langkah-langkah mengatasi banjir

5
Menyediakan Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak- anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Upload: hafez-hisham

Post on 14-Jun-2015

44.021 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Langkah-langkah Mengatasi Banjir. Boleh dapatkan maklumat untuk buat karangan..

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah-Langkah Mengatasi Banjir

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa

dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu

mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan.

Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai

dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini

dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan

dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan

tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti

pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan

boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke

bumi.Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan

mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam

menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%.

Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya

dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa

industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu

didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen

mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan

tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila

membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat

banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Page 2: Langkah-Langkah Mengatasi Banjir

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-

kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah

keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-

kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada

juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini

merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah

dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan

turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung.

Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara

semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.Faktor semula jadi berlaku apabila hujan

turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya

tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai

akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa

domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan

sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah

menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau

megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini

banjir akan berlaku.

Page 3: Langkah-Langkah Mengatasi Banjir

4. Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan.

Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan

merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan

kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak

pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula

titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.Pemusnahan hutan

menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun

dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak

mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai

akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan

yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air

melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh

membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati.

Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan

tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta

merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini

membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku

akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di

merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

Page 4: Langkah-Langkah Mengatasi Banjir

4. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah

dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan

mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan

memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos

penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan

asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan

sementara mangsa banjir.