kajian akidah dan metologi dakwah kumpulan al-ahbasy.pdf
TRANSCRIPT
MUHAMMAD ""iU a A a
( K ~ T ~ A )
KOLEl UNIYERSITI ISLAM MALAY SiA
DISEMBER 2004
KAJIAN AKIDAH DAN METODOLOGI DAKWAH KUMPULAN AL-AHBASY
PPPP (A) 2004
PENYELIDIK :
~ ~ u l i a m m a d Yusuf Khalid (Ketua) Syamsul Bahri Andi Galigo
Ali Ya'kub Matondang
Per~ustakaan KUlM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Disember 2004
PENGHARGAAN
Alharndulillah, kami memanjatkan puji dan syukur kepada Allah SWT. Yang telah
melimpahkan rahrnat dan pertolongan-Nya serta keazaman kepada kami sehingga kami
be rjaya menyiapkan projek penyelidikan ini sesuai dengan matlamat yang dicadangkan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam apa jua bentuk
bagi menjayakan projek penyelidikan ini. Penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang telah menanggung sernua sernua kos
penyelidikan ini. Terima kasih khas ditujukan kepada Rektor KUIM, Y. Bhg. Prof. Dato'
Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Timbalan Rektor (AkademiklkPenyelidikan), Y. Bhg.
Prof. Dato' Dr Mohamed Asin Dolah yang telah memberi sokongan dan dorongan
kepada kami untuk menjayakan porjek ini.Tak lupa juga dirakamkan terimakasih kepada
Yang Berhonnat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Abdullah Muhammad
Zen (bekas Timbalan Rektor KUIM) di atas inisiatif dan dorongan beliau menjalankan
penyelidikan ini semasa beliau di KUIM lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada
Bendahari, PendaAar dan seluruh kakitangan KUIM yang turut memberi sumbangan
dalarn apa jua bentuk sekalipun.
Terimakasih yang sedalam-dalamnya patut diberi kepada Sahabat dan Rakarn karni, Dr
Adel M. Abdelaziz dan Syekh Dr. Hersi Moharnrnad Hilole yang telah banyak rnembantu
penyelidik dalam mengumpul bahan yang berkaitan, termasuk juga kritikan yang
membina dalam mengemaskini maklumat yang sedia ada.
Akhirnya, kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
turut memberi sumbangnan dalarn menjayakan projek ini walaupun nama mereka tidak
dapat disebutkan semuanya di sini . Insya Allah kerja sarna dan bantuan yang diberikan
akan dibalas dengan ganjaran amalsaleh oleh Allah SWT.
SINOPSIS
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji lebih dekat Akidah dan Metodologi dakwah kumpulan Al-Ahbasy. Penyelidikan ini adalah kajian perpustakaan dan tidak melibatakan sebarang bentuk kajian lapangan, oleh yang demikian maklumat yang terdapat dalam hasil kajian ini adalah berdasarkan kepada buku-buku terbitan kumpulan teresebut yang beredar di Malaysia, serta beberapa lawan web yang mneyerang kumpulan ini. Kajian ini mendapti bahawa Akidah kumpulan ini tidak banyak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Metodologi dakwahnya didapati kadang-kadang tidak bijaksana seperti penggunaan ungkapan yang kasar dan berbentuk serangan peribadi seperti menyebut nama tokoh-tokoh Islam tertentu dengan nada yang merendahkan. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang masih belum mengenali Akidah dan Metodologi dakwah kumpulan ini, terutamanya di zaman sekarang banyak kumpulan Islam yang dianggap sebagai pengganas kerana metodologi dakwah mereka yang tidak benar dan rnenyeleweng.
BAB I
PENDAHULUAN
Latarbelakang Penyelidikan
Al-Ahbasy adalah salah satu gerakan Islam yang berpusat di Lubnan, dipimpin oleh
Syaikh Abdullah al-Harari al-Habasyi, mernpunyai cawangan di Eropah, Amerika, Asia
Tengah dan Australia. la mempunyai satu organisasi yang dipanggil "Jam'iyyah al-
Maskaari' al-Klzairiyyalt" yang berpusat di Beirut, Lubnan. Kumpulan ini mengaku
berpegang kepada aliran Asyairah d m Maturidiyah dari segi aqidah dan mazhab Imam
al-Shafi'i dari segi fiqh. Di samping giat dalam menyebarkan Islam di merata tempat,
kumpulan ini juga sangat aktif dalarn bidang ekonomi dan pelaburan.
Penyebaran agarna Islam dengan cara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding
dengan cara individu, kumpulan boleh mengendalikan banyak aktiviti yang berkaitan
dengan dakwah seperti mengarang buku dan risalah, menjalankan kerja social, mengajar
dan memberi motivasi serta latihan dan sebagainya. Manakala kemampuan individu
sangat terhad.
Walau bagaimanapun satu kumpulan yang mendapat pengaruh akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran, fitnah dan halangan, seperti dituduh sebagai sesat dan pelampau. Oleh
yang demikian suatu kumpulan mestilah memiliki asas dan matlamat perjuangan yang
jelas supaya dapat bertahan menghadapi pelbagai fitnah dan seterusnya dapat berjaya
dalam menyampaikan risalahnya.
Tahap ilmu pengetahuan masyarakat semakin lama semakin tinggi justru kemampuan
mereka untuk menilai semakin tinggi pula. Dalam konteks gerakan dakwah semasa,
banyak gerakan yang sangat aktif berdakwah sehingga sedikit sebanyak ada semacam
persaingan dari segi kumpulan manakah yang banyak menerima pengikut, sehingga ke
peringkat kadang-kadang memperkecilkan pendekatan dan pegangan sesetengah
kumpulan lain.
Musuh Islam terlalu banyak dan terlalu kuat oleh yang demikian tidak sepatutnya lagi
kumpulan-kumpulan Islam membuang masa dan tenaga menyerang antara satu sama lain,
sebaliknya menumpukan kepada aspek mempromosikan Islam sebagai satu agama
sejagat yang membawa rahmat yang sangat diperlukan di era serba tidak menentu ini.
Gerakan Islam mesti bersikap proaktif dan rnerancang dengan baik kerana peluang untuk
memperkenalkan Islam adalah sangat baik dengan bantuan ICT. Islam adalah agama
sangat hebat tetapi tanpa kehebatan umat Islam, kehebatan Islam tidak dapat terserlah dan
dinikmati.
Munculnya kumpulan al-Ahbasy di Lubnan dengan pelbagai aktiviti dakwahnya melalui
Jam 'iyyah al-Masharii al-Khairijyah dengan menggunakan pelbagai bantuan tennasuk
memanfaatkan kecanggihan teknologi menjadikan ia dilirik oleh banyak pertubuhan
Islam di antaranya ada yang menyokong namun yang ketara adalah yang menentang dan
menganggapkan satu aliran barn dalam Islam masuk dalam kategori sesat. Walau
bagaimanapun ia perlu dikaji secara mendalam agar umat Islam tidak terpancing untuk
menyebarkan pitnah di kalangan sendiri. Kesepaduan umat Islam sejagat dewasa ini
adalah merupakan satu kewajipan agama demi menyatukan langkah menghadapi musuh
besar dari luar Islam.
Kepentingan Penyelidikan
Kumpulan Al-Ahbasy telah mendapat perhatian di rantau ini melalui buku-bukunya dan
orang perorang yang telah ikut mempropagandakan pemikirannya. Memandangkan
narnanya yang masih baru di rantau ini, ramai kalangan yang berasa was-was sama ada
kumpulan ini benar-benar layak menggunakan nama Ahlu sunnah wal Jarnaah atau tidak.
Adakah kumpulan ini sudah muktamad berada dalam kategori kumpulan sesat dan
berbahaya serta berpotensi untuk menimbulkan fitnah dan huruhara kepada umat Islam
atau sebaliknya.
Kajian ini akan meneliti segala sumber yang sedia ada dan menjawab permasalahan di
atas dengan cara professional, ilmiah dan objektif, sehingga sikap dan amalan umat
Islam berdasarkan kepada ilmu dan fakta bukan kepada andaian dan prijudis.
Kemudahan intenlet pula memudahkan proses penyebaran maklumat mengenai
kebenaran, namun beberapa pihak menyalah gunakannya dengan menyebarkan maklumat
sensasi, provokatif, tetapi tidak professional dan jauh daripada tuntutan kajian ilmiah
termasuk maklumat mengenai kumpulan al-Ahbasy ini.
Objektif Penyelidikan
Ada beberapa objektif yang dapat dicapai dalam penyelidikan ini, antaranya:
1- Menyediakan maklumat yang tepat dan sahih mengenai metodologi dakwah dan
aqidah kumpulan al-Ahbasy bagi menghilangkan perasaan was-was di kalangan
umat Islam, khasnya ummat Islam di Malaysia.
2- Mengenalpasti kebenaran dakwaan kumpulan ini mengamalkan ajaran Asyairah
dan Maturidiah rnelalui karya-karyanya. Jika didapati munasabah akan
menambahkan lagi khazanah umat Islam di rantau ini yang masih lagi ramai
berpegang kepada ajaran sedemikian.
