kunjungan hormat menteri nre menteri besar perak … jps... · sulaiman telah mengadakan lawatan...

8
Penaung Y.Bhg.Dato’Ir Abdul Razak bin Dahalan Penasihat Tuan Haji Juhaimi bin Jusoh Ketua Editor Pn. Nor Rozaini binti Abdullah Editor Pn. Tengku Suhaili binti Tengku Abas Pn. Suraya Sani binti Zainal Abidin Ir. Haji Hidzrami bin Shamsul Anwar En. Taquddin Azmy bin Zawawi Rekabentuk & dicetak oleh Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. www.jpsperak.gov.my Bilangan 2 / 2011 Kunjungan Hormat Menteri NRE ke Pejabat Menteri Besar Perak Berkaitan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kerian Kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan dengan Perlaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kerian dan Sungai Kurau yang dijangka akan dimulakan pada penghujung tahun 2011. Siri lawatan tersebut adalah untuk memastikan JPS Malaysia bersama- sama JPS Negeri Perak telah bersiap sedia bagi memastikan segala projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Menurut YAB Menteri Besar Perak, ia adalah projek terbesar yang bakal dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Daerah Kerian pada setiap tahun. Ia juga turut mengambil kira penyelesaian masalah banjir seluruh Lembangan Kerian yang melibatkan Perak, Pulau Pinang dan Kedah. PADA 28 OKTOBER 2011, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato’ Sri Douglas Uggah Embas telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir di Pejabat Menteri Besar Perak. Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Y.Bhg. Dato’ Zoal Azhar bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr. Che ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan wakil daripada JPS Negeri Perak iaitu Pengarah JPS Negeri Perak, Yg. Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan bersama-sama Jurutera Daerah Kerian dan Jurutera Daerah Larut, Matang dan Selama.

Upload: doandien

Post on 07-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

Penaung

Y.Bhg.Dato’Ir Abdul Razak bin Dahalan

Penasihat

Tuan Haji Juhaimi bin Jusoh

Ketua Editor

Pn. Nor Rozaini binti Abdullah

Editor

Pn. Tengku Suhaili binti Tengku Abas

Pn. Suraya Sani binti Zainal Abidin

Ir. Haji Hidzrami bin Shamsul Anwar

En. Taquddin Azmy bin Zawawi

Rekabentuk & dicetak oleh

Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

www.jpsperak.gov.my Bilangan 2 / 2011

Kunjungan Hormat Menteri NRE ke Pejabat Menteri Besar Perak Berkaitan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kerian

Kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan dengan Perlaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kerian dan Sungai Kurau yang dijangka akan dimulakan pada penghujung tahun 2011. Siri lawatan tersebut adalah untuk memastikan JPS Malaysia bersama-sama JPS Negeri Perak telah bersiap sedia bagi memastikan segala projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, ia adalah projek terbesar yang bakal dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Daerah Kerian pada setiap tahun. Ia juga turut mengambil kira penyelesaian masalah banjir seluruh Lembangan Kerian yang melibatkan Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Pada 28 OktOber 2011, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato’ Sri Douglas Uggah Embas telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir di Pejabat Menteri Besar Perak.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Y.Bhg. Dato’ Zoal Azhar bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr. Che ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan wakil daripada JPS Negeri Perak iaitu Pengarah JPS Negeri Perak, Yg. Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan bersama-sama Jurutera Daerah Kerian dan Jurutera Daerah Larut, Matang dan Selama.

Page 2: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

Hari inovasi JPs Malaysia 2011 (17 oKToBER 2011)

Pencapaian Inovasi JPS Negeri PerakAnugerah Khas (Inovasi) Bagi Produk Penanda Rizab Sungai Pintar (INTRIGUARD) oleh Kumpulan Guardian, ibu Pejabat JPS Perak.

Naib Johan Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif Kategori (Teknikal) Bagi Produk Tongkat Penyokong Serbaguna (ToPS) oleh Kumpulan Best, JPS Daerah Kerian.

Tempat Ketiga Bagi Penarafan Indeks Akauntabiliti

international exPosition For inovation and new Product (iena) di nureMberg gerMany (27 oKToBER - 30 oKToBER 2011)

• JPS Malaysia dan JPS Perak telah mempertaruhkan Produk INTRIGUARD• INTRIGUARD mendapat pengiktirafan pingat EMAS dan Sijil Best Design Award• Melibatkan 800 penyertaan produk dari pelbagai negara pelusuk dunia.• Penilaian IENA dibuat atas empat (4) kriteria iaitu:- i.Inventivelevelandtechnicalprogress; ii.Economicusability; iii.Practicalrelevance;dan iv.Designandpresentation.

