penghayatan solat jumaat satu kajian terhadap mahasiswa kuis

89
PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT: SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWA KUIS MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM JABATAN SYARIAH AKADEMI ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2009/2010

Upload: joe-johari

Post on 27-Oct-2015

715 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

solat jumaat

TRANSCRIPT

Page 1: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT: SATU

KAJIAN TERHADAP MAHASISWA KUIS

MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

JABATAN SYARIAH

AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SELANGOR

2009/2010

Page 2: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT: SATU KAJIAN

TERHADAP MAHASISWA KUIS

MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK

(0712058)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

JABATAN SYARIAH

AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

2009/2010

Page 3: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AKADEMI ISLAM

JABATAN SYARIAH

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD MALEK

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

(SYARIAH)

2009/2010

_____________________ ____________________

PENYELIA

( USTAZ SHUHADAK BIN MAHMUD ) TARIKH

____________________ ____________________

KETUA JABATAN

( USTAZ MUHIDIN BIN MOKTER ) TARIKH

Page 4: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

MOTTO

Maksudnya:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang

kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,

dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Baqarah (2): 216

Page 5: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

DEDIKASI

…Madah ini ku titipkan khas buat semua…

…Ibu, ayah, abang dan adik tercinta…

…Tidak lupa pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan…

Di kalaku merentasi

Menuju ke daratan

Alangkah getirnya

Pabila bahteraku

Yang dicipta batik tidak bercorak

Tumpas... lebur...

Di tengah segara yang luas

Pawana meletus

Mengalahkan...

Sang pawaka yang marak

Menindaskan...

Kemulusan sang mentari yang utuh

Aku si nakhoda

Terkapa-kapa

Terketar-ketar

Sebatang kara

Mengharungi rintangan

Maha hebat sang segara

Tubuh yang dulunya sasa

Kini langsung tidak dapat membantu

Hadirnya sahmura si puspa hati

Menyelamatkan aku

Dari tragedi ngeri

Yang menjadi badi

Lalu...

Sirnalah sang segara

Maka...

Bersinarlah hatiku

Khas buat sahmura

Terima kasih semua…

Semoga dilimpahi maghfirah dan kasih sayangNya

Di dunia dan akhirat…Amin…

Page 6: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, selawat dan salam buat junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda serta para sahabat yang dirahmati

oleh Allah s.w.t. Dengan limpah rahmat, inayah serta kurniaNya, akhirnya penulis

mampu membuat sedikit penyelidikan seterusnya menyempurnakan latihan ilmiah ini

bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan buat ayahanda dan bonda tersayang,

Abd Malek bin Salleh dan Hasnah binti Osman yang telah banyak membantu penulis

dari sudut rohani dan material. Jutaan terima kasih diucapkan di atas jasa kalian yang

telah banyak membantu dan memberi semangat kepada penulis untuk

menyempurnakan latihan ilmiah ini.

Sekalung penghargaan buat Ustaz Shuhadak bin Mahmud, selaku penyelia latihan

ilmiah ini. Terima kasih atas bantuan, kerjasama, tunjuk ajar yang telah diberikan

sepanjang proses seliaan latihan ilmiah ini. Semoga beliau beroleh rahmat dan

keberkatan Allah di dunia dan akhirat. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan Syariah,

Ustaz Muhidin bin Mokter yang tidak jemu-jemu memberikan penulis semangat dan

tunjuk ajar dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih juga buat semua pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor. Khususnya di Jabatan Syariah serta kakitangan perpustakaan yang terlibat

dalam memberi kerjasama dan bantuan seperti yang diharapkan.

Jutaan terima kasih buat sahabat handai yang telah banyak membantu penulis dalam

mencari data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk latihan ilmiah ini.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan latihan ilmiah ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang

dapat membalas jasa baik kalian. Segalanya pasti akan menjadi kenangan buat penulis

sepanjang tempoh menyiapkan latihan ilmiah ini.

Page 7: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Penulis,

Muhammad Fauzan Bin Abd Malek (0712058)

F7, Qrts Pertubuhan Peladang Kawasan Klang,

Batu 2 ½ Jalan Kapar,

41400 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

Page 8: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

SINOPSIS

Kajian ini merupakan latihan ilmiah yang bertajuk “Penghayatan Solat Jumaat: Satu

Kajian Terhadap Mahasiswa KUIS”. Ia membincangkan tentang pengenalan dan

pengetahuan solat Jumaat sebagai salah satu ibadah fardhu dalam Islam dan juga

menganalisis sejauh mana pengetahuan tentang perkara ini terhadap masyarakat

terutama mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Latihan Ilmiah ini mempunyai empat bahagian. Di mana dalam bab satu penulis telah

menyentuh tentang latar belakang masalah, persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis

kajian, skop kajian, metodologi kajian dan masalah kajian yang dihadapi oleh penulis

dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Di dalam bab dua, penulis telah membincangkan definisi solat Jumaat, sejarah solat

Jumaat dan dalil pensyariatan solat Jumaat dengan mendatangkan hujah-hujah

daripada al-Quran dan as-Sunnah. Penulis juga membincangkan tentang keistimewaan

hari Jumaat, syarat-syarat wajib dan sah solat Jumaat, hikmah solat Jumaat, khutbah

Jumaat dan bid‟ah dalam Jumaat.

Bab tiga pula merupakan laporan analisa data mengenai pengetahuan terhadap solat

Jumaat yang dikaji penulis menerusi responden iaitu mahasiswa KUIS. Penulis juga

mengkaji kefahaman dan pandangan para responden terhadap perkara ini. Melalui

kaedah ini, penulis telah mengenalpasti pelbagai reaksi yang berbeza-beza daripada

responden.

Akhir sekali, bab empat merupakan penutup bagi kajian ini. Dalam bab ini

mengandungi kesimpulan kajian dan juga saranan daripada penulis terhadap kajian

tentang penghayatan solat Jumaat terhadap mahasiswa KUIS ini.

Page 9: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

SENARAI KEPENDEKAN

Abd. - Abdul

a.s - „Alaihi Salam

Bhd - Berhad

Bt. - Binti

Dr - Doktor

Hj - Haji

hlm - Halaman

Ibid - Ibidem (menunjukkan sumber yang sama)

IPT - Institut Pengajian Tinggi

Juz - Juzuk

Kg. - Kampung

KUIS - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

No - Nombor

Op. cit - Opere Citato (untuk rujukan yang berulang-ulang)

r.a - Radhiallahu „Anhu

s.a.w - Sallallahu „Alaihi Wasallam

t.t - Tanpa tarikh

Sdn - Sendirian

s.w.t - Subhanahu Wa Ta‟ala

Terj - Terjemahan

www - World Wide Web

% - Peratus

AI - Akademi Islam

FPM - Fakulti Pengurusan dan Muamalah

Page 10: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

FBMK - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

FTSI - Fakulti Teknologi dan Sains Informasi

FSKS - Fakulti Sains dan Kesihatan Sekutu

Page 11: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 : Borang Soal Selidik (Bahasa Melayu)

Page 12: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

SISTEM TRANSLITERASI

Sistem Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi

1. Konsonan

HURUF

ARAB

HURUF

RUMI

HURUF

ARAB

HURUF

RUMI

t ط - ا

z ظ b ب

‘ ع t ت

gh غ th ث

f ف j ج

q ق h ح

k ك kh خ

l ل d د

m م dh ذ

n ن r ر

w و z ز

h ه s س

- ء sh ش

y ئ s ص

t ة d ض

2. Vokal

i. Pendek ii. Panjang iii. Diftong

_____ _____ a ا _____ _____ a يا

_____ _ ____ ay

_____ _____ i ي _____ _____ i وا ____ _ _____

aw

_____ _____ u و _____ _____ u

Sumber:

Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, 2002, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke

Huruf Rumi. Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Page 13: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

HALAMAN PENGESAHAN

MOTTO

DEDIKASI

PENGHARGAAN iii

SINOPSIS v

SENARAI KEPENDEKAN vi

SENARAI LAMPIRAN viii

SISTEM TRANSLITERASI ix

DAFTAR ISI x

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah 1

1.2 Objektif Kajian 3

1.3 Hipotesis Kajian 4

1.4 Skop Kajian 5

1.5 Metodologi Kajian 5

1.5.1 Metode Penentuan Subjek 6

1.5.2 Metode Pengumpulan Data 6

1.5.2.1 Metode Soal-Selidik 7

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 7

1.5.2.3 Metode Observasi 8

Page 14: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.5.2.4 Metode Dokumentasi 8

1.5.3 Metode Analisa Data 8

1.5.3.1 Metode Induktif 9

1.5.3.2 Metode Deduktif 9

1.5.3.3 Metode Komparatif 9

1.6 Masalah Kajian 9

BAB DUA : SOLAT JUMAAT: PERBINCANGAN HUKUM

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Definisi dan Sejarah Solat Jumaat 11

2.2.1 Definisi Solat Jumaat 11

2.2.2 Sejarah Solat Jumaat 12

2.3 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat 14

2.3.1 Al-Quran 14

2.3.2 Hadis 14

2.4 Keistimewaan Hari Jumaat 17

2.5 Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat 19

2.6 Syarat-syarat Wajib dan Sah Solat Jumaat 21

2.6.1 Syarat Wajib Solat Jumaat 21

2.6.2 Syarat Sah Solat Jumaat 22

2.7 Kelebihan dan Hikmah Solat Jumaat 26

2.8 Adab-adab Solat Jumaat 28

2.8.1 Adab-adab Makmum 28

2.8.2 Adab-adab Imam dan Khatib 33

2.9 Khutbah Jumaat 34

Page 15: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.9.1 Rukun Khutbah 34

2.9.2 Syarat Sah Khutbah 36

3.0 Bid‟ah dalam Jumaat 38

BAB TIGA : ANALISIS KAJIAN PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT

TERHADAP MAHASISWA KUIS

3.1 Pengenalan 45

3.2 Latar Belakang Skop Kajian 45

3.3 Latar Belakang Responden 46

3.4 Pengetahuan Mahasiswa KUIS Mengenai Solat Jumaat 49

3.5 Pemahaman dan Pandangan Mengenai Solat Jumaat 51

3.6 Observasi 56

BAB EMPAT : PENUTUP

4.1 Kesimpulan 58

4.2 Saranan dan Cadangan 60

4.2.1 Peranan Negara dan Masyarakat 61

4.2.2 Peranan Ulama‟ dan Institusi Agama Islam 61

4.2.3 Peranan Institusi Pendidikan 62

4.2.4 Peranan Masjid 62

4.2.5 Peranan Pensyarah 63

4.2.6 Peranan Ibu Bapa 63

4.2.7 Peranan Individu 64

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 16: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB SATU

Page 17: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Solat lima waktu merupakan perkara yang wajib didirikan oleh setiap manusia yang

mengakui dirinya penganut agama Islam. Hal ini kerana ianya terkandung dalam

Rukun Islam yang kedua. Kewajipan mendirikan solat ini ditujukan kepada semua

umat Islam yang telah mukallaf tidak kira lelaki mahupun perempuan. Solat juga

merupakan tiang agama.

