aspirasi fpp fakulti pengurusan dan perniagaan, …fakulti pengurusan dan perniagaan, uitm negeri...

60
ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan Perniagaan Keluarga Kenali Personaliti Diri 5 IDEA PERNIAGAAN 2020 Jutawan Milenial di Dunia Digital & Macau Scam Apa yang boleh kita pelajari ?

Upload: others

Post on 23-Mar-2021

29 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI FPPFAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN

eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020

SAMBAL BELACAN

DAPUR IBUKekuatan Perniagaan

Keluarga

Kenali

Personaliti Diri 5 IDEA

PERNIAGAAN 2020

Jutawan Milenial

di Dunia Digital

&

Macau ScamApa yang boleh

kita pelajari?

Page 2: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI FPP

Edisi 2, 2020

Diterbitkan oleh:Universiti Teknologi MARA (UiTM)Cawangan Negeri SembilanPekan Parit Tinggi, 72000 Kuala PilahNegeri Sembilan, MALAYSIATel : 606-4832100, Faks : 606-4842449

Tiada mana-mana bahagian dari majalah ini yang boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,

disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual dalam apa bentuk sekalipun tanpa

mendapat kebenaran secara bertulis.

PENAFIAN: Sebarang maklumat yang terkandung dalam majalah ini merupakan pengetahuan dan

pendapat peribadi penulis artikel. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan

profesional sebelum mengikuti mana-mana maklumat dalam majalah ini. Pihak universiti, penerbit

dan sidang redaksi tidak akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang risiko atas kerugian

secara langsung atau tidak langsung atas maklumat yang dipaparkan.

eISSN : 2735-0509

Perpustakaan Negara Malaysia

Majalah ini diterbitkan dua kali setahun

©2020 Hakcipta Terpelihara

Page 3: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Nota Editor

1 AspirasiSambal Belacan Dapur Ibu: BuktiKejayaan Perniagaan Keluarga

6 Pengurusan dan StrategiKepuasan Pelanggan vs Kegembiraan Pelanggan.“Customer Satisfaction vs Customer Delight”. Definisi danKonsep

11 KepimpinanTips Menjadi Pemimpin Hebat Dalam Perniagaan

16 Pembangunan DiriKenali Personaliti Diri

20 EkonomiCabaran Kerjaya Ekonomi Gig Dalam Industri Pekerjaan DiMalaysia

25 Idea Perniagaan5 Idea Perniagaan 2020

29 Kewangan dan PelaburanPelaburan Dalam Sukuk Prihatin Sebagai LangkahPemulihan Ekonomi Negara Tahun 2020

34 Media SosialGamer % Youtuber: Jutawan Milenial di Dunia Digital

38 TeknologiTeknologi Dalam Perniagaan

42 UmumPelajar & Perniagaan

45 Penulis JemputanMacau Scam: Apa yang boleh kita pelajari?

49 Pencapaian Fakulti

1

34

49

20

Isi

Kandungan

Page 4: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Nota Editor

Bukan mudah mengendalikan perniagaan keluarga dan diberi tanggungjawabuntuk mengembangkan perniagaan sehingga ke pasaran luar negara. Apa lagiproduk yang dijual merupakan produk yang sering kali dihasilkan sendiri dirumah. Namun Sambal Belacan Dapur Ibu berjaya menepis persepsi skeptikalmasyarakat. Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, merekamembuktikan bahawa walaupun hanya bergantung kepada sambal belacanpada awalnya, mereka dapat meneroka jauh memenuhi selera orang Asia diperantauan. Tiada apa yang mustahil, sekiranya kerja keras diiringi dengandedikasi dan semangat yang tinggi oleh semua pihak dalam organisasi.

Selain itu, edisi pada kali ini bertambah menarik dengan kupasan tentangMacau Scam yang sedang hangat diperkatakan dewasa ini dan idea-ideaperniagaan yang relevan sewaktu pandemik Covid-19 serta tips-tips laindalam perniagaan.

Tidak dinafikan semua peniagaan terkesan dengan pandemik ini dan perludisesuaikan dengan norma baharu dalam perniagaan. Semoga perubahan inimembuka peluang yang lebih besar ke arah kejayaan dan seterusnyamenyumbang kepada kerancakan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Kisah muka depan pada edisi kali ini sengajamengetengahkan kejayaan industri kecil dansederhana yang dekat dengan masyarakat kita.Perusahaan hasil kesepakatan dan sokongankeluarga ini berpotensi memberi aspirasi kepadaorang ramai khususnya bakal-bakal peniaga yangingin bermula dengan skala kecil dan sederhana.

SIDANG REDAKSI

PenaungProf. Dr. Yamin Yasin

PenasihatProf. Madya Dr. Abdul Halim Ramli

Dr. Noorlis Ahmad

PengerusiDr. Wan Normila Mohamad

Ketua EditorNur Fadhlina Zainal Abedin

EditorNooraza Tukiran

Nurhanani Aflizan Mohamad Rusli

Dr. Wan Normila Mohamad

Tengku Sharifeleani Ratul Maknu Tengku

Sulaiman

SetiausahaDr. Jamilah Mohd Mahyideen

Hafisah Yaakob

Hilwana Abd Karim

KewanganMohd Elfee Ab Rashid

PenerbitanDr. Nurazilah Zainal

Penyunting BahasaNur Alia Amirnordin

Maziah Mohamed Arif

Iskandar Ariffin

Zaidatul Husna Mohd Isnani

Reka Bentuk & GrafikNur Fadhlina Zainal Abedin

KomunikasiZarifah Fadilah Ramli

Norhaniza Md Akhir

PercetakanHabsah Kasim

Bashir Ahmad Shabir AhmadNUR FADHLINA ZAINAL ABEDINKetua Editor

Page 5: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI

Cetusan Ilhamdari Tanah Suci

Bekalan belacan yang dibawa jemaah dikongsibersama dalam kumpulan sebagai penambah

selera dan mengubati kerinduan terhadapmasakan tanah air. Siapa menyangka ia menjadi

ilham kepada perniagaan hebat sekeluarga.

Page 6: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Setelah beberapa hari mereka berada di Tanah Suci,mereka mula kerinduan untuk menikmati masakantanah air terutamanya sambal belacan. Secarakebetulan, seorang jemaah wanita dalam kumpulanmereka membawa belacan bersamanya. Allahyarhambersama isteri mula mencari cili di pasar dan memintasedikit belacan daripada jemaah tersebut untukdibuat sambal belacan. Ia turut dilakukan olehbeberapa Jemaah lain. Ini mencetuskan idea kepadaAllahyarham untuk memulakan perniagaan sambalbelacan bersama anak-anak dan menantu khususnyauntuk bekalan jemaah haji dan umrah.

Dengan semangat dan komitmen yang tinggi,penyelidikan yang teliti selama setahun dijalankanuntuk memastikan kualiti sambal belacan yangdibekalkan kepada pelanggan adalah pada tahap yangpaling memuaskan dan terbaik. Usahamengembangkan perniagaan seterusnya dilakukandengan perpindahan lokasi operasi dari rumah kekilang yang diubahsuai dari lot kedai. Ini bagimenampung skala pengeluaran yang lebih besaruntuk tujuan pengkomersilan yang lebih serius.

ASPIRASI

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Sambal

Belacan

Dapur IbuKekuatan Perniagaan

Keluarga

Nur Fadhlina Zainal Abedin

Kejayaan perniagaan keluarga yang dijalankan oleh

Dapur Ibu Food Industry menarik perhatian saya untukdiketengahkan dalam sekmen Aspirasi pada kali ini. Lapantahun lalu saat perniagaan ini ditubuhkan, tidak terjangkaudi fikiran kebanyakan kita bahawa sambal belacan iaitumenu wajib bagi kebanyakan rakyat Malaysia ini dapatdikomersilkan secara meluas. Hanya dengan sambalbelacan yang sering berkait dengan lesung batu, ia mamputembusi pasaran pasar raya-pasar raya besar, malahsehingga ke luar negara. Bagaimanakah idea perniagaansambal belacan ini boleh tercetus?

Saya menemubual pengurus besar syarikat pemilikankeluarga ini Encik Muhammad Naaim Bin Ahmad Faisol danisteri Insyirah Ismail yang diberi tanggungjawab utama olehkeluarga dalam membangunkan perniagaan mereka. Bagimematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, sesitemubual hanya dilakukan melalui panggilan telefon danaplikasi mesej sahaja. Menurut menantu kepada pengasasDapur Ibu Allahyarham Ismail Abdul Kader ini, ilham untukmengkomersilkan sambal belacan bermula apabila arwahayah mertua dan ibu mertuanya Puan Kabiroh Binti Yusufmenunaikan ibadah haji.

2

Page 7: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Namun ketika perusahaan masih belum matang sepenuhnya, merekasekeluarga diuji dengan kehilangan pengasas Dapur Ibu yangmerupakan ketua keluarga, sekaligus tunjang kepada perusahaan ini.Namun, enggan mensia-siakan usaha yang dilakukan selama ini,mereka bangkit semula untuk memenuhi impian bapa tercinta.Kerjasama antara syarikat dan agensi kerajaan seperti Majlis AmanahRakyat Malaysia (MARA) dan Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA) dijalankan dalam usaha mengembangkanperniagaan mereka.

Kini produk sambal belacan Dapur Ibu semakin dikenali ramai. Selainproduk utama ini, mereka turut mengeluarkan produk sampingan iaituikan masin dan ikan bilis kriuk-kriuk. Ia dipasarkan di pasar raya besarseperti Giant dan pemasaran melalui rangkaian stokis dan pengedaryang dilantik. Kenangan manis warga syarikat adalah apabila produkmereka dipasarkan ke luar negara. Contohnya di pasaran Sydney &Melbourne, Australia. Jemaah di Tanah Suci juga dapat membeliproduk Dapur Ibu melalui mesin layan diri (vending machine) hasilkerjasama dengan FAMA dan syarikat di sana. Kini mereka dalamusaha memasarkan produk mereka di Hong Kong dan negara-negaraTimur Tengah yang lain. Lebih membanggakan, syarikat ini turutmenawarkan perkhidmatan pengilang peralatan asal (OEM) kepadapengusaha luar terutama bagi pengeluaran produk berasaskan sambaldan perencah. Antara pengikhtirafan yang diterima oleh Dapur Ibuialah daripada Pameran Pertanian, Hotikultur dan Agro PelanconganMalaysia 2018 (MAHA 2018) selain dinobatkan sebagai pemenanganugerah Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)bagi Kategori Peladangnita Jaya.

Saat ditanya apakah kelebihan perniagaan yang diusahakan bersamakeluarga, Encik Muhammad Naaim memberi lima senarai utama.Pertama, kerahsiaan syarikat seperti dokumen sulit dan rekodkewangan dapat dikawal sepenuhnya memandangkan staf utamaterdiri daripada ahli keluarga sendiri. Kedua, syarikat boleh diwarisioleh anak dan cucu tanpa khuatir risiko pengambilalihan oleh entitiluar. Ketiga, waktu bekerja tidak tertakluk pada waktu pejabat sahaja.Oleh itu, perbincangan dan keputusan perniagaan boleh dilakukanbersama-sama di rumah secara tidak formal. Keempat, kesediaan ahlikeluarga sebagai staf untuk berkorban masa dan tenaga. Ini termasukmenggunakan duit dan peralatan peribadi sendiri yang dapatmengurangkan tuntutan bayaran sebagaimana kelaziman staf biasa,seterusnya dapat menjimatkan kos operasi. Staf yang terdiri daripadaahli keluarga juga sedia berkorban dan mendahulukan kepentingankos-kos lain seperti pembayaran sewa premis dan gaji kakitangansekiranya jualan menurun. Kelebihan seterusnya adalah tiada tekananyang diterima daripada rakan kongsi atau pemegang sahamsepertimana kelaziman syarikat sendirian berhad. Selain itu, iamembantu syarikat membuat keputusan dengan prosedur yang lebihringkas dan pantas.

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

3

Page 8: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Tiada perniagaan yang mudah tanpa diiringimasalah dan cabaran. Di sebalik kelebihan bekerjadilinkungi ahli keluarga pasti ada sedikit sebanyakkelemahan. Ini diakui oleh pengurus muda ini saatditanya tentang kelemahan penglibatan keluargadalam pengurusan dan operasi. Menurut beliau,antara kelemahan tersebut adalah kurangkeberkesanan dalam menjalankan tugas dantanggungjawab dek kerana keselesaan bekerja dibawah zon pemilikan keluarga. Bagi mengatasinya,staf disarankan menyertai kursus-kursus yang dapatmeningkatkan semangat dan produktiviti dalammenjalankan amanah dan tanggungjawab yangdiberi dengan sebaiknya.

Selain itu, antara cabaran utama yang mengekangpelebaran sayap perniagaan lebih jauh ialahkekurangan dana suntikan terutama untuk tujuanpemasaran. Bantuan pinjaman daripada agensikerajaan cenderung kepada alatan operasi. Olehitu, mereka perlu bergantung kepada pinjamanbank komersil dalam mendapatkan dana pelaburanpemasaran. Walau bagaimanapun, prosedurkelulusan pinjaman komersil adalah lebih ketat dankos bayaran balik yang dikenakan adalah lebihtinggi. Ini sekaligus bakal meningkatkan bebanmembayar balik pinjaman dalam tempoh yang lamasekiranya pinjaman yang diperoleh tidak dilaburkandengan sebaiknya.

