laporan ajk keselamatan

2
LAPORAN AJK KESELAMATAN Pada 31 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu kami telah jalankan satu program iaitu Program Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan Khidmat Masyarakat bertempat di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar Maidam, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Baru Rakit, 21020 Kuala Terengganu. seramai 21 orang dari unit PISMP Semester 3 KS/PJ/PSV yang terlibat dalam program ini. SEBELUM AKTIVITI Setiap ahli unit dibahagikan kepada tugas masing-masing. Bagi ahli jawatankuasa keselamatan, perancangan peraturan tentang keselamatan peserta yang terlibat dalam program tersebut telah disediakan. Di samping, itu, ciri-ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan dari semua aspek teridiri daripada keselamatan peralatan mahupun peserta telah dikenalpasti. Ahli jawatankuasa keselamatan juga telah menyediakan Peti Kecemasan bagi memudahkan urusan menyediakan ubat-ubatan kepada peserta program sekiranya menghadapi kecederaan dan sebagainya. Dalam pada itu, taklimat ringkas mengenai menjaga keselamatan diri turut diberikan kepada kepada para peserta meliputi ahli-ahli unit PISMP Semester 3 KS/PJ/PSV dan pelajar-pelajar Asrama Anak-Anak Yatim atau Fakir Miskin Darul Akhyar Maidam. SELEPAS AKTIVITI

Upload: zahratul-jannah

Post on 25-Jul-2015

210 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AJK KESELAMATAN

LAPORAN AJK KESELAMATAN

Pada 31 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu kami telah jalankan satu program

iaitu Program Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan Khidmat Masyarakat

bertempat di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar

Maidam, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Baru Rakit, 21020 Kuala Terengganu.

seramai 21 orang dari unit PISMP Semester 3 KS/PJ/PSV yang terlibat dalam

program ini.

SEBELUM AKTIVITI

Setiap ahli unit dibahagikan kepada tugas masing-masing. Bagi ahli

jawatankuasa keselamatan, perancangan peraturan tentang keselamatan peserta

yang terlibat dalam program tersebut telah disediakan. Di samping, itu, ciri-ciri

keselamatan yang perlu dititikberatkan dari semua aspek teridiri daripada

keselamatan peralatan mahupun peserta telah dikenalpasti. Ahli jawatankuasa

keselamatan juga telah menyediakan Peti Kecemasan bagi memudahkan urusan

menyediakan ubat-ubatan kepada peserta program sekiranya menghadapi

kecederaan dan sebagainya. Dalam pada itu, taklimat ringkas mengenai menjaga

keselamatan diri turut diberikan kepada kepada para peserta meliputi ahli-ahli unit

PISMP Semester 3 KS/PJ/PSV dan pelajar-pelajar Asrama Anak-Anak Yatim atau

Fakir Miskin Darul Akhyar Maidam.

SELEPAS AKTIVITI

Setelah aktiviti-aktiviti Program Bina Insan Guru selesai dijalankan,didapati

tidak ada peserta yang mengalami kecederaan. Semua telah berjalan dengan lancar

dan selamat. Peralatan yang telah digunakan juga telah diarahkan untuk simpan di

tempat yang selamat. Tuntasnya, ahli jawatankuasa keselamatan telah menjaga

kebajikan para peserta program dengan baik.

Disediakan oleh,

........................................................(ZAHRATUL JANNAH BT BASHEER AHMED)Ahli Jawatankuasa Keselamatan