pemakluman persidangan mempertemukan ilmuwan · pdf filebh pilih l1 16 emel persidangan...

1
BH PILIH L1 16 emel Persidangan Mempertemukan Ilmuwan Bahasa D alam usaha memperkasa dan memperkembangkan bahasa dan persuratan Melayu seme- mangnya memerlukan rangkaian kerjasama dan sinergi yang mantap di samping kemahiran dan ilmu serta kebijaksanaan supaya dikenali dan dipelajari. Seterusnya diminati, digu- nakan dan dimanfaatkan. Menyedari kepentingan inilah, Persidangan Meja Bulat Bahasa Melayu/ Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi yang Praktikal: Penilaian, Cabaran dan Masa Depan diadakan di Universiteit Leiden, Belanda pada 26 hingga 28 Mac lalu. Persidangan yang mempertemu- kan para ilmuwan bahasa dan persuratan Melayu dari beberapa buah negara ini dianjurkan oleh International Institute for Asian Studies (IIAS) dan Universiteit Leiden, Belanda. IIAS ialah sebuah pusat penyelidikan pasca kedoktoran di Leiden, Amsterdam, Belanda. Kira-kira 40 orang ilmuwan bahasa dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Korea, Perancis dan Brunei Darus- salam menyertai pertemuan eks- klusif ini. Wakil dari Malaysia ter- diri daripada pakar-pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar, (UM), Profesor Emeritus Abdullah Hassan (UPSI) dan penu- lis, wakil Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam persidangan ini sebanyak 20 kertas kerja utama dibentangkan, tiga kertas kerja sampingan dan satu persembahan video. Salah satu ker- tas kerjanya ialah daripada Ketua Pengarah DBP Malaysia, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah yang mem- bincangkan peranan DBP sebagai agensi diplomasi budaya dalam pengembangan dan pemasyara- katan bahasa dan persuratan Melayu. Bahasa Melayu dan baha- sa Indonesia merupakan bahasa pengantar sepanjang perjalanan 11 sesi yang berlangsung. Walaupun tiada sebarang reso- lusi yang dibuat, seperti mana seminar atau kongres, namun ter- dapat beberapa peri penting ten- tang isu-isu yang dibincangkan dan memerlukan perhatian khusus dari- pada pihak yang terlibat. Misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) agar menggerakkan kembali usaha glosari Bahasa Melayu – Bahasa Indonesia seperti suatu ketika dahulu bagi meningkatkan jumlah perkataan antara dua bahasa ini. Walaupun bahasa Melayu dan baha- sa Indonesia dalam keluarga bahasa yang sama tetapi kerana perbezaan budaya, berlaku tidak saling faham- an antara dua bahasa tersebut. Dicadangkan juga agar DBP menyediakan buku tatabahasa untuk tujuan komunikasi dan kema- hiran berbahasa, tidak hanya untuk rujukan semata-mata. Selain dari- pada itu juga dicadangkan untuk memperhebat pelbagai usaha penye- baran maklumat kebahasaan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai media. Persoalan tentang permasalahan bahasa di negara seperti di Brunei Darussalam dan Singapura juga telah dapat memberikan gambaran yang jelas tentang status bahasa Melayu di dua buah negara terbabit. Dalam kertas kerja yang diben- tangkan oleh Hadijah Rahmat yang bertajuk Bahasa Melayu di Singapura; Perkembangan, Cabaran dan Masa Depannya memperli- hatkan usaha kerajaan negara itu memberi suntikan baru kepada bahasa Melayu dengan merombak serta memperkenalkan kurikulum dan pedagogi bahasa Melayu yang baru mulai tahun ini. Kurikulum baru ini menetapkan Visi Arif Budiman (Insan berilmu pengeta- huan yang berbakti kepada masya- rakat) sebagai hasil pendidikan yang mahu dicapai dalam pendidikan bahasa ibunda itu di sekolah. Pada akhir sesi, dicadangkan juga agar persidangan meja bulat seperti ini diadakan dua tahun seka- li dan tempat pertemuan dicadang- kan secara bergilir-gilir menurut kesanggupan negara peserta. IIAS juga dipersetujui sebagai sekretariat untuk bertindak menguruskan per- temuan akan datang. Peserta ber- setuju negara Brunei Darussalam sebagai pilihan pertama untuk pertemuan akan datang, sementara Korea sebagai pilihan kedua. MUNSYI Di Jakarta pula berlangsung Sidang Mabbim ke-47 Persidangan lebih telus diadakan di Leiden PEMAKLUMAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan baha- sa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta- nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem- bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidma- tan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta- nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Ensiklopedia Sains dan Teknologi (EST), hasil usaha sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terdiri daripada 12 jilid, mengandungi 17 klasifikasi yang meliputi pelbagai bidang/sub- bidang. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh dari- pada Koperasi DBP Bhd dengan menghubungi talian 03-2148586 9/21433505/21433504. Kunjungi kedai buku DBP dan dapatkan diskaun istimewa dari 5 April hingga 31 Mei 2008. Dicadangkan juga agar DBP menyediakan buku tatabahasa untuk tujuan komunikasi dan kemahiran berbahasa, tidak hanya untuk rujukan semata- mata. Selain daripada itu juga dicadangkan untuk memperhebat pelbagai usaha penyebaran maklumat kebahasaan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai media." Oleh Othman Ismail SERIUS: Ilmuwan dan pakar-pakar bahasa di Universiteit Leidin, Belanda dalam pertemuan eksklusif baru-baru ini. 9 11 Bil: 47 RABU, 16 APRIL 2008 IKAPI Eratkan Hubungan Dua Negara Penulis dan Blog: Aliran Masa Kini TAHUN KADAR TERBIT DISKAUN 2006 – 2008 15 % 1999 – 2005 20 % 1995 – 1998 30 % 1991 – 1994 35 % 1990 Ke Bawah 40 % ENSIKLOPEDIA SAINS DAN TEKNOLOGI (EST) GALERI ILMU DBP

