pptd newsletter 2019 · persatuan perkhidmatan tadbir dan diplomatik siri 1/2019 69 tahun dinamik...

20
s i r i 1 / 2 0 1 9 persatuan perkhidmatan tadbir dan diplomatik 69 TAHUN DINAMIK & MANTAP Segmen Tokoh PTD: Pesanan Akhir Dato' Sri Jamil Saleh 25 KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TUN DR. SITI HASMAH HAJI MOHD ALI 05 17 Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) Malaysia 515, Persiaran Sultan Salahuddin Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50480 Malaysia 03-26930336 03-2691782 [email protected] SIDANG REDAKSI Penasihat Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus Ketua Editor Abdul Halim Hamzah Editor Emmy Hermina Nathasia Abdul Latif Penolong Editor Chong Ka Foo Anggota Redaksi JK Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Grafik Nick Pencetak Swaggy Enterprise [email protected] PRIHATIN

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

si

ri

1

/2

01

9

persatuan perkhidmatan tadbir dan diplomatik 69 TAHUN DINAMIK & MANTAP

Segmen Tokoh PTD: Pesanan Akhir Dato' Sri Jamil Saleh25KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TUN DR. SITI HASMAH HAJI MOHD ALI

05

17Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) Malaysia

515, Persiaran Sultan SalahuddinKuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

50480 Malaysia03-2693033603-2691782

[email protected]

SIDANG REDAKSI

PenasihatDato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus

Ketua Editor

Abdul Halim Hamzah

EditorEmmy Hermina Nathasia Abdul Latif

Penolong EditorChong Ka Foo

Anggota RedaksiJK Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi

GrafikNick

PencetakSwaggy Enterprise

[email protected]

PRIHATIN

01

02

03

21

25

31

33

32

35

36

37

01 02

K A N D U N G A N b u l e t i n p p t d b i l . 1 / 2 0 1 9

M U K AS U R A T

Persatuan PerkhidmatanTadbir Dan Diplomatik Malaysia Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan

Diplomatik (PPTD) Malaysia didaftarkan

dengan Pendaftar Pertubuhan Tanah

Melayu pada 13 Januari 1950. Pada masa

itu pendaftaran telah dibuat atas nama

‘Malaya Civil Service Association’ beralamat

di Malaya Establishment Office, Kuala

Lumpur.

Kini usia PPTD telah pun menjangkau 69

tahun. PPTD terus bergerak maju sebagai

salah satu Persatuan yang dinamik dan

mantap. Kejayaan ini dicapai hasil daripada

sumbangan tenaga pemikiran

pemimpin-pemimipin masa lalu dan masa

kini, di samping kerjasama erat yang

ditunjukkan oleh ahli-ahli.

http://www.pptd.my

Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan khas untuk pegawai British.

Negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang selama ini dianggap oleh Kerajaan Inggeris sebagai ‘Siamese Malay States’ diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Kerajaan Inggeris menubuhkan sistem pentadbiran Penasihat Inggeris (British Adviser) di negeri-negeri ini dan juga Johor.

Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai Melayu ditubuhkan. Keanggotaannya dipilih daripada mereka yang diasuh dan dilatih di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan terutamanya bagi maksud ini dalam tahun 1905.

Malayan Civil Service (Perkhidmatan Tadbir Malaya) dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu.

Perkhidmatan ini menjadi Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service)

Malayan Civil Service Association didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Perkhidmatan Luar Negeri atau External Affairs Service (EAS) ditubuhkan.

Pertukaran nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Admninistrative and Diplomatic Service (ADS).

1904

1909

1910

1921

1938

1950

1956

1966

1971

Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Non-Federated Malay States. Selain daripada Penasihat British, jawatan pentadbiran negeri-negeri ini disandang oleh pegawai-pegawai Melayu dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri. Pegawai Inggeris yang ditempatkan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini diambil daripada Perkhidmatan SS&FMS Civil Service.

Pemansuhan Perkhidmatan Tadbir Malaya (Malayan Civil Service) dan Perkhidmatan Luar Negeri dan digantikan dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia (PDLN) atau Malaysian Home and Foreign Service.

NAIB PRESIDEN

Dato’ Salim Parlan SETIAUSAHA KEHORMAT

Nazli Md Taib

Dato’ Lokman Hakim AliPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Strategik dan Antarabangsa

Datuk Isham IshakPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Pelaburan dan Ekonomi

Ahmad Faedzal Md. Ramli Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Sukan dan Rekreasi

Dato’ Suriani Dato’ AhmadPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Profesional, Pendidikan dan Minda

Datuk Saidatu Akhma HassanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Pembangunan Wanita

Chong Ka FooPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Korporat dan Komunikasi

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PPTD BAGI PENGGAL 2018-2020

Norhisham Md. NordinPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Keahlian

dan Penyelarasan

Dato’ Sri Jamil Haji SallehPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan

Dato’ Mohd Sallehhuddin HassanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Sosial

Dato’ Wan Ahmad Uzir Wan SulaimanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebudayaan,

Kesenian dan Strategik Penarafan

Khairul Azar OmarPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Troopers

Rudy Eruwan JamainJuruaudit

Wan Rafidah Awg IsaJuruaudit

Dato’ Haji Mustapa MeonSetiausaha Eksekutif

pengenalan & sejarah

senarai exco

aktiviti-aktiviti exco - Kebajikan - Pembangunan Wanita - Korporat dan Komunikasi - - Sabah

pptd di lensa media

SEGMEN tokoh ptd

artikel kepimpinan

PETIKAN

IKRAR PTD

Koperasi Setia Malaysia Berhad(KOPSETIA)

LAGU PTD

Tali leher dan tudung PPTD

PPTD TROOPERS

Dato’ Dr. AhmadJailani Muhamed Yunus

PRESIDEN

Penaung

Tun Dr. Mahathir Mohamad YAB Perdana Menteri

Datuk Seri Dr. Ismail Hj. BakarKetua Setiausaha Negara

Datuk Seri Borhan DolahKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

BENDAHARI KEHORMAT

Abdul Halim Hamzah

Program Ziarah Semarak Kasih merupakan satu inisiatif

berterusan yang digerakkan di bawah Jawatankuasa Hal

Ehwal Kebajikan PPTD Malaysia. Program ini menyasarkan

bantuan kepada para Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang

berdaftar di bawah Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomatik (PPTD). Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan

sokongan diberikan kepada ahli-ahli yang memerlukan bagi

meringankan sedikit sebanyak musibah yang dihadapi oleh

ahli. Melalui program ini, ahli yang menimpa musibah akan

diberikan sejumlah bantuan yang disediakan oleh persatuan

mengikut kes yang dikemukakan. Antara jenis musibah yang

difokuskan ketika ini di bawah Program Ziarah Semarak

Kasih adalah untuk

(i) Ahli menghidap penyakit serius dan kritikal (ii) Ahli yang kematian pasangan (iii) Ahli meninggal dunia.

