lakaran kelas kssr yang berkesan
DESCRIPTION
kelasTRANSCRIPT
P
INT
U
MA
SU
K
RAK BBB
MURID
SUIS
T
I
N
G
K
A
P
PIN
TU
KE
LUA
R
RUANGAN ICT PAPAN KENYTAAN BELAKANG RAK BUKU MURID
BAKUL TONG SAMPAH
T
I
N
G
K
A
P
RUANG BACAAN
RAK FAIL
RAK FAIL
PAPAN KENYATAAN HADAPAN
PAPAN KENYATAAN HADAPAN
PAPAN TULIS
MEJA GURU
MEJA MURID
RUANG AKTIVITI /
PERMAINAN
P&P
BEKAL MAKANAN
Pendahuluan
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan
rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk
menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru
haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka.
Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami
kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk
menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.
1.0 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim
yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat
mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.
Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam
menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi,
kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti
dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari
kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap
pembelajarannya.
1.1 Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik
darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut
Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam
pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman
pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti
susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif
terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.
1.2 Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai
ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi
peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran
psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi
dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini
tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu,
bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru
yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif
mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan
peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang
guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan
menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.
1.3 Peraturan dan rutin bilik darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih
memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan
respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada
peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan
prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam
bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh
dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid
perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid
perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu
menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada
keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan
yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam
bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua
perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang
guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika
itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya
menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada
menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid
dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan
menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan
atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan
diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid
dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang
efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.0 Perancangan Persekitan Fizikal
2.1 Meja guru
Meja guru diletakkan di hadapan kelas dan berada di tepi. Kedudukan seperti ini adalah
amat sesuai sekali diaplikasikan kepada semua murid. Meja guru juga hendaklah menghadap
meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru ini juga tidak menghalang penglihatan
murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini
juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila
murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja
berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai
keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang
positif.
2.2 Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah
kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur
murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun
secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan
ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang
sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan
murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak
kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini,
guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah
luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan
medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid
dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan
tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid.
2.3 Sudut multi-media
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabung jalinan elemen-elemen ini
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein &
Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam
setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk
penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian
tersebut. Sudut ini diletakkan di belakang kelas bagi memudahkan murid selesa semasa
menggunakannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid
agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan
peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati
kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan
mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.
2.4 Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,
dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang
ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada
di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut
disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi
daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan
bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak
boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas
digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh
mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan
hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-
murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.5 Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang
mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat
elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan.
Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak
menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.
Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
2.6 Rak Fail
Rak fail disediakan untuk menyimpan maklumat peribadi pelajar atau fail-fail yang
berkaitan pelajar. Selain itu, rak fail juga boleh digunakan oleh cikgu untuk menyimpan hasil
kerja murid-murid.
2.7 Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan
tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki
menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana
sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid,
andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan
mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik
perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat
simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.
2.8 Papan kenyataan
Pada papan kenyataan hadapan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil
kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam
jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan
kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari.
Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila
mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat
mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat
kepada semua murid. Papan kenyataan belakang pula bagi melekatkan nota-nota penting
berkaitai dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.9 Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid
perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
RUMUSAN
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik
darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan
sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan
persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor
emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah
yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni
dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria
dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan
dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang
semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.