3- Memberi penilaian secara objektif mengenai berita dan infonnasi mengenai
Gerakan ini melalui internet dan media lain, baik yang ditulis oleh golongan yang
pro kepada al- Ahbash mahupun mereka yang berterusterang menyatakan diri
sebagai anti al-Ahbash. Ini bertujuan untuk mendapatkan kesimpulan yang netral.
akurat dan boleh dipertanggung jawabkan secara ilmiah
Skop Penyelidikan
Penyelidikan ini berusaha menumpukan pemerhatian terhadap buku-buku rujukan
yang muktamad dari kumpulan ini, terutama yang ditulis langsung oleh Syekh
Abdullah al-Harari al-Habashi. Focus utamanya untuk mempastikan sejauh mana
matlamat dakwah dan aqidah mereka mengikut acuan manlzaj Ahli Sunnah wal
Jamaah. Yang dimaksud dengan Ahli Sunnah dalam kajian ini ialah mengikut manhaj
ularna al-salaf al-saleh dan juga manhaj Asyairah dan Maturidiyyah.
BAB I1
SOROTAN LITERATUR
Di samping buku-buku yang telah ditulis langsung oleh Syekh Abdullah al-Harari
sebagai pengasas kumpulan ini, juga telah ada buku yang ditulis oleh Abdul Rahrnan
Dimashqi yang yang bertajuk " al-Habashi : Shuzuzuh wa Akhta'uh. Buku ini telah
membincangkan pelbagai ha1 berkenaan Syekh al-Habashi dan fatwa beberapa ulama
Khalij yang bemawasan Salafiyyah Wahhabiyyah. Walau bagaimanapun buku ini
hanya berisikan andaian melalui rujukan sekunder dan berita-berita mengenai al-
Habashi. Ia bukan hasil penyelidikan Ilmiah melalui rujukan primer.
Demikian pula pelbagai data yang termaktub dalarn laman web "Anti Ahbash" yang
mengklaim puak al-Ahbasy sebagai golongan Sesat. Hal seperti ini hanya membawa
kepada kekeliruan orang awam dalam menyikapi dakwah al-Ahbash yang masih lagi
belum begitu dikenali oleh umat Islam khasnya di Malaysia.
Ada dua buku yang disebar oleh puak ini di Multaqa Ulama tajaan Yadin baru-baru
ini (Oktober 2003), iaitu Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah dan al-Sirat al-Mustaqim.
Buku Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah yang ditulis ole11 Syekh Abdullah al-Harari
adalah kri tikan taj am kepada pelbagai pemikiran S yaikhul Islam Ibnu Taymi yyah.
Buku itu tak ada bezanya dengan buku Aqidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah yang ditulis
oleh K.H.Sirajuddin Abbas dalam bahasa Melayu (Indonesia) tahun 1960 an.
Sirajuddin Abbas (almarhum) adalah pengagum pemikiran Asyairah dan pemikiran
Fiqh Imam al-Syafii. Dan beliau sangat benci dengan pembaharuan pemikiran Ibnu
Taymiyyah yang dijadikan pegangan oleh puak Wahhabiyyah di Saudiyyah.
Adapun buku " al-Sirat al-Mustaqim" adalah merupakan buku aqidah yang
menggunakan pendekatan kalarn rnengikut haluan Asyairah, iaitu mengenali Allah
(ma'rifat Allah) melalui sifat-sifatnya yang ma'ani dan ma'nawi, termasuk juga
Asma' dan Afal Nya. Bukan melalui konsep aqidah Ibnu Taymiyyah, yang
dipopulerkan oleh Wahhabiyyah iaitu tawhid rububiyyah, ilahiyyah dan zat wa sfat.
Yang pentingnya semoga dalarn penyelidikan ini dapat mengesan sejauh mana puak
al-Ahbasy ini membawakan misi Asyairah dalam bidang aqidah (usuluddin) dan
mazhab Syafii dalam bidang furu' (masailfiqhiyyah).
Adapun senarai buku-buku kumpulan al-Ahbasy dalam bidang aqidah dan dakwah
adalah sebagai berikut :
1 -Mukhtasar Abdullah al-Harari al-Kafil f iilmi al-Din al-Daruri S yafie)
2-Izkar al-Aqidah al-Sanijyah fi Syarh al-Aqidah al-Tahawiyyah
3-Bugyat al-Talib Iinla 'rfah al-Din al- Wajib
(Mazhab
4-al-Maqalat al-Saniyyahfi KasyfDalalat Ibn Taimiyah
5-Al-Matalib al- Wafiyah Syarh al-Aqidah al-Nasafiyyah
6-Sarih al-Bayan fi Rad ala man Khalaf al-Qur'an
7-Al-Sirat al-Mustaqim
8-Al-Dalil al-Syar 'I ala Ithbat Isyan man qatahum Ali min Sahabiyi~t au tabiin.
9-Syarh al-Sijht al-Thalatha asyar al- Wajib lillalz taala
10-Gayat al-Bayan fi Tanzih Allah an al-Jikah wa al-Makan
1 1-Al-Tibyanj al-Rad ala man zantma ilm al-Kalarn
12- Al-Nafu al-Amim fi intifa amwat al-Muslimin bi al-Qur 'an al-Azim.
13-al-Maulid al-Syarif
Walaubagaimanapun tidak semua kitab tersebut diberi ulasan dalam kajian ini.
Penyelidik hanya memilih lima di antaranya yang dianggap boleh mewakili kesemua
buku-buku yang tersenarai. Kerana membuat ulasan secara keseluruhan adalah tidak
munasabah, ada beberapa kitab yang hampir berulang huraiannya dan sangat simple
dan rengkas.
BAB 111
KAEDAH PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini menggunakan kaedah dan pendekatan ilmiah sebagai berikut :
1-Kajian perpustakaan, dengan mengumpul bahan dan data yang diperlukan
melalui tulisan dan buku-buku yang berkenaan baik yang ditulis oleh tokoh al-
Ahbasy sendiri mahupun yang ditulis oleh mereka yang tidak sehaluan dengannya
terutama dari puak Salafi Wahhabi di kawasan Khalij. Buku-buku yang terpenting di
buatkan ulasan dan rumusan pernikiran yang munasabah.
2-Kajian lapangan, metode ini dijalankan melalui dua teknik iaitu temuramah dan
observasi. Dalarn teknik temuramah penyelidik mengadakan temuramah dan
temubual kepada mereka yang pernah belajar di Yordaniyah atau di Lubnan terutama
pensyarah KUIM. Manakala teknik observasi pula, penyelidik berusaha mengikuti
~erkembangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh puak ini, baik melalui internet
mahupun orang perorang yang dianggap dekat dengan al-Ahbash yang biasa
berkunjung ke Malaysia termasuklah Syekh Qaraqirah dan Syekh Salim Alwan. Di
samping itu penyelidik juga mengumpul maklumat terkini daripada larnan web
Rabitah Alan1 Islami dan Muassasah al-Haramain di Makkah al-Mukarramah,
Majnza' al-Buhuth al-Islantiyah di Qahirah, dan Islam Online di Qatar bagi
rnempastikan pandangan ulama dunia yang rnuktabar terhadap kumpulan al-Ahbasy
ini.
Penyelidik berusaha mengumpul semua data dan maklumat yang diperlukan melalui
system dan metodologi di atas dan menganalisisnya secara bersama dengan penuh
objektif dan tanggung jawab ilmiah, tanpa tahayyuz atau kecenderungan kepada
mana-mana sumber maklumat yang digunapakai dalarn menjalankan penyelidikan
ilmiah ini. Dengan berpegang kepada prinsip "husnu zan" menggunakan kepakaran
yang kami miliki baik dibidang aqidah mahupun dakwah, temyata metodologi dan
cara pengumpulan data yang digunapakai cukup memadai dalam usaha menjalankan
penyelidikan ini.
BAB IV
DAPATAN PENYELIDIKAN
Dalarn rnengemukakan dapatan penyelidikan ini, penyelidik telah berusaha mempelajari
dan memahami pemikiran kumpulan ini melalui beberapa kitab induk mereka dan
sekaligus mengulasnya. Telah dipilih lima (5) buah kitab yang dianggap boleh mewakili
rujukan yang lainnya. Berikut adalah ulasan dan penilaian kitab yang dimaksud :
4.1 ULASAN BUKU: Sharih al-Bayan fi ar-Radd 'ala man Khalafa al-Quran. Oleh
Syaikh 'Abdullah al-Harari. 1997. Beirut: Dar al-Masyari' li at-Thiba'ah wa an-Nasyr wa
at-Tawzi'.
Isi Kandungan :
Buku ini terdiri atas 416 halaman yang memuat berbagai tajuk bahasan. Dimulai dengan
pengantar dari penerbit dan riwayat ringkas pengarang, kemudian dilanjutkan dengan
pendahuluan serta huraian yang berkaitan dengan perkara berikut :
(1) Kepentingan ilmu tauhid
(2) Ilmu kalam yang tercela dan ilmu kalarn yang terpuji
(3) Batalnya pandangan Muktazilah tentang manusia menciptakan perbuatannya, dan
bahwasanya ia adalah kufur
(4) Takwil di dalam al-Quran dan Hadis
(5) Adanya at-ta 'wil at-tafshili dari Salaf
(6) Beberapa kaidah yang bermanfaat tentang hukum berhujjah dengan Hadis-hadis
Shifat
(7) Takwil Hadis al-Jariynh dan lainnya
(8) Bersihnya Tuhan dari keterkaitian arah
(9) Penetapan wajah secara mutlak yang disandarkan kepada Allah bukanlah
bermakna jism
(10) Ij tihad dan syarat-syaratnya
(1 1) Iklztilnf para mujtahidin
(12) Hukum mencerca Nabi, secara ijma' dia adalah kafir
(13) Bagaimana mendapatkan ilmu agama, ilmu dengan belajar bukan dengan
membaca buku-buku
(14) Ilmu-ilmu yang lebih utarna dihasilkan yaitu mengetahui Allah dan
Rasuln ya
(15) Iman, Islam dan Murtad
(16) Hilangnya iman dari seorang mukrnin
(1 7) Murtad dan jenis-jenisnya yang disepakati
(18) Contoh-contoh lafaz yang menyebabkan murtad
(19) Haram mendoakan keampunan seluruh dosa bagi mukminin dan
mukrninat
(20) Allah membantu seorang mukmin atas imannya dan orang kafir atas
kekufurannya
(21) Hukum bagi orang yang melafazkan kata-kata kufur bukan karena salah
ucap, ia keluar dari Islam sekalipun tidak dipaksa bunuh atau lainnya
(22) Perbedaan antara Rasul dan Nabi
(23) Air adalah ciptaan Allah yang pertama, serta penolakan terhadap pandangan
bahwa Muhammad adalah awal mahkluk (ciptaan) Allah
(24) Makna ibadah, semata-mata tawassul ataupun pennohonan, do'a dan pennintaan
di luar kebiasaan bukanlah syirik, demikian juga tabarruk dengan atsar (peninggalan)
Nabi Muhammad SAW
(25) Boleh memanggil Nabi sesudah wafatnya
(26) Apa yang diucapkan seseorang apabila kakinya kebas
(27) Tabarruk dengan atsar Nabi Muhammad
(28) Penolakan terhadap Wahhabiyah
(29) Jenis-jenis bid'ah, hukum dan pembahagiannya
(30) Bid'ah petunjuk
(3 1) Bid'ah sesat
(32) Syafa'at adalah hak bagi umat Islam yang melakukan dosa besar
(33) Hukum perang yang terjadi antara Ali dan Mu'awiyah, sesungguhnya
Mu'awiyah dan para pengikutnya adalah pemberontak
(34) Orang-orang yang keluar menentang Ali adalah pemberontak
(35) Penyesalan sebagian orang yang tidak ikut mendukung Ali dalarn perang
(36) Hadis "siapa yang meninggal dunia yang tidak berbai'ah maka matinya adalah
mati jahiliyah" ditujukan kepada orang yang meningggalkan imam dan tidak
mentaatinya
(37) Larangan keterlaluan (al-guluw) di dalarn agama
(38) Hukum memanfaatkan organ tubuh manusia
(39) Hukum memukul rebana adalah boleh
(40) Boleh mencium tangan orang yang shaleh dan berdiri menyarnbut orang Islam
(41) Aurat wanita di depan ajnabi adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua
telapak tangan
(42) Cara menghadap kiblat waktu shalat
(43) Bacaan sesuai makhraj adalah syarat sahnya shalat
(44) Bagaimana penetapan syara' mengenai puasa Rarnadhan
(45) Hukum zakat mata uang kertas dan perbedaan pandangan ulama
(46) Riba tidak boleh baik dari orang Islam ataupun orang kafir
(47) Hukum berbaurnya laki-laki dan wanita
(48) Hukum wangi-wangian dan perhisan bagi wanita
(49) Suara wanita bukan aurat menurut pandangan yang benar
(50) Hukum memakan daging yang tidak disembelih secara syara'
(51) Hukum istinja ' serta istibra ' dan sesungguhnya belumur air kecil adalah haram
(52) Pernbahagian maksiat serta hararn bergaul dengan ajnabi tanpa jima' dan
mufakhazalt, ia adalah larangan kecil
(53) Hararn berjabat tangan laki-laki dengan wanita ajnabi tanpa alas
(54) Hukum laki-laki yang menyerupai wanita adalah hararn
(55) Batas aurat laki-laki
(56) Hukum orang yang mengingkari hal-ha1 yang disepakati
(57) Mahasuci Allah dari tempat dan ruang.
Pandangan dan Ulasan
Terdapat beberapa pandangan dan pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang, di
antaranya:
1. Pengetahuan tentang Allah dan sifat-sifatnya adalah ilmu yang paling mulia,
paling tinggi, paling wajib dan paling utama. Ilmu ini disebut ilmu ushul, ilmu
tauhid, ilmu akidah dan ilmu kalam (p.13).
2. Wajib mengkafirkan Muktazilah yang mengatakan bahwa manusia menciptakan
perbuatannya yang bersifat ikhtiyari (p.27).
3. Takwil dapat digunapakai pada ayat-ayat dan hadis-hadis yang mutasyabih (p.41).
4. Sangat ketat dengan persyaratan mujtahid @.78), menyokong taklid (79) dan
membolehkan tahawwul dan talfiq (p.83).
5. Mencerca dan mencernarkan Nabi Muhammad adalah kafir dan keluar dari Islam
(~95) .
6 . Hilangnya nama iman dan islam dari seorang mukmin hanyalah dengan murtad '
(PI 11).
7. Kekufuran terdiri dari kufur i 'tiqadi, qawli dan fi 'li, rnasing-masingnya secara
sendiri membuat seseorang keluar dari Islam (p.114).
8. Lafaz riddah di antaranya adalah mencerca Allah (p.117), menafikan sifat-sifat
yang wajib bagi Tuhan secara ijma' (p.117), mencerca, merendahkan dan
mendustakan Nabi Muhammad dan nabi-nabi lainnya termasuk menafikan hari
akhirat, pahala, siksa, hari berbangkit, surga dan neraka (p.121), mengingkari
kenabian dari Nabi-nabi yang diketahui secara ijma' (p.121).
9. Di antara kufur i'tiqadi ialah keyakinan adanya Nabi sesudah Nabi Muhammad
(p. 125). C ~ O C 0 2 C 9 4 ~ 10. Di antara kufurfi 'li ialah menulis surat al-Fatihah dengan air seni (p. 126).
1 I . Orang murtad (yang ingin kembali masuk Islam), apabila ia mengucapkan
astagfjrullah sebelum mengucapkan syahadatain, dosanya akan bertarnbah-
tarnbah b.129).
12. Hararn mendo98kan ampunan bagi seluruh dosa mukminin dan mukminat (p. 132).
13. Rasul dan Nabi sama-sama mendapat wahyu dan sama-sama diperintah untuk
menyampaikan wahyu yang diterimanya. Perbedaannya, Rasul memiliki otoriti
untuk merubah sebahagian hukum yang berlaku pada masa rasul sebelumnya atau
rnendatangkan syariat baru. Sedangkan Nabi hanya memiliki otoriti untuk
menyampaikan syariat Rasul yang sebelumnya (p. 145).
14. Ciptaan Tuhan yang mula-mula adalah air, dan hadis yang menyebutkan bahwa
Nur Muhammad adalah akhluk yang pertama adalah hadis palsu (p.150).
15. Tidak .ada dalil yang sesungguhnya yang menunjukkan ketidak bolehan tawassul
dengan para Nabi dan Auliya sekalipun mereka telah wafat (p. 157).
16. Bid bti dolalah adalah sesuatu yang baru yang bertentangan dengan al-Quran dan
as-Sunnah, sedang bid'ah huda adalah sesuatu yang baru yang bersesuaian
dengan al-Quran dan as-Sunnah (p. 194).
17. Syafaat Nabi hanya diperlukan oleh pelaku dosa basar saja, sedangkan orang-
orang yang taqwa, para wali dan syuhada' tidak memerlukan syafaat (p.210).
18. Sayyidina Ali adalah khalifah ar-rasyid dari ulil amri, sesiapa yang keluar dan
memeranginya bererti telah melakukan kemaksiatan dan kezaliman (p.225).
Perpustakaan Kolej Universiti Islam Malaysia
19. Siapa yang meninggal dunia yang tidak berbai'ah, maka matinya adalah mati
jahiliyah (Hadis Riwayat Muslim), dimaksudkan adalah orang-orang yang
membangkang dan tidak taat kepada khalifah sedang khalifah wujud pada waktu
itu (p.255).
20. Tidak boleh berlebihan (al-guluw) di dalam agama, termasuk dalam memberi
pandangan terhadap Rasul, para Wali dan para sufi (p.256).
21. Tidak boleh memanfaatkan organ tubuh manusia, baik rambut ataupun lainnya
(p.260)
22. Memukul rebana hukumnya boleh (jaiz), baik laki-laki mahupun perempuan
(p.262).
23. Mencium tangan orang yang soleh, hakim yang bertaqwa dan orang kaya yang
soleh adalah nlustahab dan disukai oleh Allah (p.266).
