dasar luar

32
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Latar Belakang Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961. Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah. Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an. Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik. NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah berkecuali datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka). Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai Panchseel iaitu: 1. Hormati integri kawasan; 2. Saling tidak menceroboh antara Negara; 3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan; 4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan; 5. Mewujudkan keamanan. Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal Panchseel telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Tujuan Penubuhan Nam Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.

Upload: khaifa91

Post on 13-Jun-2015

1.130 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dasar luar

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Latar Belakang

 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.

 Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.

 Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.

 Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.

 NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka).

 Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:

1.  Hormati integri kawasan;2. Saling tidak menceroboh antara Negara;3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;5. Mewujudkan keamanan.

 Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Tujuan Penubuhan Nam

Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu

semasa. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi. Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun. Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.

Page 2: dasar luar

Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.

Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.

 Negara-Negara Anggota

Afghanistan Algeria Angola Bahamas Bahrain Bangladesh Barbados Belarus Belize Benin Bhutan Bolivia Botswana Brunei Darussalam Burkina Faso Burundi Cambodia Cameroon Cape Verde Central African republic Chad Chile Colombia Comoros Congo Cote d’ Cuba Democratic People’s Republic of Korea Democratic Republic of Congo Djibouti Dominican Republic Ecuador Egypt Equatorial Guinea Eritrea Ethiopia Gabon Gambia Ghana Grenada Guatemala Guinea Guinea – Bissau

Page 3: dasar luar

Guyana Honduras India Indonesia Iran Iraq Jamaica Jordan Kenya Libyan Arab Jamahiriya Madagascar Malawi Malaysia Maldives Mali Mauritius Mauritania Mongolia Morocco Mozambique Myanmar Namibia Nepal Nicaragua Niger Nigeria Oman Pakistan Palestine Panama Papua New Guinea Peru Philippines Qatar Rwanda St Lucia St Vincent and the Grenadines Sao Tome and Principe Saudi Arabia Senegal Seychelles Sierra Leone Singapore Somalia South Africa Sri Lanka Sudan Suriname Swaziland Syrian Arab Republic

Page 4: dasar luar

Thailand Timor Leste Togo Trinidad and Tobago Tunisia Turkmenistan Uganda United Arab Emirates Kuwait Lao Peoples’ Democratic Republic Lebanon Lesotho Liberia United Republic of Tanzania Uzbekistan Vanuatu Venezuela Vietnam Yemen Zambia Zimbabwe

Organisasi Dan Struktur NAM

Negara-negara Berkecuali mendapati akan berlaku kemusnahan terhadap Pergerakan ini sekiranya mereka membina atau menstruktur semula Pergerakan secara formal seperti pindaan Perlembagaan atau Piagam dan Sekretariat dalaman.

Perkara ini pernah dibentangkan berkenaan penglibatan dua atau lebih pihak yang dibuat oleh Negara-negara anggota. Namun ia sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan ideologi dan matlamat yang dianggap tidak boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang rasional bagi melaksanakan polisi negara agar diterima umum.

Sidang Kemuncak Nam

Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961 Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964 Persidangan ke–tiga  – Lusaka, 8-10 September 1970 Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973 Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976 Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979 Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983 Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986 Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989 Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992 Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995 Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998 Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

Page 5: dasar luar

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Latar Belakang

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Objektif

Objektif OIC adalah seperti berikut:

Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota; Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial,

budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;

Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;

Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;

Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan

Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.

Keanggotaan

 OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.

Struktur Institusi

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :

Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC  Persidangan Menteri-menteri Luar OIC Sekretariat OIC. 

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC

Page 6: dasar luar

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Persidangan Menteri-menteri Luar OIC

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

Sekretariat

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.

Negara-Negara Pemerhati OIC

 

BIL NEGARATAHUN SERTAI

1 Bosnia Herzegovina       1994

2 Afrika Tengah       1997

3 Thailand       1998

4 Rusia       2005

5 Turkish Cypriot State       1979

PERTUBUHAN/ORGANISASI MUSLIM

6 Moro National Liberation Front       1997

ORGANISASI-ORGANISASI ANTARABANGSA

7 United Nations (UN)       19768 Non-Aligned Movement (NAM)       19779 League of ARAB STATES (LAS)       1975

Page 7: dasar luar

10 The African Union (AU)       1977

11ECONOMIC COOPERATION  Organization (ECO)       1995

Page 8: dasar luar

KOMENWEL

Latar Belakang

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.

 Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.

Tujuan Penubuhan Komanwel

Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai

bidang di kalangan negara anggota. Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota. Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama

untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain. Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi

kepakaran negara anggota. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan

Pelajaran Komanwel.

Negara-Negara Anggota

 Antigua and Barbuda Australia The Bahamas Bangladesh Barbados Belize Botswana Brunei Darussalam Cameroon Canada Cyprus Dominica Fiji Islands The Gambia Ghana Grenada Guyana India Jamaica Kenya Kiribati Lesotho Malawi Malaysia Maldives

Page 9: dasar luar

Malta Mauritius Mozambique NamibiaNauru New Zealand Nigeria Pakistan Papa New Guinea St Kitts and Nevis St Lucia St Vincent and the Grenadines Samoa Seychelles Sierra Leone Singapore Salomon Islands South Africa Sri Lanka Swaziland Tonga Trinidad and Tobago Tuvalu Uganda United Kingdom United Republic United Republic of Tanzania Vanuatu Zambia

Peranan Malaysia

Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di AfrikaSelatan.

Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasarapartheid dijalankan oleh orang kulit putih.

Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia

telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.

Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanamgetah kepada Sri Lanka.

Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lainNegara untuk belajar di negara kita.

Faedah Malaysia Menyertai Komenwel

Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.

Page 10: dasar luar

Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.

Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.

Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi perlombongan dan perladangan.

Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

 

Page 11: dasar luar

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pengenalan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

 

 

Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (wikipedia)

 Sejarah

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk

Page 12: dasar luar

memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan

untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan

untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan

untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini

akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan

akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak

akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan

sosial untuk semua manusia,

Struktur Organisasi

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Page 13: dasar luar

Perhimpunan Agung Majlis Keselamatan Majlis Ekonomi dan Sosial Majlis Peramanahan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Sekretariat

Perhimpunan Agung

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.

Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Page 14: dasar luar

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Page 15: dasar luar

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan Kawalan dan pelucutan senjata Penjagaan keamanan Hak asasi manusia Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

Page 16: dasar luar

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBBPBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Page 17: dasar luar

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut

Page 18: dasar luar

untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang; Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Senarai Badan PBB

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk

Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Kesatuan Pos Sedunia (UPU) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO) Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Agensi-agensi sementara termasuk:

Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA) Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih

oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR) Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

Page 19: dasar luar

ZOPFAN

Latarbelakang

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.   Rasional

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:

(i)  Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii)  Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii)  Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

 Objektif

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.   Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-

(i)  Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan

(ii)  Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.

(iii)  Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Page 20: dasar luar

Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

Page 21: dasar luar

RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA

Latarbelakang

Kabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk mewujudkan rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Rancangan ini ialah merupakan suatu manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain negara yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan di atas andaian bahawa negara-negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan negara daripada negara-negara yang sedang membangun sendiri. Di dalam rancangan ini, negara-negara ASEAN, negara-negara Anggota Persidangan Islam dan juga negara-negara Kepulauan Pasifik, Asia serta negara-negara yang mundur di Asia dan Afrika diberi keutamaan dalam menerima bantuan. Untuk mengendalikan rancangan ini, suatu Jawantankuasa Utama yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan. Ahli-ahli lain termasuk Y.B. Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Dalam perkara ini, Unit Perancang Ekonomi menjadi urusetia.   Rasional

Dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan antarabangsa, Malaysia haruslah memperlihatkan satu sikap yang positif untuk membantu dan bekerjasama dengan negara membangun yang lain untuk menyediakan dan menawarkan satu asas pengalaman dan kepakaran dalam negeri kepada negara membangun yang lain. Rancangan kerjasama teknikal Malaysia ini haruslah juga dilihat dari faedah sampingan yang diperolehi seperti mempereratkan perhubungan Malaysia antara negara-negara lain serta mempertingkatkan hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara yang berkenaan. 