Pada hakikatnya terlalu banyak perolehan yang amat baik dalam mengerjakan solat

dan apa yang paling penting adalah bagi membentuk individu muslim yang bertaqwa,

berakhlak mulia, bersifat mahmudah dan menjadi pewaris nabi dalam menyebarkan

syiar Islam.

Orang-orang Yahudi sentiasa bermegah-megah dengan hari Sabtu mereka. Manakala

orang-orang Kristian pula selalu berbangga-bangga dengan hari Ahad mereka sebagai

hari yang agung menurut agama mereka masing-masing. Sementara umat Nabi

Muhammad s.a.w, melalui ayat suci al-Quran, Allah s.w.t telah menentukan bagi

mereka hari Jumaat sebagai hari yang agung, di mana Allah memerintahkan agar

umat Islam mendirikan satu solat yang khusus pada hari tersebut, yang menandakan

keagungan hari tersebut sekaligus ibadah tersebut menggantikan ibadah solat fardhu

Zohor.1 Solat tersebut adalah solat Jumaat. Solat ini mempunyai kelebihannya yang

1 Seman bin Haji Jaafar. 2007. Agenda Hari Jumaat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. Hlm. 2.

Page 18: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

tersendiri serta hanya dilakukan seminggu sekali pada hari Jumaat. Ia merupakan

khususiyyat yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja dan

tidak dikurniakan kepada umat-umat yang terdahulu. Hal ini menunjukkan solat

Jumaat itu mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi umat Islam.

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi

jika ia berada di bulan Ramadhan. Banyak keistimewaan dan keagungan di dalamnya

kerana ia bererti hari yang mulia dalam bulan yang penuh dengan rahmat Allah.

Jumaat adalah satu-satunya hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar umat Islam

dalam seminggu. Ia satu-satunya hari yang mendapat gelaran sayyidul ayyam

(penghulu segala hari). Ia adalah hari yang padanya kehidupan manusia di dunia

bermula dan padanya juga kehidupan dunia berakhir.

Hari Jumaat tidak sama seperti hari biasa. Pada hari Jumaat, umat Islam digalakkan

untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka kerana ganjaran pada hari tersebut amat

besar kepada mereka yang melakukan amal ibadah. Terdapat pelbagai ganjaran yang

akan diberikan oleh Allah kepada mereka yang mengisi hari Jumaat dengan perkara-

perkara yang berfaedah. Walaupun solat Jumaat ini mempunyai kelebihan yang

pelbagai, realiti menunjukkan masyarakat masa kini kurang penghayatan dalam solat

Jumaat.

Sehubungan itu, penulis tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang

penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa KUIS. Kajian ini termasuklah kesan

penghayatan dalam solat dan kepentingannya terhadap mahasiswa KUIS.

Page 19: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian menyatakan hasrat utama pengkaji melakukan kajian dan merupakan

aspek terpenting dalam suatu kajian2. Ia juga bertujuan menjawab beberapa persoalan

tertentu dalam sesuatu kajian3. Maka, objektif kajian ialah tujuan utama sesuatu

kajian yang dilakukan dan ia menjadi fokus utama kepada seluruh kajian.

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.2.1 Untuk mengenal pasti tahap penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa

KUIS.

1.2.2 Untuk mengetahui kesan penghayatan solat Jumaat terhadap mahasiswa

KUIS.

1.2.3 Untuk mengupas lebih lanjut tentang kelebihan solat Jumaat menurut Islam.

1.2.4 Untuk mengetahui tentang kepentingan penghayatan solat Jumaat.

1.2.5 Mengenalpasti faktor-faktor kurangnya penghayatan solat Jumaat di kalangan

mahasiswa KUIS.

2 Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (Malaysia)

Sdn. Bhd. Hlm. 12. 3 Sulaiman Masri. 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala

lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 25.

Page 20: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.3 Hipotesis Kajian

Penulisan ilmiah perlu mempunyai hipotesis kajian. Hipotesis kajian menetapkan

hasil kajian yang dijangka akan diperolehi.4 Ia merupakan kesimpulan sementara bagi

persoalan yang hendak dikaji.5 Hipotesis juga adalah alat bagi menguji teori.

6 Oleh

itu, jika suatu hipotesis itu benar, maka bertambah yakin penulis terhadap teori

berkenaan, tetapi jika sebaliknya maka penulis harus berfikir semula.

Sehubungan itu, hipotesis kajian ialah ramalan atau jangkaan awal penulis tentang

kajian dalam penyelidikan yang dilakukannya. Berikut adalah hipotesis awal bagi

kajian ini :

1.3.1 Tahap penghayatan solat Jumaat masih lagi di tahap yang sederhana.

1.3.2 Kesan daripada penghayatan solat Jumaat yang kurang di kalangan segelintir

mahasiswa KUIS menyebabkan mereka kurang mengambil berat dalam

melaksanakannya.

1.3.3 Penghayatan solat Jumaat mempunyai kepentingannya yang tersendiri di

dalam membentuk sahsiah mahasiswa KUIS.

1.3.4 Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mahasiswa KUIS kurang

penghayatan dalam solat Jumaat.

4 Othman Mohamed. 2003. Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Cet. 2. Selangor.

Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hlm. 21. 5Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Pemikiran dan Penulisan Ilmia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 21. 6Syed Arabi Idid. 2002. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Hlm 22.

Page 21: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.4 Skop Kajian

Skop dan ruang lingkup kajian merupakan agenda penting dalam suatu kajian. Ia

harus menyatakan tentang batas kajian, iaitu setakat mana dan kenapa.7 Bahagian ini

penting untuk mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap kerangka kajian yang

dilakukan. Skop kajian penulis dalam latihan ilmiah ini adalah seperti berikut :

1. Mengkaji dan membincangkan tentang penghayatan solat Jumaat di kalangan

mahasiswa KUIS.

2. Membuat kajian dan tinjauan sejauh mana tahap penghayatan solat jumaat di

kalangan mahsiswa KUIS.

3. Lokasi kajian adalah di Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS).

4. Responden merupakan mahasiswa KUIS yang berumur sekitar 18-30 tahun

dengan jumlah seramai 50 orang dengan tempoh kajian selama empat minggu

bermula pada 12 Februari 2010 dan berakhir pada 12 Mac 2010.

1.5 Metodologi Kajian

Metodologi ialah segala langkah atau prosedur yang diambil untuk mencapai segala

objektif penyelidikan.8 Ia dikenali sebagai jentera yang menggerakkan kajian.

9

Metodologi kajian kebiasaannya terbahagi kepada kajian perpustakaan dan

lapangan.10

Rumusannya, metodologi ialah pendekatan atau kaedah yang diguna

7 Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Op. cit. Hlm. 24. 8 Ahmad Mahdzan Ayob. 1997. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Cet. 3. Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Hlm. 44. 9 Othman Mohamed. 2003. Op. cit. Hlm. 26. 10 Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Op. cit. Hlm. 24.

Page 22: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

dalam penyelidikan bagi mengumpul data. Berikut adalah beberapa metodologi yang

diguna dalam kajian ini:

1. Metode Penentuan Subjek

2. Metode Pengumpulan Data

3. Metode Analisis Data

1.5.1 Metode Penentuan Subjek

Metode ini adalah metode yang paling penting dalam menjalankan suatu kajian.

Metode ini digunakan pada awal kajian bagi menentukan subjek kajian dengan tujuan

memberi kemudahan kepada penulis bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan

jelas.11

1.5.2 Metode Pengumpulan Data

Pengumpulan data atau analisis data merupakan perkara penting yang menarik minat

seseorang penulis atau penyelidik untuk membuat penyelidikan.12

Terdapat empat

aktiviti penganalisisan sesuatu data13

iaitu pemprosesan data, membuat kenyataan

berdasarkan data yang diproses, membandingkan dapatan kajian dengan hasil lain dan

terakhir ialah membuat kesimpulan.14

11

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Cet. 2. Kuala Lumpur: Quantum

Books. Hlm. 137. 12 Ibid. Hlm. 130. 13 Data ialah keterangan yang boleh digunakan sebagai asas membuat sesuatu keputusan atau untuk

dijadikan bukti (Arab = dalil, Inggeris = evidence). 14 Sulaiman Masri. 2005. Op. cit. Hlm. 66.

Page 23: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Sehubungan itu, metode pengumpulan data ialah satu kaedah dalam kajian untuk

mengumpulkan semua maklumat yang telah dicari. Dalam kajian ini, penulis telah

menggunakan beberapa metode pengumpulan data iaitu :

1.5.2.1 Metode Soal-selidik

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan

1.5.2.3 Metode Observasi

1.5.2.4 Metode Dokumentasi

1.5.2.1 Metode Soal Selidik

Metode ini merupakan satu kaedah penyelidikan yang menggunakan borang soal

selidik yang mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan data atau maklumat dari

penduduk-penduduk di kawasan penyelidikan.15

Penulis akan mengedarkan borang

soal kaji selidik kepada masyarakat di situ untuk mendapatkan maklum balas dan ia

akan dijawab oleh masyarakat setempat. Selepas menjawab soalan-soalan, responden

akan menyerahkan jawapan kepada penulis.

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan

Metode ini banyak membantu penulis untuk mendapatkan data yang lengkap, tuntas

dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan.16

Penulis banyak tertumpu kepada

metode ini bagi mendapatkan maklumat. Penulis mendapatkan data daripada

Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Perpustakaan

Tun Sri Lanang Universiti Kenangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan Perbadanan

Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam, Selangor.

15 1996. Ensiklopedia Malaysiana. Jilid 12. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. Hlm. 225 16 Ibid. Hlm. 21.

Page 24: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.5.2.3 Metode Observasi

Observasi atau Pengamatan adalah cara memeriksa dengan menggunakan pancaindera

terutama mata, yang dilakukan secara konsisten selama tempoh waktu tertentu untuk

membuktikan sesuatu keadaan atau masalah. Observasi melibatkan penggunaan

pancaindera yang membekalkan ¾ maklumat kepada manusia dan banyak digunakan

oleh penyelidik kajian bersifat saintifik.17

Penulis melakukan observasi melalui

kaedah tertentu bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

1.5.2.4 Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi bermaksud kaedah pengumpulan data dengan menentukan

kajian terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kajian. Antara sumber

maklumat melalui metode ini ialah majalah, buku, risalah dan sebagainya. Metode ini

membantu penulis bagi menambah maklumat kajian.

1.5.1 Metode Analisis Data

Metode ini bertujuan untuk menguji hipotesis yang telah ditetapkan oleh pengkaji.18

Setelah dikumpul, kesemua data akan disemak dengan teliti. Ini bertujuan untuk

membantu penyelidik secara terus menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam

penyelidikan.19

Penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif.

17 fajar-psy.staff.ugm.ac.id/files/bahan_kuliah_observasi_lengkap1.ppt 18 Ahmad Mahdzan Ayob. 1997. Op. cit. Hlm. 31. 19 Syed Arabi Ibid. 2002. Op. cit. Hlm. 32.

