pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat maghrib. kunjungan hormat...

8
PENAUNG Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni PENASIHAT Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin YANG DIPERTUA Puan Roha Asmara TIMBALAN YANG DIPERTUA Cik Norti Hj. Sirin SETIAUSAHA KEHORMAT Cik Norti Hj. Sirin PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT Puan Norazah Hamzah BENDAHARI KEHORMAT Puan Silawati Khamis PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT Cik Liana Nasir KETUA-KETUA BIRO: Pendidikan dan Pelajaran Puan Stella @ Nurul Martini Gontol Ekonomi dan Kepenggunaan Puan Siti Aysha Rainawaty Abd. Rashid Hal Ehwal Agama dan Kebajikan Puan Siti Khadizah Yaakub Kesenian dan Kebudayaan Puan Elizabeth Malanjun Penerangan dan Perhubungan Puan Feria Lee Sukan, Sosial dan Rekreasi Puan Erna Jefren Pengerusi KESUMBA KAL Puan Hayati Salleh Baihaki Puteri KESUMBA Puan Nurul Izza Nordin Juruaudit Puan Saima Ismail Dr. Noor Fzlinda Fabeil Pemegang Amanah Dr. Noraini Abdullah Puan Mariama Berbiche Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita berjaya menerbitkan satu lagi edisi buletin KESUMBA yang mana memuatkan semua aktiviti kelab sepanjang Jun 2016 hingga Jun 2017. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan saya kepada pihak pengurusan UMS kerana senantiasa memberi sokongan padu terhadap aktiviti KESUMBA selama ini dan turut serta menjayakan aktiviti tersebut yakni melancarkan lagi perjalanan aktiviti kelab. Saya ingin menekankan di sini bahawa KESUMBA juga menyokong aktiviti UMS dan pada tahun lalu, buletin KESUMBA yang selalunya diterbitkan secara 'hardcopy' kini diterbitkan secara maya dan dimuatnaik ke laman web KESUMBA. Ini satu langkah baik yang menyokong kepada kelestarian alam sekaligus menyokong eko-kampus UMS. Ingin saya rakamkan di sini penghargaan saya kepada semua Ketua-ketua Biro KESUMBA yang bertungkus-lumus menganjurkan aktiviti dan program demi memanfaatkan ahli-ahli kelab sesuai dengan moto kelab, "Maju Sehati". Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Tanjung Kapor, Kudat, Sabah pada 29 Jun 2016, dan mangsa kebakaran di Kg. Sembulan, Kota Kinabalu pada 23 Disember 2016, Sabah yang dikelolakan oleh Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Biro ini juga telah menganjur "Sembang Santai" bersama artis Heliza Helmi sempena Karnival Maulidur Rasul peringkat UMS pada 17 Februari 2017. Satu kursus 'Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial" telah dianjurkan pada 12 November 2016 oleh Biro Pendidikan dan Pelajaran. Satu lagi aktiviti yang mendapat sambutan hangat anjuran biro ini ialah ceramah "Transformasi Diri" disampaikan oleh pakar mata dan juga penceramah motivasi terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad telah diadakan pada 15 Februari 2017. Seperti biasa, Biro Ekonomi dan Kepenggunaan telah mengadakan aktiviti penjualan bunga sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-18 pada 26-28 November 2016. Puteri KESUMBA pula telah menganjurkan program peningkatan kendiri, 'White Water Rafting' di Kiulu pada 8 Oktober 2016 dan kempen pemeriksaan 'Pap Smear' khas untuk ahli KESUMBA pada 12 Oktober 2016. Satu aktiviti meanrik yang ditunggu-tunggu adalah Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ke luar negara. Lawatan kali ini adalah ke Osaka, Jepun pada 18-24 Mei 2017. KESUMBA juga telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PUSPANITA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1 Ogos 2016. Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh Biro Penerangan dan Perhubungan dibantu oleh Biro Sukan, Sosial dan Rekreasi. Satu lawatan sambil belajar telah dibuat ke PUSPANITA Radio Television Malaysia (RTM) Sabah pada 5 Oktober 2016 di mana delegasi KESUMBA telah juga di bawa melawat ke studio yang terdapat di RTM. PUSPANITA RTM Sabah telah membuat lawatan balas ke UMS pada 24 Mac 2017. KESUMBA UMS Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) juga telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk ahlinya seperti Lawatan ke Pusat Autisme Labuan, Lawatan ke Ladang Fertigasi Lada Padi, Perasmian Café Lounge Biz & Beat pada 15 Oktober 2016. Sebuah Majlis Makan Malam KESUMBA UMS-KAL juga telah diadakan pada 11 Mac 2017. KESUMBA juga telah memeriahkan Majlis Iftar dan Beramal bersama Anak-anak Yatim dan Warga Emas pada 1 Julai 2016, dan penyerahan sumbangan Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji kepada Datin Hajah Nurlaila Bte Hj Said, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah pada 9 Januari 2017. Selain menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 pada 24 Jun 2016 di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS. KESUMBA akan terus menganjurkan aktiviti- aktiviti yang memanfaatkan ahlinya dan sebagai YDP, saya menyeru kepada ahli-ahli kelab untuk sama-sama menjayakan aktiviti kita. Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada ahli kelab demi memajukan lagi kelab kita yang dicintai ini. Sekian. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh "MAJU SEHATI" Roha Asmara Yang Dipertua KESUMBA

