laporan

61
LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 PENGAKAP KLM03 Page 1 ISI KANDUNGAN Penghargaan Pengakuan pelajar Biodata Penulis Pengenalan Rasional Matlamat Objektif Ahli jawatankuasa Tentatif program Belanjawan Laporan hari pertama (06 Mac 2015) Laporan hari kedua (07 Mac 2015) Laporan hari ketiga (08 Mac 2015) Laporan ahli jawatankuasa Rumusan Laporan dokumentasi Refleksi Lampiran

Upload: naga25

Post on 02-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mk

TRANSCRIPT

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1

ISI KANDUNGAN

PenghargaanPengakuan pelajar Biodata PenulisPengenalanRasionalMatlamatObjektifAhli jawatankuasa Tentatif program Belanjawan Laporan hari pertama (06 Mac 2015)Laporan hari kedua (07 Mac 2015)Laporan hari ketiga (08 Mac 2015)Laporan ahli jawatankuasa RumusanLaporan dokumentasi Refleksi Lampiran4.0Belanjawan Lawatan5.0Tentatif Lawatan6.0Perjalanan LawatanDokumentasi Rumusan LawatanRefleksiLampiran

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana PISMP GSTT Sejarah telah berjaya menghasilkan laporan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Ampuan Afzan(IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang ini dengan kerjasama daripada semua anggota yang telah memberi komitmen tinggi semasa menjalankan tugas dan seterusnya dapat menghasilkan laporan ini. Penghasilan laporan ini banyak melibatkan pihak tertentu. Kami mengambil kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sehingga laporan ini dapat dihasilkan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Wan Mohd Zil Bin Haji Wan Salleh selaku pensyarah pembimbing yang sentiasa mengambil perhatian serius terhadap laporan Kursus Kepimpinan Pengakap Kanak-Kanak (Manikayu Peringkat 1) yang dikemukakan kepada beliau demi meningkatkan kredibiliti pengurusan kursus dalam membentuk seorang guru yang berkualiti. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung telah memberi kerjasama sepenuhnya semasa melaksanakan kursus ini.Akhir kata, semoga laporan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan bagi semua pihak agar peningkatan prestasi dan kualiti pengurusan program secara menyeluruh dapat dipertingkatkan di samping mencapai kecekapan, keberkesanan dan sitematik dalam pengurusan sumber, program, dan aktiviti.

PENGAKUAN PELAJAR

Kami akui laporan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya .

1) Tandatangan: _____________________________________

Nama : MOHD NAZRIN BIN DAUD

No. Kad Pengenalan : 810704-01-6591

Tarikh: _____________________________________

2) Tandatangan : _____________________________________

Nama : NOORMAZIAH BINTI TUAH

No. Kad Pengenalan : 880224-13-5464

Tarikh : _____________________________________

3) Tandatangan : _____________________________________

Nama : SITI SURIYANI BINTI GANI

No. Kad Pengenalan : 870224-13-5158

Tarikh : _____________________________________

4) Tandatangan : _____________________________________

Nama : HAJAR BINTI MOHAMAD ZUDIN

No. Kad Pengenalan : 851214-14-6394

Tarikh : _____________________________________

5) Tandatangan : _____________________________________

Nama : MOHD SOFYAN ATS-TSAURY B MOHD. SUPAIH

No. Kad Pengenalan : 830807-13-5233

Tarikh : _____________________________________

6) Tandatangan : _____________________________________

Nama : ROGAYAH BINTI MAHALEK

No. Kad Pengenalan : 880730-13-5088

Tarikh : _____________________________________

7) Tandatangan : _____________________________________

Nama : AMINAH BINTI ANUAR

No. Kad Pengenalan : 830614-08-5786

Tarikh : _____________________________________

8) Tandatangan : _____________________________________

Nama : NOR NAZLIA BINTI BAHARUDIN

No. Kad Pengenalan : 870701-38-5062

Tarikh : _____________________________________

9) Tandatangan : _____________________________________

Nama : NURUL HARDI BIN BAHARUM

No. Kad Pengenalan : 850501-10-6075Tarikh : _____________________________________

10) Tandatangan : _____________________________________

Nama : AIZA BINTI MOHAMED ZAHARI

No. Kad Pengenalan : 861015-59-5292Tarikh : _____________________________________

BIODATA PENULIS

NAMA: MOHD NAZRIN BIN DAUDNO. KAD PENGENALAN: 810704-01-6591NO. MATRIK: S86S-1112-0985OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 04 JULAI 1981TEMPAT LAHIR: JOHORALAMAT: 1051, JALAN NUSARI 3/3A TAMAN NUSARIBAYU 1 71900 BANDAR BARU SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.NO TELEFON: 017 - 6524156

BIODATA PENULIS

NAMA: NOORMAZIAH BINTI TUAHNO. KAD PENGENALAN: 880224-13-5464NO. MATRIK: S86S-1112-0989OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 24 FEBRUARI 1988TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: 13/224 KAMPUNG NYABOR, 95300 ROBAN, BETONG, SARAWAKNO. TELEFON: 016-9888021

BIODATA PENULIS

NAMA: SITI SURIYANI BINTI GANINO. KAD PENGENALAN: 870224-13-5158NO. MATRIK: S86S-1112-0993OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 24 FEBRUARI 1987TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: KAMPUNG BARU, 9880 SUNDAR, SARAWAKNO. TELEFON: 016 - 5227059

BIODATA PENULIS

NAMA: HAJAR BINTI MOHAMAD ZUDINNO. KAD PENGENALAN: 851214-14-6394NO. MATRIK: S86S11121011OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 14 DISEMBER 1985 TEMPAT LAHIR: KUALA LUMPURALAMAT: LOT 487 GUCHIL 7, 18020 KUALA KRAI, KELANTANNO. TELEFON: 019-3924735

BIODATA PENULIS

NAMA: MOHAMAD SOFYAN ATS-TSAURY BIN MOHD SUPAIH NO. KAD PENGENALAN: 830807-13-5233NO. MATRIK: S86S-1112-0984OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 07 OGOS 1983TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: 3/290 , JALAN BUNGA RAYA,95400 SARATOK, SARAWAK

BIODATA PENULIS

NAMA: ROGAYAH BINTI MAHALEKNO. KAD PENGENALAN: 880730-13-5088NO. MATRIK: S86S11120991OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 30 JULAI 1988TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: KAMPUNG GELAPAS TRUSAN, 98850 LAWAS, SARAWAK.NO. TELEFON: 014-5953408

BIODATA PENULIS

NAMA: AMINAH BINTI ANUARNO. KAD PENGENALAN: 830614-08-5786NO. MATRIK: S86S-1112-0988OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 14 JUN 1983TEMPAT LAHIR: PERAKALAMAT: K27 KAMPUNG KATI,33020 KUALA KANGSAR, PERAKNO. TELEFON: 017-5045402

BIODATA PENULIS

NAMA: NOR NAZLIA BINTI BAHARUDINNO. KAD PENGENALAN: 870701-08-5062NO. MATRIK: S86S-1112-0990OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 01 JUALAI 1987TEMPAT LAHIR: PERAKALAMAT: NO. 65, KG. TERSUSUN, BATU KARANG BARU, 31900 KAMPAR, PERAKNO. TELEFON: 016-5290143

BIODATA PENULIS

NAMA: NURUL HARDI BIN BAHARUMNO. KAD PENGENALAN: 850501-10-6075NO. MATRIK: S86S-1112-0986OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 01 MEI 1985TEMPAT LAHIR: SELANGORALAMAT: LOT 1634 JALAN HAJI TARMIDI, TELOK KAPAS, RANTAU PANJANG, 42100 KLANG, SELANGOR

BIODATA PENULIS

NAMA: AIZA BINTI MOHAMED ZAHARI NO. KAD PENGENALAN: 861015-59-5292NO. MATRIK: S86S-1112-0987OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 15 OKTOBER 1986TEMPAT LAHIR: NEGERI SEMBILANALAMAT: NO 14 A, BATU 37, KG SERTING ILIR,72100 BAHAU, NEGERI SEMBILANNO. TELEFON: 012-61561901.0PENGENALANKursus Kepemimpinan Manikayu Pengakap Kanak-kanak (Manikayu Peringkat 1) ialahkesinambungan Kursus Manikayu Peringkat Pengenalan yang diadakan sebelum ini. Guru pelatih yang akan terlibat dalam Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat 1) ini ialah seramai 10 orang daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 4.Sebagai Pusat Kecemerlangan Kokurikulum, Pasukan Pengakap KLM 03 IPG Kampus Kota Bharu maju selangkah ke hadapan dengan melaksanakan Kursus Kepemimpinan Manikayu (Peringkat 1) ini bagi melahirkan pemimpin pengakap yang bukan sahaja berkelayakan malahan mempunyai kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti kepengakapan.Kursus ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan ahli Pengakap yang berakhlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai yang ada dalam Pengakap. Di samping itu juga dapat membina peribadi Pengakap yang unggul. Kursus Kepemimpinan Manikayu 1 ini telah dirangka di mana perkhemahan ini akan diadakan di Pusat latihan Kokurikulum IPGKTAA, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Kursus ini akan mengambil masa selama 3 hari dan 2 malam.. Dengan adanya Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 ini, peserta akan diuji dari segi pelbagai aspek meliputi ketahanan fizikal dan mental serta akan didedahkan dengan ilmu-ilmu kepengakapan dan ke kursus peringkat seterusnya bagi melayakkan anugerah 2 Beads Manikayu setelah tamat kursus-kursus yang perlu diikuti pada masa akan datang.

2.0 RASIONAL Mendapatkan kenaikan pangkat bagi ahli Pengakap. Membentuk kerjasama antara ahli Pengakap. Memupuk sikap yang sihat dan positif terhadap alam sekitar. Pendedahan dan latihan kualiti kepimpinan. Kesedaran tentang kehormatan diri. Pengukuhan terhadap rasa tanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat.

3.0 MATLAMAT Pembuka jalan untuk dianugerahkan kalung 2 Beads Manikayu. Melahirkan insan yang sihat tubuh badan. Melahirkan guru yang dapat bekerjasama baik dengan semua orang. Insan yang berdaya saing. Mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Melahirkan insan yang mempunyai kawalan emosi yang baik. Melahirkan insan yang peka terhadap alam sekitar. Melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai murni. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan ahli Pengakap.

4.0 OBJEKTIF Mempraktikkan ilmu kepengakapan yang telah dipelajari. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh pada agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat, bekerjasama, dan tanggungjawab pada pasukan. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan dalam masyarakat.

5.0AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUKPenasihat: Tn. Hj. Hashim Bin Deraman(Pengarah IPG Kampus Kota Bharu)Pengerusi : Dr. Abdullah Bin Yusoff(Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu)Penolong Pengerusi : En.Norman Bin Mat Nor(Ketua Unit Kokurikulum IPGKKB)Penyelaras: Tn. Hj. Wan Mohd Zil Bin Wan Salleh(Jurulatih/ Pembimbing / Pengiring)Penolong Penyelaras : En. Abdullah Zawawi B. Che Mat(Jurulatih/ Pembimbing / Pengiring)

JAWATANKUASA PELAKSANAPengerusi:Mohd Nazrin Bin DaudNaib Pengerusi:Noormaziah Binti TuahSetiausaha:Siti Suriyani Binti GaniNaib Setiausaha:Hajar Binti Mohamad ZudinBendahari:Mohd Sofyan Ats-Tsaury B Mohd. SupaihPersegaran:Rogayah Binti MahalekPeralatan:Aminah Binti AnuarPengangkutan:Nor Nazlia Binti BaharudinCenderahati:Nurul Hardi Bin BaharumDokumentasi :Aiza Binti Mohamed Zahari6.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh :6 MAC 2015MasaJurulatih BertugasSekawan Bertugas

Hari:Jumaat0001 - 1200EN. SHUKRI BIN MAT YAACOBHIJAU

Bil. Hari:Pertama1201 - 0000EN. SYAHARIMAN B HAMIDJINGGA

MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN

0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan

0645 - 073045 mKawad Kaki En. Abdul Halim b Abdul Wahab

0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan

0800 - 083030 mIstiadat Laung AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara Memperbaharui Persetiaan PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua Kursus /Pembimbing

0830 - 100090 mAktiviti Mendirikan Khemah dan Memasang GadjetKetua Kursus /Pembimbing

1000 - 103030 mREHAT

1030 - 12301120 mISTIADAT PENGAKAP Shukri b Mat Yaacob

1230 - 141590 mSOLISKAN (Solat, Istirahat, Makan) dan Kerja Masa Lapang (STA)

1415-1515260 mUNIT PENGAKAP KANAK-KANAK Tn. Hj Hamdan b Abd Manaf

1515 - 1615360 mPROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAKTn. Hj Hamdan b Abd Manaf

1645 - 1745460 mORGANISASI KUMP DAERAH & NEGERISyahariman b Hamid

1745 - 203030 mREHAT dan SOLAT ASARIstiadat Menurunkan Bendera KumpulanMengemaskan kawasan perkhemahan/Membina GadjetKerja Masa Lapang (STA)SOLAT MAGHRIBKetua-ketua Kursus /Pembimbing /Ketua-ketua Sekawan

