kunjungan hormat ke pejabat rektor uin …

20
Bil. 61 / 19 JUL / SEP 2019 Martabatkan Sejarah Malaysia KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN ALAUDDIN,MAKASSAR SEMPENA “SEMINAR INTERNASIONAL SEJARAH LISAN RUMPUN MELAYU” DI KOTA MAKASSAR,INDONESIA Menarik di dalam: Muka 9 Muka 12 Seramai 17 peserta “Seminar Internasional Sejarah Lisan Rumpun Melayu” yang berlangsung pada 22 Ogos 2019 di UIN Alauddin, Makassar telah berkunjung ke pejabat Rektor UIN Alauddin. Selain dari Dato’ Hj Jumaat Dato’ Hj Mohd Noor turut hadir adalah ahli–ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia iaitu Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid, Datin Zuraidah Mohamad dan Dr Wan Ali Wan Mamat. Prof Dr H. Hamdan Yuhanis MA PhD, Rektor UIN Alauddin mengalu-alukan kedatangan rombongan dari UUM, ISTAC-IIUM, PSM dan PSLM dan menghargai kesudian rombongan dari Malaysia memilih UIN Alauddin sebagai destinasi kerjasama akademik. MEMBELI BUKU DI INDONESIA TOKOH: DR IBRAHIM BAKAR LANGKAWI Dato’ Hj Jumaat Dato’ Hj Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia menyampaikan sumbangan buku kepada Rektor UIN Alauddin, Makassar Muka 14 PERSIDANGAN ANTARABANGSA MELAKA IN THE LONG 15TH CENTURY

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

Bil. 61 / 19 JUL / SEP 2019

Martabatkan Sejarah Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN ALAUDDIN,MAKASSAR SEMPENA

“SEMINAR INTERNASIONAL SEJARAH LISAN RUMPUN MELAYU”

DI KOTA MAKASSAR,INDONESIA

Menarik di dalam:

Muka 9

Muka 12

Seramai 17 peserta “Seminar Internasional Sejarah Lisan Rumpun Melayu” yang berlangsung pada 22 Ogos 2019 di UIN Alauddin, Makassar telah berkunjung ke pejabat Rektor UIN Alauddin. Selain dari Dato’ Hj Jumaat Dato’ Hj Mohd Noor turut hadir adalah ahli–ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia iaitu Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid, Datin Zuraidah Mohamad dan Dr Wan Ali Wan Mamat. Prof Dr H. Hamdan Yuhanis MA PhD, Rektor UIN Alauddin mengalu-alukan kedatangan rombongan dari UUM, ISTAC-IIUM, PSM dan PSLM dan menghargai kesudian rombongan dari Malaysia memilih UIN Alauddin sebagai destinasi kerjasama akademik.

MEMBELI BUKU DI INDONESIA

TOKOH:DR IBRAHIM BAKAR

LANGKAWI

Dato’ Hj Jumaat Dato’ Hj Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia menyampaikan sumbangan buku kepada Rektor UIN Alauddin, Makassar

Muka 14

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MELAKA

IN THE LONG 15TH CENTURY

Page 2: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

Warkah PSM diterbitkan oleh:

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230, Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.

DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD

SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681 4388Email : [email protected] / [email protected]

MARTABATKANSEJARAH

MALAYSIA

PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA

DATO’ HAJI JUMAAT DATO’ HAJI MOHD NOOR(FELO PSM)

PROF MADYA DR MOHD SHAMSUDDIN

NAIB RESIDENMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

SENARAI NAMA PENGERUSI-PENGERUSI DANSETIAUSAHA-SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUANSEJARAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI-NEGERI

JUL / SEP 2019

PERLISPengerusi: Haji Busu @ Su IbrahimSetiausaha: Encik Abdul Hadi Lebai Shari�

KEDAHPengerusi: Dr Ibrahim BakarSetiausaha: Hajah Sopiah Ramli

PULAU PINANGPengerusi: Tuan Haji Zulka�i KamaruddinSetiausaha Kehormat: Puan Aziah Abu Hasan

SELANGORPengerusi: Dr Mohd Yusof IbrahimSetiausaha Kehormat: Encik Romaizi Nordin

NEGERI SEMBILANPengerusi: Tan Sri Haji Abu Zahar Datuk Andika UjangSetiausaha Kehormat: Dato’ Sudin Kamari

MELAKAPengerusi: Dato’ Dr Haji Mohd Jamil MukminSetiausaha Kehormat: Haji Jamil Haji Jamaat

JOHORPengerusi: Dato’ Haji Azmi RohaniSetiausaha Kehormat: Haji Kamdi Kamil

TERENGGANUPengerusi: Tuan Haji Mohd Yusof AbdullahSetiausaha Kehormat: Tuan Haji Mohd @ Mohd Ali Muda

SARAWAKPengerusi: Datu Haji Putit MatzenSetiausaha Kehormat: Tuan Haji Ali Sabran

Page 3: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

3

Program penulisan “Sastera Sejarah” yang terbukti melalui Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja (2014-2015) anjuran bersama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah berjaya menghasilkan 8 terbitan terdiri daripada 3 karya pemenang dan 5 karya sagu hati.

Begitu tersanjung serta meyakinkan nilai kelanjutannya di masa-masa hadapan, maka program tersebut kini sedang dilangsungkan untuk tempoh 2019-2020. Dilaporkan setelah tarih pertandingan ditutup pada Ogos yang lalu, pihak Dewan Bahasa telah menerima 42 naskhah penulisan.

Moga-moga hasil yang cemerlang dan bermutu kedapatan belaka. Buku-buku ini kelak akan mendapat sambutan pabila Kementerian Pendidikan mengisytiharkan tahun 2020-2030 sebagai National Reading Decade, dan UNESCO pula nobatkan Kuala Lumpur Kota Buku Dunia pada 2020.

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yakin program sayembara ini boleh dijanjikan sebagai “usaha teras” yang terpuji serta membangunkan konsep

cintakan sejarah melalui garapan dan landasan bahasa sastera Melayu yang wajar dimartabatkan.

Dalam sayembara yang pertama (2014-2015), karya yang memenangi tempat ketiga berjudul “Awang Kembara Mengelilingi Dunia”, karangan Kamaludin Abdul Settar.

Saya amat menghargai penulisan mengenai Panglima Awang ini, terutamanya dalam konteks bahawa pada tahun 2021, sambutan dan perayaan 500 Tahun Peristiwa Angkatan Magellan mengelilingi dunia akan diadakan. Perayaannya yang dekat dengan negara kita ialah yang bakal diusahakan oleh Negara Filipina.