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

4

Page 9: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

5

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Harapan beliau agar lebih ramai Bumiputera terutama golongan muda menceburkan diri dalam perniagaanterutamanya pemprosesan makanan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang halalan dan toyyiban.Bagi Dapur Ibu secara spesifik, perancangan masa hadapan dan harapan beliau adalah untuk mempelbagaikanlebih banyak produk dan memasarkannya di kesemua rangkaian pasar raya-pasar raya besar dan serbaguna diseluruh Malaysia seperti 99 Mart dan 7-Eleven. Beliau juga berharap produk-produk Dapur Ibu dapat menembusipasaran Eropah dan Amerika Syarikat suatu hari nanti.

Encik Muhammad Naaim tidak lokek berkongsi tipskepada mereka yang ingin menceburi perniagaanberasaskan makanan. Menurut beliau, pengusahaharus kental, tidak mudah berputus asa dan bersabarkerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usahadan pengorbanan. Fasa awal penubuhan danpengukuhan syarikat memerlukan banyakpengorbanan dari segi kewangan, masa dan tenaga.Ini termasuk mengorbankan waktu rehat di hujungminggu. Selain itu, para pelanggan termasuk agen danstokis perlu dilayan dengan baik dengan niat untukmembantu, bukan sekadar tertumpu kepadakeuntungan semata-mata.

Page 10: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

KEPUASAN PELANGGAN vs KEGEMBIRAAN PELANGGAN“CUSTOMER SATISFACTION vs CUSTOMER DELIGHT”

Definisi dan Konsep

Dr. Wan Normila Mohamad

Definisi dan Konsep Kepuasan Pelanggan“Conceptualization of Customer Satisfaction”

Kepuasan pada umumnya didefinisikan sebagai pemenuhankeperluan seseorang (Dawson, 1991; Wright, 1998).Menurut Lo, Osman, Ramayah & Rahim (2010), kepuasanpelanggan diukur dari sudut perbezaan antara kepercayaandan pengalaman perkhidmatan berkualiti dan ianyaberkaitan positiviti dengan kesetiaan pelanggan. Hag (2012)mengumpul data daripada 226 peserta di Pakistan dalamindustri automobil dan menganalisis hubungan antarakepuasan pelanggan dan kesetiaan pelanggan. Bukti yangdiperolehi menunjukkan bahawa kesetiaan pelanggan secaraeksplisit berkait rapat dengan kepuasan pelanggan. Dari segikejayaan syarikat, kepuasan pelanggan adalah topik yangpaling banyak dibincangkan secara meluas dalam duniakesusasteraan.

Signifikasi ini dikuatkan dengan kebenaranbetapa pentingnya menghargai pelanggan untukkejayaan sesebuah organisasi atau perniagaan.Namun, tidak semua organisasi mengambilinisiatif untuk menghargai atau menjagapelanggan dan ini memberi kesan terhadapkelancaran kewangan sesebuah organisasi.Konsep kepuasan pelanggan akan berlaku apabilapelanggan membandingkan pengalaman merekasemasa menggunakan produk atau perkhidmatantersebut (prestasi sebenar) dengan apa yangdiharapkan oleh pelanggan (prestasi sasaran).Sekiranya prestasi sebenar sesuai denganprestasi sasaran, hasilnya adalah pengesahankepada jangkaan yang diharapkan oleh pelanggandan ini dapat menimbulkan kepuasan (perasaan)di kalangan pelanggan.

“DELIGHTING”customers

Is “a good start…”

6

PENGURUSAN & STRATEGI

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 11: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Definisi dan Konsep KeseronokanPelanggan “Conceptualization ofCustomer Delight”

Keseronokan pelanggan dikonseptualisasikansebagai tindak balas emosi atau reaksiperasaan teruja, yang terhasil dari tahapprestasi perkhidmatan yang mencetuskanelemen yang positif dan tidak disangka(surprise element). Menurut Chandler (1989),keseronokan pelanggan didefinisikan sebagaikejutan yang menyenangkan ataumenggembirakan yang dialami oleh pelangganhasil daripada situasi yang tidak disangka ataukepuasan yang tidak dijangka akan dialami.Keseronokan melampaui kepuasan dan diukursecara berbeza dari sudut kepuasan pelanggan(Oliver, 1999). Konstruksi keseronokanpelanggan berasal dari penyelidikan Plutchik(1980), di mana beliau mencadangkan bahawainteraksi antara lapan emosi asasmenghasilkan

Sekiranya prestasi sebenar melebihi prestasisasaran (pengesahan positif), ini dapatmenimbulkan tahap kepuasan yang sangattinggi di kalangan pelanggan (semangat).Namun demikian, sekiranya prestasi sebenarberada di bawah prestasi yang disasarkan,ianya akan menjadi penafsiran yang negatif(Nerdinger & Neumann, 2007). Oleh itu,pengesahan yang positif akan menimbulkanperasaan kepuasan kepada pelanggan.

Contohnya, seorang pelanggan bank yangsering menggunakan perkhidmatan banknamun sentiasa berhadapan dengan perasaantidak puas hati, mereka akan cenderung untukmenamatkan perkhidmatan dengan banktersebut, kecuali mereka terhalang keranakekangan oleh perjanjian jangka panjangseperti perjanjian pinjaman. Namun, sekiranyamereka berpuas hati dengan perkhidmatanyang diberikan oleh bank, kesetiaan kepadabank tersebut akan berterusan dalam jangkamasa yang panjang dan akan mengesyorkanperkhidmatan bank tersebut kepada ahlikeluarga dan rakan-rakan.

Gambar Rajah 1.1: Model Keseronokan dan Kepuasan PelangganSumber: Adopsi dari Oliver, Rust and Varki (1997)

Gambar Rajah 1.0: Model Kepuasan PelangganSumber: Nerdinger and Neumann (2007)

sejumlah emosi tahap kedua. Secara khusus, beliaumenganggap kegembiraan sebagai hasil gabungan dariperasaan kegembiraan dan elemen kejutan. Lapan emosi asasyang terkandung dalam teori emosi psikoevolusi Plutchik(1980) adalah kegembiraan, penerimaan, ketakutan, kejutan,kesedihan, jijik, kemarahan, dan antisipasi.

7

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 12: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Oliver, Rust dan Varki (1997) mencadangkan agarkepuasan dan keseronokan pelanggan dikenal pastisebagai konsep berbeza yang mempengaruhi niatuntuk kembali mendapatkan perkhidmatan. Untukanteseden kegembiraan, argumen adalah untukrantaian sebab dan akibat di mana tahap prestasiatau kepuasan yang tidak dijangka (pengalamanpenggunaan yang bersifat kejutan) dan selanjutnyamembawa kepada keseronokan (kesan positif), danseterusnya menimbulkan kesenangan pelanggan.Pengalaman kejutan dan ghairah terhadap baranganatau perkhidmatan juga dianggap sebagaikelangsungan anteseden kegembiraan ataukeseronokan. Kegembiraan dikenal pasti sebagaipenentu niat untuk datang semula, dipisahkan darikesan kepuasan secara langsung di peringkat awal.Sebagai contoh, seorang pelanggan ke sebuahrestoran memesan makanan dan berpuas hatidengan rasa makanan tersebut dan akan berpuashati kerana perasaan lapar telah dipenuhi denganhidangan yang dipesan.

“Namun demikian, sekiranya elemen kepuasan selainnya seperti layanan mesra dari pelayan restoran serta sapaan mesra dan keramahan dari

pemilik restoran yang menimbulkan perasaan keseronokan dari layanan-

layanan tersebut, ianya akan menjangkaui perasaan kepuasan

tetapi akan mencetuskan perasaan keseronokan dan inilah yang

dinamakan “Delight”. ”

Pernyataan di atas ini disokong oleh kajian dari Finn

(2005) yang mengkaji kegembiraan pelanggan di

domain laman web dan hasilnya menyokong

pentingnya mengenali keseronokan pelanggan sebagai

tindak balas perkhidmatan yang berasingan kerana

variasi keseronokan pelanggan dapat menjelaskan

mengapa pelanggan dengan tahap kepuasan yang

sama mempunyai niat tingkah laku yang berbeza. Ini

membawa maksud, keseronokan pelanggan akan

menimbulkan perasaan untuk kembali mendapatkan

barangan mahupun perkhidmatan sekiranya

keseronokan pelanggan melebihi tahap kepuasan yang

diingini. Pelanggan akan sanggup untuk membayar

lebih walaupun barangan tersebut mahal tetapi

memberi keseronokan yang menjangkaui kepuasan.

8

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 13: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Kesimpulan

Kepuasan pelanggan adalah multidimensi. Tuntutan yang dituntut oleh pelanggan kepada produk, perkhidmatan

atau teknologi tertentu dapat dibahagikan kepada tuntutan asas, prestasi dan semangat. Pemenuhan kepuasan

mempunyai kesan yang berbeza terhadap kepuasan pelanggan. Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, faktor

asas dan prestasi mesti disediakan dengan terbaik, tetapi itu belum tentu mencukupi. Oleh itu, walaupun

kepuasan adalah memenuhi harapan pelanggan, kegembiraan atau keseronokan pelanggan melibatkan

melaluinya dan membawa seluruh pengalaman ke tahap yang menyentuh emosi pelanggan. Pelanggan akan

mudah cenderung untuk berpindah pembelian kepada pesaing berbanding dengan pelanggan yang merasai

keseronokan dan kepuasan untuk produk atau perkhidmatan. Organisasi perlulah memikirkan strategi terbaik

untuk bukan hanya memuaskan hati pelanggan tetapi menimbulkan keseronokan kepada pelanggan. Pastinya

pelanggan akan terus setia dan berkongsi pengalaman kepada saudara dan rakan-rakan yang merupakan cara

terbaik promosi percuma dikenali sebagai “the power of word-of-mouth”.

RUJUKANChandler, C. H. (1989). Quality: Beyond Customer Satisfaction. Quality Progress, 22 (February), 30-32.Dawson, N. J. (1991). Need satisfaction in terminal care settings. Social Science & Medicine, 32(1), 83-87.Finn, A. (2005). Reassessing the foundation of customer delight. Journal of Service Research, 8(2), 103-116.Hag, A. (2012), “Satisfaction towards customer loyalty in auto-mobile industry of Pakistan”, International Journal of Management andBusiness Research, Vol. 2 No. 4, pp. 363-371.Lo, L.K., Osman, M., Ramayah and Rahim (2010), “The impact of service quality on customer loyalty: a study of banks in Penang,Malaysia”, International Journal of Marketing Studies, Vol. 2 No. 2, pp. 57-66.Nerdinger, F. W. and Neumann, C. (2007). Wirtschaftspsychologie (pp.127-146)Oliver, R. L., Rust, R. T., & Varki, S. (1997). Customer Delight: Foundations, Findings, and Managerial Insight. Journal of Retailing, 73(3),311-336.Oliver, R. L. (1999). Whence consumer loyalty? . Journal of Marketing, 63, 33-44.Plutchik, R. (1980). Emotions: A psychoevolutionary Synthesis. New York: Harper & Row.Wright, S. (1998). Patient satisfaction in the contect of cancer care. Irish Journal of Psychology, 19, 274-282.

9

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 14: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

“If you do build a great experience, customers tell each other about that. Word

of mouth is very powerful.”

- Jeff Bezos, Amazon

10

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 15: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Dalam sesebuah perniagaan secara umumnya, tugasdan peranan pemimpin bukanlah mudah. Untukmenjadi pemimpin yang hebat dan berwibawa, iamemerlukan tahap kemahiran yang tinggi danpastinya tidak sama dengan pemimpin lain. Oleh yangdemikian, sifat kepimpinan yang hebat perlu adadalam diri seorang ketua. Kepimpinan merupakankebolehan individu mengetuai sekumpulan oranguntuk sama-sama bekerja dan merealisasikan suatuvisi yang telah ditetapkan dalam sesuatu organisasiperniagaan. Perlu difahami dengan mendalammaksud kepimpinan yang hebat kerana ianya sangatberkait rapat dengan manusia. Manusia ini yangdipanggil sebagai pekerja harus dipimpin dengan carayang betul memandangkan wujud bermacam-macamkerenah dan sifat dalam diri mereka.

Terdapat pelbagai strategi yang boleh diaplikasikanoleh pemimpin untuk menjadi pemimpin yang hebat.Di antara strategi tersebut adalah; menetapkanobjektif dan harapan yang jelas, mewujudkankomunikasi yang jujur dan terbuka, hubungan denganpekerja, dorongan untuk perkembangan peribadipekerja dan profesionalisme kerja, sentiasa memberitunjuk ajar dan tidak hanya memberi arahan; danterbuka dengan idea-idea baru, menerapkan nilai-nilaibaik dan mempunyai daya tahan diri.

TIPS MENJADI PEMIMPIN HEBAT DALAM PERNIAGAAN

1. Menetapkan objektif dan harapan yang jelas

Antara kunci utama kejayaan dalam organisasiperniagaan adalah dengan menetapkan objektif danharapan yang jelas kepada pekerja. Pemimpin yangbaik akan menjelaskan visi perniagaan dan bagaimanamencapai objektif kepada pekerja supaya merekaboleh melibatkan diri secara maksimum dalamkolaborasi kerja tersebut. Setelah objektif ditetapkandengan jelas, setiap individu dalam organisasiperniagaan akan dapat membawa kemajuan danmerealisasikan pencapaian dengan jelas dan nyata.

Adalah sangat penting untuk menjelaskan bagaimanaobjektif tersebut akan memberi kesan yang besarkepada organisasi secara keseluruhan. Semua individudalam organisasi dari peringkat bawahan hingga atasanperlu berganding bahu agar pekerjaan yang dilakukanmembawa kemajuan dan kejayaan yang terbaik dalamorganisasi perniagaan.

Pemimpin perlu memastikan agar objektif yang telahditetapkan tidak statik. Perlu melihat kembali kepadasasaran secara berkala supaya pengubahsuaian bolehdilakukan mengikut kesesuaian. Ini akan membuatpekerja tahu bahawa pemimpin yang hebat sentiasahadir dan peka dengan apa yang mereka lakukan.

KEPIMPINAN

11

Nooraza Tukiran & Maziah Mohamed Arif

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 16: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

3. Hubungan dengan pekerja

Memimpin sekelompok manusia memerlukan rasasaling percaya dan saling mengerti antara pemimpindan pekerja. Bagi mencapai langkah tersebut,pemimpin harus belajar untuk saling berhubung.Menjadi pemimpin yang “lebih manusiawi”memerlukan tujuan, sifat positif, rasa empati, kasihsayang dan rendah hati. Ciri-ciri utama tersebutakan membuat pemimpin berada di landasan yangbetul dalam mewujudkan hubungan yang ikhlasdengan pekerja.

Untuk mewujudkan hubungan tersebut, pemimpinperlu fokus untuk mengenal keperibadian, minat,kekuatan, kelemahan, hobi, dan preferensi pekerjasupaya dapat mengetahui tujuan, wawasan danmotivasi mereka. Pemimpin yang baik akan sentiasamenggalakkan pekerja untuk mengembangkan diridan menambah nilai diri sesuai dengan kekuatanperibadi mereka.

4. Dorongan untuk perkembangan peribadipekerja dan profesionalisme kerja

Pemimpin yang hebat akan sentiasa memberimotivasi, inspirasi dan penghargaan secaraberterusan kepada pekerja untuk berkembang;dengan memberi peluang yang bersesuaian danmemberi bimbingan mengikut keperluan keadaan.Pekerja sentiasa diberi kata-kata semangat untukmelakukan yang terbaik dan bersedia dalammenghadapi segala cabaran.

Pemimpin akan memberi peluang kepada pekerjauntuk menyelesaikan cabaran yang ada supayamereka dapat belajar dan seterusnya dapatmengembangkan potensi dalam diri serta dapatmembantu mencapai objektif organisasi.Pemimpinjuga boleh mendelegasikan tugas-tugas tertentukepada pekerja dengan memberi kebebasan dalammenggunakan kreativiti masing-masing sebagaidorongan untuk perkembangan peribadi danseterusnya profesionalisme kerja mereka.

2. Mewujudkan komunikasi yang jujur danterbuka

Kepimpinan yang efektif dapat diwujudkan melalui jalurkomunikasi terbuka dengan pekerja. Pertama sekalipemimpin harus menjadi contoh yang baik kepadapekerja dengan menunjukkan kejujuran dan transparensidalam setiap perkara yang dibuat. Ketika pemimpinbertanggungjawab ke atas pekerja, sikap berterus terangadalah sangat penting kerana perniagaan dan pekerjadalam organisasi adalah refleksi kepada pemimpin itusendiri dan dengan berlaku jujur dan beretika sebagainilai kunci, pekerja juga akan turut menunjukkan sikapyang sama.

Pemimpin yang hebat dapat menyesuaikan interaksi,serta gaya komunikasi mereka agar sesuai dengan setiapkeadaan dan pekerja dalam organisasi perniagaanberdasarkan preferensi individu pekerja tersebut.Langkah ini dapat membawa pemimpin untukmeluangkan masa dalam mencari mod komunikasi yangdisukai oleh pekerja. Sebagai contoh, adakah pekerjalebih cenderung untuk berkomunikasi melalui teks, lisandan telefon, atau secara bersemuka? Selain itu,pemimpin yang baik juga adalah pendengar yang hebat.Pemimpin perlu telus dan menampilkan keterampilankomunikasi aktif dan penting untuk menampilkan jati diriyang sebenar.

12

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 17: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

5. Sentiasa memberi tunjukajar dan tidak hanya memberiarahan

Seorang pemimpin yang baik tahubagaimana menunjukkan kepadaorang lain apa yang diperlukan.Bukan dengan hanya memberiarahan sahaja, pemimpin harusmelatih pekerja untuk berada dalamsuasana kerja yang lebih kolaboratiftetapi juga dengan komitmen yangpadu.

Sebagai contoh jika pemimpin hanyamemberi arahan untuk melakukanhal-hal tertentu dengan caratertentu, beliau tidak akanmendapatkan tahap penglibatanyang dicari. Melalui latihan yangdiberi, pekerja dapat mengenalipilihan yang mereka ada. Pekerjaakan berasa semakin yakin dan lebihfaham atas arahan yang diberi.

Pekerja tidak akan berkembangsekiranya pemimpin tidak pernahmemberi tunjuk ajar kepada merekaberkenaan sebarang maklumat atauilmu. Pemimpin perlu sentiasamemberi tunjuk ajar sehingga dapatmelahirkan pemimpin baru untukmenggantikan mereka di masahadapan.

6. Terbuka dengan idea-ideabaruPemimpin yang baik memilikikecerdasan emosi untuk memahamidan menerima bahawa perubahanakan selalu wujud dalam organisasiperniagaan. Konsistensi perludipertahankan, namun begitu perludilakukan penyesuaian dalamperubahan yang berlaku di sampingbersikap inovatif.

Pemimpin perlu menerima secaraterbuka atas idea-idea baru danmempunyai cara berfikir alternatifdan kreatif. Setiap individu di dalamorganisasi perniagaan mempunyaiperspektif pemikiran yang unik danberbeza. Pada peringkat permulaanpasti akan ada percanggahanpendapat atas sesuatu isu. Namunsebagai pemimpin yang hebat,setiap pendapat perlu diperhalusidan diambil kira memandangkanmungkin ada di antaranya yangdapat memberi manfaat danberpotensi untuk membawakejayaan kepada organisasiperniagaan.

7. Menerapkan nilai-nilai baik

Pemimpin yang hebat juga harusmenerapkan nilai-nilai baik dikalangan orang-orang yangdipimpinnya. Tidak cukup dengankata-kata sahaja, pemimpin perlujuga menunjukkan perbuatan yangbaik. Sifat negatif dan merosakkanseperti kutuk mengutuk, peras ugut,saling berbalah, mengikut telunjuk,tidak bertanggungjawab, salah gunakuasa dan sebagainya sepatutnyatidak diamalkan lagi. Pemimpinsejati haruslah melatih generasimuda supaya mempunyai nilai danciri kepemimpinan yang mampumengurus diri serta mempengaruhiorang lain di sekelilingnya untukmasa hadapan. Contoh terbaikadalah dengan mendedahkan sirahRasulullah SAW supaya sifatbertanggungjawab, amanah, sepertiditunjukkan Baginda SAW dapatditerapkan.

13

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 18: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

8. Mempunyai daya tahan yang kuat

Dalam keadaan tidak menentu dan tidak banyak informasi yangboleh diperolehi, pemimpin selalunya dirujuk untuk membuatkeputusan. Kadang-kadang keputusan yang dibuat pemimpintidaklah sentiasa betul, pasti terselit kesilapan. Bila kesilapanberlaku, pemimpin berhadapan dengan pelbagai tohmahan,sindiran, dan cacian oleh pelbagai pihak. Keadaan seperti initentulah membuat seseorang pemimpin itu terkesan dan stress.Oleh itu, pemimpin hebat wajib melengkapkan minda, emosi danfizikal yang kuat dalam menempuh fasa merudum ini.Pendekatan yang baik ialah dengan cara memimpin orang laindengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integritidalam diri.

Kesimpulannya, perlu diketahui bahawa menjadi pemimpin yanghebat memerlukan tempoh waktu yang tertentu. Walaupundalam beberapa keadaan terdapat individu yang cenderungmemiliki keterampilan kepemimpinan yang baik, itu adalahsesuatu yang boleh dipelajari dan boleh dipertingkatkan darisemasa ke semasa. Melalui kerja keras, dedikasi danperancangan yang strategik, pemimpin yang hebat pasti akandapat memimpin organisasinya menuju kejayaan yang mutlak.

14

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Melalui kerja keras, dedikasi dan

perancangan yang strategik, pemimpin

yang hebat pasti akandapat memimpin

organisasinya menujukejayaan yang

mutlak.

Page 19: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Diriwayatkan Ibnu Umar RA: Nabi SAWbersabda: “Ketahuilah, setiap kamu ialahpengembala (pemimpin) dan setiap kamu akanditanya mengenai gembalaanmu(kepemimpinanmu). Seorang pemerintahberkuasa terhadap rakyat, akan ditanyamengenai kepemimpinannya. Seorang lelakiialah pemimpin keluarganya dan akan ditanyamengenai kepemimpinannya. Seorang wanitaialah pemimpin di rumah tangga suami dananak-anaknya serta akan ditanya mengenaikepemimpinannya. Seorang hamba ialahpemimpin atas harta kekayaan majikannyayang diberi amanah kepadanya. Dia juga akanditanya mengenai kepemimpinannya.Ketahuilah setiap kamu ialah pemimpin dansetiap kamu akan ditanya mengenaikepemimpinannya.” (HR Muslim)

Page 20: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Siapakah saya?

Page 21: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Apakah maksud personaliti?

Secara umum personaliti merujuk kepada perwatakan, kelakuan,sikap dan cara berfikir yang ditunjukkan baik secara bersendirianmahupun di khalayak umum. Di awal usia, personaliti seseorangbanyak dibentuk dan dipengaruhi menerusi pengalaman di zamankanak-kanak dan persekitaran dan akan mempunyai personaliti yanglebih stabil setelah meningkat dewasa.

Kenapa perlu mengenali personalitiseseorang?

Mengenali personaliti seseorang dapat membawa pemahaman yanglebih tinggi kepada hubungan interpersonal dan pembinaan sesebuahpasukan kerja. Adalah penting untuk majikan menempatkan orangyang tepat untuk sesuatu pekerjaan, bersesuaian dengankeperibadiannya. Kegagalan dalam mengenal pasti kesesuaianpersonaliti seseorang terhadap pekerjaan yang dilakukan akanmengakibatkan kerugian kepada sesuatu perniagaan ataupun pekerjaitu sendiri seperti produktiviti yang rendah dan ponteng kerja.

Salah satu contoh ketidaksesuaian penempatan pekerja padapekerjaannya seperti seseorang yang personalitinya adalah pemalu,namun ditempatkan di bahagian pemasaran ataupun khidmatpelanggan. Untuk memudahkan pemahaman, jenis personalitidibahagikan kepada empat (4) kategori asas dan dirujuk sebagai A, B,C, dan D.

PEMBANGUNAN DIRI

17

Kenali

Personaliti DiriDr. Jamilah Mohd Mahyideen, Nurhanani Aflizan Mohamad Rusli & Hafisah Yaakob

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 22: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Personaliti A

Seseorang yang mempunyai personaliti jenis A ialahseorang yang cenderung untuk mengambiltanggungjawab serta mengawal persekitaran dankehidupan. Mereka biasanya tidak berorientasikanperincian, sebaliknya memilih untuk menyerahkankepada pihak lain untuk mendapatkan keteranganlengkap. Personaliti A kebiasaannya berorientasikanmatlamat dan praktikal dalam penyelesaiannya.Dalam mencapai jalan penyelesaian dan tujuan,mereka menggunakan pendekatan pemikiran di luar

kotak.

Personaliti A mempunyai kekuatan seperti bercita-cita tinggi, semangat daya saing dan cekap dalammelakukan sesuatu kerja. Bagaimanapun, terdapatbeberapa kelemahan personaliti A seperti tidak sabardalam melakukan sesuatu kerja, kurang toleransi,degil dan tidak peka. Faktor pendorong personaliti A:ganjaran kewangan, kepimpinan, cabaran dankejayaan.

Personaliti B

Personaliti B adalah individu yang sangat ramah,bertenaga, suka bersosial dan menjadi perhatianumum. Mereka mementingkan hubungan yang baikdan mempunyai tarikan yang tersendiri. Personaliti Bakan berusaha sedaya upaya agar disukai semuaorang dan mengharapkan agar orang lain juga akanmenyukai dirinya. Mereka suka dipuji dan dihargai.Personaliti B mempunyai kekuatan sepertiberkarisma, sentiasa bersemangat, mudah disenangioleh kebanyakan orang serta mempunyai keyakinandiri yang tinggi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahanbagi seseorang yang berpersonaliti B seperticenderung untuk lebih bersosial, melakukan terlalubanyak perkara dalam satu masa, tidak realistik,mudah bosan dan suka menangguh kerja. Faktorpendorong personaliti B: pengiktirafan awam,anugerah, sijil serta gaya atau trend terkini.

