laporan ajak hunungan luar

3
Laporan Ahli Jawatankuasa Tempat dan Hubungan Luar Program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru 5 Pada tanggal 5 Februari 2014 yang lalu, kumpulan PISMP TESL 3 semester lima telah mengadakan satu program lawtaan penanda aras dibawah program Bina Insan Guru bagi pelajar semester 5. Bagi semester ini, pelajar semester 5 dikehendaki untuk mengadakan satu lawatan penanda aras disalah sebuah sekolah cemerlang yang terdapat di Terengganu. Program lawatan penanda aras ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Bagi program lawatan penanda aras ini, saya selaku wakil daripada jawatankuasa tempat dan hubungan luar telah ditugaskan untuk mengenalpati sekolah cemerlang yang terdapat di Terengganu dan memilih salah satu sekolah yang sesuai untuk dijadikan sebagai sekolah penanda aras bagi kecemerlangan yang telah mereka kecapi. Jawatankuasa Tempat dan Hubungan Luar yang terdiri daripada saya, Aizuddin Bin Rojalai, Khairun Nazirin Binti Shamsudin beserta Muhammad Syauqi Bin Zamri telah mengadakan perbincangan dan bersepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud yang terletak di Besut sebagai sekolah yang cemerlang dan sesuai untuk dilawat sebagai lawatan penanda aras. Saya dan ahli jawatankuasa yang lain telah menghubungi dan memaklumkan mengenai rancangan kami kepada pihak Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud untuk mengadakan lawatan penanda aras bagi sekolah cemerlang. Namun begitu, terdapat sedikit masalah yang timbul apabila kertas kerja mengenai lawatan penanda aras ini dihantar untuk dipersetujui oleh pengarah Institu Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk

Upload: syauqi-zamry

Post on 11-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

big sem 5

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ajak Hunungan Luar

Laporan Ahli Jawatankuasa Tempat dan Hubungan Luar Program Lawatan Penanda

Aras Bina Insan Guru 5

Pada tanggal 5 Februari 2014 yang lalu, kumpulan PISMP TESL 3 semester lima telah

mengadakan satu program lawtaan penanda aras dibawah program Bina Insan Guru bagi

pelajar semester 5. Bagi semester ini, pelajar semester 5 dikehendaki untuk mengadakan satu

lawatan penanda aras disalah sebuah sekolah cemerlang yang terdapat di Terengganu.

Program lawatan penanda aras ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala

Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Bagi program lawatan penanda aras ini, saya selaku wakil daripada jawatankuasa

tempat dan hubungan luar telah ditugaskan untuk mengenalpati sekolah cemerlang yang

terdapat di Terengganu dan memilih salah satu sekolah yang sesuai untuk dijadikan sebagai

sekolah penanda aras bagi kecemerlangan yang telah mereka kecapi. Jawatankuasa Tempat

dan Hubungan Luar yang terdiri daripada saya, Aizuddin Bin Rojalai, Khairun Nazirin Binti

Shamsudin beserta Muhammad Syauqi Bin Zamri telah mengadakan perbincangan dan

bersepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud yang terletak di Besut

sebagai sekolah yang cemerlang dan sesuai untuk dilawat sebagai lawatan penanda aras.

Saya dan ahli jawatankuasa yang lain telah menghubungi dan memaklumkan mengenai

rancangan kami kepada pihak Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud untuk mengadakan

lawatan penanda aras bagi sekolah cemerlang.

Namun begitu, terdapat sedikit masalah yang timbul apabila kertas kerja mengenai

lawatan penanda aras ini dihantar untuk dipersetujui oleh pengarah Institu Pendidikan Guru

Kampus Dato Razali Ismail untuk dipersetujui. Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail iaitu

Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali mengatakan bahawa Sekolah Kebangsaan Tengku

Mahmud yang terletak di Besut, Terengganu terlalu jauh untuk dilawat. Perjalanan yang

mengambil masa lebih kurang dua jam akan menjadikan objektif program lawatan penanda

aras ini tidak akan dicapai. Setelah melakukan perbincangan dengan kesemua ahli

jawatankuasa yang lain, kami telah bersepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Tok Jiring

sebagai sekolah cemerlang di kawasan Kuala Terengganu.

Page 2: Laporan Ajak Hunungan Luar

Objektif kami memilih sekolah ini ialah kerana kedudukannya yang hanya 10 kilometer

daripada IPG dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke sekolah ini pada

bukan waktu puncak. Hal ini kerana, masa singkat yang diambil untuk sampai ke sekolah

terbabit dapat menambahkan peluang kepada guru pelatih untuk menimba ilmu yang ada

dengan lebih mantap lagi apabila wujudnya waktu yang lebih lama untuk berada disekolah

tersebut. Sekolah ini juga cemerlang daripada segi akademik, kokurikulum atau lebih spesifik

dalam bidang sukan serta menjadi salah satu calon sekolah kluster kecemerlangan antara

sekolah-sekolah di Malaysia.

Kesimpulannya, ahli jawatankuasa tempat dan perhubungan luar telah menjalankan

tugas dengan sebaik mungkin dan mengambil keputusan yang amat tepat dengan memilih

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring sebagai sekolah pilihan kerana kecemerlangan yang mereka

telah kecapi selain kedudukannya yang agak strategic di kawasan Kuala Terengganu.

Yang Menurut Perintah,

Aiman Azizan (MOHAMAD AIMAN BIN AZIZAN)

JAWATANKUASA TEMPAT DAN PERHUBUNGAN LUAR,

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS,

PISMP TESL 3 SEMESTER 5,

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL.