kyak

45
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU (KAYAK) AHLI KUMPULAN: ASYIKIN LIN SYIRA ZATI

Upload: asyikin-hashim

Post on 22-Nov-2014

872 views

Category:

Sports


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kyak

IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU(KAYAK)

AHLI KUMPULAN:ASYIKIN

LINSYIRAZATI

Page 2: Kyak

ZATI

SYIKIN

LIN

SHIRA

Page 3: Kyak

KAYAK

Page 4: Kyak

SEJARAH KAYAKKayak yang membawa maksud `bot lelaki’ atau `bot pemburu’ mulanya dijadikan pengangkutan air bagi masyarakat Orang Asli Eskimo untuk mencari sumber pendapatan.

Rekaan kayak menjalani perubahan daripada aspek pembuatannya. Penggunaan kepingan kayu dan fabrik untuk kayak menguasai pasaran pada 1950-an.

Namun, kayak daripada bahan jenis gentian kaca tahan lasak yang mendominasi pasaran menjelang 1970-an meningkatkan lagi fungsi kayak sebagai aktiviti rekreasi popular sehingga kini.

Page 5: Kyak

Kayak pada masa kini dikategorikan dalam pelbagai jenis dengan bahan daripada kayu, plastik, gentian kaca, gentian karbon dan kerangka aluminium yang sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan rekreasi dan ekstrim.

Selain menjadi pilihan untuk aktiviti bersantai di tengah tasik, terdapat juga pelbagai jenis kayak untuk sukan air iaitu kayak laut, kayak whitewater (atau kayak sungai), kayak luncur ombak, kayak polo dan kayak lumba.

Page 6: Kyak

Kayak jenis ini juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu K1, K2 dan K4. Kayak jenis K1 dikhususkan untuk seorang pengendali, sementara K2 dan K4 masing-masing untuk dua dan empat jurumudi.

Pada Sukan Olimpik, kayak perlumbaan dipertandingkan bagi kategori 200 meter (m), 500m dan 1000m bagi lelaki, manakala 200m dan 500m untuk kategori wanita.

Saiz kayak K1 ialah sepanjang 5.2 meter (17 kaki) manakala, K2 pula sepanjang 6.2 meter

Page 7: Kyak

Perbezaan Kayak dan Kannu

Kayaksejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.

Kannusejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.

Page 8: Kyak
Page 9: Kyak
Page 10: Kyak

JENIS-JENIS KAYAK

Page 11: Kyak

Mandesta (Berbentuk V)Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.

Ottersport (Berbentuk U)Bagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini amar stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru pemula dalam olahraga dayung. Karena bawahnya rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.

Slalom (Berbentuk O)Bagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Dari bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

Page 12: Kyak

KATEGORI KAYAK.

Page 13: Kyak

 a) sea kayak (KAYAK LAUT) - direka khusus untuk aktiviti

kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas.

Page 14: Kyak

b) whitewater kayak -menggabungkan teknologi rekaan

bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak

Page 15: Kyak

c ) Kayak luncur ombak atau surf skis - direka khusus lebih kecil dan

memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak

Page 16: Kyak

d ) kayak jenis perlumbaan - menampilkan rekaan yang lebih tirus

dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan.

Page 17: Kyak

General Recreation

Page 18: Kyak

Touring

Page 19: Kyak

Whitewater

Page 20: Kyak

Racing/Special Purpose

Page 21: Kyak

ANATOMI KAYAK Kayak mempunyai bahagian yang penting dalam menentukan

prestasinya. Kayak mempunyai 10 bahagian iaitu:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala stern ialah muncung bahagian belakang. Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Fungsinya adalah memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak.

Page 22: Kyak

2. HULL

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

3. DECK (GELADAK ATAS)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

Page 23: Kyak

4. TOGGLESSejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah untuk memudahkan mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggles terbahagi dua iaitu toggles yang terdiri daripada tali yang diikat kepada sejenis pemegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Ia lebih selamat dan selesa digunakan. End Loops pula terdiri daripada seutas gulungan tali yang terletak di hujung bow dan stern. Ia murah dan mudah disediakan tetapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan.

