kumpulan sasaran kajian

Upload: siti-jamariah

Post on 07-Jan-2016

377 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Kumpulan Sasaran Kajian

Pengkaji telah memilih 10 orang responden iaitu 2 orang murid perempuan dan 8 orang murid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun sebagai bahan kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini adalah berdasarkan ujian pra membaca yang telah dibuat di mana, pelajar ini telah gagal untuk menguasai kemahiran membaca cerita pendek dengan baik. Malah ada seorang pelajar yang langsung tidak boleh membaca .

Instrument Kajian Tindakan

Instrument yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan di mana pelajar akan diberi satu markah bagi setiap perkataan yang dibaca dengan betul. Soalan Pra dan Soalan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama.

Langkah-Langkah Kajian Tindakan

Langkah-langkah kajian dijalankan selama tiga minggu bermula pada 11 April 2005 hingga 25 April 2005. Di mana, setiap minggu ujian yang berlainan akan dijalankan. Pada minggu yang pertama, ujian yang dijalankan adalah ujian mengeja dua suku kata KV + KV dan ujian mengeja tiga suku kata KV + KVK + KV, KVK + KV + KV. Dalam ujian ini, guru akan menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan gambar, dan guru mengedarkan kad huruf dan meminta murid menyusun huruf supaya menjadi perkatan yang bermakna, serta murid diminta membaca perkataan yang telah disusun.

Pada minggu yang kedua pula, pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberikan kemudian diminta mengeja perkataan berpandukan gambar yang diberikan. Kemudian pelajar juga akan melakukan latih-tubi mengeja perkataan-perkataan berpandukan gambar dan mengenalkan perkataan-perkataan baru. Seterusnya pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan sambil menutup sebelah mata mereka.

Manakala pada minggu yang ketiga pula, guru akan mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah dipelajari serta membimbing murid untuk membaca ayat mudah dan kemudian menjalankan akitiviti latih-tubi dan ujian membaca ayat mudah yang diberi. Aktiviti tersebut dijalankan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan ayat pendek yang lain.

Pengumpulan Data

Dari aspek pengumpulan data pula, instrumen-instrumen kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan pada tempoh yang ditetapkan, dan soalan Pra dan Pasca juga adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama bagi menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek. Ujian Pra dijalankan selama dua hari iaitu 9 hingga 10 Mac 2005, dengan setiap murid diberikan masa selama 10 minit untuk membaca dan mengeja 10 suku kata. Manakala bagi Ujian Pasca pula, ujian dijalankan selama 3 hari iaitu pada 2 hingga 4 Mei dengan setiap murid diberikan masa selama 10 minit untuk membaca dan mengeja 10 suku kata yang diberikan.

Analisis Data

Selepas tamat langkah-langkah ujian yang dijalankan selama tiga minggu, analisis data menunjukkan perbezaan keputusan yang berbeza. Bagi ujian bacaan 1 suku kata, keputusan analisis menunjukkan peningkatan sebanyak 40% iaitu markah keseluruhan pelajar adalah sebanyak 26 markah (50%) pada Ujian Pra dan 36 markah (90%) pada Ujian Pasca. Dalam ujian bacaan 2 suku kata, keputusan analisis juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40% iaitu markah keseluruhan pelajar adalah 17 markah (20%) pada Ujian Pra dan 31 markah (60%) untuk Ujian Pasca. Manakala bagi ujian membaca 3 suku kata pula, keputusan analisis menunjukkan peningkatan sebanyak 20% iaitu markah keseluruhan pelajar adalah sebanyak 9 markah (0%) pada Ujian Pra dan 17 markah (20%) bagi Ujian Pasca.