2030 - 22305120 mMERANCANG PROGRAM Syahariman b Hamid

2230-224010 mIstiadat Penyerahan TugasJurulatih Bertugas

2240 - 0000150 mMesyuarat JurulatihKetua Jurulatih

Tarikh :7 MAC 2015MasaPensyarah BertugasSekawan Bertugas

Hari:Sabtu0001 - 1200HJ. HAMDAN BIN ABD. MANAFKUNING

Bil. Hari:Kedua1201 - 0000TN. HJ SAFRI BIN AZIZMERAH

MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN

0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan

0645 - 073045 mSenaman Abdul Halim b Wahab

0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan

0800 - 083030 mPemeriksaan Pagi (Teori)Istiadat Laung AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara Memperbaharui Persetiaan PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua Kursus /Pembimbing

0830-10306120 mAKTIVITI ASAS 1 PENGAKAP KANAK-KANAK:S1: Ikatan A Zamri b Abdul RahimS2: Simpulan Shukri b Mat YaacobS3: Pertolongan Cemas 1 A Jailani b Che AbasS4: Wogel Sarudin b Md AminS5: Persetiaan & Undang2 Halim b Abdul WahabS6: Laung Agung Abdul Ronif b JamaludinA Zamri b Abdul Rahim

1030 - 110030 mREHAT

1100 - 1200760 mSISTEM PATROL Hj. Hamdan Abd. Manap

1200-1300860 mCERITA HUTANHj. Dzulkarnain b Mat

1300 - 143090 mSOLISKAN (Solat, Istirahat, Makan) dan Kerja Masa Lapang (STA)

1430-16309120 mAKTIVITI ASAS 2 PENGAKAP KANAK-KANAK:S1: Lipat & Kibar Bendera A Zamri b Abdul RahimS2: Memasang Khemah Shukri b Mat YaacobS3: Pertolongan Cemas 2 A Jailani b Che AbasS4: Pemeriksan Pagi Halim b Abdul WahabS5: Lagu2 Pengakap Syahariman b HamidS6: Sorakan Pengakap Hj Hamdan Abd ManapShukri b Mat Yaacob

1630 - 170030 mREHAT (Solat Asar dan Minum Petang)

1700 - 18001060 mPERMAINAN PENGAKAP Hj Dzulkarnain b Mat

1800 - 2030150 mIstiadat Menurunkan Bendera KumpulanMengemaskan kawasan perkhemahan/Membina GadjetKerja Masa Lapang (STA)SOLAT MAGHRIBKetua Kursus /Pembimbing /Ketua-ketua Sekawan

2030 - 223011120 mMALAM PENGAKAP (Teori & Amali)Syahariman b Hamid

2230 - 0000150 mMESYUARAT JURULATIHKetua Jurulatih

Tarikh :8 MAC 2015MasaPensyarah BertugasSekawan Bertugas

Hari:Ahad0001 - 1200KETUA KURSUS /EN SARUDIN B MD AMINUNGU

Bil. Hari:Ketiga

MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN

0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan

0645 - 073045 mSenamanHj Wan Zil b Wan Salleh

0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan

0800 - 083030 mPemeriksaan Pagi (Amali)Istiadat Laung AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara Memperbaharui Persetiaan PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua Kursus /Pembimbing

0830 - 09301260 mPERJUMPAAN PEK MINGGUANHj. Hamdan Abd. Manap

0930 - 10301360 mPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAPAbdul Ronif b Jamaludin

1030 110030 mREHAT

1100-113030 mSidang PlenoMengisi Borang Penilaian KursusKetua Kursus

1130 - 120030 minPersiapan untuk Upacara Perasmian Penutupan KursusKetua Kursus /Shukri b Mat Yaacob

1200-12459120 mMAJLIS PENUTUPAN KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL

1245 - 131530 mJAMUAN

1330BERSURAI

7.0 BELANJAWAN

Dana PendapatanKredit (RM)Debit (RM)Baki (RM)

Bil.PerkaraKuantiti

1.Peruntukan IPGRM 18 X 3 hari X 10 orang540

2.KutipanRM 5 X 10 orang50

Bayaran

3.Potongan Kooperasi10% X RM 54054

4.Bayaran Makan MinumRM 15 x 3 hari X 10 orang450

5.Bayaran BuluhRM 5 X 1050

Jumlah59055436

8.0 LAPORAN HARI PERTAMA (06 Mac 2015)

Seawal jam 5.45 pagi kami telah selesai melakukan pengurusan diri dan menunaikan solat subuh. Setelah memastikan khemah dalam keadaan kemas dan tersusun, kami berkumpul di dewan terbuka PULAKO untuk menikmati sarapan pagi. Jam 8 pagi, sesi pendaftaran peserta Kursus Kepimpinan Manik Kayu peringkat 1 diteruskan. Selesai mendaftar, kami berkumpul di dewan terbuka mengikut IPG masing-masing. Tuan Sarudin Bin Mat Amin selaku ketua jurulatih memberi taklimat mengenai kursus ini. Jam 8.30 pagi, kami diminta untuk menukar pakaian daripada t-shirt pengakap kepada uniform rasmi pengakap. Hal ini kerana pemakaian uniform pengakap adalah wajib sewaktu Istiadat Laung Agung dan Istiadat kibar bendera. Sewaktu istiadat ini dilaksanakan Upacara Memperbaharui Persetiaan Pengakap turut dilakukan. Sedikit taklimat ringkas di sampaikan oleh Ketua Jurulatih. Setelah selesai istiadat ini, kami ditugaskan untuk mendirikan khemah dan memasang gajet mengikut keperluan kami. Dengan menggunakan 10 batang buluh, kami mula mendirikan gajet dapur, pintu gerbang, dan meja makan. Setelah mendirikan 3 jenis gajet ini, kami diberi masa untuk makan tengahari, solat, dan berehat. Pada jam 2.45 petang, kami berkumpul semula di dewan terbuka untuk memulakan slot yang kedua iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak yang disampaikan oleh Tuan Hj Hamdan Bin Abd Manaf. Untuk slot ini, kami diminta untuk duduk sebaris mengikut sekawan yang telah ditetapkan. Bagi IPGKKB, kami di namakan sebagai sekawan biru 2. Taklimat yang disampaikan oleh Tuan Hj Hamdan ini diteruskan dengan slot yang ke 3 iaitu Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak. Untuk slot yang ke 4 iaitu Organisasi Kumpulan Daerah dan Negeri, ianya disampaikan oleh Encik Abdul Ronif Bin Jamaludin. Sebelum slot ini diteruskan, Encik Ronif, menyanyikan sebuah lagu Pengakap iaitu Biyake. Slot ini tamat lebih kurang jam 6 petang. Seterusnya kami menyambung semula pembinaan gajet dengan membina tong sampah dan pagar di sekeliling kawasan perkhemahan sekawan biru 2. Jam 7 malam, kami dihidangkan dengan makan malam yang enak dan di makan secara bersama. Slot pada sebelah malam diteruskan dengan slot ke 5 iaitu Merancang Program yang di sampaikan oleh Encik Shukri Bin Mat Yaacob. Seperti kelaziman dalam slot yang lain, lagu Pengakap di nyanyikan secara bersama. Encik Shukri memperkenalkan kepada kami lagu Gingeng Goli yang sangat menghiburkan. Taklimat yang disampaikan selama 2 jam ini, ternyata tidak membosankan kerana di selang-selikan dengan nyanyian lagu Pengakap. Seterusnya pada jam 11 malam, Istiadat Penyerahan Tugas dilakukan daripada sekawan Merah kepada sekawan Hijau. Turut diberi taklimat kepada ahli Pengakap mengenai kawalan malam atau sentri dengan menggunakan password tertentu bagi menjamin keselamatan peserta kursus. Hari pertama kursus diakhiri dengan pengurusan diri masing-masing, samada terus mendirikan gajet mahupun merehatkan diri.