Hari inovasi Peringkat nre 2011 (14 NovEMBER 2011)

• Tempat Pertama Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreativiti (KIK) Kategori Teknikal Bagi Produk

Tongkat Penyokong Serbaguna (ToPS) oleh Kumpulan Best, JPS Daerah Kerian.

Page 3: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

Siri Wacana Institut Darul Ridzuan (IDR) dan JPS Perak “Impact of Climate Change on Natural Resources”keraJaan negeri Perak melalui kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan JPS Perak telah menganjurkan satu Siri Wacana berkaitan “Impact of Climate Change on Natural Resources” pada 21 Disember 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengahari. Siri wacana ini merupakan salah satu dari tonggak pendekatan Perak Aman Jaya dan merupakan agenda penting negeri dalam menguruskan sumber semula jadi.

Tujuan utama wacana ini adalah bagi mendedahkan jabatan dan agensi pelaksana kepada keperluan perancangan dan rekabentuk supaya impak dari perubahan iklim dapat diberi pertimbangan dalam membangunkan Negeri Perak.

Wacana tersebut telah berjaya melibatkan seramai 120 peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta. Seramai 30 orang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) turut terlibat di dalam program ini. Antara tetamu vIP yang hadir adalah Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Ir. Mohd Yusof bin Mohd Isa, Pengurus Besar Lembaga Air Perak dan Dr. Mazalan Kamis, Pengarah Polisi Awam,

IDR yang turut menyampaikan kata aluan dan taklimat Perak Aman Jaya pada permulaan acara.

Kertas ucaptama telah disampaikan oleh Dr. Gary William Theseira, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan tajuk Impact of Climate Change : Global Scenario and Impact on Malaysia’s Natural Resources and Economy. Terdapat tiga (3) kertas taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) iaitu sepertimana berikut :

i. Ir. Mohd Zaki bin amin KertasTaklimat1:StudyonModellingofRainfallandStreamflow

Patternin2050UsingDynamicDownscaling ofGlobalCirculationModel.

ii. Ir. Mohd radzi bin abdul Hamid KertasTaklimat2:ClimateChangeImpacttoSeaLevelRiseand

ProjectionsForMalaysia.

iii. dr. Zati binti Sharip KertasTaklimat3:ImpactofClimateChange onLenticEcosystems

Manakala moderator jemputan pula adalah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu selaku Timbalan Dekan Rangkaian Komuniti dan Industri, Prof. Dr. Ismail Abustan yang telah mengendalikan sesi pembentangan kertas taklimat.

Siri wacana diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada moderator dan ketiga-tiga pembentang oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan dan jamuan makan tengahari.

B u l e t i n J P S P e r a k

Page 4: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

ketua PengaraH Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Husaini bin Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS Daerah Kerian pada 14hb September 2011. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Pengarah JPS Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Zainor Rahim bin Ibrahim dan En. Ahmad Shafei b. Jamal daripada Bahagian Pembangunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah serta semua yang hadir telah diberi penerangan berhubung perancangan JPS Negeri Perak untuk mengatasi masalah banjir

Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPS Malaysia

Jurutera Daerah Kerian Ir. Hidzrami bin Samsul Anwar sedang memberi taklimat

Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Hussaini, Y.Bhg. Dato’ Zainor

Rahim bin Ibrahim, Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin

Dahalan, En Ahmad Shafei bin Jamal dan Pegawai Kanan JPS melawat tapak cadangan

projek di Sungai Kerian.

Y.Bhg Dato’ Haji Ir. Ahmad Hussaini, Y.Bhg Dato’ Zainor Rahim bin Ibrahim dan Y.Bhg Dato’ Abd Razak bin Dahalan sedang mendengar taklimat berhubung RTB Sungai Kerian

yang kerap berlaku di Daerah Kerian. Taklimat berhubung Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kerian telah disampaikan oleh Jurutera Daerah Kerian, Ir. Haji Hidzrami bin Samsul Anwar berkaitan perancangan dan cadangan kerja-kerja yang dipohon dalam RMKe 10 yang telah dikemukakan dalam Rolling Plan ke 2. Perbincangan telah diadakan berhubung Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kerian untuk mengenalpasti komponen-komponen projek yang akan dilaksanakan didalam projek tersebut serta kesediaan komponen-komponen untuk dilaksanakan jika sekiranya peruntukan yang dipohon diperolehi. Selepas taklimat rombongan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah telah melawat ke tapak cadangan projek di Sungai Kerian dan juga menyusuri Sungai Kerian dengan menaiki bot.

