membentuk jawatankuasa pengelola pertandingan

Upload: soffiandy

Post on 03-Apr-2018

602 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    1/28

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBEF 2703

    PENDIDIKAN KOKURIKULUM

    TAJUK TUGASAN :

    Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan bahawa kegiatan

    persatuan atau kelab dilaksanakan dengan baik dan memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang

    dirancang demi membentuk pelajar yang seimbang dan potensi pelajar dapat diketengahkan

    melalui persatuan atau kelab yang aktif.

    Berdasarkan senario ini anda dikehendaki mengadakan SATU pertandingan di kalangan ahli

    persatuan atau kelab anda. Anda juga boleh mengadakan pertandingan di antara kelas sekolah

    anda.

    PENNY ANAK NATHANAEL NANING

    780327135354001

    013-895-4703

    [email protected]

    SEMESTER 4

    JAN 2012

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    2/28

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    PENGENALAN 1

    MEMBENTUK JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

    PERANAN DAN FUNGSI AHLI JAWATANKUASA

    MERANGKA JADUAL KERJA (CARTA GANTT)

    MEMPROMOSI PERTANDINGAN

    MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

    MENYEDIAKAN PERALATAN PERTANDINGAN

    MEMBENTUK FORMAT PERTANDINGAN

    MELANTIK PENGADIL ATAU PEGAWAI PERTANDINGAN

    MERANCANG JADUAL LATIHAN MURID-MURID

    SURAT-MENYURAT

    Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa

    Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa

    Surat Pinjaman Peralatan

    Surat Kebenaran Menggunakan Tempat Pertandingan

    LAIN-LAIN PERKARA YANG BERKAITAN

    RUJUKAN

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    3/28

    1

    PENGENALAN

    Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangat penting bagi mencapai

    matlamat sesebuah persatuan. Kejayaan sesuatu aktiviti atau program bergantung kepada

    perancangan, pelaksanaan dan pengendalian aktiviti tersebut dilaksanakan. Perancangan aktiviti

    bermaksud merancang, merangka, menyusun, aktiviti dan menyelaras tugas yang telah

    dirancang.

    Mengendalikan aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal atau

    melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang telah dirancang. Sebelum sesuatu aktiviti

    dilaksanakan, Jawatankuasa Kerja Persatuan perlu membuat perancangan bagi melaksanakan

    sesuatu aktiviti. Antara tujuan mengadakan perancangan aktiviti ini adalah supaya memastikan

    bahawa sesuatu aktiviti atau program tersebut lebih menarik, mendatangkan manfaat dan

    menghasilkan kejayaan yang selaras dengan matlamat penubuhan persatuan berkenaan. Antara

    langkah-langkah bagi merancang program atau aktiviti tersebut menurut Ab. Alim (2004) adalah

    seperti berikut;

    - Membuat kertas kerja.- Mengadakan mesyuarat penyelarasan.- Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas.- Mengadakan mesyuarat susulan.- Mengendalikan semua surat-menyurat.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    4/28

    2

    MEMBENTUK JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

    Bidang tugas sesebuah organisasi persatuan yang ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah

    hampir mempunyai persamaan dengan bidang tugas persatuan di luar institusi pendidikan.

    Persatuan yang ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah mempunyai beberapa jawatankuasa

    di peringkat pentadbiran (penaung, pengerusi, setiausaha, timbalan setiausaha, bendahari,

    timbalan bendahari, ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira) dan di peringkat teknikal

    (jurulatih, fisioterapi dan pengadil).

    PERANAN DAN FUNGSI AHLI JAWATANKUASA

    1. Pengerusi- Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan

    semua mesyuarat.

    - Meneliti catatan minit mesyuarat.- Memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    2. Naib Pengerusi- Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.- Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    3. Setiausaha- Menguruskan hal-hal surat menyurat.-

    Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau laporan kegiatan-kegiatanpersatuan.

    - Mencatat kehadiran para ahli.- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    5/28

    3

    4. Penolong Setiausaha- Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.- Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    5. Bendahari- Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan

    kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahihannya.

    - Menyediakan Penyata Kunci Kira-Kira bulanan dan tahunan sertamenandatangannya.

    - Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuaratJawatankuasa Persatuan.

    - Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam MesyuaratAgung atau Mesyuarat Akhir Tahun.

    - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa kesemasa.

    6. Penolong Bendahari- Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

    7. Ahli Jawatankuasa- Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti persatuan yang

    dirancang dan dilaksanakan.

    - Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

    semasa.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    6/28

    4

    8. Pemeriksa Kira-kira Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan

    bertanggungjawab ke atasnya.

    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

    9. Urusetia Memastikan perjalanan aktiviti berlangsung dengan baik. Berperanan sebagai Jawatankuasa Kerja. Memastikan semua peralatan dalam pertandingan mencukupi. Menyebarkan maklumat kejohanan seperti peraturan kejohanan kepada peserta. Memastikan kehadiran pengadil di setiap vanue kejohanan.

    10.Disiplin dan Keselamatan- Memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam keadaan baik dan terkawal.- Mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pegawai bertugas dan

    pengadil sepanjang masa kejohanan.

    11.Pendaftaran- Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta

    mencukupi sepanjang kejohanan.

    - Menentukan giliran peserta.

    12.Hadial, Sijil dan Cenderahati- Menyelia, mengurus dan menyusun cenderahati, hadiah dan sijil yang berkaitan.- Menyelia dan mengurus meja hadiah, sijil dan cenderahati serta dulang dan alasnya.

    13.Promosi dan Kain Rentang- Menyelaras hebohan kejohanan.- Menyiapkan kain rentang untuk mempromosikan kejohanan.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    7/28

    5

    14.Makanan dan Minuman- Mengurus makanan dan minuman peserta, guru, petugas dan para jemputan.- Membuat tempahan makanan dan minuman para peserta, petugas dan jemputan.- Memastikan penyediaan makanan dan minuman tepat pada masa yang telah

    ditetapkan.

    15.Pengadil atau Empire- Menentu dan menyelaraskan syarat-syarat pertandingan.- Menentukan pemenang pertandingan.- Memastikan keputusan pertandingan secara adil dan telus.- Memeriksa, menyemak serta mengesahkan keputusan serta bertanggungjawab ke

    atasnya.

    Dalam mengendalikan Persatuan Badminton sekolah ini, guru penasihat seharusnya menyelaras

    dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang

    dirancang. Guru penasihat perlulah memberikan maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa

    persatuan agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Bidang kerja yang diberikan

    merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa persatuan yang bakal dibentuk kelak.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    8/28

    6

    CARTA ORGANISASI KELAB BADMINTON

    SK SIKUATI 2013

    PENAUNG

    ENCIK FARMAN B. LIUN

    [ Guru Besar ]

    PENGERUSI

    ENCIK MOHD. SOFFIANDY

    SAIDIE

    GURU PENASIHAT KELAB

    PENASIHAT

    PUAN SOFIAH@MAILIN ABD. RAHMAN

    [ PK KOKUM ]

    Tahun 3 : Mohd. Syahir Saufie

    Tahun 4 : Gebelto Albacham

    Tahun 5 : Md. Aiman Ismail

    Tahun 6 : Ryen Arry Wait

    1]. Encik Mohd. Soffiandy Saidie

    2]. Puan Maimun Hamdan

    3]. Puan Eka Wahyuni Jailani

    4]. Puan Yasmin Keriya

    5]. Puan Penny Nathanael

    AHLI JAWATANKUASA

    KELAB

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    9/28

    7

    MERANGKA JADUAL KERJA (CARTA GANTT)

    CARTA GANTT PROGRAM PERSATUAN BADMINTON SK. SIKUATI 2013

    Bil Aktiviti

    1 Pembentukan AJK x

    2 Perjumpaan Ahli x x x x x x x x x x

    3 Penentuan Program x

    4 Pertandingan (Sekolah) x

    5 Pertandingan (Daerah) x

    6 Perlaksanaan Fokus Kemahiran x x x x x x x x

    7 Program Mencari Bakat (Sekolah) x x x x x

    8 Latih Tubi/Drilling x x x x x x x x x x

    9 Pembubaran AJK (Murid)

    Jan

    Bulan

    Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    10/28

    8

    MEMPROMOSI PERTANDINGAN

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    11/28

    9

    MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    12/28

    10

    MEMBENTUK FORMAT PERTANDINGAN

    Sistem pertandingan liga dilaksanakan dalam pertandingan bidang sukan dan permainan.

    Pertandingan ini lebih praktik dijalankan bagi menentukan pasukan/individu yang terbaik dalam

    sesuatu kejohanan. Perkara-perkara yang seharusnya pihak pengelola ambil perhatian adalah

    seperti berikut;

    - Masa yang mencukupi.- Kewangan yang ada.- Bilangan pengadil.- Kemudahan dan peralatan yang ada.

