langkah-langkah meningkatkan kualiti kebersihan di ppukm

32
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015 GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KAJIAN MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM SERTA LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK SITI NABILAH BINTI SUDARMIN A141946 SITI NABIHAH BINTI SANEK A141983 SHERY JOUFLIN A141808 HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN A143710 NUR NAJIBAH BINTI MARZUKI A141401 PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

Upload: bella-damin

Post on 15-Feb-2017

652 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATANFAKULTI PERUBATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIASESI 2014/2015

GGGE 2123TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

KAJIAN MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM SERTA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI

SEKITAR PPUKM

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK

SITI NABILAH BINTI SUDARMIN A141946

SITI NABIHAH BINTI SANEK A141983

SHERY JOUFLIN A141808

HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN A143710

NUR NAJIBAH BINTI MARZUKI A141401

PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

Page 2: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

PENDAHULUAAN

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang tahap kebersihan di sekitar kawasan Pusat

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta langkah-langkah untuk

meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan

oleh pelajar tahun 3 ijazah sarjanamuda kejururawatan dengan kepujian seramai enam orang.

Kajian ini juga dijalankan menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada seramai 30

orang responden, tergolong daripada orang awam, kakitangan PPUKM serta pelajar. Maklumat

yang diperoleh daripada responden akan dianalisa untuk mendapatkan maklumat bagi kajian

yang dijalankan.Setelah borang kaji selidik selesai dianalisa, sesi perbincangan antara ahli

kumpulan diadakan bagi bertukar-tukar maklumat serta pendapat mengenai hasil analisa kajian

yang dijalankan. Penyertaan daripada setiap ahli kumpulan akhirnya dapat menghasilkan satu

kajian yang lengkap. Kajian merangkumi tahap kebersihan di kawasan PPUKM, kaedah

meningkatkan kualiti di kawasan PPUKM dan penilaian tahap kesedaran pelanggan terhadap

kepentingan kebersihan di PPUKM.

Page 3: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

PERMASALAHAN KAJIAN

Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan telah diberi tugasan untuk menjalankan

kajian tentang langkah-langkah unuk meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM.

Sepanjang kajian dijalankan, kami telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang timbul.

Antaranya adalah proses menstruktur soalan-soalan kajian yang dimasukkan ke dalam borang

kaji selidik kami. Kami mendapati kami tidak mahir dalam menstruktur soalan positif dalam

setiap ayat kajian. Setelah mendapat tunjuk ajar serta nasihat daripada pensyarah yang memberi

dorongan, akhirnya satu set soalan lengkap selesai dihasilkan. Hal yang demikian menyumbang

kepada proses pengedaran borang kajian soal selidik yang memakan masa yang panjang dan

akhirnya melambatkan proses kajian berjalan.

Di samping itu, pencaria responden bagi mengisi borang kaji selidik turut menyumbang

kepada permasalaha kajian kami yang kedua. Walaupun pesakit dan kakitangan di PPUKM

ramai, namun kekangan masa bekerja serta jadual yang padat membataskan proses pengedaran

borang kajian. Sementelahan, ada dalam kalangan responden tidak memberi kerjasama dalam

menjayakan kaji selidik ini meskipun setelah berulang kali dijelaskan mengenai tujuannya.

Dalam masa yang sama, kebanyakan wad atau tempat posting klinikal tidak bersesuaian dengan

pengedaran borang kaji selidik kerana faktor pengurusan masa dan pesakit yang rigid.

Permasalahan seterusnya adalah melibatkan proses menganalisa hasil kajian. Hal yang

demikian kerana, kami kurang arif dalam memindahkan data-data mentah ke dalam sistem SSPS.

Masalah juga timbul apabila sistem SSPS tersebut tidak ada dalam tangan. Namun, kami

berusaha mencari alternative lain dengan menggantikan sistem SSPS dengan Microsoft Excel.

Kami menggunakan maklumat-maklumat yang ada dalam internet dan carian Youtube untuk

Page 4: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

mempelajari langkah-langkah memindahkan data-data mentah kajian ke dalam sistem. Akhirnya,

satu hasil kajian lengkap dapat dihasilkan.

Page 5: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

OBJEKTIF KAJIAN

i. Menilai tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM).

ii. Kaedah meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti

Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

iii. Menilai tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Page 6: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

i. Adakah tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM) dalam keadaan bersih?

ii. Apakah kaedah dalam meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia?

iii. Apakah tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)?