Objektif

Tujuan Malaysia mengadakan rancangan ini adalah seperti berikut:- (i)  untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun;

(ii)  mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun, seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri;

(iii)  memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam pelaburan di negara-negara tersebut; dan

(iv)  untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun, diatas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

Adalah diharapkan bahawa pada masa-masa yang akan datang, negara-negara yang menerima

Page 22: dasar luar

bantuan akan menyokong Malaysia didalam forum-forum antarabangsa. Di samping itu, persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun diharap dapat dipertingkatkan.   Strategi Pelaksanaan

Sehingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan rancangan ini melalui 4 cara yang berikut:-

(i)  Malaysia menanggung semua kos bantuan tersebut;

(ii)  Malaysia dan negara penerima bersama-sama menanggung kos bantuan tersebut;

(iii)  Malaysia menyediakan segala kemudahan dan negara penerima akan menanggung kos bantuan tersebut;

(iv)  Malaysia menyediakan semua kemudahan dan pihak-pihak tertentu seperti UNDP, CETC dan lain-lain lagi membiayai kos penyertaannya.

Di bawah rancangan ini, bantuan dan kemudahan yang diadakan adalah seperti berikut:-

(i)  Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-peserta yang mengikuti   berbagai kursus di universiti-universiti dan institusi-institusi latihan di Malaysia;

(ii)  Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di berbagai institusi   latihan di Malaysia;

(iii)  Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensi-agensi   kerajaan. (Dalam program diatas, peserta-peserta dibayar elaun sara hidup, lojing, tiket kapalterbang pergi-balik. Mereka juga diberi kemudahan kesihatan dan pergigian dan tidak dikenakan yuran pengajian semasa menjalani latihan atau berkursus).

(iv)  Kepakaran serta khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang   Malaysia mempunyai kepakaran tertentu.

 Selain daripada itu, rancangan kerjasama ini juga boleh dipertimbangkan dalam bentuk kebendaan dan peralatan-peralatan tertentu kepada negara-negara yang dikenalpasti memerlukannya.

Rumusan

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan yang praktikal di mana pengalaman-pengalaman dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh negara-negara yang sedang membangun. Dengan ini juga diharap negara-negara berkenaan

Page 23: dasar luar

dapat meringankan beban dan masalah dalam pembangunan negara masing-masing. Adalah juga diharapkan negara-negara sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak langkah Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai pengalaman dan  kepakaran. Dengan ini kerjasama di antara negara-negara sedang membangun akan lebih erat lagi.

Page 24: dasar luar

AFTA

Pengenalan

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.

 Tujuan Perjanjian AFTA

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.

Perlaksanaan AFTA

Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:

Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010. Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

Page 25: dasar luar

Antartika

Latarbelakang

Y.A.B. Perdana Menteri menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sessi ke 37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bulan September 1982.  Isu ini ditimbulkan sekali lagi dalam sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali dalam bulan Mac 1983 di mana Malaysia telah berjaya mendapatkan pengesahan dan sokongan negara-negara tersebut untuk menghendaki PBB membuat satu kajian menyeluruh mengenai Antartika dalam sessi ke 38 PBB.  Lanjutan daripada desakan itu satu ketetapan telah diambil dalam sessi ke 38 PBB supaya Setiausaha Agong membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat.

Dalam bulan November 1984 Malaysia berjaya mendapatkan ketetapan PBB untuk memasukkan isu pengagihan sumber-sumber asli Antartika dalam agenda PBB yang akan datang.  Namun begitu, disebabkan bantahan daripada negara-negara 'Antartika Treaty System', terutamanya Amerika Syarikat dan Rusia, Malaysia telah tidak berjaya mendapat ketetapan untuk penubuhan Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menggantikan 'Antartika Treaty System' yang ada.