Bantuan yang disampaikan kepada ahli bukan hanya

berbentuk kewangan semata-mata, namun bergantung

mengikut kesesuaian yang dipertimbangkan sewajarnya

kepada kes yang dikemukakan. Melalui program ini,

semangat kesukarelawanan ahli dapat dipupuk melalui

ziarah yang digerakkan bersama-sama ahli dengan melawat

ahli untuk menyampaikan sumbangan. Program ini juga

seterusnya dapat mengeratkan ukhuwah dan jaringan

kerjasama ahli untuk turut memberi sokongan kepada ahli

yang memerlukan. Beberapa siri ziarah telah dijalankan

daripada masa ke masa untuk tahun 2018/2019 bagi

memastikan kebajikan ahli PPTD Malaysia terpelihara.

FIRDAUS GANAI @ AKIE PTD GRED M48TEMPAT BERTUGAS: KEMENTERIAN DALAM NEGERIIsteri beliau telah meninggal dunia akibat kanser. Bantuan telah disampaikan oleh Dato’ Sri Jamil Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan PPTD Malaysia ketika itu pada 12 Disember 2018 bertempat di Pejabat KSU KPDNHEP.

ALLAHYARHAM MOHD FAIZAL YUSOFPTD GRED M44 (PTD 2006)TEMPAT BERTUGAS : Jabatan Perkhidmatan AwamSatu Ziarah Semarak Kasih ke HUKM telah diatur pada 17 Januari 2019 (Khamis). Beliau menghidap penyakit tibi pada tulang (Pyogenic Spine Inection). Sebahagian dari tulang belakang (L5) telah hancur dimakan kuman. Allahyarham merupakan seorang ahli PPTD yang sangat aktif dalam menyampaikan idea dan sumbangan keringat dalam persatuan. Bahkan semasa beliau dalam wad rawatan, beliau turut menyampaikan hasrat untuk lebih bergiat aktif. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 5 Februari 2019.

EDDIE ANAK WANI PTD GRED M48TEMPAT BERTUGAS: KEMENTERIAN DALAM NEGERIPada 13 Disember 2018, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan PPTD dan rombongan telah mengunjungi Eddie anak Wani, pegawai PTD di JKPTG Sarawak. Eddie telah kehilangan isterinya akibat kemalangan jalan raya. Dato’ Seri Jamil Salleh telah menyampaikan sumbangan kepada Eddie dan dua orang anaknya sebagai sokongan moral kepada keluarga beliau.

MEGAT AZLEENZiarah dan majlis bacaan yassin di rumah Encik Megat Azleen PTD Batch 1/96 pada 17 Mac 2019 di Bandar Sri Putra. Beliau telah diserang stroke sejak 2016. Sumbangan PPTD di sampaikan oleh Shamshuzaman Haji Sulaiman, Pengerusi Hal Ehwal Kebajikan PPTD.

NAJIHAH ABBASPTD GRED M41

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIABeliau telah mengalami kecederaan tulang belakang di bahagian lumbar spinal dan telah menjalani pembedahan pada 2 April 2019. Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan PPTD Malaysia telah mengadakan Ziarah Semarak Kasih PPTD 2019 ke rumah beliau pada 10 April 2019 (Rabu). Beliau merupakan ahli yang aktif memberi idea dan sumbangan tenaga dalam persatuan. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal

Kebajikan PPTD, Shamshuzaman Haji Sulaiman.

DATO’ JAMIL RAKONTIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)KEMENTERIAN DALAM NEGERIProgram Ziarah Semarak Kasih pada 26 Disember 2018, Dato' Jamil Rakon yang mengalami kecederaan patah jari kaki telah diserikan dengan kunjungan hormat Dato' Presiden PPTD.

ALLAHYARHAMAH NUR HIDAYAH AYOB (PTD 2009)Pada 24 Disember 2018 ziarah semarak kasih dijalankan di Taman Seri Rambai, Bukit Rambai, Melaka. Allahyarhamah pernah berkhidmat di Bahagian Pekerja Asing KDN dan Bahagian Kabinet JPM Putrajaya. Zamrud Yahya, Timbalan Presiden PPTD Wilayah Selatan mengetuai

ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan kepada waris.

ALLAHYARHAMAH IZALINA IBRAHIMPTD GRED M48

TEMPAT BERTUGAS: JAWATAN KUMPULAN JPA, PENEMPATAN SECARA PENTADBIRAN DI MITI

Satu Ziarah Semarak Kasih ke HUKM telah diatur pada 17 Januari 2019 (Khamis). Beliau menghidap penyakit kencing manis sehingga mengakibatkan serangan strok dan kaki beliau diamputasi di bahagian atas lutut. Beliau turut ditimpa musibah serangan jangkitan kuman pada paru-paru kanan. Beliau turut bertarung dengan musibah paru paru kanan dijangkiti kuman Sumbangan telah disampaikan oleh Shamshuzaman Haji Sulaiman selaku Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan PPTD Malaysia. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 24

Januari 2019 (Khamis)

JK HAL EHWAL KEBAJIKAN PPTD

aktiviti-aktiviti exco

03 04

JK HAL EHWAL PEMBANGUNAN WANITA PPTD

Jawatankuasa ini ditubuhkan khas oleh “wanita untuk wanita” yang berperanan

menjalankan program-program berteraskan wanita sebagai penggerak untuk

memperkasakan pegawai PTD Wanita. Selain itu, Jawatankuasa ini juga berperanan untuk

melaksanakan program atau aktiviti yang membantu menaikkan peranan pegawai PTD

Wanita bagi menyumbang ke arah pentabiran negara yang lebih mantap dan progresif.

Berikut merupakan antara aktiviti yang dijalankan oleh JK Hal Ehwal Pembangunan Wanita

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TUN DR. SITI HASMAH HAJI MOHD ALITarikh : 21 November 2018

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bangunan Perdana Putra

Antara pesanan yang dititipkan Tun khas untuk pegawai-pegawai PTD wanita ialah:• Kepentingan untuk menjaga penampilan diri. The importance of first impression.

• Sabar dan jangan cepat melenting.• Belajar daripada orang-orang di sekeliling dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.• Wanita perlu ada pendidikan dan kelayakan• Bergiat aktif dan penuhi masa lapang dengan aktiviti dan hobi yang digemari. • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.• Jaga pemakanan dan lakukan senaman dengan kerap.• Perbaiki kemahiran berbahasa Inggeris.• Umur bukanlah penghalang untuk membuat sesuatu yang diingini dalam kehidupan.

Jawatankuasa juga semasa kunjungan hormat ini berkesempatan memberikan Tudung Korporat PPTD sebagai cenderamata kenang-kenangan kepada Tun.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan JK Hal Ehwal Pembangunan Wanita PPTD di samping memohon pandangan dan persetujuan Tun untuk mengadakan satu sesi khas bersama-sama pegawai PTD Wanita. Dalam pertemuan lebih kurang satu jam ini, Tun telah berkongsi serba sedikit pengalaman hidup beliau selain memberi pesan dan nasihat khususnya dalam meningkatkan keperibadian wanita sebagai isteri, ibu dan seorang yang berkerjaya.

05 06

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (PEMBANGUNAN)Tarikh : 11 Januari 2019Masa : 3.00 petang Tempat : Pejabat TKPPA (P) di Blok C1, JPA

Selain bertujuan untuk memperkenalkan barisan JK Hal Ehwal Pembangunan Wanita PPTD, kunjungan hormat ini diadakan antara lain untuk menyampaikan hasrat Jawatankuasa untuk mengadakan satu program khas dengan mengundang Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar, TKPPA (P) bersama dengan pegawai PTD Wanita bagi membincangkan isu berhubung pembangunan kerjaya dan kesejahteraan pegawai PTD Wanita khususnya.

Antara pesanan yang diberikan TKPPA (P) untuk pegawai-pegawai PTD wanita ialah:• Menyeimbangkan kerjaya dan keluarga • Memperkasa aktiviti-aktiviti yang melibatkan pegawai PTD Wanita untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim• Pegawai PTD Wanita perlu menyusun dan fokus kepada laluan kerjaya masing-masing • Pegawai perlu lebih aktif agar lebih dikenali dan menampakkan peranan yang lebih besar • Keperluan untuk membina kompetensi diri dan bersedia dengan semua kemahiran agar lebih kompetitif• Mengenal pasti pegawai atasan yang boleh menjadi mentor • Bersedia dengan perubahan yang ada

PPTD BERSAMA TUN DR. SITI HASMAH HAJI MOHD ALITarikh : 11 April 2019Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Bankuet, Seri Perdana

Seramai 180 peserta terdiri daripada pegawai PTD Wanita pelbagai gred daripada kementerian telah turut serta di dalam program ini. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali yang berdiri teguh sebagai isteri seorang Perdana Menteri selain mendapatkan pandangan dan perspektif daripada Tun dalam usaha melahirkan pegawai PTD Wanita yang berjaya dalam aspek kerjaya dan keluarga.

Antara amanat yang Tun sampaikan dalam program ini adalah:• Berpegang kepada 3 prinsip keramat iaitu Bersih, Cekap dan Amanah• Kita perlu sama-sama menjaga maruah negara dengan bangkit semula dan tidak mensia-siakan peluang yang ada• Membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Jangan takut atau sedih apabila mendapat tahu sekiranya ada penyakit kerana ada penawarnya.• Bekerja dalam satu pasukan. Selalu menyokong antara satu sama lain• Jangan biarkan minda berhenti berfikir walau sudah meningkat usia. Rajin menulis dan membaca. Tulis jurnal setiap hari.• Perlu ada hobi supaya kita sentiasa kekal cergas• Perlu juga masa untuk merehatkan diri selain bersenam sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari• Menepati masa

Selain itu, program turut diserikan dengan persembahan bakat-bakat pegawai PTD Wanita seperti persembahan tarian, nyanyian dan deklamasi puisi. Jawatankuasa juga bercadang untuk mengadakan program seumpama ini lagi pada bulan September atau Oktober bergantung kepada kesesuaian masa Tun pada ketika itu.

07 08

JK HAL EHWAL KORPORAT DANKOMUNIKASI PPTD

Pada 20 Oktober 2018 telah diadakan program Hi-Tea PPTD Bersama Media di Le Méridien Kuala Lumpur. Sebanyak 10 media elektronik dan cetak telah hadir ke program ini seperti Astro Awani, Utusan Melayu, Tamil Malar, The China Press, TV9, Bernama, Berita Harian, MalaysiaKini, The Star dan News Straits Time.

Pelaksanaan program antara PPTD dan pengamal media adalah penting untuk menjalin hubungan yang lebih mesra dan harmoni. Selain itu, ia juga sebagai menghargai sumbangan pihak media yang telah banyak membantu PPTD dalam mempromosikan program/ aktiviti PPTD.

Di samping itu, harapan PPTD adalah dengan cabaran mengemudi perkhidmatan awam dalam era Kerajaan baharu ini, berita-berita negatif mengenai skim PTD khususnya, dan perkhidmatan awam secara umumnya dapat dikawal melalui hubungan baik yang terjalin dengan pihak media.

69 tahun terusbergerak maju

09 10

Program Pertemuan YBhg. Dato' Dr. Presiden PPTD Bersama- sama Social Media Influencer Dalam Kalangan PTDPada 8 April 2019, telah diadakan Program Pertemuan Dato' Dr. Presiden PPTD Bersama-sama Social Media Influencer Dalam Kalangan PTD di Bilik Persidangan Bunga Raya, Aras 29, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Seramai 20 orang pegawai PTD yang telah dikenal pasti sebagai mereka yang mempunyai pengaruh dalam media sosial telah hadir dalam program santai ini. Antara amanat Presiden ialah agar para pegawai PTD yang berpengaruh ini menggunakan ruang yang ada di media sosial untuk menyebar luas program dan aktiviti Persatuan, selain memainkan peranan sebagai ikon PTD dengan menyampaikan maklumat yang tepat dan betul mengenai skim, tugas dan tanggungjawab PTD serta dasar-dasar Kerajaan, di samping memperbetulkan persepsi negatif dan salah anggap terhadap skim PTD.

Rata-rata pegawai PTD yang hadir menyatakan rasa terima kasih kepada Dato’ Dr. Presiden PPTD kerana diberi penghargaan dan akan menggunakan platform mereka di media sosial untuk membantu skim dan persatuan.

11 12

Mesyuarat Pegawai-Pegawai

Perhubungan PPTD (MPPP) Bil.1/2019

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan (MPPP) Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) Bil.1/2019 telah diadakan pada 12 April 2019, bertempat di Dewan Sri Lestari, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Jailani Mohamed Yunus, Presiden PPTD Malaysia.

Penganjuran mesyuarat ini adalah bertujuan untuk berinteraksi dengan para Pegawai Perhubungan PPTD yang telah dilantik di setiap Kementerian/ Agensi/ Negeri serta bertukar pandangan dalam mengutarakan isu berkaitan perkhidmatan PTD. Pada masa yang sama, hubungan silaturrahim antara pengurusan tertinggi, Exco PPTD dan Pegawai Perhubungan PPTD dapat dieratkan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 20 orang wakil pegawai perhubungan dari Kementerian, lapan dari Jabatan dan lima dari negeri. Antara intipati yang telah disampaikan oleh Dato’ Presiden adalah Pegawai Perhubungan PPTD perlu memainkan peranan yang penting dalam menghebahkan setiap aktiviti - aktiviti yang dianjurkan oleh PPTD di samping membudayakan semangat kecintaan dan sayangkan skim perkhidmatan PTD dalam kalangan ahli.

13 14

SESI MENTORING PRESIDENSetiap Isnin, 6.00 petang (sehingga Mac 2019)

Sesi Mentoring Presiden merupakan sesi santai minum petang Dato’ Presiden PPTD bersama warga PTD. Sesi ini diadakan seminggu sekali bagi membuka ruang warga PTD berjumpa Dato Presiden dan berkongsi pandangan dalam sebuah sesi yang santai. Kebiasaannya Sesi Milo Teh Tarik Kopi O ini diadakan di Teh Tarik Place @Ayer 8, Putrajaya.

Sepanjang diadakan program ini, warga PTD telah menyuarakan pelbagai pandangan kepada Dato Presiden seperti penambahbaikan PPTD, laluan kerjaya yang lebih baik untuk PTD dan juga perbincangan mengenai program-program PPTD.

PROJEK KOMUNITI PPTD: BENTO UNTUK ANAK-ANAK LANGKAWI28 – 30 Disember 2018

Projek ini dirangka bagi memberi peluang kepada para pegawai PTD dan Rakan-Rakan Strategik PPTD Malaysia untuk menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 400 orang murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun 2019 di Pulau Tuba dan beberapa kawasan pedalaman di Langkawi.

Selain menyampaikan sumbangan alat tulis berkonsepkan bento kepada 400 orang murid-murid Tahun 6, sukarelawan PPTD juga mengadakan aktiviti khidmat masyarakat lain seperti pemuliharaan terumbu karang di Pusat GeoPelancongan Kubang Badak, Langkawi dan penyampaian bantuan alat tulis, peralatan sukan, makanan asas dan peralatan elektrik kepada pusat tahfiz.

PROJEK TUISYEN SKOR A UPSR UNTUK ANAK-ANAK KEPULAUAN LANGKAWI5 April Hingga 29 Jun 2019

Program ini diadakan bagi menyediakan sebuah platform kerjasama antara PPTD Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Lembaga Kemajuan Wilayah KEDAH (KEDA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk membantu 50 orang pelajar Tahun 6 di sekolah– sekolah di Kepulauan Langkawi bagi memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.

Tiga (3) buah sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak.

Bagi melengkapkan projek ini, empat (4) subjek mata pelajaran telah dipilih untuk diperkasakan dalam Projek Tuisyen Skor A UPSR ini agar pencapaian kesemua subjek ini dapat dipertingkatkan.

Empat (4) subjek terlibat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kesemua subjek ini akan diperkasakan dalam 10 buah sesi bermula April – Jun 2019.

Projek Tuisyen Skor A UPSR ini adalah inspirasi Dato Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Presiden PPTD Malaysia bagi melihat anak–anak di Kepulauan Langkawi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR.

Hasrat beliau ini telah disampaikan kepada para Guru Besar di Langkawi semasa beliau menyampaikan sumbangan dalam Projek Komuniti PPTD: Bento

PROJEK KOMUNITI PPTD: INFAQ RAMADAN SURAU-SURAU ORANG ASLI SUNGAI SIPUT UTARA4 Mei 2019

Bagi menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, PPTD Malaysia dengan kerjasama beberapa Rakan Strategik telah mengadakan Projek Komuniti PPTD: Infaq Ramadan Buat Surau di 15 Buah Perkampungan Orang Asli, Sungai Siput Utara pada 4 Mei 2019.

Dalam program ini, semua 15 buah surau yang terlibat menerima sumbangan barangan keperluan berbuka puasa dan bersahur bernilai RM500.00 setiap surau selain sumbangan kolah air fiber untuk berwuduk bernilai RM1,200.00 sumbangan individu dan beberapa barangan keperluan membersih surau bernilai RM2,000.00 sumbangan Rakan Strategik Program.

Sumbangan ini dharap dapat membantu meringankan beban penduduk orang asli di pedalaman dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.

PROJEK KOMUNITI PPTD: WAQAF KERUSI SOLAT 2019Januari – Disember 2019

Program ini diadakan sebagai platform kepada semua warga PTD untuk menyalurkan sumbangan tunai bagi tujuan menyediakan kerusi solat untuk kemudahan golongan OKU dan warga emas menunaikan ibadah solat secara duduk dengan lebih selesa di masjid–masjid luar bandar di seluruh negara.

Program ini adalah kolaborasi strategik di antara PPTD dan rakan–rakan Strategik lain yang bertujuan menyediakan ruang kepada para Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), orang perseorangan dan sektor swasta untuk bergiat cergas sebagai sukarelawan.

Sejumlah 1,000 buah kerusi solat sumbangan orang ramai akan diwaqafkan melalui Projek Komuniti PPTD ini akan diserahkan kepada 100 buah masjid di kawasan luar bandar.

Bagi menjayakan program ini, Urus Setia program sedang mengumpulkan sumbangan tunai berjumlah RM50.00 bagi setiap kerusi solat melalui usahasama rakan–rakan Strategik melalui akaun Affin Bank PPTD Malaysia (1004 9001 1431). Semua sumbangan hendaklah meletakkan rujukan “Kerusi Solat PPTD”. Kutipan sumbangan dimulakan sejak Januari 2019 dan berlangsung sehingga akhir 2019.

Untuk anak–anak Langkawi pada Disember 2018. Sehubungan itu, PPTD Malaysia dan beberapa Rakan Strategik telah menyusun langkah untuk merealisasikan hasrat ini.

Antara program yang telah disusun dalam projek ini adalah Kem Kecemerlangan anak–anak Langkawi pada 23 – 25 Mac 2019 dan 10 sesi Projek Tuisyen Skor A UPSR bermula 5 April ke 29 Jun 2019.

