kursus wanita negeri johor

48
JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA ) NEGERI JOHOR KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN SIASAH ( SIMULASI PILIHANRAYA ) BELIA / BELIAWANIS PERINGKAT PARLIMEN SELURUH NEGERI JOHOR TAHUN 2007 1

Upload: dek-seha

Post on 14-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN

JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA )

NEGERI JOHOR

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN SIASAH( SIMULASI PILIHANRAYA )BELIA / BELIAWANISPERINGKAT PARLIMEN

SELURUH NEGERI JOHOR

TAHUN 2007DISEDIAKAN OLEH;

Penolong Pegawai Penerangan (Penyelia)

Jabatan Hal Ehwal Khas,

Negeri Johor

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN

PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR

DAN

PERTANDINGAN PIDATO PUTERI BESTARI

PIALA IBU ZAIN

1. PENDAHULUAN :

Aktiviti Perkhemahan Puteri UMNO pernah diadakan sebanyak dua siri pada 27 Februari, 2003 dan 14 Mac, 2003 di Pusat Membina Semangat, Sekakap, Mersing, ilham dari YAB. Menteri Besar Johor. Didalam acara perkhemehan tersebut seramai 450 orang ahli Puteri UMNO telah diberi pendedahan terhadap isu-isu kenegaraan dan pembinaan semangat berpasukan daripada Jurulatih JASA Johor.

Kini sekali lagi JASA Johor akan mengendalikan semula program perkhemahan tersebut dengan beberapa pindaan khusus menjurus kepada pembinaan cara berkomunikasi yang baik dan pembinaan jatidiri Bangsa Melayu sebagai tunggak pemerintahan Negara Malaysia.

2. OBJEKTIF :

Menyediakan segolongan generasi muda wanita yang peka dan memahami isu-isu bangsa dan dapat mengupas persoalannya dalam satu bentuk komunikasi bersemuka kepada rakyat jelata.

Membentuk semangat kerja sepasukan dalam melahirkan idea-idea bernas terhadap usaha membaiki kehidupan dan masa depan bangsa.

Membentuk segolongan wanita muda yang Versetile dan dapat bekerja dalam apa jua keadaan dan suasana khususnya didalam menghadapi pilihanraya ke 12.

3. PESERTA :

Peserta adalah dari kalangan ahli-ahli Puteri khususnya kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian / Ketua Puteri Cawangan.

Ahli-ahli yang meminati bidang perucapan awam dan berhasrat menjadi tenaga penceramah UMNO.

Ahli-ahli biasa Puteri UMNO.

4. CADANGAN TARIKH :

Untuk merealisasikan hasrat dan objektif yang diharapkan adalah dicadangkan program ini diadakan sebagaimana berikut

Tarikh:16, 17 & 18 September, 2005

Masa

:Lapodiri jam 2.30 ptg 16/09/2005.

Tempat:Telok Gorek Campsite,

Tanjung Resang, Mersing.

Penginapan peserta-peserta program adalah secara berkhemah.

5. KONSEP :

Program ini menggabungkan acara perkhemahan dengan Pertandingan Pidato Umum bagi merebut Piala Pusingan sumbangan YAB. Menteri Besar Johor yang dinamakan PIALA INI ZAIN .

Seramai enam ( 6 ) orang akan menampilkan bakat pidato masing-masing secara spontan dan akan disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada malam acara perasmian.

Seorang Pemudahcara Profesor Dato Dr. Syed Omar bin Syed Abu Bakar akan bertindak selaku pembimbing undangan manakala pegawai-pegawai JASA selaku Jurulatih.

Pertandingan peringkat saringan akan diadakan dibeberapa zon seperti berikut :

5.4.1.

Zon Utara

:04 / 09 / 2005

5.4.2.

Zon Selatan

:28 / 08 / 2005

5.4.3.

Zon Tengah

:04 / 09 / 2005

5.4.4.

Zon Timur

:04 / 09 / 2005

6. ATURCARA PROGRAM :

Untuk melancarkan perjalanan program ini semua peserta dikehendaki lapodiri pada 16 September, 2005 pada jam 2.30 petang dan majlis akan berakhir pada 18 September, 2005 pada jam 4.30 petang. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program perkhemahan Puteri UMNO Negeri Johor.

ATURCARA PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR

16 September, 2005 hingga 18 September, 2005

Hari Pertama - ( 16. 09. 2005 )

Jam02.00 - 06.00

petang

:Pendaftaran Peserta Perkhemahan.

Jam06.00 - 07.00

petang

:Riadah.

Jam07.00 - 08.00

malam

:Kuliah / Sembahyang Maghrib Jemaah.

Jam08.00 - 09.00

malam

:Makan Malam.

Jam09.00 - 10.00

malam

:Taklimat Perkhemahan.

Jam10.00 - 10.30

malam

:Minum Malam.

Jam10.30 - 12.00

malam

:Suai Kenal / Bengkel 1.

Jam12.00

malam

:Rehat.

Hari Kedua - ( 17. 09. 2005 )

Jam05.30 - 07.00

pagi

:Kuliah / Sembahyang Subuh Berjemaah.

Jam07.00 - 08.00

pagi

:Latihan Jasmani / Riadah.

Jam08.00 - 09.00

pagi

:Sarapan Pagi.

Jam09.00 - 10.30

pagi

:Ceramah.

Jam10.30 - 11.00

pagi

:Minum Pagi

Jam11.00 - 12.45

tengahari:Bengkel 2.

Jam12.45 - 02.00

petang

:Makan Tengahari / Solat Zohor.

Jam02.00 - 04.30

petang

:Pertandingan Separuh Akhir Pidato

Jam04.30 - 05.30

petang

:Minum petang / Solat Asar.

Jam05.30 - 06.30

petang

:Latihan Jasmani / Riadah.

Jam06.30 - 08.00

malam

:Makan Malam / Solat & Kuliah Maghrib.

Jam08.00 - 12.00

malam

:Upacara Perasmian Pembukaan.

:Pertandingan Akhir Pidato.

