langkah mengatasi

4
Langkah/Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Udara Langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara merupakan bahagian terakhir untuk kajian kes PT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh. Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan. Diingat sekali lagi, pelajar mesti menghuraikan cadangan tersebut menggunakan ayat sendiri dengan relevan dan kritis. 1. Penguatkuasaan undang-undang : Denda yang lebih tinggi kepada mereka yang membuat pembakaran terbuka, penjara dan rotan. 2. Kempen kesedaran : Meningkatkan lagi kempen kesedaran di televisyen dan radio serta laman sosial seperti facebook. 3. Menggunakan petrol tanpa plumbum 4. Penggunaan alat catalytic converter pada kenderaan

Upload: orangramai

Post on 14-Sep-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Langkah/Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Udara

Langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udaramerupakan bahagian terakhir untuk kajian kesPT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh. Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan. Diingat sekali lagi, pelajar mesti menghuraikan cadangan tersebut menggunakan ayat sendiri dengan relevan dan kritis.

1. Penguatkuasaan undang-undang :Denda yang lebih tinggi kepada mereka yang membuat pembakaran terbuka, penjara dan rotan.

2. Kempen kesedaran :Meningkatkan lagi kempen kesedaran di televisyen dan radio serta laman sosial seperti facebook.

3. Menggunakan petrol tanpa plumbum

4. Penggunaan alat catalytic converter pada kenderaan

Langkah Mengurangkan Pencemaran (Udara Geografi PT3 2014)Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara dan melaksakan penanaman semula.Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik ialahmengurang penggunaan kenderaan bermotordan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badanSelain itu, pihak kerajaan harusmemperkenalkan undang-undang alam sekitar. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.Disamping itu, pelaksanaanprogram kempen alam sekitarjuga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.Program penanaman semulabertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.Jumlah Markah:20 Markah

Sumber:Langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2014 | melvister.com