B u l e t i n J P S P e r a k

Page 5: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

Pada 9 sePteMber 2011 bersamaan 11 Syawal 1432H, telah diadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Perkarangan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta/Batang Padang.

Majlis Sambutan tersebut merupakan anjuran Ibu Pejabat, JPS Perak bersama-sama dengan JPS Daerah Kinta/Batang Padang. Seramai 250 kakitangan seluruh JPS Perak (Bahagian dan Daerah) telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya ini.

Pelbagai juadah enak telah disediakan seperti

Pada 16 ogos 2011, Majlis Berbuka Puasa JPS Perak telah diadakan di Perkarangan JPS Daerah Kinta/Batang Padang. Majlis turut meraikan seramai 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak yatim iaitu Ar-Raudah, Chepor, Maahad Darus Salam, Tambun dan Dahikmah Gopeng. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan Tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Al Fadhil Ustaz Yasruddin Bin osman, Pengerusi PAKSI Ipoh.

Selepas selesai berbuka puasa dan solat Maghrib

Majlis Berbuka Puasa JPS Negeri Perakmajlis diteruskan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan, Pengarah JPS Negeri Perak dan penyampaian sumbangan kepada rumah anak yatim dan paket Hari Raya untuk anak-anak Yatim oleh Y.Bhg. Dato’ Pengarah JPS Negeri Perak dan Jurutera-jurutera Daerah.

Y.Bhg. Dato’ Pengarah bersama-sama semua yang hadir turut sama-sama menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih berjemaah dan Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan bersurai.

lemang, rendang, lontong, satey dan sebagainya lagi untuk tetamu yang hadir. Selain itu, acara memotong kek hari jadi turut diadakan bagi meraikan kakitangan JPS yang menyambut hari jadi pada bulan Julai hingga September.

Sebanyak 40 hadiah berupa hamper telah disumbang oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (BPME) dan Jurutera-jurutera Daerah sebagai hadiah bagi acara cabutan bertuah. Majlis Sambutan tersebut berakhir pada jam 5.00 petang dengan lancar berikutan kerjasama semua kakitangan yang terlibat.

B u l e t i n J P S P e r a k

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Darul Ridzuan

Page 6: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

Persidangan Pegawai teknikal sokongan i JPs negeri Perak bagi tahun 2011 telah berlangsung dari 15 hingga 17 November 2011 di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor. Persidangan kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 140 pegawai-pegawai teknikal sokongan I JPS Negeri Perak. objektif persidangan adalah bagi mengenalpasti peranan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh pegawai teknikal sokongan I pada masa akan datang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan. Ianya bersesuaian dengan tema persidangan kali ini iaitu “Peranan Pegawai Teknikal Sokongan I Dalam Memenuhi visi Perak Aman Jaya”. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan pada hari kedua. Dimana semua kertas kerja menjurus

Persidangan Pegawai Teknikal Sokongan I JPS Negeri Perak Tahun �011

kepada peranan pegawai teknikal sokongan I itu sendiri dalam menjayakan projek-projek jabatan untuk kesejahteraa rakyat. Pelbagai program telah dikhaskan kepada unsur-unsur peningkatan jati diri serta semangat berpasukan para peserta iaitu slot ceramah integriti dan team building. Pada hari terakhir persidangan turut diadakan sesi dialog bersama pengarah dan pengurusan atasan JPS Negeri Perak bagi menyelesaikan usul-usul yang diutarakan oleh peserta persidangan.

Dato’ Pengarah JPS Perak bergambar bersama dengan peserta-peserta Persidangan Pegawai Teknikal Sokongan I JPS Negeri Perak Tahun 2011

Page 7: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

Dengan kepesatan perkembangan teknologi komunikasi, sistem perhubungan telah bertukar kepada GSM dan yang terkini adalah melalui sistem jaringan sesawang yang jauh lebih murah dan tiada batasan iaitu boleh dihubungi dimana sahaja di dunia.

Setelah menempuh satu jarak tempoh masa yang panjang dengan bekerja 24 jam sehari dan melebihi usia 30 tahun sejak ia ditubuhkan, sesuatu yang baru dan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa perlu diambil bagi mengatasi masalah peralatan usang dan penurunan kecekapan alat. Sehubungan itu Kerajaan Persekutuan melalui RM ke 9 telah menaiktaraf kebanyakkan stesen termasuk Pusat Kawalan (MTU) sistem telemetri ini yang telah kerap kali menimbulkan masalah.