Hari Ketiga - ( 18. 09. 2005 )

Jam05.30 - 07.00

pagi

:Kuliah / Sembahyang Subuh Berjemaah.

Jam07.00 - 08.00

pagi

:Latihan Jasmani / Riadah.

Jam08.00 - 09.00

pagi

:Sarapan Pagi.

Jam09.00 - 12.45

tengahari:Pementasan Imbauan Kemerdekaan.

Jam12.45 - 02.00

petang

:Makan Tengahari / Solat Zohor.

Jam02.00 - 04.30

petang

:Upacara Perasmian Penutup.

:Penyerahan Resolusi.

:Penyampaian Sijil.

:Bersurai.

MANUAL KERJA

PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR

PERTANDINGAN PIDATO PIALA IBU ZAIN

16 SEPTEMBER, 2006 HINGGA 18 SEPTEMBER, 2006

TELOK GOREK CHALET & CAMPSITE, TANGJUNG RESANG,

MERSING, JOHOR

1. Tapak Perkhemahan dibahagi kepada 4 section iaitu :

Zon Utara:

1.1.1.Segamat

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.2.Labis

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.3.Sekijang

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.4.Ledang

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.5.Muar

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.6.Pagoh

-10Peserta - 4 unit khemah

1.1.7.Bakri

-10Peserta - 4 unit khemah

Zon Tengah

1.2.1.Parit Sulong

-10Peserta - 4 unit khemah

1.2.2.Batu Pahat

-10Peserta - 4 unit khemah

1.2.3.Sri Gading

-10Peserta - 4 unit khemah

1.2.4.Ayer Hitam

-10Peserta - 4 unit khemah

1.2.5.Pontian

-10Peserta - 4 unit khemah

1.2.6.Tanjung Piai

-10Peserta - 4 unit khemah

Zon Timur

1.3.1.Mersing

-10Peserta - 4 unit khemah

1.3.2.Sembrong

-10Peserta - 4 unit khemah

1.3.3.Kluang

-10Peserta - 4 unit khameh

1.3.4.Tenggara

-10Peserta - 4 unit khemah

1.3.5.Pengerang

-10Peserta - 4 unit khemah

1.3.6.Kota Tinggi

-10Peserta - 4 unit khemah

1.3.7.Simpang Renggam-10Peserta - 4 unit khemah

Zon Selatan

1.4.1.Senai

-10Peserta - 4 unit khemah

1.4.2.Gelang Patah

-10Peserta - 4 unit khemah

1.4.3.Pulai

-10Peserta - 4 unit khemah

1.4.4.Johor Bahru

-10Peserta - 4 unit khemah

1.4.5.Tebrau

-10Peserta - 4 unit khemah

1.4.6.Pasir Gudang

-10Peserta - 4 unit khemah

2. Pengendalian Program :

Pengendalian Perkhemah Puteri UMNO Negeri Johor bagi Pertandingan Pidato Piala Ibu Zain akan dikendalikan sepenuhnya oleh :

2.1.1.Pengarah

:Tuan Dr. Gunawan bin Mahmood.

2.1.2.Kem Komandan:Encik Md. Nor bin Bachok

2.1.3.Imam / Kuliah

:Ust. Norlizan bin Misran

2.1.4.Bilal

:Encik Mardi bin Ngadino

2.1.5.Bilal 2

:Encik Maskam bin Kodri.

3. Pemudahcara Pelatih

Pemudahcara Pelatih terdiri dari semua 26 ketua Puteri Bahagian yang akan dipecahkan kepada 4 Zon iaitu mewakili Bahagian-Bahagian mengikut Zon.

Setiap Ketua Puteri Bahagian secara automatik menjadi Pemudahcara Kumpulan bagi sesi perbincangan dan latihan dalam kumpulan di selaraskan oleh Pemudahcara / Jurulatih dari JASA Johor.

4. Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor

Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan atau Zon akan diselaraskan oleh 2 orang Pemudahcara / Jurulatih JASA iaitu :-

Zon Utara :

a. Encik Mardi bin Ngadino

b. Ust. Hj. Norlizan bin Misran

Zon Tengah :

a. Encik Abas bin Mohd. Vasi

b. Encik Khairol Anuar bin Basrah

Zon Timur :

a. Encik Suhaimi bin Ahmad

b. Encik Maskam bin Kodri

Zon Selatan :

a. Encik Md. Hodari bin Abu Rahim

b. Encik Md. Said bin Mashor

Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor adalah dikehendaki menyelaras dan membantu perjalanan perbincangan atau latihan dalam kumpulan yang mana Pemudahcara dari Puteri UMNO akan menggerakkan aktiviti yang dilaksanakan.

Teknikal bagi acara Latihan Jasmani / Riadah / Sukan akan dikendalikan oleh Jurulatih JASA Johor yang terdiri daripada :

a. Encik Mohd. Niazi bin Ismail

b. Encik Shahreen bin Abd. Rahim.

5. Jenis Aktiviti :

Aktiviti akan dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu :

Pertandingan Separuh Akhir Pidato Piala Ibu Zain.

Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain.

Bengkel Aktiviti Tahunan Puteri UMNO Negeri.

Bengkel Aktiviti Gerak Kerja Pilihanraya 2007/2008

Sidang Pleno.

Aktiviti Sukan / Riadah.

Kuliah

Ceramah.

Pementasan Imbauan Kemerdekaan.

6. Perlaksanaan Aktiviti :

Pertandingan Separuh Akhir Pidato Piala Ibu Zain.

Seramai 12 orang yang mewakili 4 zon yang dipilih terdiri dari Johon, Naib Johan dan Tempat Ketiga setiap zon akan mempersembahkan pidato masing-masing.

Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain

Seramai 6 orang yang dipilih dari peringkat separuh akhir akan mempersembahkan pidato masing-masing untuk merebut piala pusingan Piala Ibu Zain terdiri dari Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Bengkel Aktiviti Tahunan Puteri UMNO Negeri.

Setiap Kumpulan Puteri UMNO Bahagian akan mengadakan perbincangan untuk merangka plan tindakan kerja bagi aktiviti tahunan Puteri dan akan dibengkelkan dalam kumpulan untuk dibawa ke sidang pleno.

