kajian penggunaan itmk dalam pdp guru-guru sk teluk medan

13
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 1 KAJIAN TINDAKAN TAJUK PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU- GURU SK TELUK MEDAN OLEH UNIT ICT SK TELUK MEDAN JALAN TAIPING, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN ABA 3014

Upload: skbaganserai-baganserai

Post on 09-Mar-2016

247 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN TMK SK TELUK MEDAN

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 1

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-

GURU SK TELUK MEDAN

OLEH

UNIT ICT SK TELUK MEDAN

JALAN TAIPING, 34300 BAGAN SERAI,

PERAK DARUL RIDZUAN

ABA 3014

Page 2: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 2

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-

GURU SK TELUK MEDAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication

Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru SK Teluk

Medan. Aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT

dalam PdP, kelemahan penggunaan ICT dalam PdP dan masalah-masalah yang dihadapi oleh

guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan ICT dalam PdP. Sampel kajian terdiri daripada

20 orang guru-guru SK Teluk Medan. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik terhadap guru-

guru SK Teluk Medan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan

kajian mendapati guru-guru SK Teluk Medan masih kurang meggunakan ICT dalam PdP. Ini

adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan

ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada

pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru-guru SK Teluk Medan dan pihak sekolah bagi

memantapkan lagi penggunaan ICT dalam PdP.

1. PENGENALAN

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa

penyaluran maklumat yang lebih berkesan. Guru dan murid seharusnya menggunakan

peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang

lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera

video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.

Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu

penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan

komputer di sekolah semakin berkembang.

Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk

mendapatkan maklumat untuk tujuan PdP. Selain daripada perisian yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri

dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

menurut Kassim Abbas (2006).

Page 3: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 3

Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan

salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses PdP. penggunaan CD-ROM

sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah

disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan

elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan

pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003).

2. PERNYATAAN MASALAH

Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di SK Teluk Medan sudah

lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya

Walaubagaimanapun SK Teluk Medan sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti

kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal komputer dan

Makmal Mudah Alih Chromebook malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer

masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu

agar proses PdP berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah

kepada mengenalpasti sejauh mana guru-guru SK Teluk Medan mengaplikasikan penggunaan

ICT di sekolah. Adakah penggunaan ICT ini dapat membantu para pendidik dalam proses PdP,

sumber ICT yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru-guru SK Teluk

Medan dalam menggunakan ICT dalam PdP.

3. OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran .

iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam

menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. KEPENTINGAN KAJIAN

i. Mendedahkan keperluan sebenar guru bagi menjayakan proses pengajaran dan

pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi

pembelajaran yang bermakna.

Page 4: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 4

ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian

dengan suasana pengajaran dan pembelajaran.

iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan

ICT seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka.

iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dalam menggunakan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran .

5. SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru-guru SK Teluk Medan. 20 orang guru-guru SK

Teluk Medan akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru-guru pelatih.

Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk

memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual.

6. METODOLOGI

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk soal selidik, tinjauan dan juga pemerhatian.

Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan

yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.

Soalan soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya

digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik

menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran .

Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses

pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan

proses soal selidik (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian

semasa guru-guru SK Teluk Medan sedang mengajar. Ini untuk melihat secara lansung dan

secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa

mengajar dalam bilik darjah. Namun pada fasa pertama kajian, pengkaji hanya menggunakan

kaedah soal selidik. Respoden yang dipilih perlu menjawab beberapa soalan secara atas talian

iaitu melalui perisian Google Doc.

Page 5: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 5

6.2 Tempat Kajian

SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak.

6.3 Sampel Kajian

Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru

SK Teluk Medan.

Disebabkan penyelidik perlu menjalankan soal selidik dan pemerhatian secara individu dan

terperinci, jadi hanya 20 orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian

adalah guru-guru SK Teluk Medan yang dipilih secara rawak.

.

6.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan soal selidik. Pemerhatian merupakan salah

satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara

langsung. Manakala soal selidik pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari

responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Soal selidik dan pemerhatian

adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan

kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran. Responden diberikan borang soal selidik yang perlu dijawab secara atas

talian iaitu melalui google doc .