24. Boleh berdiri menyambut kedatangan seseorang untuk menghormatinya, dan
bukan untuk mengagungkannya (1.1.268).
25. Aurat wanita di depan laki-laki ajnabi adalah seluruh badannya kecuali muka dan
kedua telapak tangannya, ia boleh keluar rumah dengan wajah yang terbuka
(p.270).
26. Penetapan awal Ramadhan adalah dengan salah satu dua perkara iaitu melihat
hilal Rarnadhan setelah hari ke 29 Sya'ban atau menyempurnakan bulan Sya'ban
30 hari. Sedangkan pandangan yang menetapkan awal Ramadhan melalui hisab
tidak dapat diperpegangi (la yu 'tamad 'alaih) (p.294).
27. Berbaur lelaki dengan wanita pada satu tempat adalah boleh tanpa adanya tirai
atau batas, juga dibolehkan berbaur antara lelaki dengan wanita selama tidak
berdempet badan (p.320).
28. Wanita keluar rumah dengan berhias dan memakai wangi-wangian serta menutup
awrat adalah makruh. Tetapi, jika ia bermaksud untuk menarik lelaki dan
menimbulkan fitanah, maka hukumnya haram (p.324).
29. Suara wanita bukanlah 'aurat (p.339).
30. Penyenlbelihan secara syara' adalah memotong laluan makanan, minuman dan
pemafasan hewan dengan benda tajam yang dilakukan oleh orang Islam atau
Yahudi ataupun Nasrani. Apabila ha1 seperti ini dilakukan dan yang disembelih
itu adalah hewan yang halal, maka sembelihan tersebut halal dimakan (p.345).
Mengucapkan basmalah pada waktu menyembelih hewan hukumnya sunat,
apabiia si penyembelih tidak mengucapkannya, rnaka sembelihannya itu halal
dimakan (p.346).
3 1. Kemaksiatan terbagi dua iaitu dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar yang paling
akbar adalah kufur, karena orang yang mati dalam kekufuran kekal di dalam api
neraka jahannam. Dosa besar lainnya sesudah kufur adalah pembunuhan
seseorang tanpa haq dan berbuat zina. Demikian juga termasuk dosa besar seperti
makan riba, makan babi, minum khamar, meninggalkan shalat dan sebagainya 4
yang jumlahnya lebih dari tiga puluh macam (p.353). Kemaksiatan selain
kekufuran dan dosa besar adalah dosa kecil seperti berjabat salam lelaki dengan
wanita ajnabi tanpa alas (p.354)
32. Tasyabblrlt (penyerupaan) lelaki dengan perempuan atau sebaliknya adalah hararn
(p.364), sedangkan yang diguna bersama adalah boleh dipakai oleh lelaki ataupun
perempuan seperti sepatu dan pakaian (p.366).
33. Batas aurat lelaki dipertikaikan oleh ulama, imam Syafi'i dan lainnya berpendapat
bahwa aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Sedangkan imam Malik dan
imam Ahrnad bin Hanbal dalam salah satu pandangannya berpendapat bahwa
aurat lelaki hanyalah qubul dan dubur (p.367). Oleh kerana itu, seseorang yang
terbuka pahanya tidak usah ditentang seperti menentang orang yang berbuat
maksiat, kerana ia bukan melakukan kemaksiatan (p.368).
34. Sesuatu yang disepakati (al-mujma ' 'alaih) terbagi atas tiga macam iaitu:
a. Disepakati karena berdasar ketentuan agama secara jelas (nza'lum min ad-
din bi ad-dharurah). Sesiapa yang mengingkarinya maka ia kafir secara
nyata.
b. Disepakati karena diketahui secara umum (masyhur) baik memiliki nash
ataupun tidak. Jika seseorang mengingkarinya, maka ada yang
mengkafirkannya dan ada yang memandangnya sebagai sesat.
c. Disepakati dan diketahui hanya oleh para ilmuwan (al-khawash). Sesiapa
yang mengingkarinya, maka tidak boleh dikafirkan, tetapi dipandang sesat
dan salah (p.370).
35. Maha suci Allah daripada tempat dan ruang (p.383), Ia tidak terbatas dan tidak
terhingga, (p.385).
Metodologi Penulisan :
Jika diperhatikan ke 57 tajuk yang dibahas di dalam buku ini, nampaknya tidak focus
dalam suatu bidang kajian dan juga tidak tersusun secara sistematis. Sebahagian besar
berkaitan dengan masalah-masalah kalam, tetapi juga terdapat bahasan yang berhubungan
dengan masalah-masalah fiqh samada ibadah mahupun mu'arnalat.
Sikap Terhadap Perbedaan Pandangan :
Syaikh 'Abdullah al-Harari kelihatan sangat ta'assub serta menolak dengan keras
pandangan pihak lain yang berbeza dengan pandangannya, di antaranya ia mengatakan:
1. Wajib mengkafirkan Muktazilah (p.27), qabbahahum Allah (p.13).
2. Wahhabiyah adalah nlujassimah dan musyabbihah (p.72), yurnawwihuna bla an-
iras memalsukan dan mengelabui manusia (p.69).
3. Pandangan Ibnu Taimiyah adalah askhaf al-qawl lemah atau kurang aka1 (p.68).
4. At-Takririyak (pengikut hizbut tahrir), ia mencelanya dengan ungkapan bathala
ta'wil at-tahririyah @.360), mempemainkan dan tidak menguasai hadis (p.361),
tiada yang tinggal bagi at-tahririyah kecuali al-mukabarah keangkuhan (p.363).
4.2 ULASAN KITAB : Izhar al-Akidah al-Sunniyyah bi Syarh al-Akidah al-Tahawiyyah
Penulis: Syeikh Abdullah al-Harari , Lubnan : Dar al-Masyarai li al-Tibaah wa al-Nasyr
wa al-Tauzi, Cetakan : 1 1 1,1997 Halaman: 372
Metodologi penulisan:
Al-Harari banyak memetik pendapat ulama muktabar dengan panjang lebar dan hanya
memberi ulasan ringkas dan kadang-ladang tanpa ulasan sebagai contoh halaman 72-77
beliau memetik pendapat Ibn Hajar daripada kitab Fath al-Bari dan al-Isabah. Barangkali
metodologi ini untuk memantapkan pendiriannya bahawa ulama dari kalangan ahli
sunnah waljamaah menokong pendapat al-Tahawi.
Di beberapa tempat pengarang menonjolkan pendapat Ibn Taimiyah yang bertentangan
dengan pendapat ulama muktabar dari ahlu sunnah waljamaah, cara ini untuk
memperjelaskan lagi bahawa aliran yang wujud sekarang yang bertentangan dengan
aliran ahli sunnah adalah dipelopori oleh Ibn Taimiyah.
Ringkasan Kandungan :
l-Pengantar kepada erti Ahlli su~trlah wa ljamaah dan sebab pemberian nama tersebut.
2- Sebab kenapa ilmu tauhid dinamakan ilmu kalam, penjelasan.bahawa imam Syafie
mendalami ilmu ini sebelum ilmu fiqh.
3- Penjelasan bahawa akidah Tahawiyah adalah akidah salaf daripada ahli sunnah
waljamaah.
4- Pengertian salaf.
5 - Penjelasan bahwa Allah qadim dan azali.
6- Sifat perbuatan menurut Asyairah dan Maturidiayah.
7- Sifat-sifat Allah bukanlah zat-Nya.
8-Pengertian baqa.
9- Penjelasan bahawa Allah maha berkuasa.
10- Mengkafirkan ahli falsafah kerana menafikan ilmu Allah terhadap perincian sesuatu.
11- Ibn Taimiyah berpegang kepada pendapat ahli falsafah bahawa zat jisim adalah
qadim. Al-Subki dan al-Ala menisbahkan akidah salah ini kepada Ibn Taimiyah.
12- Pembahagian wujud.
13 1- Keluasan lauh mahfuz.
14- Erti hadith " Menghubungkan silatu rahim menambah umur."
15- Perbezaan antara rasul dan nabi dn erti mukjizat.
16- Perbezaan antara nabi dan rasul
17- Penjelasan mengenai kedudukan Ahmad Qadyani
18- Nabi diutus kepada manusia dan jin
19- Bantahan kepada pendapat sebahagian ahli Asyairah bahawa perkara yang tidak baik
boleh berlakau ke atas para nabi.
20- Arnaran supaya berhati-hati terhadap syarah Tahawiyah karya Ibn Abi Al-Iz al-
Hanafi.
2 1- Perbincangan mengenai kalam Allah.
22- Pandangan Imam Syafie mengenai ilmu kalam.
23- Pandangan Imam Bukhari mengenai perbuatan hamba.
24- Penafian enam penjuru daripada Allah.
25- Pendapat Abu Naim tentang tempat Allah.
26- Allah dilihat di akhirat
27- Penjelasan sama Ada Allah berhubungan dengan alam atau tidak.
28- Penjelasan tentang melihat Allah dalam mimpi.
29- Penjelasan tentang Isra rnikraj.
30- Golongan Qadyaniyah adalah kafir.
3 1 - Perasan aman dan putus asa menurut Asyari dan Maturidi.
32- Haram menyalahi ijma para mujtahid.