Bengkel Aktiviti Gerak Kerja Pilihanraya 2007 / 2008

Setiap Kumpulan Puteri UMNO Bahagian akan mengadakan perbincangan untuk merangka plan tindakan gerak kerja pilihanraya Puteri UMNO Negeri dan akan dibengkelkan dalam kumpulan untuk dibawa ke sidang pleno.

Sidang Pleno

Setiap Kumpulan yang terdiri dari seramai 30 hingga 40 orang peserta akan menyertai Sidang Pleno untuk mencapai satu keputusan mengenai gerak kerja yang dibuat dalam perbincangan atau latihan dalam kumpulan.

7. Aktiviti Sukan Dan Riadah :

Aktiviti Sukan dan Riadah ini dibahagi kepada beberapa acara iaitu :

Latihan Jasmani.

Pertandingan Bola Baling Pantai.

Pertandingan Bola Tampar Pantai.

Aktiviti ini akan dikendalikan oleh Jurulatih JASA Johor.

8. Kuliah.

Semua peserta dikehendaki mengikuti sesi sembahyang berjemaah dan mendengar kuliah maghrib dan subuh. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh JASA Johor.

9. Ceramah.

Sesi ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan dan hanya satu ceramah sahaja sepanjang kursus ini berjalan.

10. Pementasan Imbauan Kemerdekaan.

Aktiviti ini dibahag kepada 8 bahagian iaitu :

Suasana di zaman penjajahan.

Era menjejaki kemerdekaan.

Zaman Darurat ( Pemerintahan Komunis )

Era membina kemerdekaan.

Era mengisi kemerdekaan.

Mengukuhkan Parti.

Kempen Pilihanraya.

UMNO dan Globalisasi.

11. Acara Perasmian Pembukaan / Penutup.

Acara Perasmian Pembukaan :

Upacara Perasmian Pembukaan akan dilakukan oleh YAB. Menteri Besar Johor dimana sebelum perasmian akan diadakan pertandingan akhir Pidato merebut Piala Ibu Zain. Dan dalam acara ini semua pemenang iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Pertandingan Pidato akan menerima hadiah dari YAB. Menteri Besar Johor.

Acara Perasmian Penutup :

Upacara Perasmian Penutup akan dilakukan oleh YB. EXCO Penerangan atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu majlis ucapan dan penyampaian sijil-sijil penyertaan serta penyerahan Resolusi Gerak Kerja Tahunan Puteri dan Gerak Kerja Pilihanraya ke 12.

Majlis akan diakhiri dengan bacaan doa dan lagu-lagu patriotic.

Disediakan oleh ;

MD. NOR BIN BACHOK

Pembantu Luar Kanan (Operasi)

Jabatan Hal Ehwal Khas,

Negeri Johor

Tarikh : 05 September, 2005..

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN

PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR TAHUN 2005

Jam08.00Malam

:Peserta Perkhemahan Mengambil Tempat

Jam08.30Malam

:Ketibaan YAB. Menteri Besar Johor.

Jam08.45Malam

:Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain

:Ucapan Perasmian.

:Ucapan alu-aluan Ketua Puteri Negeri Johor.

:Ucapan Pengarah JASA Negeri Johor.

:Ucapan Ketua Puteri UMNO Malaysia.

:Ucapan YAB. Menteri Besar Johor.

:Penyampaian Hadiah Piala Ibu Zain.

:Penyampaian Cendermata.

:Bacaan Doa Selamat.

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR TAHUN 2005

Jam02.00Petang

:Peserta Perkhemahan Mengambil Tempat.

Jam02.15Petang

:Ketibaan Tetamu Kehormat.

Jam02.30Petang

:Ucapan Ketua Puteri Negeri Johor.

:Ucapan Pengarah JASA Johor.

:Ucapan Tetamu Kehormat.

:Penyerahan Resolusi.

:Penyampaian Sijil-Sijil Penyertaan.

:Penyampaian Cendermata.

:Bacaan Doa Selamat.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKHEMAHAN & PERTANDINGAN PIDATO PUTERI BESTARI

PIALA IBU ZAIN

1. Perbelanjaan Makan Minum

260 Peserta X RM 30.00 x 3 Hari

=RM23,400.00

2. Sewa Khemah Peserta

85 unit khemah X RM 20.00

=RM 1,700.00

3. Alat Siaraya

=RM 500.00

4. Piala Pusingan

=RM 1,000.00

5. Piala Iringan Johan, Naib Johan, Ketiga

=RM 350.00

6. Piala Iringan 9 buah X RM 50.00

=RM 450.00

7. Fail Peserta 260 X RM 2.00

=RM 520.00

8. Saguhati Penceramah

=RM 1,000.00

9. Saguhati Pemudahcara / Jurulatih

15 Orang X RM 200.00

=RM 3,000.00

10. Perbelanjaan Runcit

=RM 1,000.00

JUMLAH

=RM32,920.00

( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Dua Ribu Sembilan Ratus Dua Puluh )

URUSETIA PROGRAM

JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA ) NEGERI JOHOR

Suite 202 & 203, Bangunan ANG,

No. 1, Jalan Jeram, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07 2377139 / 07 2377140 / Fax: 07 2377141

MENU DAN JADUAL MAKAN

16 SEPTEMBER, 2005 HINGGA 18 SEPTEMBER, 2005

16 September, 2005 ( Jumaat )

Jam02.00petang

:Welcome Drink (light)

Jam04.30petang

:Minum petang

Kueh 2 Jenis / Air Teh / Kopi.