Page 7: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

METODOLOGI KAJIAN/ KAEDAH

Bagi menjayakan kajian ini, kami telah mengunakan borang kajian yang mengunakan skala likert

sebagai metod bagi mendapatkan maklumat terkumpul untuk dapatan kajian. Borang ini

terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemolehubah terikat (Bahagian A) dan pembolehubah tidak

terikat (Bahagian B,C,dan D). Pembolehubah tidak terikat terdiri daripada soalan demografik

data responden, manakala pembolehubah terikat terdiri daripada soalan berbentuk pernyataan

mengunakan skala likert, iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat

setuju.(1-5)

Kaji selidik ini telah dilakukan di sekitar kawasan Pusat Perubatan Universiti

Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dengan jumlah responden sebanyak 30 orang. Responden yang

menyertai kajian ini terdiri daripada pelbagai lapisan profesionalisme.

Melalui kajian ini, kami telah berjaya mengumpul data yang dikehendaki untuk

dijadikan satu hasil dapatan kajian yang lengkap.

Page 8: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

RAJAH 1 : JANTINA RESPONDEN

Borang kaji selidik telah diagihkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada

kakitangan , pelajar dan orang awam yang berada di PPUKM. Daripada 30 orang responden

yang terlibat, 25 daripada mereka adalah perempuan bersamaan dengan 83% manakala

selebihnya terdiri daripada 5 orang responden lelaki yang mewakili 17% carta pai.

Page 9: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RAJAH 2 : UMUR RESPONDEN

Daripada perspektif umur, kami dapati responden yang terlibat 9ajority terdiri daripada

lingkungan umur 31-40 tahun diikuti dengan 21-30 tahun dan 41-50 tahun. Masing-masing

diwakili oleh, 51%, 45% dan 2%. Daripada data ini, kami dapat simpulkan bahawa responden

yang terlibat dalam kajian kali ini terdiri daripada golongan dewasa (31-40 tahun).

Page 10: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RAJAH 3 : KELAYAKAN AKADEMIK

Dapatan kajian ini juga meliputi data kelayakan akademik responden bagi mengetahui

taraf pendidikan responden yang terlibat. Data ini diperlukan kerana, taraf pendidikan

memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapat dan mengutarakan idea bagi

membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM. Setelah menganalisa, kami dapati

majoriti responden mempunyai kelayakan akademik diperingkat ijazah sarjanamuda (67%),

diikuti diploma (23%), SPM (7%) serta lain-lain (3%).

Page 11: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RAJAH 4: KEBERSIHAN PERSEKITARAN PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG

SANGAT BAIK.

Bagi menilai tahap kebersihan dikawasan persekitaran PPUKM kami telah mendapatkan

pandangan serta pendapat daripada responden yang terlibat melalui satu boring kaji selidik yang

telah diedarkan. Daripada kaji selidik tersebut, kami mendapati seramai 18 orang daripada 30

responden bersetuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara keseluruhan berada dalam

keadaan yang sangat baik. Ini mewakili peratusan tertinggi iaitu 60%, namun begitu masih

terdapat 7 responden mewakili 23% kurang setuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara

keseluruhan berada dalam keadaan yang sangat baik. Walau bagaimanapun terdapat seorang

responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan soalan yang diajukan dalam borang kaji

selidik.

Page 12: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RAJAH 5 : TAHAP KEBERSIHAN TERHADAP KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI

PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK

Bagi menilai tahap kebersihan di PPUKM, kami telah mengecilkan skop soalan kajian

kepada tahap kebersihan kemudahan yang disediakan di PPUKM seperti tandas dan kafe. Soalan

ini bertujuan untuk meninjau pendapat responden terhadap kualiti kebersihan fasiliti di sekitar

kawasan PPUKM samada dalam keadaan yang memuaskan atau sebaliknya. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa, 47% daripada jumlah keseluruhan responden bersetuju dengan persoalan

kajian manakala, 36% responden kurang bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa, lebih daripada

Page 13: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

separuh responden berpuas hati dengan tahap kebersihan fasiliti yang disediakan di sekitar

kawasan PPUKM.

