laporan

2
Laporan: Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK C SOON CHENG, MUAR, JOHOR pada 21 September 2014 sampai 25 September 2014. Saya telah memilih Pendidikan Moral sebagai minor saya sebagai seorang guru pelatih. Oleh itu, saya perlu menjalankan tugasan Pendidikan Moral di sekolah ini. Kami perlu menjalankan temu duga dengan pihak sekolah mengenai benda tentang pendidikan moral. Jumlah murid yang mengambil mata pelajaran moral adalah seramai 956 murid, semua pelajar bukan Islam wajib belajar subjek ini, dan sekolah ini adalah sekolah berjenis SJK C jadi semua murid di sini kebanyakan berbangsa Cina dan mereka ambil pendidikan moral sebagai subjek wajib mereka. Mereka belajar pendidikan moral seramai 4 waktu seminggu. Mereka belajar pendidikan moral sejak Tahun 1 sampai Tahun 6. Jumlah guru untuk subjek ini adalah 31 orang guru dan purata guru yang mengajar subjek hamper 80% dalam keseluruhan jumlah guru di sekolah ini. Waktu moral seminggu untuk setiap tahun sebanyak 4 waktu. Murid Tahun 1 perlu belajar pendidikan moral sebanyak 4 waktu seminggu manakala Tahun 2 belajar sebanyak 4 waktu seminggu. Untuk Tahun 3, murid perlu belajar selama 4 waktu juga seminggu. Manakala untuk pelajar tahap tinggi iaitu Tahun 4 sampai ke 6 perlu belajar 4 waktu seminggu. Kita boleh mengetahui bahawa pelajar SJK C diwajibkan belajar 4 waktu untuk subjek moral dalam satu minggu. Di samping itu, kami juga menanyakan tentang carta organisasi pendidikan moral di sekolah ini. Guru besar adalah pengerusi dalam panitia moral dan berikut dengan GPK 1 sebagai naib pengerusi dalam panitia moral. Ketua panitia dipilih antara semua guru pendidikan

Upload: daniel-koh

Post on 19-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

萨多渠道

TRANSCRIPT

Laporan:Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK C SOON CHENG, MUAR, JOHOR pada 21 September 2014 sampai 25 September 2014. Saya telah memilih Pendidikan Moral sebagai minor saya sebagai seorang guru pelatih. Oleh itu, saya perlu menjalankan tugasan Pendidikan Moral di sekolah ini. Kami perlu menjalankan temu duga dengan pihak sekolah mengenai benda tentang pendidikan moral.Jumlah murid yang mengambil mata pelajaran moral adalah seramai 956 murid, semua pelajar bukan Islam wajib belajar subjek ini, dan sekolah ini adalah sekolah berjenis SJK C jadi semua murid di sini kebanyakan berbangsa Cina dan mereka ambil pendidikan moral sebagai subjek wajib mereka. Mereka belajar pendidikan moral seramai 4 waktu seminggu. Mereka belajar pendidikan moral sejak Tahun 1 sampai Tahun 6. Jumlah guru untuk subjek ini adalah 31 orang guru dan purata guru yang mengajar subjek hamper 80% dalam keseluruhan jumlah guru di sekolah ini.Waktu moral seminggu untuk setiap tahun sebanyak 4 waktu. Murid Tahun 1 perlu belajar pendidikan moral sebanyak 4 waktu seminggu manakala Tahun 2 belajar sebanyak 4 waktu seminggu. Untuk Tahun 3, murid perlu belajar selama 4 waktu juga seminggu. Manakala untuk pelajar tahap tinggi iaitu Tahun 4 sampai ke 6 perlu belajar 4 waktu seminggu. Kita boleh mengetahui bahawa pelajar SJK C diwajibkan belajar 4 waktu untuk subjek moral dalam satu minggu.Di samping itu, kami juga menanyakan tentang carta organisasi pendidikan moral di sekolah ini. Guru besar adalah pengerusi dalam panitia moral dan berikut dengan GPK 1 sebagai naib pengerusi dalam panitia moral. Ketua panitia dipilih antara semua guru pendidikan moral dan dia perlu selalu mengadakan mesyuarat moral mengenai aktiviti sepanjang tahun seperti jadual mata pelajaran Moral, aktiviti seperti pameran moral, taklimat moral dan lain-lain lagi. Carta organisasi biasanya diiringi oleh guru besar sekolah itu, dan dibantu oleh guru panitia.Pada setiap semester, guru moral akan mengadakan penilaian terhadap semua pelajar yang mengambil moral seperti ujian bulanan setiap bulan ataupun kuiz dalam setiap pelajaran. Guru akan memberikan latihan tubi kepada pelajar-pelajar supaya mereka boleh membuat ulang kaji selepas pelajaran. Penilain dibuat berdasarkan gred dan band yang dicapai oleh murid dalam setiap ujian atau kuiz. Guru akan membuat PBS atas semua murid untuk mendapatkan penilaian markah yang betul dalam setiap semester. Di samping itu, panitia moral sekolah ini akan mengadakan banyak aktiviti setiap tahun seperti taklimat moral yang dianjurkan oleh persatuan Buddha. Taklimat moral biasanya mengenai amalan nilai moral dalam kehidupan harian, seperti kasih saying, menghormati orang tua dan caranya melaksanakan nilai moral dalam kehidupan harian. Bagaimanakah mereka boleh memahami nilai yang belajar serta cara mengamalkan dalam kehiduupan harian. Sebagai contoh, murid boleh mengambil peluang untuk membuat atau menghasilkan kad hari ibu ataupun kad hari bapa kepada ibu bapa masing-masing. Antara pencapaian moral seperti aktiviti kuiz dalam sekolah, taklimat moral serta aktiviti luar sekolah seperti gotong-royong. Murid-murid mampu bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan seperti gotong-royong.