Jam08.00Malam

:Makan Malam

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal /Air Sirap / Oren / Suam

Jam10.30Malam

:Minum Malam

Kueh 2 Jenis /Air Teh / kopi

17 September, 2005 ( Sabtu )

Jam07.00Pagi

:Sarapan Pagi

Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air Teh / Kopi

Jam10.00Pagi

:Minum Pagi

Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam12.45Tengahari:Makan Tengahari

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam04.30petang

:Minum Petang

Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam08.00Malam

:Makan Malam

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam10.00Malam

:Minum Malam

Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

18 September, 2005 ( Ahad )

Jam07.00Pagi

:Sarapan Pagi

Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air Teh / Kopi

Jam10.00Pagi

:Minum Pagi

Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam12.45Tengahari:Makan Tengahari

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam04.30petang

:Minum Petang

Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.Sarapan Pagi-2 Kali

2.Minum Pagi-2 Kali

3.Minum Petang-3 Kali

4.Makan Malam-2 Kali

5.Minum Malam-3 Kali

TAJUK-TAJUK CERAMAHKURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARAPAGOH, MUAR, JOHOR1. Moral, Kredibiliti Sesebuah Negara

Nota:

i. Menjalankan tugas dan amanah pemimpin kepada rakyat dengan cara yang terbaik mungkin.

ii. Kod Etika Kerja baik diperingkat negeri atau persekutuan dalam usaha memantau prestasi dan pencapaian kerja yang cemerlang.

iii. Tidak lupa dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa amalan yang dilakukan akan dihitung dan akan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal.

iv. Sanggup menerima teguran dan nasihat.

v. Melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukkan pelaburan yanag tinggi di dalam bidang pendidikan bagi menjana kredibiliti sebuah negara.

2. Hikmat Kemerdekaan Sesebuah Negara

Nota:

i. Membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi.

ii. Pembangunan moral sumber manusia.

iii. Kemajuan Sains dan Teknologi.

iv. Kemajuan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

v. Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.

3. Bersatu Hati Dan Bersefahaman Menjana Perpaduan.

Nota:

i. Bersatu hati untuk memperjuang satu bangsa Malaysia yang adil, bersatu, makmur dan maju.

ii. Menolak sebarang percubaan untuk menggunakan kaum atau agama dalam agenda masa depan.

iii. Harus mengatasi setiap halangan dengan bersatu padu dan mempunyai satu wawasan.

iv. Menggunakan teknologi maklumat sebagai faktor perpaduan.

v. Berdisplin dan berharmoni.

4. Fanatik Agama Mengancam Keselamatan Negara.

Nota:

i. Bersikap tanpa toleransi di dalam kehidupan beragama.

ii. Tidak menjadikan sifat rohaninya seiring dengan kehidupan.

iii. Beranggapan bahawa amalannya sahaja menjadi tonggak utama.

iv. Sanggup melakukan apa sahaja bagi kepentingan peribadi atau kelompok.

v. Tidak memikirkan kepentingan bersama dan angkuh.

5. Belia Aset Negara.

Nota:

i. Belia yang berdisplin, cergas, sihat dan berdikari dapat membina sebuah masyarakat yang cemerlang.

ii. Teknik untuk membina belia yang bersatu dan berdikari.

iii. Golongan Belia adalah pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara di masa akan datang. Sehubungan dengan itu mereka perlu mempunyai akhlak yang baik dan berilmu pengetahuan.

iv. Belia hendaklah menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dan membiasakan diri mereka dengan akhlak yang mulia.

v. Menggelakkan diri daripada terjerumus kepada budaya negatif.

6. Matlamat Wawasan 2020 Dari Perspektif Islam.

Nota:

i. Mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.

ii. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

iii. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan toleran, yang mana pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingp-masing.

iv. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, yang mana kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.

v. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, teguh dan berdaya tahan.

7. UMNO Satu Keperluan Untuk Rakyat Dan Tanahair.

Nota:

i. Mempunyai sasaran (matlamat) yang diusahakan dan hendak dicapai oleh sebuah masyarakat.

ii. Mempunyai bentuk pemikiran yang ditentukan dalam aktiviti perjuangannya.

iii. Mempunyai arah dan kecenderungan tertentu pada orang-orang yang bergabung didalam parti tersebut.

iv. Kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi membina tamadun yang utuh, unggul serta menyakinkan masyarakat dunia.

v. UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat.

vi. UMNO adalah harapan dan wadah rakyat dalam menyatupadukan Melayu, membebaskan rakyat dari dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan.

vii. Membawa kesedaran untuk terus berjuang didalam memartabatkan hidup kearah yang diredhai Allah.

8. Agama Dan Politik Dalam Perspektif Islam.

Nota:

i. Tamadun Islam masa lalu dipelopori oleh umat Islam sendiri dan telah berjaya membuktikan kehebatannya dalam melahirkan ramai tokoh ilmuan pelbagai bidang hingga terkenal dengan kemampuan mereka mencipta dan menjana kebolehan yang mengkagumkan.

ii. Negara Islam adalah apa yang dinamakan pada satu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam dan berada dalam keamanan.

iii. Metod Politik dan Kepimpinan.

iv. Mtod Kemasyarakatan / Kemakmuran / Keamanan.

9. Semangat Patriotisme Dan Nasionalisme Penjana Masyarakat.

Nota:

i. Kebangkitan ini membawa kita sehingga mendorong mencari sebab-sebab kejatuhan dan kehinaan yang menimpa.

ii. Patriotisme dan Nasionalisme mengambil bentuk kira aktivis sosial yang mendidik generasi muda memakmurkan masjid dan membesihkan sifat-sifat tercela.

iii. Nasionalisme telah menguatkan posisi negara yang mengambil kira bentuk politik, ekonomi dan pertahanan juag pendidikan sebagai pelengkap perjuangan.

iv. Generasi tunas perlu memastikan kemenangan sebenar dengan semangat patriotisme dan nasionalisme.

v. Mempelajari kehidupan dimasa lalu sehingga membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara.

10. Perubahan Sikap & Anjakan Paradigma Menghadapi Globalisasi.

Nota:

i. Dengan pengaruh globalisasi yang kita tidak dapay elak, penggunaan teknologi maklumat secara meluas, masyarakat yang berada di luar bandar dkan terus dipinggirkan jika usaha-usaha dilakukan untuk membetulkan keadaan ini tidak direbut oleh ibu-bapa atau generasi yang akan datang.

ii. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama, iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintergerasi pada peringkat wilayah dan kaum hidup dalam aman dan harmoni.

iii. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

iv. Anjakan paradigma selalunya melibatkan perubahan kepada yang baru dan yang lebih baik.

v. Anjakan paradigma biasanya diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau pun untuk maju kehadapan dengan cara berfikir secara matang.

