langkah langkah yang diambil bismark di jerman selepas 1871

12
SEJARAH TUAN NURHASNIZA TUAN ZAID AMIRA AHMAD LOTFI

Upload: azamhazel

Post on 27-Jul-2015

326 views

Category:

Presentations & Public Speaking


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

SEJARAH• TUAN NURHASNIZA TUAN ZAID• AMIRA AHMAD LOTFI

Page 2: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL

OLEH BISMARK UNTUK MENYATUKAN JERMAN SELEPAS TAHUN 1871 ?

;

SOALAN :

Page 3: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

PENDAHULUANOtto Von Biismark merupakan tokoh yang berjaya

menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat . Pada peringkat pertama beliau melancarkan peperangan terhadap negara asing yang menguasai wilayah jerman .

Pada peringkat kedua , beliau melakukan perubahan dalam bidang ekonomi ,politik, dan sosial bagi menyatukan Jerman .

Page 4: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

LANGKAH-

LANGKAH

Memulihkan keamanan

Pemulihan sosial

Memajukan sektor pertanian dan perdagangan

Membangunkan sektor

perindustrian

Memperkenalkan perlembagaan

jerman

Menyekat pengaruh

gereja

Menyeragamkan sektor ekonomi

Page 5: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MEMULIHKAN KEAMANAN

Bismark mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keamanan dan keselamatan untuk membangunkan Jerman.

Bismark menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.

Pada tahun 1882,Bismark mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai perikatan bertiga.

Menerusi perikatan ini ,beliau berharap negara-negara lain tidak akan melancarkan peperangan terhadap Jerman.

Page 6: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MEMPERKENALKAN PERLEMBAGAAN JERMAN

Bismark mengukuhkan penyatuan Jerman dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman.

Perlembagaan ini memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah parlimen yang terdiri daripada Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja.

Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terletak di tangan Canselor dan Kaiser.

Perlembagaan ini memberi kuasa kepada Bismark untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.

Page 7: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MENYEKAT PENGARUH GEREJA

Semasa pemerintahannya, Bismark menghadapi masalah dengan Gereja Roman Katolik.

Beliau bimbang kebangkitan Gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri Jerman.

Bagi mencegah perkembangan ini Bismark memulakan pergerakan antigerja yang dikenali sebagai ‘kulturkampf’.

Beliau meluluskan undang-undang Mei bagi menyekat perkembangan gereja katolik di Jerman .

Page 8: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MERAGAMKAN SEKTOR EKONOMI

o Bismark mengukuhkan penyatuan Jerman dgn memperkenalkan sistem ekonomi yg teratur & cekap.

o Beliau memperkenalkan sistem cukai , mata wang serta sistem sukatan & timbangan yg seragam di seluruh negara.

o Beliau menyatukan perkhidmatan pos & telegraf di seluruh Jerman

o Beliau membina rangkaian landasan kereta api yg menghubungkan seluruh wilayah di Jerman .

Page 9: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MEMBANGUNKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

Bismark mengambil langkah menjadikan Jerman negara perindustrian yg kaya.

Beliau menubuhkan Kartil utk menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman.

Pada tahun 1875, bank kebangsaan yg dikenali sbg Reich Bank ditubuhkan bg memberi pinjaman kpd pengusaha.

Daerah-daerah perusahaan baharu diwujudkan di sepanjang lembah Rhine, Ruhr, Saar & Silesia.

Page 10: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN & PERDAGANGAN

Bismark mengambil langkah2 utk membangunkan sektor pertanian & perdagangan.Baja-baja murah dikeluarkan utk meningkatkan pengeluaran pertanian.Beliau juga memperkenalkan undang-undang tarif bg menyekat kemasukan barang-barang dari luar spt Britain & Perancis.

Page 11: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

PEMULIHAN SOSIAL

Bismark memperkenalkan rancangan sosial bg merapatkan jurang antara golongan kaya dgn golongan miskin.Beliau memperkenalkan undang-undang bagi membaiki taraf hidup golongan pekerja di kilang-kilang baharu.Antara undang-undang yg diperkenalkan oleh beliau ialah Undang-undang Insurans Sakit & Undang-undang Insurans Hari Tua.Menerusi undang-undang ini, beliau berjaya mewujudkan perpaduan dlm kalangan pelbagai lapisan penduduk Jerman.

Page 12: Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871

BISMARK MERUPAKAN TOKOH YG MEMILIKI KEBIJAKSANAAN DLM MEMANIPULASIKAN ISU DEMI MENCAPAI MATLAMATNYA IAITU

MENYATUKAN JERMANBELIAU JUGA MEMBANGKITKAN SEMANGAT

NASIONALISME DLM KALANGAN ORG JERMAN.