lampiran 1.docx

3
Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah Rendah 1.0 Pengenalan Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya murid- muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan dua hala ( Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan

Upload: vani-taah-g

Post on 17-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: lampiran 1.docx

Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah Rendah

1.0 Pengenalan

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara

berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata

pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia

negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah

dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan

kesefahaman antarabangsa.

          Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah

kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran

Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan

guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah

merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya".

Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang

berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

           Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam

tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan

Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang

menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan

inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan

harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.

         Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah.

Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan

kaedah hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling

berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana

mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan

ini, pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga

membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lag

i.

Page 2: lampiran 1.docx

        Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun pemudah

cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.Manakala, guru

yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah

guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.Pendekatan

induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan

kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE(Theory of

Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita untuk

mendedahkan pemahaman dan konflik serta cara watak untuk membuat

keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

2.0 Kaedah Pengajaran Sejarah Yang Sesuai.

2.1 Kaedah  Perbincangan

Perbincangan merupakan suatu kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah.Mak Soon Seng (1993)

Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk

Bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam jangka waktu yang

ditetapkan. Melibatkan semua pelajar dalam kelas.Biasanya diketuai oleh guru.

        Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran

pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi. Ia merupakan suatu

kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas,

menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu kontroversial.

Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan

pelajar serta pendekatan induktif.

        Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional

dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak

begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara

jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana

perbincangan. Selain daripada itu, perbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar

untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada

yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi

Page 3: lampiran 1.docx

masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang

menyeluruh dalam kelas.