9.0LAPORAN HARI KEDUA (07 Mac 2015)

0545-0800Pada hari kedua ini kami perlu bangun dan bersiap seawal jam 0600 pagi dan memandangkan sebahagian daripada sekawan Biru Dua perlu berjaga malam untuk kawalan sentry jadi ini memudahkan bagi kami untuk bangun pagi kerana dikejutkan dengan rakan yang bertugas. Setelah selesai bersiap dan solat subuh kami bersiap siap untuk melakukan senaman pagi yang dilakukan di dataran PULAKO yang telah diketuai oleh En. Abdul Halim Bin Wahab. Namun senaman pagi dibatalkan tetapi diteruskan dengan sarapan pagi iaitu bihun goreng dan juga air teh. Jurulatih yang bertugas ada membuat pengumuman kepada semua peserta agar membersihkan kawasan khemah masing-masing dan membuat serta menambah baik gajet kumpulan sekawan masing-masing. Kami diberi masa sehingga jam 9 pagi untuk membuat pengurusan diri dan seterusnya bersiap sedia dengan memakai uniform lengkap untuk meneruskan slot yang seterusnya.

0900-1200 ( AKTIVITI ASAS PENGAKAP )Pada jam 0900 pagi, semua peserta kursus diminta berkumpul di dataran PULAKO bagi menjalankan aktiviti Istiadat Laung Agung, kibar bendera, upacara persetiaan pengakap dan seterusnya taklimat daripada ketua kursus. Sekawan yang bertugas pada pagi itu adalah sekawan Merah. Setelah tamat Istiadat Laung Agung dijalankan, kami berkumpul di dewan terbuka untuk meneruskan slot yang seterusnya iaitu aktiviti asas 1( pengakap kanak-kanak) yang diketuai oleh jurulatih iaitu Encik Shukri B. Mat Yaacob. Pada slot kali ini kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan sekawan yang perlu melengkapkan kepada 4 stesen iaitu stesen 1, ikatan dan simpulan oleh En. Shukri b. Mat Yaacob, stesen 2, pertolongan cemas oleh En. A Jailani b. Che Abas, stesen 3, wogel oleh Tn. Sarudin b. Md. Amin dan stesen 4 Istiadat Laung Agung serta persetiaan dan undang-undang oleh En. Halim b. Abdul Wahab. Melalui 4 stesen ini kami diberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran asas pengakap kanak-kanak di mana kemahiran asas ini akan kami aplikasikan semasa menjadi pemimpin di sekolah kelak. Di antara stesen yang mencabar adalah stesen membuat wogel yang memerlukan kemahiran membuat wogel dengan menggunakan tali mesin jahitan. Setiap peserta perlu menghasilkan wogel secara individu. Setiap stesen diberi masa yang terhad supaya semua peserta dapat mempelajari aktiviti asas tersebut.1200-1330 ( CERITA HUTAN )Setelah selesai menjalani kemahiran asas pengakap di empat stesen, kami kembali berkumpul semula di dewan terbuka untuk mendengar slot yang seterusnya iaitu cerita hutan. Slot pada tengahari tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Hj Dzulkarnain B Mat Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAA yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang kemahiran cerita hutan kepada pengakap kanak-kanak apabila mengajar di sekolah nanti. Slot dimulakan dengan menyanyikan beberapa lagu pengakap seperti Biyake dan Kopi Koma. Suasana cuaca yang agak panas menyebabkan sebahagian dari peserta merasa letih dan juga mengantuk. Di dalam slot tersebut, penceramah ada menyatakan bahawa setiap pemimpin perlu menguasai cerita hutan dan juga beberapa cerita lucu dengan tujuan untuk menarik minat murid kepada persatuan pengakap. Di dalam slot tersebut juga beliau ada menyentuh berkenaan dengan asas kemahiran cerita hutan ini merupakan satu cara untuk menarik minat murid yang sememangnya gemarkan pelbagai jenis cerita. Beliau juga menggariskan beberapa elemen kaedah bercerita kepada para peserta iaitu cerita bertemakan pengajaran, lucu, nasihat, saling menghormati, cerita bersiri, cerita jenaka dan banyak lagi. Bagi tugasan aktiviti berkumpulan pula, setiap sekawan dikehendaki untuk membentangkan sebuah cerita yang bertemakan bebas kepada semua peserta. Masa yang diberikan untuk menyediakan cerita adalah 3 minit dan setiap wakil sekawan perlu bercerita dalam tempoh 2 -3 minit masa yang diberi.Keadaan pada petang itu menjadi hangat dan riuh dengan pelbagai cerita yang diperdengarkan oleh setiap wakil sekawan yang dimulakan dengan sekawan Merah. Setiap wakil mereka sedaya upaya mengolah cerita dengan sebaik mungkin agar menarik perhatian para peserta kursus. Dan secara tidak langsung, kemahiran bercerita ini dapat meningkatkan tahap keyakinan berkomunikasi di khalayak dan meningkat pengetahuan masing-masing. Encik Dzulkarnain mengucapkan syabas kepada semua wakil sekawan kerana berjaya menyampaikan cerita yang terhibur dan berkesan pada slot tersebut dan beliau berharap agar para peserta dapat input yang berguna dengan slot cerita hutan. Slot tersebut diakhiri dengan tepuk pengakap beramai-ramai. Setelah selesai slot tersebut, kami peserta kursus diberi rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor bagi yang muslim. Seterusnya slot akan diteruskan pada jam 2.30 petang.