LAPORAN AKTIVITIJK HAL EHWAL PPTD TROOPERSKAYUHAN SANTAI PPTD MALAYSIASetiap Khamis, 5.45 petangSetiap Isnin, 5.45 petang (Bermula April 2019)

Kayuhan Santai PPTD Malaysia merupakan acara mingguan kayuhan basikal bersama Dato’ Presiden PPTD Malaysia yang diadakan pada setiap hari Isnin, jam 5.45 petang. Program ini diadakan secara kolaborasi strategik dengan Kelab Kebajikan dan Sukan KPLB.

Kayuhan santai ini meliputi jajaran sepanjang Tasik Putrajaya sejauh 12km. Program yang diadakan semenjak Oktober 2018 ini masih berjalan setiap minggu bermula dari Lobi KPLB. Sebelum ini, program kayuhan santai ini diadakan pada setiap hari Khamis. Namun bagi memberikan lebih ruang masa untuk bersama warga PPTD, Dato’ Presiden telah menukar hari kayuhan kepada hari Isnin.

Projek ini telah dijayakan oleh PPTD Malaysia sebagai penganjur utama dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Lembaga Pembangunan Langkawi serta dibantu 20 buah Rakan - Rakan Strategik yang lain.

15 16

AKTIVITI PPTD SABAH DANW. P. LABUAN (PPTDSL)JAN – MAC 2019

Program Back To School30 Disember 2018

Program CSR PPTD Back to School dianjurkan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan seterusnya meringankan beban ibu bapa keluarga yang terlibat.

Program ini merupakan anjuran bersama PPTDSL, Kelab Kebajikan & Sukan ICU JPM Cawangan Sabah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Sejumlah 100 orang anak-anak terlibat dalam program ini yang telah diadakan di Kg Matupang, Ranau.

Majlis Amanat Presiden dan Program Apresiasi PPTD Sabah10 Januari 2018

PPTDSL telah menganjurkan Majlis Amanat Presiden dan Program Apresiasi pada 9 Januari 2019. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan medium kepada Presiden untuk berinteraksi bersama-sama ahli bukan sahaja untuk merasakan denyutan nadi mereka, malah, ianya bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada para ahli agar terus bersemangat dalam menyumbang khidmat dan bakti kepada negara.

Pada majlis ini, Presiden turut menyerahkan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa PPTDSL yang telah menabur bakti dalam memberikan perkhidmatan kepada persatuan.

Program ini telah dihadiri oleh 100 orang ahli.

Program Rakyat di Hati PPTDSL12 Januari 2019

PPTDSL turut bersimpati ke atas mangsa kebakaran di Putatan, Sabah. Program sebegini diharapkan dapat merapatkan hubungan PTD dengan rakyat dan stakeholders, malah memberi peluang kepada ahli-ahli untuk turut sama membantu rakyat yang ditimpa musibah.

Datuk Ismail Ahmad, Timbalan Presiden PPTDSL turut sama menyerahkan sumbangan kepada penerima di Kg Matupang, Ranau

Antara ibu bapa dan keluarga yang hadir ke majlis penyerahan bantuan persekolahan

Ucapan pembukaan oleh Datuk Ismail Ahmad

Kelihatan Nor Azri Zulfakar semasa turut sama dengan Datuk Seri Panglima Hj Shafiee Apdal mendengar taklimat daripada pihak JBPM.

17 18

Sukan Empat Perkhidmatan 25 – 26 Januari 2019

Buat julung-julung kalinya, PPTDSL telah terlibat di dalam merancang dan melaksanakan sukan dalam kalangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terdiri daripada empat persatuan perkhidmatan iaitu PPTD, UMS, Perpustakaan dan PDRM. Sebanyak enam permainan telah dipertandingkan antaranya bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, ping pong dan tenis.

CSR PPTDSL22 & 23 Mac 2019

PPTDSL telah berkerjasama dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan khusus. Melalui program ini, sebanyak tiga buah kerusi roda telah diserahkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan warga eKasih. Adalah menjadi harapan PPTDSL agar sumbangan kecil ini mampu memberikan impak yang besar kepada penerima.

Untuk edisi pertama ini, PPTDSL telah muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dengan merangkul enam emas, lima perak dan dua gangsa. TAHNIAH Team PPTDSL

Nor Azri Zulfakar turut sama turun padang dalam menyantuni penerima sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan harian iaitu Halimah Salleh, di Kg. Tanah Merah, Merotai Besar, Tawau `

Datuk Hj Ruji Ubi, Ketua Biro Kebajikan PPTDSL menyerahkan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan harian kepada Puan Koneh Bt Mustapha, di Kg. Telaga Tujuh, Kunak

Kelihatan Datuk Hj Ruji Ubi, Ketua Biro Kebajikan PPTDSL menyerahkan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan harian kepada adik Nurul Fainnur bt Ramlan di Kg Wakuba, Tawau

2019

PPTD DI LENSA MEDIA

21 22

China Press, 21 Oktober 2018

23 24

25 26

Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan PPTD, Dato’ Sri Jamil Salleh telah bersara wajib pada 7 Januari 2019 selepas berkhidmat lebih daripada 35 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau dilahirkan di Melaka dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan bersama-sama Datin Sri Dr. Asmah binti Samat, yang merupakan seorang doktor perubatan. Dato’ Sri telah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.

Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Komunikasi dan Korporat, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah berkesempatan menemu ramah beliau pada 25 Januari 2019 yang lalu bagi mendapatkan nasihat dan pesan untuk dikongsi bersama-sama para pegawai PTD yang lain.

Pada pendapat Dato’ Sri, apakah tiga nilai penting PTD?

Pertamanya, jika mahu menjadi PTD yang unggul,

MANTAN KSU, DATO’ SRI JAMIL SALEH:TIDAK PERNAH AMBIL CUTI SAKIT SEPANJANG PERKHIDMATAN

integriti mesti tinggi. Sepanjang pengalaman saya bekerja dalam bahagian pentadbiran kewangan selama enam tahun, ini yang saya belajar, integriti perlu tinggi. Bekerja dalam bahagian ini orang anggap seperti kita kawal duit, seperti kita ada kuasa besar dan kita sendiri mungkin rasa besar. Namun sebenarnya tidak. Apabila bekerja di kewangan, tiada banyak yang saya boleh buat. Waktu itu, saya hanya melakukan kerja-kerja memproses. Saya bertuah kerana pada waktu itu, orang di Kementerian perlu buat semua, semua ini bermaksud termasuk perolehan dan bajet. Macam sekarang, sudah ada unit bajet yang dipisahkan dengan kewangan. Jadi dulu, saya berpeluang untuk buat semua, saya tahu semua proses bajet. Jadi, apabila saya menjawat jawatan yang lebih tinggi,

sukar bagi pegawai-pegawai lain mahu menipu saya dalam proses kewangan, kerana saya sudah belajar dan melalui semua proses itu dahulu.