Upload: others

Post on 12-Jul-2020

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

PENAUNGYang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri PanglimaHajah Norlidah Datuk R.M. Jasni

PENASIHATProf. Dr. D Kamarudin D Mudin

YANG DIPERTUAPuan Roha Asmara

TIMBALAN YANG DIPERTUACik Norti Hj. Sirin

SETIAUSAHA KEHORMATCik Norti Hj. Sirin

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMATPuan Norazah Hamzah

BENDAHARI KEHORMATPuan Silawati Khamis

PENOLONG BENDAHARI KEHORMATCik Liana Nasir

KETUA-KETUA BIRO:Pendidikan dan PelajaranPuan Stella @ Nurul Martini Gontol

Ekonomi dan KepenggunaanPuan Siti Aysha Rainawaty Abd. Rashid

Hal Ehwal Agama dan KebajikanPuan Siti Khadizah Yaakub

Kesenian dan KebudayaanPuan Elizabeth Malanjun

Penerangan dan PerhubunganPuan Feria Lee

Sukan, Sosial dan RekreasiPuan Erna Jefren

Pengerusi KESUMBA KALPuan Hayati Salleh Baihaki

Puteri KESUMBAPuan Nurul Izza Nordin

JuruauditPuan Saima IsmailDr. Noor Fzlinda Fabeil

Pemegang AmanahDr. Noraini AbdullahPuan Mariama Berbiche

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana dengan l impah dan ku rn ia -Nya k i ta be r jaya menerbitkan satu lagi edisi buletin KESUMBA yang mana memuatkan semua aktiviti kelab sepanjang Jun 2016 hingga Jun 2017.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan saya kepada pihak pengurusan UMS kerana senantiasa memberi sokongan padu terhadap aktiviti KESUMBA selama ini dan turut serta menjayakan aktiviti tersebut yakni melancarkan lagi perjalanan aktiviti kelab.

Saya ingin menekankan di sini bahawa KESUMBA juga menyokong aktiviti UMS dan pada tahun lalu, buletin KESUMBA yang selalunya diterbitkan secara 'hardcopy' kini diterbitkan secara maya dan dimuatnaik ke laman web KESUMBA. Ini satu langkah baik yang menyokong kepada kelestarian alam

sekaligus menyokong eko-kampus UMS.

Ingin saya rakamkan di sini penghargaan saya kepada semua Ketua-ketua Biro KESUMBA yang bertungkus-lumus menganjurkan aktiviti dan program demi memanfaatkan ahli-ahli kelab sesuai dengan moto kelab, "Maju Sehati".

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Tanjung Kapor, Kudat, Sabah pada 29 Jun 2016, dan mangsa kebakaran di Kg. Sembulan, Kota Kinabalu pada 23 Disember 2016, Sabah yang dikelolakan oleh Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Biro ini juga telah menganjur "Sembang Santai" bersama artis Heliza Helmi sempena Karnival Maulidur Rasul peringkat UMS pada 17 Februari 2017.