1430-1630 ( SISTEM PATROL )Pada jam 1430 kami telah bersiap siap dengan pakaian lengkap untuk berkumpul bagi meneruskan slot yang seterusnya. Pada petang itu slot yang seterusnya, dipimpin oleh kami iaitu sekawan Biru Dua selaku sekawan yang bertugas pada petang itu. Saudari Aminah Anuar selaku ketua patrol telah memberi arahan pada dewan agar duduk sedia dan beliau terus melaporkan kepada tuan penceramah iaitu Tuan Hj Hamdan b. Abdul Rahim yang akan memberikan ceramah yang bertajuk Sistem Patrol. Seperti biasa slot pada petang itu dimulakan dengan lagu pengakap. Tujuan lagu pengakap dinyanyikan adalah untuk menimbulkan rasa seronok para peserta kursus. Di antara kandungan yang terdapat di dalam ceramah yang beliau sampaikan adalah sistem patrol yang merupakan tulang belakang bagi sesuatu aktiviti pengakap, apakah tujuan dan juga faedah sistem patrol dan seterusnya syarat- syarat untuk menjadi ketua patrol di dalam pengakap. Di antara syarat-syarat utama seorang ketua patrol adalah fahami serta patuhi peraturan yang diberikan, serta persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap. Beliau turut menyentuh ciri-ciri utama sifat seorang pemimpin, antaranya adalah : Patuh kepada tujuan kepimpinan dan membentuk generasi akan datang Berminat, tabah, sabar, berkeyakinan serta jujur. Ikhlas, berfikiran terbuka serta memberi dan menerima teguran Sentiasa menambah pengetahuan. Tidak berkepentingan diri Berkemampuan & berwibawaDi akhir ceramah yang beliau sampaikan, beliau turut berpesan kepada semua peserta kursus agar sentiasa memupuk minat murid untuk menjadi seorang ketua sekawan atau ketua patrol dengan baik dan mampu memimpin ahli pengakap ke arah pembentukkan sahsiah yang positif dan cemerlang kearah menjadi seorang modal insan yang berjaya sebagai seorang ahli pengakap.

1700-1830 ( PERMAINAN PENGAKAP )Slot yang seterusnya adalah permainan pengakap yang akan dikendalikan oleh Encik Shukri Bin Mat Yaacob. Di dalam slot ini beliau ada memberikan penekan secara khusus kepada semua peserta betapa pentingnya menguasai teknik permainan kanak-kanak di dalam pengakap. Ini kerana apabila mengendalikan perjumpaan bersama dengan murid nanti tentunya selaku pemimpin pengakap para guru perlu mahir untuk mengendalikan permainan dengan bertujuan menimbulkan keseronokan kepada murid. Pada petang itu beliau ada memberikan demostrasi berkenaan dengan permainan yang popular di kalangan ahli pengakap. Tetapi terlebih dahulu, beliau memperkenalkan YELL kepada semua peserta dan setiap sekawan perlu mereka YELL ataupun sorakan sebagai trademark sekawan masing-masing sebagai tanda menghargai kumpulan sekawan yang lain. Ini merupakan pendendahan yang pertama bagi kami yang menyertai kursus ini dan menjadi seronok apabila dipraktikkan. Terdapat beberapa siri permainan yang diperkenalkan di dalam slot ini. Diantaranya ialah, bermain Boom, Pang Ping Pong, Permainan Bola Sorak, Musang dan Ayam, Belalang Belatok dan sebagainya. Para peserta kursus juga berpeluang untuk mencuba permainan yang diperkenalkan. Semua peserta kursus berasa gembira apabila aktiviti permainan dijalankan. Setelah tamat sesi permainan pengakap kami memberikan tepuk pengakap dan seterusnya mendengar sedikit taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia untuk persiapan malam pengakap pada malam ini.Untuk persiapan malam pengakap yang akan berlangsung pada malam ini, kumpulan sekawan kami mendapat tema sahabat sepakat dan juga mendapat giliran melakukan persembahan yang ke-enam. Debaran rasa kian memuncak apabila menyaksikan kumpulan sekawan yang lain sibuk membuat latihan persembahan yang mantap. Kami mengambil sedikit masa pada petang itu untuk berbincang dan membuat latihan untuk malam pengakap.

2030-2330 ( MALAM PENGAKAP )Seawal jam 2030 kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Pakaian pada malam itu adalah diwajibkan mengenakan pakaian seragam yang lengkap. Aturcara pada malam itu dimulakan dengan sedikit teori tentang malam pengakap yang disampaikan oleh Encik Syahariman Bin Hamid selaku pesyarah muzik IPGKTAA dan juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Di dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau di antaranya ialah syarat-syarat untuk mengadakan malam pengakap dan jenis-jenis persembahan yang boleh dilakukan oleh setiap ahli pengakap. Setiap persembahan juga perlu merangkumi beberapa aspek seperti tidak menyentuh isu-isu sensitif dan isu politik serta tidak berkelakukan lucah dalam persembahan. Kriteria pemarkahan juga turut diambil kira dari pelbagai aspek seperti unsur nasihat dalam persembahan. Malam pengakap pada malam itu telah dipengerusikan oleh saudara Nagasami dan juga saudari Fadzlun. Dimulakan dengan sekawan merah satu yang membawa tema pertolongan cemas. Kami diminta memberi YELL kepada sekawan merah untuk persembahan yang mereka lakukan. Tiba giliran persembahan kami yang ke-enam. ramai peserta memberi tepukan. Persembahan malam pengakap tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang jurulatih yang datang untuk melihat persembahan kami. Kumpulan sekawan yang terakhir yang membuat persembahan adalah dari sekawan Jingga dari IPGKDRI. Sesi malam pengakap pada malam itu diakhiri dengan sesi penyerahan tugas dari sekawan jingga kepada sekawan Biru Dua. Sebelum semua peserta bersurai, pihak urusetia mengumumkan nama giliran peserta kursus yang perlu mengawal pada malam terakhir ini. Kami sekawan yang bertugas bermula tengah malam tersebut bersiap sedia untuk hari yang seterusnya dan menyediakan laporan dalam buku yang disediakan. Setelah selesai semua aktiviti pada hari tersebut, semua peserta pulang ke khemah masing-masing dan membuat pengurusan diri seterusnya berehat.