Malaysia mengganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap 'ecology' dan alam keliling dan cuaca dunia.  Di Antartika misalnya terdapat 90 peratus daripada air tawar dunia yang terdapat dalam bentuk air batu dan salji.  Ia juga mengandungi potensi bekalan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan mentah galian seperti besi, arang, uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium, minyak dan gas.  Di Antartika juga terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang terdapat di tempat-tempat lain.  Benua Antartika juga dianggap strategis dari segi perhubungan memandangkan kedudukannya yang dikelilingi oleh empat buah lautan.  Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, Malaysia menyeru supaya Benua Antartika dijadikan warisan bersama untuk faedah bersama (common heritage for the common benefit) bagi seluruh dunia.

Rasional

Pada masa ini pengurusan mengenai hal ehwal Antartika dibuat oleh wakil-wakil negara-negara yang menjadi ahli Antartika Treaty (December 1959).  Malaysia berpendapat sistem tersebut hanya menguntungkan segolongan kecil ahli-ahli Antartika Treaty System.  Struktur keahlian yang bercorak dua tingkatan (two-tier) adalah tidak adil kerana keputusan hanya boleh dibuat oleh 16 buah negara, ahli asal perjanjian tersebut, sungguh pun 12 buah negara lagi adalah menjadi ahli bersama.  Sebaliknya 12 buah negara-negara ini hanya dibenarkan membuat kajian tanpa mempunyai kuasa untuk mengundi atau membuat keputusan.  Ini adalah bertentangan dengan matlamat asal perjanjian asal di mana Antartika sepatutnya diurus oleh satu rejim antarabangsa untuk faedah manusia seluruhnya.  Lagi pun, kedudukan dalam tahun 1959 semasa Antartika Treaty System diputuskan adalah jauh berbeza dengan kedudukan sekarang.  PBB pula masa ini terdiri daripada 160 negara di mana kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada negara-negara sedang membangun.  Oleh itu, hak-hak dan aspirasi-aspirasi serta pandangan-pandangan mereka juga patut diberi pertimbangan dalam rejim antarabangsa Antartika.

Pengurusan mengenai Antartika yang berdasarkan sistem keistimewaan ini adalah tidak memuaskan.  Negara-negara ahli asal telah mengadakan beberapa mesyuarat tertutup untuk

Page 26: dasar luar

penubuhan rejim bahan-bahan galian (minerals regime) untuk tujuan perlombongan bahan-bahan galian di kawasan-kawasan tertentu mereka.  Negara-negara bukan ahli tidak diberitahu langsung tentang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup ini.  Dengan adanya Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu (Sea-Bed Convention on the Law of the Sea) dan cadangan mendirikan satu Jawatankuasa Antarabangsa 'Sea-Bed' (International Sea-Bed Authority), maka rejim galian (Minerals Regime) yang dicadangkan oleh ahli-ahli perjanjian di Antartika adalah didapati bertentangan dengan kebanyakan negara-negara lain.

Pada pendapat Malaysia, rejim galian (Mineral regime) ini adalah satu lagi percubaan oleh ahli-ahli perjanjian untuk memperluaskan lagi kuasa mereka.  Lagipun, aktiviti-aktiviti perlombongan bahan-bahan galian, jika tidak dikawal dengan rapi, boleh dan mungkin merosakkan sistem 'ecology' yang terdapat di situ, dan ini akan melibatkan dunia keseluruhannya.

Objektif

Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-

Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia. 'Ecology' dan alam sekitar dipertahankan. Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-lain. Antartika digunakan untuk menggalakkan 'disarmament', 'denuclearisation' dan

'demilitarisation'.

Strategi Pelaksanaan

Selain daripada ahli-ahli 'Antartika Treaty Sistem', negara-negara yang lain telah memberi sokongan kepada pendirian Malaysia.  Ini terbukti dengan kejayaan Malaysia memasukkan isu pengagihan bahan-bahan galian di Antartika dalam agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang akan datang pada tahun 1985.  Pada pendapat ahli-ahli perjanjian, percubaan untuk menukarkan sistem yang telah diuruskan selama 24 tahun mungkin akan menimbulkan ketidak-stabilan di Antartika.