Satu kursus 'Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial" telah dianjurkan pada 12 November 2016 oleh Biro Pendidikan dan Pelajaran. Satu lagi aktiviti yang mendapat sambutan hangat anjuran biro ini ialah ceramah "Transformasi Diri" disampaikan oleh pakar mata dan juga penceramah motivasi terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad telah diadakan pada 15 Februari 2017.

S e p e r t i b i a s a , B i r o E k o n o m i d a n Kepenggunaan telah mengadakan aktiviti penjualan bunga sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-18 pada 26-28 November 2016.

Puteri KESUMBA pula telah menganjurkan program peningkatan kendiri, 'White Water Rafting' di Kiulu pada 8 Oktober 2016 dan kempen pemeriksaan 'Pap Smear' khas untuk ahli KESUMBA pada 12 Oktober 2016. Satu aktiviti meanrik yang ditunggu-tunggu adalah Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ke luar negara. Lawatan kali ini adalah ke Osaka, Jepun pada 18-24 Mei 2017.

KESUMBA juga telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PUSPANITA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1 Ogos 2016.

Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh Biro Penerangan dan Perhubungan dibantu oleh Biro Sukan, Sosial dan Rekreasi. Satu lawatan sambil belajar telah dibuat ke PUSPANITA Radio Television Malaysia (RTM) Sabah pada 5 Oktober 2016 di mana delegasi KESUMBA telah juga di bawa melawat ke studio yang terdapat di RTM. PUSPANITA RTM Sabah telah membuat lawatan balas ke UMS pada 24 Mac 2017.

KESUMBA UMS Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) juga telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk ahlinya seperti Lawatan ke Pusat Autisme Labuan, Lawatan ke Ladang Fertigasi Lada Padi, Perasmian Café Lounge Biz & Beat pada 15 Oktober 2016. Sebuah Majlis Makan Malam KESUMBA UMS-KAL juga telah diadakan pada 11 Mac 2017.

KESUMBA juga telah memeriahkan Majlis Iftar dan Beramal bersama Anak-anak Yatim dan Warga Emas pada 1 Julai 2016, dan penyerahan sumbangan Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji kepada Datin Hajah Nurlaila Bte Hj Said, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah pada 9 Januari 2017. Selain menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 pada 24 Jun 2016 di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS.

KESUMBA akan terus menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan ahlinya dan sebagai YDP, saya menyeru kepada ahli-ahli kelab untuk sama-sama menjayakan aktiviti kita. Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada ahli kelab demi memajukan lagi kelab kita yang dicintai ini.

Sekian.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

"MAJU SEHATI"

Roha AsmaraYang Dipertua KESUMBA

Page 2: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

Perutusan PENASIHATAssalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dengan penuh semangat kekeluargaan KESUMBA, yang akhirnya dapat disemadikan ke dalam buletin edisi ke-5 ini.

Selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ke-5 yang baru sahaja memegang jawatan ini pada 19 Jun 2017, saya amat berbangga dengan pencapaian Exco dan ahli-ahli kelab ini yang berjaya menjulang n a m a K E S U M B A k e t a h a p y a n g s a n g a t memberangsangkan.

Saya berharap, tampuk pimpinan Yang Dipertua dan ahli Exco yang baharu kelak akan memajukan lagi kelab dan ahlinya di samping memanfaatkan masyarakat setempat sesuai dengan hala tuju universiti untuk memasyarakatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Besarlah harapan saya kiranya KESUMBA dapat bekerjasama dengan persatuan lain di universiti ini untuk menggembleng tenaga demi mencapai matlamat yang sama sejajar dengan hasrat kelab ini dalam mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli menerusi kegiatan yang dianjurkan.

Saya akan menyokong penuh usaha murni kelab ini dan berharap KESUMBA akan terus ke hadapan berpaksikan moto persatuan iaitu, “Maju Sehati”.

PROF. DR. D KAMARUDIN D MUDIN

Naib Canselor

Universiti Malaysia Sabah

Merangkap Penasihat KESUMBA

Secebis bicaraSETIAUSAHA KEHORMAT

dar ipada

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang dan kesempatan untuk memberi secebis bicara dalam buletin KESUMBA edisi ke-5 ini.

