documentl1

Upload: coffee-white-eikin

Post on 07-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang BerdisiplinPETIKAN CERITA

Jadilah Pengguna Jalan Raya yang BerdisiplinBaca petikan di bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah labah-labah.Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan karibnya, Amin. Azmi memberitahu Amin supaya mereka seharusnya berjalan menghadap lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya. Azmi dan Amin menghampiri jalan utama yang terdapat lintasan berisyarat. Amin berkata kepada Azmi, mereka perlu berhenti dan menekan butang lampu isyarat pejalan kaki sebelum melintas. Amin juga memberitahu Azmi mereka perlu mematuhi serta menunggu sehingga isyarat orang hijau menyala. Apabila isyarat orang hijau menyala, Azmi mengajak Amin menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian, mereka berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.Sementara menunggu kedatangan bas, Azmi dan Amin memerhatikan banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna jalan raya dan mereka berbual tentang papan tanda tersebut. Azmi memberitahu Amin dia ternampak seorang pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang dan juga penunggang dan pembonceng motosikal yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.Setelah bas sampaimereka beratur dan tidak berebut. Di dalam bas pula Amin mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya. Mereka pulang dari pusat beli belah pada waktu malam. Mereka tidak bimbang akan keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.DIALOGAzmi:Kita perlu berjalan menghadap lalu lintas untuk ke hentian bassupaya kita dapat lihat kenderaan yang bertentangan dengan kita

Amin:Betul tu, kita juga perlu berhenti dan menekan butang lampu isyaratpejalan kaki sebelum melintas. Kita juga perlu mematuhi serta menunggusehingga isyarat orang hijau menyala.

Azmi:Sebelum kita melintas juga kita perlu menggunakan lima langkah untukmelintas dengan selamat Amin. Jom kita melintas.

Azmi:Saya lihat terdapat seorang pemuda melintas jalan dengan menggunakanlintasan belang dan juga penunggang dan pembonceng motosikal yangmematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar

Amin:Kita juga mesti ingat Azmi agar memilih tempat yang selamat untukberjalan dan tidak berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuhraya.