laporan bacalah sayang

6
3.0 BAHAGIAN B: PROJEK – AKTIVITI BIMBINGAN 3.1 Kertas Kerja Program Bacalah Sayang Kertas kerja boleh dirujuk pada bahagian lampiran. 3.2 Laporan Program Bacalah Sayang Pada 1 Februari 2014, satu program pemulihan telah dirangka bersama guru pembimbing. Program yang telah dirangka tersebut adalah program membaca yang diberi nama Program Bacalah Sayang bagi murid-murid pemulihan tahun 2 dan tahun 3. Murid- murid ini terdiri daripada enam orang daripada murid tahun 2 dan lima daripada murid-murid tahun 3. Program ini telah dijalankan dalam tempoh masa enam bulan. Program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan berjalan selama 30 minit yang bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang. Selepas tempoh enam bulan, murid-murid pemulihan ini akan dijalankan ujian diagnostik membaca. Ujian diagnostik membaca ini membantu guru pemulihan untuk mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid dalam membaca. Apabila kawasan kelemahan murid dalam membaca telah dikesan, ia memudahkan lagi guru pemulihan untuk merancang dan membina bahan bacaan dan alat untuk membantu murid membaca mengikut tahap kognitif. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid pemulihan sekolah ini untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Program ini adalah salah satu program yang telah dirancang untuk membantu murid- murid pemulihan untuk terus maju agar tidak terus ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya. Selain itu, program ini dijalankan untuk memantapkan lagi kemahiran sedia ada murid yang lemah di samping menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Murid orang asli di sekolah ini sangat terkenal dengan sikap rendah diri dan pemalu untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Oleh itu, program ini sangat sesuai untuk murid- murid terutamanya murid pemulihan dalam meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tidak kira di dalam kelas arus perdana ataupun kelas pemulihan. 6

Upload: ain-izzati

Post on 24-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

LAPORAN BACALAH SAYANG

TRANSCRIPT

3.0 BAHAGIAN B: PROJEK AKTIVITI BIMBINGAN3.1 Kertas Kerja Program Bacalah Sayang

Kertas kerja boleh dirujuk pada bahagian lampiran.

3.2 Laporan Program Bacalah Sayang

Pada 1 Februari 2014, satu program pemulihan telah dirangka bersama guru pembimbing. Program yang telah dirangka tersebut adalah program membaca yang diberi nama Program Bacalah Sayang bagi murid-murid pemulihan tahun 2 dan tahun 3. Murid- murid ini terdiri daripada enam orang daripada murid tahun 2 dan lima daripada murid-murid tahun 3. Program ini telah dijalankan dalam tempoh masa enam bulan. Program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan berjalan selama 30 minit yang bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang. Selepas tempoh enam bulan, murid-murid pemulihan ini akan dijalankan ujian diagnostik membaca. Ujian diagnostik membaca ini membantu guru pemulihan untuk mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid dalam membaca. Apabila kawasan kelemahan murid dalam membaca telah dikesan, ia memudahkan lagi guru pemulihan untuk merancang dan membina bahan bacaan dan alat untuk membantu murid membaca mengikut tahap kognitif. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid pemulihan sekolah ini untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Program ini adalah salah satu program yang telah dirancang untuk membantu murid-murid pemulihan untuk terus maju agar tidak terus ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya. Selain itu, program ini dijalankan untuk memantapkan lagi kemahiran sedia ada murid yang lemah di samping menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Murid orang asli di sekolah ini sangat terkenal dengan sikap rendah diri dan pemalu untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Oleh itu, program ini sangat sesuai untuk murid-murid terutamanya murid pemulihan dalam meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tidak kira di dalam kelas arus perdana ataupun kelas pemulihan.Program ini juga membentuk dan melatih murid bekerja dalam satu pasukan. Hal ini adalah kerana setiap guru akan diberikan murid yang yang terdiri daripada tahun 2 dan tahun 3. Oleh itu, murid-murid ini akan dapat bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza tahun daripada mereka. Dengan itu, ia akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara rakan sebaya dan guru-guru. Program ini sedikit sebanyak akan merapatkan lagi hubungan murid dengan guru kerana murid akan berasa selesa dengan guru persendirian yang mengajar mereka dan akan meningkatkan keyakinan murid tersebut terhadap pelajaran.Program ini telah melibatkan tiga orang guru subjek Bahasa Melayu dan dua orang guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya, guru pelatih telah diberikan amanah untuk membimbing tiga orang murid yang terdiri daripada dua orang murid tahun 3 dan seorang murid tahun 2. Bagi program Bacalah Sayang untuk murid yang di bawah bimbingan saya, saya telah jalankan di dalam kelas pemulihan. Hal ini adalah kerana saya mengutamakan keselesaan murid-murid ketika belajar. Apabila suasana pembelajaran kondusif, ia akan merangsang keinginan dan kesungguhan murid untuk belajar. Menurut Savage (1999), penyusunan persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademik pelajar. Di sini jelas menunjukkan bahawa keadaan sekeliling pembelajaran murid mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian akademik murid. Bagi saya, mengajar murid pemulihan ini sangat mencabar kerana ia sangat memerlukan kesabaran seorang guru yang tinggi. Sekiranya guru pemulihan tidak mempunyai sifat sabar, murid-murid yang lemah seperti murid pemulihan ini akan terus lemah dan tidak dididik dengan baik. Bagi tiga orang murid yang di bawah bimbingan saya, saya juga memerlukan kesabaran yang tinggi apabila terdapat murid saya yang sering keliru huruf m dan n, masih tidak dapat membatang suku kata KV dan KV+KV. Hal ini, ia menjadikan kelancaran saya untuk mendengar murid membaca dengan baik agak terhad kerana saya perlu mengajar kemahiran yang asas kepada mereka sebelum mereka dapat membaca.