Page 25: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

1.5.3.1 Metode Induktif

Metode induktif menganalisis data melalui pola berfikir dengan cara pembuktian. Ia

dijalankan apabila pengkaji ingin memahami secara mendalam mengenai kes tertentu

yang bersifat khusus.20

Metode ini menganalisis dari data atau maklumat yang bersifat

khusus kepada umum.

1.5.3.2 Metode Deduktif

Ia juga menganalisis data dengan pola berfikir dan cara pembuktian. Cuma ia dari

data yang umum kepada yang khusus, dan analisis data berlaku sebelum membuat

kajian.21

1.5.3.3 Metode Komparatif

Metode kompratif ialah metode yang digunakan dalam mebuat kajian yang berbentuk

perbandingan. Dalam hal ini, penulis perlu faham tentang apakah data keputusan

kajian yang wajar dilaporkan.22

Akhirnya, hasil perbandingan akan dirumus oleh

penulis sebagai satu hasil keputusan kajian yang jelas dan tepat.

1.6 Masalah Kajian

Sepanjang penulis melakukan kajian tajuk latihan ilmiah ini, penulis menghadapi

beberapa masalah. Antaranya, masalah mendapatkan bahan kajian, kekangan masa

penulis dan kerjasama daripada para responden menyebabkan penulis perlu banyak

bersabar demi memastikan latihan ilmiah ini dapat disiapkan dengan cemerlang.

20 Chua Yan Piaw. 2006. Op. cit. Hlm. 157. 21 Ibid. Hlm.159. 22 Othman Mohamed. 2003. Op. cit. Hlm. 29.

Page 26: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB DUA

Page 27: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB DUA

SOLAT JUMAAT: PERBINCANGAN HUKUM

2.1 Pendahuluan

Solat Jumaat merupakan sembahyang yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. Ia adalah

antara kelebihan yang diberikan secara khusus oleh Allah s.w.t kepada umat yang

akan diberikan kejayaan (khusus di akhirat) melalui kemuliaan-kemuliaan yang ada

pada hari tersebut.

Solat Jumaat adalah salah satu di antara ibadah fardhu dalam Islam dan di samping itu

ia juga sebagai salah satu perhimpunan kaum muslimin yang besar. Pertemuan solat

Jumaat adalah lebih besar dari segala pertemuan dan lebih besar kefardhuannya selain

dari pertemuan di padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang dikenali sebagai wuquf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

ن نن ي ونن لل نن ل نن الل ننصللىن الل نن ونن نن ل ن نن الل نن نن ي ن نن ن ن

ون ن الذين ي ا نن ذ ن لننقيب ل نا نن ا انن ت ن يل نناي نن ا ا نن ي نن الل ا ونن ا

ناي نن ا لص ىنغ ن ا ي وننتيب نن ننا ن ا ل انن الل نن ي ن نن يلف ن ل نن ن

23غ ن

23 Bukhari. Sahih. Kitab al-Jum‟ah. Bab fardhu Jum‟ah. No. 827. Juz. 3. Hlm. 388.

Page 28: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya dia telah mendengar

Rasulullah s.a.w. telah bersabda kita adalah umat yang akhir wujud di

dunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan

masuk syurga) pada hari kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu

diberikan Al-Kitab (Syariat Samawi) daripada kita. Kemudiannya,

hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada

mereka (untuk mendekatkan diri kepada Allah), tetapi mereka

berselisih padanya (tidak mahu menerima) lalu Allah memberi

petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut). Hari bagi Yahudi

ialah esok (sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (ahad)”.

2.2 Definisi dan Sejarah Solat Jumaat

2.2.1 Definisi Solat Jumaat

Solat dalam kamus dewan membawa maksud sembahyang dalam agama Islam.24

Jumaat bermaksud hari keenam dalam seminggu, selepas hari khamis dan bererti

sembahyang yang beramai-ramai (tidak kurang daripada 40 orang) pada waktu Zuhur

di masjid, surau dan lain-lain.25

Solat Jumaat ialah solat yang dilakukan secara berjemaah sebanyak dua rakaat pada

waktu Zuhur pada hari Jumaat selepas khatib membaca khutbah.26

Kata “Jumaat” di dalam Al-Quran disebut dengan al-Jum‟ah dan merupakan nama

dari salah satu surah Al-Quran melalui firman Allah Taala:

24 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 1514. 25

Ibid. Hlm. 642. 26 Moh. Rifai. Drs. H. 1998. Ilmu Fiqih Islam Lengkap. Cet. 1. Klang: Klang Book Center. Hlm. 175.

Page 29: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Al-Jumu‟ah (62): 9

Dari segi bahasa, kata Jumaat berasal dari kata Jama‟ah yang bererti mengumpulkan.

Oleh sebab itu, hari Jumaat bererti hari berkumpul bagi umat Islam di masjid.

Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas)27

, sahabat Nabi Muhammad s.a.w mengatakan

bahawa dinamakan al-Jum‟ah kerana pada hari itu berkumpul seluruh kebaikan, hari

penciptaan nabi Adam a.s atau hari berkumpulnya kembali nabi Adam a.s dan Siti

Hawa di bumi.28

Di zaman jahiliah, hari Jumaat disebut sebagai yaum al-„Arubah (hari yang jelas dan

agung) dan yaum ar-Rahmah (hari penuh rahmat).29

2.2.2 Sejarah Solat Jumaat

Solat Jumaat mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang dimulakan oleh kaum yang

terdahulu dan diikuti sehingga ke hari ini. Justeru itu, penulis akan menjelaskan serba

sedikit tentang sejarahnya. Solat Jumaat telah difardhukan di Mekah sebelum hijrah

dan Hadis-hadis yang sahih menegaskan bahawa solat Jumaat yang pertama kali

dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w ialah solat Jumaat di Madinah.

27 Nama sebenar beliau Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib al-Qurasyi al-Hasyimi. Dilahirkan di

Mekah pada tahun 619 Masihi dan wafat pada tahun 687 Masihi serta telah menghafaz sebanyak

1660 hadis. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-A‟a-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi‟. Lubnan. Darul „Ilmi

lil Malayiin. Jilid 4. Hlm. 95). 28

Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur. Darul Nu‟man. Hlm.

193. 29 Pt Ichtiar Baru Van Hoeve. 2001. Ensiklopedi Hukum Islam. Kuala Lumpur. Hlm. 253.

Page 30: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Apabila Rasulullah s.a.w tiba di suatu tempat bernama Quba‟ dalam perjalanan

hijrahnya ke Madinah, Rasulullah s.a.w berhenti di kampung „Amr Ibn „Auf.

Rasulullah s.a.w tiba di Quba‟ pada hari Isnin dan Baginda tinggal di situ hingga hari

Khamis. Dalam masa yang singkat itu, Baginda berusaha membina sebuah masjid

untuk kaum Muslimin di Quba‟.

Pada hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. keluar dari kampung itu. Di kala tiba waktu solat

Jumaat, baginda telah sampai di kampung Bani Salm Ibn „Auf. Maka Baginda terus

melaksanakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan di lembah atau “Wadi

Ranuna”. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan oleh Rasulullah

s.a.w. di daerah Madinah itu.30

Orang yang mula-mula sekali menghimpunkan orang ramai bagi mengerjakan solat

Jumaat di Madinah sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ialah As‟ad bin Zurarah31

r.a.32

manakala Mus‟ab bin Umair33

orang yang terawal mengerjakan solat Jumaat di

Madinah.34

30

Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. As-Solat. Kuala Lumpur. Hlm. 408. 31 Nama sebenar beliau ialah As‟ad bin Zurarah bin „Adas an-Najari dari kaum Khazraj. Seorang yang

sangat berani dan mulia sewaktu jahiliyah dan Islam. Lahir pada tahun 622 Masihi. (Khairiddin az-

Zirikli. t.t. Al-A‟a-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi‟. Lubnan. Darul „Ilmi lil Malayiin. Jilid 1. Hlm.

300). 32 Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya. Kuala Lumpur.

Hlm. 3. 33 Nama sebenar beliau ialah Mus‟ab bin Umair bin Hashim bin Abd Manaf. Seorang Quraisy yang

berani setelah memeluk Islam. Dilahirkan pada 625 Masihi. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-A‟a-lam

Qamus Tarajim. Juzuk Rabi‟. Lubnan. Darul „Ilmi lil Malayiin. Jilid 7. Hlm. 248) 34 Al-Ustaz Ad-Doktor Wahbah Az-Zuhaili. 2005. Al-Wajiz fil Fiqh Al-Islami. Damsyik. Hlm. 252.

Page 31: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.3 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat

Terdapat dua sumber utama dalil-dalil dalam pensyariatan solat Jumaat. Sumber

tersebut adalah Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

2.3.1 Al-Quran

Di antara dalil yang menunjukkan bahawa solat Jumaat disyariatkan dan diwajibkan

ialah melalui firman Allah Taala:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk

mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu

pergi (ke masjid)untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan

sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).

Yang demikian adalah baik bagi kamu jikakamu mengetahui (hakikat

yang sebenar).”

Al-Jumu‟ah (62): 9

2.3.2 Hadis

Dalil pensyariatan solat Jumaat menurut As-Sunnah pula melalui sabda

Rasulullah s.a.w.:35

35 Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 409.

Page 32: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

ن يل ل انن ي نن ا ن ننا نن الل نن ب نن ن ن ل نن الل ننصللىن الل نن ونن

نن نن قي ننا ي لننا انن ونن ن نن ي ونن لل ن انن و لنن نن ا نا

36 ا ل ننا ننا لنن لننقيل و نن لىن الل نMaksudnya:

“Daripada Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah diberitakan bahawa

mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas

mimbar: Hendaklah orang-orang itu menghentikan perbuatan mereka

meninggalkan sembahyang Jumaat atau Allah akan menutup mata hati

mereka kemudian mereka akan termasuk dalam golongan yang lupa”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

ص نن نن نن ا نن ن ن الل ننصللىن ا ل لنن لل ن ولنن ل نن الل ننصللىن ا ل نن نن ف

نن اننق ونن لل نن ل ن 37 ل نن نن لىن ا نن ا Maksudnya:

“Daripada Ibn Umar daripada Hafsah isteri Nabi s.a.w sesungguhnya

Nabi s.a.w. bersabda: Pergi ke solat Jumaat (menghadiri jemaah

Jumaat) diwajibkan ke atas setiap yang telah bermimpi (aqil baligh).”

Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Tariq bin Syihab

r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:

نن ا نن ب ننا نن بل انن ل ي نن ل ن نن نن ل ي نا ص ننا نن

ل ننا ننقي نن نن ا ننا نن ل ننا نن اي ن ن ان ننا نن نن ننال

ننق ونن لل نن ل نن الل ننصللىن ا ل ن ل نن نن لىن ا نن قنن ا 38ال

36 Muslim. Sahih. Kitab al-Jum‟ah. Bab at-Taghliz fi tarakal Jum‟ah. No. 1432. Juzuk 4. Hlm 355. 37 An-Nasa‟I dan Abi Daud. Sunan. Kitab al-Jum‟ah. Bab at-Tasydid fi takhallufi anil Jum‟ah. No.