Refleksi Kajian Tindakan

Refleksi kajian tindakan ini menampakkan hasil yang memberangsangkan di mana pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca dengan mengunakan kad suku kata dan gambar telah dapat dipertingkatkan. Walaupun pada mulanya terdapat kesukaran dalam menjalankan kajian tindakan ini, iaitu masalah masa, kerjasama dari guru mata pelajaran lain, kerjasama daripada pelajar dan juga masalah pelajar yang buta huruf, tidak boleh membatang perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan. Namun, masalah dalam kajian tindakan ini telah dapat diatasi dan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Analisis Kajian Berdasarkan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis

Kami cuba melihat perkaitan antara kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji dengan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis

Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis

Peringkat DiagnosisPada peringkat ini, Model Stepen Kemmis menyatakan perlunya pengenalpastian masalah sebelum membuat kajian ke atas sesuatu isu atau permasalahan yang ingin dikaji. Seterusnya, data dikumpul bagi tujuan diagnostik. Dalam kajian tindakan yang telah dibuat, Cikgu Roziah telah mengenalpasti masalah melalui ujian membaca cerita pendek, dan mendapati seramai 10 orang pelajar bermasalah dalam mengeja suku kata dan mengingati ayat yang telah dibaca.

Peringkat Perancangan TindakanPada peringkat ini pula, Model Stephen Kemmis menyatakan bahawa selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan. Bagi peringkat ini, Cikgu Roziah telah mencadangkan penggunaan kaedah latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK serta kad gambar untuk menyelesaikan masalah membaca di kalangan pelajar kelas beliau.

Peringkat Mengambil TindakanModel Stephen Kemmis menyatakan peringkat ini memerlukan pengkajimemilih tindakan yang sesuai dan melaksanakan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan yang ingin dikaji. Cikgu Roziah telah memilih kaedah Ujian Pra dan Ujian Pasca sebagai langkah yang sesuai dalam melaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang dikenalpasti bermasalah dalam penguasaan kemahiran membaca.

Peringkat MenilaiModel Stephen Kemmis pada peringkat ini menekankan penganalisaan terhadap kesan atau keberkesanan tindakan yang telah dijalankan terhadap permasalahan yang dikaji. Setelah analisis mengenai tindakan yang dilakukan, Cikgu Roziah mendapati peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran membaca telah meningkat. Ini adalah berdasarkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca yang menunjukkan peningkatan.

Keputusan Kajian TindakanPengakhiran bagi Model Stephen Kemmis adalah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Dalam kajian ini, Cikgu Roziah telah memperolehi keputusan yang memberangsangkan di mana semua murid yang sebelum ini mengalami masalah membaca suku kata dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Penutup

Kesimpulannya, kami berpendapat kajian tindakan yang telah dijalankan oleh Cikgu Roziah Abd Hamid yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata dan Gambar ini telah berjaya membantu murid Tahun 1 Murni meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar. Kesabaran dan komitmen guru, kerjasama pelajar dan pihak sekolah dalam menjayakan kajian tindakan juga amat diperlukan bagi menjayakan kajian tindakan yang dilaksanakan. Kejayaan kajian tindakan ini bukan sahaja membantu murid Tahun 1 Murni, malah membantu guru-guru lain dalam menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah lain untuk meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar. Diharapkan kajian seperti ini dapat mengurangkan masalah buta huruf di kalangan pelajar Malaysia.

Leeza salurkan di sini agar adik-adik di IPG KBM khususnya memberi perhatian kepada senarai berikut.

1.. Pastikanalat kajian(temu bual, ujian, soal selidik, analisis dokumen) yang kalian bina dapatmenjawab dengan TEPATNYAsoalan kajian anda. Sebab perkara ini memudahkan anda membuat pembentangan nanti.

2.. Power Points yang kalian buat tu, kalau bolehjanganlah dipudatkandengan segala aksara, kosa kata, penanda wacana & lain-lain lah yang kelihatan seperti sebuah karangan.Persepsi org pastinya mencopkan kalian membaca slide jer, bukan menerangkan kajian anda. (markah kurang sikit katanya)

3.. Kalau boleh, kalian buatlahhyperlink kepada contoh hasil muridseperti buku tulis ker, ujian yang dibuat ker & sewaktu dgnnya lah. Contoh pelaksaan instrumen yang anda buat pun kalau boleh hyperlink kan. Sebabnya..kebarangkalian soalan dikemukakan di slot ini.Link kan satu dua contoh cukup lah. banyak-banyak nanti hang pula lap top tu...

4..Power Points u all kalau bolehjanganlah warna putih hitamsemata-mata. Letaklah dalam kotak, bulat ker.. maksud leeza ada unsurgrafiklah.

5.. Bahagiansorotan literatur/pengenalantu.. kalau boleh u allselitkan semua tinjauan literatur yg berkaitan kajian.Misalnya, ada literatur kemahirannya, teorinya, pendekatannya, kajian lepasnya dan berkaitan instrumen yang digunakan. Lepas tu buatrumusan secara lisan keseluruhan tu...

6.. Bahagianrumusan/cadanganseterusnya.. kalau boleh kalian jangan letak rujukan... Sebab di sini bahagian ulasan anda.* (bergantung pada penilai)

Oklah... demikian tipnya.. Akan datang leeza akan berkongsi berkaitan soalan-soalan yang selalu dikemukakan sepanjang pembentangan. Sebarang maklumat yang dinyatakan di atas boleh berubah ikut masa. Rujuk pensyarah untuk maklumat lanjut k. Leeza ucapkan semoga berjaya semua !!!

Entri kedua berkaitan Penyelidikan Tindakan. Kali ni leeza nak share berkaitansoalan yang ditanya semasa pembentangan.Senarai soalan-soalan ini bukanlah semestinya ditanya. Sepanjang pemerhatian leeza, inilah yang leeza sempat catatkan soalan yang ditanya oleh barisan penilai.

1.. Apakahmasalahyang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini?(Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.)

2..Persoalan tajuk kajian: Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran?(soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan)

3.. Sila tunjukkancontoh hasil muridyang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnyaanda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti.

4.. Di manakah andamenerangkan masalahyang anda temui semasa kajian anda?(leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal)

5.. Bagaimanakah andamenentukan greddalam ujian anda?(soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengansokongantinjauan literatur.)

6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang tidak anda terangkan dalam dapatan kajian? Maksudnya, Terangkan fungsi item yang tidak menjawab soalan kajian anda. Apakah kegunaannya?

7.. Sekiranya kumpulan sasaran andatidak melibatkan setiap pelajar dalam kelas. Soalan seperti ini mungkin ditanya, Mengapa kumpulan sasaran anda hanya 10 orang? Bagaimanakah dengan murid yang lain? Adakah mereka tidak perlukan intervensi yang dirancang? Apakah aktiviti yang anda lakukan kepada murid lain yang tidak terlibat dalam kajian anda? Bilakah anda laksanakan intervensi/tindakan anda ini? Semasa pnp / di luar waktu pnp?8.. Sekadar maklumat tambahan : Apabila 2 alat kajian menjawab satu soalan kajian, itu dinamakan SEMAKAN SILANG. Apabila 3 alat kajian menjawab 1 soalan kajian, itu dinamakan triangulasi.

9.. Mengapakah anda menggunakan alat kajian (soal selidik, temu bual, ujian / analisis dokumen) dalam kajian anda ini?(Untuk menyokong & membuktikan instrumen yang direka dapat membantu murid meningkatkan kemahiran .........)

10.. Bagaimana anda mencipta rumus/akronim tersebut? Misalnya, kalau anda cipta rumus MATBPAKOP untuk membezakan fungsi kata sendi dari / daripada.(Di sini anda ceritakanlah bagaimana anda cipta rumus tu....Sebaiknya dengan sokong literatur...)

11. Kajian anda menggunakan rumus/akronim PKKNSB untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penulisan, anda meminta murid menghafal ayat (PakKasimKataNiniSepertiBulan) untuk murid ingat PKKNSB itu. Soalan ini boleh ditanya,Apakah nama kaedah ini?(Dalam erti kata lain, anda kena kuasai juga keadah anda itu, tinjauan literatur berkaitan kaedah ini.)

12. Dalam kajian ini,teori apakah yang anda pegang?

13. Slide cadangan seterusnya, soalan yang selalu buat pembentang keliru. Anda mahu lanjutkan tempoh pelaksanaan kajian / tempoh penyelidikan tindakan?(Kebanyakkan jawapan ialah tempoh pelaksanaan kajian / intervensi untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam kemahiran .......)