PauziHairiSarina

Di dalam program ini, saya telah mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan Skinner. Di dalam teori ini, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contohnya semasa program ini, saya akan memberikan ruang kepada murid untuk membaca secara individu dahulu sambil menunggu giliran membaca bersama saya. Apabila murid dapat membaca dengan baik satu muka surat, saya akan memberikan ganjaran token kepada mereka. saya juga akan mencatatkan pencapaian mereka di dalam buku catatan khas bagi program ini. Oleh kerana murid orang asli di sekolah ini sangat sukar mendapat peluang untuk makan ayam goreng KFC, saya akan memberikan mereka ganjaran yang mereka suka. Dengan itu, murid akan berlumba-lumba untuk dapat membaca dengan baik di hadapan guru. Teori pelaziman operan ini juga adalah satu teknik yang saya gunakan untuk mengubah tingkah laku murid untuk lebih rajin hadir ke sekolah. Oleh itu, potensi murid untuk tidak hadir pada hari Khamis iaitu semasa Program Bacalah Sayang adalah kurang kerana mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran yang ditetapkan oleh guru.Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Ketika menjalankan program ini, saya juga tidak memandang kelemahan murid sebagai satu beban malah saya melihat kelemahan tersebut sebagai satu cabaran kepada saya untuk terus membantu murid tersebut. Saya cuba membina satu perhubungan yang positif dengan murid-murid agar mereka lebih selesa berada di samping saya sebelum saya memulakan sesuatu strategi kepada mereka. Perhubungan positif juga akan membolehkan murid akan lebih bermotivasi untuk berjaya.Saya juga menggunakan Teori Maslow di mana perubahan tingkah laku yang timbul adalah berpunca daripada motivasi, dan motivasi ditimbulkan kerana keperluan atau rangsangan. Saya sering memberikan motivasi kepada murid untuk terus membaca walaupun mereka lemah dalam membaca. Saya sentiasa meletakkan harapan untuk melihat mereka membaca di hadapan rakan-rakan yang lain semasa perhimpunan. Dengan adanya harapan daripada seseorang yang rapat dengan mereka, mereka akan lebih bermotivasi dalam membaca.Saya menggunakan Teori Permodelan Bandura (Neobehavioris) dalam membimbing murid-murid untuk membaca. Teori ini memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally through modelling: from observing others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action". Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Kondisi lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik.Dengan teori ini saya, telah menunjukkan video pertandingan bercerita kepada murid. Hal ini adalah untuk memberi motivasi kepada mereka untuk menjadi seperti murid yang mereka tonton di dalam video dan seterusnya merangsang murid untuk menjadi hebat seperti murid di dalam video yang mereka tonton. Saya juga menjadi role-play kepada murid terutamanya kepada murid yang mempunyai masalah dalam membatang suku kata. Saya akan menyebut suku kata dengan cara yang mereka boleh ingat iaitu dengan mimik muka dan pergerakan bibir. Contohnya cara untuk membunyikan dan menyebut suku kata ba iaitu dengan cara membuka mulut dengan luas. Apabila murid meniru pergerakan tersebut, ia akan membantu murid untuk mengingat bunyi suku kata yang disebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling berdasarkan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk perkembangan kan diri mereka. Untuk murid yang bermasalah dalam mengenal huruf m dan n, saya telah menggunakan pengajaran secara terapi. Saya membuat terapi main di mana murid akan bermain sambil belajar. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Apabila saya mampu menarik minat murid, ia bermaksud saya dapat menarik perhatian dan fokus murid tersebut untuk belajar. Terapi main yang saya jalankan adalah menjahit huruf-huruf terutamanya huruf m dan huruf n, bermain permainan bahasa di dalam komputer riba yang melibatkan abjad. Bimbingan seperti ini sangat penting untuk menarik minat dan ingat murid untuk mencapai objektif yang saya tetapkan semasa perjalanan program pada hari itu. Saya memberi masa 5 minit kepada murid untuk bermain mengikut permainan bahasa yang telah saya tetapkan kepada murid tersebut. kemudian, saya akan membimbing murid untuk membaca suku kata demi suku kata. Setiap suku kata yang dapat dibaca oleh murid, saya rekodkan di dalam buku catatan khas.Bagi murid yang tidak dapat membatang suku kata KV pula, saya membimbing dengan cara memberikan buku suku kata KV dan murid perlu membacanya. Suku kata KV tersebut dibaca mengikut huruf demi huruf. Contohnya sekiranya murid dapat membaca kesemua suku kata KV yang terdapat bagi huruf b, saya akan membimbing murid untuk membaca suku kata KV+KV. Perkataan KV+KV yang dapat dibaca oleh murid akan saya tandakan di dalam buku catatan khas. Murid yang ketiga pula boleh membaca tetapi tidak sedikit lambat dan saya kira murid tersebut sebagai murid yang boleh membaca. Murid ketiga ini perlu diasah lagi kebolehan untuk membaca agar dapat membaca dengan lebih lancar lagi. Variasi buku-buku bacaan bergred saya berikan kepada murid ketiga ini agar murid didedahkan lagi dengan bahan bacaan yang pelbagai. Selain menjadi seorang guru, saya juga mengaplikasikan diri untuk menjadi seorang kaunselor untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam membaca. Saya menggunakan kemahiran membina hubungan bersama murid. Hubungan yang baik tidak boleh diwujudkan dengan cara paksaan. Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan pembelajaran dan pengajaran. Saya memberi layanan yang sama kepada semua murid bimbingan saya. Ada masanya saya berlembut dengan mereka dan ada masanya saya bertegas. Hal ini adalah kerana apabila saya tidak bertegas dengan mereka, potensi mereka untuk belajar sambil lewa adalah tinggi. Oleh itu, saya bertegas adalah kerana untuk mendidik. Pada akhir program, sebelum mereka pulang, saya akan bertanya kepada murid bagaimanakah perasaan mereka belajar membaca pada hari ini. Murid bebas untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati mereka. Segala luahan negatif yang saya dengan daripada murid, akan saya ulas selepas mereka bercakap. Di sini, saya menegur sekiranya terdapat tingkah laku yang tidak saya gemari mereka lakukan semasa program Bacalah Sayang ini dijalankan dan saya akan pastikan untuk menyelitkan kata-kata semangat dan motivasi membina agar mereka tidak berasa rendah diri dan takut untuk terus belajar bersama saya. Setelah lebih sebulan menjalankan program Bacalah Sayang ini, saya mendapati murid-murid di bawah bimbingan saya mempunyai peningkatan dalam membaca. Saya berasa sangat puas hati kerana strategi dan teknik yang telah saya jalankan ke atas mereka sangat berkesan. Harapnya dengan berterusannya program seperti ini dapat membantu murid pemulihan agar dapat membaca dengan baik.

12