laporan akhir hp dr.adi

9
LAPORAN AKHIR PROGRAM KESEDARAN KANSER KOLEJ IBRAHIM YAAKUB 17 – 18 DISEMEBR 2013 Hasil Pembelajaran HHHC 9301 – Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Set 1 Sesi 2013/2014) Pensyarah Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan Bin Che Ani Nama

Upload: athirah-azam

Post on 20-Jun-2015

219 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Laporan akhir HP sem 2 2013/2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir hp dr.adi

LAPORAN AKHIR

PROGRAM KESEDARAN KANSER

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

17 – 18 DISEMEBR 2013

Hasil Pembelajaran

HHHC 9301 – Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran

Sepanjang Hayat

(Set 1 Sesi 2013/2014)

Pensyarah

Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan Bin Che Ani

Nama

Nur Athirah Binti Nor Azam

No.Matrik

A145950

Page 2: Laporan akhir hp dr.adi

Pada 17 & 18 Disember 2013,Seketeriat Hal Ehwal Siswi Kolej Ibrahim Yaakub telah menganjurkan program kesedaran kanser peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia.Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub sesi 2013/2014,Majlis Kanser Nasional (MAKNA),Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,Yayasan Kanser Malaysia,Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat,Breast Cancer Welfare Association & Yakult Malaysia Sdn.Bhd.Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kesedaran para pelajar mengenai kanser di samping memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa program.

Perancangan program

Perancangan program kesedaran kanser telah bermula seawal bulan November 2013.Pada perjumpaan pertama,kami dibahagikan tugas oleh ketua pengarah program,Saudari Winnie Kariza Binti Bakri.Saya telah diamanahkan untuk menjadi pengarah program kesedaran kanser.Selepas pembahagian tugas selesai,gerak kerja dilakukan mengikut jawatan masing-masing.Perjumpaan-perjumpaan seterusnya diadakan bagi membincangkan gerak kerja setiap

Page 3: Laporan akhir hp dr.adi

ahli program di samping menyelesaikan masalah yang berlaku semasa gerak kerja berlangsung.Perjumpaan diadakan setiap minggu pada hari Khamis,jam 9 malam.

Perlaksanaan Program

Program ini berlangsung selama 2 hari.Pada hari pertama (17/12/2013),kami melakukan lawatan khidmat masyarakat ke wad Radioterapi dan Onkologi HUKM.Kami diberi penerangan ringkas mengenai wad tersebut oleh ketua jururawat wad Radioterapi & Onkologi.Selepas sesi taklimat,kami diberi peluang untuk melawat para pesakit & beramah mesra bersama mereka.Pada sebelah petang hari tersebut,semua ahlijawatankuasa program membuat gerak kerja persiapan tempat di Dataran 3F FSSK.Gerak kerja membuat persiapan tempat dilakukan sehingga malam bagi memastikan susun atur tempat siap sepenuhnya.

Pada 18/12/2013,Program kesedaran kanser berlangsung di dataran 3F FSSK.Tentatif program pada hari tersebut ialah pelancaran penutup oleh puan Nisha Sanita Mohd Norha (wakil MAKNA) ,Forum "Kanser dalam kalangan remaja,bukan suatu gurauan) oleh Dr.Sallehudin Abu Bakar(wakil Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat) dan Encik Royzilee Mustaffa (Bekas pesakit kanser & Pengasas Yayasan Kanser Malaysia).Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Tonawarna.Program turut diserikan dengan pembukaan booth pameran oleh MAKNA,Yayasan Kanser Malaysia & Breast Cancer Welfare Association serta acara cabutan bertuah kepada peserta forum.Pada hari tersebut,saya bertindak menjadi pengiring kepada para tetamu jemputan di samping membantu ajk-ajk lain melaksanakan tugasan.

Pada sebelah petang,program diteruskan dengan tayangan multimedia mengenai kanser.Program berakhir pada jam 4 petang.Selepas aktiviti berakhir,para ahlijawatankuasa program berkerjasama mengemas tempat program.Kami juga membuat mesyuarat terakhir pada sebelah malam bagi membincangkan post-mortem program.

Page 4: Laporan akhir hp dr.adi

Bidang Tugas

Selaku pengarah program,saya telah diamanahkan untuk menghubungi pihak luar bagi menghadiri program kesedaran kanser.Antara pihak yang telah saya hubungi ialah dari Yayasan Kanser Malaysia,Majlis Kanser Nasional(MAKNA),Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Yakult Malaysia Sdn.Bhd.Sepanjang berkomunikasi dengan pihak luar,saya telah mendapat bantuan daripada beberapa orang ajk program demi memastikan kami mendapat respons positif daripada mereka.

Sepanjang menghubungi pihak luar bagi menghadiri program ini, saya telah mempelajari pengurusan maklumat yang lebih sistematik. Saya menghubungi pihak terbabit melalui mel-e dan telefon. Apabila ingin berurusan dengan mereka, laras bahasa yang digunakan juga berbeza. Saya mempelajari bahawa setiap maklumat yang diperoleh melalui perbualan telefon mahupun mel-e perlulah dicatat kerana setiap informasi yang diberi sangat penting. Antara pembelajaran sepanjang hayat yang saya peroleh ialah kemahiran komunikasi. Saya dapat mempelajari cara menghantar mel-e secara formal dan bercakap dengan gaya bahasa yang sesuai apabila ingin berurusan dengan pihak luar.

