lady americana t · adalah jawapannya. lady americana adalah satu-satunya jenama tilam yang...

2
SENI HIAS 26 KUALITI TIDUR JAMINAN LADY AMERICANA T idur yang lena dan selesa menjadikan hari-hari anda lebih bermakna dan penuh bersemangat. Tetapi tahukah anda, untuk mendapatkan tidur yang sempurna anda memerlukan pelaburan yang tepat untuk meraih kehidupan yang berkualiti untuk jangka masa panjang. Tilam merupakan aset penting untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ini kerana hampir 1/3 daripada kehidupan kita dihabiskan di bilik tidur. Kerana itulah anda memerlukan sebuah tilam yang benar-benar selesa, berkualiti dan tahan lama. Lady Americana adalah jawapannya. Lady Americana adalah satu-satunya jenama tilam yang terbukti secara saintifiknya menyediakan tempat tidur yang baik dan selesa, dalam apa jua keadaan untuk para penggunanya berdasarkan kajian yang dikeluarkan di dalam Journal of Manipulative and Physiological Therapeutics. Menurut CEO Lady Americana (M) Sdn Bhd, Cik Emily Loo, tilam Lady Americana terdapat dalam pelbagai pilihan mengikut spesifikasi tubuh yang sesuai. Jika sepuluh tahun yang lalu sakit belakang merupakan masalah biasa, dan banyak pihak mula memberi perhatian khusus dalam pembuatan tilam bagi menyelesaikan masalah tersebut, tetapi ternyata masih ramai pengguna yang tidak dapat mengecapi tidur yang selesa dan sempurna. Emily turut berpendapat bahawa punca tekanan merupakan penyebab kepada pengaliran darah yang lemah, yang mana mengakibatkan kepada pergerakan yang berlebihan. Untuk lebih memahami keperluan dalam sistem sokongan badan, ketahanan dan keselesaan ketika tidur, Lady Americana telah mengambil langkah dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi tujuan mencapai satu tahap perkembangan yang lebih maju dalam teknologi tidur. Cara tidur yang betul dan menarik mampu menyokong saraf tunjang anda dalam posisi pilihan di sepanjang tidur anda - satu pencapaian TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN SELAIN DARI MENDAPAT TIDUR YANG SELESA DAN SEMPURNA, SETERUSNYA MENGGAPAI KECERIAAN KETIKA BANGKIT DI PAGI HARI DENGAN KEPUASAN DAN JAMINAN DARI LADY AMERICANA.

Upload: hoangdung

Post on 11-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LADY AMERICANA T · adalah jawapannya. Lady Americana adalah satu-satunya jenama tilam yang terbukti secara saintifiknya menyediakan tempat tidur yang baik dan ... Federation Chiropractic

S E N I H I a S•2 6

KUALITI TIDUR JAMINAN LADY AMERICANA

Tidur yang lena dan selesa menjadikan hari-hari anda lebih bermakna dan penuh bersemangat. Tetapi tahukah anda, untuk mendapatkan tidur yang sempurna

anda memerlukan pelaburan yang tepat untuk meraih kehidupan yang berkualiti untuk jangka masa panjang.

Tilam merupakan aset penting untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ini kerana hampir 1/3 daripada kehidupan kita dihabiskan di bilik tidur. Kerana itulah anda memerlukan sebuah tilam yang benar-benar selesa, berkualiti dan tahan lama. Lady Americana adalah jawapannya.

Lady Americana adalah satu-satunya jenama tilam yang terbukti secara saintifiknya menyediakan tempat tidur yang baik dan selesa, dalam apa jua keadaan untuk para penggunanya berdasarkan kajian yang dikeluarkan di dalam Journal of Manipulative and Physiological Therapeutics.

Menurut CEO Lady Americana (M) Sdn Bhd, Cik Emily Loo, tilam Lady Americana terdapat dalam pelbagai pilihan mengikut spesifikasi tubuh yang sesuai. Jika sepuluh tahun yang lalu sakit belakang merupakan masalah biasa, dan banyak pihak mula memberi perhatian khusus dalam pembuatan tilam bagi menyelesaikan masalah tersebut, tetapi ternyata masih ramai pengguna yang

tidak dapat mengecapi tidur yang selesa dan sempurna. Emily turut berpendapat bahawa punca tekanan merupakan penyebab kepada pengaliran darah yang lemah, yang mana mengakibatkan kepada pergerakan yang berlebihan.

Untuk lebih memahami keperluan dalam sistem sokongan badan, ketahanan dan keselesaan ketika tidur, Lady Americana telah mengambil langkah dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi tujuan mencapai satu tahap perkembangan yang lebih maju dalam teknologi tidur. Cara tidur yang betul dan menarik mampu menyokong saraf tunjang anda dalam posisi pilihan di sepanjang tidur anda - satu pencapaian

TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN SELAIN DARI MENDAPAT TIDUR YANG SELESA DAN SEMPURNA, SETERUSNYA MENGGAPAI KECERIAAN KETIKA BANGKIT DI PAGI HARI DENGAN KEPUASAN DAN JAMINAN DARI LADY AMERICANA.

Page 2: LADY AMERICANA T · adalah jawapannya. Lady Americana adalah satu-satunya jenama tilam yang terbukti secara saintifiknya menyediakan tempat tidur yang baik dan ... Federation Chiropractic

S E N I H I a S• S E N I H I a S2 8 2 9•

hebat yang diterima hasil persetujuan dari North American Federation Chiropractic Networks.

“Sistem tilam yang disediakan oleh Lady Americana amat ideal untuk semua orang”, ujar Emily, terutama apabila gaya tidur turut berubah mengikut usia anda. Bagi mereka yang hamil, anda tidak akan menemui sistem tilam yang lebih baik dan selesa dari apa yang mampu diberikan oleh Lady Americana.

Memiliki tilam yang baik dan berkualiti, akan dikaitkan juga dengan memiliki gaya hidup yang berdisiplin. Menjadikan tidur satu keutamaan, dengan gaya hidup sihat dan aktif, memberikan kesan yang cukup memberangsangkan dalam memiliki tidur yang sempurna.

Tilam Lady Americana mempamerkan cita rasa gaya mewah dengan teknologi terkini serta kepuasan yang maksimum. Alami keunikan teknologi spring, sokongan ortopedik yang menakjubkan dan ketahanan yang terbukti berkesan. Tilam Lady Americana ini digunakan secara meluas di hotel-hotel terkemuka seperti Hyatt Hotel & Resort, Hilton Hotel, Marriot, Sheraton, Holiday Inn, St Regis, Crowne Plaza dan lain-lain.

Sistem tilam Lady Americana berbangga dengan tiga teknologi termajunya bagi menghasilkan kualiti tidur yang terbaik. Ciptaan unit Ameri-Spring yang mengandungi gegelung bercantum menawarkan sokongan / sanggaan optimum kepada mereka

TULISAN YUSNELLY YAHYAFoTogrAFI AHMAD ZURIN NOH

yang tidur di atasnya, tidak kira berapa kilo berat badan mereka. Berbanding dengan gegelung yang tidak bercantum, ciri unik ini memindahkan keberatan yang dipikul itu ke seluruh tilam secara sama rata. Ia juga disesuaikan dengan kontur berat badan dan bentuk badan seseorang dan dengan itu mengurangkan titik-titik tekanan yang menyebabkan seseorang itu tidur lasak, resah dan banyak beralih posisi baringan semasa tidur. Apabila setiap orang yang tidur itu mendapat kontur dan sokongan secara individu, tidak timbullah keadaan di mana seseorang yang tidur ringan bergolek ke arah seseorang yang tidur mati.

Menerangkan lagi tentang gegelung bercantum, Emily berkata, “Ia adalah satu fungsi yang digelar ‘wrapping’ atau ‘membalut’. Gegelung terbentuk dari ikatan dawai secara berterusan dan dawai itu terlentik ke belakang dan membalut gegelung sebelum membentuk gegelung yang satu lagi. Proses ini membentuk satu sesawang gegelung yang memberi sokongan optimum dan memindahkan keberatan badan.”

Satu lagi ciri ialah Ameri-Guard, iaitu gegelung bercantum barisan kedua pelapik tilam. Ia memberi sokongan kepada setiap titik kelim atau sempadan tilam – menjadikan tilam teguh dan tahan lama di samping

memelihara bahagian tepi tilam supaya tidak rosak dan usang.

Turut serta dalam kemajuan tilam yang canggih dan berkualiti ini ialah teknologi FreshEase. Teknologi FreshEase adalah busa poliuretana yang dirawat dengan Ultra-Fresh, iaitu sejenis rawatan antimikrob yang dijalankan semasa proses pembuatan tilam untuk menghadkan kesan bakteria, tungau, habuk dan tumbuhan kulat. Produk yang dirawat dengan Ultra-Fresh, seperti teknologi Fresh-Ease, berjaya membantu mengendalikan masalah alahan.

Inilah antara keistimewaan yang ada pada tilam jenama Lady Americana. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari mendapat tidur yang selesa dan sempurna, seterusnya menggapai keceriaan ketika bangkit di pagi hari dengan kepuasan dan jaminan dari Lady Americana.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melawati ruang pameran Lady Americana, Lot LG 22, Lower Ground Floor Viva Home, No 85, Jalan Loke Yew, 52200 Kuala Lumpur atau hubungi talian 603 – 2788 0983 / 84 atau layari laman sesawang www.ladyamericana.com.my SH