kurikulum sk teluk ru

21
PENGURUSAN KURIKULUM SK TELUK RU 2010

Upload: akhbar992000

Post on 24-May-2015

3.036 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum sk teluk ru

PENGURUSAN KURIKULUM

SK TELUK RU2010

Page 2: Kurikulum sk teluk ru

ANGGOTA JAWATANKUASA KURIKULUM 2010 

PengerusiPn.Hjh.Normah Thanal Azian bt.Mohd.Noor

( Guru Besar ) 

Timbalan PengerusiPn.Hjh.Khairunnisah bt.Abdul Aziz

( Penolong Kanan Pentadbiran ) 

Naib Pengerusi 1Pn.Noor Hayati bt.Hashim

( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) 

Naib Pengerusi 2Pn.Hjh.Mariam bt.Md Rejab

( Penolong Kanan Ko-Kurikulum ) 

SetiausahaHjh.Siti Hajar bt.Ahmad Ismail

 

Anggota jawatankuasa Semua Guru Sk Teluk Ru

Page 3: Kurikulum sk teluk ru

PENGURUSAN UNIT KURIKULUM

2010

Page 4: Kurikulum sk teluk ru

PERKARA HURAIAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis.

MISI PENDIDIKAN NEGARA Menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

VISI SEKOLAHMenyediakan insan cemerlang yang seimbang dan harmonis.

MISI SEKOLAHMenyediakan persekitaran yang kondusif untuk membantu melahirkan insan yang cemerlang menerusi program-program unit pentadbiran sekolah kurikulum dan ko-kurikulum

VISI UNIT KURIKULUM Unit Kurikulum cemerlang menjelang 2010 dengan meningkatnya peratus kelulusan PKSR dan UPSR

MISI UNIT KURIKULUMMenguruskan unit kurikulum dengan sistematik serta menitikberatkan keberkesanan P&P dan program-program yang dirancang.

MATLAMAT UNIT KURIKULUM

1.Memastikan pencapaian akademik sekolah sentiasa meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.( 6 orang murid dapat 5 A dan 100% lulus dalam setiap matapelajaran.2.Memastikan murid SK Teluk Ru bijak dan berketrampilan dalam pelbagai bidang ilmu.3.Memastikan semua murid berpeluang menggunakan IT dalam P&P dan lain-lain aktiviti.4.Memastikan murid-murid sentiasa mengamalkan nilai murni di dalam dan di luar bilik darjah..