18

Page 23: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Personaliti C

Personaliti C adalah individu yangsangat berorientasikan perinciandan suka terlibat dalam perkarayang terkawal dan stabil. Merekaberminat dengan ketepatan,rasional dan logik. Personaliti C tidakgemar kepada individu yang gagalatau tidak dapat mengawal emosidengan baik kerana bolehmenghalang untuk mencapaisesuatu objektif dan matlamat.Mereka juga tidak suka berada disekitar orang yang hanya bercakap-cakap kosong tanpa matlamatkerana mereka menginginkan fakta,ketepatan, dan logik.

Personaliti C mempunyai kekuatanseperti kreatif, sistematik, mengikutperaturan, pemikiran yang kritikaldan menjaga kualiti. Bagaimanapun,terdapat beberapa kelemahan bagiseseorang yang berpersonaliti Cseperti terlalu berfikir tentangkemajuan diri, cenderung untuktidak bersosial dan suka melakukansesuatu dengan cara mereka sendiri.Faktor pendorong Personaliti C:peluang untuk berdikari, cabarandan penyelesaian masalah.

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Personaliti D

Individu dengan Personaliti D adalahindividu yang mengutamakanjaminan dalam meneruskanpekerjaan dan sangat gembiramelakukan tugas yang sama danberulang-ulang. Rutin itumembolehkan mereka menjadisangat mahir dalam apa yang merekalakukan. Sehubungan itu, personalitiD kurang gemar sekiranya berlakubanyak perubahan dalam sesuatuperaturan. Ini adalah kerana ianyabertentangan dengan keinginanmereka untuk meminimumkanperubahan.

Personaliti D mempunyai kekuatanseperti penyayang, ikhlas, pendorongyang baik, prihatin, bijaksana, sabar,pendengar yang baik dan tidakmudah menyerah kalah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapakelemahan bagi seseorang yangberpersonaliti D seperti kurangbersuara, mudah dipergunakan olehorang lain, tidak selesa denganperubahan berterusan serta kurangtegas. Faktor pendorong PersonalitiD: kestabilan, keselamatan, risikoyang rendah, rutin dan suasana kerjayang tenang.

Rujukan:https://www.hiresuccess.com/help/understanding-the-4-personality-typeshttps://ipqi.org/teori-kepribadian-model-lima-besar-big-five-personality/

19

“Sesungguhnya manusia tidak sempurna, jadilah

orang yang sentiasa bersyukur dengan kelebihan

atau kekurangan”

Page 24: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

EKONOMI

Page 25: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

GIG

Page 26: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

PENGENALANEkonomi gig merupakan satu segmen ekonomi yangsemakin popular terutama di kalangan generasi muda.Ekonomi gig ialah pasaran buruh kontrak jangka pendekatau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacuteknologi digital.

Satu kajian yang telah dibuat oleh Banik (2019)menyatakan bahawa ekonomi gig adalah satu jenispekerjaan yang menggunakan platform digital di manaperkhidmatan daripada aktiviti ekonomi gig ini berlakudalam kontrak jangka pendek berbanding pekerjaan tetap.Berdasarkan kajian beliau, terdapat dua jenis platformdalam ekonomi gig iaitu berasaskan jaringan internet dimana pekerja dapat melakukan aktiviti walau di manasahaja mereka berada tanpa mengambil kira lokasipekerjaan. Ini adalah seperti pekerjaan ‘Freelancers’. Jenisyang kedua ialah berasaskan lokasi, yang dilakukan dalamaktiviti fizikal melalui aplikasi Uber atau Airbnb.

Menurut Prateek (2019), istilah ekonomi gig baru sahajamuncul pada pertengahan tahun 2000. Jenis pekerjaan inisemakin meluas disebabkan oleh gabungan teknologi danmasalah global, termasuk pertumbuhan penduduk dankekurangan sumber. Krisis kewangan pada tahun 2007juga menyedarkan orang ramai untuk menjadi lebihkreatif dan menjadikan platform pekerjaan ini sebagaisatu sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, pekerjaan ekonomi gig inimempunyai cabaran yang tertentu. MenurutKingsley (2014) sebahagian besar ekonomi gigbergantung pada platform digital, di mana aksesinternet adalah penting dan ini mungkin tidakdapat disediakan di wilayah terpencil ataumembangun. Dalam beberapa kes, penggunaanplatform ini dapat memberikan pekerjaan danakses kepada individu di negara yang lebih kaya.

Berdasarkan ramalan Malaysian Digital EconomyCoorperation (MDEC), sektor Ekonomi gig diMalaysia akan melibatkan kira-kira 400,000orang.

EKONOMI

22

CABARAN KERJAYA EKONOMI

GIG DALAM INDUSTRI

PEKERJAAN DI MALAYSIAHafisah Yaakob, Dr. Jamilah Mohd Mahyideen, Nurhanani Aflizan Mohamad Rusli

& Nooraza Binti Tukiran

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 27: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

23

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Meskipun demikian, pada Januari 2020, jumlah yangberdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) hanya 28,425 pekerja sahaja di mana mewakilitujuh (7) peratus dari jumlah yang diunjurkan. Turutdibimbangkan kerana sektor pekerjaan ini tidakmenjaminkan pendapatan yang lumayan ketika ekonomisedang merudum. Mereka yang berada dalam sektor iniumumnya tidak mempunyai akses kepada akta insuranspekerjaan, cuti sakit dan faedah perubatan yang dibiayaisyarikat.

Umumnya, mereka yang berada dalam sektor ekonomi gigini akan sentiasa berada dalam kedudukan sementara atausambilan. Ini bermakna mereka tidak akan dapatmengembangkan kemahiran yang kuat atau meningkatkankemahiran mereka, yang mungkin menawarkan jalankerjaya yang lebih positif.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguranmeningkat kepada 5.0%, dengan kadar pengangguranmeningkat sebanyak 48.8% berbanding tahun sebelumnya.Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkanhingga April 2020, penutupan aktiviti operasi bagikebanyakan syarikat telah menyebabkan ramai pendudukkehilangan pekerjaan.

CABARAN EKONOMI PADA MASA KINI

Seramai 2.59 juta individu bekerja sendiri dimana kebanyakannya adalah peniaga kecil,pekebun kecil, pengusaha pelancongan sepertiaktiviti umrah & ziarah dan lain-lain.Sekumpulan pekerja berisiko kehilanganpekerjaan dan pendapatan kerana PerintahKawalan Pergerakan (PKP) ini. Kajian khasmengenai kesan COVID-19 terhadap individudan ekonomi yang diterbitkan oleh JabatanPerangkaan Malaysia (DOSM) pada 9 April2020, mendapati bahawa hampir separuhdaripada 168,182 responden mengakukehilangan pekerjaan kerana wabak tersebut.

Page 28: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Angka pasaran buruh menunjukkan tanda awalpermintaan pekerja yang semakin lemah pada sukutahun pertama 2020, dengan pertumbuhanpekerjaan yang perlahan dan penurunan jawatan.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang berlanjutanhingga April 2020, telah meningkatkan lagi cabarankepada industri perniagaan di mana mempunyaipengaruh yang sangat besar di pasaran tenaga kerja.Justeru, transaksi kewangan dan rantaian permintaanamatlah diharapkan untuk memacu ekonomi negaradengan lebih pantas dan menjana peluang pekerjaanbaru. Sebelum wabak ini, kewujudan pekerja dalamsektor ekonomi gig di Malaysia berlaku danberkembang pesat. Dengan adanya peluangpekerjaan, ianya telah membantu isi rumahmeningkatkan pendapatan mereka.

Sejajar dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pakej rangsanganekonomi seperti program PenjanaGig yang lebihinklusif dan komprehensif, kerajaan telahmelancarkan beberapa bantuan kewangan yangdisasarkan kepada mereka yang bekerja dalam sektorini. Diharapkan, pekerja ekonomi gig ini dapatmemanfaatkan insentif kerajaan untuk memperbaikiserta meningkatkan kemahiran mereka seterusnyadapat membantu kerajaan mencapai pembangunanyang lebih mampan pada suatu masa kelak.

LANGKAH KERAJAAN DALAM MEMBANTU PEKERJA

EKONOMI GIG DI MALAYSIA

24

Page 29: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

2020 menyaksikan ramai yang terkesan dengan kejatuhan

ekonomi. Banyak perniagaan yang terjejas hingga perlu

dikecilkan skala perniagaan malah ada yang terpaksa

menutup perniagaan. Kesannya ramai penduduk Malaysia kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Memulakan

perniagaan baru adalah sukar pada ketika ini. Sekiranya

memulakan perniagaan adalah jalan terakhir, apakah idea

perniagaan yang masih relevan pada tahun 2020?

IDEA PERNIAGAAN

Page 30: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Antara permintaan produk yang meningkat naik akibatCovid-19 selain topeng muka adalah produk kesihatan.Rata-rata masyarakat mula mengambil berat tentangkesihatan dan imunisasi badan mereka dalam usahamengelak daripada dijangkiti virus ini. Vitamin Cadalah makanan tambahan yang paling laris di mana-mana farmasi.

Bagi sesetengah pihak, gaya hidup yang sibuk danpengambilan makanan yang tidak teratur serta tidakberzat membuatkan produk kesihatan dan makanantambahan menjadi pilihan. Namun, pembeli harusberhati-hati dalam pemilihan makanan kesihatan ataumakanan tambahan ini. Sila dapatkan rujukan daripadadoktor yang bertauliah supaya tiada kesan sampinganyang dihadapi. Pengambilan vitamin C dan lain-lain zatyang terbaik adalah daripada sumber semulajaditerutama buah-buahan dan sayur-sayuran.

Para peniaga yang ingin menceburi perniagaanmakanan kesihatan dan ingin menghasilkan produksendiri perlu mematuhi peraturan yang ditetapkanpihak berkuasa. Sekiranya bekalan diperoleh daripadapembekal, pastikan pembekal adalah yang bertauliah.

5 IDEA

PERNIAGAAN 2020 Nur Fadhlina Zainal Abedin & Mohd Elfee Abd Rashid

Perniagaan makanan harian adalah antaraperniagaan yang terselamat daripada terjejasakibat Covid-19. Makanan sama ada telah dimasakatau yang mentah merupakan produk keperluansemua pihak. Perniagaan ini kurang terjejasberbanding jenis perniagaan yang lain. Tidakdinafikan jumlah jualan tidak serancak sebelum initerutamanya restoran dan gerai makan, namundengan kreativiti peniaga, perkhidmatan pesanansecara atas talian dapat dilakukan.

Begitu juga dengan barangan mentah. Ketikakeselamatan untuk berada di luar rumah tidakterjamin, inisiatif peniaga melakukanperkhidmatan penghantaran menjadi tarikanpembeli. Pelbagai cara pemasaran yang cepat danpantas pada masa kini yang memudahkan promosidan interaksi peniaga dan pembeli. Perkhidmatanpenghantaran luar juga rancak dan menjadikebiasaan kepada masyarakat. Peniaga perlurelevan dengan perubahan teknologi dankehendak pelanggan dalam memastikanperniagaan dapat bersaing maju.

PRODUK KESIHATAN

MAKANAN HARIAN

IDEA PERNIAGAAN

26

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 31: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Khidmat penghantaran secara ekonomi gig seperti sistemyang diamalkan oleh Food Panda dan Grab Food semakinmendapat sambutan terutama ketika negara sedangmenghadapi ancaman Covid-19. Jika diperhatikan di taman-taman perumahan yang sunyi akibat perintah kawalanpergerakan, yang sering kedengaran adalah bunyikenderaan dan hon syarikat penghantaran barangan danperkhidmatan. Namun untuk bersaing dengan sistem danjenama sedia ada yang telah kukuh agak sukar.

Bakal peniaga perlu kreatif mencari kelainan sekiranya inginmenceburi perniagaan ini. Selidik kelebihan dankekurangan pesaing dalam menyediakan perkhidmatanyang lebih baik dan seterusnya dapat memancingpelanggan. Sebagai contoh, Food Panda hanya menyediakanperkhidmatan penghantaran makanan masak dari restoran,Pos Laju pula menyediakan perkhidmatan penghantaranbarangan yang tahan lama. Adalah lebih bagus sekiranyaterdapat perniagaan yang dapat meliputi baranganmakanan dari restoran, runcit dan lain-lain. Fokus danstabilkan kawasan setempat terlebih dahulu, kemudiankembangkan khidmat penghantaran dalam negeri. Adasyarikat penghantaran tertentu mengambil masa yang lamakerana parcel ‘merantau ke luar negeri’ beberapa harisebelum sampai ke tangan penerima walaupun penghantardan penerima dalam negeri yang sama. Ini menjadikelebihan kepada anda sekiranya fokus kawasan setempatatau dalam negeri dalam memastikan penghantaran yangcepat. Seterusnya kembangkan ke negeri lain dan akhirnyadalam Malaysia. Tidak mustahil syarikat anda setandingsyarikat-syarikat terkenal suatu hari nanti.

KHIDMAT

PENGHANTARAN

27

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

KURSUS WEBINAR

& E-CONTENT2020 menyaksikan kepesatan penggunaanteknologi dalam pelbagai urusan hariantermasuk pendidikan. Kursus secara tele-konferens atau webinar mula menjadikebiasaan kepada anak kecil hingga dewasa.Walaupun terdapat perbezaan dankelemahan berbanding pengajarankonvensional, ia menjadi keperluan kepadasemua. Penutupan sekolah, institutpengajian dan pusat tuisyen menyebabkanperalihan dalam kaedah pengajaran danpembelajaran.

Sekiranya anda mempunyai kepakarandalam sesuatu bidang, ia menjadi kelebihanuntuk melebarkan ilmu dan dalam masayang sama dapat menjana pendapatan. Iaadalah perniagaan yang amat mudah, tiadakos yang terlibat kecuali sedikit kos datainternet dan elektrik. Risiko juga amatrendah.

Apa yang perlu dilakukan oleh anda adalahpemasaran yang berkesan. Hebahan yangmeluas dan penggunaan poster yang dapatmenarik perhatian orang ramai.

Selain itu, ia juga menjadi platform untukanda membina modul pengajaran danmenerbitkannya secara elektronik.Kebelakangan ini, buku konvensional kurangdikeluarkan kerana kekurangan permintaan.Pembaca mula beralih kepada e-kandungandalam pembacaan. Ia menjadikan peluangyang luas untuk menceburi perniagaan ini

Page 32: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Mengambil kira penjelasan idea-ideaperniagaan sebelumnya, ianya menjadirelevan sekiranya penjual dan pembelimempunyai telefon pintar, tab ataulaptop. Hampir setiap remaja dandewasa mempunyai peralatan ini, malahkanak-kanak turut memilikinya.

Kebergantungan terhadap perantielektronik meliputi dalam komunikasi,hiburan, pendidikan, perniagaan danbanyak lagi. Bagi kebanyakan individu, iaadalah alatan pertama yang digunakansebaik terjaga daripada tidur, dan alatanterakhir sebelum tidur. Oleh itu, seiringdengan penggunaan meluas peralatanelektronik ini dalam telekomunikasi danurusan seharian, ia menjadi kelebihanyang baik untuk berkecimpung dalamperniagaan ini. Turut terkena tempiasadalah peranti-peranti elektroniksokongan dan servis penyelenggaraan.

PERANTI

ELEKTRONIK

Perniagaan manakah yang

menjadi pilihan anda? Apapun

perniagaan yang dipilih, strategi

pemasaran yang berkesan

sangat memainkan peranan

kepada kejayaan sesebuah

perniagaan

28

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 33: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

SUKUK(Bahasa Arab: , صكوك

jamak adalah (صك

nama di dalam bahasa

Arab bagi sijil-sijil

kewangan, tetapi

biasanya merujuk

kepada bon dalam

kewangan Islam.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukuk

Page 34: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Pengenalan

Seperti sedia maklum, ekonomi Malaysia berdepandengan cabaran yang luar biasa tahun ini terutamanyadaripada pandemik COVID-19 yang memberi kesanyang besar dalam sektor perniagaan dengan adanyaPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksadilaksanakan.

Inilah realiti hidup sekarang. Lebih malang lagiapabila ramai antara kita yang tidak menjangka COVID-19 boleh membawa 'musibah' yang lebih teruk kepadaekonomi kita berbanding dengan krisis-krisis dalamtempoh dua dekad lalu, di mana Malaysia menghadapikrisis kewangan Asia pada 1997, kelembapan ekonomiglobal selepas peristiwa 9/11 pada 2001, dan krisiskewangan global pada 2008.

Tidak alpa dengan situasi di atas, kerajaan Malaysiatelah menyediakan Pelan Pemulihan Ekonomi JangkaPendek yang dikenali sebagai Pelan Jana SemuaEkonomi Negara (PENJANA) bagi membantu semulaekonomi negara untuk membangun dengan stabil.Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) telahdiperkenalkan dengan tema “Bersama MenjanaEkonomi”. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasukyang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion.

Kerajaan juga melalui PENJANA telahmemperkenalkan satu instrumen pelaburan jangkapanjang yang patuh Shariah iaitu Sukuk Prihatin.Sukuk dengan amaun langganan minimumberjumlah RM500 sahaja menawarkan kadarkeuntungan sebanyak 2.0% setahun, dibayar setiapsukuan tahunan dari tarikh terbitan bagi sepanjangtempoh dua (2) tahun. Buat julung kalinya, sukukini boleh dilanggan di saluran perbankan digital(internet/mudah alih) di semua Bank Agihanmelalui aplikasi JomPAY atau DuitNow.

Terimaan sukuk ini akan disalurkan ke KumpulanWang COVID-19 untuk membiayai langkah yangdiumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi danpelan pemulihan bagi menangani krisis COVID-19.Contoh inisiatif adalah seperti yang diumumkandalam pakej rangsangan ekonomi dan pelanpemulihan pasca COVID-19 termasuk, tetapi tidakterhad kepada berikut:1. Perbelanjaan kesihatan yang berkaitan dengan

penyakit COVID-19,2. Pembiayaan/ geran kepada perusahaan mikro,

dan3. Meningkatkan kesalinghubungan sekolah di luar

bandar, sekaligus berfungsi sebagai hab yangmenghubungkan kampung berhampiran.

30

PELABURAN & KEWANGAN

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Pelaburan Dalam SukukPrihatin Sebagai Langkah

Pemulihan Ekonomi Negara Tahun 2020

Nurazilah Zainal, Sarah Roslan, Nur Alia Aminordin, Norhaniza Md Akhir,

Tengku Sharifeleani Ratul Maknu & Hilwana Abd Karim

Page 35: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Bertemakan ‘Bersama Memacu Masa Depan Negara’ dan#KitaUntukKita, Sukuk Prihatin mendukung semangatnasionalisme dan patriotisme bagi menyatukan rakyatMalaysia untuk turut serta dalam membina semulaekonomi negara dalam menangani krisis COVID-19.

Kerajaan bercadang untuk memperoleh sehingga RM500juta daripada terbitan Sukuk Prihatin. Sukuk ini bolehdilanggan di saluran perbankan digital (internet/ mudahalih) di semua Bank Agihan melalui aplikasi JomPAY atauDuitNow. Terimaan Sukuk ini akan disalurkan keKumpulan Wang COVID-19 untuk membiayai langkahyang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi danpelan pemulihan bagi menangani krisis COVID-19.

Semua keuntungan daripada Sukuk Prihatin akanmendapat pengecualian cukai dan setiap amaun Prinsipalyang diketepikan (sebahagian/sepenuhnya) olehPemegang Sukuk sebagai sumbangan kepada Kerajaanpada tarikh matang, dibenarkan sebagai potongan cukaibagi tahun taksiran di mana penebusan Sukuk Prihatindibuat. Layanan cukai ini hanya terpakai kepadaPemohon/Pembeli yang Layak sahaja dan tidak terpakaikepada semua Institusi Kewangan dan pemegang LesenPerkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankanperniagaan pengurusan dana di bawah Akta PasaranModal dan Perkhidmatan 2007 serta Pemegang AmanahBerdaftar yang bertindak bagi pihak Pemohon/Pembeliyang Layak. Amaun Prinsipal yang diketepikan akandisumbangkan kepada akaun amanah Kerajaan yangdiluluskan oleh Kerajaan (“Akaun Amanah Kerajaan”).

Objektif Sukuk Prihatin Ciri-ciri Sukuk PrihatinPelaksanaan Sukuk Prihatin adalah bercirikanberikut:1. Berlandaskan Sukuk Tawaruk, sama seperti

Mudarabah;2. Berkonsepkan urus niaga, komoditi di bawah

Mudarabah;3. Mempunyai konsep yang agak sama dengan

bon dalam sistem kewangan konvensionalatau barat, tetapi penerbitan Sukuk Prihatinini merupakan penjualan sijil kewangankepada para pelabur, yang mana hasil jualansukuk itu akan digunakan untuk membeli asetsokongan;

4. Sukuk Prihatin dikategorikan di bawahpinjaman, bukannya ekuiti, dan ini yangmenyebabkan ia lebih berisiko rendahberbanding ekuiti.

Manfaat Sukuk PrihatinManfaat Sukuk Prihatin adalah seperti berikut:1. Bayaran keuntungan dan bayaran Prinsipal di

bawah Sukuk Prihatin ini adalah komitmenlangsung Kerajaan sebagai penerbit.

2. Memberi peluang kepada pelaburmempelbagaikan portfolio pelaburan.

3. Amaun bayaran keuntungan berkadar tetapdibayar secara sukuan tahunan.

4. Sukuk Prihatin adalah pelaburan patuhSyariah.

5. Layanan cukai terpakai kepada PemegangSukuk yang layak.

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

31

Page 36: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Perasmian Sukuk Prihatin

Majlis perasmian Sukuk Prihatin yang dilancarkan pada 18Ogos lalu disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-MustafaBillah Shah. Ia disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, TengkuDatuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berikutan norma baharu COVID-19, keperluan negaraMalaysia untuk mendapatkan sumber kewangan, kebiasaandan majoritinya diperolehi dari sumber dalaman dan luarnegara. Namun kini, dengan menggunakan alternatif berbezadan sebagai satu sumber kewangan yang baru, penerbitanSukuk Prihatin ini adalah sangat diperlukan pada masa kinikerana ia dapat membantu memulih dan memperkukuhsemula ekonomi negara Malaysia dengan menstruktur semularentak ekonomi bagi memperbaiki keadaan sekarang.

Penyelidik Ekonomi Institut Demokrasi dan Hal EhwalEkonomi (IDEAS), Adli Amirullah berkata, “Sukuk atau bonkerajaan secara teori adalah medium terbaik buat sesebuahkerajaan untuk membuat ‘pinjaman’ kerana ia melibatkanpinjaman dalam negara dan bukan pinjaman luar negara”.

Penerbitan sukuk ini juga sangat signifikan untuk diterbitkankerana ianya mampu menjadi satu platform kepadamasyarakat umum dan juga sektor-sektor korporat untukmembantu negara menambah sumber kewangan denganlebih sistematik, telus, dan profesional.

Diyakini Sukuk Prihatin ini akan banyak dilanggan atau dilaburoleh sektor-sektor korporat kerana ini adalah masa terbaikbagi mereka untuk menjalankan tanggungjawab sosialkorporat (CSR) mereka, dan ini tidak terkecuali juga padagolongan masyarakat umum. Ia juga merupakan suatuinstrumen yang sesuai untuk mempelbagaikan portfoliopelaburan (portfolio diversification).

32

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Sambutan daripada ParaPelabur

Sukuk Prihatin yang dilancarkan kerajaan pada18 Ogos lalu telah terlebih langganan(oversubscribed) dengan jumlah lebih RM666juta, melepasi sasaran penerbitan asalberjumlah RM500 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri ZafrulTengku Abdul Aziz berkata, memandangkansambutan memberangsangkan daripadapemohon yang layak, kerajaan memutuskanuntuk menerbitkan langganan tambahansebanyak RM166 juta.

Sukuk Prihatin yang menerima langganan seba-nyak RM666 juta dapat membantu kerajaanmembiayai pembangunan ekonomi sekaligusmembantu mengurangkan kadar peng-gangguran negara.

Pelaburan patuh syariah yang diperkenalkankerajaan di bawah instrumen pinjaman jangkapanjang ini bebas risiko sistematik yang majori-tinya dilanggan oleh sektor korporat berbandingindividu. Kelebihan tersebut dijangka menjaditarikan kepada pelabur korporat yang mahumempelbagaikan portfolio syarikat denganstatus aset bebas risiko dan pada masa samamenyumbang kepada pemulihan semulaekonomi negara.

Inisiatif Sukuk Prihatin dijangka berkesan dalammemulihkan semula struktur ekonomi negaradan lebihan dana akan membolehkan BankNegara Malaysia (BNM) mengekalkan kadardasar semalaman (OPR), dengan syarat sumberpendapatan negara terus pulih dan meningkat.

Pelaksanaan Sukuk Prihatin melalui pendekatan 'bottom-up' sangat bertepatan pada masa ini

kerana sebagai rakyat atau sektor-sektor korporat yang lain perlu membantu negara

memulihkan sektor ekonomi dan membantu kerajaan mengembalikan semula kesejahteraan

dan kebahagiaan rakyat.

Page 37: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Sementara itu, berdasarkan laporan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2019, merekodkan sebanyak 63.57%pasaran modal Islam adalah diterbitkan oleh negara Malaysia yang bersamaan dengan 2.04 trilion RinggitMalaysia dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 8.23% daripada tahun 2018 ke tahun 2019.

Pada tahun 2018, untuk jumlah terbitan baru sukuk korporat, adalah sebanyak 72.68 billion Ringgit Malaysia.Manakala pada tahun 2019 pula, angka itu meningkat kepada 102.39 bilion Ringgit Malaysia. Dapat dilihatpeningkatan bon sangat signifikan, kerana ianya meningkat sebanyak 40.88%. Berdasarkan laporan ini, dapatdikenal pasti bahawa Malaysia masih kekal sebagai penerbit utama dan terbesar untuk pasaran modal Islam, dimana ekuiti Islam dan sukuk adalah penyumbang terbesar.

Indikator ini menjadikan Malaysia negara yang prihatin tentang sukuk, dan potensi sukuk itu adalah sangat tinggidan baik di Malaysia. Perkembangan sukuk akan lebih baik dari semasa ke semasa dengan pelbagai inisiatif yangtelah dijalankan oleh pihak kerajaan melalui Sukuk Prihatin di mana ianya mampu meningkatkan industri sukuknegara.

