laporan
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
LAPORAN BENGKEL ETIKET SOSIAL & PROTOKOL : PENGUCAPAN AWAMPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3
NAMA PELAJAR : JAMALIAH BINTI AHMAT
AMBILAN : PPG FEB 2012
SEMESTER : SEMESTER 5
OPSYEN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN FEB 2012
PERINGKAT : FASA 3
TARIKH : 8 FEBRUARI 2012
TEMPAT : DEWAN SK SERI AMAN,
FELDA BUKIT APING BARAT
MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM KUMP 1
KEHADIRAN : PELAJAR PPG ( 2 ORANG )
: PN.JAMALIAH BINTI AHMAT
: PN.MAIMUNAH BT OMAR
LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : PENGUCAPAN AWAM
8 FEBRUARI 2014 ( SABTU ) 7.30 pagi: Pada pukul 7.30 pagi, semua pengawas sekolah, pembantu pusat sumber, ketua kelas dan
penolong berkumpul di Dataran Aman bagi menerima watikah perlantikan masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Fahmi bin Abu Bakar, seterusnya
diikuti dengan ikrar pelajar, nyanyian lagu Bangsa Johor dan Nyalakan Tekad.
Selepas itu,murid mendengar ucapan dan pembukaan rasmi dari Pn Hajah Noraidah bt
Mohamed GPK HEM yang menggantikan guru besar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut
kerana berkursus. Bagi mengingatkan para peserta tentang tanggungjawab dan tugas masing-
masing, Ketua Pondok Polis Felda Bukit Aping Barat iaitu En Ismail bin Husin dijemput untuk
memberikan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang kepada para peserta bengkel.
Setelah itu pihak sekolah menyerahkan surat kuasa merotan kepada dua orang guru disiplin
sekolah iaitu Encik Mohd Fahmi bin Abu Bakar dan Puan Hayati binti Ibrahim.
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pembantu
pusat sumber, ketua kelas dan penolong.
Setelah menerima watikah perlantikan ini, semua peserta membaca ikrar dan menyanyikan
lagu Negaraku sebagai penutup sesi pertama ini.
10.00 pagi
Para peserta menikmati kudapan yang disediakan. Setelah itu para peserta beratur untuk sesi
yang kedua iaitu mengikuti bengkel pengucapan awam.Selepas menulis butiran diri dalam
borang pendaftaran, semua peserta diberikan sebuah fail berisi buku program dan bahan
kursus untuk rujukan peserta.
10.30 pagi hingga 12.30 tengahariSlot yang kedua dimulakan iaitu ceramah tentang kepentingan pengucapan awam di kalangan
pengawas sekolah, pembantu pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Ianya telah
disampaikan oleh Pn Haslinda bt Mohd Noor guru kaunseling yang dijemput dari SMK Bandar
Kota Tinggi. Sesi ceramah diselang selikan dengan sesi soal jawab.
12.30 tengahari hingga 2.30 petang:Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbincang dan
memilih seorang wakil untuk membuat ucapan di hadapan.
Sebelum majlis bersurai, penyampaian hadiah diberikan kepada penceramah jemputan dan
kumpulan 6 yang telah menunjukkan sikap berkerjasama dan disiplin yang baik sepanjang
bengkel tersebut dijalankan. Selepas itu semua peserta bengkel menikmati jamuan makan
tengahari dan bersurai.
BEBERAPA KEPING GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEMASA SESI BENGKEL
ISU / MASALAHANALISIS SWOT
(i) KEKUATAN1. Semua guru , pihak sekolah dan peserta yang terlibat memberi komitmen yang tinggi
dan bekerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan.
1. Oleh kerana guru yang terlibat agak sedikit jumlahnya, semua aktiviti yang dijalankan
mudah dikendalikan dan masa yang diperuntukan mencukupi bagi semua slot yang
dirancang.
2. Kos yang diperlukan untuk mengendalikan Program Ceramah ini tidak banyak kerana
program dilaksanakan di dalam sekolah, semua kemudahan asas mencukupi seperti
kemudahan tenaga elektrik , penggunaan kantin, tandas, dewan, surau dan sebagainya.
(ii) KELEMAHAN:
1. Oleh kerana kekangan masa di sekolah dengan pelbagai program yang dirancang, guru
yang terlibat dengan aktiviti Ceramah agak sedikit dan jumlah yang sedikit ini kurang
memberi impak yang baik kepada peserta antara kumpulan terutama dalam sesi kuiz
berkumpulan.
(iii) PELUANG:
1. Semua guru dan peserta dapat menambahkan pengalaman dan motivasi diri dalam
menghadapi cabaran dunia pendidikan masa kini selepas mengikuti Ceramah
Profesionalisme ini.
