langkah amali kh sri

Upload: sarasvathikaruppiah

Post on 10-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Langkah - langkah pematerian

1. Mula-mula kumpulan kami memasukkan lampu LED pada papan litar. 2. Kaki panjang lampu LED adalah positif dan kaki pendek pula negatif. 3. Kami memastikan kaki LED dimasukkan pada lubang tersebut dengan betul.4. Selepas memasukkan kaki LED kami kangkang kaki tersebut dan bengkokannya supaya ia tidak longgar.

1. Selepas itu, kami memotong wayar berwarna kuning dan menjadikannya kecil.2. Kemudian,kami memasukkan wayar pada lubang j1, j2, j3 dan j4 di papanlitar.

1. Sekarang kami sedang mematri kaki lampu LED bersama dengan wayar pada papanlitar. 2. Semasa mematri, kami memastikan bahan solder muat pada lubang papanlitar supaya ia tidak mudah tercabut dan nampak kemas.

1. Kami memasukkan kaki kapasitor ke dalam lubang papanlitar.2. Kemudian kangkangkan kaki kapasitor supaya tidak longgar.

1. Kemudian kami memasukkan transistor tiga kaki pada lubang papanlitar.

1. Kami mematrikan kaki kapasitor dan transitor dengan menggunakan bahan solder.2. Kami memastikan bahan solder itu tetap dan kekal, tidak mudah cabut dan tidak bersentuh antara satu sama lain.

1. Kemudian,salah satu ahli kumpulan kami memasukkan R5 kedalam lubang yang di sediakan di papanlitar.

1. Selepas itu, kami memasukkanR2padalubang yang ada pada papanlitar.2. Kami memastikan kakinya masuk pada papanlitar dengan rapat.

1. Kami memasukkan R1, R4 dan R3 satu demi satu pada ruang yang ada pada papan litar.2. Selepas itu, kami kangkangkan kaki R1,R4 dan R3 supaya ia tidak tanggal dari papan litar.

1. Kemudian, kami letakkan papan litar itu pada sebatang kayu yang ada clip pemegang dan mematrikan semua kaki R1, R4, R3.2. Kami berbuat demikian untuk menjaga keselamatan supaya tidak terkena pada jari dan mengelakkan kecederaan.

1. Selepas mematri kami mendapati bahan solder berlebihan pada papan litar.2. Oleh itu, kami menggunakan penyedut solder untuk menyedut solder yang berlebihan pada papan litar.3. Kami berbuat demikian supaya papan litar nampak lebih kemas dan cantik.

1. Selepas itu, kami memasukkan VRI, kakinya agar ketat sedikit semasa memasukkan ke dalam papan litar.

2. Jadi, kami terpaksa menekan kuat sedikit supaya ia masuk ke dalam papan litar dengan sepenuhnya.

3. Disamping itu, kami memastikan kakinya tidak patah semasa menekan dengan kuat.

1. Selepas itu, kami mematrikan kaki VR1 dengan menggunakan bahan solder.2. Kami memastikan bahan solder tersebut muat pada lubang papan litar supaya ianyatidak mudah cabut.

3. Pada masa yang sama juga kami tidak menghidu bau asap yang keluar semasa mematri demi menjaga keselamatan kami.

1. Inilah hasil kerja kami selepas memasang semua komponen elektronik pada papanlitar.

1. Seterusnya kami memasang wayar bateri pada papan litar.

1. Akhir sekali , kami memotong kaki kaki komponen bahan elektronik yangberlebihan supaya nampak lebih kemas.

1. Untuk kerja kekemasan ini kami menggunakan playar cutter supaya kaki kaki komponen bahan elektronik dapat dipotong dengan senang dan kelihatan lebih kemas.

1. Akhir sekali setelah memasang bateri, lampu LED terus bernyalaseperti running light.

1. Inilah hasil kerja dari kumpulan kami.

2. Setelah selesai tugasan, kami berasa bangga dengan hasilkerja kami.