9.0 LAPORAN HARI KETIGA (08 Mac 2015)

Pada hari ketiga kursus, iaitu hari terakhir, ia dimulakan dengan rutin seperti biasa iaitu pengurusan diri, Solat Subuh dan Kuliah Subuh bagi peserta Muslim manakala, bagi peserta non-muslim pula pengisian mereka adalah Pendidikan Moral.Sekitar jam 6.45 pagi kemudiannya, kami meneruskan aktiviti senaman pagi yang diketuai oleh pensyarah kami sendiri iaitu Tn. Hj. Wan Zil bin Wan Daud. Senaman pagi ini berlangsung selama kira-kira 45 minit dan berakhir sekitar jam 7.30 pagi. Kami bersarapan pagi selama kira-kira setengah jam dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.00 pagi. Sarapan kami diagihkan mengukut jumlah ahli sekawan yang dibawa oleh Quarter Master kami pada masa itu.Selesai bersarapan pada pukul 8.00 pagi, kami bersiap-siap untuk pemeriksaan pagi. Khemah kami diperiksa dan gajet-gajet yang kami hasilkan dinilai oleh para juru latih yang bertugas pada pagi itu. Selepas itu, kami menjalankan Istiadat Laung Agung, Istiadat Kibar Bendera, Upacara Memperbaharui Persetiaan Pengakap dan seterusnya mendengar Taklimat oleh Ketua Kursus. Kesemua acara itu tamat kira-kira pada pukul 8.30 pagi.Seterusnya, kami mendengar kursus bertajuk Perjumpaan Pek Mingguan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Hamdan Abdul Manap. Slot ini berlangsung selama kira-kira sejam dan berakhir pada jam 9.30 pagi.Sidang kursus bersambung lagi dengan slot yang bertajuk Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin Pengakap yang disampaikan oleh En. Abdul Ronif bin Jamaludin yang berlangsung selama sejam dan tamat pada pukul 10.30 pagi. Kami berehat selama setengah jam sebelum menyambung sidang pleno pula.Bermula jam 11.00 pagi, Sidang Pleno bermula. Ini diikuti dengan aktiviti mengisi Borang Penilaian Kursus. Acara Sidang Pleno dan mengisi borang penilaian kursus berlangsung selama setengah jam yang tamat pada pukul 11.30 pagi.Kami melakukan persiapan untuk Upacara Perasmian Penutupan Kursus (Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengangkap Kanak-kanak Peringkat Satu) yang mengambil masa kira-kira setengah jam.Kira-kira jam 12.00 tengah hari, Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian sijil pun bermula. Ia diakhiri dengan Istiadat Menurunkan Bendera dan penyerahannya. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 12.45 tengah hari. Seterusnya, kami menjamu selera sebelum berkemas untuk bertolak balik. Setelah semua persiapan selesai, kami bertolak balik ke IPG Kampus Kota Bharu kira-kira pukul 1.30 petang dan tiba di IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 9.30 malam.

10.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1

10.1JAWATAN : PENGERUSI SEBELUM Membuat mesyuarat pada peringkat jawatankuasa kerja serta melantik beberapa orang ahli jawatankuasa induk dan pelaksana Menghubungi pihak penganjur bagi membincangkan tentang tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan kursus. Berjumpa dengan pensyarah penasihat untuk membincangkan kertas kerja bagi kelulusan pihak IPGK dan mengagihkan tugasan kepada ahli yang lain Memantau pergerakkan ahlijawatankuasa kerja dengan tujuan dapat memperbaiki mana-mana kesilapan secara umum dan khusus Menjadi rujukan kepada ahli yang lain dalam melakukan tugasan Memberi arahan bagi setiap tugasan yang berkaitan Berjumpa dengan pihak IPGK bagi kelulusan kertas kerja Membuat follow-up bersama urusetia berkenaan dengan tentative program Sentiasa menyalurkan maklumat terkini berkenaan dengan kursus.

SEMASA

Memastikan kesihatan semua ahli semasa dalam perjalanan Memberi taklimat ringkas tentang perjalanan pada hari pertama Berjumpa dengan pihak urusetia bagi membincangkan tindakan selanjutnya sejurus sahaja tiba ke tempat kursus Sentiasa memberi maklumat berkenaan dengan perjalanan program dan urusan pentadbiran Menjadi ketua patrol dan wakil IPGKKB Memberi khidmat nasihat pada mana-mana bahagian jawatankuasa yang memerlukan bantuan Sentiasa peka dengan apa jua maklumat yang disampaikan oleh pihak urusetia mahupun jurulatih. Memeriksa peralatan yang digunakan oleh ahli kumpulan Memastikan kesihatan ahli semasa tempoh berkursus.SELEPAS

Berjumpa dengan pensyarah bagi membincangkan agenda yang perlu dilakukan oleh ahli seperti penyediaan laporan dan refleksi Membuat post-mortem dan memperbaiki mana-mana kelemahan organisasi Berjumpa dengan wakil setiap jawatankuasa bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan skop tugasan yang telah mereka laksanakan Memantau AJK peralatan dan memastikan setiap peralatan yang telah disimpan di Stor penyimpanan barang Memberi maklumat terkini berkenaan dengan laporan yang perlu disiapkan oleh ahli.

10.2JAWATAN : NAIB PENGERUSI

Sebelum1. Membantu pengerusi membuat perancangan dalam melaksanakan kursus manik kayu peringkat pertama.1. Membuat perbincangan bersama pengerusi serta ahli jawatankuasa yang lain bagi membincangkan tentang perkara yang perlu disediakan sebelum menjalankan kursus pengakap.1. Bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain menyediakan peralatan yang perlu untuk perkhemahan tersebut.Semasa1. Menerima arahan pengerusi bagi menguruskan setiap perkara mengikut tentatif yang disediakan.1. Membantu pengerusi dan ahli jawatankuasa yang lain bagi memudahkan urusan semasa perkhemahan dijalankan.1. Bergerak bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain untuk menjalankan tugas yang dibahagikan.Selepas1. Bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain mengemas khemah dan peralatan yang perlu untuk dibawa balik.1. Membuat postmortem bersama-sama pengerusi dan ahli jawatankuasa yang lain. 1. Membantu membuat laporan bersama-sama.Kekuatan1. Bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menjayakan perkhemahan pengakap ini.

Masalah Yang dihadapi1. Pertukaran tentatif berlaku menyebabkan perjalanan program sedikit terganggu.

Penambahbaikan1. Setiap pertukaran aktiviti perlu dimaklumkan dengan lebih awal bagi memudahkan segala urusan.1. Setiap sekawan yang bertugas perlu peka terhadap setiap perkara.10.3JAWATAN : SETIAUSAHA

Sebelum1. Mendapatkan maklumat mengenai program yang akan dijalankan.1. Berbincang dengan IPGK Dato Razali dan IPGK Ampuan Afzan tentang perlaksanaan program yang akan dijalankan.1. Mengumpul maklumat mengenai program1. Menubuhkan ahli jawatankuasa pelaksana.1. Merangka dan menyiapkan kertas kerja.1. Meminta pandangan dan nasihat dari pensyarah pengiring.1. Berusaha mendapatkan kelulusan daripada pengarah.1. Menguruskan pendaftaran peserta sebagai ahli pengakap.1. Menolong naib setiausaha mendapatkan tandatangan pengarah untuk surat perlantikan pensyarah pengiring.1. Mengagihkan tugas setiap AJK.1. Berbincang dengan ahli jawatankuasa mengenai keperluan program.Semasa1. Menolong AJK lain dalam sebarang pengurusan yang berkaitan.1. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar.Selepas1. Membuat refleksi inidividu.1. Membuat laporan berkaitan program bagi ahli jawatankuasa setiausaha.1. Mengumpul semua refleksi setiap AJK dan laporan setiap AJK untuk disusun dan dikumpul dalam fail.1. Membuat analisis segala kekuatan dan kelemahan yang ada.1. Menyediakan cadangan untuk tujuan penambahbaikan dalam melaksanakan sebarang tugas penyediaan kertas kerja dan perlaksanaan sebarang tugasan pada masa akan datang.1. Menghantar laporan khas berkaitan program ini kepada pensyarah penasihat.