    Pertandingan liga boleh dijalankan dalam;

    - Liga satu pusingan.- Liga berkumpulan.

    CARTA KEPUTUSAN PERTANDINGAN (INDIVIDU)

    Pasukan A B C D E Skor Kena Mata Kedudukan

    A

    B

    C

    D

    E

    Carta Keputusan Pertandingan Liga Satu Pusingan

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    13/28

    11

    CARTA KEPUTUSAN PERTANDINGAN KUMPULAN A

    Pasukan A B C D E Skor Kena Mata Kedudukan

    A

    B

    C

    D

    E

    CARTA KEPUTUSAN PERTANDINGAN KUMPULAN B

    Pasukan A B C D E Skor Kena Mata KedudukanA

    B

    C

    D

    E

    Carta Keputusan Pertandingan Liga Berkumpulan

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    14/28

    12

    MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    Peraturan Pertandingan Badminton

    Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Badminton di sekolahrendah - Kategori Terbuka.

    Penyertaan adalah kepada empat (4) pasukan lelaki dan empat (4) pasukanperempuan pertama yang mendaftar pada atau sebelum tarikh tutup 19hb Mac 2013.

    Bayaran penyertaan pertandingan adalah percuma.

    Satu pasukan mesti terdiri tidak lebih daripada dua (2) orang dan mesti berumur 10tahun ke atas pada tarikh penyertaan. Undian giliran bertanding ditentukan semasa

    pendaftaran .

    Kehadiran peserta mestilah tepat pada masa yang ditentukan. Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan yang lengkap. Pemarkahan diberi mengikutsistem kalah mati. Keputusan hakim adalah muktamad. Pemberian hadiah utama adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala

    pasukan lain berhak menerima hadiah saguhati.

    Pihak penganjur berhak menarik balik penyertaan mana-mana pasukanyang melanggar peraturan yang dinyatakan diatas.

    Pertandingan akan diadakan di Dewan Serbaguna Sikuati, Kudat.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    15/28

    13

    MELANTIK PENGADIL ATAU PEGAWAI PERTANDINGAN

    JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN BADMINTON MSSM SK. SIKUATI

    KALI KE-2 TAHUN 2013

    Penaung : En. Farman Liun (Guru Besar)

    Penasihat : Pn. Mailin@Sofiah Abd. Rahman (Penolong Kanan KO-Kurikulum)

    Pengerusi : En. Mohd. Soffiandy Bin Saidie

    Setiausaha : Pn. Maimun Hamdan

    Urusetia : Pn. Yasmin Keriya

    (dibantu oleh lima (5) orang ahli pengakap sekolah)

    Disiplin dan Keselamatan : Pn. Eka Wahyuni Jailani (Guru Disiplin)

    (dibantu oleh dua (2) pengawal keselamatan sekolah)

    Promosi dan Kain Rentang : En. Syafiq Akmal

    Pendaftaran : Pn. Maya Murni Jamali

    (dibantu oleh tiga orang AJK)

    Hadiah, Sijil dan Cenderahati : Pn. Sitti Rasmah Madtutuh

    (dibantu oleh dua (4) murid perempuan tahun 6)

    Makanan dan Minuman : Pn.Hjh. Zainab Hj Ahmadul

    (dibantu oleh lima (5) murid tahun 6)

    Pengadil/Empire : En. Abu Zarrin Abu Bakar

    En. Justin Sadun

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    16/28

    14

    Pembantu Pengadil Garisan : En. Maxcey Michael Bejuet

    En. Diasson Allwin Frankie

    En. Agnetius Ezra

    Pn. Maini Malusan

    Kecemasan : Pn. Shuhaina Hj Edris

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    17/28

    15

    MERANCANG JADUAL LATIHAN MURID

    :

    :

    :

    MONTHS

    WEEKENDS

    DOMESTICS

    INTERNATIONAL

    TRAINING PHASE

    STRENGTH

    ENDURANCE

    SPEED

    MACRO-CYCLES

    MICRO-CYCLES 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52

    1 2

    X X X

    H

    100%

    VOLUME 90%

    INTENSITY 80%

    PEAKING 70%

    60%

    50% 90% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 90%

    PHYSICAL PREP. 40% 70% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 70%

    TECHNICAL PREP. 30% 50% 60% 50% 60% 60% 70% 60% 50% 50% 50% 50%

    TACTICAL PREP. 20% 40% 40%

    PSYCHOLOGY PREP. 10% 2 0% 2 0%

    MEETS/LOCATION

    MEDICAL CONTROL DATES

    TR = 8 WEEKS

    PEAKING INDEX

    TESTING DATES

    PERI

    ODIZATION

    MESOCYCLES GEN PREPARATION

    TR = 5 WEEKS TR = 9 WEEKS TR = 7 WEEKSR=1-2

    TR = 9 WEEKS TR = 9 WEEKSR=2-4

    R=2-4

    ATHLETE'S NAME'