6.5 Soalan Kajian.

1. Tahap kemahiran menggunakan peralatan ICT.

2. Kekerapan menggunakan ICT bagi penyediaan dan proses PdP.

3. Adakah tahap minat belajar murid anda meningkat semasa penggunaan ICT dalam PdP.

4. Adakah proses pencapaian objektif pembelajaran lebih cepat jika menggunakan ICT.

5. Kekangan dalam menggunakan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Page 6: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 6

7. Dapatan Kajian.

7.1 Tahap Penguasaan ICT Guru-guru SK Teluk Medan.

Melalui data yang diperolehi, kesemua respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk

Medan telah menguasai kemahiran ICT meskipun pelbagai aras. 5 daripada responden mahir

menggunakan ICT, 13 responden sederhana mahir manakala seorang kurang mahir dan

seorang sangat mahir. Di bawah adalah jadual menunjukkan aras kemahiran ICT respoden

daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.

Sangat Mahir Mahir Sederhana Mahir Kurang Mahir

1

5

13

1

7.2 Perisian Micro Office yang dikuasai Guru-guru SK Teluk Medan.

Perisian MS Office bukan sesuatu yang asing kepada pengguna komputer. Daripada

kajian yang dijalankan, kesemua responden menguasai perisian MS Word dan MS Powerpoint.

Namun begitu, hanya 10 responden menguasai MS Excel dan 8 responden menguasai MS

Publisher manakala tiada seorang pun daripada kalangan responden menguasai MS Access. Di

bawah adalah jadual menunjukkan penguasaan respoden berkaitan MS Office daripada

kalangan guru-guru SK Teluk Medan

MS Word MS Powerpoint MS Excel MS Publisher MS Access

20

20

10

8

0

7.3 Kekerapan Menggunakan Komputer Untuk Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran.

Mengikut data yang diperolehi, terdapat 4 responden yang menggunakan komputer

setiap hari bagi penyediaan PdP. Ini disebabkan di SK Teluk Medan, terdapat guru-guru yang

menyediakan persediaan mengajar menggunakan komputer. Daripada kajian juga, 4

responden menggunakan komputer untuk persediaan PdP sebanyak 2 kali seminggu, 4

responden sekali seminggu dan 8 responden menggunakan komputer sekali dalam masa 2

minggu. Di bawah adalah jadual menunjukkan kekerapan menggunakan komputer untuk PdP

respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan

Page 7: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 7

Setiap hari 2 kali seminggu Sekali seminggu Sekali dalam 2 minggu

4

4

4

8

7.4 Kekerapan Menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kekurangan dan keuzuran peralatan ICT merupakan salah satu faktor mengapa

penggunaan ICT kurang di SK Teluk Medan. Tiada daripada kalangan responden menggunakan

peralatan ICT setiap hari. Terdapat 4 responden menggunakan kemudahan ICT sebanyak 2 kali

dalam seminggu, 9 responden sekali seminggu, sekali dalam masa 2 minggu dan 6 responden

menggunakannya sekali dalam masa 2 bulan. Di bawah adalah jadual menunjukkan kekerapan

penggunaan peralatan ICT respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.

2 kali seminggu Sekali seminggu Sekali dalam 2 minggu

Sekali dalam 2 bulan

4

9

1

6

7.5 Eksplorasi VLE Frogasia.

VLE Frogasia mula diperkenalkan di SK Teluk Medan mulai tahun 2012. Pada tahun

2013, guru-guru dan murid SK Teluk Medan mula dilatih oleh pihak Frogasia secara

berperingkat. Oleh yang demikian, 16 daripada responden telah membina dashboard peribadi

mereka manakala 14 daripada 20 responden telah membina site pembelajaran dalam portal

Frog VLE masing-masing. Di bawah adalah jadual menunjukkan tahap eksplorasi VLE Frogasia

respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.