1354. Juzuk 5. Hlm 202. 38 Abi Daud. Sunan. Kitab as-Solat. Bab al-Jum‟ah lil muluki wal mar‟ah. No. 901. Juz. 3. Hlm. 265.

Page 33: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Maksudnya:

“Diberitakan Abbas bin Abdil Azim diberitakan Ishak bin Mansur

diberitakan Huraim daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-

Muntashir daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab

daripada Nabi s.a.w bersabda: (Solat) Jumaat adalah tanggungjawab

yang wajib ke atas setiap orang Islam.”

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

نن ا ن ل ي ن ي نن ل ي ن ننا نن الل نن ب ننا نن نن ل ي ن نن نن

ن نن ا نا ننق ونن لل نن ل نن الل ننصللىن ا ل لنن ولن الل نن ب نن ننا نن

نن نن ي للف ون ن لىن نن لننا ا ل انن صل ن ا نن ا نن و نن ننا نن ا

نن نن ي للف ونن ا ون 39اي تي نن ا Maksudnya: “Diberitakan oleh Ahmad bin Abdillah bin Yunus diberitakan Zuhair

diberitakan Abu Ishak daripada Abil Ahwas dia mendengar

daripadanya daripada Abdillah sesungguhnya Nabi s.a.w. telah

bersabda: Sesungguhnya saya berniat hendak menyuruh seseorang

menjadi imam bagi orang-orang yang sedang berjemaah, lalu saya

pergi membakar rumah-rumah orang-orang yang meninggalkan solat

Jumaat.”

39 Muslim. Sahih. Kitab al-Masajid wa mawadi‟u solah . Bab fadlu solat Jum‟ah wa bayan. No. 1043.

Juz. 3. Hlm. 382.

Page 34: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.4 Keistimewaan Hari Jumaat

Mengikut taqwim Islam, Jumaat adalah satu-satunya hari yang dipilih oleh

Allah untuk menjadi hari kebesaran bagi umat Islam jika dibandingkan dengan

hari-hari yang lain. Jumaat juga dikenali sebagai sayyiddul ayyam (penghulu

segala hari). Ia adalah hari yang padanya kehidupan manusia di dunia bermula

dan padanya juga kehidupan dunia berakhir.

Selain itu, banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu kita ketahui tentang

keistimewaan hari kebesaran umat Islam ini. Antara perkara yang berlaku

pada hari Jumaat adalah:

1) Berlaku pernikahan antara Nabi Adam a.s dengan Hawa.

2) Berlaku pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Zulaikha.

3) Berlaku pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari

negeri Saba‟.

4) Hari berlakunya Perang Badar.

5) Berlaku pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah binti

Khuwailid r.a dan Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a.

6) Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam a.s, Allah s.w.t turunkan Nabi

Adam a.s ke bumi dan Allah mewafatkan Nabi Adam a.s.40

7) Ada satu saat pada hari Jumaat yang tidak ada seorang hambapun yang

memohon sesuatu, kecuali Allah akan memperkenankan

permohonannya selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.

8) Hari berlakunya kiamat.

40

Abu Ahmad Yasin. 2009. Op. cit. Hlm. 10.

Page 35: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

9) Menentukan surah as-Sajadah dan al-Insan supaya dibaca dalam solat

Subuh di pagi Jumaat. Surah-surah ini mengandungi hal-hal yang telah

dan akan terjadi pada hari Jumaat. Namun begitu, terdapat khilaf

mazhab dalam menentukan surah tersebut yang mana dalam Mazhab

Maliki berpandangan surah tersebut tidak ditetapkan untuk dibaca

dalam solat Subuh di pagi Jumaat.41

10) Menganjurkan secara khusus supaya kita membanyakkan selawat ke

atas Nabi Muhammad s.a.w pada malam dan hari Jumaat.

11) Memfardhukan solat Jumaat yang mempunyai beberapa ketentuan

yang tidak didapati pada solat-solat yang lain. Solat Jumaat adalah

seteguh-teguh fardhu dari fardhu-fardhu Islam.

12) Hari Jumaat dijadikan oleh Allah sebagai hari mengkafarahkan dosa

hamba-hambaNya (hari pengampunan).

13) Membesarkan dan meninggikan pahala kepada mereka yang pergi

menunaikan solat Jumaat.

14) Mensyaratkan dua khutbah sebelum solat Jumaat.

15) Melipatgandakan pahala sedekah yang diberikan pada hari Jumaat.

16) Hari Allah memadamkan api neraka.

17) Menggalakkan umat Islam mempergunakan hari Jumaat untuk

beribadah.42

Dengan demikian itu hari Jumaat adalah:

a) Hari ibadah.

b) Hari yang Allah s.w.t. jadikan untuk sumpahNya.

41

http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk7.htm 42 Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op. cit. Hlm. 406.

Page 36: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

c) Hari gentar dan kecutnya bumi dan langit, seluruh makhluk, jin dan

manusia.

d) Hari yang dikhususkan Allah s.w.t. untuk umat Islam.

e) Hari pilihan dari hari-hari mingguan.

f) Hari Allah mendekatkan roh kepada kuburnya dan memungkinkan roh

mengenali orang-orang yang menziarahinya.

g) Hari yang tidak digalakkan bagi kita khususkan untuk berpuasa.

h) Hari berkumpul untuk mengingatkan manusia dengan asal kejadian

mereka dan dengan keadaan-keadaan hidup sekali lagi di akhir nanti.43

2.5 Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Pada hari Jumaat, terdapat pelbagai perkara yang sunat dilakukan oleh setiap orang

Islam bagi menambahkan pahala mereka berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Pada hari tersebut, ganjaran kepada sesiapa yang melakukan kebaikan adalah berlipat

kali ganda. Antara perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti:

1) Disunatkan memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi

Muhammad s.a.w.

2) Disunatkan mandi sunat Jumaat.44

3) Disunatkan memotong kuku dan kumis.

4) Disunatkan memakai wangian.

5) Disunatkan memakai pakaian yang bersih, cantik dan berwarna putih.

6) Disunatkan bersiwak atau membersihkan gigi sebelum pergi solat

Jumaat.

43 Ibid. Hlm. 407. 44 Ibid. Hlm. 408.

Page 37: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

7) Disunatkan datang awal ke masjid.45

8) Disunatkan beriktikaf di masjid.

9) Disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

10) Disunatkan membaca surah as-Sajadah dalam solat Subuh di pagi

Jumaat.46

11) Disunatkan memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, solat sunat

dan berdoa sebelum imam memulakan khutbah.

12) Disunatkan solat sunat tahiyyatul masjid sebaik masuk ke dalam

masjid.47

2.6 Syarat-syarat Wajib dan Sah Solat Jumaat

2.6.1 Syarat Wajib Solat Jumaat

Solat Jumaat diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut iaitu

muslim, baligh, berakal, lelaki, sihat tubuh badan, bermukim dan merdeka.48

Berikut adalah penerangan mengenai syarat-syarat wajib solat Jumaat:

1. Islam. Oleh itu orang kafir tidak dituntut dan diwajibkan melaksanakannya di

dunia ini kerana ia merupakan suatu tuntutan yang dibina atas dasar Islam yang

menjadi asas kepada tuntutan kesemua ibadat dan ketaatan kepada Allah Taala.

2. Baligh (dewasa). Tidak wajib solat Jumaat ke atas kanak-kanak kerana mereka

tidak mukallaf.

45

Umar Bin Abdul Mun‟im Salim. 1999. Petunjuk Nabi Tentang Amalan Pada Siang dan Malam

Jumaat. Kuala Lumpur. Hlm. 47-95. 46 Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 405. 47

http://psittacula.wordpress.com/2007/09/28/jumaat-penghulu-segala-hari/ 48 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.

Bersuci & Sembahyang. Jilid 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sd. Bhd. Hlm. 259.

Page 38: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3. Berakal. Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang gila.

4. Merdeka. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas hamba kerana ia sibuk dengan

pelbagai tanggungjawab terhadap tuannya. Tanggungjawab ini menjadi

penghalang daripada diwajibkan solat Jumaat ke atasnya.

5. Lelaki. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas perempuan kerana mereka sibuk

dengan anak-anak dan urusan rumahtangga serta menimbulkan kesulitan kepada

mereka untuk hadir pada waktu dan tempat yang telah ditentukan.49

6. Sihat tubuh badan. Orang sakit yang akan merasai kesakitannya dengan sebab

menghadiri solat Jumaat atau kerana menunggu sehingga selesainya solat atau

kesakitannya akan bertambah kuat dan lambat sembuh disebabkan kehadirannya,

adalah tidak wajib baginya solat Jumaat.

Masalah di atas diqiaskan (hukumnya sama) kepada orang yang ditugaskan merawat

dan berkhidmat kepada orang yang sakit, jia dia tidak mendapati orang lain untuk

mengambil alih tugasnya ketika dia pergi ke masjid, sedangkan pesakit tersebut

memerlukan khidmatnya dan sama ada dia adalah keluarga terdekat pesakit atau tidak.

Keadaan tersebut menyebabkan solat Jumaat tidak diwajibkan ke atasnya.50

7. Bermukim. Bermaksud orang yang bukan sedang dalam perjalanan atau musafir.

Tidak wajib solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, dalam perjalanan (jika

perjalanan itu sebelum terbit fajar, tetapi jika sesudah terbit fajar maka wajib

49 Ibid. Hlm. 260. 50 Ibid .

Page 39: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

baginya mengerjakan solat Jumaat pada waktu itu walaupun di suatu tempat dalam

perjalanannya).51

2.6.2 Syarat Sah Solat Jumaat

Apabila seseorang cukup syarat wajib solat Jumaat, maka wajib ke atasnya

menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat tersebut tidak sah kecuali

cukup syarat-syarat seperti berikut:52

1. Hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama

ada di pecan atau di kampong. Bilangan penduduknya yang bermastautin

pula tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat wajib solat

Jumaat.

2. Bilangan ahli Jumaat yang cukup syarat tidak kurang daripada 40 orang.

Mereka adalah golongan lelaki yang baligh dan bermastautin.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

ونا نمج نا نىفن:ننق ونا اكن ن ا ن نا ن نا ن ا ن ب ن

ن نيفنقب نا ن ا نصلىن هللن ل ن ل ن مل ن نا ن مل ن

53 ا ن ا و:ننق ون؟ن ائذن ن :ن خلض انقل Maksudnya:

“Dari Abdur Rahnan bin Ka‟ab bin Malik dari bapanya, berkata:

“Orang yang mula-mula mendirikan solat Jumaat bersama kami di

Madinah ialah As‟ad bin Zararah sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

datang ke Madinah, iaitu di Naqi‟ al-Khidmat. Aku (Abdur Rahman)

51

Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man. Hlm.

197. 52 Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho. & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op cit.. Hlm. 262. 53 Al-Baihaqi. Ma‟rifah as-Sunan wal Athar. Kitab al-Jum‟ah. Bab al-Adad allazina iza kanu fi qaryah

wajabat „alaihimul jum‟ah. No. 1712. Juz. 5. Hlm. 48.

Page 40: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

bertanya: Berapa ramai kamu ketika itu?” Dia (Ka‟ab) menjawab:

“Seramai empat puluh orang”.

3. Didirikan dalam waktu Zuhur.

Sekiranya solat Jumaat sedang didirikan, tiba-tiba waktu Zuhur tamat,

maka mereka hendaklah menukarkannya kepada solat Zuhur dan solat

tersebut disempurnakan dengan empat rakaat.54

Perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat Jumaat dalam waktu

Zuhur menjadi dalil kepada syarat tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda:

ن نن نق ونو ل نن ا ننا نن ل نن ل ي نق ونن ب نن ل ي نق ونن و نن ل ي

ل ن ا نناي نن نن لى نصللىن ا ل نن ونن ي ونن اصلل انن ق نن نن ل ا انن

55 ا ل ننتي ونن نن ا نن صل ن لل نن ل نن الل نMaksudnya:

“Diberitakan Adam telah berkata diberitakan Syu‟bah telah berkata

diberitakan Sayyar bin Salamah telah berkata aku telah masuk dan

bertemu Abi Barzah Aslami maka bertanya kepadanya tentang waktu

solat. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat Zuhur (Jumaat) ketika

telah tergelincir matahari.”

4. Didirikan secara berjemaah.

Tidak pernah di zaman Rasulullah s.a.w. solat Jumaat dilakukan secara

bersendirian.

54 Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 263. 55 Bukhari. Sahih. Kitab . Bab al-Qira‟ah fil fajr. No. 729. Juz. 3. Hlm. 228.

Page 41: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Sekurang-kurangnya bilangan jemaah, menurut pendapat sebahagian

ulama‟, 40 orang lelaki dewasa dari penduduk negeri. Ulama‟ yang lain

mengatakan lebih dari 40 orang.

5. Hendaklah solat Jumaat itu didahului oleh dua khutbah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

نن نن ونن لل نن ل نن الل ننصللىن الل نن ونن ولن نن ا نن ن ن ي نن ب ي

ن 56ا ل نناي ي ي ن ل نن ا Maksudnya:

“Daripada Ibn Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkhutbah dua

khutbah pada hari Jumaat dengan berdiri, dan baginda duduk di

antara dua khutbah itu sekali”

Fuqaha berpendapat bahawa khutbah adalah syarat sah Jumaat. Ini berdasarkan

firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk

mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu

pergi (ke masjid)untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan

sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).

56 Ahmad. Musnad. Kitab Musnad al-Mukassirin min as-Sahabat. Bab Musnad Abdullah bin Umar. No.

5468. Juz. 12. Hlm. 5.

Page 42: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Yang demikian adalah baik bagi kamu jikakamu mengetahui (hakikat

yang sebenar).”

Al-Jumu‟ah (62): 9

6. Hendaklah didirikan di suatu tempat atau binaan tertentu.

ن ن هللن ن ل نق ونق ون ا ن ب ن ن ن ب نا ن ن ن ا ن

57ا ا ناص نيفن النت ن النمج نال

Maksudnya:

“Daripada Zubaid daripada Saad bin Ubaidah daripada Abi Abdul

Rahman telah berkata. Berkata Ali r.a.: Tidak dinamakan Jumaat dan

tidak dinamakan solat hari raya kecuali di dalam pekan.”

Wajib solat Jumaat tersebut dihimpunkan di satu kawasan sahaja. Sekiranya terdapat

terlalu ramai orang untuk solat Jumaat sedangkan tempat adalah sempit iaitu tidak

mampu menampung dan memuatkan semua orang dalam kawasan tersebut, maka

harus dibuat dengan berulang mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

Hikmah daripada syariat ini ialah dengan menghadkan satu tempat sahaja untuk

didirikan solat Jumaat akan lebih memberi kesan dan makna kepada tujuan ia

disyariatkan, iaitu menzahirkan syiar perhimpunan (perpaduan) dan dapat

menyatukan pemikiran. Manakala bertaburan di tempat yang berbeza tanpa sebab atau

hajat boleh menyebabkan kepada perpecahan sesama sendiri.58

57 Al-Baihaqi. Sunan al-Kubra. Kitab Sunan al-Kubra Lil Baihaqi. Bab Juz. 3. Hlm. 179. 58 Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 265.

Page 43: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.7 Kelebihan dan Hikmah Solat Jumaat

Solat Jumaat yang didirikan sekali dalam seminggu merupakan solat yang wajib

dilakukan oleh setiap muslim lelaki yang memenuhi syarat-syaratnya. Antara

kelebihan dan hikmah solat Jumaat ialah:

1) Perhimpunan umat Islam secara beramai-ramai pada hari Jumaat itu dapat

menegakkan syiar dan kemuliaan Islam.

2) Dalam perhimpunan itu, dapat dilihat betapa kekuasaan umat Islam. Hal

ini dapat menimbulkan rasa segan dan hormat penganut agama lain

terhadap Islam dan umatnya.

3) Dapat mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang kukuh antara

semua peringkat umat Islam, tanpa membezakan kedudukan, pangkat dan

taraf sosial mereka.

4) Dapat mempereratkan lagi tali persaudaraan dan ukhuwwah Islamiyyah

yang akrab antara sesama umat Islam.

5) Dapat memperbaharui dan meningkatkan iman serta ketaqwaan kepada

Allah dengan cara mendengar dengan baik khutbah yang disampaikan oleh

khatib sebelum menunaikan solat Jumaat.59

Oleh itu, Allah s.w.t. sangat menggalakkan orang-orang Islam menghadirinya dan

memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan dan memandang ringan

terhadapnya. Perkara ini telah disebutkan sebelum ini di dalam masalah ini dengan

merenung sabda Rasulullah s.a.w.:

59 Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 196.

Page 44: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

ونن ل ي ننق ونن نا نن ل نن نن نن ل ي نال ل وننا نن ب نن ل ن ف

ا ن ض ب ن ولننا نن نن اضل ي نن ا نن نن نن ا ن الل ننصللىن الل نن وننص

60قيل ب ن لىن الل نن ب ننو نتي نمج نن ننتي ننا ننق ونن لل نن ل ن

Maksudnya:

“Diberitakan oleh Musaddad diberitakan Yahya daripada Muhammad

bin Amr telah berkata dikhabarkan Abidah bin Sufian al-Hadrami

daripada Abi al-Ja‟di ad-Dhomri iaitu sahabat nabi. Rasulullah s.a.w

telah berrsabda: Sesiapa yang meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali

disebabkan sikap memandang ringan terhadapnya. Maka Allah akan

menghijab (menutup) hatinya.”

2.8 Adab-adab Solat Jumaat

2.8.1 Adab-adab Makmum

1. Hendaklah para makmum bersegera pergi ke masjid, berpandukan kepada firman

Allah s.w.t:61

Maksudnya:

60 Abi Daud. Sunan. Kitab as-Solat. Bab at-Tasydid fi tarakal Jum‟ah. No. 888. Juz 3. Hlm. 247. 61

Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 408.

Page 45: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik

untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu, dan mendapat syurga yang

bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang

yang bertaqwa”

Al-Imran (3): 133

Rasulullah s.a.w bersabda:

نا ننق ونن لل نن ل نن الل نن لن نن الل نن ونن ولن نن الل نن نن ي نن نن ن

نن ي نن غ ل ن ا ننغل نن ا ن انن لنن ا ن الل ننيفنن انن ا ننا ننقي لانن نل

ن الل ن ن قي ونن ب نقي لانن لنن الل ال نن الل ننيفنن انن ا نناي ننقي لانن نل

ن ا ل ا نن الل ننيفنن انن ا ن ال نن الل ننيفنن انن ا ننوا ا ننقي لانن نل ن خل

ا نن نن إذ ن ض ناننقي لانن نل ونن ا نن ض ا نن ا 62 اذ نن ل Maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w.

bersabda: Sesiapa yang mandi sunat hari Jumaat dan mandi junub,

kemudian berangkat ke masjid di saat pertama, maka seolah-olah dia

telah berkorban seekor unta, dan barangsiapa yang pergi ke masjid di

saat kedua, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor lembu dan

barangsiapa pergi ke masjid di saat ketiga, maka seolah-olah ia telah

berkorban seekor biri-biri yang bertanduk; dan barangsiapa pergi ke

masjid di saat ke empat, maka seolah-olah ia telah berkorban seekor

ayam, dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang kelima; maka

seolah-olah ia telah berkorban sebutir telur. Kemudian apabila imam

telah datang maka ditutuplah buku catatan, diletakkan pena dan

berkumpullah para malaikat di sekitar mimbar mendengarkan zikir

(khutbah).

Saat-saaat ijabah menurut penerangan Imam Al-Ghazali adalah sebahagian

tentang hal saat-saat:

62 Bukhari. Sahih. Kitab al-Jum‟ah. Bab fadlul Jumah. No. 832. Juz. 3. Hlm. 396.

Page 46: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Saat pertama ialah dari selesai solat Subuh hingga terbit matahari.63

Saat kedua ialah dari terbit matahari hingga bermulanya waktu Dhuha.

Saat ketiga ialah dari waktu Dhuha hingga terasa panas kaki berjalan tanpa

memakai alas kaki (berkasut).

Saat keempat ialah bermula dari terasa panas kaki apabila berjalan hingga

tergelincir matahari.

Saat kelima ialah dari tergelincir matahari sehingga naik khatib ke atas

mimbar untuk berkhutbah.64

2. Hendaklah para makmum membersihkan diri (mandi) untuk datang solat Jumaat

dan hendaklah ia menghilangkan segala kekotoran-kekotoran badan seperti

memotong kuku, mencukur rambut dan bulu yang perlu dicukur dan hendaklah

berhias dengan pakaian yang elok dan cantik, serta memakai sedikit bau-bauan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

بي ن ل نن الل ننصللىن الل نن ونن ولن نن ا نن نن نن ننا اكنن ننقي ي ب نن

نن ننا انن ذ نق ونن لل ن 65 يل ي ل نن ا Maksudnya:

“Kami dikhabarkan Qutaibah daripada Malik daripada Nafi‟

daripada Ibnu Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika

telah datang kepada kamu hari Jumaat, maka hendaklah kamu mandi

(bersihkan diri).”

63 Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 209. 64 Ibid.Hlm. 210. 65 An-Nisa‟i. Sunan. Kitab al-Jum‟ah. Bab al-Amru bil ghaslu yaumul Jum‟ah. No. 1359. Juz. 5. Hlm.

212.