Sebagai Setiausaha Kehormat, saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh Ketua-ketua Biro KESUMBA dan pasukan masing-masing kerana dalam kesibukan tugas masing-masing mereka masih sempat menyelitkan beberapa aktiviti khusus buat ahli-ahli kelab ini. Sepanjang Jun 2016 sehingga Jun 2017, terdapat 19 aktiviti berjaya dijalankan dengan beberapa aktiviti menarik yang lain masih dalam perancangan dan diharap dapat dijalankan kelak.

Sebanyak tiga sesi mesyuarat Jawatankuasa Induk juga berjaya dikendalikan sepanjang tempoh ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli KESUMBA atas sokongan mereka dan pada masa yang sama menyeru ahli-ahli kelab untuk terus menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti yang direncanakan. Saya juga mengalu-alukan kakitangan dan isteri kakitangan lain untuk mendaftar sebagai ahli kelab ini untuk sama-sama manfaat daripada aktiviti dan seminar yang dianjurkan. Diharap dengan penglibatan puan-puan sekalian akan mengeratkan lagi tali silatulrahim dan persefahaman antara kita.

Sekian."MAJU SEHATI"

NORTI HJ. SIRINSetiausaha Kehormat

Wakil Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

Wakil Sekolah Sains Sosial

Wakil Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

Wakil Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

Wakil Sekolah Pengajian Seni

Wakil Sekolah Sains dan Teknologi

Wakil Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan

Wakil Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa

Wakil Sekolah Pertanian Lestari

Wakil Sekolah Perubatan

Wakil Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat

Wakil Institut Penyelidikan Marin Borneo

Wakil Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

Wakil Institut Penyelidikan Bioteknologi

Wakil Jabatan Canselori

Wakil Jabatan Pendaftar

Wakil Jabatan Bendahari

Wakil Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Wakil PERPUSTAKAAN

Wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Wakil Pusat Pengajian Pascasiswazah

Wakil Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

Wakil Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid

Wakil Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Wakil Surirumah

Mazni Mustapha

Khairinnisa Silvarius A.

Noor Fazlinda Fabeil

Nik Zaiton Nik Mohamed

Shanty @ Felicia Binti Ripah

Azimah Mahmud

Erna Jefren

Sylvia A. Emelius

Dayang Zuraida

Nurul Izza Md Nordin

Neni Damsah

Dr Ejria Saleh

Siti Juliyana Kamaruddin

Mariana Langkan

Hazwani Binti Kifli

Siti Badrah Abd Gaus

Aznaem Azilah

Zulaikha @ Edith G. Kulintin

Salamah Bt Samat Jamil

Erda Seveli

Mariana Koong

Awina Kamis

Noorisah Taljid

Aziah Latip

Puan Rashidah Ayob

WAKIL YDP KESUMBA PERINGKAT/JSPIU SESI 2016 2017

Page 3: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 (MAT19) di Galeri, Bangunan Canselori, UMS baru-baru ini.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Profesor Dr Arsiah Bahron meyaksikan hampir 100 ahli telah hadir dan beberapa kakitangan wanita UMS turut mendaftar sebagai ahli baharu.Sebagai menyahut seruan kempen EcoCampus universiti, MAT19 dikendalikan tanpa kertas dan semua laporan telah dimuat naik ke laman web

Berikutan insiden kebakaran di Kg

Tg Kapur, Kudat pada 25hb Jun

2 0 1 6 , K E S U M B A t e l a h

memberikan sumbangan kepada

mangsa yang terlibat. Sumbangan

ini telah disampaikan oleh wakil

dari Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan (FPSK), PERDESA dan

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat

R o d a U M S y a n g m e m b u a t

penghantaran bantuan sumbangan

pada 29hb Jun 2016. Terima kasih

kepada semua ahli KESUMBA yang

memberikan sumbangan. Semoga

bantuan yang dihulur sedikit

sebanyak meringankan beban

keluarga yang terbabit.

KESUMBA, termasuk buletin tahunan.M a j l i s p e r a s m i a n n y a disempurnakan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.Da lam ucapannya be l iau menggesa ahli-ahli kelab untuk terus meningkatkan imej universiti melalui kerjasama dan aktiviti yang dapat memberi manfaat.Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Yang Dipertua kelab, Datin Baidah Ibrahim dan Ketua Pustakawan UMS yang juga ahli KESUMBA, Dg Rukiah Ag Amit.