Rumusan

Adalah diharapkan bahawa pendirian serta cadangan Malaysia untuk membuat Antartika sebagai Warisan Bersama untuk faedah bersama seluruh benua akan mendatangkan faedah pada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini.

Page 27: dasar luar

Pengenalan

Pengenalan  

ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.

 ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.

 Negara-negara Pengasas ASEAN

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

 Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan

Malaysia                        8 Ogos 1967 Indonesia                       8 Ogos 1967 Filipina                           8 Ogos 1967 Singapura                      8 Ogos 1967 Thailand                         8 Ogos 1967 Brunei Darussalam       7 Januari 1984 Vietnam                         28 Julai 1995 Laos                                23 Julai 1997 Myanmar                       23 Julai 1997 Kemboja                         30 April 1999

Sejarah

 ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).

 Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.

 Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.  Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN.  Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan

Page 28: dasar luar

lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.

Matlamat Penubuhan ASEAN

Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.

Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.

Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.

Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.

Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara. 

Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan

 Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:

 ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971. Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976. Deklarasi Konkord ASEAN 1976. Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.

Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

 Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

 Projek Industri ASEAN 1976. Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981. Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983. Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992. Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.

 

Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah

 Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976) Sidang Kemuncak Kedua  - Kuala Lumpur, Malaysia (1977). Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987). Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992). Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).

Page 29: dasar luar

Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998). Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001) Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).

 

Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog

 Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997). Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998). Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999). Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000) Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001). Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).

 

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

 

Fungsi-Fungsi Kerjasama ASEAN

Fungsi-fungsi Kerjasama ASEAN

 Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:

Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN

Pentadbiran ASEAN

Pentadbiran ASEAN

 Pada November 1968, hubungan diplomatik Malaysia-Filipina putus dan kegiatan ASEAN terhenti buat seketika.  Pada 16-17 Disember 1969, Persidangan Menteri-menteri ASEAN yang ketiga berlangsung di Cameron Highlands, Malaysia bagi memulihkan hubungan kedua-dua negara.  Dalam persidangan ini juga, pelbagai projek telah dirangka terutamanya  dalam bidang industri, pelancongan, perkapalan, pengangkutan dan perkhidmatan komunikasi, lalu lintas udara dam kebudayaan.  Menteri-menteri ASEAN juga telah menandatangani perjanjian bagi penubuhan Yayasan ASEAN untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang media massa.  Beberapa rancangan telah dibuat bagi melicinkan pentadbiran ASEAN, iaitu dengan mengadakan:

1.      Persidangan ketua-ketua Kerajaan ASEAN

Page 30: dasar luar

2.      Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN

3.      Penubuhan Jawatankuasa Tetap dan Sekretariat Tetap

Kerjasama Dalam Bidang Politik

Kerjasama dalam Bidang Politik

 Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation – TAD) menetapkan  bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia. Ini berasaskan kepada prinsip-prinsip keyakinan diri, kebergantungan diri (self-reliance), perasaan saling hormat-menghormati, kerjasama dan semangat perpaduan, di mana semua faktor ini  menjadi pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan seterusnya memperkukuhkan politik ASEAN.

Persetujuan Yang Dicapai Dalam Politik

Persetujuan  Yang Dicapai Dalam Politik

Deklarasi ASEAN, Bangkok , 8 Ogos 1967 Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali, Kuala Lumpur, 27 November 1971 Deklarasi Concord ASEAN, Bali, 24 Februari 1976 Kerjasama  Keamanan Asia Tenggara , Bali, 24 Februari 1976 Deklarasi ASEAN  Ke atas  Laut China Selatan, Manila, 22 Julai 1992 Kerjasama Ke Atas Zon Bebas  Senjata Nuklear Asia Tenggara, Bangkok, 15

Disember 1997 Visi ASEAN 2020, Kuala Lumpur, 15 Disember 1997 Deklarasi Concord ASEAN II, Bali, 7 Oktober 2003

 Deklarasi Kuala Lumpur

Deklarasi Kuala Lumpur

 Persidangan Pertama Menteri-menteri Luar ASEAN telah diadakan pada November 1971 di Kuala Lumpur.  Dalam persidangan ini, Deklarasi Kuala Lumpur telah diluluskan dengan beberapa ketetapan, iaitu:

1.      Kawasan rantau Asia Tenggara hendaklah menjadi sebuah zon yang aman dan selamat.

2.      Mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk Kuasa-kuasa Besar tanpa mengira ideologi politik  mereka.