Page 47: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3. Hendaklah ketika keluar dari rumah menuju ke masjid membaca doa ini:66

ال ن ا نىفنقلىبن ن ىفنال ىنن ن ىفنال ىنن ن ا نىفن ىن ن

ا نىفناص ىن ن ا نىفن ل ىن ن ا ن ا اىن ن ا نا ن قىن

. ال ن ىننو.ن ن ا نحتىتن

ن Maksudnya:

“Ya Tuhanku! Jadikanlah dalam hatiku cahaya yang cemerlang dan

pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah pada

pendengaranku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah pada

penglihatanku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah di belakangku

cahaya yang cemerlang dan di hadapanku cahaya yang cemerlang dan

jadikanlah dari atasku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku pun

cahaya yang cemerlang. Ya Tuhanku, berilah akan daku

kecemerlangan.”

4. Hendaklah mengambil jalan yang jauh ketika pergi, serta berjalan dengan

perlahan-lahan, tenang dan tidak membanyakkan bicara. Tetapi ketika kembali

dari masjid hendaklah mengambil jalan yang dekat.

5. Ketika masuk ke masjid, hendaklah melangkah dengan kaki kanan sambil

membaca doa masuk ke masjid. Apabila keluar dari masjid, hendaklah melangkah

dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid.

6. Hendaklah para makmum menjauhkan diri dari melangkahi kedudukan para

makmum yang lain.67

66

Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 409. 67 Ibid. Hlm. 410.

Page 48: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang

yang mukmin dan mukminat dengan perkataan atau perbuatan tanpa

kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah

memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang

amat nyata.”

Al-Ahzab (33): 58

7. Hendaklah para makmum setibanya di dalam masjid terus saja mengambil tempat

dan mengerjakan solat tahiyyatul masjid, walaupun khatib sedang berkhutbah,

terkecuali jika ditakuti luput takbiratul ihram bersama imam.

8. Hendaklah sesudah melaksanakan tahiyyatul masjid, para makmum duduk untuk

berzikir, berdoa, berselawat dan membaca al-Quran.68

9. Hendaklah berhenti dari mengerjakan yang demikian apabila imam telah

memulakan khutbah, dan hendaklah terus mendengar khutbah yang diucapkan

oleh imam atau oleh khatib; mengingat kepada hadis:

نق ونن انن ا نن نن نن نن الل نن ل ي نق وننا ننا نن نن ل ي

بي ن بي انن ي نن ا ن ولنن ا ل ل ننا نن نن ن ل نن الل ننصللىن الل نن ونن ولن

68 Ibid. Hlm. 411.

Page 49: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

نن ي نناص بكننقيل نن ذ نق ونن لل ن ا نن ص نن ا ن ي نن نن ا

69ا انMaksudnya:

“Diberitakan Yahya bin Bukair telah berkata diberitakan al-Lais

daripada Uqail daripada Ibnu Syihab telah berkata aku dikhabarkan

Said bin Musayyib sesungguhnya Abu Hurairah telah mengkhabarkan

sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila engkau katakan

kepada teman engkau di hari Jumaat; diamlah! Sedangkan imam

msedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang

mensia-siakan.”

10. Disunatkan mengerjakan solat sunat Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat.

Solat ini boleh dikerjakan di masjid atau di rumah.

2.8.2 Adab-adab Imam dan Khatib

1. Imam hendaklah ke masjid apabila masuk waktu solat dengan memberi salam

ketika masuk, lalu naik ke mimbar dan memberi salam sekali lagi tanpa

melakukan sunat tahiyyatul masjid.

2. Hendaklah imam duduk sejenak selepas salam, untuk menanti mu‟azzin selesai

dari azannya dengan menghadap kepada para makmum.

3. Hendaklah imam itu menunaikan adab-adab azan sesudah selesai mu‟azzin dari

azannya. Sesudah itu iapun bangun dan mengucapkan dua khutbah dengan duduk

sejenak di antara dua khutbah itu.70

4. Hendaklah imam (khatib) meneladani Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan

khutbahnya itu, baik pada kaifiatnya mahupun pada kandungannya.

69 Bukhari. Sahih. Kitab al-Jum‟ah. Bab al-Insot yaumul Jum‟ah wal imam. No. 882. Juz. 3. Hlm. 476. 70 Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. Op.cit. Hlm. 427.

Page 50: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.9 Khutbah Jumaat

Kewajipan berkhutbah dilaksanakan oleh imam (ketua negara) atau berkhutbah itu

adalah kewajipan imam dapat difahamkan dari Nabi s.a.w. selaku Ketua Negara dan

pimpinan umat. Maka hendaklah ketua-ketua jemaah (para penguasa) melaksanakan

Jumaat dan jemaah menurut sifat yang terus-menerus dikerjakan oleh Rasulullah

s.a.w.

Khutbah yang diwajibkan itu ialah khutbah yang sering dibacakan oleh Rasulullah

s.a.w. yang bertema “menggembirakan dan menakutkan.”

Itulah yang sebenarnya yang menjadi roh (jiwa) khutbah dan sebab khutbah itu

disyariatkan. Apabila khatib (imam) telah melaksanakan yang demikian, maka

barulah terlaksana khutbah itu.71

2.9.1 Rukun Khutbah

Untuk terlaksananya khutbah Jumaat itu dengan baik, maka khatib hendaklah

memperhatikan rukun-rukunnya. Antara rukun khutbah tersebut:

1. Memuji Allah di awal khutbah. Memuji Allah ini dapat diucapkan dengan

lafaz ”Alhamdulillah” atau kalimah-kalimah yang semakna dengannya.72

2. Mengucapkan dua kalimah syahadah.73

71

Ibid. Hlm. 428. 72

Abdul Aziz Ismail. 2008. Solat Jumaat, Huraian Menurut al-Quran dan Hadis. Kuala Lumpur:

Progressive Publishing House Sdn. Bhd. Hlm. 90. 73 Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 204.

Page 51: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Rasulullah s.a.w. bersabda:

بي نق ونن وننا نن ا نن ب نن ل ي ن فل ونن ل ي نن ل ننا نن ص نن ن ل

ن ب نن نن لل نن ل نن الل ننصللىن الل نن وننق ون ق ونن ي ن نن ا ن ننق ونن ن

ا انن ا نن و نن نا ن ذ 74 ا Maksudnya:

“Diberitakan oleh Ghaffan oleh Abdul Wahid bin Ziyad telah berkata

dikhabarkan oleh „Asim bin Kulaib diberitakan bapaku telah berkata,

aku mendengar Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah

bersabda: Tiap-tiap khutbah yang tiada syahadah padanya, adalah

seperti tangan yang kudung”.

3. Berselawat ke atas Nabi s.a.w dengan mana-mana kata-kata yang memberi

makna selawat, dengan syarat nama Nabi hendaklah disebut dengan lafaz yang

jelas seperti Nabi, Rasul atau Muhammad. Ia tidak memadai jika disebut

dengan gantinama sebagai ganti kepada lafaz-lafaz tersebut.

4. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz

dan uslub. Ketiga-tiga syarat di atas adalah rukun bagi kedua-dua khutbah.

Tidak sah mana-mana khutbah yang tidak dibaca rukun-rukun tersebut.

5. Membaca satu ayat daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah.

Ayat yang dibaca disyaratkan dapat memberi kefahaman dan mempunyai

makna yang jelas.

6. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua. Doa

tersebut boleh dilakukan dengan mana-mana uslub, asalkan ia dianggap

sebagai doa menurut pandangan umum („uruf).75

74 Ahmad. Musnad. Kitab Baqi Musnad al-Mukassirin. Bab Musnad Abi Hurairah r.a. No. 8162. Juz.

17. Hlm. 204. 75 Mustofa Al-Khin. Dr & Mustofa Al-Bugho. & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Op.cit. Hlm. 267.

Page 52: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

2.9.2 Syarat Sah Khutbah

Untuk sahnya khutbah, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti. Antara syarat-

syarat sah khutbah ialah:

a. Khatib hendaklah lelaki. Kaum perempuan tidak dibenarkan menjadi khatib,

kecuali jika jemaah itu semuanya terdiri dari kalangan kaum perempuan.

b. Khatib hendaklah berdiri jika mampu. Imam Malik dan Imam Syafie

mewajibkan berdiri ketika menyampaikan khutbah apabila khatib itu mampu

berbuat demikian. Manakala Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak

mewajibkannya kerana mengatakan bahawa berdiri itu disyariatkan dalam

menyampaikan khutbah, tetapi tidak wajib hukumnya.

c. Hendaklah khutbah itu disampaikan dalam waktu Zohor.

d. Duduk istirehat antara dua khutbah. Demikian pendapat Imam Syafie,

sementara imam-imam lain tidak mewajibkannya.

e. Kedua-dua khutbah hendaklah dilakukan secara berturut-turut.76

f. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar mahupun hadas kecil.

g. Khatib hendaklah suci daripada najis.

h. Khatib hendaklah menutup aurat.

i. Khatib hendaklah mengucapkan khutbah itu dengan suara yang kuat, lantang

dan jelas sehingga semua jemaah dapat mendengar dan memahami khutbah

yang disampaikannya.77

Demi untuk mencapai matlamat yang hendak dituju dalam khutbah, ajaran Islam

menentukan beberapa syarat untuk membolehkan seseorang tampil selaku khatib pada

hari Jumaat. Syarat itu ialah:

76

Akmal Hj Md Zain. 2009. Op.cit. Hlm. 203. 77 Ibid. Hlm. 204.

Page 53: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

i. Mengetahui aqidah yang sahih supaya dia tidak menyesatkan para

jemaah melalui khutbah yang hendak disampaikannya.

ii. Mengetahui hukum-hukum yang berkenaan dengan fikah Islam supaya

tidak merosakkan ibadah disamping berkebolehan untuk memberi

jawapan dan penjelasan berkenaan hukum Islam apabila ada jemaah

yang memerlukan penjelasannya.78

iii. Mempunyai minat yang sungguh-sungguh terhadap penyelidikan

hukum hakam Islam sama ada berkaitan aqidah mahupun syariah.

iv. Hendaklah fasih lidahnya serta mampu menta‟birkan segala kandungan

hatinya berdasarkan ilmu yang dimilikinya.

v. Hendaklah seorang yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.

vi. Hendaklah orang yang soleh, berakhlak mulia dan tidak melakukan

maksiat.79

3.0 Bid’ah Dalam Jumaat

Islam menggalakkan umatnya sentiasa beribadah tidak kira masa dan tempat. Solat

Jumaat juga merupakan ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Dalam

beribadah, kadang-kala kita tidak sedar bahawa ibadah yang kita lakukan itu tidak ada

dalil atau nas yang sahih tentang ibadah tersebut. Perkara berlaku pada hari ini tanpa

disedari oleh masyarakat Islam yang dikenali sebagai bid‟ah dalam Jumaat.