11. Gejala Sosial Menggugat Kestabilan dan Keselamatan Negara.

Nota:

i. Menjalankan Usaha pencegahan masalah daripada berlaku atau menjadi lebih serius lagi.

ii. Membangunkan kesedaran masyarakat ke arah penglibatan dan penyertaan dalam kerja kebajikan.

iii. Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.

iv. Menjalankan aktiviti pemulihan mangsa-mangsa gejala sosial supaya mereka boleh berdikari.

v. Menggerakkan perubahan setiap sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari dikalangan anggota masyarakat yang berkeperluan dan bermasalah.

12. Pemimpin Berwibawa, Berjiwa Rakyat.

Nota:

i. Berkemampuan berdepan dengan segala bentuk perubahan dan tentangan yang bakal menguji kewibawaan.

ii. Berkeupayaan dalam menangani sebarang isu dan kes serta mampu mengatasinya sebaik mungkin.

iii. Mampu mempersembahkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dengan program yang terancang dan misi yang tersusun.

iv. Berusaha untuk meletakkan nasib diri, rakyat, agama dan bangsa ditempat yang paling tinggi dan dihormati.

v. Mendapatkan maklum balas dari rakyat agar amanah yang dipikul dapat memberikan manafaat kepada rakyat.

BERJALAN DI BUMI MERDEKA

( Ahmad Razali Yusof )

Mari kita ungkap kembali

Makna dan tafsir kemerdekaan

Negara bangsa yang sering menyelinap

Di saujana luas kehidupan kita

Bumi merdeka bumi tercinta

Mari kita ungkap kembali

Sejarah bangsa yang berlari

Di landas kekuatan dan tembok halangan.

Yang mencengkam harapan dalam

Menusuk nusuk jantung kemerekaan

Tersula dendam membara cengkam

Berjalan di bumi merdeka ini

Tidak seperti laluan di lebuh raya

Yang mudah kita menemui destinasi

Untuk mengangkat kejayaan mimpi

Berpaut di pohon kejituan waktu

Terbalar tubuh di bakar sumpah

Tercalar maruah bangsa di rasuk sejarah

Melimpah kekuatan ke puncak harapan

Mari kita tautkan kembali

Pulau pulau fikir yang berselerak

Di laut dan di bumi merdeka

Jadikan sebuah pulau gagah

Yang dapat mengatur sejalur fikir dan tafsir

Tanpa sempadan waktu yang berang

Mari kita dirikan kembali

Makna dan tafsir kemerdekaan

Di halaman alaf baru ini

Mari kita sama-sama isikan kemerdekaan

Dari kekuatan yang kita bina sendiri

Untuk mengangkat dendam cita-cita

Jagat bangsa yang bermaruah dan berwibawa

Kita rempuh dunia tanpa sempadan

Dengan cengkaman tajam kita

Mengatur langkah peribadi.

MANTERA ANAK WAWASAN

( Borhan Md. Zain )

Kalian, jika keris pusaka ini diasam limaukan

Kalau tanjak pahlawan ini dimahkotakan

Pasti alun hidup akan terjurus

Pada satu arah dan matlamat

Berkata dengan santun dan berbudi

Menyanggah secara halus dan bererti

Tepak sirih dihulurkan, salam bersahut

Maka pekerti akan datang sendiri

Berdiri sebagai bangsa bermartabat

Dalam persada iman dan taqwa

Pada tujuh petala langit

Pada tujuh petala bumi

Turunkanlah semangat pahlawan bangsa

Pada anak-anak wawasan

Yang berkeliaran di kaki lima

Asapkan mereka dengan semangat perwira

Agar mereka menjadi panglima setia bangsa

Hei ! anak-anak wawasan

Kini bukan lagi masa untuk bersandar lena

Atau bersembang di kaki lima

Kita mesti mengejar masa

Kita mesti mengukuh kuasa

Agar kita setara dengan segala bangsa

Hei ! anak-anak wawasan

Ruang yang lurus mesti dirampas

Sekali tercicir bererti gelincir

Sekali terlepas bangsa melepas

Kita jangan papa jadi perempat

Dan peminta di tanahair sendiri

Kita jangan celaka jadi penyengat

Dan petualang jalang mengotor hitam persada suci

Usah lalai dengan kemerdekaan

Jangan leka dengan kebebasan

Perjuangan kita baru bermula

Esok lusa siapa yang punya.

DI TANAH BERTUAH INI

( Chu E Liang )

Susur galur tanah bertuah ini

Dihasilkan wap tujuh banjaran gunung

Dikeraskan bayu tujuh rabung tanjung

Ditegakkan embun tujuh petala langit

Diterangkan kilau tujuh warna mentari

Diwarnakan indah tujuh jalur pelangi

Dikawal sempadan lapan pendekar sakti

Dari segumpal tanah setitik air

Sedetik api sekilas angin

Terbentuk jasad diadun penuh kesempurnaan

Dengan darah dititis mengikut kesabaran menutur keimanan

Urat dilentur mengikut landasan kitab

Tulang ditempa mengikut pendekar terbilang khalifah

Kitalah pendukung di tanah bertuah ini

Sempadan kita adalah maruah kita

Pagar kita adalah adat kita

Kampung kita adalah suara kita

Suara leluhur merentas penuh keikhlasan

Tumbuh subur di perdu semangat berpadu di jiwa

Mengukuh tembuk batiniah

Membenteng kukuh empangan ruhaniah

Kita menakung teguh tasik ketenangan naluri

Kita melingkar tegap telaga sukma

Kini kita bisa melaungkan

Di jambangan tanah bertuah ini

Tentang mekar teratai damai dialun bahagia

Kemboja keharmonian mengenal asalnya

Disinilah bangsaku menuturkan mata fikir

Berpaut menyulam kasih mesra tanpa ragu

Teguh janji adalah tunas-tunas membiak

Di pohon sebuah negara bergelar merdeka

Telah kita sambut berkali-kali kemeriahan

Berulang kejayaan yang sarat dengan semangat padu dan jitu

Belayar generasiku di samudera kebebasan

Itulah kegemilangan, kemasyhuran, kecemerlangan bangsaku.