10.4NAIB SETIAUSAHA

SEBELUM Membantu setiausaha menyiapkan kertas kerja bagi kursus manikayu peringkat 1 Membantu setiausaha untuk menelefon pihak pengajur iaitu IPGK TAA Berbincang dengan setiausaha tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Berjumpa dengan pensyarah bagi urusan kertas kerja dibuat Melantik semua ahli jawatankuasa bagi meringankan beban setiausaha dan naib setiausaha. Berbincang dangan ahli jawatankuasa tentang peranan masing-masing apabila kertas kerja diluluskan Sentiasa berurusan dengan pihak penganjur untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum pergi ke kursus manikayu peringkat 1. Setiausaha menyiapkan kertas kerja.

SEMASA Berjumpa dengan pensyarah dan ketua jabatan bagi mendapatkan tanda tangan mereka sebelum mendapatkan kelulusan daripada pengarah sendiri. Berbincang dengan semua ahli jawatankuasa apabila kertas kerja diluluskan supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar sehingga ka hari kemuncak pergi ke IPGKTAA. Taklimat diberikan sebelum bertolak ke IPGKTAA. Ahli jawatankuasa peralatan meminta semua ahli untuk mengambil semua peralatan untuk dibawa ke sana di stor sukan Ahli jawatankuasa bendahari diminta untuk mendapatkan duit bagi urusan pembayaran makan dan minum di sana. Jawatankuasa dokumentasi juga diingatkan supaya membawa kamera dan mengambil gambar untuk dijadikan laporan pada setiap slot. Membuat surat kepada pensyarah pengiring untuk ke kursus manikayu 1 peringkat 1. Jawatankuasa pengangkutan perlu mengurus pengangkutan untuk ke sana IPGKTAA pada 5 mac 2015 dan bertolak selepas majlis KBP.

Selepas Meminta semua ahli jawatankuasa untuk menyiapkan laporan masing-masing Membahagikan kumpulan untuk laporan harian semasa di sana selama 3 hari. Menyiapkan laporan keselurahan untuk dihantar kepada pensyarah penasihat. Mengutip semua refleksi yang ditulis dengan tulisan tangan untuk dimasukkan ke dalam fail yang telah setiausaha sediakan.

10.5JAWATAN : BENDAHARI

Salah satu jawatan penting dalam sesuatu penubuhan Jawatan Kuasa adalah Bendahari. Tugas utama bendahari adalah untuk menguruskan bahagian kewangan. Antara tugas atau tanggungjawab Bendahari adalah;a) Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.b) Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program.c) Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai.d) Menyimpan resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.e) Menyediakan laporan keluar masuk wang.Selaku Bendahari bagi Jawatan Kuasa bagi perkhemahan Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengakap Kanak-kanak: Kursus Peringkat Satu, pelbagai tugas kewangan telah dilaksanakan. Antaranya adalah;i. Menerima wang masuk hasil kutipan daripada ahli bagi pelbagai kegunaanii. Menguruskan pembelian beberapa keperluan seperti membeli tali, makanan kering dan peralatan/keperluan lain yang diperlukan semasa perkhemahaniii. Membuat anggaran perbelanjaan bagi bahan-bahan yang diperlukan semasa Perancangan yang rapi dan kerjasama yang baik daripada setiap ahli serta pihak terlibat telah memudahkan pihak kami untuk menjalankan tugas. Ia juga sangat membantu dalam melancarkan dan menjayakan Program Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengakap Kanak-kanak (Kursus Peringkat Satu) ini dengan jayanya.

10.6JAWATAN : PERSEGARAN

Sebelum1. Menguruskan L.O setelah diluluskan oleh Pengarah IPGKKB. Berbincang bersama rakan sekelas mengenai bahan mentah yang perlu dibawa ke tapak perkhemahan. 2. Menunaikan wang L.O daripada kooperasi dengan potongan 10% daripada dana pendapatan iaitu RM 540.00 dan telah mendapat RM 486.00.3. Mengutip RM 5.00 setiap seorang untuk membuat bayaran buluh.4. Baki sebanyak RM 36.00 telah dikreditkan ke dalam akaun tabung kelas kami.

Semasa1. Menyerahkan duit persegaran sebanyak RM 500.00 kepada Setiausaha IPGTAA.2. Mengambil dan mengagihkan makanan yang telah diberikan kepada peserta atau sekawan.

Selepas 0. Menulis laporan setiap AJK untuk dimuatkan di dalam laporan.

10.7JAWATAN : PERALATAN

Sebelum Berbincang dengan rakan sekelas dan menyenarai pendek peralatan yang perlu di bawa. Menulis senarai barang ke dalam borang permohonan pinjaman peralatan yang di ambil daripada pegawai stor. Memastikan borang telah di semak dan di sahkan oleh pensyarah pengiring. Memaklumkan kepada pegawai stor ketetapan hari untuk mengambil barang. Memilih dan mengenalpasti peralatan yang akan di bawa seperti khemah, parang, cangkul, ground sheet, fly sheet, dan gergaji. Memastikan semua peralatan telah di masukkan ke dalam kenderaan pensyarah pengiring.

Semasa Memastikan khemah dapat digunakan sepenuhnya dan tiada khemah yang rosak. Menjaga keselamatan peralatan yang di bawa. Meletakkan peralatan di ruang yang di sediakan dan dalam keadaan berlabel. Sekiranya peralatan di pinjam oleh sekawan lain, pastikan ianya di pulangkan semula dalam keadaan baik. Mengemas dan melipat khemah dengan kemas. Memastikan ground sheet dan fly sheet dalam keadaan bersih dan di lipat kemas. Membawa pulang kesemua peralatan ke IPGKKB.