33- Penjelasan tentang tuduhan Ibn Taimiah terhadap Ahrnad bin Hambal.
34- Jihad bukan hanya ciri-ciri khas umat Muhammad SAW.
35- Perbuatan manusia adalah ciptaan Allah dan usaha manusia.
36- Larangan mencaci para sahabat nabi.
37- Ibn Taimiah menyalahi 60 ijma ulama.
38- Masalah tawassul.
Pandangan dan ulasan :
1-Ada beberapa tajuk penting tidak dibincangkan oleh Al-Tahawi namun al-Harari
membincangkan nya dengan panjang lebar. Sebagai contoh beberapa pendapat Ibn
Taimiah. di bahagian akhir kitab ini al-Harari menambah satu fasal khas mengenai
bidaah, tawassul dan ziarah kubur. Sementara al-Tahawi hanya menyebut bidaah secara
ringkas tanpa memberi sebarang contoh.
2- Buku ini sangat padat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah. Menurut
al-Harari matan al-Tahawi telah disyarah 12 orang ulama. Beliau memberi arnaran
bahawa syarah yang ditulis oleh Ali bin Mohd Bin Abi al-Izz al-Hanafi al-Dimasyqi W.
792 H patut diawasi kerana penulisnya dari golongan mujassimah.
3- Buku ini penting dalam kajian akidah ahlu sunnah waljamaah. Kerana matan yang
disyarah adalah himpunan pendapat ulama salaf seperti Abu Hanifah W 150 H Abu
Yusuf al-Ansari W 182H dan Abu Abdillah bin Hasan al-Syaibani W189H. aL-Harari
hanyalah salah seorang daripada penulis syarah al-Tahawiyah, dia boleh mendatangkan
hujah-hujah dan dalil-dalil yang membuktikan bahawa al-Tahawi sealiran dangan
Maturidiy dan Asyariy. Beliau juga mendatangkan hujah-hujah yang membatalkan
beberapa pandangan Ibn Timiyah dan pengikutnya dalarn masalah aqidah.
4- Salah satu focus utama buku ini ialah menonjolkan pendapat-pendpat Ibn Taimiyah
yang ganjil berbanding dengan ulama yang lain, seperti menyalahi 60 ijma ulama
muktabar. Menekankan perkara membaca al-Qur'an memberi faedah kepada si mati.
Menyucikan Allah daripada segala penjuru dan tempat sebagai bantahan kepada
kumpulan yang berkeyakinan bahawa Allah berada di langit. Memberi penjelasan tentang
ayat Arasy.
5- Golongan yang bertentangan dengan kumpulan al-Ahbasy juga menulis syarah al-
Thahawi sebagaimana yang dilakukan oleh al-Harari, iaitu al-Dimasyqi. Menurut al-
Harari, al-Bani telah menambahkan lagi ungkapan-ungkapan tajsim kepada syarah al-
Dimasyqi.
6- Kitab ini menonjolkan pandangan Asyairah d m Maturidiyah atau ahli sunnah
waljamaah. Oleh itu, tuduhan yang dilemparkan kepada al-Harari dan kumpulan al-
Ahbasy bahawa mereka berselindung disebalik Asyairah dan Maturidiyah d m hakikatnya
tidak benar.
7- Kitab ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang memiliki fikiran terbuka dan
mengkritik al-Harari dengan secara ilmiah. Pembaca boleh menilai sama ada al-Harari
cuba menyalahi pemikiran al-Tahawi yang telah diterima oleh musuh-musuh al-Ahbasy.
Tidak didapati dalam kitab ini pandangan dan idea baru yang bertentangan dengan akidah
Ahlisunah Waljamaah, Aliran Asyairah .
8- Mengikut kitab ini, dari segi aqidah, kumpulan al-Ahbasy tidak bertentangan dengan
aqidah Asyaira, Ahlisunnah Waljamaah.
Adapun dari segi nietodologi dakwah kumpulan ini menggunakan beberapa metodologi
yang kurang bijaksana seperti merendahkan beberapa tokoh Islam dengan menggunakan
bahasa yang keras, kurang sopan. Seperti yang ditujukan kepada Syed Qutub, Yusuf
Qaradawi dan Ibn Timiyah. Tidak dinafikan mereka ini memiliki kelemahan tetapi
mereka juga telah memberi sumbangan kepada umat Islam secara umum. Tidak nampak
konsep ruhantati bairtahzrnl diamalkan oleh mereka terhadap beberapa individu muslim.
4.3 ULASAN KITAB : al-A4aqalat as-Sanijyahfi KashfDalalah Ahmad ibn Taimiyyah
Penulis : Syeikh Abdullah al-Harari Terbitan : Dar al-Mashari', Beirut, Lubnan Cetakan :
V Tahun 2002/1423H Muka Surat : 527 Helai
Metodologi Penulisan :
Penulis menggunakan metodologi dokumentasi dan perpustakaan dalarn mengumpul data
dan maklurnat mengenai pemikiran ibn Taimiyyah. Sebanyak 225 buah kitab yang telah
dijadikan rujukan, termasuk buku-buku ibn Taimiyyah sendiri adalah cukup memadai
untuk dijadikan landasan dalam menilai pemikirannya.
Analisis yang digunakan penulis adalah keras mirip dengan cara-cara ularna dahulu
dalam meneliti dan mengkritik pemikiran orang lain. Penulis hanya berpandangan negatif
terhadap orang yang dikritiknya, sehingga pandangan objektif dalam membuat penilaian
tidak kelihatan. Malah ada rasa subjektif pada din penulis ketika membaca buku
kri tikann ya.
Berbeza dengan ibn Taimiyyah dalam mengkritik falsafah, mantiq dan tasawwuf. Beliau
masih kelihatan terbuka minda menerima pandangan positif mengenai ha1 yang dikritik.
Walaupun beliau termasuk orang yang keras mempertahankan pemikiran yang
dianggapnya benar.
Ringkasan Kandungan :
Dalam mukaddimahnya, penulis menyatakan sebab-sebab beliau menulis buku ini, iaitu
untuk mcmberi jawapan kepada umat Islam, khasnya di Beirut yang sering
memperkatakan tentang keazalian Alam, ketentuan had bagi Allah S.W.T, dan hararn
bagi tawassul dan ziarah kubur.
Penulis berkeyakinan bahawa sebab munculnya syubhat ini adalah kerana pengaruh
pemikiran ibn Taimiyyah yang dikembangkan oleh puak Wahabiyyah dari Jazirah
Arabiah dengan nama aliran SalaJ: Maka dalam mukaddimah ini, penulis
membincangkan secara ringkas pengenalan kepada ibn Taimiyyah dan muridnya ibn
Qayyim al-Jauziah. Kemudian pengenalan terhadap Taqiuddin al-Subki seorang tokoh
ulama yang sezaman dengan ibn Taimiyyah akan tetapi sangat kritis terhadap pemikiran
dan pembaharuan ibn Taimiyyah. Di samping itu juga di sentuh pengenalan kepada tokoh
pendukung ibn Taimiyyah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab (kepadanya dinisbahkan
puak Wahabimah).
Kandungan buku ini di bahagi kepada 14 makalah terdiri daripada perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh ibn Taimiyyah yang bercanggah dengan pendapat urnum ulama
sebelum dan sezamannya. Perkara-perkara itu ialah:
1. Hawadith atau alam ini tidak ada awalnya dan sentiasa ada bersama Allah S.W.T.
2. Hawadith atau alam ini berada (Qiyam) pada zat Allah S.W.T.
3. Kejisiman zat Allah S.W.T.
4. Allah S.W.T bercakap (takallam) dengan huruf dan suara, Dia bercakap jika Dia mahu
dan diarn jika mahu.
5. Allah S.W.T boleh berpindah (tempat), bergerak dan turun.
6. Allah S.W.T memiliki jihah dan tempat.
7. Allah S.W.T memiliki had tertentu
8. Allah S.W.T boleh duduk.
9. Neraka adalah farla ' dan azab orang kafir di akhirat ada batas, tidak kekal.
10. Menafikan ta 'wil tafsili (terperinci) bagi ularna salaf.
1 1. Haram bertawassul kepada para Nabi dan orang saleh dan tabarruk pada mereka dan
peninggalann ya.
12. Mengadakan pejalanan (safar) bagi menziarahi Makarn Rasulullah S.A.W adalah
maksiat tidak boleh Qasr.
13. Memandang rendah Saidina Ali bin Abi Thalib r.a.
14. Masalah talak tiga dalam sekali lafaz.
Selain itu penulis juga menyenaraikan beberapa masalah yang berkaitan dengan
Wahabiyyah yang disebutnya Bid'ah bVahabiyyah, Diantaranya :
1. Hadiah bacaan ( tahlil, ~ u r ' a n ) kepada orang mati.
2. Memakai azimat yang bertuliskan ayat al-Qur'an atau zikrullah.
3. Bacaan Salawat selepas azan.
4. Sambutan Maulidur Rasul.
5 . Salat di masjid yang ada kubur.
6 . Lafaz "Sajyidirln" pada Salawat Nabi.