33

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 38: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Jutawan Milenial di

Dunia DigitalHilwana Abd Karim, Zarifah Fadilah Ramli, Nur Alia Amirnordin,

Norhaniza Md Akhir, Dr. Nurazilah Zainal & Tengku Sharifeleani Ratul Maknu Tengku Sulaiman

34

&

MEDIA SOSIAL

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Revolusi ekonomi 4.0 secara

dasarnya mengubah cara hidup

bekerja dan berhubungan antara

satu sama lain. Perkara ini berlaku

hasil dari pelbagai penemuan

teknologi baharu seperti Internet of

Things (IoT), virtual reality, media

sosial, pengurusan maklumat digital

seperti “big data”, simulasi dan

penggunaan robotik yang telah

mencorak kemajuan landskap dunia

moden.

Ledakan revolusi dunia digital ini

mampu menawarkan ruang yang

luas untuk generasi milenial

mengembangkan kerjaya dan

sekaligus menjana pendapatan

yang lumayan tanpa mengira had

umur. Berikut adalah antara

pekerjaan yang terbukti boleh

menjana pendapatan yang lumayan

di dunia digital pada hari ini.

Page 39: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Yeik Nai ZhengPendapatan Tahunan: AS$1.7 million

Adam Erwann Shah B. Aktar HusseinPendapatan Tahunan: AS$376 ribu

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

35

Yap Jian WeiPendapatan Tahunan: AS$ 1.8 million

Perlu diingatkan bahawa tidak semuapermainan komputer ini mampumenjana pendapatan. Berikut adalahpermainan komputer yang mempunyaipengikut yang ramai di kalangangenerasi milenial serta mampumenjana pendapatan antaranya ialahMobile Lagend, DOTA 2 dan Clash ofClan. Cara “gamer” ini menjanapendapatan adalah dengan caramenyertai pertandingan e-sport yangmenawarkan hadiah yang lumayan.

Selain menyertai pertandingan e-sportantarabangsa, pemain permainankomputer tegar boleh menggunakankemahiran atau “skill” yang ada denganmenjadi “joki”. ”Joki” adalah orangyang menawarkan perkhidmatan untukmenaikkan level atau peringkat dalampermainan komputer. Bagi peminatpermainan komputer, level adalahsangat penting dan mereka salingbersaing untuk menaikkan level merekadalam permainan tersebut.

Pemain permainan komputer jugaboleh membuat tutorial di YouTubeuntuk menjana pendapatan. Ini dapatmeningkatkan jumlah pengikut mereka.Sebagai contoh saluran YouTube dariIndonesia Miawaug menjanapendapatan AS$12 juta pada Oktober2020 hanya dengan “review” danmembuat tutorial permainan komputeryang baru di dalam pasaran.

GAMER

Page 40: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

“Like Nastya” oleh AnastasiaRadzinskaya

Anastasia Radzinskaya dilahirkan di Rusiapada tahun 2014 dan kini berusia 5 tahun.Beliau dilahirkan dengan penyakit cerebralpalsy dan doktor yang merawat Anastasiamenjangkakan beliau tidak mampu bercakapdan sehingga kini Anastasia masihmeneruskan rawatan pemulihan.

Anastasia mengenengahkan video-videobermain bersama ayahnya, kucingkesayangannya dan pelbagai video lucu yangtelah dialih suara. Kini Anastasia telahmenjana pendapatan sebanyak AS$18 jutapada tahun 2019 dan saluran YouTubeAnastasia mempunyai 107 juta orangpengikut.

Anastasia Radzinskaya

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

36

Saluran YouTube Ryan World

Dunia digital memberi peluang menjana pendapatan tanpamengira usia. Pembina kandungan atau “content creator”mengelarkan diri mereka sebagai YouTuber. Content atau isikandungan saluran YouTube yang bagus menjadi percaturandalam dunia YouTube. Persaingan bukanlah isu besarmemandangkan penonton bebas menonton saluran YouTubetanpa bayaran. Pembina kandungan saluran YouTube perlukreatif bagi memastikan jumlah pengikut yang ramai.

Saluran YouTube juga mempunyai pengaruh yang besardalam dunia kanak-kanak. Ini diakui oleh Eyal Baumel CEOYoola yang pakar melahirkan “digital star”. Oleh itu, saluranYouTube yang menjana pendapatan paling lumayan padatahun 2019 dipelopori oleh kanak-kanak. Mereka menerimapendapatan lumayan dari pengiklanan dan menjadi dutajenama terkenal seperti Lego, Nickelodeon dan Dannon.

Berikut adalah dua Saluran YouTube yang dipelopori olehkanak-kanak yang menjana pendapatan yang lumayan:

“Ryan’s World,” oleh Ryan Kaji

Ryan Kaji yang berumur lapan tahun merupakan pembinasaluran YouTube “Ryan’s World” dinobatkan oleh Forbessebagai pembina saluran YouTube yang mempunyaipendapatan paling lumayan iaitu sebanyak AS$26 juta padatahun 2019.

Ryan memulakan kerjayanya pada 2015 dengan memilihgenre “unboxing” atau mengulas permainan baru di dalampasaran, eksperimen sains dan pelbagai video pembelajarandi saluran YouTube.

YOUTUBER

Page 41: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

37

Terdapat banyak tips untuk menjadi Youtuberterkenal dan profesional , antaranya “content” atauisi kandungan video yang berkualiti. Video berkualitimesti mengandungi komen atau kata-kata positifdan elak menggunakan kata-kata negatif di dalampembikinan video bimbang ianya tidak disenangioleh orang ramai. Peralatan seperti kamera danmikrofon juga amat penting bagi memastikan videoyang dihasilkan cantik dan mempunyai audio yangjelas.

Video berkualiti memerlukan sentuhan editing yangbagus. Kini terdapat banyak aplikasi percuma yangboleh membantu Youtuber menghasilkan videoberkualiti, antaranya EaseUs Editor, Screencast-o-Matic, Corel Video Studio dan banyak lagi. Youtuberjuga perlu memuat naik video baru secara rutin bagimemastikan pengikut atau “subscriber” tidakternanti-nanti karya video terbaru.

Youtuber terkenal memerlukan pengikut atau“subscriber“ yang ramai untuk membinakepercayaan saluran Youtube anda layak ditonton.Salah satu cara membina kepercayaan subscriberadalah dengan membuat interaksi yang baik denganpenonton atau “viewer” di ruang komen. Kata-katapositif di ruangan ini boleh mewujudkanperbincangan yang baik di kalangan penonton atauviewer sekaligus menjemput penonton lainmengikuti dan menonton video di saluran YouTubeanda. Youtuber yang terkenal juga harus memilikirakan Youtuber yang ramai. Ini membolehkanYoutuber saling berkolaborasi dalam menghasilkan“content” atau isi kandungan video yang baik.YouTuber harus memuat naik video di media sosialyang lain juga seperti Instagram dan Facebook bagimembantu menambah “subscriber” atau pengikut.

Generasi pada masa kini harus bijak menggunakanplatform digital ini untuk tujuan yang baik. Gunakankreativiti dan kemahiran komputer untuk membinakandungan dengan baik dan meraih jutawanpenonton sekaligus menjana pendapatan. Tidak rugijika kita gunakan akaun media sosial sebagai akauntabungan duit dan sebarkan kandungan yangberguna untuk generasi akan datang.

Page 42: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN

Konsep teknologi adalah sangat luas danmerangkumi beberapa cabang sains dankajian. Teknologi dapat dilihat sebagaiaplikasi pengetahuan sains dalam merekacipta alat-alat yang dapat meningkatkankeupayaan manusia seperti pembangunandan penggunaan alat, mesin, bahan danproses untuk menyelesaikan masalah yangdihadapi dalam kehidupan seharian.Teknologi juga membawa maksud tahappengetahuan semasa dalam menggabungkansumber bagi menghasilkan produk yangdikehendaki dalam bidang ekonomi. Antaracontoh teknologi adalah teknologikomunikasi, teknologi maklumat, teknologiperubatan, teknologi pembinaan, teknologiperniagaan dan teknologi pendidikan dansebagainya.

Dewasa ini, penggunaan teknologi bukan saja memainkanperanan penting dalam kehidupan manusia, malah ianya menjadikomponen utama dalam memastikan sesuatu organisasiperniagaan itu mampu berkembang maju dan bersaing pesat diperingkat nasional ataupun global. Penggunaan teknologi yangbersesuaian juga membolehkan organisasi perniagaan menjadifleksibel dan mampu menyesuaikan operasi mereka selarasdengan teknologi yang semakin maju ini. Jika dilihat sekarang,Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence; AI) dan InternetPelbagai Benda (IPB) atau lebih dikenali sebagai Internet ofThings (IoT) memang sinonim dengan kehidupan seharian danjuga penggunaan di dalam industri. Sebagai contoh, penggunaanKecerdasan Buatan dalam pembangunan perkhidmatankewangan oleh sektor perbankan membolehkan syarikatmemberikan perkhidmatan pelanggan KecerdasanBuatan setanding dengan kepakaran manusia pada kos yanglebih rendah menerusi sistem seperti ‘text chats’, sistem suaraatau ‘chatbots’.

TEKNOLOGI

38

Kecerdasan Buatan di Malaysia akan

membolehkan kadar inovasi meningkat hampir dua kali ganda, sekaligus

meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak 60

peratus

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Norhaniza Md Akhir, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu Tengku Sulaiman, Zaidatul HusnaMohd Isnani, Dr. Nurazilah Zainal, Nur Alia Amirnordin & Hilwana Abd Karim

Page 43: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Terdapat beberapa teknologi Internet Pelbagai Benda(IPB) sudah mengambil tempat pada hari ini.Antaranya adalah dron untuk pemantauan kemajuantapak pembinaan, peranti boleh pakai (wearabledevices), seperti Apple Watch atau Samsung Gearuntuk pemantauan kesihatan dan kereta pintar.Sebagai contoh, kereta nasional Malaysia iaitu ProtonX70 menggunakan Auto Parking Assist (APA) dan voicecommand dalam model tersebut. Namun demikian,kereta pintar seratus peratus masih dalam fasapembangunan. Selain membantu dalam kecekapandan peningkatan hasil, penggunaan teknologi jugadapat menghubung dan mengembangkan capaian kenegara lain apabila wujudnya teknologi canggih sepertiInternet dan e-dagang. Kepentingan ini dapat dilihatapabila kebanyakan syarikat telekomunikasi utamarancak menyediakan teknologi rangkaian termajudengan peranti berspesifikasi tinggi terkini iaituRangkaian 5G, di mana ianya menjanjikan sambunganyang jauh lebih pantas berbanding dengan apa yangditawarkan pada ketika ini. Rangkaian ini juga bakalmelonjakkan teknologi Internet Pelbagai Benda(IPB) melalui penyediaan infrastruktur yang mampumembawa data-data berkapasiti besar yang amatdiperlukan di dalam dunia yang saling berhubung.Dengan wujudnya teknologi sebegini, pasaran bolehdikuasai dengan lebih luas dan mudah apabilasegalanya hanya di hujung jari. Sebagai contoh,organisasi syarikat boleh memperluaskan pasaran danmeningkatkan jualan melalui jualan atas talianmenggunakan laman web, media sosial ataupunmendaftar dengan pihak ketiga yang menjadi platformjualan atas talian seperti eBay, Alibaba.com, Amazon,Shoppe dan Lazada.

Sebagai contoh, penggunaan Kecerdasan Buatandalam bidang perniagaan, Air Asia, CIMB Clicks danFood Panda adalah antara syarikat yangmenggunakan AVA bagi sistem ‘live chat’ mereka.Manakala dalam kehidupan seharian pengguna pula,ianya dapat dilihat dengan adanya aplikasi ‘Siri’,‘Amazon Echo’, ‘Alexa’ dan ‘Google Home’. Ternyatapenggunaan Kecerdasan Buatan ini memudahkanmanusia dalam kehidupan mereka. KecerdasanBuatan juga boleh mengelakkan kekusutan pelangganberurusan dengan pasukan perkhidmatan pelangganmanusia yang beremosi. Penggunaan KecerdasanBuatan kini diterima baik oleh syarikat-syarikat besar.Berdasarkan kajian oleh Microsoft dan IDCAsia/Pasifik ke atas pemimpin perniagaan bertajuk'Perniagaan Siap Masa Depan: Menilai PotensiPertumbuhan Asia Pasifik Melalui AI meninjau 100pemimpin perniagaan dan 100 pekerja di Malaysia',menjelang tahun 2021, Kecerdasan Buatan diMalaysia akan membolehkan kadar inovasi meningkathampir dua kali ganda, sekaligus meningkatkanproduktiviti pekerja sebanyak 60 peratus.

Menurut CISCO (2011), Internet Pelbagai Benda(IPB) dijangka mencapai kematangan pada tahun2020, di mana pada waktu itu, dijangka sebanyak 33bilion ‘objek’ akan berhubung sesama sendiri(anggaran nisbah 4.12 objek berhubung untuk setiappopulasi manusia), menjanakan data sebanyak 40Zetabyte (5 kali ganda daripada tahun 2016) danmewujudkan peluang ekonomi baru sejumlah $14trilion.

