langkah membentuk nilai

4
LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI DALAM MASYARAKAT Nilai-nilai murni haruslah diterapkan dalam diri setiap masyarakat terutamanya sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana nilai yang diterapkan akan membentuk perwatakan dan modal insan dalam diri setiap individu. Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan besar untuk merealisasikan hasrat tersebut. Pihak utama yang memainkan peranan ialah ibu bapa. Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha untuk membentuk kesemua anak- anak di Malaysia sudah pasti mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. Justeru,ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik". Pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Di samping itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sukma kanak-kanak tidak harus kita tinggalkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan misalnya

Upload: zulaikha

Post on 19-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modal insan

TRANSCRIPT

Page 1: langkah membentuk nilai

LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI DALAM MASYARAKAT

Nilai-nilai murni haruslah diterapkan dalam diri setiap masyarakat terutamanya sejak dari

kecil lagi. Hal ini kerana nilai yang diterapkan akan membentuk perwatakan dan modal insan

dalam diri setiap individu.

Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan besar untuk merealisasikan  hasrat

tersebut. Pihak utama yang memainkan peranan ialah ibu bapa. Hal ini disebabkan setiap

individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa

sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika

setiap ibu bapa terlibat dalam usaha untuk membentuk kesemua anak-anak di Malaysia sudah

pasti mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. Justeru,ibu bapa perlu menjadi

contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik".

Pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak

langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu

mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan

rasa kekurangan kasih sayang. Keadaan ini   secara tidak langsung akan menjadikan

seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka

mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang.

Di samping itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam

sukma kanak-kanak tidak harus kita tinggalkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan

misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi,

berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan menghargai alam sektiar,

hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan dalam

subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral,  serta Pendidikan Agama

Islam. Untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah

diamalkan secara berkesan. Tambahan pula, para pendidik  harus mementingkan amalan nilai

murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan mengajar murid-murid

terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika berada di dalam kelas, adab sopan

ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan.  Hal ini kerana misi pendidikan negara kita

bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum,

malah juga untuk melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan

bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni Kesopanan dan

Kesusilaan.  

Page 2: langkah membentuk nilai

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan salah satu agen yang penting dalam

membentuk sebuah masyarakat yang penyayang. Pendedahan nilai-nilai murni harus

didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak    sekolah

tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek

Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap

masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut.  Guru-guru pula mesti menyemai sifat

penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti bak pepatah "melentur buluh

biarlah dari rebungnya". Seterusnya  pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa

proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan supaya para pelajar dapat

membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni.

Pihak kerajaan pula berperanan dalam mengambil inisiatif untuk turut membantu

dalam membentuk sebuah masyarakat yang penyayang. Sehubungan itu, kerajaan boleh

mengadakan kempen pembentukan masyarakat penyayang di seluruh negara. Kempen yang

dijalankan mesti holistik dan memberi kesan kepada masyarakat. Papan tanda serta risalah

yang diedarkan mestilah mampu menarik perhatian orang ramai dan seterusnya memberi

impak yang efektif. Sifat yang murni   ini juga boleh menjadi pegangan setiap kakitangan

kerajaan, institusi dan jabatan kerajaan. Pemimpin-pemimpin negara dan negeri juga mesti

selalu menyeru orang ramai supaya bersifat penyayang dalam ceramah dan ucapan mereka.

Hal ini   disebabkan kebiasaannya rakyat akan mengikuti segala yang diseru oleh pemimpin

negara.

Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan

sahsiah kanak-kanak bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung

jangan berserak.  Pihak kerajaan sepatutnya berganding bahu dengan pihak media massa dan

badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi

untuk menggerakkan kempen-kempen secara menyeluruh di tanah air kita kerana bersatu

teguh bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan tidak berkesan

kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat swasta yang bersikap

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen Kami

Prihatin gagal mengurangkan “kemelut sosial” yang semakin berleluasa

dalam masyarakat kita, iaitu isu penderaan bayi. .

Tambahan lagi, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik

amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.  Berdasarkan

Page 3: langkah membentuk nilai

penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan

internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-

kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat.  Mereka akan

tergila-gila kepada media baru.  Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah

mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting,

siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Misalnya, iklan tentang

seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang

kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat

barang amat berkesan kepada penonton. . Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media

massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari

kanak-kanak serta masyarakat dewasa yang lain.  

Kesimpulannya, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak

langkah bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu

pembangunan negara untuk memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020.  Kita sedia

maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam  diri individu akan menyumbang kepada

pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat.  Selaras dengan

peribahasa Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut

yang tidak dapat dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam

kalangan masyarakat.