7. Tasawwuf dan ajarannya, dan lain-lain.
Dalam pcnutup pula, penulis mengukuhkan pandangannya kebenaran menziarahi kubur
para aali dan orang saleh dengan tujuan berdoa dan mengharapkan restu Allah S.W.T
dengan bcrkat mercka. Juga tentang tawassul dan tabarruk adalah di bolehkan dan bukan
bic1h.h sebagai mana didakwa oleh puak Wahabiyyah. Masalah talak tiga sekaligus, Allah
S.W.T bergerak turun dan lain-lain telah dinyatakan bahawa semua itu adalah BidJah
yang mesti di tolak kerana bercanggah dengan pandangan Jumhurul Ulama.
Dua masalah penting sebagai akhir kitab ini, iaitu:
1- Haram mendoakan orang mukrnin bagi di ampuni dosa mereka secara
keseluruhan.
2- Tidak boleh berselawat dengan lafaz & 41 (dengan ya' nisbah akhirnya).
Ulasan dan pandangan :
1. Kitab ini ditulis untuk mengkritik pelbagai pemikiran ibn Taimiyyah dan
Wahabiyyah yang dinilai oleh penulis bercanggah dengan pandangan mengkritik
ulama dahulu dan sekarang. Oleh itu kitab ini adalah kitab kritikan. Ia tidak boleh
di jadikan kitab rujukan bagi mengenali pemikiran asli seseorang penulis,
tennasuk Syaikh al-Habashiy. Sarna seperti kitab "Tahafut al-Falasifah" (Imam
al-Ghazali), "Tahafut al-Tahafut ( Ibnu Rushd), Naqd al-Mantiq (Ibnu Taymiyah)
dan lain-lain.
2. Pendekatan atau cara kritikan penulis dalam buku ini kurang sesuai untuk zaman
keterbukaan kita sekarang. Kerana cara keras seperti itu tidak akan menyelesaikan
masalah, justeru menimbulkan kecurigaan sebahagian pembaca di atas kredibiliti
penulisnya.
Percambahan pemikiran dalam kalangan Ulama Islam telah menjadi suatu perkara
biasa. Dan ianya telah di atur dalam suatu kaedah yang disebut "Adabul Bahth
wal Mzsnazaralt" . Apatah lagi dunia sekarang dimana ilmu-ilmu Islam tidak lagi
mengungguli ilmu-ilmu kemanusiaan yang dikembangkan oleh dunia Barat.
Malah yang kita lihat hanyalah semakin pudarnya ilmu-ilmu keislaman itu dan
ketidakmampuannya bersaing dengan perkembangan ilmu sejagat hari ini. Oleh
itu, pendekatan yang diguna pakai oleh penulis dalam buku ini sudah tidak
relevan lagi.
3. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh penulis dalam kitab ini adalah masalah
pemikiran dan ijtihadi. Oleh itu untuk memaksakan satu kesimpulan yang
muktamad adalah keliru. Ia mesti terbuka untuk diperdebatkan demi
kelangsungan cakrawala berfikir dikalangan umat Islam.
Tibalah saatnya umat Islam lebih memfokuskan kajiannya kepada Comparative
Studies terutarna pemikiran-pemikiran luar Islam yang banyak memberi kesan
kepada cara berfikir sebahagian umat Islam. Kaedah atau cara menghina atau
merendahkan Ulama Islam hanya kerana cara berfikirnya berbeza dengan yang
kita fahami adalah sesuatu yang perlu dilupakan atau dijauhi. Biarlah Ulama
Islam hari ini memiliki minda terbuka, berlapang dada, sentiasa proaktif terhadap
isu dan gejala ummah demi kecemerlangan umat Islam di serata dunia.
4.4 ULASAN KITAB: at-Tahzir al-Shar 'iy al- Wajib ( juz I ) Penulis : Sheikh Abdullah al-Haririy Terbitan : Dar al-Mashari' Cetakan : 2 Tahun 200211423H Muka Surat : 204
Metodologi Per~ulisan :
Penulis n~enggunakan istilah "al-Tanzir" yang bermaksud peringatan untuk tujuan
kewaspadaan. Walaupun tujuannya hanyalah memberi pandangan kepada beberapa
pemyataan ( stcrtenzent ) yang dikiranya bercanggah dengan syariah atau ajaran Islam.
Metode kritikan yang digunakan adalah sederhana, kerana penulis hanya menyatakan
statmen dari buku yang dibaca tanpa memberi ulasan mengenai penghujahan dari
staten~cnt tersebut. Cara seperti ini tidak terrnasuk dalam kategori kritikan ilmiah.
Ringkasan Kandungan :
Kandungan buku terdiri dari Mukaddimah penulis, tiga bahagian isi dan penutup.
A- Dalan~ Mukaddimah penulis mengemukakan hujah-hujah mengenai kebenaran
memberi ingatan atas dasar Altlar-Ma 'rlgNalti-Mungkar, walaupun mengemukakan aib
atau keburukan seseorang, dan ia tidak dianggap sebagai ghibah yang ditegah. Amalan
peringatan seperti ini tennasuk sebahagian dari kerja dakwah atau Amar-Ma'ruf dan
Nahi-Mringkar. Penulis membentangkan beberapa contoh daripada Hadith Nabi (S.A.W)
dan amalan para ulama al-Salaf as-Salelt, baik daripada ulama Fikih mahupun Ulama
Hadith.
B- Adapun bab ini pula ianya dibahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Mengenai buku atau kitab yang boleh memesongkan akidah dan pemikiran umat
Islam. Di antara kitab-kitab itu ialah, al-Futuhat al-Makkiyah, al-Fusus al-Hikam
(ibn 'Arabi), Quut al-Quluub (al-Makki), kitab Ihwanu al-Safa, Insan Kamil (al-
Jali), Marrlid al-Arus, Bahjat al-Asrar, Fuyudhat al-Rabbaniyyah, al-Munajat al-
Kubra, al-Fatk al-Rahmnni, Mi'raj ibn Abbas, Shams al- Maarif al-Kubra,
Marrba ' Usul al-Hikntah (al-Buni), Tanwir al-Mikbas, Fikh al-Sunnah, al-Akidah
Islanliah (Sayyid Sabiq) dan lain-lain lagi.
. Sebahagian pernyataan dalarn kitab yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti
yang ada dalam : Ihya' Ulumuddin (Ghazali), Jawaahir al-Bihar (al-
Nabhani),Bugliyat al-Mustarsltidiin(a1-Ba Alawi) al-Musayarah, al-Tahrir (ibn
Humam), Trrhfat al-Mrthtaj, Syarh Jawharat Tawhied (Baijuriy), Tafsir al-
Jailatti, Tltlfat al-Tullab al-Iqtisad fi al-I'tiqal, Irsyad al-Ibad, al-Bahr al-
Perkataan umum yang tersebar di kalangan urnat Islam mengandungi makna batil.
Seperti perkataan yang dinisbahkm kepada Ulama Sufi atau ahli Tariqat.
Termasuk juga lafaz-lafaz zikir atau wirid yang di ucapkan secara tidak betul,
tennasuk juga kitab al- Raiq, al-Fatawa al-Hadithiyyah dan lain-lain lagi.
3. betul mengikut makhraj yang sebenar.
4. Adapun penutup buku ini, penulis menyatakan lagi tentang perkataan-perkataan
yang mengandungi makna kekufiuan yang dipanggil " shataahat " yang sering
ditonjolkan oleh orang jahil yang mengaku sufi.
Ulasan da Pandangan :
1- Buku ini menunjukkan bahawa penulis adalah pembaca yang kuat dan tekun serta
memiliki kemanlpuan memberi penilaian terhadap buku, atau statement dalam buku atau
kata-kata umum yang sering di perkatakan oleh orang-orang awam tetapi ia boleh
merosak akidah umat Islam
2- Pendekatan penilaian penulis terhadap buku-buku yang di baca pada penilaian kami
sederhana dan tidak terlalu meyakinkan. Kerana penulis hanya memahami pernyataan
yang dinukil secara harfi tanpa melihat hujah-hujah yang dikemukakan. Maka kalau cara
ini digunapakai sudah tentu tidak ada buku-buku Islam yang di tullis oleh Ulama
siapapun pasti memiliki kekurangan dalam mamahami pernyataan yang sedia ada.
3- Dalam warisan pemikiran Islam, Ulama telah memberi contoh dalam memberi koreksi
terhadap satu-satu buku atau pemikiran. Misalnya dalam bab ketuhanan, Imam al-Ghazali
menulis satu buku untuk itu dengan tajuk "Tahaafut al-Falasifah" , dalam bab logika,
ibnu Taimiyyah telah menulis buku dengan tajuk "Naqd al-Mantiq". Adapun contoh
kritikan buku, ibnu Rusyd ada menulis buku yang bertajuk "Tahfut al-Tahafut" sebagai
kritikan kepada tulisan al-Ghazali yang disebut di atas dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian kritikan penulis dalam buku ini tidak mencukupi untuk
dikategorikan sebagai kritikan ilmiah. Ia hanya berguna bagi orang awam agar jangan
terlalu banyak berguru pada kitab, tetapi sayogianya belajar melalui institusi rasmi seperti
sekolah, universiti atau ulama yang pakar di bidangnya.