2. Semua guru berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang
program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya pada masa-masa
yang akan datang dan berkongsi idea dan maklumat yang diperoleh untuk
meningkatkan kualiti kerja demi kecemerlangan sekolah dan anak murid.
REFLEKSI KENDIRI:Refleksi Kendiri ( aktiviti bengkel ) Sepanjang menjalankan tugasan bagi BIG kali ini pelbagai cabaran dan halangan telah saya
hadapi. Secara umumnya, tugasan BIG saya kali adalah bertujuan bagi membolehkan pelajar
seperti saya menerangkan berkaitan perkembangan kemahiran latihan dan aktiviti
kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan
menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. Aspek
berkaitan yang diterapkan ialah pengucapan awam, kesantunan berbahasa , kemahiran
mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika
berpakaian. Kursus ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat
kemasyarakatan. Tempoh masa yang diberikan mencukupi memandangkan masa yang
diperuntukkan cukup lama. Walau bagaimanapun, dengan tugas yang sedia ada
mengakibatkan pendokumentasian BIG ini saya selenggara agak lewat. Bengkel yang saya
adakan ini sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk lebih
yakin semasa bercakap di hadapan rakan – rakan.Mengasah kemahiran pendengaran para
pelajar dengan menyebut teknik – teknik pendengar yang baik. Rasional mendengar dengan
teknik yang baik dan betul. Walaupun beban tugasan sedia ada di sekolah, saya dan
rakan– rakan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini sebaiknya. Kami berurusan
melalui wassap group yang kami sediakan. Perkongsian bahan dan idea dilakukan dalam
medium tersebut. Ini sedikit sebanyak menjimatkan masa yang kami guna dalam menyiapkan
laporan bagi aktiviti yang saya telah pilih. Secara jujur dikatakan di sini, kolaborasi dan
perbincangan di antara ahli kumpulan dengan rakan – rakan yang lain telah banyak membantu
pihak saya dalam menyiapkan pelaporan tugasan kali ini. Perjalanan bengkel ini dijalankan
secara berterusan mengikut tajuk yang telah dicerakinkan. Penerangan kepada pelajar dibuat
secara kuliah dan sedikit masa diperuntukkan untuk amali. Sepanjang tempoh pelaksanaan
bengkel ini, saya telah menyedari terdapat beberapa :
a. Kekuatan
Suara yang nyaring dan mudah didengari.
Boleh menerangkan sesuatu tajuk dengan jelas.
Sudah mengenali kesediaan murid–murid. Mampu bertahan dengan karenah para pelajar.
Kelemahan
Kurang maklumat berkaitan tajuk–tajuk dalam etiket sosial.
Masa perjumpaan yang agak terhad.
Pengendalian aktiviti kecil yang kurang menarik minat para pelajar.
Teknik penyampaian yang tidak berkesan.
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan adalah :
Memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan dengan tajuk bengkel.
Bertanya dengan rakan sejawat yang jauh lebih berpengalaman.
Mempelbagaikan kaedah penyampaian bagi mengelakkan para pelajar bosan.
Memberikan contoh yang mudah bagi para pelajar untuk faham. Selepas menyiapkan laporan
ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan
kepada diri saya untuk menempuhi cabaran bidang pendidikan masa yang mendatang. Melalui
pelaksanaan tugasan dan amali serta tutorial yang telah dijalankan bersama rakan–rakan dan
pensyarah pembimbing, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah mempunyai
kemahiran yang mencukupi lebih – lebih lagi dalam ICT. Ini kerana bahan–bahan yang sedia
ada banyak membantu dalam memberi pengetahuan dalam bidang yang ingin dipelajari dan
dikuasai.
Manakala dari segi nilai–nilai murni yang dapat saya pelajari ialah kita perlulah lebih
menghargai masa yang kita ada. Gunakannya dengan sebaiknya dan semaksimum yang
mungkin bagi mendapatkan hasilan yang terbaik. Sekiranya niat kita ikhlas dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan dan bukannya dikaburi dengan sifat mazmumah, dengan izin Allah ianya
akan dipermudahkan. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini
sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil langkah
proaktif dengan menyiapkan draf bagi tugasan terlebih dahulu. Di samping itu juga, saya akan
bertanya kepada rakan–rakan bagi melihat perkembangan tugasan yang kami jalankan.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan
berharap agar hasil yang kami hasilkan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting,
pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari dalam tugasan kali ini akan saya guna
bagi melaksanakan tugasan–tugasan yang akan datang. Di sini, saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah membantu terutama rakan–rakan
dalam menyiapkan tugasan. Saya berharap agar kerjasama ini akan dapat diteruskan pada
masa–masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.