RAJAH 6 : SISTEM ADUAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM MEMBANTU WARGA

DAN PELANGGAN PPUKM MEMBERI MAKLUM BALAS TERHADAP KEBERSIHAN

HOSPITAL

Seterusnya dalam konteks objektif kajian yang sama, kami mendapati bahawa seramai

37% responden sangat setuju dengan pernyataan soalan untuk mengadakan sistem aduan di

PPUKM bagi membantu warga dan pelanggan PPUKM untuk memberi maklum balas teradap

tahap kebersihan hospital. Dapatan kajian ini, turut mendapati 30% responden bersetuju dengan

pernyataan soalan kajian manakala, selebihnya sebanyak 23% responden menyatakan bahawa

Page 14: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

mereka kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

orang ramai kebanyakannya bersetuju dengan inisiatif mengadakan peti aduan dalam kawasan

PPUKM mampu membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM melalui pandangan para

kakitangan serta pelanggan PPUKM.

RAJAH 7 : PELAWAT DIGALAKKAN UNTUK MAKAN DI KAWASAN YANG

DISEDIAKAN BAGI MENJAGA KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

Kajian kami yang seterusnya memberi 14ajor kepada kaedah meningkatkan kualiti

kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Melalui dapatan kajian ini, sebanyak 43% daripada

bilangan keseluruhan responden menyatakan mereka berasa sangat setuju dengan persoalan

kajian yang menyatakan bahawa pelawat digalakkan untuk makan di kawasan yang disediakan

bagi menjaga kualiti kbersihan di PPUKM. Peratusan yang tinggi ini diikuti dengan 40%

responden lain yang turut setuju dengan persoalan kajian yang diberikan. Namun, dapatan kajian

Page 15: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

turut mendapati sebanyak 16% daripada keseluruhan responden menyatakan mereka kurang

bersetuju dengan persoalan kajian yang diutarakan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa

pernyataan untuk para pelawat makan di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM

dipersetujui oleh 15ajority responden yang terlibat.

RAJAH 8 : BILANGAN TONG SAMPAH DIDALAM DAN LUAR HOSPITAL PERLU

DITAMBAH BAGI MENINGKATKAN KEBERSIHAN DI PPUKM

Dalam konteks objektif kajian kedua yang lain, kami mengkaji tentang keperluan

bilangan tong sampah yang diperlukan di sekitar kawasan PPUKM termasuk di bahagian dalam

dan luar kawasan bagi meningkatkan kebersihan di PPUKM. Melalui dapatan kajian ini,

sebanyak 44% responden sangat bersetuju dengan persoalan kajian. Peratusan ini diikuti dengan,

40% responden setuju, 10% responden kurang bersetuju, 3% tidak bersetuju dan selebihnya 3%

responden menyatakan mereka berasa sangat tidak setuju dengan persoalan kajian yang diajukan.

Jika dilihat dari aspek keseluruhan dapatan kajian untuk soalan di bawah seksyen C ini, kami

Page 16: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

dapat simpulkan bahawa sebanyak 84% daripada bilangan peratusan keseluruhan responden

menyambut baik cadangan untuk menaik taraf kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM

dengan meningkatkan bilangan tong sampah.

RAJAH 9 : PERTANDINGAN KEBERSIHAN ANTARA JABATAN DIWUJUDKAN

SEBAGAI AKTIVITI BULANAN

Seterusnya, selain daripada menambah bilangan tong sampah, kami turut mencadangkan

untuk mengadakan pertandingan antara jaabatan sebagai aktiviti bulanan dalam membantu

meningkatkan semangat warga PPUKM untuk mengekalkan kebersihan pada tahap yang

maksima. Melaui dapatan kajian soalan borang kaji selidik ini, seramai 18 daripada 30 responden

berasa sangat setuju dengan perlaksanaan pertandingan antara jabatan. 11 responden yang lain

pula menyatakan mereka setuju dengan alternatif yang dicadangkan. Dapatan kajian untuk

mereka yang kurang setuju hanya diwakili oleh seorang responden. Melalui pemerhatian kami

Page 17: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

terhadap carta bar di atas, kami dapati hamper keseluruhan responden bersetuju dengan cadangan

yang diutarakan dalam borang kaji selidik. Mereka percaya bahawa pertandingan antara jabatan

mampu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM.