SALAM PERJUANGAN SRIKANDI BANGSA

( Lim Swee Tin )

Tunduk hormatku untukmu wanita

Penyubur jiwa pemekar cinta

Walau kadang-kadang kabut mengepong hari

Senyum mengendurkan resah belai menenangkan lena

Suami dan anak kecil dipaut lembut renung matamu

Wanita,

Telah kami hafal alur sejarah panjangmu

Taktala bangkit engkau dari liang parut penjajahan

Sederap bergandingan di genderang perjuangan

Sedar bangsa sekian abad terantai kaki kebebasannya

Lalu, di dinding sejarah ini namamu kami ukirkan emas

Untuk mu wanita tunduk hormatku

Dewasa kami dalam dodoi dan bening rindumu

Kau bekal cekal pada hidup berduri keliru

Bahawa pengisian kemerdekaan rupanya dibeliti rintang

Kau kejapkan pagar yakin teguh benteng keperibadian

Siaga sungguh anak generasi mengharung gelombang

Wanita,

Bertuah pertiwi sepanjang zaman tersulam namamu gemilang

Dari Ibu Zain, Fatimah Hashim dan Aishah Ghani

Semuanya permata bangsa tak terkira harga

Kau tinggalkan pesan suci negara kita bela nusa kita jaga

Air mata bukan galang ganti,

Keringat dan darah bukan tukarannya

Kau korbankan jiwa demi sejahtera di tanah pusaka

Wanita,

Dalam melestarikan hadirmu tak pernah kau sempitkan dunia

Kau isi agenda mewarna era merintis kemajuan

Kau tabur kuntuman makmur dalam kerangka kesejahteraan

Manakala, di arena antarabangsa lantang suarakan kebenaran

Sehingga kita walau kecil tak lagi dipersendakan,

Diperkotak-katikkan.

Wanita,

Belum sempurna rupanya cantuman perca impian kita

Tugas dibahumu masih menuntut bijaksana berganda

Lihatlah, dimana-mana bertaburan serpihan kaca percaturan

Imperialisme dengan taring dan rahangnya ternganga

Maka, jitukanlah jati dirinya, paksakanlah setianya

Dari anjung sesusuk persada canang gemakan cintamu mulia

Salam perjuangan srikandi bangsa

Pancangkanlah lagi di tiang hati kasihmu abadi

Kerana di sini,

Angin liar mungkin meretak cermin sentosa ini

Dan, sekali pun hingga ke puncak cakerawala

Jejak mu jaya, jangan sesekali dibiar tergetus ia

Di bumi ini percayalah, akan kami maknakan erti kemerdekaan.

PEWARIS KECEMERLANGAN

( Rahimi NS )

Tersedar dari calar duka perba

Wajah tercuka menanggung derita

Terbangun dari himpitan jiwa hamba

Terasa ngilu dicengkam nestapa

Tanpa peduli mencantas jantung penjajah

Lalu merempuh penjara yang resah

Kini, lingkaran pahit terurai sudah

Rela berdepan mengharung padah

Hati pun tersentak dan tersentuh

Dek sengsara panjang dihina diri

Pemberontakan tak pernah dikubur

Semangat berani diukir berkobar

Kita telah terlalu lama tersisir

Sejarah masa silamnya yang pedih

Di raut muka tergambar sedih

Jiwa raga gelegak mendidih

Kita pun bangkit dari hirisan pilu

Memupuk kekuatan kesedaran yang jitu

Tangkas membuka silat perwira

Meneruskan perjuangan dengan setia

Helai demi helai disingkap kekeliruan

Fakta masa silam yang penuh keaiban

Dengan perperinci kita nukilkan

Mencapai matlamat yang dihasratkan

Tugu penjajah telah kita robohkan

Telah pun ditanam segala kepahitan

Diatasnya kita bangunkan semangat juang

Untuk kita wariskan wawasan cemerlang

Kita utarakan dasar kecemerlangan

Pembangunan negara mengikut acuan

Kemajuan bangsa ke taraf kesejahteraan

Semuanya berlandaskan keimanan

Kita merdeka dengan penuh mandat

Menggariskan perjuangan dengan beradat

Sikap rela perlu teguh dan kuat

Ke mercu jaya dengan gaya yang sihat

Memberi erti makna kemerdekaan

Impian sejagat untuk kemanusiaan

Menghormati erti jalur kebebasan

Maruah bangsa tetap dipertahankan.

DI PERSADA TANAH TERCINTA

( Rejab F.I. )

Berabad dulu telah bangkit perwira negara

Menghunus keris pusaka di persada tanah tercinta

Matanya bagaikan harimau ganas

Merimbas rimba raya

Menghujam puncak menara

Mengharungi dada samudera

Di sini berdirinya sang perwira negara

Meratah petualang-petualang dan boneka

Terdamparlah konco-konco sang penakluk

Mencium rumput di bumi

Terapung di dada sungai

Sesekali bangkitnya perwira negara

Tekadnya begitu kukuh

Membina peribadi bangsa

Takkan bertakhta lagi parisait

Di bumi tercinta

Kini perwira negara bangkit kembali

Tekad dan matanya seperti dahulu

Memperjuangkan hak milik nusa bangsa

Bahawa tanah pusaka ini

Adalah milik bersama, senada seirama

Meneroka hidup, bersama meneroka belantara

Sebuah negara bernama pembangunan dan kesejahteraan

Hari ini mari bersama kita semaikan

Akar peribadi bangsa

Sebuah negara bangsa yang berdaulat

Bersama merangkul satu budaya

Bahawa tanah sebidang ini

Kecintaan tertumpah bersama

Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung

Siapa saja perlu sedar bahawa

Jatidiri bangsa adalah akar

Pada sebatang pohon negara

Di situlah tertunjang sebuah kemerdekaan

Milik bersama

Jika suatu hari nanti

Tanpa tertanamnya jatidiri bangsa

Pada sebuah watan, percayalah

Kemelut dan pertarungan bermaharajalela

Meruntuhkan kemerdekaan, menghancurkan kedaulatan bangsa.