    HOLS/CAMP/SEMI-CAMP

    MAJOR TRAINING PERIODS

    R=1-2

    R=1-2

    P ERFORMANCE TE STS/STANDARDS P HYSICAL P REP ARATIONS

    THE CHART OF T HE ANNUAL PLAN

    TYPE

    YEAR

    COACH

    TRAINING OBJECTIVES

    TECHNICAL PREPARATIONS TACTICAL PREPARATIONS PSYCHOLOGY PREP.

    1. GOAL SETTING

    2. RELAXATION2. EVENT SPECIFIC TEST (AEROBIC + ANAEROBIC)

    1. FITNESS TEST 1. CARDIOVASCULAR END.

    3. SCHOOL FITNESS TEST 2. STRENGTH TRAINING 3. +VE SELF TALK

    5. IMAGERY

    4. CONCENTRATION

    3. SPEED ENDURANCE

    (A.A., GENERAL, MUSCULAR4. TIME CLOCKE D AT COMP.

    DATESDEC JAN FEB SEPT OCTMAC APRIL MAY JUNE JULY AUG

    7

    NOV

    CALENDAR

    OFCOMPETITIONS

    TRANSITION1 2 3

    GENERAL STRENGTH MUSCULAR STRENGTH

    4 5 6S PE P RE PA RA TION 1 P RE COM P 1

    MAINTENANCE

    COPM 1 PRE COMP 2

    BASIC SPEED BASIC

    AEROBIC

    PREPARATION TRANSITIONMINTENANCECOMPETITION

    8COMP 2 COMP 3 SPE PREPARATION 2

    GENERAL STRENGTH

    9

    ANAEROBIC

    SPEED ENDURANCE MAXIMAL SPEED

    AEROBIC

    TRAINING

    FACTORS

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    18/28

    16

    SURAT-MENYURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA

    Tarikh : 10.03.2013

    Rujukan: SKSI/800-5/2013

    Kepada,

    .............................

    Tuan/Puan,

    PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

    BADMINTON MSSM SEKOLAH KEBANGSAAN SIKUATI KALI KE-2 TAHUN 2013

    Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

    02. Berikut ialah ketetapan mesyuarat tersebut;

    Tarikh : 14 hb. Mac 2013

    Masa : 11.00 pagi12.00 tengahari.

    Tempat : Bilik Gerakan SK. Sikuati

    03. AgendaUcapan alu-aluan Pengerusi

    Penetapan tarikh, masa dan tempat kejohanan

    Cabutan undi

    Hal-hal lain

    SEKOLAH KEBANGSAAN SIKUATI,

    PETI SURAT 121,

    89057 KUDAT.

    Tel : 088612344

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    19/28

    17

    04. Sehubungan dengan itu, Pengelola Kejohanan MSSM Zon Sikuati sangat berbesar hati danmengharapkan kehadiran tuan/puan.

    Sekian Terima Kasih,

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah

    ..............................................(En. Mohd.Soffiandy Bin Saidie)

    Pengerusi Kejohanan MSSM Kali-2

    SK.Sikuati 2013

    s.k

    Fail

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    20/28

    18

    SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

    Tarikh : 10.03.2013

    Rujukan: SKSI/800-5/2013

    Kepada,

    .............................

    Tuan/Puan,

    SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN BADMINTON MSSM

    SEKOLAH KEBANGSAAN SIKUATI KALI KE-2 TAHUN 2013

    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    02. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan / puan dilantik sebagai............................................................................................

    03. Sempena Kejohanan Badminton MSSM SK.Sikuati kali ke-2 Tahun 2013 mengikutketetapan berikut:

    Tarikh : 20hb. Mac 2013Hari : Rabu

    Masa : 8.00 pagi

    Tempat : Dewan Serbaguna SIKUATI

    SEKOLAH KEBANGSAAN SIKUATI,

    PETI SURAT 121,

    89057 KUDAT.

    Tel : 088612344

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    21/28

    19

    04. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan dengan kadar segeramengenai perlantikan tersebut di atas kepada pihak penganjur kejohanan bagi bertujuan

    untuk memudahkan pengurusan .