Pihak Filipina lebih mahu menumpukan perayaan dari segi peranan kewibawaan dan keperkasaan “bumiputera setempat” terhadap kedatangan Sepanyol. Dalam situasi yang berbangkit, individu seperti Enrique de Malaka (iaitu Panglima Awang) adalah “insan dari rumpun Melayu setempat, atau dunia Melayu sewilayah yang wajar diberikan perhatian dan pengiktirafan.

Persatuan Sejarah Malaysia telah menerima saranan perakuan kesejarahan terhadap Panglima Awang ini pabila menjadi tuan rumah Sidang ICHCC-SEA ke-6 baru-baru ini dan telah membentangkan sebuah kertas perbincangan mengenai Panglima Awang oleh sejarawan Saudara Yahya Abu Bakar.

Minat dan perhatian kita terhadap Panglima Awang selaku “Watak Melayu Terbilang” wajar sekali berterusan dikaji, dinilai dan diberikan pendarjatan yang selayaknya.

Saya sendiri gembira dan mendapat sepenuh manfaat pabila berkesempatan menghadiri Ceramah Panglima Awang di ISTAC pada 24 Julai 2019 oleh penceramah terkemuka, Prof. Dato’ Dr. Salleh Yaapar dan Datuk Dr. Murad Merican. Kemudian di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra pada 29 Julai 2019, saya telah berkesempatan menyertai Seminar “Melayu Pertama Mengelilingi Dunia, Enrique de Malacca” : Realiti atau Ilusi.

Nampaknya bertempat di memori kolektif orang Melayu, Panglima Awang dengan segala citra dan keperkasaannya, wajar terserlah handal dan membanggakan.

Dalam tahun 2021 nanti, genaplah 500 tahun kita mengakui Tokoh Melayu ini menduduki tempat dalam sejarah.

Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Dato’ Haji Jumaat Dato’ Haji Mohd NoorPengerusi

Jawatankuasa EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia

JUL / SEP 2019

Page 4: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

4

PSM DI SANA SINI

Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh Dato Hj Jumaat Dato’ Mohd Noor,Timbalan Pengerusi PSM. Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah sebagai tetamu kehormat telah merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis PSM ke-64.Tan Sri Asiah Abu Samah juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2017. Selepas bergambar, tetamu utama bersama Ahli Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif di Galeri Sejarah Mesyuarat Tahunan Majlis ke-64 dimulakan dengan Tan Sri Alimuddin Mohd Don, Ahli Majlis PSM mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Dewan Aminuddin Baki. Di dalam mesyuarat ini diumumkan perlantikan dan pemilihan Ahli Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif PSM 2019-2021.

MESYUARAT TAHUNAN MAJLIS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Seramai 17 orang telah menyertai seminar tersebut yang diadakan di UIN Alauddin, Makassar. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor UIN Alauddin Makassar. Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan termasuk 2 kertas kerja dari UIN Alauddin.

SEMINAR INTERNASIONAL SEJARAH LISAN RUMPUN MELAYU

Seminar antarabangsa ini telah berlangsung pada 3 - 4 September 2019 bertempat di ISTAC. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia dan ISTAC. Seminar ini dirasmi dan diberucap utama oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan. Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan termasuk pembentang dari Indonesia dan Filipina.

ICHCC-SEA 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON HISTORY AND CULTURE 2019

Pertandingan ini telah berlangsung pada 11 - 12 September 2019 bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Majlis Makan Malam dan Perasmian Pertandingan Kuiz dan Patriotisme Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Majlis penutup Pertandingan Kuiz dan Patriotisme telah disempurnakan oleh YB Dr Salmee binti Said, Exco Pendididikan Negeri Kedah Darul Aman.

PERTANDINGAN AKHIR KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME 2019

JUL / SEP 2019

Page 5: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

55

TEMPAT PERTAMAPerang Dunia Pertama 1914-1918 : Satu Kajian

Terperinci Pengaruhnya Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Penulis: Jayakumary A/P Marimuthu

TEMPAT KEDUAPerkhidmatan Bekalan Elektrik Di Selangor :

Perkembangan dan Impak terhadap Sosio-Ekonomi 1900-1940

Penulis: Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli

TEMPAT KETIGAStrategi Perang Dagang British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika Perang Dunia Pertama

1914-1919Penulis: Mohd Shazwan Mokhtar

HADIAH SAGU HATI1.Implikasi Proses Islamisasi Terhadap Amalan Bertudung Dalam Kalangan Wanita Melayu : Antara Pengalaman HELWA ABIMPenulis: Faridah Mohd Tap

2.Ancaman Jerman di Negeri-Negeri Selat pada Zaman Perang Dunia PertamaPenulis :Muhammad Aslah Akmal Azmi

3.Implikasi Rancangan Pengairan MUDA kepada Sektor Bekalan Air di Negeri Kedah, Perlis dan Pulau PInang, 1965-1981Penulis: Mohd Firdaus Abdullah

4.Menelusuri Perkembangan Sejarah Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Serta Cabaran Bermula dari Zaman Tradisi (Sebelum Merdeka Sehingga Menuju Era Reformasi dan Globalisasi Pada Abad ke-21)Penulis: Farrah Waheeda binti Azan

5.Munshi Abdullah: Reformis Atau Kolonialisme Orientalis? Suatu Tafsiran SejarahPenulis: Puan Ramlah binti Ghani

6.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah: Kesan Pentadbiran Sebagai Elit Terengganu 1920-1942Penulis: Norazilawati binti Abd Wahab

KATEGORI AWAM/UNIVERSITI

TEMPAT PERTAMAPenyerahan Sarawak Kepada British: Satu Kajian Tentang Sebab, Proses dan Reaksi

Penduduk TempatanPenulis: Eunice Toh Yong Yi

Sekolah: SMK Methodist, Jalan Tun Abang Haji Openg, Sibu, Sarawak

Guru Pembimbing: Puan Wong Hei Leng

TEMPAT KEDUAPerkembangan Pusat Pengubatan Perubatan

Islam Darussyifa’ (1977-2015) Penulis: Muhd Azim bin Hakim

Alamat: SMK Putrajaya Presint 5 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya

Guru Pembimbing: Pn Zaharatul bt K. K. Bun Bun

TEMPAT KETIGATiada Yang Layak

HADIAH SAGU HATIPerkembangan Poliklinik Amin dalam Aspek Kesihatan dan Perubatan di Parit Bakar, MuarPenulis: Nurul Iman binti Mohd FaizulAlamat: SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, JohorGuru Pembimbing: En. Zu�in Khizry bin Khali

