lap

Upload: masudah-bt-awang

Post on 14-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANGKOR 32300 PANGKOR PERAK DARUL RIDZUAN Kod Sekolah : ABA 1023

LAPORAN PROGRAM

1. Tajuk UmumProgram Teknik Menjawab UPSR 2015

2. Tajuk Khusus

3. MatlamatMencapai target UPSR 2015 iaitu 58 orang murid yang lulus ABC dan 11 orang murid mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR untuk tahun 2015.

4. ObjektifDi akhir program ini, murid-murid akan dapat: Mengetahui kaedah dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR. Mengetahui topik-topik penting yang perlu dikuasai agar dapat menjawab soalan UPSR dengan betul dan tepat. Meningkatkan pemahaman dalam semua matapelajaran UPSR dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri semasa menduduki peperiksaan UPSR 2015.

5.Rasional Mendedahkan murid kepada isi pembelajaran yang terperinci dan betul. Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan dengan tepat dan betul. Menambahkan motivasi dan semangat murid untuk berjaya dalam UPSR 2013

6. Butir-butir Pelaksanaan

6.1 Tarikh5hingga 6 April 2015

6.2 HariJumaat hingga Sabtu

6.3 Masa02.30 petang hingga 5:00 petang / 8.00 hingga 12.15 tengahari

6.4 TempatDewan SK Seri Pangkor

7. AnjuranUnit Kecemerlangan

8. Sasaran114 murid tahun 6

9. KehadiranHadir : 97 orangTidak Hadir: 17 orang

10. Pelaksanaan/ Program- Ceramah

10. Laporan Kewangan:-

PenerimaanPerbelanjaan

Bil.PerkaraJumlah(RM)Bil.PerkaraJumlah(RM)

1.Sumbangan Wang Kecemerlangan PIBGRM 2384.001.Cenderamata Penceramah

RM200 x 4 orang

RM 800.00

2.Makan/Minum (Murid)Minum Pagi: Kuih muih Teh

Makan Tengahari: Nasi/sayur/ikan @ ayam Air Mineral (botol kecil)

Minum Pagi Kuih muih Teh/Nescafe

RM 195.00RM 65.00

RM 780.00RM 84.00

RM 195.00RM 65.00

RM 1384.00

3.Hadiah Penyertaan MuridRM 200.00

Jumlah BesarRM 2384.00Jumlah BesarRM 2384.00

11. Keputusan(Jika ada/berkaitan) tiada

12. Catatan

Program ini dapat membantu calon-calon UPSR 2013 dengan menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan UPSR. Dengan itu, Unit Kecemerlangan SKSP telah menjemput penceramah- penceramah yang berpengalaman bagi mengisi setiap slot dalam program ini.

Pada hari pertama iaitu Jumaat ( 05 Apr 2013 ), program bermula pada pukul 1005 pagi dengan slot Sains oleh En.Mas Jamallulail B. Mas Mohamed dari SK Seri Pangkor seorang guru berpengalaman dan merupakan salah seorang Ketua Pemeriksa bagi matapelajaran Sains . Semua murid yang hadir serta memberikan tumpuan penuh dengan tips yang diberikan dan membuat latihan pada lampiran yang dibekalkan oleh penceramah. Slot itu tamat pada jam 1205 tengahari dan murid pulang ke rumah sebelum berkumpul semula di sekolah pada jam 2.15 petang.

Slot diteruskan pada jam 2.30 petang dengan matapelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn Norazlin Binti Abd Aziz seorang jurulatih utama bagi Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dari SK Telok Perang. Komunikasi dua hala sentiasa diterapkan dalam slot ini dengan pelajar menjawab soalan di hadapan dewan dan diberikan hadiah oleh penceramah.Slot berakhir pada jam 5.15 petang dan murid pulang ke rumah masing-masing.

Pada hari berikutnya (6 Apr 2013), slot dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Melayu oleh En.Azman Bin Mat Husin seorang guru berpengalaman dari SK Seri Pangkor. Pendekatan menjawab soalan dengan cara yang betul juga tips mencari idea sebelum menjawab soalan diberi agar dapat membantu pelajar menjawab kertas peperiksaan UPSR dengan format UPSR yang sebenar. Lampiran dan latihan tersebut dibekalkan oleh penceramah malah guru juga di minta menjawab soalan tatabahasa.

Setelah rehat pada pukul 10.30 pagi, slot program terakahir pula adalah matapelajaran Matematik oleh En Abu Bakar Bin Karim. Slot ini banyak membantu murid tentang bagaimana memastikan markah dapat diperolehi dengan menjawab soalan dengan betul dan mendapat markah.

Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada peserta program itu sendiri.

Program ini sememangnya dapat membuka minda semua calon-calon UPSR 2013 yang mengikutinya dan ini dapat dilihat melalui latihan serta tindakbalas mereka sepanjang program dijalankan.

Disediakan Oleh,

(MASUDAH BINTI AWANG)Setiausaha ,Program Teknik Menjawab UPSR,SK Seri Pangkor.