RAJAH 10 : SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS DISEKITAR PPUKM

Alternatif lain yang diutarakan dalam soalan kaji selidik yang diedarkan turut menyentuh

kepada etika sentiasa menjaga kebersihan tandas di sekitar kawasan PPUKM. Melalui carta bar

di atas, seramai 19 orang responden mewakili 63% peratusan kajian, berasa sangat setuju bahawa

mereka menjaga etika ketika menggunakan tandas seperti mengepam tandas, dan membuang tisu

serta tuala wanita ke dalam tong sampah yang disediakan. Manakala, seramai 9 orang mewakili

30% daripada keseluruhan responden setuju bahawasanya mereka berbuat perkara yang sama.

Namun, 2 orang mewakili 7% responden menyatakan mereka kurang bersetuju dengan persoalan

kajian. Hal ini menunjukkan bahawa dalam kebanyakan warga dan pelawat PPUKM, terdapat

segelintir daripada mereka yang masih tidak mengamalkan etika ketika menggunakan fasiliti-

Page 18: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM, sekaligus menukjukkan tahap kesedaran

serta tanggungjawab kendiri segelintir pihak yang terbabit.

RAJAH 11 : TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN PPUKM TIDAK

HANYA BERGANTUNG KEPADA KAKITANGAN KEBERSIHAN SEMATA-MATA

Dalam sample soalan kaji selidik ini, kami turut mengkaji tentang pendapat responden

terhadap kebergantungan tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan PPUKM samada terletak

pada kakitangan kebersihan semata-mata ataupun sebaliknya. Hasil kajian mendapati bahawa,

50% responden sangat setuju bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan tidak hanya

bergantung kepada kakitangan kebersihan, sebaliknya ianya adalah tanggungjawab bersama.

Sementelahan, 47% responden setuju dan 3% responden kurang bersetuju. Kesimpulan daripada

dapatan kajian ini menunjukkan bahawa meskipun terdapat segilintir responden yang tidak

menganggap kebersihan adalah tanggungjawab bersama, rata-rata responden yang lain

bersependapat 18ea rah pemikiran yang lebih positif.

Page 19: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RAJAH 12 : SESI PERMANTAUAN BERKALA MAMPU MENINGKATKAN

KEBERSIHAN DI PPUKM

Soalan kaji selidik terakhir di bawah objektif kajian menilai tahap kesedaran pelanggan

dan warga PPUKM terhadap kebersihan di sekitar kawasan PPUKM menyentuh kepada

cadangan untuk mengadakan sesi pemantauan secara berkala. Hal yang demikian kerana, kami

ingin mengkaji pendapat responden terhadap peratusan keberkesanan metodologi ini untuk

meningkatkan kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa, 73% daripada responden secara majoritinya berasa sangat setuju, diikuti dengan 17%

responden berasa setuju dan 10% respoden yang selebihnya menyatakan mereka kurang setuju.

Konklusi daripada dapatan kajian soalan ini ialah sesi pemantauan berkala oleh dijadikan antara

inisiatif untuk dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan PPUKM untuk memastikan kualiti

kebersihan di kawasan PPUKM berada pada tahap yang optima.

Page 20: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
Page 21: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapati bahawa tahap kebersihan dikawasan

sekitar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berada dalam keadaan yang

sangat memuaskan. Hal ini kerana, majoriti responden yang terlibat bersetuju bahawa kebersihan

di PPUKM adalah sangat memuaskan. Melalui pemerhatian kami juga mendapati bahawa

PPUKM tidak mempunyai sebarang permasalahan berkaitan dengan kebersihan seperti lambakan

sampah dimerata-rata tempat. Kami juga mendapati bahawa pihak pengurusan sangat menitik

beratkan kebersihan di PPUKM kerana kebersihan hospital mempengaruhi kadar jangkitan

kuman kepada pelanggan mahupun kakitangan. Hal ini dibuktikan melalui pengurusan sampah

dan sisa klinikal yang sistematik serta jadual tugasan kakitangan kebersihan yang teratur. Selain

daripada itu, kami juga mendapati lantai hospital akan dibersihkan setiap hari, manakala tandas

hospital pula akan dibersihkan mengikut jadual yang disediakan.

Kami juga telah menjalankan kajian tentang kaedah dalam meningkatkan kualiti

kebersihan disekitar PPUKM. Kami telah mencadangkan beberapa kaedah seperti pengiklanan

kempen kesedaran tentang kebersihan menggunakan paparan papan-papan digital yang terdapat

di PPUKM, penjadualan dan pengurusan sampah dan sisa klinikal, pertandingan bulanan

kebersihan diantara jabatan serta menggalakkan pelawat untuk makan dikafe hospital. Hasil kaji

selidik kami mendapati responden majoritinya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.