4.5 ULASAN KITAB : al-Sirat a1 - Mustaqim , Syeikh Abdullah al-Harary
Terbitan , Jam'iyah al-Mashari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah di Beirut, Lubnan Cetakan
1 1 Tahun 200211423 H Muka Surat : 15 1 helai
Metodologi Pcnulisan :
Penulisan buku ini masih dalam bentuk dan cara tradisional. Penulis hanya menyatakan
ayat-ayat al-Qur'an dan Hadith serta pandangan ulama yang di rujuk tanpa menyebut
rujukan secara jelas.
Penyusunan tajuk-tajuk tidak disusun secara sistematik dan cara menganalisis satu-satu
perkara ianya dalam bentuk penafsiran dan pemahaman terhadap aas-nas yang
dikemukakan dan perkataan (aqlval) ulama yang dipetik sebagai asas dalam menganalisis
perkara yang dikaji.
Ringkasan Kandungan :
Kandungan kitab dapat dibahagi kepada mukaddimah, bab isi dan penutup. Dalam bab
mukaddimah penulis menjelaskan tentang perkara-perkara berikut:
1. Hak-hak Allah S.W.T kepada hambaNya
2. Makna dua kalimat syahadah
3. Kewajipan setiap mukallaf
4. Islam aganla yang sahih
5 . Pembahagian kekufuran
6. Memelihara diri dari siksaan api neraka
Dalarn bab isi (kandungan) pula, penulis cuba menerangkan pelbagai masalah aqidah di
antaranya:
1. Sifat-sifat Allah S.W.T yang 13 iaitu: Wujud, Qidam, Baqa, Santa ', Basar,
Kalanl, Iradah, Qudrah, 'ilmu. Hayah, Wahdaniyyah, Qiyanj binafsihi dan
Muklialafak lil Haltladith.
2. Makna ayat Muhkamat dan Mutasyabihat yang berkaitan dengan aqidah.
3. Nubuwwat, perbezaan antara Nabi dan Rasul
4. Penerangan tentang mukjizat Rasulullah S.A.W
5. Iman kepada azab kubur dan kenikmatan di dalamnya
6. Perkara-perkara yang perlu dipercayai dalam kaitannya dengan hari kiamat, antara
lain: Kebangkitan, Hasyr; Hisab, Mizan, Pahala dan seksa, Sirat, Hawal, Sifat
Syurga, Sifat Neraka jahannam dan Shafa 'at.
7. Masalah Rrrh.
8. Masalah Bid 'ah.
9. Rahmat Allah S.W.T
10. Tawassul kepada para Nabi dan Wali.
1 1. Tabarrztk dengan peninggalan (athar) Nabi Muhammad S.A.W.
12. Tentang Ijtihad dan Taqlid.
Dalam bab penutup pula, penulis secara ringkas menetapkan bahawa; Barangsiapa
yang mengenali Allah S.W.T dan RasulNya (Muhammad) dengan mengucapkan
dua kalimat syahadah walaupun hanya sekali seumur hidupnya dengan penuh
redha dan yakin maka ia Muslim Mukmin.
Ulasan dan Pandanagan :
1. Kitab ini adalah buku akidah yang menjelaskan tentang tiga perkara asas, iaitu
Ulultij~*czh (ketuhanan), Ntlbu~vnt (kenabian) dan Ma'ad (hari akhirat). Perkara
G11nihij:)~nll (alam ghaib) tidak dibincang dalam kitab ini.
Penulis dalam penerangannya mengenai tiga perkara itu menggunakan methode
Ashairah Mutaakhklzirin, iaitu merujuk kepada sifat-sifat Allah S.W.T yang wajib
itu (sebanyak 13). Penulis juga banyak mengasaskan kajiannya kepada ularna-
ulama sealiran Aslzairah seperti: al-Juwainiy, al-Ghazali, al-Zarkhashiy, al-
Baglzdadiy dan lain-lain.
2. Penerangan tajuk-tajuk dalam kitab ini terlalu ringkas dan kadang-kadang
didapati ada beberapa tajuk masih memerlukan penerangan lanjut bagi memahami
masalah yang dibincang, di antaranya: kewajipan ke atas setiap Mukallaf (p.15),
menjaga diri dari api neraka (p.32), makna Nubtrwwah (p.96), makna Ruh (p.114)
dan lain-lain.
Oleh kerana ringkasnya penerangan yang diberikan itu sehingga boleh
mendatangkan fahaman yang keliru atau muncul perbezaan pandangan.
3. Dalarn kitab ini juga ditemukan kritikan kepada golongan-golongan lain, di
an taran ya:
a. Golongan Muktazilah mengenai perbuatan makhluk dalam
kaitaruiya dengan tauhid Allah S.W.T dengan perbuatannya (fi'il)
(p.86).
b. Golongan Wahkabijyah dalarn tiga masalah, iaitu, 1) Tempat
(jihah) Allah S.W.T (p.39). 2) Tentang tawassul kepada Nabi dan
Wali (p. 1 18). Tentang makna Bid 'ah (p. 1 16).
c. Golongan Antin Shaykhu di Baghdad tentang Mashiat (kemahuan)
Allah S.W.T (p.75).
BAB V
RUMUSAN PENYELIDIKAN
Di antara rumusan yang dapat disimpulkan dalarn penyelidikan ini antaranya :
1- Syekh al-Ahbash (Abdullah al-Harariy) adalah ulama tradisional yang
cuba mempertahankan system penulisan ulama dahulu yang sudah tak
relevan lagi dengan system penulisan ilmiah moden dewasa ini yang jauh
lebih sistematik, akurat dan jelas rujukan yang digunakan. Beliau nyata
memiliki rasa ta'assub dalarn memilih kitab turath yang dijadikan
rujukannya.
2- Dari sudut pendekatan dakwah yang digunakan masih lagi dipengaruhi
oleh pertelingkahan antara golongan Hanabilah dan Asyairah di masa
1arnpau.Golongan Ahbash terlalu taassub dengan Asyairah, sementara
Wahhabiyyah pula mendokong gerakan Hanabilah ketika itu. Oleh itu
pendekatan Ahbash banyak menuding pandangan Wahhabiyyah tentang
ajaran dan dokrin Islarnnya.
3- Dari sudut pemaharnan Aqidah, puak Ahbash mempertahankan doktrin
Asyairah Mutaakhkhirin dengan mengukuhkan pripentingnya memahami
sifat (13) tigabelas yang wajib bagi Allah bagi setiap individu Muslim.
Puak Ahbash juga mengkeritik konsep tawhid : uluhiyyah, rububiyyah,
yang menjadi teras Aqidah Tawhid puak Wahhabiyyah. Walau
bagaimanapun puak Ahbash tidak menyentuh pendekatan Aqidah al-
Sanusiyyah yang menonjolkan sifat duapuluh (20) yang menjadi asas
pegangan Aqidah bagi majority masyarakat Islam di Malaysia.
4- Terdapat beberapa pandangan Syekh Abdullah Harariy yang tidak lazim
didengar di kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti haram mendoakan
ampunan bagi seluruh dosa kaum muslimin, syafaat Nabi Muhammad di
Akhirat hanya diperuntukkan kepada pelaku dosa besar sahaja, sedang
yang selainnya tidak boleh mendapat syafaat.
5- Puak Ahbash terlalu ta'assub dengan imamnya, iaitu Syekh Abdullah al-
Harariy sehingga banyak buku (kitab) pegangan mereka menukilkan nama
al-Harariy dengan kata " Radiya Allah anhu", sementara kalimah ini
sudah lazim dalam dunia Islam digunakan sebagai penghargaan dan
menghonnatan kepada para Sahabat Rasulullah. Yang agak janggal lagi
kerana al-Harariy masih lagi hidup dewasa ini.
6- Puak Ahbash terlalu berani menggunakan kata : takfir, syirik dan bid'ah
kepada orang-orang Islam yang tidak sejalan dengan ajarannya. Sama
seperti golongan Wahhabiyyah terlalu rigit memahami kata syirik dan
bid'ah, sehingga ia mendatangkan perpecahan malah terkadang
perbalahan di kalangan umat Islam hingga kehari ini. (lihat juga lampiran
Penyelidikan ini sebagai respon kawan-kawan yang pernah belajar di
Yordani yyah).
Adalah sangat bijaksana jika kedua-dua golongan ini kembali menyedari
kelemahan pendekatan dakwah yang digunakan. Supaya usaha
memperkasakan Dakwah Islam yang kini sangat diperlukan dalam
memajukan ummah di merata dunia, terutamanya negara-negara Islam
yang perlu mengambil inisiatif dalam membangunkan umat Islam di
negara masing-masing, agar mampu memperlihatkan citra Islam
sepertimana yang pernah dicontohkan oleh masyarakat Islam Madinah di
bawah kepimpinan Baginda Rasulullah. Semoga tajribah Islam Hadari
yang diperkenalkan oleh Negara Islam Malaysia kini (2004) sebagai
langkah positif ke arah pembangunan masyarakat Islam Malaysia yang
gemilang, cemerlang dan terbilang di zaman pascxmoden, awal kurun ke
21 ini.