Nilai kedua ialah sikap berdedikasi dan kuat bekerja. Zaman sekarang ini, sukar untuk kita melihat sikap dedikasi ini. Jika ada, tidak ramai hanya segelintir. Dulu, demi tugas kita korbankan masa dan mahu menyiapkan tugas mengikut arahan dan komitmen. Kini, adakalanya tugas masih belum siap, namun pegawai sudah balik dan kerja tertangguh begitu saja. Adakalanya pegawai-pegawai lain yang perlu mengambil alih dan menyudahkan tugas-tugas itu bagi pihak kerana urgent. Saya faham bahawa keluarga diutamakan, dan apabila sudah balik rumah pegawai tidak mahu diganggu, namun kita juga sudah mengikat janji terhadap Perkhidmatan Awam untuk memberikan tugas sebaik mungkin, dan jika ada tugas-tugas mustahak dan penting, maka pegawai perlu pandai mengatur masa dan menyudahkan tugas yang diberikan.

Nilai yang ketiga pula, ialah mempunyai sikap yang positif. Sikap positif ini bermaksud kita sentiasa

bersedia untuk melakukan apa-apa tugas yang dipertanggungjawabkan, apa saja yang disuruh dan sanggup menjalankan tugas. Consider it done. Walaupun kita rasa kita tidak boleh melakukannya, kita katakan boleh terlebih dahulu, dan selepas itu, kita akan cari jalan dan usahakan penyelesaian. Ini nilai yang tidak ada sekarang. Zaman kini, bos cakap saja, beri arahan, terus saja pegawai mengatakan susah, tidak boleh, bukan job scope dan pelbagai alasan. Belum lagi mula, namun sudah tidak boleh. Terus saja negatif. Selepas itu, jika ada masalah dan isu di pejabat, mulalah berkongsi di media sosial masing-masing; mengutuk dan memburukkan. Ini bukan ciri-ciri PTD yang unggul dan baik sahsiahnya. Pegawai PTD perlu ubah sikap negatif ke positif agar lebih bersemangat dan ikhlas bekerja.

Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga nilai ini merupakan salah satu kunci kejayaan saya pada hari ini.

Pada pendapat Dato’ Sri, apakah bidang yang PTD mesti tahu dan pelajari sepanjang perkhidmatan?

Pertamanya, protokol. Ya, protokol itu penting. Ia bukan perkara remeh. Skim PTD tidak akan terkecuali dalam mengurus program dan majlis. Dalam banyak kes yang saya perhatikan, penyusunan kekananan yang salah akan mencerminkan sikap yang tidak berhati-hati dan tidak ambil peduli dalam kalangan pegawai di organisasi berkenaan. PTD sinonim dengan protokol dan pengurusan majlis, jadi ini salah satu elemen penting yang semua pegawai perlu pelajari dan tahu. Dari penurutan ilmu protokol inilah, disiplin akan terbentuk.

Dari protokol ini nanti, akan wujud elemen networking pula. Ini merupakan nilai tambah yang penting dalam pegawai PTD. Selain menunjukkan nilai komitment dan bekerja keras, siapa yang kita kenal juga membantu memastikan skil dan pengetahuan anda diletakkan ditempat yang betul apabila berlaku kenaikan pangkat dan pertukaran. Jika orang tidak nampak apa kebolehan dan potensi anda, bagaimana anda mahu menonjol dan memastikan anda ditempatkan di tempat yang selaras dengan kredibiliti anda. Jadi, kerap turun padang, bergaul dengan pegawai-pegawai lain, bukan sahaja PTD namun skim-skim lain. Libatkan

diri dengan aktiviti-aktivit berpersatuan seperti PPTD yang akan memberikan anda pengalaman yang luas dalam mengurus pasukan.

Keduanya ialah, ilmu kewangan dan perolehan. Kenapa ilmu ini penting? Kerana di setiap pejabat akan buat kewangan dan perolehan. Sama ada secara quotation, direct nego, sebut harga, atau tender. Ini asas dan semua pegawai kena tahu. Kemudian, boleh buat pembangunan sikit. Jika anda tahu dan mahir dalam bidang-bidang ini, mudah untuk anda menjalankan tugas dalam jawatan yang lebih tinggi kelak.

Pesanan Akhir Dato’ Sri buat PTD

Belajar daripada mantan dan pegawai-pegawai tinggi PTD, ambil pengalaman dan nasihat mereka untuk dijadikan panduan. Jadikan mereka mentor dan role-model. Ambil nilai-nilai yang baik daripada setiap daripada mereka dan terapkan dalam diri bagi menjadi PTD yang unggul. Saya faham bahawa tiada manusia yang sempurna, jadi tidak semua kita boleh ambil. Usahlah ambil perangai yang baran, atau terlalu cerewet, tidak bertimbang rasa dan yang negatif. Namun pegawai pilihlah nilai yang baik daripada setiap tokoh-tokoh mantan ini untuk dijadikan panduan.

Macam saya sendiri, mentor yang saya pilih mempunyai kriteria-kriteria yang ingin saya pelajari. Dari Tan Sri Mohd Sidek Hassan, saya ambil nilai dari segi ‘just do it’ dan ‘open door policy’. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, saya ikuti stail dan personaliti beliau. Beliau merupakan salah seorang PTD yang kita boleh anggap sebagai unggul.

Tiga nilai penting PTD ialah

yang pertama integriti, kedua

berdedikasi dan kuat bekerja,

dan yang ketiga, bersikap positif.

segmen tokoh ptd

27 28

skim atau jawatan. Malah melalui sukan bola sepak, saya mengenali kebanyakan staf di ISN. Saya pernah bermain bola sepak untuk Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN beberapa tahun sebelum ini. Impak sesuatu penglibatan dalam aktiviti dan program sukan adalah berterusan. Apabila kita terlibat dengan sukan, kita bagaikan rakan-rakan yang bertanding dalam arena yang bukan rasmi. Justeru, apabila satu menjadi CEO ISN, ia bagaikan satu ‘reunion of friends’, penerimaan yang amat baik dalam kalangan warga ISN.

Namun pada kali ini, saya hadir dalam kapasiti yang berbeza, sebagai CEO. ‘I need to deliver’, saya datang dengan agenda tersendiri, dengan KPI yang perlu dicapai. Agenda berbeza namun saya boleh menggunakan pengaruh hasil perhubungan lepas untuk membina kepercayaan dengan staf agar pengurusan berjalan lancar.