Namun begitu, masih terdapat segelintir responden yang kurang bersetuju dengan cadangan

menggalakkan pelawat untuk makan diruang makan hospital yang disediakan. Hal ini mungkin

terjadi kerana bilangan kafeteria yang terhad menyebabkan kafe-kafe tersebut tidak dapat

Page 22: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

menampung kadar permintaan yang tinggi dari kalangan pelawat dan juga kakitangan PPUKM.

Hal yang demikian menyumbang kepada kesesakan di kafeteria hospital, secara tidak langsung

menyebabkan kebanyakan pelanggan lebih selesa untuk membeli makanan dari sumber luar

hospital. Keadaan ini dilihat telah mengakibatkan peningkatan sisa-sisa makanan dan sampah di

PPUKM. Sehubungan dengan itu, kami mensarankan kepada pihak pengurusan hospital untuk

menyediakan ruang makan disetiap wad untuk para pelawat menggunakannya seperti yang telah

disediakan dibeberapa wad di PPUKM. Cadangan ini diharapkan berjaya agar para pelawat dapat

makan ditempat yang disediakan sekaligus pengurusan sampah dapat dilakukan dengan lebih

efektif.

Penilaian tentang tahap kesedaran pelanggan terhadap kebersihan disekitar PPUKM telah

dilakukan, dan hasilnya mendapati bahawa para responden mempunyai tahap kesedaran yang

tinggi terhadap kebersihan. Hal ni dibuktikan oleh responden dengan amalan yang dilakukan

seperti membuang sampah ke dalam tong sampah yang diberikan, para responden juga mengakui

bahawasanya tanggungjawab kebersihan bukan sahaja terletak pada kakitangan kebersihan

sahaja malahan mereka juga turut berperanan dalam menjaga kebersihan hospital.

Page 23: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kualiti kebersihan disekitar PPUKM berada dalam keadaan yang sangat

memuaskan. Namun begitu, langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti kebersihan masih perlu

dilakukan agar kebersihan disekitar PPUKM sentiasa berada ditahap yang paling optimum.

Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, kami mendapati objektif-objektif yang telah

dikemukakan dapat dicapai dengan jayanya. Selain daripada itu, kajian ini turut membantu pihak

pengurusan untuk menilai semula tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti kebersihan disekitar

PPUKM.

Page 24: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

RUJUKAN

Zanariah Kadir. 2007. Persepsi Pelanggan Terhadap Aplikasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Institusi Pengajian Tinggi.

Teuku Afrizal. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatankomuniti Tempatan Dalam Pengurusan Sisa Pepejaldi Malaysia: Kajian Kes Di Kota Bharu Kelantan. Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsauniversiti Kebangsaan Malaysiabangi.

Wahid, Murad. 2002. Poverty and Environment: Case Study of Solid Waste Management Among The Squaters and Low-Cost Flat Dwellers in KualaLumpur City, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, LESTARI, UniversitiKebangsaan Malaysia.

Anschutz, J. 1996. Community Based Solid Waste Management and Water Supply Projects: Problems and Solutions Compared A Survey of Literature. Kertas Dokumen Kerja No.2. Netherland: Urban Waste Expertise Programme.

Edi Suharto. 2005. Membangun Masyarakat Memberdayakan Rakyat. Bandung: P.T. RefikaAditama.

Ellie, H.M.; Gilbertson, W.E., Jaaq,O., Okun, D.A., Shural, H.I. &; Summer, J. 1969. Problem in Community Waste Management. Geneva: World Health Organisation.

Flintoff, F. 1976. Management of Solid Waste in Developing Countries. SEA Series (1). NewDelhi : WHO Regional Publication.

Furedy, C. 1992. Garbage: exploring non-conventional options in Asian cities. Environment and Urbanisation. 4(2) : 42-61.

Furedy, C. 1993. Working with waste pickers, Asian approaches to urban solid Wastemanagement. Alternative 19(2): 18-23.

Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Environmental Quality Management : What The LocalAuthorities Can Do. Dlm Mohd Nordin Hassan, Ibrahim Komoo and LizuryatiAzlina Abdullah (pnyt.). National Review on Environmental Quality Management: Towards The Next Two Decades, hlm 112-129. Bangi:LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia. 2007. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta672). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn.Bhd.