KATEGORI TINGKATAN 6/MATRIKULASI

KEPUTUSAN PERTANDINGANMENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2018

JUL / SEP 2019

Page 6: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

6

HADIAH SAGU HATI1.Perkembangan Islam di Kedah Penulis: Nurhaslinda binti Hari�n & Nur Diana Liyana binti KhairiSekolah: MRSM Beseri, Kangar, PerlisGuru Pembimbing: En. Badruhisham bin Ishak

2. Petroliam Nasional Berhad: Pemangkin Kemajuan Petroleum Malaysia Penulis: Adib Zhafry bin Rozy, Annas Syahimi bin Abas & Muhammad Hannan bin Mohd YusofSekolah: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Guru Pembimbing: Pn Hasmahan binti Abd. Rahman

3. Bank Negara Malaysia: Pemangkin Ekonomi Negara Penulis: Muhammad Akif bin Hashim, Muhammad ‘Izzat Haziq bin Mohd Isa & Muhammad Hedriz Syakireen bin Ahmad Firdaus Sekolah: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri SembilanGuru Pembimbing: Pn Hasmahan binti Abd. Rahman

TEMPAT PERTAMARosnah binti Ismail: Srikandi yang tidak

didendangPenulis: Muhammad Hariz bin Mohd Hasni,

Muhammad Harith bin Hairul Nizam & Nur Hannah Athirah binti Zuhaini

Sekolah: SMK Pasir Gudang, Pasir Gudang, JohorGuru Pembimbing: Cik Nursha�kaalia Ghazali

KATEGORI MENENGAH ATAS

TEMPAT KEDUAPersatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan

Melaka (1925 hingga kini): Bersatu Demi Kebenaran

Penulis: Nurathirah binti Norizan & Nor Umaira binti Sahidi

Sekolah: SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah, MelakaGuru Pembimbing: Puan Sharlina binti Md. Kassim

TEMPAT PERTAMAPDK Seri Malindo, Masjid Tanah Melaka: Takdir

Itu AnugerahPenulis: Abdullah A�q Badly Shah bin Abdullah

Sekolah: Sekolah Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka

Guru Pembimbing: Pn. Sharlina binti Md. Kassim

TEMPAT KEDUAKota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka: Tapak

Warisan DuniaPenulis: M-Zullukman bin Zulki�i, Nurin Asyiqin binti Arisa & Nur Sya�qa Rifqah binti Abdullah

Sekolah: SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah, MelakaGuru Pembimbing: Pn. Sharlina binti Md. Kassim

TEMPAT KETIGAPengislaman Masyarakat Temiar di Hulu Perak

(15/SMR)Penulis: Ummul Khairina binti Abd. Hamid

Sekolah: SMK Kamunting, Kamunting, PerakGuru Pembimbing: Pn. Basiroh binti Yaakob

KATEGORI MENENGAH RENDAH

HADIAH SAGU HATI1. Tuan Guru Haji Abdul Karim bin Haji Dalip: Ulama Pewaris Nabi dari MelakaPenulis: Nur Adlina Sya�qah binti AbdullahSekolah: SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Masjid Tanah, MelakaGuru Pembimbing: Puan Hajah Norshimah binti Ramli

2. Tuan Tulis: Alim Penuh Hikmah Penulis: Haziq bin Azlan ShahSekolah: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri SembilanGuru Pembimbing: Pn. Hasmahan binti Abd. Rahman

3. Datuk Haji Sahil: Kebangkitan Ketuanan RembauPenulis: Muhammad Nabil Najmi bin Azahari, Harits Haikal bin Azmi & Syamsul Hakim bin Syamsul AmriSekolah: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri SembilanGuru Pembimbing: Pn. Hasmahan binti Abd. Rahman

TEMPAT KETIGAJejak Penjajah di Seberang Perai SelatanPenulis: Nur Atikah Najwa binti Mohammad

Rabbani, Sanjit A/L Subramaniam & Nurul Hani binti Adzhar

Sekolah: SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Guru Pembimbing: Puan Sopiah Said

JUL / SEP 2019

Page 7: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

7

ICHCC-SEA 6TH CONFERENCETheme: Colonial Period in the Malay Archipelago:

Civilization Issues

Welcome Speech by the Chairman of the Malaysian Historical SocietyDato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Noor

ISTAC, Kuala Lumpur3-4 September 2019

Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim Member of Parliament of the House of Representatives for Port Dickson Constituency

Honourable Datuk Dr. Mohd Daud Bakar President of the International Islamic University Malaysia

Honourable Distinguished Prof. Datuk Dr. Osman Bakar Shaikh al-Kulliyyah ISTAC

Honourable Guest and Speakers, Participants, Members of the Media, Ladies and Gentlemen

As’salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and Good Morning

1. On behalf of the Malaysian Historical Society, it is my pleasure and delight to welcome you all to this ceremony and there on perhaps to participate in this special conference.

This conference entitled the 6th ICHCC-SEA Conference 2019, is hosted by the Malaysian Historical Society but specially enriched and enhanced by the co-sponsorship of ISTAC.

We are therefore truly blessed today to be able to conduct our conference within the classic and academic wall of this distinguished institution – the ISTAC.

For this generosity of co-hosting, the Historical Society is very grateful to Prof Dato’ Dr. Osman Bakar and his sta�.

We believe this relationship augurs well for ISTAC and MHS to embark on more future studies and research of the region.

2. ICHCC-SEA – The International Council of Historical and Cultural Co-operation of South East Asia was formed in 2015 in Manila, by the three founding members of the national historical association, namely the Philippines Historical Association (PHA), The Malaysian Historical Society (PSM) and Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI).

3. Foremost among the objectives of this Council is the particular emphasis on the study of the link, and interrelatedness of the region and the lands of these countries, in-term of their early indigenous independent status and subsequently both of their pre-and post-colonial period. The focus is therefore on what was historically designated by the name of the Malay Archipelago.

4. The previous series of 5 conferences hosted by the ICHCC-SEA since 2015 have signi�cantly attempted to study and deal with several historical issues and debates on the archipelago. The one particular conference in Manila in 2017 had a notable title “The Malay World: Connecting the Past to the Present”.

JUL / SEP 2019

Page 8: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

8

This 6th Conference that is before us today aims to continue looking deeply and intelligently into the several issues surrounding the Malay Archipelago during the colonial period.