Membahagikan masa antara sukan dan PTD

Seorang atlet sememangnya diajar untuk berdisiplin, dan salah satu elemen yang ditekankan ialah menghormati masa. Seorang atlet harus tahu bila masa untuk bersukan, dan apabila bersukan, perlu fokus dan efektif. Saya sendiri sudah terbiasa meluangkan masa setiap hari untuk bersukan, dalam satu ke dua jam. Apabila waktu kerja, kita bekerja sepenuh hati memberikan tumpuan, dan apabila bersukan, kita focus sepenuhnya.

Pengalaman berharga sepanjang berkhidmat

Sepanjang perkhidmatan saya, ada turun naiknya. Saya sendiri tidak terkecuali dari melakukan kesilapan. Malah dari kesilapan itu, saya belajar. Sewaktu saya di MAKSAK pada tahun 2015, kami ada mengadakan program di Sarawak. Namun terdapat satu kesilapan, kesilapan kecil berkaitan protokol iaitu salutasi. Namun disebabkan kesilapan itu, saya dikenakan tindakan tatatertib! Saya bernasib baik tidak terjadi apa-apa, cuma dikenakan tindakan amaran.

Namun terdapat juga pengalaman yang manis dalam perkhidmatan. Saya pernah dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri pada tahun 2005, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tiga kali. Saya juga pernah mendapat pingat Kesatria Mahkota Wilayah pada tahun 2014, dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017. Malah jawatan ini sendiri merupakan satu penghargaan kepada pegawai muda seperti saya. Ia bukan mudah didapati dalam tempoh singkat 15 tahun karier. Pihak pengurusan tertinggi kita tidak semudahnya memberikan kepercayaan kepada pegawai muda untuk menjawat jawatan tinggi dalam organisasi seperti ini. Saya percaya ini merupakan mandat tertinggi buat masa ini yang diberikan kepada saya. Satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan pegawai PTD lain ialah ikut minat dan impian anda. Setiap daripada kita mempunyai impian masing-masing. Ia mungkin terarah dalam bidang sukan, teknologi hijau, atau ICT. Namun demi mengejar impian tersebut, anda perlu berusaha. Ada yang mungkin tidak percaya akan impian anda. Jadi anda perlu buktikan! Orang lain kerja 9 jam sahaja, anda kerja 16 jam. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Saya bertuah kerana mempunyai ahli keluarga yang memahami. Bukan sahaja isteri dan anak-anak, malah ibu bapa dan abang ipar. Mereka memahami dan membantu dalam menjaga anak-anak. Tanpa mereka, saya akan susah, kerana anak-anak masih kecil. Jadi, buat pegawai muda, sementara masih berada di awal karier, berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar impian berdasarkan passion dalam perkhidmatan awam agar kita dapat memberikan yang terbaik, dan menjadi diri kita yang terbaik.

PTDPertamaDilantikCEO Institut

Sukan Negara

Ahmad Faedzal Md Ramli telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu pada 25 Februari 2019 yang lalu. Pegawai PTD yang pertama dilantik sebagai CEO ISN ini terpilih berdasarkan kepada pengalaman beliau bekerja di Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK). Selain itu, Encik Ahmad Faedzal juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan termasuk pernah menguruskan bajet pembangunan sukan dan perancangan pelan dan polisi sukan negara. Beliau juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas Raja-Raja antara tahun 2001 hingga 2003.

Pada 11 Mac 2019, ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Komunikasi dan Korporat, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah berpeluang untuk menemu ramah beliau.

Ciri-ciri yang melayakkan anda dilantik menyandang jawatan CEO ISN

Minat saya terhadap bidang sukan. Saya merupakan atlet sepanjang hidup saya, malah saya melanjutkan pelajaran Masters dalam bidang sukan. Ini menunjukkan betapa mendalamnya minat saya terhadap bidang ini. Malah, sehingga kini usia menjangkau … tahun, saya masih seorang atlet.

Cabaran pertama sebagai CEO ISN

Sebagai PTD pertama yang dilantik sebagai CEO ISN, sudah tentu ia merupakan suatu tanggungjawab yang mencabar untuk digalas. Jika sebelum ini, jawatan CEO dilantik dalam kalangan skim teknikal dalam bidang sukan, kini PTD yang sinonim dengan pengurusan dan pentadbiran yang terpilih.

Pada saya, sukan merupakan platform yang amat baik untuk kita semua berinteraksi tanpa mengira

29 30

Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad recently spoke about why public sector leaders today must seek for authenticity. He made connections to loyalty towards the government of the day, to fight against corruption, be guarded with rules and regu-lations and becoming ethical. In fact, the leadership discourse is evolving everyday, always comparing between transactional and transformational, but questions about ethical leadership, self -awareness and moral values is becoming more significant globally.

I think about authenticity deeply and I let myself travel back in time in quest for finding how I viewed this authenticity by my own understanding and reflection.

Leaders need to find their leadership energy, and one of the source of that energy is actually your own values. Your values must be in sync with the organization that you serve in order to achieve that balance and happiness in life. Sometimes we see our values in isolation, but in reality as the world is becoming more connected more than ever, the blurry lines appears in between. We get lost, we get disappointed, we seek answers and we seek for guidance in making a good judgement. In essence, we do not only need good leaders, but moral lead-ers who know the values they stand for, what crosses the line and be courageous to stick to their principles even though it will risk their lives or losing what they have.

Leadership skills need to be acquired through time and experience. I considered a step into middle management positions taught me to see things in a

bigger perspective. I honestly felt managing people is harder than executing a task. The reality of being in this position is also about managing up and down. Yet these challenges will teach you the most valuable lessons about life and naturally prepare you for the leadership role. This is one of the dynamic aspect of being the Administrative and Diplomatic Scheme of Service or PTD because you are expected to switch portfolios and serve different agencies throughout the entire career in the civil service.

I have never expected such a steep learning curve working in the civil service but I love the dynamics and how each postings allowed me to learn different things. After serving more than a decade I noticed the difference between working in a central agency, some training institutions, including a short stint in the private sector and now serving a huge ministry. The most unique thing about PTD is that not even one portfolio is the same, although it might be similar depending on your job functions between ministries and agencies. Everytime I got my posting order I felt that it was entirely a new game, a different playing field altogether. I must learn fast and plan for my strategies and execution plans. As a middle manager, it means when you come in you do not simply wait for instructions, you must know how to lead your unit and see how to improve from the current situation. I have seen myself growing more assertive in my gentle

ways but we must set our own standards because we need to guide these people to do the right thing.