Upload: nguyenngoc

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAKLUMAN Persidangan Mempertemukan Ilmuwan · PDF fileBH PILIH L1 16 emel Persidangan Mempertemukan Ilmuwan Bahasa D alam usaha memperkasa dan memperkembangkan bahasa dan persuratan

BH PILIH L1 16 emel

Persidangan Mempertemukan Ilmuwan Bahasa

Dalam usaha memperkasa dan memperkembangkan bahasa dan persuratan Melayu seme-

mangnya memerlukan rangkaian kerjasama dan sinergi yang mantap di samping kemahiran dan ilmu serta kebijaksanaan supaya dikenali dan dipelajari. Seterusnya diminati, digu-nakan dan dimanfaatkan. Menyedari kepentingan inilah, Persidangan Meja Bulat Bahasa Melayu/ Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi yang Praktikal: Penilaian, Cabaran dan Masa Depan diadakan di Universiteit Leiden, Belanda pada 26 hingga 28 Mac lalu.

Persidangan yang mempertemu-kan para ilmuwan bahasa dan persuratan Melayu dari beberapa buah negara ini dianjurkan oleh International Institute for Asian Studies (IIAS) dan Universiteit Leiden, Belanda. IIAS ialah sebuah pusat penyelidikan pasca kedoktoran di Leiden, Amsterdam, Belanda. Kira-kira 40 orang ilmuwan bahasa dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Korea, Perancis dan Brunei Darus-salam menyertai pertemuan eks-klusif ini. Wakil dari Malaysia ter-diri daripada pakar-pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar, (UM), Profesor Emeritus Abdullah Hassan (UPSI) dan penu-lis, wakil Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam persidangan ini sebanyak 20 kertas kerja utama dibentangkan, tiga kertas kerja sampingan dan satu persembahan video. Salah satu ker-tas kerjanya ialah daripada Ketua Pengarah DBP Malaysia, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah yang mem-bincangkan peranan DBP sebagai agensi diplomasi budaya dalam pengembangan dan pemasyara-katan bahasa dan persuratan

Melayu. Bahasa Melayu dan baha-sa Indonesia merupakan bahasa pengantar sepanjang perjalanan 11 sesi yang berlangsung.