Kecerdasan Buatan & Internet

Pelbagai Benda

39

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 44: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Kesan Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap duniatermasuk Malaysia sehingga memaksa kita mencapaikepada suatu keadaan di luar jangkaan kita dalam keadaansegera demi memastikan setiap aktiviti harian terlaksanadengan mudah dan dilindungi daripadanya. Kesiapsiagaansetiap rakyat terhadap fenomena baharu ini menyebabkansetiap rakyat baik muda mahupun yang berusiamelengkapkan diri supaya seiring dengan keperluan erateknologi digital. Terutamanya di dalam bidang perniagaanyang kini rancak merubah normanya kepada perniagaanberasaskan teknologi digital.

Bersediakah kita terhadap perubahan baharu initerutamanya pada golongan yang berusia ataupun yangkurang berkemampuan? Mampukah “business model”baharu ini merubah dan diterima oleh setiap penggunaMalaysia? Rakyat dan komuniti perniagaan telah mulamengubah persepsi mereka dan celik terhadap keperluandan kepentingan digitalisasi dalam kehidupan normabaharu kini. Pendigitalan perniagaan berfungsi sebagaisuatu pemboleh daya perkembangan ekonomi negaraseiring dengan agenda kerajaan ke arah IndustrialRevolution (IR) 4.0.

Oleh itu, pembangunan infrastruktur diperlukan dalammemperkasa ekonomi digital negara dengan mewujudkanPasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) hasil gabungankerjasama antara Kementerian Komunikasi dan MultimediaMalaysia (KKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi danInovasi (MOSTI). Usaha ini juga perlu mengambil kira risiko-

Image

Persediaan Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan

risiko terhadap peniaga-peniaga khususnyaPerusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan PeniagaMikro. Mampukah mereka untuk berdaya saingseiring dengan keperluan dunia perniagaansecara digital? Sehubungan itu, komunitiperniagaan perlulah menggunakan teknologiyang ada untuk meningkatkan hasil pengeluaransama ada lebih berinovasi dan tinggipermintaannya dengan mengurangkan kosoperasi sehingga mencapai rangkaian ke luarnegara.

Terdapat pelbagai rangkaian yang telahdibangunkan bagi membantu perniaga-perniagaterutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS)dalam menghadapi era teknologi yang lebihmencabar ini dengan memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan. Antaranya adalahplatform keusahawanan atas talian denganpelbagai kemudahan khusus untuk PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS) dan Peniaga Mikroseperti program eUsahawan, e-Dagang &Platform ‘Marketplace, Eksport dengan e-Daganganjuran Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC) serta usahasama Centre for EntrepreneurDevelopment and Research Sdn. Bhd.(CEDAR) seperti latihan-latihan keusahawananyang membantu terutamanya kepada peniagabaru.

40

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Pendigitalan perniagaan berfungsi sebagai suatu pemboleh

daya perkembangan ekonomi negara seiring dengan agenda

kerajaan ke arah Industrial Revolution (IR) 4.0.

Page 45: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Pengungkapan asal

"Internet of things"

dicetuskan Kevin Ashton,

seorang penolong pengurus

jenama syarikat Procter &

Gamble pada tahun 1999.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Internet_benda

Page 46: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Alam pembelajaran di universiti sangat mencabar. Bermula dari sesipendaftaran sebagai pelajar baru sehingga tamat pengajian; parapelajar bakal dan telah menghadapi halangan dan cabaran dalammenimba ilmu. Dalam dunia kini yang lebih mencabar, serba serbimemerlukan wang apatah lagi sebagai pelajar dalam meniti sesipengajian sehingga tamat.

Bermula dari semester pertama hingga tamat pengajian, pelajarmemerlukan wang untuk keperluan nota, projek individu danberkumpulan serta kerja-kerja lapangan. Ibu bapa merupakan tempatbergantung yang paling dekat untuk mendapatkan sumber kewangan.Bagi keluarga yang mempunyai kewangan yang stabil, tidak menjadimasalah untuk menyediakan keperluan yang secukupnya untuk anakmereka yang bergelar pelajar. Tetapi bagi keluarga yang susah, ianyaadalah satu kepayahan untuk menyediakan wang bagi tujuanpembelajaran anak-anak mereka apatah lagi di peringkat universiti.

PELAJAR & PERNIAGAANNur Alia Amirnordin, Hilwana Abd Karim, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu

Tengku Sulaiman, Norhaniza Md. Akhir & Dr. Nurazilah Zainal

Dunia perniagaan

dulu dan kini amat

berbeza. Peluang

berniaga ada di

mana-mana. Bak kata

pepatah, di mana ada

kemahuan di situ ada

jalan, asalkan

perniagaan itu halal.

UMUM

42

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 47: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

43

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Pada zaman ini, pelajar dan perniagaan tidak dapatdipisahkan. Di universiti juga diajar tentangperniagaan, cabaran dan cara penyelesaianmasalah. Ilmu ini boleh digunakan oleh pelajardalam mencari wang saku sendiri. Segelintir pelajarberhadapan dengan suasana pembelajaran yangmemerlukan sokongan kewangan yang kukuh. Inimembawa kepada usaha untuk menambah wangsaku dalam meniti hari-hari mendatang sebagaiseorang pelajar.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkepada usaha dan minat untuk berniaga dikalangan pelajar. Antaranya ialah:1. Motivasi2. Program pengajian pelajar3. Keluarga4. Kemahiran5. Pengalaman

Menurut perspektif Islam, 9

daripada 10 sumber rezeki

manusia datang daripada

perniagaan.

Ini menunjukkan bahawa manusia bolehmendapatkan sumber pendapatan melaluiperniagaan. Secara ringkas, terdapat beberapasebab pelajar perlu memulakan perniagaanwalaupun masih berstatus pelajar.

1.Berniaga itu mudahPada zaman serba moden ini, pelajar tidakmemerlukan premis untuk membuka sesuatuperniagaan. Cukup sekadar telefon pintar dan datainternet sebagai langkah permulaan. Terdapatbanyak pakej menarik untuk telefon pintar daninternet yang berpatutan untuk pelajar.

Sosial media dan pelajar tidak dapat dipisahkan.Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh pelajar dalammemperkenalkan produk atau perkhidmatanmereka. Sebagai contoh penggunaan Facebook,Instagram dan Twitter adalah antara platformsosial media yang amat rancak digunakan olehpelayar internet di seluruh dunia.

Page 48: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

44

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

2. Berniaga boleh membantu sesama manusiaPelajar itu adalah usahawan. Peranan usahawan sangat meluas. Inidibuktikan dengan pembukaan sesuatu perniagaan yang dapatmenjana peluang pekerjaan untuk rakyat. Langkah ini dapatmengurangkan kadar penggangguran di negara ini.

Usahawan perlu bersedia untuk memilih tenaga kerja yangkomited; boleh membantu meringankan tugasan harian dalamperniagaan. Pekerja yang telah berjaya dipilih perlu diberi latihanyang secukupnya dan peluang untuk berkongsi idea dan maklumatuntuk mengembangkan lagi perniagaan.

3. Potensi pelanggan yang luasPada zaman globalisasi dan serba moden ini, sesebuah perniagaanmampu untuk menjana jualan dalam sekelip mata. Penggunaaninternet yang meluas dalam perniagaan memberi peluang kepadausahawan menerima jumlah pelanggan yang mungkin tidakterjangkau oleh fikiran. Ini kerana potensi pelanggan berada diseluruh pelusuk dunia. Bak kata pepatah; segalanya di hujung jari.Kuasa internet sangat besar malah usahawan hanya bersemukadengan pelanggan di alam maya.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat kepada pelajar sekiranyamereka menceburkan diri dalam perniagaan. Pelajar yang bergelarusahawan boleh menggunakan dan menyebarkan kelebihanperniagaan kepada masyarakat sekeliling terutamanya rakan-rakansepengajian. Marilah sama-sama kita berganding bahu dalammemartabatkan ekonomi negara dengan mengamalkan aktivitiperniagaan yang halal dan sah di sisi undang-undang. Sekaligus iadapat meningkatkan nilai ringgit Malaysia di pasaran dunia.

Page 49: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Pernahkah anda menerima panggilan seperti ini?“Kami membuat panggilan dari pihak Mahkamah mendapatibahawa anda masih tidak menjelaskan saman bernilai RM1000”.Sekiranya pernah, anda mungkin salah seorang yang telah menjadimangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu oleh SindiketMacau Scam. Kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kespenipuan Macau Scam yang melibatkan bukan sahaja warga tuasebagai mangsa, malah orang muda juga turut terperangkapdengan sindiket ini dengan kerugian yang mencecah jutaan ringgit.Siapa sebenarnya Macau Scam ini?

Sindiket Macau Scam atau Telecommunication Fraud inisebenarnya didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yangcuba menipu mangsa mereka dengan membuat panggilan secararawak dan rambang dengan mendakwa mereka mewakili darimana-mana institusi kewangan. Ia kebiasaannya dilakukanmenggunakan talian antarabangsa dari lokasi di Asia Timur sepertiChina, Taiwan Hong Kong dan juga dari dalam negara. Taktik inidigunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkankerugian yang besar kepada mangsa.

Macau Scam dikategorikan sebagai satujenayah penipuan telekomunikasi.Mereka berusaha membuat penampilansebagai pegawai yang mempunyaiautoriti, serta mampu menimbulkan rasawas-was, panik, dan keinginan terhadapmangsa untuk membela diri ataumengelak daripada dikenakan tindakanundang-undang.

Setakat ini, pihak SuruhanjayaPencegarah Rasuh Malaysia (SPRM)telah membekukan 750 akaunmembabitkan nilai RM75 juta miliksindiket tersebut yang sebelum inimelakukan aktiviti membersihkan wangmereka dengan menggunakanperniagaan artis yang sah.

45

PENULIS JEMPUTAN

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Macau Scam

Apa yang boleh kita pelajari?Mohd Syahril Ibrahim

Page 50: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Menurut kenyataan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM),modus operandi sindiket Macau Scam melibatkan empat (4)kategori iaitu:1. Cabutan Bertuah (lucky draw)2. Tipu Culik & Minta Wang Tebusan3. Spoofing (Menyamar menjadi pegawai kerajaan seperti

Polis/SPRM/Mahkamah dsb)4. Spoofing (Menyamar menjadi pegawai Bank Negara Malaysia/

bank komersial)

Daripada modus operandi yang dilakukan di atas, sindiket iniberjaya menipu mangsa dengan mendapatkan wang yang banyakdan menurut laporan dikeluarkan oleh Suruhanjaya SekuritiMalaysia (SSM) setakat Jun 2020, jumlah kerugian rakyat Malaysiayang menjadi mangsa akibat perbuatan jenayah penipuan scamini meningkat kepada RM914 juta.

Kebanyakan mangsa sindiket ini telah mengaku bahawa merekamudah percaya dengan permainan psikologi dari sindiket MacauScam ini. Apabila panggilan telefon diangkat, mereka cenderungdengan menggunakan elemen pematuhan (Kalau kita dengarpanggilan dari pihak berkuasa seperti PDRM, mahkamah dan lain-lain, kita akan cepat berasa cemas dan takut seolah-olah kitatelah membuat salah di sisi undang-undang). Di sini, mereka tidakakan memberikan pilihan kepada kita dan kita harus mendengarapa yang mereka katakan. Mereka tidak akan membuat panggilandengan menyamar sebagai pusat tahfiz, masjid dan pusat zakatkerana situasi sebegini akan memberi ruang kepada kita untukmemilih untuk menderma dan memberikan wang ataupun tidak.Oleh itu, elemen pematuhan dengan tidak memberikan pilihandilihat sebagai permainan psikologi yang bijak oleh sindiket ini.

Selain itu, mereka dilihat sangat terlatih dengan penggunaan ayatyang agak tepat dan perbualan telefon yang menyakinkan apabilamenghubungi mangsa. Sebagai contoh, apabila terdapat suatukesalahan dibacakan, mereka boleh menghafal undang-undangyang terpakai dan tahu prosedur di Mahkamah untukmenyakinkan si mangsa dan disebabkan itu, sekiranya mangsaterjerat (menangis, menzahirkan kerisauan dan sebagainya),mereka akan lebih menekan mangsa. Jadi di sini, permainanpsikologi dan juga pembacaan watak si mangsa oleh sindiket initelah berjaya menjadikan kegiatan sindiket Macau Scam ini lebihberjaya dan berleluasa.

Penggunaan psikologi

Selain daripada kegiatan menipu mangsadengan mendapatkan wang ringgit yangcukup lumayan, mereka telah berjaya untukmengaburi pihak berkuasa dengan kegiatanpengubahan wang haram. Pengubahanwang haram adalah satu tindakan atauaktiviti penukaran wang atau nilai harta lainyang diperolehi dari aktiviti haram (sepertipengedaran dadah, rasuah, penipuan,pemerdagangan manusia, samun, jenayahdan seumpamanya) kepada wang ataupelaburan yang kelihatan sah dari segiundang-undang. Aktiviti itu dijalankansupaya sumber wang haram dan nilai-nilaimaterial yang lain tidak dapat dikesan olehpihak berkuasa.

Penggubahan Wang Haram

46

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 51: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Setakat ini, terdapat beberapa peruntukan undang-undangdi Malaysia yang sedia ada bagi mengawal selia danmelindungi perbuatan berkaitan dengan kesalahankegiatan Macau Scam ini. Antaranya adalah:

Seksyen 420 Kanun Keseksaan:Peruntukan ini melibatkan kesalahan menipu secaracurang untuk mendorong secara memperdayakan bagipenyerahan wang atau harta benda mangsa kepada dirinya.Hukuman jika disabitkan kesalahan adalah pesalah bolehdipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10tahun, dan hukuman sebat, dan boleh juga dikenakandenda.

Seksyen 416 Kanun Keseksaan:Peruntukan berkenaan dengan sesiapa yang menipu secaramenyamar sebagai orang lain selain daripada dirinyasendiri adalah melakukan kesalahan menipu secaramenyamar. Hukuman di bawah Seksyen 419 adalah penjaratidak melebihi daripada tujuh tahun atau denda ataukedua-duanya sekali.

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, PencegahanPembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram2001 (Akta 613):Antara kesalahan membabitkan pengubahan wang haramialah, (a) mana-mana individu yang melibatkan diri secaralangsung atau tidak langsung, dalam transaksi yangmelibatkan hasil dari aktiviti haram atau peralatankesalahan, (b) memperoleh, menerima, memiliki,menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar,membawa, melupuskan, atau menggunakan hasil dariaktiviti haram atau peralatan kesalahan. Mereka yangbersalah boleh disabitkan penjara tidak melebihi 15 tahun,dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlahatau nilai hasil dari aktiviti haram atau peralatan kesalahanitu pada masa kesalahan itu dilakukan, atau denda RM5juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Si mangsa harus tampil ke hadapan dengan membuat

laporan polis dan boleh berkongsi dengan

masyarakat melalui pelbagai medium bagi mendedahkan

perbuatan scam ini.

Berhadapan dengan situasi begini,masyarakat kita harus lebih peka dan perlubanyak membuat bacaan dan mengikutiperkembangan semasa melalui pelbagaimedium sama ada di media sosial, mediamasa, surat khabar dan lain-lain. Selaindaripada itu, sekiranya perkara ini terjadikepada si mangsa, si mangsa harus tampil kehadapan dengan membuat laporan polis danboleh berkongsi dengan masyarakat melaluipelbagai medium bagi mendedahkanperbuatan scam ini. Hal ini secara tidaklangsung boleh membantu orang ramai ambilcakna dan membantu pihak berkuasa untukterus membasmi kegiatan tersebut. Namun,kepada orang ramai dan secara khususnyapelayar internet yang turut memberikankomen dan maklum balas, untuk tidakmembuat tuduhan dan memalukan si mangsakerana kita tidak berada di tempat mereka.Selain itu, pihak berkuasa perlu memberitumpuan kepada jenayah siber dan komersialtermasuk penipuan secara dalam talian yangtelah menjadi satu trend jenayah utamaberikutan perkembangan dan perubahantrend ekonomi dan teknologi digital semasa.

Peruntukan Undang-undang

Kesimpulan

Rujukan:Zainuddin, M. (2020, October 23). Mangsa scam rugi RM914 juta tahun ini. Retrieved October 25, 2020, fromhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745272/mangsa-scam-rugi-rm914-juta-tahun-iniBernama. (2020, October 12). Macau Scam, 'cuci duit': Apa tindakan kita? Retrieved October 25, 2020, fromhttps://www.hmetro.com.my/rencana/2020/10/629814/macau-scam-cuci-duit-apa-tindakan-kita

47

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 52: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

PENULIS JEMPUTAN

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melaporkan

kerugian akibat penipuan Macau Scam meningkat 55.5 peratus berbanding 2017 berdasarkan statistik 2018. Ia membabitkan

kerugian lebih RM224.6 juta.

- BH Online, Oktober 11, 2020

Page 53: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

ASPIRASI [as.pi.ra.si] | ي اس اسڤير

Definisi: keinginan yang kuat (utk mencapai, meng-adakan, dll sesuatu), cita-cita: seperti yang ditegaskanoleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah;mengaspirasikan mempunyai keinginan yang kuatterhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurangpemisah antara pemimpin yang berorientasikan Baratdengan umat yang rata-rata ~ cara hidup Islam dikebanyakan negara Islam. (Kamus Dewan EdisiKeempat). Majalah Aspirasi adalah majalah sulungterbitan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTMCawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Ideayang disuntik oleh Pn. Nur Fadhlina Zainal Abedin didalam mesyuarat Jabatan FPP telah sebulat suaradipersetujui oleh semua pensyarah fakulti pada bulanFebruari 2020. Fenomena Covid-19 dan PerintahKawalan Keselamatan (PKP) yang bermula pada Mac2020 telah membuka dan bakal menjadi lembaransejarah kepada manusia di Abad ke21. Fenomena ini jugatelah menjadi perintis kepada penulisan dan akhirnyapenerbitan ASPIRASI FPP edisi pertama.

Kerjasama dan komitmen seluruh warga fakulti amat

memberangsangkan, tambahan pula kerja-kerja

penerbitan ini dilakukan dalam tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan. Hikmah PKP yang bakal menjadi

titik sejarah kepada Fakulti Pengurusan dan

Perniagaan (FPP) Kampus Seremban. Pihak fakulti

amat berbesar hati dengan penglibatan Bahagian

Perpustakaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang

diterajui oleh Puan Wan Norizan Wan Mansor

sehinggakan penerbitan majalah ini berjaya

mendapat E-ISSN dan ISSN dari Perpustakaan Negara.

ASPIRASI FPP akan diterbitkan sebanyak dua kali

setahun iaitu Edisi Jun dan Edisi Disember.

Sumbangan para akademia di Fakulti Pengurusan dan

Perniagan Kampus Seremban yang terdiri daripada 19

orang Pensyarah Kanan dalam bidang ekonomi,

kewangan dan pengurusan perniagaan dapat

meningkatkan lagi kesarjanaan dan pembangunan

kerjaya masing-masing.

ي اس اسڤير

ASPIRASI FPPDr. Wan Normila Mohamad

PENCAPAIAN FAKULTI

49

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 54: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

Edisi 1, 2020 berorientasikan Aspirasi, Pengurusan dan

Strategi, Kepimpinan, Pembangunan Diri, Ekonomi, Idea

Perniagaan, Kewangan dan Pelaburan, Komuniti,

Teknologi, Umum, Penulis Jemputan, Pencapaian Fakulti

dan Trivia. Pelancaran dan perasmian ASPIRASI FPP telah

diadakan dengan jayanya pada 15 September 2020 oleh

YBhg. Prof. Dr. Yamin Bin Yasin, Rektor UiTM Cawangan

Negeri Sembilan. Beliau sangat menyokong dan gembira

dengan inisiatif Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Kampus Seremban yang sememangnya amat digalakkan

di kalangan para akademik. Semasa pelancaran ini juga

35 naskah telah disediakan untuk diedarkan ke bahagian

dan unit yang terpilih. Selaras dengan aspirasi YBhg. Naib

Canselor UiTM untuk meletakkan universiti keramat ini di

persada global, penerbitan majalah ini sebahagian

daripada usaha meningkatkan lagi ketampakan universiti

(visibility) di samping meningkatkan MyRA skor UiTM

Cawangan Negeri Sembilan. Terbitan ASPIRASI FPP

adalah merupakan penulisan yang bermanfaat yang

secara tidak langsung mempromosikan kepakaran para

akademia kepada agensi, jabatan, masyakarat melalui

khidmat penyelidikan, perundingan, jaringan kerjasama

dan sebagainya demi melonjakkan lagi nama baik

universiti. Tahniah dan syabas kepada semua pensyarah

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Seremban

atas kerjasama dan komitmen yang sangat cemerlang.

Semoga sumbangan kecil yang besar maknanya kepada

fakulti dapat menyumbang kearah kecemerlangan UiTM

Cawangan Negeri Sembilan.

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

4450

Page 55: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

LUAR KAMPUS

Dr. Wan Normila Mohamad1. Panel Penasihat

Program Diploma Kesetiausahaan (DSK)Jabatan Perdagangan (JP)Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Dr. Nurazilah Zainal1. Felo Institut Kepimpinan dan Pengurusan (ILD)

Bandar Enstek2. Ahli Bersekutu

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) UiTM3. Ahli, Accounting Research Institute (ARI)4. Ahli, Center for Islamic Philanthropy and Social

Finance (CIPSF) UiTM Melaka

Mohd Elfee Ab Rashid1. Pegawai Liaison

Lawatan Audit Luar iQMS InQKA Kitaran 5, UiTM Cawangan Arau, PerlisUiTM Cawangan Machang, KelantanFakulti Senibina Perancangan dan Ukur

Zaidatul Husna Mohd Isnani1. Penilai Luar iQMS2. Editor/Pewasit Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)

PANEL JEMPUTAN LUARAN

Dr. Nurazilah ZainalAsean Youth Virtual Summit 2020Topic: Financial Management and Planning for New Business

DALAMAN KAMPUS

Hafisah YaakobKoordinator ICEPs

Zaidatul Husna MohdIsnaniPenyelaras KIK

Nurhanani AflizanMohamad RusliPakar RujukSejarah Malaysia (CTU555)

Nur Alia AmirnordinAJK Unit Peperiksaan

Habsah KasimAJK Tatatertib

Nur Fadhlina Zainal AbedinPegawai Dokumen MyRA

PANEL JEMPUTAN

DALAMAN

Mohd Elfee Ab RashidPenceramah TaklimatBengkel PenyediaanLaporan dan PertandinganAnugerah Kualiti RektorAntara Bahagian (AKRAB) 2020

LANTIKAN

51

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Page 56: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

PENERBITAN

52

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

Bakri, M. H., Ismail, S., Al-shami, S., Zainal, N., & Ridzuan, A. R. (2020).Modeling an Islamic Student Financing Securitization. Journal of AsianFinance, Economics and Business, 7(10), 1047–1056.https://doi.org/10.13106/jafeb.2020.vol7.no10.1047

Mohd Noor, N. H. H., Bakri, M. H., Wan Yusof, W. Y. R., Mohd Noor, N. R. A., &Zainal, N. (2020). The effects of regulation and supervision on the risk-takingbehaviour of Islamic banks. Journal of Islamic Accounting and BusinessResearch, 7(11), 747–757. https://doi.org/10.1108/JIABR-12-2019-0222

Vianneca W. Jubilee, R., Kamarudin, F., Iqbal Hussain, H., Razman Abdul Latiff,A., & Zainal, N. (2020). Analysis of Total Factor Productivity Changes in Islamicand Conventional Banks: Empirical Evidence from Three Regions.International Journal of Management and Sustainability, 9(3), 161–180.https://doi.org/10.18488/journal.11.2020.93.161.180

Mahad N. F., Aziz N. A. A., Amin F. A. M. & Mahyideen J. M. (2020). A HybridDEA-PROMETHEE II Method: A Complete Ranking of DMUs. Changing Lives inBrilliant Ways (Series 2), 34. Kuala Lumpur. MNNF Publisher

Aziz N. A. A., Mahyideen J. M., Vijayarajoo A., Abd Aziz R. & Razali N. H. M.(2020). Covid-19 Pandemic: The Challenges That Malaysian Secondary SchoolStudents Faced With Online Learning. e- Proceeding Virtual Symposium onTeaching and Learning (VSTL2020), 156-160.

Abedin, N. F. Z., Amiruddin R. & Ismail I. (2020). Public Debt, GovernmentExpenditure and Economic Growth in Malaysia. Proceedings InternationalInvention, Innovative and creative Conference, 105-111.

Page 57: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

INOVASI

53

ASPIRASI FPP | EDISI 2, 2020

ANUGERAH EMAS IIDEX 2020

Tahniah kepada Dr. Nurazilah Zainal yang telah memenangi anugerahemas dalam IIDEX 2020 Competition & Exhibition bagi projekbertajuk: Structuring Social Enterprise for Gig Economy. Projek inidiketuai oleh Dr. Norlaila Md Zin bersama ahli-ahli kumpulan yang lain.Projek ini berkaitan penyediaan platform perkhidmatan atas taliankepada perusahaan sosial seperti perkhidmatan kawalan dalaman,penilaian tadbir urus, penilaian kecekapan sosial dan kewangan bagimembantu meningkatkan pendapatan golongan B40 di Malaysia.

ANUGERAH EMAS InIIC, SIRI 2/2020

Tahniah kepada Dr. Jamilah Mohd Mahyideen yang telah memenangianugerah emas dalam pertandingan International Invention &Innovative Competition (InIIC), Series 2/2020 bagi projek bertajuk:“A hybrid DEA-PROMETHEE II: A Complete Ranking of DMUs”. Projek inidiketuai oleh Nor Faradilah Mahad bersama ahli Prof. Madya Dr. NurAzlina Abdul Aziz dan Farah Azaliney Mohd Amin daripada Fakulti SainsKomputer dan Matematik, Kampus Seremban. Secara ringkasnya,projek ini berkaitan pengukuran prestasi sesebuah organisasimenggabungkan kaedah DEA dengan PROMETHEE II iaitu kaedah hibridini telah berjaya menyisihkan unit pembuat keputusan tanpamengurangkan bilangan unit yang cekap.

Page 58: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

“The strength of the team is each individual member..

Page 59: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan

..The strength of each member is the team.”

Phil Jackson

Page 60: ASPIRASI FPP FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, …FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN eISSN 2735-0509 EDISI 2, 2020 SAMBAL BELACAN DAPUR IBU Kekuatan