Page 5: Kurikulum sk teluk ru

SENARAI STAF 2010

Page 6: Kurikulum sk teluk ru

PENTADBIR1. PN.HJH. NORMAH THANAL AZIAN BT.MOHD.NOOR GURU BESAR

2. PN.HJH.KHAIRUNNISAH BT.ABDUL AZIZ GPK.PENTADBIRAN

3. PN.NOOR HAYATI BT.HASHIM GPK.HAL EHWAL MURID

4. PN.HJH.MARIAM BT.MD REJAB GPK.KO-KURIKULUM

GURU KELAS

5. PN.NORMALIZA BT.MAT MISROH GURU KELAS TH.1

6. PN.MASILAH BT.MASLOR GURU KELAS TH.2

7. PN.NORAZIAH BT.MUHAMMAD ASHRAF GURU KELAS TH.3

8. PN.NOOR AKMAR BT.ZAINAL MOKHTAR GURU KELAS TH.4

9. PN.HJH.SITI HAJAR BT.AHMAD ISMAIL GURU KELAS TH.5

10. CIK AMMUKUTTY A/P RAGAWAN GURU KELAS TH.6

11. PN.SALISAH BT.SHAFIAI GURU PRA

12. PN.HASLINDA BT.RAMLI GURU PENDIDIKAN KHAS

13. EN.MOHD.ASRI B. HASSAN GURU PENDIDIKAN KHAS

14. EN.ZOOL FADLI B. SAID GURU PENDIDIKAN KHAS

15. EN.MOHD.SOLEHAN B.MOHAMMAD GURU PENDIDIKAN KHAS

16. PN.NORASIKIN BT.CHARPUNI GURU PENDIDIKAN KHAS

GURU PUSINGAN

17. PN.MALIAH BT.MUSBAH GURU MEDIA

18. EN.AHMAD MUSTAIN B.OTHMAN GURU PEND.AGAMA ISLAM

19. EN.SUHAILI B. MORSHIDI GURU PEND.AGAMA ISLAM

20. EN.MOHD.AKBAR B.MD.SALLEH GURU J-QAF

21. PN.SHARIFAH NADIA BT.ASMUNI GURU J-QAF

22. PN.NOORFADHLIAH BT.MAT JIDIN GURU PEMULIHAN KHAS

STAF SOKONGAN

23. EN.MUHAMAD ANUAR B.KAMARUDIN PEMBANTU TADBIR

24. EN.JASNI B.HASAN PEMBANTU TADBIR RENDAH

25. PN.SITI AMINAH HASNA BT.BASAR PEMBANTU PENGURUS MURID

26. PN.NOREEN SHARIZAN BT.MAKNUN PEMBANTU PENGURUS MURID

27. PN.WAHIDAYAH BT.JAMAL PEMBANTU PENGURUS MURID

28. EN.SHAARI B.KADIR PEKERJA RENDAH AWAM

STAF SWASTA

29. PN.MARIATON BT.MOHD.SIDIN PEMBERSIH KAWASAN

30. PN.HAFIZAH BT.RAMZAN PEMBERSIH KAWASAN

31. HJ.MARHABAN B. HJ.DZIN PEMBERSIH KAWASAN

32. HJ.MOHD.KHAIROJI B.KORMIN PENGAWAL KESELAMATAN

33. EN.MOHD.ZAINI B.IBRAHIM PENGAWAL KESELAMATAN

Page 7: Kurikulum sk teluk ru

PANDUAN AM

1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.

Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.

Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.

Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan

peribadi.

Semua guru adalah guru disiplin.

Semua guru adalah guru kaunseling.

Page 8: Kurikulum sk teluk ru

2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.

2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.

2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.

2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

Page 9: Kurikulum sk teluk ru

3. KELUAR WAKTU BERTUGAS 3.1 Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi Buku Catatan Keluar.

3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah.

3.4 Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru Besar/Penolong Kanan dan mengisi Buku Kebenaran Keluar.

3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula. 

Page 10: Kurikulum sk teluk ru

4. MELAKUKAN KERJA LUAR 4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut. - Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. - Dibenarkan dengan syarat … Tidak dilakukan semasa waktu bekerj Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996(Akta 550) Subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali

Page 11: Kurikulum sk teluk ru

5. CUTI 

5.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal

 

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP ) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.

Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

  

Page 12: Kurikulum sk teluk ru

5.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 

Cuti Sambilan tidak lebih daripada Tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan CUTI REHAT KHAS sebanyak (7) hari dalam satu tahun kalendar.

Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.

Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan P&P di sekolah.

Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1(ix)Bab C)

Page 13: Kurikulum sk teluk ru

5.3 Cuti Sakit 

1.Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doKtor swasta melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

 

5.4 Cuti Keluar Negara

 

Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

 

Page 14: Kurikulum sk teluk ru

5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin

 

Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

 

Page 15: Kurikulum sk teluk ru

5.6 Cuti Tanpa Rekod

 

Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa , cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

 

5. 7 Cuti Urusan Kematian keluarga terdekat

 

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

 

Page 16: Kurikulum sk teluk ru

6. PAKAIAN 

Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.

Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu ( kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.

Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.

Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

 

Page 17: Kurikulum sk teluk ru

Guru perempuan : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

 

Page 18: Kurikulum sk teluk ru

7. BILIK GURU

1. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.2. Masa tersebut hendak dianggap non teaching period dan bukannya free

period. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara- perkara berkaitan dengan P&P atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.2. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.4. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab

semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.5. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.

Page 19: Kurikulum sk teluk ru

8. TUGAS GURU1. Guru diberikan tugas dalam bidang kurikulum, HEM, Kokurikulum dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar.3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang khas.4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan In House Training kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/Guru Besar tarikh dan masa pelaksanaannya.5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk murid dan maklumkan kepada Guru Penolong Kanan.

Page 20: Kurikulum sk teluk ru

   9. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.2. Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.3. Guru akan bersama-sama menasyidkan Asmaul Husna,menyanyikan Lagu Negaraku,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

10. MESYUARAT GURU1. Guru Besar akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua GPK/Ketua Panitia.3. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

Page 21: Kurikulum sk teluk ru

11. BUKU REKOD MENGAJAR

1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan/Guru Besar setiap hujung minggu untuk disemak dan ditandatangani.

2. Guru yang bercuti,buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.

3. Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.

12. JADUAL WAKTU MENGAJAR

1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

3. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.