laporan ajk logistik pameran sains

1
LAPORAN AJK LOGISTIK PAMERAN SAINS Bagi menjayakan pameran sains yang diadakan terdapat beberapa peralatan yang penting serta pengurusan tempat perlu di uruskan. Peralatan penting bagi pameran sains ini adalah seperti softboard . Bagi pengurusan peminjaman peralatan seperti softboard, AJK Logistik telah meminjam softboard daripada pihak Jabatan Teknologi Pendidikan (Teknopen) sebanyak 12 unit. Bagi proses peminjaman softboard ini, terdapat prosedur yang perlu dilakukan seperti mengisi borang peminjaman dan juga pengesahan daripada pihak ketua Jabatan Teknologi Pendidikan. Segala proses peminjaman berjalan dengan lancar dan membolehkan alatan softboard digunakan semasa pameran sains dilangsungkan. Selain itu, AJK logistik juga bertanggungjawab untuk menguruskan tempahan lokasi pameran yang ingin dijalankan. Oleh itu, AJK logistik telah menguruskan segala proses tempahan lokasi pameran kami iaitu di Balai Kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Proses tempahan lokasi pameran juga melibatkan proses pengisian borang-borang tertentu sebelum tempahan lokasi pameran disahkan. Tambahan pula, untuk pameran sains kali ini, terdapat satu slot ceramah yang akan disampaikan oleh agensi luar iaitu agensi Tenaga Nuklear Malaysia. Oleh itu, untuk melaksanakan program ini, AJK logistik juga perlu menyediakan tempat yang bersesuaian iaitu di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Oleh itu proses tempahan Balai Ilmu juga telah dilakukan oleh AJK logistik bagi menjayakan pameran sains 2012 ini. Disediakan oleh : ............................. (KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD SHAM) Ketua AJK Logistik Pameran Sains SCE 3103 2012

Upload: khairul-amin

Post on 31-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ajk Logistik Pameran Sains

LAPORAN AJK LOGISTIK PAMERAN SAINS

Bagi menjayakan pameran sains yang diadakan terdapat beberapa peralatan

yang penting serta pengurusan tempat perlu di uruskan. Peralatan penting bagi

pameran sains ini adalah seperti “softboard” . Bagi pengurusan peminjaman

peralatan seperti softboard, AJK Logistik telah meminjam softboard daripada pihak

Jabatan Teknologi Pendidikan (Teknopen) sebanyak 12 unit. Bagi proses

peminjaman softboard ini, terdapat prosedur yang perlu dilakukan seperti mengisi

borang peminjaman dan juga pengesahan daripada pihak ketua Jabatan Teknologi

Pendidikan. Segala proses peminjaman berjalan dengan lancar dan membolehkan

alatan softboard digunakan semasa pameran sains dilangsungkan.

Selain itu, AJK logistik juga bertanggungjawab untuk menguruskan tempahan

lokasi pameran yang ingin dijalankan. Oleh itu, AJK logistik telah menguruskan

segala proses tempahan lokasi pameran kami iaitu di Balai Kerapatan Institut

Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Proses tempahan lokasi pameran juga

melibatkan proses pengisian borang-borang tertentu sebelum tempahan lokasi

pameran disahkan.

Tambahan pula, untuk pameran sains kali ini, terdapat satu slot ceramah

yang akan disampaikan oleh agensi luar iaitu agensi Tenaga Nuklear Malaysia. Oleh

itu, untuk melaksanakan program ini, AJK logistik juga perlu menyediakan tempat

yang bersesuaian iaitu di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Oleh itu proses tempahan Balai Ilmu juga telah dilakukan oleh AJK logistik bagi

menjayakan pameran sains 2012 ini.

Disediakan oleh :

.............................

(KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD SHAM)

Ketua

AJK Logistik Pameran Sains SCE 3103 2012

Page 2: Laporan Ajk Logistik Pameran Sains