5. These Issues or events prevailing then, whether constructive or deconstructive, were undoubtedly considered as inevitable “game changers” for civilization transformation.There are useful a�nity lessons and collective memories for our contemporary development.

6. The Malaysia Historical Society would like to put on record its appreciation and thanks to all speakers and presenters in the conference.

Speakers representing the associations under ICHCC-SEA ie : Malaysia, the Philippines and Indonesia together with the distinguished speakers lined up by ISTAC, undoubtedly would be in scholarly force to bring about fruitful and favorable outcomes to the conference.

7. Perhaps it is also appropriate for me to mention that this conference is scheduled as the FIRST in the special series of THREE by ICHCC-SEA that aims to highlight the Triple Connection of the Cosmopolitan Entreport of MALAKA-MANILA-MALUKU.

By next year, 2020 when the Philippines Historical Association host the Second, it will probably be early involved in the country’s preparation and celebration of the 500 year Celebration of Magellan’s Circumnavigation of the World.

8. In particular, Philippine’s interest would be to highlight the heroic role of the local people during the circumnavigation episode.

One character in particular is Enrique de Malacca or our beloved Panglima Awang “Orang Melayu Yang Pertama Mengelilingi Dunia”. In this conference, Enrique de Malacca would be proudly narrated by our historian, Saudara Yahaya Abu Bakar.

Ladies and Gentlemen.

9. This conference is being graciously attended by the Honorable Datuk Seri Anwar Ibrahim, o�ciating the occasion followed by a Keynote Speech. Datuk Seri, thank you very much for this exceptional honor.

Honorable Datuk Seri, in our Malaysian Historical Society, you were once our Vice President when you were in the cabinet as the Minister of Education. I was then the Director of Schools. I cherish very much the memorable and inspiring times serving your Ministry. There was then an exciting moment of acquainting with your ASIAN RENAISSANCE and perhaps today we might be hearing of another narrative of Renaissance from you.

Ladies & gentlemen, Selamat Bersidang.

JUL / SEP 2019

The Honorable Dato’ Seri Anwar Ibrahim o�ciating the ICHCC-SEA Ceremony with the Keynote Address

Page 9: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

9

JUL / SEP 2019

MEMBELI BUKU DI INDONESIAOleh

DR ZAHIDI DATO’ ZAINOL RASHID

19 November 1979 ( Isnin )Jam 1.30 tengah hari berangkat ke Jakarta dengan Boieng 737 MAS. Penerbangan memakan masa 2 1/2 jam. Sampai di Jakarta jam 3.30 petang. Disambut oleh sepupu terus dibawa ke rumah beliau di Kebayoran Baru. Pada malamnya hadir jamuan malam Pak Duta Malaysia. Turut menyambut rombongan guru dari Malaysia.

20 November 1979 ( Selasa )Jam 8.30 pagi membuat beberapa urusan di Kedutaan Malaysia di Jalan Imam Bonjol. Terus ke Bank of America tukar traveler cheque ke rupiah. Ratusan rupiah jawabannya. Singgah di pejabat MAS di Jalan Thamrin, con�rm tiket. Susah mencari pejabat. Agak terbelakang dari pejabat pesawat lain. Jam 10.00 pagi, terus ke Pusat Pembinaan Bahasa, di Jalan Diponegoro mahu jumpa Ibu Ipon. Diberitahu sudah pindah ke kawasan Rawamangun Ke Pustaka Jaya berjumpa Pak Ajip Rosidi. Selain urusan membeli buku, turut berbincang soal sastera dan budaya Indonesia. Juga ke Gunung Agung dan juga Gunung Mulia yang berdekatan. Penat juga bangunannya. Ke Balai Pustaka bertemu Pak Bakri. Susah mendapat teksi. Cuma naik bemo (motor scooter) lalu kawasan sesak. Perit juga hidup di kota metropolitan ini. Ke Restoran Sari Bundo. Betul-betul makan tak tahan lapar. Ambil terus pulang ke Kebayoran.

21 November 1979 ( Rabu )Tiada tugas rasmi kerana sebab semua toko tutup kerana cuti Muharam. Makan tengah hari di Lembur Kuring. Mengkelas juga makan ikan emas. Jam 3.00 petang berangkat ke Bandung dengan teksi. Melewati Bogor, Puncak subur betul kebun raya disini. Pisang, nenas petai besar-besar. Berhenti di Cipanas, makan malam Melalui Cianhur. Padalarang, Cimah. Sampai di Bandung jam 7.30 malam. Menginap di Hotel Braga. Terlalu letih untuk bersiar-siar terus tidur. Jam 8.15 pagi naik bemo ke Terate bertemu Pak Soertaro. Baik budi bapak dihantar nya ke Universitas Panjajaran bertemu Pak Badudu, banyak buku linguistik karya beliau. Beliau juga mengelola siri bahasa di TVRI. Oleh kerana bapak sedang berkuliah jumpa Ibu Badudu. Anaknya mau ikut ke Malaysia. Ke Toko Buku Apollo, Murni Baru, Angkasa. Lapar balik ke Hotel Braga. Jam 3.00 petang berjumpa pelajar kita di Pusat Pelajar di Jalan Sulanjana. Ke toko buku Sumarts & Maamor 7.30 malam bertolak ke Jogjakarta deangan bas (Express Bandung Cepat )

23 November 1979 ( Jumaat )Sampai di sini jam 5.45 pagi terus ke Hotel Garuda. Hotel ini letaknya ditengah-tengah Kota Jogja dikatakan paling tua dan dikenali pemerintah. Jam 9.00 pagi ke Yayasan Kanuisus bertemu Paul W Boedi. Ke Kedaulatan Rakyat bertemu Ruswandi. Ambil peluang melawat candi yang hebat dan bersejarah Borobudur. Balik dari candi terus ke Toko Buku Hien Hoo Si.

24 November 1979 ( Sabtu ) Walaupun jam 1 pagi baru keretapi ekpres BIMA akan tiba jam 11.00 malam sudah berada di stesyen itu. Tunggu punya tunggu jam 3.00 pagi baru tiba. Selain dari kerusinya bernombor, pintu masuk pun ditentukan. Ada pramugari beruniform lengkap macam di kapal terbang. Manis-manis dan berbudi bahasa. Berbual dengan Pak Kolonel yang baru pulang dari Tanah Suci. Mahu pulang ke kampungnya di Madura. Terus ke Toko Buku Fajar Mes, Bina Ilmu, Karya Anda dan Sinar Surya. Bergegas kerana toko berehat. Cuba mendapatkan tiket keretapi mahu pulang ke Jakarta. Tak ada tiket.

25 November 1979 ( Ahad )Hari libur. Ambil kesempatan melawat Kebun Binatang Surabaya. Jam 3.30 petang bertolak ke Jakarta dengan Ekspres Train BIMA.

26 November 1979 ( Isnin )Perjalanan memakan masa 13 jam. Sampai di stesyen Gambir, Jakarta jam 8.40 pagi. .Ongkosnya kurang terus ke Bank of America tukar cek. Ke Penerbit Nusa Indah, hendak jumpa Siron Bedjan. Ke Pustaka Gerin Jaya. Di dapati tutup. Terus ke P.T. Dian Rakyat di kawasan perindustrian Pulogadong. Jam 10.00 malam ke rumah Pengarah Hal Ehwal Penuntut Malaysia. Bila mahu pulang sepatu sudah kecurian.

27 November 1979 ( Selasa )Ke Gunung Agung lalu ke Kedutaan Besar Malaysia. Diberi jamuan tengah hari di Restoran Sari Bundo. Besok berangkat balik ke Malaysia.

Page 10: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

10

BERITA BERGAMBAR

MESYUARAT TAHUNAN MAJLIS PSM 2018/2019

JUL / SEP 2019

Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah menandatangani buku pelawat PSM

Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah memberi ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Majlis PSM yang ke-64

Bergambar bersama tetamu kehormat Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

11

BERITA BERGAMBAR

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2018

JUL / SEP 2019

Penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2018 disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah

Bergambar bersama pemenang hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2018

Page 12: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

12

DR IBRAHIM BAKAR LANGKAWITOKOH

OlehDATO’ WIRA (DR) WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF

PengerusiPersatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (2019-2021)

Nama “Langkawi” yang tercatat di hujung namanya dalam karya–karya hasilannya menunjukkan betapa kasih dan cintanya terhadap bumi kelahirannya, Langkawi. Dan ini mengingatkan kita kepada tradisi yang diamalkan oleh pengarang-pengarang silam antaranya yang diamalkan oleh pengarang-pengarang silam antaranya yang tersohor seperti Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (Palembang), Ibrahim Al-Liguri (Ligur), Syeikh Arshad Al-Banjari (Banjar) dan sebagainya. Tokoh berasal dari Pulau Seri Negeri, Pulau Legenda Mahsuri ini dilahirkan pada 16 Oktober 1952, mendapat pendidikan awalnya di sini sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Kemudian, beliau terpilih ke Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyambung tahun klinikalnya.

Di samping kerjayanya sebagai Doktor Perubatan di sebuah klinik swasta di Jitra, ketika masa-masa terluang beliau sempat melakukan penyelidikan di bidang numistik yang merupakan satu-satunya bidang hobinya sejak di bangku sekolah lagi. Hasil usaha gigihnya melakukan pengumpulan dan penyelidikan terhadap pelbagai jenis matawang dari beberapa kerajaan silam di Nusantara ini termasuk Kedah Darul Aman, maka terhasillah sebuah karya sulungnya berjudul “Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis”, satu-satunya buku yang padat dengan maklumat mengenai beraneka jenis matawang timah, tembaga, perak dan emas dalam beberapa zaman sejak zaman Kedah purba hinggakan wujudnya Kesultanan Kedah.

Buku setebal 237 halaman terbitan Persatuan Sejarah Cawangan Kedah ( PSMCK ) telah dilancarkan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 2006 oleh DYTM Tuanku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Raja Muda Kedah merupakan Penaung PSMCK. Sebenarnya, Dr Ibrahim Bakar juga adalah Ahli Seumur Hidup PSMCK dan sejak tahun 2007, beliau terpilih selaku AJK induk dan AJK Biro Penerbitan dan Pemasaran PSMCK di samping AJK Biro Kajiselidik dan Dokumentasi.

Malah lebih menakjubkan dan membanggakan kita ialah beliau telah terus berkarya melalui kajiselidiknya yang terpenting berkaitan sejarah negeri ini dan hubungannya dengan kerajaan-kerajaan silam di seberang Selat Melaka seperti Siak Inderapura, Langkat, Pasai, Perlak dan Acheh. Sehingga ini beliau telah menerbitkan sebanyak 9 buah makalah seperti yang disenaraikan di bawah, tetapi di sini saya tidaklah bermaksud untuk memperkatakan dengan lebih lanjut setiap makalah itu. Kepada para peminat dan pengkaji sejarah tanah air, saya rasa makalahnya ini dapat membantu mereka dalam melakukan kajiselidik selanjutnya. Ada di antara makalahnya ini beliau bermurah hati menyumbangkan kepada para peserta rombongan LASBELA (lawatan sambil belajar) anjuran PSMCK yang beliau turut bersama iaitu ke Siak Inderapura

JUL / SEP 2019

Page 13: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

13

(19-21 Disember 2008) dan ke Acheh Darul Salam (23 -1 Jun 2008). 1. Negara Siak dan Kampar : Menurut Marsden 235 Tahun lalu 2. Sejarah Matawang Kesultanan Siak Seri Inderapura 3. Re-Viva- Hubungan Langkasuka-Kedah (24-27 Mei 2007 ) 5. Kedah,Pusat Terawal Langkasuka, 200 -750 Masihi (11 Ogos 2007 ) 5. Gemrun: zamin Turan dan Langkasuka – Kaitannya dengan Kedah Tua (11 Ogos 2007) 6. Nota Mengenai Penemuan Matawang Pasai dan Acheh di Kedah Darul Aman (2008) 7. Silsilah Raja-Raja Perlak, Pasai dan Acheh Darul Salam (2008) 8. The Making of Acheh Besar ,1205-1520 (2008) 9. Sultan Rijaluddin Dewa Shah (April 2008)

Rencana terakhir ini menurut penulisnya sudah pasti akan mengundang tanda tanya kepada pembaca yang sebelum ini sejauh yang kita fahami bahawa Sultan Rijaluddin Muhammad Shah sebagai nama penuhnya, tercatat dalam teks Undang-Undang Kedah (1650) dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ( 1928 ) sebagai sultan Kedah yang ke-13, bersemayam di Kota Naga. Adanya gelaran baginda pada matawang zaman iaitu ”Dewa Shah “ akan terjawab setelah kita membaca artikel itu.

Pada akhir-akhir ini kita dimaklumkan bahawa Dr Ibrahim Bakar sedang membuat kajian mendalam tentang lokasi kedudukan “Kota Siputih” yang sebenar iaitu pusat pemerintahan Kesultanan Kedah yang ketiga (1623-1625) berdasarkan geran tanah kawasan itu yang diperolehinya dengan bantuan Dato’ Haji Shaarani Haji Hassan, AJK induk PSMCK yang bermastautin di kampung itu. Sama-samalah kita menunggu hasil kajiannya kelak yang sudah pasti mengambil masa yang lama.

Demikian selintas kisah mengenai Dr Ibrahim Bakar yang ternyata seorang doktor perubatan, seorang peneliti, pengkaji dan penulis sejarah yang giat khusunya sejarah Kedah Darul Aman yang perlu kita sokong dan mengharapkan usaha dan khidmat sukarelanya itu akan terus berlanjutan untuk dapat memperkayakan lagi khazanah sejarah tanah air.

JUL / SEP 2019

Buku-buku karya Dr Ibrahim Langkawi

Kota Seputih Lindungan Bulan Sebagai Pusat Pemerintahan Kedah Darul

Aman 1323 - 1626Kajian yang bersifat ‘amatur’ ini dimulai dengan pengumpulan beberapa catatan dan buku bagi mendapatkan maklumat asas. Setelah itu tinjauan dilakukan di lapangan bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting. Ukur-mengukur, pengambilan gambar dan temuramah dilakukan di lapangan.

Sejarah MatawangNegeri Kedah dan Perlis

Buku ini memaparkan cerita sejarah matawang negeri Kedah ini, iaitu suatu aspek sejarah yang tidak banyak mendapat perhatian penulis-penulis. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Kedah telah memulakan penggunaan alat bayaran semenjak kerajaannya belum Islam lagi.

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menambah pendokumentasian maklumat dalam bidang sejarah dan numismatik. Setakat ini telah banyak juga dikatalogkan pelbagai jenis matawang dalam buku-buku tetapi buku dalam bentuk penceritaan bersifat kronologi sejarah, masih jauh dari mencukupi.

Matawang Alam Melayu Zaman Tradisional

Rahsia Kota PalasPusat Pemerintahan Purba di Kedah Utara

dan Perlis Abad ke-11 - ke-17 MasihiBuku ini memaparkan kisah rahsia Kota Palas dan kelihatannya apa yang cuba dipaparkan oleh penulis adalah perkara atau kisah baharu, namun amat menarik untuk diteliti oleh para pembaca. Ia berkaitan dengan nama sebuah kota lama di Kedah, iaitu Kota Palas yang menurut penulis adalah pusat pemerintahan lama di kawasan Kedah Utara, yang kini telah berubah sebahagiannya menjadi negeri Perlis.

Page 14: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

14

Satu persidangan antarabangsa bertajuk “Melaka in the Long 15th Century” berlangsung di Melaka dari 2-4 Ogos 2019, dikendalikan oleh Melaka In Fact, sebuah badan NGO. Pengarah Melaka In Fact, Saidah Rastam, menyatakan persidangan bertujuan memaparkan usaha dinamik dalam pengkajian sejarah Melaka, berserta memaparkan semula kehebatan Melaka zaman silam.

Persidangan diisi pembentangan oleh 17 sarjana antarabangsa seperti Peter Borschberg, Anthony Reed, Leonard Andaya, Barbara Andaya, Andrew Peacock, Imran Tajudeen, Azhar Ibrahim, dll. serta dua orang sarjana Malaysia, Ahmat Adam, dan Ruzy Suliza Hashim. Persidangan ini mengenengahkan hasil usaha pencarian maklumat berkenaan Melaka di abad ke-15 yang tercatit dalam sumber-sumber Asia.

Apa yang dinyatakan di persidangan ini ialah tidak banyak maklumat baru atau yang sensasi berkenaan Melaka ditemui dalam sumber-sumber Asia, iaitu sumber-sumber Arab, Turki, Persia, Jepun dan China. Manakala, tiada pembentangan tentang sumber India. Malah, sumber-sumber China yang dipercayai paling banyak mencatit fasal Melaka, dikatakan ada juga yang memberikan maklumat yang ganjil, umpamanya ada yang mencatitkan seolah-olah Melaka berterusan, tanpa jatuh kepada Portugis.

Ini bermaksud, sumber-sumber dari Eropah, khususnya dari Portugal dan Sepanyol masih lagi lebih berguna dan lebih berpotensi memunculkan maklumat-maklumat baru berkenaan Melaka. Selain daripada perpustakaan, muzium-muzium di Portugal dan Sepanyol masih lagi perlu dilawati. Bagi Malaysia ini bermaksud satu usaha kerajaan diperlukan, manakala sarjana-sarjana yang mengetahui bahasa Iberia perlu dikenalpasti.

MELAKA IN THE LONG 15TH CENTURYOleh

AROF ISHAK

PERSIDANGAN ANTARABANGSAJUL / SEP 2019

Melaka in the Long 15th Century conference. Source: Business Today

Page 15: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

15

Sebagaimana yang dikatakan oleh Barbara Andaya tidak semuanya akan diketahui tentang Melaka, katanya masih ada yang merupakan bayang-bayang yang hanya dapat diimbas, dan tiada diketahui fakta kukuhnya. Ini bermaksud, sarjana sekadar memberikan tafsiran sahaja berdasarkan apa yang telah tercatit dalam dokumen-dokumen.

Ini bermaksud, kita masih lagi tidak mendapat huraian yang paling berwibawa dan yang paling complete tentang bagaimana sebenar kehebatan Melaka, walaupun keagungan Melaka tidak dina�kan oleh para sarjana. Berapa besarkan saiz pelabuhan Melaka, berapa besar saiz perdagangan pelabuhan Melaka, berapakah anggaran terbaik tentang saiz penduduk Melaka, dsb. Bagi sarjana-sarjana antarabangsa ini tidaklah merupakan perkara yang penting, tetapi bagi Malaysia dan Alam Melayu amnya, usaha mencari jawapan kepada persoalan ini perlu terus dibuat kepada Melaka adalah khazanah bangsa.

Di persidangan ini, nampak ada satu kecenderungan di kalangan sarjana antarabangsa untuk melihat Melaka daripada sudut-sudut baru pula, umpamanya gesaan yang agak menghairankan, agar penelitian dan pengkajian sejarah Melaka tidak didasari oleh kecenderungan perkiraan Malay as a race; sebaliknya, Malay itu difahami sebagai satu civilization. Dan, ada juga muncul kecenderungan untuk Melaka dilihat dengan kacamata pluralism, bukannya Melaka as a Malay city, dalam abad ke-15 itu. Dalam kata lain, ada pula ditonjolkan pemikiran untuk mena�kan Melaka di abad ke-15 adalah negeri pelabuhan Melayu; sebaliknya Melaka harus diidenti�kasikan sebagai a plural city atau satu “hybrid city” malah sebagai satu “contested city” umpama tanah Palestin yang dikatakan sebagai satu contoh contested territory. Jika, pemikiran sebegini dilayan, ia akan memunculkan satu contestations scholarship tentang Melaka, dan menenggelamkan traditional research fasal Melaka. Mujur juga ada suara di persidangan ini yang menyatakan tidak senang dengan pemikiran yang mahukan emphasis on pluralism berkenaan Melaka abad ke-15.

Walhal, ada sudut lain yang lebih bermakna untuk dikaji dan dikembangkan kesarjaaannya, umpamanya Melaka dilihat daripada sudut sejarah maritim dunia; bagaimana ia (dan, juga lain-lain pelabuhan silam di Kepulauan Melayu) memainkan peranan dalam the maritime history of the world, dengan mengambil maklum bahawa selama ini pembentangan sejarah dunia sebenarnya hanyalah akan hal sejarah di benua-benua dunia sahaja (seperti tamadun-tamadun Sungai Nil, Mesopotamia, Indus, lembah Hwang Ho, dsb.); tidak ditonjolkan langsung akan sejarah maritim manusia. Sebahagian besar sejarah maritim manusia berlaku di laut-laut Asia.

Anthony Milner menyatakan walau pun Kedah dan Langkasuka adalah lebih tua daripada Melaka, namun Melaka mempunyai kedudukan amat penting dalam sejarah Malaysia dan juga Kepulauan Melayu, kerana Melaka yang memunculkan ‘identiti Melayu’ – manusia, bahasa, dan budayanya - dan, identiti ini dikenali dan tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu, dan seterusnya dikenali dalam pengetahuan antarabangsa.

Barbara Andaya menyatakan Melaka khususnya, dan sejarah Alam Melayu amnya mesti ditafsirkan berdasarkan budaya, kepercayaan dan amalan Bangsa Melayu, bukannya dengan memakai terus langsung akan istilah-istilah Barat. Maka, beliau menghujahkan Melaka bukanlah sebuah empayar.

Para sarjana di persidangan ini masih lagi berpegang kepada keyakinan bahawa Melaka didirikan sekitar tahun 1400. Ini bermaksud pendapat beberapa orang sarjana Malaysia bahawa Melaka telah didirikan sekitar tahun 1262 (dan, ini dikatakan adalah pendirian kerajaan Negeri Melaka sekarang), dianggap sukar diterima. Laksamana Empayar Ming, iaitu Zheng Ho, melawat Melaka tahun 1405 yang menunjukkan Melaka sudah dianggap sebuah negeri pelabuhan besar. Persoalan harus ditimbulkan, apakah mungkin Melaka terbangun menjadi sebuah negeri pelabuhan besar dalam masa tiga tahun sahaja ? Manakala, nama Melaka telah pun disebut di Majapahit dalam tahun 1324.

Persidangan “Melaka in The Long 15th Century“ ini telah berjalan lancar dengan baik dan kemas sekali; setiap sesi dan pembentangan menepati masa mengikut buku program, para moderator tidak berceloteh panjang, dan tajuk-tajuk pembentangan yang dipilih amat baik sekali.

JUL / SEP 2019

Page 16: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

16

Sejarah telah merakam peranan Chin Peng sebagai Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM). Lai Teck yang menubuhkan PKM, tidak banyak meninggalkan cerita perananya kerana dia orang asing dikenali berasal dari Vietnam. Elok juga tahu peranan beliau dalam PKM .

Penulis buku Colliding Worlds, seorang nasrani, Gerald de Cruz, bekas ahli PKM yang saya mula bertemu pada tahun 1947 dan terus berkenalan pada tahun 1955 di England. Beliau berasal dari Singapura meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 9 Disember 1991 sebagai Haji Abdul Karim bin Abdullah.

Cerita dalam bukunya Lai Teck mula berkhidmat dengan Ho Chi Minh, pemimpin Komunis Vietnam Utara dan dihantar berkhidmat di Shanghai. Markas komunis Antarabangsa Kawasan Asia. Oleh kerana kecekapan kepimpinan beliau dihantar ke Singapura dalam tahun 1934/35 untuk memimpin Nanyang Komunis Movement (NKM) yang masih lemah.

Pada tahun 1930 tentera Jepun menyerang Tanah Besar China .Oleh kerana itu orang Cina di Malaya dan Singapura menjadi patriot yang bersemangat membantu Tanah Besar China menentang tentera Jepun.

Lai Teck mengeksplotasi keadaan ini dengan mengatur tindakan anti barangan Jepun oleh pekerja China dan ahli komunis di Singapura, Kuala Lumpur dan pekan-pekan kecil. Pada masa yang sama membina PKM pekerja dan peniada China untuk bertindak menentang penindasan British di Malaya.

Pada waktu itu terdapat juga ahli-ahli “Koumintang”di Singapura dan Malaya terdiri dari towkey dan peniaga. Mereka tidak bersikap militan hanya mengeluarkan resolusi–resolusi menentang Jepun. Jepun telah menawan Malaya dan Singapura pada bulan Disember 1942. PKM mengatur satu pertemuan rahsia di Batu Caves untuk merancang cara menentang pemerintahan Jepun di Malaya.

Pihak tentera Jepun mendapat tahu rahsia besar ini. Seramai 72 orang ketua-ketua PKM hadir di Batu Caves tetapi Lai Teck lambat hadir. Pada jam 6 pagi tentera Jepun menyerang kawasan pertemuan PKM dan satu pertempuran berlaku dan PKM kehilangan 18 ketua terbunuh. Pertempuran tamat pada jam 10.00 pagi. Selepas satu jam, Lai Teck tiba menunggang basikal dan berpakaian sebagai agen penjual tanah.

Lagi satu insiden berkalu selepas pertempuran di Batu Caves. Pekerja dari Vietnam di Southern Hotel Singapura balik bercuti

SIAPA TUBUH PARTI KOMUNIS MALAYAOleh

LT. JEN. DATUK ABDULLAH SHAMSUDIN (BERSARA)

JUL / SEP 2019

Lai Teck. Gambar Sumber: http://www.christopherhalemedia.org/

Page 17: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

17

di Vietnam Utara dan berpeluang menemui Ho Chi Min. Mereka balik ke Singapura pada akhir 1945. Oleh kerana telah dapat bertemu dengan ketua komunis Vietnam Utara, PKM Town Commitee Singapura meraikan mereka ini dengan memberi jamuan “Chinese Diner”.