Pada hari kejadian di FSSK, saya ditugaskan untuk menjadi usher atau pengiring semasa sesi melawat booth-booth pameran. Sebagai pengiring, saya perlu mengetahui perjalanan program kerana tetamu akan bertanyakan pelbagai perkara yang berkaitan. Saya juga dapat mempelajari etika dan protokol majlis formal.

Masalah yang dihadapi dan tindakan mengatasi

Antara masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas ini ialah penarikan diri pada saat-saat akhir oleh Institut Kanser Negara.Pada mulanya,pihak IKN telah menyatakan persetujuan untuk menjadi panelis forum program kami,namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,mereka terpaksa menarik diri daripada menyertai forum tersebut.Memandangkan tarikh program berbaki lagi seminggu,kami terpaksa mencari pengganti untuk menjadi panelis forum secepat yang mungkin.Mujur,dengan bantuan daripada pihak IKN sendiri,kami berjaya mencari pengganti daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat,iaitu Dr.Sallehudin Abu Bakar.

Semasa program berlangsung, kami juga menghadapi sedikit masalah apabila berlaku sedikit masalah komunikasi antara pihak program dengan katering yang mneyediakan makanan. Pihak katering tersalah faham dengan mengatakan kami tidak menempah makanan tengah hari. Bagi menyelesaikan masalah, ajk jamuan telah menelefon pihak katering secepat mungkin. Mujur

Page 5: Laporan akhir hp dr.adi

pihak katering sempat menyediakan makanan sebelum majlis tamat untuk dihidangkan kepada pihak tetamu.

Penambahbaikan program

Semasa mengiringi tetamu untuk pulang, saya ada bertanyakan mengenai masalah atau kesulitan yang mereka hadapi semasa program ini. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa lokasi program yang kurang kondusif dan sedikit panas. Sekiranya program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang, saya mencadangkan tempat forum dan pameran yang lebih kondusif.Hal ini kerana para ajk program menerima sedikit aduan daripada pengunjung & panelis forum bahawa tempat yang dipilih iaitu Dataran 3F FSSK agak panas dan kurang selesa.Antara tempat yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi keselesaan adalah di Auditorium Siswa Pusanika dan Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi UKM. Pemilihan tempat yang lebih baik akan membantu meningkatkan bilangan pengunjung yang hadir.

Di samping itu, saya juga mencadangkan agar waktu program dipanjangkan.Program dan pameran booth diadakan lebih dari sehari supaya memberi peluang kepada pengunjung untuk melawatnya.Program kesedaran kanser hanya dilakukan sehari dan ini menyebabkan sebahagian pelajar tidak sempat melawat program ini kerana berlaku pertindihan waktu dengan kelas masing-masing.Sekiranya diadakan lebih dari sehari,para pelajar mempunyai pilihan waktu yang lebih banyak untuk melawat program ini.

Hasil Pembelajaran

Melalui program ini,kesedaran saya terhadap kanser semakin bertambah.Saya lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai kanser dan cara-cara untuk mengesannya.Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa program sepanjang membuat persiapan,namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh sesama ahli dalam menyelesaikan masalah.Sepanjang menjadi pengarah program,saya telah mempelajari pelbagai perkara baharu antaranya berkomunikasi dengan pihak luar.Saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari pelbagai latar belakang kerjaya dalam usaha memastikan program ini berjalan lancar.Sifat sopan dan beretika penting dalam berkomunikasi dengan pihak yang lebih berjawatan.

Selain itu,sifat bekerjasama dan bertanggungjawab dapat dipupuk semasa menjalankan tugas dalam program ini.Setelah diamanahkan untuk menjadi pengarah program kesedaran kanser,saya juga mempelajari sifat kejujuran dan menepati masa.Saya mendapati bahawa pengurusan masa penting bagi memastikan setiap kerja berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama tugasan-

Page 6: Laporan akhir hp dr.adi

tugasan lain juga dapat dibuat.Saya juga belajar untuk membuat keputusan pada saat-saat akhir bagi memastikan kelancaran program.

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa program sepanjang membuat persiapan,namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh sesama ahli dalam menyelesaikan masalah.Sepanjang menjadi pengarah program,saya telah mempelajari pelbagai perkara baharu antaranya berkomunikasi dengan pihak luar.Saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari pelbagai latar belakang kerjaya dalam usaha memastikan program ini berjalan lancar.

.Diharapkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya dan rakan-rakan peroleh sepanjang menjalankan program ini dapat kami gunakan untuk mengendalikan program lain pada masa yang akan datang Saya bersyukur program yang saya sertai ini berjalan dengan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang di samping kerjasama dan pertolongan daripada rakan-rakan ajk program yang banyak membantu sepanjang perlaksanaan program kesedaran kanser ini.