Page 24: Kyak

5. COCKPITRuangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Behagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.

Page 25: Kyak

6. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk pedayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti rodeo dan arus deras dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tinggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendah pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

Page 26: Kyak

7. COAMING

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air daripada memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

8. KNEE BRACE

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pedayung dan memberi cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pedayung daripada terkeluar apabila terbalik. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

Page 27: Kyak

9. TOWLINE/DECKLINETali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern.ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Page 28: Kyak

10. KEEL

Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesbuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel . Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.

Page 29: Kyak

11. FOOTREST

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung . Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran.

Page 30: Kyak

Secara umum terdapat 3 jenis footrest iaitu

i. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak

ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga disisi port dan starboard kayak

iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

Page 31: Kyak

12.BUOYANCY ( BAHAN AMPUNGAN)Bahan ampungan terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air. Selain itu ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah.

Page 32: Kyak

Secara amnya terdapat tiga jenis buoyancy

a) Beg udara

Sejenis beg yang dibuat daripada kanvas dan diletakkan di dalam kayak di bahagian bow dan stern. Udara dipamkan kedalamnya . Ia boleh dibawa dan keluar dari kayak dengan mudah. Ia mempunyai daya apungan yang amat tinggi namun mudah bocor

Page 33: Kyak

b) Foam ( Gabus/ getah lembut)

Diperbuat daripada jenis buih getah/ plastik yang dimampatkan. Ia memiliki daya apungan yang tinggi dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah dengan kuat. Bentuknya yang nipis memudahkan banyak masuk kedalam kayak berbanding beg udara.

Page 34: Kyak

c) Polisterin

Bahan yang amat polpular digunakan dalam kayak buatan tempatan. Harganya amat murah dan mempunyai daya apungan yang tinggi serta boleh menyokong bahagian geladak atas dan bawah dengan baik. Kekurangan ialah rapuh dan mudah rosak.

Page 35: Kyak

13. DECK EYE/ EYE CLEATLubang atau besi yang terdapat di atas geladak berfungsi untuk mengikat towline di kawasan atas geladak.

14. EYE PITLubang yang terdapat di hujumg bow dan stern sesetengah jenis kayak. Berfungsi untuk memegang loop atau toggle yang dipasang padanya.

Page 36: Kyak

15. HATCHES

Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peratlatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

16. BACK STRAP

Sejenis tali dan lapisan getah yang diikatkan pada bahagian belakang tempat duduk. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk. Ia memberikan keselesaan kepada pedayung untuk untuk menyandarkan bahagian mereka sewaktu berdayung. Ia juga bertinbdak sebagai alat keselamatan yang berfungsi melindungi bahagian belakang pendayung tercedera akibat hentakan dari belakang.

Page 37: Kyak

PENDAYUNG

Berfungsi untuk mengerakkan kayak dan untuk mempratikkan teknik-teknik kayak.

Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukan. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewatu berdayung.

Page 38: Kyak

Anatomi Pendayung

1. Blade (Bilah mata dayung)kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

2. Tip (Pelindung mata dayung)kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)

Page 39: Kyak

3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

4. Neck (Leher pendayung)bahagian percantuman antara blade dan shaft.

5. Drip ring (bulatan getah)diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsinya ialah untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring.

Page 40: Kyak

6. Front of blade (muka dayung)bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Symmetrical Shape Asymmetrical Shape

Page 41: Kyak

Bahan Buatan Pendayung

Kayu Plywood Fibreglass Kevlar/karbon Plastik

Page 42: Kyak
Page 43: Kyak

Jaket Keselamatan

Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid.

Page 44: Kyak

1. Jaket keselamatanBahan apungan yang disarungkan melalui bahagian kepala dan menggunakan bahan luaran seperti udara atau pun gas. Didalam air, ia akan mengapungkan dalam kedudukan 45 darjah dengan muka menghadap ke atas. Ia mempunyai daya apungan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama iaitu selama beberapa hari bergantung kepada jenis gas yang digunakan.

Page 45: Kyak

2. Buoyancy aidbahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.