Walaupun tiada sebarang reso-lusi yang dibuat, seperti mana seminar atau kongres, namun ter-dapat beberapa peri penting ten-tang isu-isu yang dibincangkan dan memerlukan perhatian khusus dari-pada pihak yang terlibat. Misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) agar menggerakkan kembali usaha glosari Bahasa Melayu – Bahasa Indonesia seperti suatu ketika dahulu bagi meningkatkan jumlah perkataan antara dua bahasa ini. Walaupun bahasa Melayu dan baha-sa Indonesia dalam keluarga bahasa yang sama tetapi kerana perbezaan budaya, berlaku tidak saling faham-an antara dua bahasa tersebut.

Dicadangkan juga agar DBP menyediakan buku tatabahasa untuk tujuan komunikasi dan kema-hiran berbahasa, tidak hanya untuk rujukan semata-mata. Selain dari-pada itu juga dicadangkan untuk memperhebat pelbagai usaha penye-baran maklumat kebahasaan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai media. Persoalan tentang permasalahan bahasa di negara seperti di Brunei Darussalam dan Singapura juga telah dapat memberikan gambaran

yang jelas tentang status bahasa Melayu di dua buah negara terbabit.

Dalam kertas kerja yang diben-tangkan oleh Hadijah Rahmat yang bertajuk Bahasa Melayu di Singapura; Perkembangan, Cabaran dan Masa Depannya memperli-hatkan usaha kerajaan negara itu memberi suntikan baru kepada bahasa Melayu dengan merombak serta memperkenalkan kurikulum dan pedagogi bahasa Melayu yang baru mulai tahun ini. Kurikulum baru ini menetapkan Visi Arif Budiman (Insan berilmu pengeta-huan yang berbakti kepada masya-

rakat) sebagai hasil pendidikan yang mahu dicapai dalam pendidikan bahasa ibunda itu di sekolah.

Pada akhir sesi, dicadangkan juga agar persidangan meja bulat seperti ini diadakan dua tahun seka-li dan tempat pertemuan dicadang-kan secara bergilir-gilir menurut kesanggupan negara peserta. IIAS juga dipersetujui sebagai sekretariat untuk bertindak menguruskan per-temuan akan datang. Peserta ber-setuju negara Brunei Darussalam sebagai pilihan pertama untuk pertemuan akan datang, sementara Korea sebagai pilihan kedua.

MUNSYI

Di Jakarta pula berlangsung Sidang

Mabbim ke-47

Persidangan lebih telusdiadakan di Leiden

PEMAKLUMAN

Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan baha-sa.Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta-nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem-bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidma-tan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta-nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

Ensiklopedia Sains dan Teknologi (EST), hasil usaha sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terdiri daripada 12 jilid, mengandungi 17 klasifikasi yang meliputi pelbagai bidang/sub-bidang.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh dari-pada Koperasi DBP Bhd dengan menghubungi talian 03-21485869/21433505/21433504.

Kunjungi kedai buku DBP dan dapatkan diskaun istimewa dari 5 April hingga 31 Mei 2008.

Dicadangkan juga agar DBP menyediakan buku tatabahasa untuk tujuan komunikasi dan kemahiran berbahasa, tidak hanya untuk rujukan semata-mata. Selain daripada itu juga dicadangkan untuk memperhebat pelbagai usaha penyebaran maklumat kebahasaan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai media."

YB Datuk Noh Haji OmarTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia,

Oleh Othman Ismail

SERIUS: Ilmuwan dan pakar-pakar bahasa di Universiteit Leidin, Belanda dalam pertemuan eksklusif baru-baru ini.

9 11Bil: 47 RABU, 16 APRIL 2008

IKAPI Eratkan Hubungan Dua Negara

Penulis dan Blog: AliranMasa Kini

TAHUN KADAR TERBIT DISKAUN

2006 – 2008 15 %1999 – 2005 20 %1995 – 1998 30 %1991 – 1994 35 %1990 Ke Bawah 40 %

ENSIKLOPEDIA SAINS DAN TEKNOLOGI (EST)

GALERI ILMU DBP