KOTA KINABALU, 26 JUN 2016 : Semalam telah berlangsung Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Warga Emas anjuran Wanita USIA Kota K i n a b a l u d e n g a n k e r j a s a m a Persatuan Inspirasi Usahawan Wanita Sabah bertempat di Hotel Shangri La, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.Kegembiraan terpancar pada wajah

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Warga Emas

Penyerahan sumbangankepada mangsa kebakarandi Kg. Tanjung Kapor Kudat

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 KESUMBA (MAT19)

anak-anak mulia dan warga emas ini apabila menerima sumbangan ikhlas yang telah di sumbangkan oleh pihak penganjur dan KESUMBA selain bergembira dengan h idangan berbuka puasa yang telah disediakan.S e l a i n b e r b u k a p u a s a d a n penyampaian sumbangan kepada anak yatim, majlis telah diisi dengan tazkirah ramadhan dan solat Maghrib.

Page 4: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

Kunjungan Hormat dariPuspanita UIAM

Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan Kendiri kepada ahli KESUMBA.

Program ini diadakan di Kiulu Water Rafting, Sabah. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri dan keberanian ahli KESUMBA agar mencuba sesuatu yang luar dari bidang kerja masing-m a s i n g s e l a i n m e n g g a l a k a n pertukaran idea dikalangan ahli KESUMBA. Seramai 17 orang ahli KESUMBA yang mengikuti program ini. Semoga program ini dapat meningkatkan jati diri dan kendiri para peserta.

Program Peningkatan KendiriWater Water Rafting Kiulu

Kempen PemeriksaanPAP Smear untuk

ahli KESUMBA

Lawatan ke PusatAutisme Labuan

Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat ke PUSPANITA Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sabah hari ini.

Lawatan Muhibbah tersebut antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi ini melalui kelab wanita, dan memupuk hubungan baik dalam kalangan ahli-ahli kelab termasuk perbincangan tentang kerjasama dua hala.

PUSPANITA RTM Sabah diketuai oleh Setiausahanya, Raja Jamaliah Raja Mokhtar bersama beberapa orang ahli PUSPANITA menyambut delegasi KESUMBA seramai sembilan orang di perkarangan bangunan RTM.Pengerusi KESUMBA Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Hayati Salleh Baihaki telah memberi taklimat tentang latar belakang KESUMBA termasuk aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas.

Ahli-ahli kelab itu kemudian dibawa ke Bilik Berita, studio rakaman TV dan Studio Penyiaran SabahVfm dan Sabahfm. Turut bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Roha Asmara dan Ketua-ketua Biro KESUMBA yang lain.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdul lah te lah mengadakan lawatan ke Pusat Pengembangan Autisme Labuan, UMSKAL sempena lawatan kerja beliau pada 15 Oktober 2017. Beliau yang diiringi isteri, Datin b a i d a h I b r a h i m y a n g j u g a merupakan Yang DiPertua Kesumba telah diberikan taklimat mengenai pusat tersebut oleh Pengerusi Pusat Autisme Labuan, Puan Zakiah Hassan dan Timbalan Pengerusi Encik Shaffry Mohd Sarif. KESUMBA j u g a t u r u t m e n y a m p a i k a n sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pusat tersebut yang disampaikan oleh Datin Baidah dan diharap bantuan tersbut dapat meringankan beban pusat tersebut untuk membantu ahli mereka di sekitar W.P Labuan.

Pusat ini yang telah beroperasi pada 27 Julai 2016 kini mempunyai seramai 15 orang ahl i juga m e n y e d i a k a n t e m p a t u n t u k bimbingan dan latihan kepada anak-anak autistik. Turut hadir bersama adalah Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik dan Pengerusi Kesumba UMSKAL, Puan Hayati Salleh Baihaki.

Kanser servik adalah kanser kedua membunuh wanita Malaysia selepas kanser payu dara.

Atas kepr ihat inan tersebut , KESUMBA telah menganjurkan Kempen Pemeriksaan Pap Smear Secara Percuma pada 12 Oktober 2016 di Teratak KESUMBA. Kempen ini adalah inisiatif dari P u t e r i K E S U M B A d e n g a n kerjasama Klinik Kesihatan Likas.

Kempen in i bertu juan bagi memberi kesedaran kepada staf wanita UMS tentang kepentingan memahami kanser servik dengan melakukan pengesanan awal agar dapat mencegah dari menghidap kanser ini. by the Exco and members of KESUMBA at Teratak KESUMBA, UMS.