Membina Dashboard Membina Site Pembelajaran

Sudah

16

14

Belum

4

6

Page 8: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 8

7.6 Persepsi Guru Terhadap Aplikasi ICT semasa Pengajaran dan Pembelajaran.

Responden yang terdiri daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan mempunyai

pelbagai pandangan berkaitan aplikasi ICT semasa PdP di dalam kelas. Namun demikian,

kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan ICT semasa PdP mampu menarik minat

murid-murid serta memberi tumpuan kepada pembelajaran. Namun daripada aspek

pencapaian objektif lebih cepat jika menggunakan ICT semasa PdP, hanya 15 daripada

responden bersetuju manakala 5 responden kurang setuju. Apa pun, majoriti daripada

responden masih bersetuju bahawa penggunaan ICT semasa PdP mampu mempercepatkan

pencapaian objektif pembelajaran murid. Di bawah adalah jadual menunjukkan persepsi

responden terhadap penggunaan ICT semasa PdP.

Penggunaan ICT menarik minat murid belajar

Penggunaan ICT percepatkan pencapaian objektif

Setuju

20

15

Kurang setuju

0

5

7.7 Kekangan Penggunaan ICT Semasa Pengajaran dan Pembelajaran.

Kekangan merupakan penghalang bagi sesuatu aktiviti yang bakal dan telah

dilaksanakan. Melalui kajian ini, pengkaji menyenaraikan 4 kekangan utama untuk dipilih oleh

responden. Kekangan tersebut ialah kekangan masa, peralatan ICT yang tidak mencukupi,

peralatan ICT yang telah uzur dan kekangan menghabiskan sukatan pelajaran. Secara

ringkasnya, kesemua responden memilih ke empat-empat kekangan yang disenaraikan. Ini

membawa maksud bahawa penggunaan ICT dalam PdP tidak dapat dilaksanakan dengan baik

disebabkan ke empat-empat kekangan yang disenaraikan.

Page 9: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 9

8. Cadangan Penambahbaikan Pengurusan ICT SK Teluk Medan.

Daripada kajian yang dilaksanakan melalui soal selidik, terdapat beberapa aspek yang

perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan pengurusan ICT sekolah demi

membudayakan penggunaan ICT dalam PdP guru-guru SK Teluk Medan. Berikut

disenaraikan perkara-perkara tersebut :

1. Pihak pengurusan ICT sekolah perlu memohon penyenggaraan peralatan ICT

yang telah uzur dan rosak agar budaya ICT dapat dikembangkan di SK Teluk

Medan.

2. Latihan kemahiran ICT juga perlu dilaksanakan secara intensif agar guru-guru SK

Teluk Medan mahir menggunakan ICT dalam PdP khususnya berkaitan VLE

Frogasia. Pihak Frogasia perlu dijemput untuk melatih guru-guru dan murid-

murid menguasai Frog VLE agar ianya dapat dijadikan platform pembelajaran

maya yang praktikal.

3. LADAP guru juga perlu menumpukan peningkatan kemahiran ICT dan Frog VLE.

4. Rangkaian internet perlu ditambah bagi memperluaskan kawasan boleh akses

internet sedia ada. Capaian internet yang perlahan mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran.

5. Pihak sekolah juga perlu membeli perisian pembelajaran tertentu

memandangkan perisian pembelajaran sedia ada banyak berkaitan PPSMI.

6. Bengkel pembinaan BBMB berasaskan ICT perlu dilaksanakan oleh Panitia Mata

Pelajaran bagi mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar.

9. Kesimpulan.

Kajian penggunaan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran guru amat bermakna

kepada guru-guru dan pengurusan ICT sekolah. Melaluinya, pihak pengurusan ICT sekolah

dapat merancang serta melaksanakan beberapa aktiviti agar budaya ICT terus berkembang di

SK Teluk Medan. Sesungguhnya ICT merupakan medium bagi memperoleh maklumat terkini

disamping memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Page 10: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 10

Lampiran 1

Lampiran 1 : Soalan Kajian Tindakan Penggunaan ICT melalui Google Doc.

Page 11: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 11

Lampiran 2

Lampiran 2 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.

Page 12: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 12

Lampiran 3

Lampiran 3 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.

Page 13: KAJIAN PENGGUNAAN ITMK DALAM PdP GURU-GURU SK TELUK MEDAN

UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan ICT dalam PdP Page 13

Lampiran 4

Lampiran 4 : Keputusan Soal Selidik Kajian daripada Google Drive ( simpan sebagai PDF )