Mari bersama kita semaikan jatidiri bangsa

Pada awan gemawan, pada puncak puncak gunung

Pada permukaan samudera, membina sebuah tekad

Membendung nurani bangsa

Demi ketemadunan negara tercinta.

MENYELUSURI SUNGAI MERDEKA

( Shahrunizam Abdul Talib )

Berperahu menyusuri sungai merdeka berliku

Bermula di muara Empayer Kesultanan Melaka

Tiba-tiba ranap sebuah kota ketamadunan gemilang

Bukan dek kerana bedil Portugis secupak itu

Tetapi kerana bergantang kuasa nafsu serta

Khianat berpuaka membarah menjadi petaka

Bumi makmur menjadi lebur

Melaka rebah, mata sejarah menangis pilu

Bertalu musuh menggeledah kekayaan dipunggah

Agama disanggah dan politik bangsa mengelabah

Tiba-tiba di Kuala Semantan bangkit Bahaman pahlawan

Abdul Rahman Limbang ulamak tersohor juga bingkas

Si Putum cekal membunuh petualang, Pasir Salak berdarah

Bumi Kenyalang menyaksikan rentap tangkas pedang

Mengusir musuh yang tersesat jalan pulang

Kini, kita mesti berani mendepani cermin sejarah

Lantas belajar menjadi dewasa yang sejati

Matang corak fikiran, cemerlang gerak tindakan

Meski pun cermin sering memantulkan pahit kebenaran

Yang sering menyilaukan mereka yang leka

Sudahlah, usah lagi ditangisi semalam yang mendung

Bersegeralah melakar gagasan, mengukir wawasan

Bumi yang kita pijak ini dahagakan pengorbanan

Langit yang kita junjung ini hauskan keikhlasan

Demi sebuah masa depan yang lebih menjanjikan

Rawatilah luka pendekar semalam

Dengan mujarab penawar cekal hari ini

Sapulah air mata pejuang semalam

Dengan sapu tangan ikhlas hari ini

Kesatlah keringat pahlawan semalam

Dengan semangat hari ini.

Merdeka ini usah lagi dilepaskan dari genggaman

Merdeka ini perlukan pengisian, bukannya permintaan

Merdeka ini menagih pelaksanaan, bukan lagi laungan

Kerana merdeka ini milik kita semua

Yang cintakan keamanan dan kedamaian

BUAT GENERASI KU

( Sabar Bohari )

Generasiku, kemerdekaan ini amat mahal harganya

Himpunan tangisan, keringat dan pengorbanan

Kemerdekaan yang kita miliki ini

Hasil perjuangan lahir batin rakyat

Bersatu padu menentang penjajah

Menyuburkan jiwa kebangsaan yang hakiki

Membentuk keimanan dalam kehidupan

Yang telah mencerna peradaban

Bangsa dan agama yang tercinta

Melayu, teras yang pasti dipelihara

Diperjuangkan selagi kita masih bernyawa

Siapa yang boleh menafikan

Melayu teras kebangsaan

Mengikut susunan dan keturunan

Yang didaulatkan dan dikeramatkan

Generasiku, peliharalah negara ini

Cintailah dengan sepenuh jiwa raga

Suburkan dengan rasa kasih sayang

Setiap musuh pasti ditentang

Kita tiada bumi yang lain

Yang hendak kita pelihara

Andainya hilang dari kuasa kita

Terlonta lonta dan meminta-minta

Menjadi bangsa yang dilanda malapetaka

Generasiku, kemerdekaan ini perlu diisi

Sinarnya biar menerangi angkasa

Selagi hayat dikandung badan

Setiap inci bumi ini milik suci kita

Setiap detik waktu menagih kasih

Dari budi bicara kita

Jangan lupa tentang kejatuhan kerajaan dahulu kala

Agar menjadi iktibar petunjuk jalan

Bangsa kita tidak kesesatan

Generasiku, jangan lupa asal keturunan

Kita bina maruah dan kedaulatan

Seiring sejalan dengan kemajuan

Yang dibina di atas landasan kemurnian

Penuh dengan bunga bunga kemuliaan

Yang terakam dalam sebuah percintaan.

PEMENTASAN IMBAUAN KEMERDEKAAN

BENGKEL ( 3 )

Tajuk Pementasan:

8.PUTERI UMNO MEMBINA BANGSASetiap kumpulan dikehendaki merancang untuk membuat satu pementasan berbentuk lakonan mengenai Puteri UMNO membina bangsa yang melibatkan semua ahli-ahli dalam kumpulan.

( Masa yang diberikan untuk sesi ini adalah selama 45 minit )

Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang peserta yang akan bertindak sebagai PENGARAH untuk merealisasikan pementasan ini.

Diakhir pementasan / lakonan ini seorang peserta hendaklah mengdeklamasikan sebuah sajak sebagaimana yang dilampirkan manakala peserta lain akan bersama dengannya menyanyikan lagu patriotik sebagai lagu latar sajak.

Nama Pengarah Pementasan

:.....................................................................................

Nama Pengdeklamasi Sajak

:.....................................................................................

Jumlah Ahli Kumpulan

:.....................................................................................

Nama Pemudahcara JASA

:.....................................................................................

Nama Pemudahcara Puteri

1......................................................................................

2......................................................................................

3......................................................................................

4. .....................................................................................

TAJUK CERAMAHKURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006 ( 1 )ISLAM HADHARI MENJANA PEMBANGUNAN UMMAH

NOTA :1.

Islam bukan agama ritual semata-mata, sebaliknya satu cara kehidupan yang menyeluruh.

2.

Sejarah telah membuktikan bahawa satu ketika, Islam pernah

menguasai Sains dan Teknologi, Ilmu Perubatan, Pelayaran dan Falsafah.