RUJUKAN
Al-Harari, Abdullah. 1996. Syarih al-Bayanfi Rad ala man Khalafa al-Qu 'an. Beirut: Dar al-Masyari Li al-Tibaah wa al-Nasyr wa al-Tauzi
Al-Harari,Abdullah. 1996.Izhar al-Akidah al-Suniiyyah Bi syarh al-Akidah al- Tahawiyyah. Beirut : Dar al-Masyari Li al-Tibaah wa al-Nasyar wa al-tauzi
Al-Harari,Abdullah.2002. Kasyf DaIalah Ibn Taimiyah. Beirut : Dar al-Masyari Li al- Tibaah wa al-Nasyar wa al-Tauzi
Al-Harari,Abdullah.2002.a1-Sirat ala-Mustaqim, Beirut : Dar Masyari Li al-Tibaah wa al-Nasyr wa al-Tauzi
~1-Harari,Abd~llah.2002.al-Sirat al-Mustaqim. Beirut : Dar al-Masyari Li al-Tibaah wa al-Nasyr wa al-Tauzi
~l-Qaradawiy, Yususf DR. 2000 Fatawa ' Mua hsirah, juz I11 Quwait :Dam Qalaarn
Al-Gharyaaniy, Adel Abdul Aziz. 2000 al-Haqq al-Yaqiin .
Dimashqiyyah, Abdu Rahman. 1997. al-Habashiy : Shuzuuzuh wa akhta'uh.
Silsilah " Manaarul Huda" majallah rasmi al-Ahbash, Beirut 1999-2000
(7 C X - Y ~ + .f >*'I 'a?i. 4 42 +-~j+ rpL jK, LA i,G LA,
$ 1 , u J ' 6 & I , 4 1 ,. 0 & '&\ i$#dbi 0 .. • 0 ~ s ~ ~ I S > ~ ~ $ ~ ; L s 9 i j ) , r" 0 , r o b O s . . o : 21 > ~ j \ a- $\ $ ily! . y ) :ib & JG, :23 1 4 +2 a 0 . . O Glj q' k u l - 0 0 J '
,. 0 fi 0 r o
oJ,& GI 0d d& >J> +&j& 9 0 . . . , , 0
[ Y O , :$I ] 4+ . && ,
6e & pi, Y dj, GU~ 2 ~ p f l &i FJG A, Lp$ I,: ,A\
Terlebih dahulu saya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Yusof Khalid dan rakan-rakan penyelidik lain yang memberi penghormatan kepada saya untuk mencatatkan di sini sedikit pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsi bersama oleh para pembaca berkaitan tajuk penyelidikan ini. Memandangkan penyelidikan ini pada pandangan saya telah memberikan gambann yang jelas mengenai kumpulan yang terkenal dengan panggilan al Ahbish ini, maka spa yang hendak saya kongsikan di sini hanyalah tertumpu sekitar pengalaman singkat says bersama rakan-rakan pelajar lain sepanjang perjalanan kami menuntut ilmu di Negara Jordan yang menjadi antara pusat tumpuan gerakan kumpulan ini.
Says rnula mengenali kumpulan ini sekitar awal tahun 90an, melalui sahabat- sahabat ~ r a b dari JamCiyyah a1 M a s h d c yang berpusat di Lubnan. Mereka menjemput kami bersama sekumpulan pelajar Malaysia d m pelajar-pelajar dari negara Islam lain ke majlis-majIi~ anjuran mereka seperti majlis berbuka puasa dan program-program sosial lain. Walau bagaimanapun hubungan mereka dengan para pelajar asing ketika itu, pada pandangan saya tidak lebih dari memenuhi tanggungjawab menjalinkan hubungan silaturrahim. Perkara ini mungkin disebabkan oleh bilangan mereka yang sedikit ketika itu atau bilangan pelajar asing sendiri ketika itu khususnya dari Malaysia yang tidak begitu ramai. Says mengenali mereka sebagai pengikut sebuah pertubuhan sufi yang mempunyai pengaruh ymg kuat di Lubnan dan menjalankan aktiviti dakwah mereka secara sistematik, menerusi berbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, penerbitan. ekonomi, hiburan dan sebagainya.
Ketika kembali ke Jordan pada akhir tahun goan, saya diberitahu oleh sahabat- sahabat pelajar Yang rapat, mengenai aktiviti sebahagian pelajar-pelajar dari Malaysia Yang mengikuti kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh mashgikh atau guru-guru ~ r a b di masjid-masjid dan sebagainya. Saya amat positif dengan perkembangan- perkembangan seperti ini kerana pada saya dengan cara ini para pelajar dapat mengukuhkan penguasaan mereka dalam Bahasa Arab dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Program-program pengajian seperti ini juga dapat membina sahsiah para pelajar supaya lebih iltizarn dengan ajaran dan akhlak islamiah serta melatih mereka agar lebih komited dengan tanggungjawab mereka di masa akan datang. Sepanjang pemerhatian saya, memang terbukti para pelajar yang mengikuti program-program ini temyata menunjukkan perubahan yang positif pada diri mereka berbanding sebelum penglibatan mereka.
+ -
Tumpuan yang diberikan oleh mereka terhadap kitab-kitab turgth dengan menggunakan pendekatan tradisional dalam sesi-sesi pengajian yang dianjurkan, berkesan dalam membantu para pelajar memahami dan menguasai permasalahan- permasalahan yang dipelajari. Walau bagaimanapun pendekatan mereka yang terlalu terikat dengan mazhab al Ash5'irah dalam perkara-perkara akidah dan mazhab a1 ShHfiCiyy dalam perkara-perkara fikah, sehingga kadang kala sampai ke tahap
rnenyalahkan pengikut, malah ulama mazhab lain, pada pandangan saya agak kurang sesuai dengan realiti d m cabaran semasa yang di hadapi oleh Umat Islam hari ini. Pe juangan habis-habisan mereka untuk mempertahankan pegangan dan arnalan tradisi ahli tassawuf yang menjadi pertikaian para ulama sejak sekian lama juga, pada pandangan saya turut membantu menyemarakkan lagi perselisihan dan pertelingkahan di kalangan masyarakat Islam, sama sahaja seperti perbuatan pihak yang menentang amalan-amalan berkenaan, yang sengaja memperbesar-besarkan isu-isu yang sepatutnya dibincang secara tertutup dan diselesaikan oleh para ulama kedua belah pihak dengan lebih berhemah d m harmonis.
Selain itu, sikap para tokoh dan pengikut kumpulan ini yang terlalu cepat memperlekehkan, malah menisbahkan ungkapan-ungkapan yang sensitif dan b a h a ~ a seperti diil, diil mudill dan kufr kepada para tokoh dan mufakkir Islam yang bukan dari kumpulan mereka amat mendukacitakan sekali. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas oleh para pembaca menerusi tulisan-tulisan, ceramah-ceramah dan laman-laman web yang menyebarkan idea dan perjuangan mereka. Tokoh-tokoh besar yang telah banyak berjasa kepada perkembangan pemikiran dan Dakwah Islamiah seperti Ibn Taymiyyah, Sayyid Sgbiq, Sayyid Q u ~ b dan lain-lain sering menjadi sasaran mereka, kerana beberapa pendapat yang dibawa oleh tokoh-tokoh ini tidak sealiran dengan pegangan dan amalan mereka. Dalam hubungan ini, penulis pemah mendengar sendiri perbincangan antara seorang pelajar Malaysia yang mengikuti kelas-kelas pengajian anjuran mashlikh Ahbash di Jordan dengan seorang pelajar lain rnengenai b n Taymiyyah. Beliau dengan bersungguh-sun13guh Cuba menisbahkan perkataan dl1 dan kufr kepada Ibn T a y m i ~ ~ a h dengan membawa berbagai bukti dari kitab b n T a p i n a h sendiri. Perkara seperti ini pada panda*3an saYa tidak sepatutnya berlaku di kalangan para pelajar syariah yang sePatutnya mengetahui tentang ad&-adab berikhtilaf dan adab-adab terhadap seorang ulama terkenal seperti ini.
Sebenarnya buk kekurangan seperti ini ditinjau dalam sejarah
:an kumpulan Ahbash sahaja yang mempunyai kelemahan d m Cjika ia boleh dianggap sebagai satu kelemahan), malah jika gerakan dakwah Islamiah yang ada secara umumnya, masih
banyak kumpulan-kumpulan lain yang turut melakukan perkara yang sama. Perkara ini yang telah sampai ke tahap pendedahan dan pertembungan secara terbuka melalui media, internet dan sebagainya, pada pandangm saya amat merugikan Umat Islam dan rnemdedahkan kepada umum tentang kelemahan diri sendiri, serta perpecahan yang rnelanda kem mereka.
Semoga apa yang dicatatkan di sini dapat,memberi manfaat kepada para pembaca yang rnengkaji hasil penyelidikan yang dijalankan oleh para tokoh penyelidik dari KUIM ini. Sekiranya apa yang dicatatkan ini satu kebaikan maka ia adalah dari Allah SWT dan sekiranya maka ia adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahua'lam bissawab.
Katabahu a1 ~ a q h ilayhi TaCzIi; Adnan Mohamed Yusoff Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)