaraan bermotor)

8.5 Keunggulan Mesin Oven Pengering Belacan

Menjimatkan kuasa elektrik Suhu boleh diatur sesuai dengan keinginan Pengeringan produk tidak lagi bergantung sinar matahari Proses pengeringan lebih cepat daripada dijemur matahari

8.6 Kaedah Pengendalian Mesin Oven Pengering Belacan i. Pekerja meletakkan belacan yang telah siap gaul di atas plat. ii. Selepas itu, memasukkan plat yang telah membubuh belacan basah ke dalam Mesin Oven Pengering Belacan itu. iii. Untuk mendapat kesan sama dengan keringan 60 -70 peratus, pekerja akan melaras button ketiga(suhu) dalam bacaan 45- 55 darjah Celsius selama 2 jam. iv. Selepas itu, pekerja akan mengeluarkan plat-plat itu dari mesin lalu memasukkan belacan tersebut di mesin pengisar tadi. v. Kemudian, pekerja memasukkan campuran belacan yang 60-70 kering itu ke dalam tong penyimpan khas untuk menjalankan proses penapaian dalam masa 3 minggu hingga sebulan. vi. Selepas proses penapaian itu, pekerja akan menggunakan Mesin Oven Pengering Belacan itu mengeringkan belacan yang telah mengalami penapaian sempurna sehingga hampir kering dengan melaras button ketiga (suhu) untuk 40 darjah Celsius selama 30 minit.

8.7 Kelebihan Menggunakan Mesin Oven Pengering Belacan i. Pengeluar belacan tidak perlu bergantung kepada sinaran matahari terutamanya pada hujung tahun dan cuaca buruk. ii. Proses mengering belacan akan menjadi lebih bersih dan tahap pengeringan belacan lebih sekata.

9.1 Jenis Bungkusan OW AH THEAN KILANG BELACAN JENIS BUNGKUSAN JENAMA DAN BERAT HARGA

BELACAN CHAP ITEK ( 500g)

RM2.50 ~ RM2.70

BELACAN LIAN HUA (550 g)

RM4.50

SERBUK BELACAN ( 200g)

RM3.25 ~ RM3.50

SOS SAMBAL BELACAN ( 230 g )

RM5.00 ~ RM5.50

10.1 Pasaran OW AH THEAN KILANG BELACAN i) ii) iii) DAERAH KERIAN , PERAK PULAU PINANG PELANCONG

11.1 Mesin Mesin dan Alatan OW AH THEAN KILANG BELACAN

Gambar 3: MESIN PENGISAR

Gambar 4: MESIN MEMBUNGKUS BELACAN

Gambar 5: BAKUL MENGISI BELACAN

Gambar 6: PAPAN MENJEMUR

Gambar 7: CANGKUK BELACAN

Gambar 8: PEMOTONG KEPINGAN

Gambar 9: TONG MENYIMPAN

Gambar 10: TONG PENYIMPAN KAYU

Gambar 11: PELBAGAI SAIZ ACUAN

Gambar 12: BELACAN YANG MENUNGGU JEMURAN

Gambar 13: TEMPAT MENJEMUR BELACAN

Gambar 14: KAIN GUNI UNTUK MENJEMUR BELACAN 12.1 Kesimpulan Secara umumnya, belacan merupakan sejenis makanan tradisional yang amat diminat oleh pelbagai kaum di Negara kita. Walau bagaimanapun, kaedah proses perlu dijaga dan dibaiki supaya kualiti sentiasa dijaga. Selain itu, belacan mempunyai pasaran yang luas sehingga luar Negara, misalnya Singapura dan Thailand. Kini, belacan telah digunakan untuk mempelbagaikan menu makanan seperti boleh digaul dalam curry powder untuk menambah rasa makanannya.

RUJUKAN http://www.youtube.com/watch?v=HazarH5cMIY&feature=email http://www.youtube.com/watch?v=0E9YZSqrlDM&feature=email http://www.youtube.com/watch?v=WJzAsci0HlQ&feature=email http://hi.baidu.com/limehao/blog/item/24884add059336abcc116631.html www.kwongwah.com.my/news/2009/08/09/88.html

LAMPIRAN Surat Pengesahan Status Pelajar untuk Menjalankan Lawatan

SLIDES PEMBENTANGAN POWERPOINT

SOFTCOPY TUGASAN INDIVIDU