SISTEM TELEMETRI BERTARAF DUNIAMulai tahun 2011, Negeri Perak telah mula menggunakan

sistem telemetri ramalan dan pemantauan banjir bertaraf dunia iaitu dengan mengubah corak penghantaran dan penerimaan maklumat semasa secara “on-line” melalui laman sesawang ‘http://hydrologyperak.selfip.com’ .

Maklumat hujan dan aras air boleh diperolehi tidak kira dimana kita berada dan pada bila-bila masa.

LATARBELAKANGSistem telemetri pemantauan banjir di Negeri Perak adalah diantara sistem telemetri terawal yang dibangunkan di Malaysia. Stesen terawal yang dibina pada tahun 1974 seperti Stesen Jambatan Iskandar Kuala Kangsar di Sungai Perak, Stesen Kg. Lintang, Sg Siput (U) di Sungai Pelus, Stesen Kg Lalang dan Stesen Kuala Kenderong Di Daerah Gerik. Stesen-stesen ini telah membantu dalam usaha memantau kejadian banjir di Lembangan Sungai Perak pada ketika itu dengan baik. Pada ketika itu semua stesen ini menggunakan sistem radio.

STESEN SoKoNGAN LAINSetelah mendapati sistem sedia ada telah dapat

menyediakan informasi yang amat membantu dalam meramal dan memantau kejadian banjir secara terus/ semasa (real time), maka sistem ini diperkembangkan lagi ke hilir Sungai Perak dan ke lembangan sungai lain yang perlu diambil perhatian.

Ketika ini penggunaan sistem telemetri bukan sekadar meramal dan memantau kejadian banjir tetapi memantau tanah runtuh dikawasan tanah tinggi dan berbukit serta pemantauan kemarau di kawasan berisiko kemarau dan kawasan pertanian.

Stesen-stesen tersebut memberi maklumat semasa mengenai curahan hujan atau paras aras air sungai atau gabungan diantara kedua-duanya.

SISTEM PERHUBUNGAN Semasa pembukaan sistem telemetri terawal di Negeri

Perak iaitu pada tahun 1974, radio vHF adalah merupakan jenis sistem perhubungan yang digunakan. Sistem ini memerlukan sebuah stesen ulangan atau ‘repeater’ bagi menghantar isyarat radio vHF dari stesen telemetri ‘RTU’ yang jauh ke pusat kawalan telemetri.

Sistem Telemetri Negeri Perak

B u l e t i n J P S P e r a k

Stesen Telemetri Sg. Pelus, Kg. Lintang

Stesen Telemetri Kg. Gajah Stesen Telemetri Politeknik Ungku omar Stesen Telemetri Sg. Slim

Page 8: Kunjungan Hormat Menteri NRE Menteri Besar Perak … JPS... · Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke JPS ... 104 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak ... Terdapat empat

B u l e t i n J P S P e r a k

Pertandingan Bola Jaring Peringkat JPS Negeri Perakkelab sukan JPs negeri Perak telah menganjurkan satu pertandingan bola jaring Peringkat JPS Negeri Perak pada 14 oktober 2011. Empat pasukan telah bertarung iaitu Ibu Pejabat, JPS Perak, JPS Daerah Manjung, JPS Daerah Taiping dan JPS Daerah Hilir Perak. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:-

tempat Pertama : Ibu Pejabat, JPS Perak

tempat kedua : JPS daerah taiping

tempat ketiga : JPS daerah Manjung

tempat keempat : JPS daerah Hilir Perak

Tahniah diucapkan kepada semua pemain kerana telah menunjukkan semangat berpasukan dan kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Kursus Lanjutan �S JPS Negeri PerakPada 25 ogos 2011, JPS Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Lanjutan 5S JPS Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5 JPS Negeri Perak, Ipoh. Kursus sehari ini dihadiri oleh 30 orang pegawai dari JPS Ibu Pejabat dan JPS Daerah. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Hisham Hatim Tai daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara. Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diberi tanggungjawab untuk membuat

penambahbaikan ke atas kriteria Audit Dalaman JPS Negeri Perak yang telah digunapakai sebelum ini. Sesi petang dipenuhi dengan aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan dan hasil yang diperolehi akan diteliti semula oleh Jawatankuasa Audit JPS Negeri Perak. Kursus ini adalah salah satu persediaan untuk JPS Negeri Perak bagi menghadapi audit MPC untuk mempebaharui sijil 5S yang telah diperolehi pada tahun 2010 yang dijangka akan dijalankan pada Disember 2011.