Selepas Mengira dan memastikan jumlah peralatan lain cukup dan tiada sebarang kerosakan. Menghantar dan menyusun semula peralatan ke dalam stor. Memaklumkan pemulangan peralatan ini kepada pegawai stor. Memastikan pegawai stor menandatangani borang penghantaran peralatan yang di pinjam.10.8 JAWATAN : PENGANGKUTAN

Sebelum Mengambil dan mengisi borang permohonan penggunaan kenderaan IPGKKB. Mendapatkan tandatangan pensyarah pengiring. Berurusan dengan ketua kerani bahagian pengangkutan untuk memastikan kenderaan ada untuk ke tempat program. Mendapatkan nombor telefon dan maklumat pemandu supaya senang dihubungi. Menghubungi pemandu untuk memaklumkan tentang penggunaan khidmat mereka untuk kursus kepimpinan manik kayu 1. Sehari sebelum perjalanan ke IPG Kampus Ampuan Afzan, Pahang, AJK pengangkutan perlu menghubungi pemandu mengingatkan perjalanan tersebut. Memaklumkan dengan lebih terperinci tentang masa untuk bertolak dan balik serta tempat berkumpul. Semasa Memastikan semua peserta yang terlibat sudah berada dalam van sebelum bertolak. Mengingatkan pemandu tentang masa untuk bertolak balik. Menghubungi pemandu setelah selesai melaksanakan kursus manik kayu peringkat 1.Selepas Sekali lagi memastikan semua guru pelatih telah berada dalam van sebelum bertolak balik. Setelah tiba di IPGKKB, semua guru pelatih mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu. Membuat postmortem mengenai kursus kepimpinan manik kayu peringkat 1. Membuat laporan untuk ajk pengangkutan.

10.9JAWATAN : CENDERAHATI

Pada 26 Februari 2015 bersamaan hari Khamis, saya yang diberi tugas sebagai AJK cenderahati telah mengambil borang di stor peralatan untuk diisi supaya cenderahati dan peralatan lain dapat dikeluarkan untuk digunakan semasa perkhemahan pengakap Manikayu 1 bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk tempoh 3 hari 2 malam iaitu bermula 6 Mac hingga 8 Mac 2015.Selepas mengisi borang keluar barang di stor, saya terus pergi ke bilik pejabat Tuan Hj Wan Zil untuk mendapatkan tandatangan beliau bagi menyokong persetujuan barang tersebut dan beliau juga merupakan pensyarah penasihat bagi subjek Unit Beruniform (pengakap), WAJ 3111 ini. Jika saya gagal untuk mendapatkan tandatangan beliau, maka cenderahati dan peralatan yang lain tidak dapat diluluskan atau dikeluarkan. Cenderahati berbentuk plak dan terukir penghargaan ingatan tulus ikhlas dari IPG Kampus Kota Bharu.Setelah mendapatkan tandatangan Tuan Hj Wan Zil, saya bergegas ke pejabat pentadbiran dengan menunggang motosikal kepunyaan saya. Saya ke pejabat pentadbiran untuk mendapatkan tandatangan ketua kerani (CC) iaitu Encik Syukri. Saya masuk ke pejabat Encik Syukri dengan memberi salam dan beliau membalas salam saya dengan senyuman sinis lalu saya menunjukkan kertas kerja perkhemahan pengakap Manikayu 1 tersebut kepada beliau.Selesai sudah beliau membaca sekali imbas kertas kerja tersebut, Encik Syukri lalu mendatangani borang peralatan stor tersebut berserta dengan copnya. Setelah itu, saya mengucapkan terima kasih lalu beredar dari situ dan kemudiannya bergegas ke stor.Apabila sampai ke stor, saya telah memberikan boring tersebut kepada Pak Cu (ketua stor sukan). Pak Cu pun melihat boring tersebut dengan teliti untuk memastikan pengesahan tandatangan pensyarah penasihat dan ketua kerani (Encik Syukri). Kemudian Pak Cu berkata kepada saya supaya datang pada hari Ahad minggu depan untuk mengambil cenderahati dan barang-barang yang dihendaki. Saya pun bersetuju dan beredar keluar dari stor tersebut.Pada hari Ahad bersamaan 1 Mac 2015, saya pergi ke stor setelah selesai sesi kuliah. Saya mengambil cenderahati dan barang-barang lain iaitu peralatan alat tulis seperti kertas A4, pen, stepler, pen marker. Kemudian cenderahati dan barang-barang tersebut saya simpan untuk sementara waktu di asrama bilik saya.Pada hari Khamis iaitu 5 Mac 2015, setelah selesai Kejohanan Padang dan Balapan, kami sekelas berkumpul di cafe pada pukul 2.30 petang. Saya juga tidak lupa membawa cenderahati dan peralatan alat tulis tersebut. Setelah tiba di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, cenderahati dan peralatan alat tulis saya simpan sehingga pada hari ketiga ketika majlis penutup perkhemahan tersebut, pengerusi kami iaitu Mohd Nazrin telah memberikan cenderahati berbentuk plak itu dihadiahkan kepada ketua jurulatih pengakap iaitu Encik Sarudin Bin Mohd Amin.

10.10 JAWATAN : DOKUMENTASI

Sebelum dan semasa mengambil gambar-gambar penting peserta kursus semasa menyediakan peralatan perkhemahan Mengambil setiap pergerakan peserta semasa mengikuti kursus perkhemahan Mengambil setiap aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk peserta kursus seperti Laung Agung, sentry, memasak, membuat gajet, mengikuti slot yang disediakan pegawai.

Selepas Membuat laporan bertulis Mendapatkan maklumat dan bahan daripada setiausaha dan ajk fotografi untuk pendokumentasian Laporan perkhemahan Melabel gambar dengan penjelasan bagi setiap aktiviti beserta tarikh

Kekuatan Peserta kursus mudah memberikan kerjasama dalam proses pengambilangambar semasa berkursus Penggunaan kamera digital DSLR yang mempunyai kualiti dalam penggambaran

Kelemahan Pergerakan peserta yang agak terhad disebabkan aktiviti yang memerlukan semua peserta terlibat. Contohnya laung agung Penggunaan bateri yang tidak boleh bertahan lama menyulitkan pengambilan setiap gambar peserta kursus.

Penambahbaikan Menetapkan seorang ajk dokumentasi untuk tugas-tugas khas dan tidak terlibat dalam aktiviti kursus.11.0 RUMUSAN

Setelah menyertai kursus kepimpinan manikayu peringkat 1, kami dapat mengesan bahawa pengisian ilmu sebegini merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan. Melalui pengalaman sebenar yang dilalui oleh setiap pelajar, ia memperlihatkan kefahaman dan kejituan pelajar dalam meneroka ilmu kepengakapan. Menariknya, kursus ini telah disertai oleh ahli pengakap semester 4. Jelas, kursus ini telah berjalan lancar serta mencapai objektif bagi unit beruniform.Sepanjang kursus ini, pelbagai input yang diperolehi oleh pelajar antaranya mempraktikkan ilmu kepengakapan yang telah dipelajari meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakatdan bertanggungjawab pada pasukan. Secara tidak langsung juga, kursus ini meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan ahli pengakap dan melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai murni. Sementara itu, kursus ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan hubungan yang harmoni sesama pelajar dalam usaha meningkatkan ilmu dan pengalaman dalam suasana yang santai dan ceria.Konklusinya, kursus yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dan setrusnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pelajar ke arah mempersiapkan diri menjadi pemimpin unit di sekolah.

PENGAKAP KLM03Page 46