Seorang pekerja Vietnam bertanya Chin Peng siapa seorang yang hadir dan menunjuk kepada Lai Teck. Chin Peng beritahu itulah ketua kami. Pekerja itu membisik yang dia telah melihat Lai Teck makan bersama “Chief of the Japanese Kempetai” di hotel ini.

Dengan informasi ini Chin Peng telah menyediakan satu laporan mencabar Lai Teck. Berkaitan cabaran ini Lai teck telah menghilang diri dari Singapura dikatakan ke Hong Kong dan membawa bersama wang lebih dari 1 juta ringgit.

Selepas beberapa bulan seorang ahli PKM memberitahu de Cruz “good news” dimana comrade Hong Kong telah mendapat tahu tempat tinggal Lai Teck dan dia telah dihubungi Gerald de Cruz mengelar Lai Teck “The Biggest Thief in Malayan Politics”.

Lai Teck memberitau ahli PKM yang beliau tidak bersetuju dengan revolusi bersenjata. Beliau yakin tanah jajahan akan dibebaskan oleh “Imperialist” yang telah menerima Atlantic Charter sebagai sebagai alasan. Informasi ini didapati dari seorang ahli PKM dari Johor yang yang menyerah diri kepada kerajaan.

JUL / SEP 2019

SEKALUNG TAHNIAH

DATO’HAJI JUMAAT DATO’ HAJI MOHD NOOR

Dilantik menjadiPENGERUSI

JAWATANKUASA EKSEKUTIFPERSATUAN

SEJARAH MALAYSIA pada 6 Julai 2019

DR WAN ALI WAN MAMAT(AJKE/PSM)

Dilantik sebagai“VISITING RESEARCH

SCHOLAR” di

University of Kyoto

DATO’WIRA (DR)WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF

(PENGERUSI PSM CAW. KEDAH)

Dianugerahkan Bintang DGMK yang membawa gelaran

“DATO’ WIRA”pada 25 Ogos 2019

UCAPAN TAKZIAH

DATO’ ZAKIAH HANUM ABDUL HAMID

TAN SRI PROF KHOO KAY KIM DR HARUN MAT PIAH

FELO PSMtelah meninggal dunia

pada 28 Mei 2019

FELO PSMtelah meninggal dunia

pada 2 Ogos 2019

PAKAR MANUSKRIP MELAYUtelah meninggal dunia

pada 10 September 2019

Page 18: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

18

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME

PERINGKAT KEBANGSAAN 201911 - 12 September 2019, Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah

JOHANSM SAINS MUAR, TANJUNG AGAS, TANGKAK, JOHOR

NAMA PELAJAR

GURU PENGIRING: ROSMINAH BINTI YOSTEL. BIMBIT : 016-6635 488

EMEL: [email protected]

SIDI IQBAL SHAH BIN AZLI SHAH (Peserta Terbaik KSP 2019 / No. 3 Terbaik Peringkat Saringan)MUHAMMAD HAFIZZAM BIN HUD

AMIRUL AZIM BIN AZMI (No. 1 Terbaik Peringkat Saringan)DHANIA HANI BINTI MOHD FADZIL

NAIB JOHANSMJK (C) PEREMPUAN CINA PULAU PINANG

NAMA PELAJAR

GURU PENGIRING: PUAN TAN BEE LINGTEL. BIMBIT : 016-451 2194EMEL: [email protected]

TAN YENXINTAN YEAN YEN

LIM SYENLIM YEN THENG

TEMPAT KETIGASM SAINS TUANKU JAAFAR, GENTAM, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

NAMA PELAJAR

GURU PENGIRING: ENCIK KANG HOOK TIANGTEL. BIMBIT : 016-6227 583

EMEL: [email protected]

MUHAMMAD IRFAN RAZIQ BIN AZMAN (No. 2 Terbaik Peringkat Saringan)MUHAMMAD HARIZ BIN KAMARUL BAHARINNUR NELLY NATASYA BINTI MOHD REDZUAN

ALMA QASREENA BINTI MORSIDI

TEMPAT KEEMPATSMK AGAMA NURUL ITTIFAQ, KUALA BESUT, TERENGGANU

NAMA PELAJAR

GURU PENGIRING: ENCIK NOR AZMAN BIN IBRAHIMTEL. BIMBIT : 016-8056 468

EMEL: [email protected]

HUSNA ZAHIRAH BINTI MD. RESHADANIS NABILAH BINTI ABDUL AZIZ

NUR SHAFIRA BINTI MOHD NOR SHOKRIHALIMATUS SA’DIYYAH BINTI ABDUL RAHMAN@ABDUL AZIZ

JUL / SEP 2019

Page 19: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

19

RESENSI BUKUJudul : QALAM MENARIPenulis : MOHD NOR LONGPenerbit : INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM)Cetakan : 2019Halaman : 335

Buku ini terhimpun dalamnya daripada beberapa gener selama lima puluh tahun terdiri daripada esei, cerpen, coretan, kembara dan puisi semenjak zaman persekolahannya tersiar dialam majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Pelita Bahasa dsb, juga jurnal Kementerian Pendidikan, dan negeri serta Warkah PSM, telah berjaya dipugar semula lalu diterbitkan tetapi masih ada yang sukar dimuat semula akibat terlalu lama untuk ditebus kembali.

Buku kecil mengadungi 335 halaman menurut rentetan prioritas bermula dengan esei sebanyak 11, cerpen (6), Corat-coret (6), kembara (11) dan puisi (6) ternampak semacam cacamarba tetapi sarat dengan unsur sejarah, nilai persekitaran alam semula jadi, pendidikan, politik , kembara nostalgia dan element manusiawi serta emosi penulis. Sebagai seorang guru dia terpanggil buat teguran

mengenai disiplin sekolah yang dikatakan merosot, betapa pentingnya nilai sejarah harus dipelihara, beberapa individu yang dikaguminya, dan perkembangan semasa yang kontroversi. Sebagai pejuang nasionalis bahasa turut mengkritik golongan yang mendewa-dewa pendidikan luar Negara dan bahasa Inggeris, ini dapat ditemui dalam himpunan cerpen. Manakala himpunan puisi memaparkan suara hatinya amat terkesan begitu emotif.

JUL / SEP 2019

Page 20: KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIN …

20

SENARAI BUKU-BUKU KARYA DR IBRAHIM BAKAR LANGKAWIPengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah

2019/2021

JUL / SEP 2019