Page 5: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), Kampus A n t a r a b a n g s a L a b u a n ( K A L ) t e l a h mengambil inisiatif membuka Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat bagi memudahkan kakitangan membeli dan mendapatkan makanan seperti sarapan pagi dan makan tengah hari tanpa perlu keluar jauh dari kampus.

Pengerusi Kesumba KAL, Hayati Salleh Baihaki berkata, Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat yang terletak di Aras 11, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) itu juga bagi menyokong aspirasi UMS mewujudkan persekitaran sihat dan kondusif untuk kakitangan.

Katanya, sejak beroperasi pada 2 Februari 2016, Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat juga dapat mengurangkan masa terbuang kakitangan untuk keluar mencari makan setiap kali waktu rehat seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja kakitangan dan mengurangkan kes keluar pejabat pada waktu bekerja.

Majlis perasmian kafe tersebut disempurnakan oleh Yang DiPertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim.

Turut hadir Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah merangkap Penasihat Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, merangkap Penasihat KESUMBA KAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik dan Pemangku Bendahari Universiti Malaysia Sabah, Zallifah Shadan.

Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat untuk Kemudahan Staf dan Pelajar UMS Labuan

Pada 15 Oktober 2016 YBhg. Naib Canselor dan Isteri, YBhg.Datin Baidah Ibrahim, YDP Kesumba, juga telah melawat Ladang Fertigasi UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang dikelolakan oleh Kelab MyAgrosis UMSKAL. Kelab ini terdiri daripada para pelajar UMSKAL dan telah diwujudkan pada bulan Mac 2016 untuk memupuk minat pelajar dalam perniagaan tani dan membentuk mereka menjadi usahawan muda satu hari kelak. Antara tanaman yang di tanam secara kaedah fertigasi adalah cili padi, sayur- sayuran seperti sawi, bayam dan lain-lain.

YBhg. Naib Canselor dan isteri juga turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang hadir dan sempat menuai cili padi yang telah masak untuk dibawa balik sebagai kenangan. Pengarah UMS KAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik dan isteri, Puan Hayati Salleh Baihaki yang juga merupakan Pengerusi Kesumba-KAL turut hadir mengiringi tetamu VIP pada lawatan tersebut.

Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial oleh Penceramah Jemputan Encik Rudy Ludinata pada 12 November 2016 anjuran KESUMBA dengan kerjasama Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah.

Lawatan Ke Ladang Fertigasi Lada Padi UMSKAL

Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket sosial

Page 6: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

JUMAAT, 23 DISEMBER 2016 - Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab kepada komuniti setempat, Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah mengagihkan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang melanda Kg Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.

KESUMBA memberikan sumbangan berbentuk wang tunai, pakaian orang dewasa dan pakaian kanak-kanak. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah di adakan di Teratak Kesumba.

Sementara itu, Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan bersama-sama pihak pengurusan UMS dalam sebarang misi bantuan kepada penduduk setempat.

"Saya berharap niat dan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang," ujar beliau.

Pergolakan dan kesengsaraan penduduk Rohingya telah menjentik naluri ahli KESUMBA.

Justeru, penyerahan Sumbangan Tabung Rohingya Utusan-TH kepada Datin Hajah Nurlaila Bte Hj Said, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah telah diadakan pada 9 Januari 2017 (Isnin) dengan kehadiran Naib Canselor UMS, Prof Datuk Harun Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Madya Dr Ismail Ali. KESUMBA diwakili oleh Bendahari Kehormat, Puan Silawati Khamis dan Ketua Puteri KESUMBA, Puan Nurul Izza Nordin.

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kg. Sembulan

Sumbangan Ke Tabung Rohingya Utusan-TH

Buat julung-julung kalinya Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS (Kolej Kediaman E) menganjurkan Program T r a n s f o r m a s i D i r i b e r s a m a P r o fe s o r Of ta lmolog i yang juga seorang pakar i n s p i r a s i t e r k e n a l P r o f D r. M u h a y a Mohamad pada 15 Februari 2017 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah.

Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi kepada peserta khususnya untuk merubah diri menjadi yang lebih baik, memberi

Program "Ttransformasi Diri Bersama Prof. Dr Muhaya"Anjuran Biro Pendidikan Dan Pelajaran Kesumba &Exco Hal Ehwal Wanita Dan Perkhidmatan Jakmas( )Kolej Kediaman E

inspirasi dan motivasi kepada setiap generasi tentang kepentingan pembangunan diri dan meningkatkan kesedaran individu terhadap pintu penghijrahan yang lebih baik. Seminar ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai sikap-sikap positif dalam diri untuk sentiasa berprasangka baik terhadap orang sekeliling dan Pencipta. Meningkatkan sikap sayangi diri terhadap peserta dan reset minda peserta.

Program ini telah Berjaya dilaksanakan dengan kehadiran lebih 300 peserta dari kalangan staf dan pelajar UMS, pelajar sekolah rendah dan orang awam. Tahniah KESUMBA!

Page 7: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PUSPANITA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan kunjungan hormat ke Kelab Suri Rumah dan Kakitangan Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), pagi ini.

Delegasi dari UIAM itu diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang juga Pengerusi PUSPANITA UIAM, yang lebih d i k e n a l i s e b a g a i ' N u r E l - S h a m s ' , H a f s a h M o h d Y u s o f f .Rombongan itu disambut mesra oleh Exco dan ahli-ahli KESUMBA di Teratak KESUMBA, UMS.

Bercakap pada majlis tersebut, Hafsah meluahkan hasrat mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KESUMBA yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya, dan cara-cara untuk menarik lebih ramai ahli dalam kalangan kakitangan mereka untuk menyertai persatuan itu.

Delegasi seramai 21 orang itu turut melawat Muzium UMS dan Stesen Radio Kampus, KKFM.

Majlis Makan Malam Kesumba KAL telah diadakan pada 11 Mac 2017 dan telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ahli Kesumba KAL. Majlis ini yang bertemakan Denim & Diamonds telah diadakan di Dorsett Regency, Labuan juga dihadiri oleh dua orang Exco Kesumba Induk Kota Kinabalu. Penyelaras majlis ini iaitu Puan Nazariah Jalib berkata kali terakhir majlis makan malam Kesumba KAL diadakan adalah pada tahun 2014 dan penganjuran pada kali ini diharapkan dapat merapatkan silaturahim antara ahli Kesumba selain akan menjadi aktiviti tahunan Kesumba KAL.

KESUMBA Terima Lawatan dari Puspanita UIAM

Majlis Makan Malam KESUMBA-KAL

Page 8: Pengurusan lawatan ini dikendalikan oleh · tazkirah ramadhan dan solat Maghrib. Kunjungan Hormat dari Puspanita UIAM Pada 8 Oktober Puteri Kesumba mengadakan Program Peningkatan

SENARAI AKTIVITI SEPANJANGJULAI 2016-JUN 2017

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

( )Lawatan Sambil Belajar Lasbela Kelab Kesumba ke Osaka, Jepun.

Seramai 12 orang ahli KESUMBA termasuk 2 orang ahli keluarga KESUMBA telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Osaka, Jepun pada 18 Mei hingga 24 Mei 2017.Program LASBELA in i bertu juan member i pendedahan kepada ahli KESUMBA mengenai budaya masyarakat di Jepun terutama dalam aspek budaya kerja, pembangunan setempat selain mempromosikan Universiti Malaysia Sabah di peringkat antarabangsa dan untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli KESUMBA. Rombongan ini telah diketuai oleh Puan Nurul Izza Md Nordin selaku Ketua Puteri KESUMBA dan dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Perhubungan, KESUMBA.Antara tempat yang dilawati ialah lawatan rasmi ke Universiti Kindai, Lawatan ke Tadika Universiti Kindai, Lawatan ke The Village English, Universiti Kindai, Lawatan dan solat di Masjid Kobe, Lawatan dan Solat di Pusat Islam Kyoto, Lawatan ke Osaka Castle dan ke Bamboo Forest, Arashiyama dan sekitar pusat Bandar Osaka. Impak dari program ini diharapkan dapat memperkasakan lagi hubungan antara UMS-Universiti Kindai, meningkatkan pengetahuan tentang sejarah dan kebudayaan Negara Jepun di samping meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan antara ahli KESUMBA.

LAWATAN RASMI KE UNIVERSITI KINDAI.Universiti Kindai ditubuhkan pada 1925. Kini, universiti ini merupakan antara universiti terbesar di Jepun dan mempunyai 6 cawangan utama. Universiti ini mempunyai lebih 30 000 pelajar dan hampir 500 000 alumni.Lawatan rasmi ke Universiti Kindai telah diketuai oleh Prof. Dr Arsiah Bahron dan Lawatan ini dibantu oleh Dr FFui Ching selaku penterjemah kami. Lawatan kami telah disambut oleh Presiden Universiti Kindai iaitu Prof Hitoshi Shiozaki. Kami dibawa melawat ke bangunan baru Presiden disamping makan tengahari bersama-sama dengan Pendaftar Universiti Kindai.

LAWATAN RASMI KE ENGLISH VILLAGE, UNIVERSITI KINDAI.English Village terletak di dalam kampus utama Higashiosaka dan dibuka pada November 2006 merupakan salah satu tempat yang unik untuk mempelajari Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. English Village mengambil konsep mempelajari english secara praktikal sambil bergembira. Purata sebanyak 600 pelajar akan datang ke sini setiap hari. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan seperti pertandingan menyanyi, menari, permainan

s a h i b b a , k r a f t a n g a n d a n a n i m a s i u n t u k meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Peraturan utama adalah anda wajib berbahasa inggeris sepanjang berada disini.LAWATAN RASMI KE TADIKA UNIVERSITI KINDAI.Tadika ini dibuka hanya kepada kanak-kanak berumur 2 tahun sehingga 5 tahun sahaja. Kanak-kanak yang ingin memasuki tadika ini perlu menduduki peperiksaan khas. Guru-guru tadika ini juga perlu mempunyai Ijazah Pendidikan Awal dan menduduki peperiksaan bertulis dan temuduga sebelum layak untuk bekerja di Tadika ini. Kanak-kanak diajar tentang akademik, adab dan tatasusila dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif.LAWATAN DAN SOLAT DI MASJID KOBE.Satu-satunya bangunan yang selamat semasa Perang Dunia dan semasa Hashin Earthquake pada tahun1995.LAWATAN KE OSAKA CASTLE.Sejarah Tokugawa dari seorang pembawa kasut Maharaja di istana dilantik menjadi Shogun (Ketua Samurai) disebabkan ketaatan dan kesetiaan beliau kepada Maharaja.

24 Jun 2016Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19

29 Jun 2016Penyerahan sumbangan kepadamangsa kebakaran di Kg. Tanjung Kapor,Kudat, Sabah.

1 Julai 2016Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatimdan Warga Emas

1 Ogos 2016Kunjungan Hormat dari Persatuan Suridan Anggota Wanita (PUSPANITA),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)

5 Oktober 2016Lawatan KESUMBA ke PUSPANITA RTMSabah

8 Oktober 2016Program Peningkatan Kendiri, 'WhiteWater Rafting', Kiulu

12 Oktober 2016Kempen Pemeriksaan 'Pap Smear'untuk ahli KESUMBA

15 Oktober 2016Lawatan ke Pusat Autisme Labuan

15 Oktober 2016Perasmian Cafe Lounge KESUMBA-KALBiz & Beat

15 Oktober 2016Lawatan Ke Ladang Fertigasi Lada Padi,UMSKAL

12 November 21016Kursus Pemantapan Imej, Protokol danEtiket Sosial

26-28 November 2016Penjualan Bunga sempena MajlisKonvokesyen Universiti Malaysia Sabahke-18

23 Disember 2016Penyerahan Sumbangan kepadamangsa kebakaran di Kg. Sembulan,Kota Kinabalu, Sabah

9 Januari 2017Penyerahan Sumbangan TabungRohingya Utusan-Tabung Haji

15 Februari 2017Ceramah Transformasi Diri bersamaProf. Dr. Muhaya Mohamad

17 Februari 2017'Sembang Santai' bersama Heliza Helmisempena Karnival Maulidur RasulPeringkat UMS

11 Mac 2017Majlis Makan Malam KESUMBA UMSKampus Antarabangsa Labuan

24 Mac 2017Lawatan Balas PUSPANITA RTM Sabahke UMS

19-24 Mei 2017Lawatan Sambil Belajar (LASBELA)KESUMBA ke Osaka, Jepun