    05. Sehubungan dengan itu Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan SK. Sikuati sangat berbesarhati dan mengharapkan kehadiran tuan/puan.

    Sekian Terima Kasih,

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah

    ..............................................(En. Mohd.Soffiandy Bin Saidie)

    Pengerusi Kejohanan MSSM Kali-2

    SK.Sikuati 2013

    s.k

    Fail

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    22/28

    20

    SURAT PINJAMAN PERALATAN

    Tarikh : 15.03.2013

    Rujukan: SKSI/800-5/2012

    Kepada,

    Pegawai Pelajaran Daerah,

    Pejabat Pelajaran Daerah Kudat,

    89058 Kudat

    SABAH

    ( U.p : EN. ABDULLAH BIN AKOP )

    Penyelia Unit Ko kurikulum

    Tuan,

    MEMOHON MEMINJAM PERALATAN SUKAN

    Sukacita dimaklumkan perkara di atas. SK Sikuati akan mengadakan akan menganjurkan

    Kejohanan Badminton MSSM Sk. Sikuati Kali Ke-2 pada 20hb. Mac 2013.

    02.Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminjam beberapa peralatan sukan yang akandigunakan sepanjang kejohanan ini. Senarai peralatan yang ingin dipinjam adalah seperti

    pada Lampiran A di sebelah.

    03.Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai demi menjayakan Kejohanan Badminton MSSMSk. Sikuati kali ke-2 Tahun 2013.

    SK.SIKUATI,PETI SURAT 121,

    89057 KUDAT.Tel: 088612344

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    23/28

    21

    Sekian , terima kasih.

    Majulah Sukan Untuk Negara

    Saya yang menurut perintah

    ..............................................

    (En. Mohd.Soffiandy Bin Saidie)

    Pengerusi Kejohanan MSSM Kali-2

    SK.Sikuati 2013

    S.K,

    Fail

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    24/28

    22

    LAMPIRAN A

    BIL PERALATAN JUMLAH CATATAN

    1.Net Badminton 2 buah2. Podium (pemenang) 1 buah3. Tiang Net 4 Batang4. Bangku Empire (pengadil) 2 Buah5.

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    25/28

    23

    SURAT KEBENARAN MENGGUNAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

    Tarikh : 15.03.2013

    Rujukan: SKSI/800-5/2013

    Kepada,

    PENGURUS KAWASAN

    LEMBAGA BANDARAN KUDAT,

    KUDAT.

    (UP: EN SISAL SALLEH)

    Tuan,

    MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN SERBAGUNA SIKUATI

    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2.0 Merujuk kepada mesyuarat Penyelarasan Persatuan Badminton SK. SIKUATI kali ke- 2Tahun 2013 yang bertarikh 6hb. Februari 2013, semua ahli jawatankuasa bersetuju dan

    bercadang untuk menggunakan Dewan Serbaguna Sikuati bagi Kejohanan Badminton

    MSSM peringkat SK.Sikuati mengikut ketetapan seperti berikut:

    Tarikh : 20hb. Mac 2013

    Hari : Rabu

    Masa : 8.00 pagi

    SK.SIKUATI,PETI SURAT 121,

    89057 KUDAT.Tel: 088612344

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    26/28

    24

    Tempat : Dewan Serbaguna SIKUATI

    3.0 Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai demi menjayakan Kejohanan ini.

    Sekian , terima kasih.

    1 Malaysia , Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan

    Saya yang menurut perintah

    ..............................................

    ( En. Mohd.Soffiandy Bin Saidie)

    Pengerusi Kejohanan MSSM Kali-2

    SK.Sikuati 2013

    S.K,

    Fail

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    27/28

    25

    LAIN-LAIN PERKARA YANG BERKAITAN

  • 7/28/2019 Membentuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

    28/28

    RUJUKAN

    Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Kursus perguruan lepas ijazah: Pengurusan gerak kerja

    kokurikulum. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Bahagian Sukan. (2011).Modul latihan sukan untuk guru penasihat : Sukan badminton sekolah

    menengah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Sukan. (2011).Modul latihan sukan untuk guru penasihat : Sukan badminton sekolah

    rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

    Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasikan teori psikologi dalam sukan. Kuala

    Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Wee Eng Hoe, (1998). Pengajaran Pendidikan J asmani dan Kesihatan

    (pengkhususan); Siri Diploma Perguruan. Shah Alam: Fajar bakti Sdn Bhd.