3.

YAB. Perdana Menteri telah menggariskan 10 prinsip Islam Hadhari sebagai cara mengembalikan umat Islam kepada kekuatan masa kini.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 2 )

FANATISME AGAMA DAN KAUM MENGANCAM KESELAMATAN NEGARANOTA :i.

Sikap melampau terhadap agama dan kaum membawa

tindakan-tindakan buruk yang merosakkan kestabilan negara.

ii.

Perlu sikap toleransi antara kaum dan saling memahami

sensetiviti agama masing-masing.

iii.

Banyak contoh fanatisme agama dan kaum di seluruh dunia

yang mengugat keamanan dan kemanusiaan.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 3 )

MATLAMAT WAWASAN 2020

DARI PERSPEKTIF ISLAMNOTA :i. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari pelbagai

segi kehidupan mengikut acuan sendiri.

ii. Memajukan negara bermakna memajukan umat Islam sama

ada ia berbentuk rohani atau jasmani.

iii.

Umat yang maju dan kuat sudah pasti menguasai sains dan

teknologi dan seterusnya dapat memimpin dunia.TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 4 )

U.M.N.O.

SATU WADAH PERJUANGAN RAKYATNOTA :i.

UMNO melakarkan sejarah perjuangan kemerdekaan negara.ii.

UMNO menjadi organisasi siasah yang memerintah negara

dengan pelbagai program membangunkan rakyat jelata.iii. Melalui dasar-dasar perjuangan UMNO, kehidupan bangsa

Melayu dan kaum-kaum lain disusun dengan baik.TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 5 )

GEJALA SOSIAL MENGGUGAT

KESTABILAN DAN KESELAMATAN NEGARANOTA :i. Penyalahgunaan dadah / penularan HIV / keruntuhan moral

membawa padah buruk kepada generasi muda yang bakal

memimpin negara.

ii. Lebih buruk lagi apabila bangsa Melayu yang menjadi teras

politik negara ini ikut terjebak dengan gejala sosial.

iii. Gejala sosial akan melahirkan generasi yang lemah dan hilang

keyakinan diri serta tidak mampu membela negara.TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 6 )

PEMIMPIN BERWIBAWA, BANGSA BERJAYANOTA :i. Pemimpin adalah khalifah yang membawa ummah menuju

kebahagiaan dan kejayaan.

ii. Kebolehan pemimpin berteraskan ilmu pengetahuan,

pengalaman dan iman yang kukuh serta mempunyai wawasan

yang menyakinkan rakyat.

iii. Pemimpin yang baik berjaya menghadapi cabaran dan sentiasa

berusaha meletakkan nasib diri, rakyat, agama dan bangsa di

tempat yang dihormati.TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 7 )

KETUANAN MELAYUTERAS KESTABILAN POLITIK MELAYUNOTA :i. Melayu adalah penduduk asal negara ini dan telah memerintah

negara ini melalui sistem beraja sebelum penjajah menjajah

negara ini.

ii. Sebarang dasar atau tindakan yang dibuat mesti mengambil

kira kepentingan bangsa Melayu.iii. Tragedi 13 Mei, 1969 adalah contoh ketidakadilan ekonomi

Terhadap bangsa Melayu telah mengakibatkan huru hara.TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 8 )

MERUBAH SIKAP BANGSA MELAYU

KEARAH CEMERLANG, GEMILANG

DAN TERBILANGNOTA :i. Revolusi mental pernah dilancarkan lebih 30 tahun dulu bagi

merubah pemikiran orang-orang Melayu supaya lebih berjaya.

ii. Orang Melayu perlu menguasai sains, teknologi dan ekonomi

bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

iii. Persaingan mencipta kegemilangan bukan sahaja di peringkat

negara malah di peringkat global.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 9 )

ISLAM BENTENG KEKUATAN BANGSANOTA :i. Orang Melayu secara umumnya beragama Islam, malah Islam

telah diletakkan sebagai agama rasmi negara.

ii. Melalui iman dan taqwa, Islam sewajarnya mengukuhkan

umat Melayu dalam menghadapi cabaran cabaran kehidupan

dan bukan sebaliknya.

iii. Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri

jika dihayati dapat memperkasakan umat Melayu Islam.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 10 )

BELIA ASET NEGARANOTA :i.

Belia adalah pewaris kepimpinan negara.

ii.

Pendidikan yang baik / moral yang unggul akan menjadikan

mereka generasi yang bakal meneruskan pembangunan dan

kemajuan negara.

iv. Kerosakan moral di kalangan belia akan menjerumuskan

negara ke lembah kesusahan.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 11 )

U.M.N.O.

PENGGERAK KEARAH PERJUANGAN KEMERDEKAANNOTA :i. Sejarah perjuangan kemerdekaan perlu difahami oleh rakyat

agar tidak dikelirukan oleh pihak-pihak tidak

bertanggungjawab.

ii. Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman melalui UMNO

telah merintis jalan kemerdekaan.

iii. UMNO telah menyusun gerak kerja seluruh persatuan-

persatuan Melayu agar menolak Malayan Union.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 12 )

SAINS DAN TEKNOLOGI

WADAH KETAMADUNAN BANGSANOTA :i. Ketamadunan bangsa tidak dapat dibangunkan hanya dengan

kata-kata, tetapi melalui pendidikan terutama yang berteraskan

sains dan teknologi.

ii. Sesiapa yang menguasai sains dan teknologi akan menguasai

dunia.

iii. Persaingan kuasa-kuasa dunia menghendaki kita menguasai

sains dan teknologi.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWABIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHORINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR

24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 13 )

HIKMAT KEMERDEKAAN

SESEBUAH NEGARANOTA :i. Pentadbiran Kerajaan membasmi kemiskinan negara hingga ke akar umbi.

ii. Pembangunan moral sumber manusia.iii. Kemajuan Sains dan Teknologi.

iv. Kemajuan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

v. Dasar penerapan Nilai-Nilai Islam dalam pentadbiran.

PAGE 2