I saw myself moving a lot, going to places where I’ve never seen before. I finally see how people work at grass root level, we learned to open our minds to reali-ties, discussing real issues within a society and work on leveraging support from the network we had. I know I still had a lot to learn, and I choose leadership as a topic that I consistently read, in order to have a better worldview and aspire to become among the thought leaders one day.

Becoming an administrator in the civil service is not just a job, but definitely a good career. Pursuing PTD as a career is infact, a noble intention. As cliche as “Berkhidmat Untuk Negara” may sound in a PTD inter-view, but that is the reality and it might not be clear when you first utter the phrase in front of the panelists, but as you serve the country years after years, switch-ing portfolios, trailing the grounds understanding issues of the rakyat, you will soon gain clarity to what the phrase really means to you. As years go by, civil service gives more meaning to your life.

I am a believer of a lifelong learning, failures will lead to bigger success in life. Humans must never stop learning. As Malcolm Gladwell wrote about ‘Outliers’ in his book, what he really meant was exceptional performance comes from hardwork and application.

Through professional experience welcoming various leaders both from the public sector and private sector,

artikel kepimpinan

by Hal Mahera Ahmad

Hal Mahera Ahmad has an extensive experience in running executive education and development programmes for various ministries and agencies. Upon joining the service in 2005, she served the Public Service Department (JPA) National Institute of Public Administration (INTAN), Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM), Razak School of Govern-ment (RSOG) and currently serving Ministry of Education (MOE). A recipient of MIM-AAMO Young Managers Award in 2015, she holds a Master’s Degree in Communication Studies (Monash) and a Bachelor’s Degree in English Language and Literature (IIUM). A Certified Professional Trainer from City and Guilds, UK, a graphic facilitator,avid doodler and writes for pleasure.

there are striking similarities in their stories. They often talked about managing their people or talents in the organisation. Leaders must have the ability to bring out the best in others and to grow other leaders. While your technical expertise and excellent performance are among the indicator of career promotion and progression, there is fine line between distinguishing those who has the potential to lead the team and the organisation at large. You need to inspire and motivate people around you. This role is not just for the bosses, because leader-ship in the best scenario means leading at all levels and dimensions. Getting into this practice groove means we must make a commitment within ourselves. Through endless practices which will later translated into a habit and each consistent effort will be rewarded in your leadership journey which can begin as instant as today.

But most importantly, to lead others and drive change, starts with you.

“We do notonly need good

leaders, but moral leaders.”

31 32

IKRAR INTEGRITI PTD

Bahawasanya, kami Pegawai Tadbir dan Diplomatik berjanji dengan sepenuh hati untuk menjunjung dan mengukuhkan integriti serta

tadbir urus dalam perkhidmatan awam.

Kami berikrar:

Bersikap jujur, amanah, bermaruah dan rajin bekerja dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab;

Melaksanakan tugas secara neutral dengan keputusan tidak berbelah bahagi kepada

kerajaan yang memerintah;

Memastikan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi;

Menegakkan Perlembagaan Persekutuan;

Memelihara Demokrasi Berparlimen dan keluhuran undang-undang;

Melindungi rahsia negara dan ketenteraman awam; dan

Mengamalkan budaya kerja yang proaktif, progresif dan penambahbaikan berterusan.

“PTD di kementerian, jabatan, negeri dan daerah perlu membuktikan kenapa kerajaan baharu ini boleh percaya kepada kita, dengan meningkatkan produktiviti, kecekapan dalam melaksanakan tugas serta mengubah kaedah pengurusan.”

Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed YunusPresiden PPTD Malaysia20 Oktober 2018

"Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah. Dalam apa jua tugas yang dilaksanakan, adalah penting melaksanakannya dengan penuh taat, beramanah dan berintegriti serta jangan sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri atau kepentingan pihak-pihak tertentu. Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpandukan peraturan yang telah digubal."

Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. BakarKetua Setiausaha Negara30 Oktober 2018

"Penjawat awam adalah elemen penting dan tulang belakang pentadbiran negara. Adalah penting bagi

penjawat awam untuk meneruskan tugas mereka dengan sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada kerajaan hari ini. Oleh itu, penjawat awam perlu memberi komitmen

tertinggi, berdasarkan kejujuran, kehormatan serta kesetiaan untuk mengekalkan amanah kerajaan dan

rakyat kepada perkhidmatan awam."

Datuk Seri Borhan bin DolahKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

2 Disember 2018

33 34

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua Pegawai PTD atau bekas Pegawai PTD.

Permohonan menjadi ahli Koperasi Setia (M) Berhad boeh dibuat dalam borang rasmi dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi seperti berikut:

Setiausaha Kehormat Koperasi Setia (M) BerhadNo. A-G-01 Blok APerdana KodominiumJalan PJU 8/1Bandar Damansara Perdana47820 Petaling Jaya.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Koperasi hendaklah disertai fi masuk sebanyak RM20.00 (Ringgit; dua puluh sahaja).

Selain dari fi masuk, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00 (Ringgit satu ratus sahaja) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Koperasi ini.

Bagaimana pun, Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh pada 24 Mei 2014 telah memutuskan supaya pelaburan minima syer anggota dinaikkan daripada RM100.00 kepada RM1000.00 (Ringgit: Satu ribu sahaja).

Bayaran fi dan syer hendaklah dituju kepada “Koperasi Setia (M) Berhad”

Untuk menjadi anggota baru, isikan Borang Keanggotaan Baru berikut:https://kopsetiaptd.org/keahlian/sertai-kami/

PTD,

Kerjayaku tercinta,

Tadbir Negara,

Pupuk Semangat Waja,

Kepimpinan Berteladan,

Dengan Sejarah yang Cemerlang,

Khidmat Untuk Semua,

Bersatu Berpadu PTD,

Menggalas Harapan Nusa,

Inspirasi Berwawasan

Teguh hadapi cabaran

Demi bakti untuk pertiwi,

Majukan Diri,

Bina Bangsa,

Bersatu dan terus Setia,

Jiwai Kecemerlangan Selama-Lamanya.

Lagu: Johary Anuar

Lirik: Chong Ka Foo

*Lagu PTD*

Koperasi Setia Malaysia Berhad(KOPSETIA)

35 36

Taat Setia Yang Tidak Berbelah

Bagi Kepada Negara

Memerlukan Penglibatan

Semua Peringkat Pegawai PTD

Tudung dan tali leher PPTD boleh didapatkan di rumah kelab PPTD kuala lumpurTel: 03-2693 0336 | 03-2698 4266 | Faks: 03-2691 7827

37 38