3.      ASEAN hendaklah mengamalkan dasar berkecuali.

 

Kemuncak ASEAN Ke Sebelas (11th ASEAN SUMMITS)

Page 31: dasar luar

Kemuncak ASEAN Ke Sebelas (11th ASEAN SUMMITS) Malaysia telah  menjadi tuan rumah bagi ASEAN SUMMITS dan RELATED SUMMITS kesebelas yang diadakan pada  12 – 14 Disember 2005 bertempat di  The Twin Towers, Kuala Lumpur. Tema SATU VISI, SATU IDENTITI, SATU KOMUNITI  Logo  Menara Berkembar (The Twin Towers) dipilih sebagai logo kerana melambangkan mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur dan juga sebagai memperlihatkan pertumbuhan negara-negara ASEAN yang progresif dan bergerak bersama dalam mencapai objektif penubuhan ASEAN. 

Dua mercu tanda Menara melambangkan  perkembangan fizikal, semangat  dan pembangunan Malaysia.

Logo ASEAN di antara dua mercu tanda itu melambangkan kesepakatan Negara-negara ASEAN untuk mencapai pembentukan komuniti ASEAN di dunia.

Logo ASEAN juga menggambarkan integrasi setiap bahagian  dan ASEAN sebagai penggerak  hubungan dengan rakan-rakan dialog yang lain.

Jambatan gantung melambangkan jurang pembangunan  yang mendatar  di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Secara tidak langsung, Menara Berkembar  juga melambangkan angka sebelas iaitu bersamaan dengan Kemuncak ASEAN yang kesebelas.

Page 32: dasar luar

Mesyuarat-Mesyuarat Kemuncak ASEAN

Mesyuarat-Mesyuarat Kemuncak ASEAN

Mesyuarat Kemuncak ASEAN Pertama – Bali, 23-24 Februari 1976 Mesyuarat Kemuncak ASEAN Kedua – Kuala Lumpur, 4-5 Ogos 1977 Mesyuarat Kemuncak ASEAN Ketiga – Manila, 14-15 Disember 1987 Mesyuarat Kemuncak ASEAN Keempat – Singapura, 27-29 Januari 1992 Mesyuarat Kemuncak ASEAN Kelima – Bangkok, 14-15 Disember 1995 Kemuncak Tidak Rasmi Pertama – Jakarta, 30 November 1996 Kemuncak Tidak Rasmi Kedua – Kuala Lumpur, 14-16 Disember 1997 Kemuncak ASEAN Keenam – Ha Noi, 15-16 Disember 1998 Kemuncak Tidak Rasmi Ketiga – Manila, 27-28 November 1999 Kemuncak Tidak Rasmi Keempat – Singapura, 22-25 November 2000 Kemuncak ASEAN Ketujuh – Bandar Seri Begawan, 5-6 November 2001 Kemuncak ASEAN Kelapan – Phnom Penh, 4-5  November 2002 Kemuncak ASEAN Kesembilan – Bali, 7-8 Oktober 2003 Kemuncak ASEAN Kesepuluh – Vientiane, 29 -30 November 2004 Kemuncak ASEAN Kesebelas – Kuala Lumpur, 12-14 Disember 2005

Acara-acara Sampingan Kemuncak ASEAN

Acara-acara Sampingan Kemuncak ASEAN

 Beberapa acara sampingan bersempena dengan Kemuncak ASEAN Ke Sebelas, Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ke Tiga ASEAN Forum ke Dua Perniagaan ASEAN-Rusia Pameran Perniagaan Asia Timur Setem-setem Peringatan Syiling-syiling Peringatan Kemuncak Masyarakat Awam ASEAN Forum Pelaburan Pelancongan ASEAN

Page 33: dasar luar