78

Ibid. Hlm. 202. 79 Ibid. Hlm. 203

Page 54: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Hakikatnya, dosa melakukan bid‟ah adalah lebih berat berbanding dosa-dosa besar

seperti mencuri, membunuh dan minum arak. Ini kerana dosa bid‟ah sentiasa berpaut

erat dengan melibatkan iktikad seseorang.80

Bahkan ada dosa bid‟ah yang secara

langsung disertai dosa syirik sebagaimana firman Allah s.w.t::

Maksudnya:

“Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu)

mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan

gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang

yang rugi.”

Sufyan ats-Tsauri81

telah berkata: “Bid‟ah itu lebih disukai iblis daripada

kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan

pelaku bid‟ah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebid‟ahannya.” Ini kerana,

pelaku bid‟ah merasakan perbuatannya baik dan dengan perbuatan bid‟ah itu dia

bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, pelaku bid‟ah tidak

pernah terfikir untuk bertaubat kepada Allah dari perbuatannya. Bahkan, dengan

perkara bid‟ah yang dilakukannya dia mengharapkan pahala.82

80

Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man. Hlm. 53.

81 Nama sebenar beliau ialah Sufyan bin Sa‟id bin Masruq ats-Tsauri. Lahir dan membesar di Kufah

pada tahun 97 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 161 Hijrah. (Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-A‟a-

lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi‟. Lubnan. Darul „Ilmi lil Malayiin. Jilid 3. Hlm. 104) 82 Abu Ahmad Yasin. 2009. Op.cit. Hlm. 54.

Page 55: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Bid‟ah dari segi bahasa Arab bererti sesuatu yang tidak ada permulaan. Sebagaimana

firman Allah s.w.t:83

Maksudnya:

“Katakanlah lagi: Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara Rasul-

rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku

dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa

yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang

Rasul pemberi amaran yang jelas dan nyata".

Al-Ahqaaf (46): 9

Dari sudut bahasa, bid‟ah ialah sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa

yang lepas.

Dari segi syarak, bid‟ah ialah satu perkara yang direka dalam agama yang seakan-

akan sama atau menyerupai hukum syarak yang bertujuan untuk pengabdian

(menghampirkan diri) kepada Allah tetapi tidak mempunyai sebarang dalil syarak

yang sahih terhadap kesahihan perbuatan tersebut, sama ada dari segi asal ataupun

keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.

Perhatikan bahawa definisi bid‟ah merangkumi tiga fakta penting:

1) Rekaan baru dalam agama yang menyerupai syarak.

2) Bertujuan menghampirkan diri kepada Allah.

83 Ibid. Hlm. 55

Page 56: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3) Tidak mempunyai dalil yang sahih atau contoh yang sahih berkenaan

perbuatan tersebut.84

Antara perkara bid‟ah yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini tanpa disedari

ialah mengangkat tangan dan mengaminkan doa ketika khutbah Jumaat. Kita rujuk

kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah

mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa:- dari Imam Muslim (874) dan Abu

Daud (1104) telah meriwayatkan :

نا نا ون لىن ا ن ن ن ن نا ن ؤ ي ب ن ن ىنا ا نن و)

نيفن ي نمج ن:نو ون ن ن:ن)ن ي ون(ن ن ن ا نا قيبلحن الل ن تي

ن ي ونا ان ذ ن ن ون الل نصللىن الل ن ل ن لل نا ن ن لىن و

ب ن ا لب ن اإص

Maksudnya:

“Dari 'Umaarah Ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di

atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila

melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata :'Semoga Allah

menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah s.a.w.

tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan

mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini di dalam Sharh Muslim

menyatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat

tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa di dalam khutbah Jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang

84 Ibid. Hlm. 57.

Page 57: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

membaca doa ketika menyampaikan khutbah, dimana khatib cuma perlu

mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua-dua tangannya. Makmum

tidak perlu melakukannya, sekadar meng'amin'kan dengan suara perlahan.85

Syeikh Ibn Utsaimin rahimahullah mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat

tangan jika khatib sedang mendoakan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana

Rasulullah s.a.w. pernah mengangkat tangannya ketika berdoa kepada Allah meminta

hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut

mengangkat tangan. Menurut beliau, di dalam situasi lain tidak disunatkan

mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah.86

Ibnu Taimiyyah dalam Ikhtiyaraat-nya meyebutkan:

“Hukumnya makruh bagi seorang imam untuk mengangkat kedua

tangan ketika berdoa dalam khutbahnya dan ini jawapan yang paling

shahih dari dua pilihan yang ada pada sahabat-sahabat kami, kerana

nabi selalu memberikan isyarat dengan jari telunjuknya apabila

berdoa. Adapun dalam doa istisqo`, beliau mengangkat kedua

tangannya, yaitu sewaktu minta hujan dan di atas mimbar.”87

Dalam erti kata lainnya, perbuatan mengangkat tangan semasa Imam sedang

membaca doa ketika khutbah Jumaat juga tidak dilakukan oleh Rasulullah dan

sahabat-sahabat baginda. Kita boleh mengaminkan dengan kadar suara yang rendah.

Larangan mengangkat tangan ini dikenakan kepada Imam yang membaca khutbah,

dan sudah semestilah makmum yang mendengar khutbah tidak perlu juga mengangkat

tangan ketika berdoa'.88

85 http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736 86 Fataawa Arkaan al-Islam. Hlm. 392. 87 Al Ikhtiaraat hal : 80 dan Fathul Bari. Jil. 2. Hlm. 412. 88 http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/62865-hukum-mengangkat-tangan-

danmengaminkan-doa-ketika-khutbah-jumaat.html

Page 58: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Di sini penulis akan memberikan penjelasan tentang bid‟ah dalam Jumaat yang telah

penulis nyatakan tadi. Walaupun amalan-amalan yang telah disebutkan oleh penulis

merupakan bid‟ah. Namun ia tidak bererti amalan tersebut tidak boleh diamalkan oleh

umat Islam pada hari ini walaupun amalan tersebut tidak pernah dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w. Sunnah lawan kepada istilah bid‟ah. Sunnah ialah perkara-perkara

yang terhurai di bawah nas-nas prinsip-prinsip syara‟ seperti ijma‟, qiyas atau

perkara-perkara yang terhurai di bawah maslahah yang diterima syara‟ walaupun ia

tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, maslahah tadi mestilah tidak

bertembung dan bertentangan dengan nas dan prinsip-prinsip syara‟ serta

menimbulkan mafsadah (kerosakan).

Orang ramai telah menerima pakai pembaharuan yang berlaku selepas tiga kurun

pertama sejarah Islam seperti pemberian baris dalam ayat-ayat al-Quran, titik-titik

huruf, penyusunan juzuk-juzuk, penomboran surah-surah dan bilangan ayat,

penerangan antara ayat Makiyyah dan Madaniyah di permulaan setiap surah serta

tanda-tanda waqaf boleh dan waqaf yang dilarang. Orang ramai juga menerima

pembukuan ilmu-ilmu bahasa, Usul Fiqh, Usuluddin dan lain-lainnya.

Imam Ghazali r.a. menyebut dalam kitab Ihya‟nya (2:428): “Bukan semua perkara

baru itu dilarang tetapi perkara yang ditegah itu sebenarnya ialah apa yang

bertentangan dengan Sunnah yang thabit (yang diterima sebagai dalil) dan meleraikan

suatu perkara itu dari sandaran syara‟”89

89

Dr. Umar Abdullah Kamil. 2008. Pengertian Sebenar Bid‟ah. Kertas kerja dibentangkan oleh Prof.

Dr. Muhammad ibn Ismail Zain al-Yamani di dalam Multaqa Tiga ulama‟ Makkah al-Mukarramah

di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri

Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Februari 2008.

Page 59: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Kesimpulannya, kayu ukur untuk menolak dan tidak menerima muhdath (perkara-

perkara baru yang tiada bandingan awal) yang menurut Rasulullah s.a.w. terbahagi

kepada saiyi‟ (buruk) dan hasan (baik) itu bukan kerana ia tidak pernah dilakukan

oleh orang terdahulu tetapi sebenarnya ialah sama ada ia bertembung dan

bertentangan dengan nas-nas, prinsip-prinsip syara‟ ataupun kaedah-kaedah istinbat.

Dengan pertentangan ini, maka ia menjadi tidak syar‟ie dan berlawanan dengan

syariat Allah. Inilah dia bid‟ah dhalalah iaitu kerana ia berlawanan dan bertentangan

dengan nas-nas dan dalil-dalil. Pada pandangan syara‟, ia menjadi mazmumah

(tercela) apabila dilakukan.

Setiap perbuatan dan tindakan yang tidak bertentangan dengan perintah dan larangan

Allah hendaklah dikelaskan (sama ada baik atau buruk) menurut kesan yang akan

berlaku hasil daripada perbuatan tersebut. Setiap perkara baru yang tiada kesan baik

atau buruk, maka ia termasuk dalam perkara mubah (yang diharuskan).90

Oleh yang demikian, bid‟ah dalam Jumaat yang penulis nyatakan sebelum ini adalah

dibenarkan untuk diamalkan oleh umat Islam pada hari ini selagi mana tidak

mendatangkan kemudaratan dan tidak melanggar hukum syara‟.

90 Ibid.

Page 60: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB TIGA

Page 61: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB TIGA

ANALISIS KAJIAN PENGHAYATAN SOLAT JUMAAT TERHADAP

MAHASISWA KUIS

3.1 Pengenalan

Setelah penulis menjelaskan berkenaan pengetahuan solat Jumaat di dalam bab dua

maka di dalam bab ini, perbincangan berkenaan pengetahuan terhadap solat Jumaat

tertumpu kepada hasil kajian daripada responden pelbagai usia, fakulti, semester dan

lain-lain. Para responden penulis terdiri daripada mahasiswa KUIS dalam lingkungan

umur 18 hingga 29 tahun seramai 50 orang sahaja. Mahasiswi tidak terlibat sebagai

responden dalam kajian penulis ini. Jawapan yang diterima daripada responden yang

berumur kurang dari 18 tahun tidak diambil kira kerana pengambilan pelajar KUIS di

peringkat asasi, diploma dan ijazah adalah berumur 18 tahun dan ke atas. Masyarakat

sekeliling yang berumur kurang daripada 18 tahun tidak dikira sebagai responden.

3.2 Latar Belakang Skop Kajian

Di dalam kajian ini, penulis telah mengedarkan sebanyak 50 helai borang kaji selidik

dan melakukan observasi untuk mendapatkan maklum balas daripada mahasiswa

KUIS tentang pengetahuan dan pandangan mereka terhadap solat Jumaat. Penulis

berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberikan kerjasama yang

baik dengan menjawab soalan pada borang kaji selidik dengan baik dan

mengembalikan kesemua 50 helai borang kaji selidik yang telah diedarkan.

Page 62: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3.3 Latar Belakang Responden

Di dalam kajian ini, penulis membuat penjadualan terhadap latar belakang responden

yang terdiri daripada mahasiswa KUIS seramai 50 orang dari pelbagai fakulti,

peringkat umur dan semester.

BAHAGIAN A

Jadual 3.1 adalah menunjukkan kepada peratus umur responden iaitu 18-20, 21-23,24-

26 dan 27-29 tahun yang telah mengisi borang kaji selidik penulis.

Jadual 3.1: Umur Responden

UMUR JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)

18-20 27 54

21-23 20 40

24-26 2 4

27-29 1 2

JUMLAH 50 100

Berdasarkan carta 3.1, 27 orang (54%) responden berumur di antara 18 hingga 20

tahun, 20 orang (40%) responden berumur di antara 21 hingga 23 tahun, 2 orang (4%)

responden berumur di antara 24 hingga 26 tahun dan seorang (2%) responden yang

berumur di antara 27 tahun hingga 29 tahun. Penulis mendapati bahawa kesemua

responden yang menjawab soalan pada borang kaji selidik penulis berumur 18 tahun

ke atas yang terdiri daripada mahasiswa KUIS yang berdaftar di peringkat asasi,

diploma dan ijazah.

Page 63: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Jadual 3.2: Fakulti Responden

FAKULTI JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)

FPM 10 20

Asasi 10 20

AI 8 16

FTSI 8 16

FBMK 7 14

Pendidikan 7 14

FSKS 0 0

JUMLAH 50 100

Berdasarkan jadual 3.2, 10 orang (20%) responden mewakili Fakulti Pengurusan dan

Muamalat (FPM) dan Fakulti Asasi, 8 orang (16%) responden mewakili Fakulti

Akademi Islam (AI) dan Fakulti Teknologi dan Sains Informasi (FTSI), 7 orang

(14%) responden mewakili Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan

Fakulti Pendidikan, dan tiada wakil (0%) responden yang mewakili Fakulti Sains dan

Kesihatan Sekutu (FSKS). Penulis mendapati fakulti FSKS tidak mempunyai wakil

kerana majoriti daripada pelajar tersebut berada di luar kawasan sewaktu kajian

dijalankan.

Page 64: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Jadual 3.3: Semester Responden

SEMESTER JUMLAH RESPONDEN PERATUS (%)

1 1 2

2 10 20

3 19 38

4 4 8

5 4 8

6 12 24

7 0 0

8 0 0

JUMLAH 50 100

Berdasarkan jadual 3.3, seorang (2%) responden adalah dari semester 1, 10 orang

(20%) responden adalah dari semester 2, 19 orang (38%) responden adalah dari

semester 3, 4 orang (8%) responden adalah dari semester 4 dan 5, 12 orang (24%)

responden adalah dari semester 6 dan tiada wakil (0%) dari semester 7 dan 8. Jumlah

responden yang paling ramai adalah dari semester 2, iaitu seramai 19 orang (38%).

Penulis mendapati jumlah responden yang berbeza-beza disebabkan oleh edaran

borang kaji selidik yang dilakukan adalah secara rawak tanpa memilih semester dan

jumlah responden yang paling ramai dari semester 2 juga adalah bersifat kebetulan

sahaja.

Page 65: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3.4 Pengetahuan Mahasiswa KUIS Mengenai Solat Jumaat

Di dalam kajian ini, penulis mengkaji tentang tahap pengetahuan mahasiswa KUIS

terhadap solat Jumaat.

BAHAGIAN B

Carta 3.4: Solat Jumaat pertama yang dilakukan oleh umat Islam.

Mesir

0%

Mekah

26%

Madinah

74%

Mekah

Madinah

Mesir

Berdasarkan carta 3.4, bagi soalan di mana solat Jumaat pertama ditunaikan oleh umat

Islam, 13 orang (26%) responden menyatakan di Mekah, 37 orang (74%) responden

menyatakan di Madinah, dan tiada orang (0%) responden menyatakan di Mesir.

Jawapan bagi soalan di atas adalah Madinah. Penulis mendapati terdapat sebahagian

kecil mahasiswa KUIS yang kurang arif mengenai sejarah solat Jumaat. Sejarah

berkaitan solat Jumaat ini menerangkan tentang pensyariatan solat Jumaat. Penulis

bependapat bahawa responden yang tidak mengetahui tentang sejarah solat Jumaat ini

disebabkan oleh sifat mereka yang kurang membaca dan sifat tidak ingin mengambil

tahu berkaitan solat Jumaat.

Page 66: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Carta 3.5: Hukum menunaikan solat Jumaat.

Sunat muakkad

4%

Fardhu ain

86%

Fardhu kifayah

10%Fardhu ain

Fardhukifayah

Sunatmuakkad

Berdasarkan carta 3.5, bagi soalan hukum menunaikan solat Jumaat, 43 orang (86%)

responden menyatakan fardhu ain, 5 orang (10%) responden menyatakan fardhu

kifayah dan 2 orang (4%) responden menyatakan sunat muakkad. Jawapan bagi

soalan di atas adalah fardhu ain. Penulis mendapati majoriti daripada mahasiswa

KUIS mengetahui hukum menunaikan solat Jumaat. Walaupun begitu, sebanyak 7

orang (14%) responden masih lagi tidak dapat menguasai ilmu asas berkaitan hukum

menunaikan solat Jumaat ini dengan baik. Hal ini perlulah diberikan perhatian yang

serius dan ditangani dengan segera.

Carta 3.6: Golongan lelaki Islam yang sudah baligh

diwajibkan ke atasnya solat Jumaat.

Tidak pasti

2%

Setuju

98%

Tidak setuju

0%

Setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Berdasarkan carta 3.6, bagi soalan golongan lelaki Islam yang sudah baligh

diwajibkan ke atasnya solat Jumaat, 49 orang (98%) responden menyatakan setuju,

seorang (2%) responden menyatakan tidak pasti dan tiada (0%) responden

Page 67: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

menyatakan tidak setuju. Penulis mendapati majoriti mahasiswa KUIS mengetahui

golongan lelaki Islam yang sudah baligh diwajibkan ke atasnya solat Jumaat.

Carta 3.7: Dua khutbah sebelum solat Jumaat

merupakan syarat sah solat Jumaat.

Tidak pasti

0%

Setuju

100%

Tidak setuju

0%

Setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Berdasarkan carta 3.7, bagi soalan dua khutbah sebelum solat jumaat merupakan

syarat sah solat jumaat. 50 orang (100%) responden menyatakan setuju dan tiada (0%)

responden yang menyatakan tidak setuju atau tidak pasti. Situasi di atas menunjukkan

semua responden faham bahawa dua khutbah sebelum solat jumaat merupakan syarat

sah solat jumaat. Selain itu, khutbah juga sinonim dengan solat Jumaat dan dua

khutbah merupakan ganti bagi dua rakaat solat Zohor.91

3.5 Pemahaman dan Pandangan Mengenai Solat Jumaat

Di dalam kajian ini, penulis mengkaji dan menyelidik mengenai tahap pemahaman

dan pandangan mahasiswa KUIS tentang solat Jumaat.

91

http://groups.google.gl/group/sinarislam/msg/2892397d7a74ba02.

Page 68: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAHAGIAN C

Carta 3.8: Waktu responden hadir ke masjid setiap hari Jumaat.

Ketika solat sedang

didirikan

0%

Ketika khatib sedang

berkhutbah

10%

Ketika azan

dilaungkan

34%

30 minit sebelum

azan pertama

22%

10 minit sebelum

azan pertama

34%

30 minit sebelum azan pertama

10 minit sebelum azan pertama

Ketika azan dilaungkan

Ketika khatib sedang berkhutbah

Ketika solat sedang didirikan

Berdasarkan carta 3.8, bagi soalan waktu responden hadir ke masjid setiap hari

Jumaat, 11 orang (22%) responden menyatakan mereka hadir pada 30 minit sebelum

azan pertama, 17 orang (34%) responden menyatakan mereka hadir pada 10 minit

sebelum azan dan ketika azan dilaungkan, 5 orang (10%) responden menyatakan

mereka hadir ketika khatib sedang berkhutbah dan tiada (0%) responden menyatakan

mereka hadir ketika solat sedang didirikan. Penulis mendapati tahap waktu kehadiran

mahasiswa KUIS ke masjid pada hari Jumaat berada pada tahap sederhana. Perkara

berkaitan kehadiran ke masjid telah dinyatakan oleh penulis dalam bab sebelum ini.

Carta 3.9: Responden mendengar dengan teliti

setiap isi khutbah yang disampaikan oleh khatib

Ya

80%

Tidak

20% Ya

Tidak

Page 69: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Berdasarkan carta 3.9, bagi soalan responden mendengar dengan teliti setiap isi

khutbah yang disampaikan oleh khatib, 40 orang (80%) responden menyatakan ya

manakala 10 orang (20%) responden menyatakan tidak.

Carta 3.10: Khatib menyampaikan khutbah dengan baik

Ya

92%

Tidak

8%Ya

Tidak

Berdasarkan carta 3.10, bagi soalan khatib menyampaikan khutbah dengan baik, 46

orang (92%) responden menyatakan ya manakala 4 orang (8%) responden

menyatakan tidak.

Carta 3.11: Teknik penyampaian khutbah yang disampaikan oleh khatib

mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir

Ya

88%

Tidak

12% Ya

Tidak

Berdasarkan carta 3.11, bagi soalan teknik penyampaian khutbah yang disampaikan

oleh khatib mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir, 44 orang (88%)

responden menyatakan ya manakala 6 orang (12%) responden menyatakan tidak.

Page 70: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Carta 3.12: Solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang positif

kepada peningkatan sahsiah responden

Tidak pasti

12%

Ya

88%Tidak

0%

Ya

Tidak

Tidak pasti

Berdasarkan carta 3.12, bagi soalan solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang

positif kepada peningkatan sahsiah responden, 44 orang (88%) responden menyatakan

ya, 6 orang (12%) responden menyatakan tidak pasti kesan yang berlaku ke atas diri

mereka manakala tiada (0%) responden yang menyatakan tidak kepada soalan di atas.

Carta 3.13: Responden menghayati hari Jumaat dengan mengamalkan

perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat

Ya

84%

Tidak

16% Ya

Tidak

Berdasarkan carta 3.13, bagi soalan responden menghayati hari Jumaat dengan

mengamalkan perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat, 42

orang (84%) responden menyatakan ya manakala 8 orang (16%) responden

menyatakan tidak kepada soalan di atas. Antara perkara sunat Jumaat adalah mandi

sunat Jumaat dan datang awal ke masjid dan lain-lain lagi sepertimana yang telah

dinyatakan oleh penulis dalam bab sebelum ini..

Page 71: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Carta 3.14: Pandangan responden tentang cara terbaik bagi meningkatkan

keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat

Isi khutbah yang

disampaikan perlulah

bersifat kontemporari

dan dikupas dengan

baik dan berkesan

12%

Khatib perlulah

seorang yang muda,

bersemangat dan bijak

mengawal suasana

6%

Pihak masjid perlu

memaparkan visual

tentang isi khutbah

yang disampaikan oleh

khatib

18%

Khatib perlu

menyampaikan

khutbah dengan nada

yang tegas dan jelas

40%

Para jemaah perlu

dibekalkan dengan

nota ringkas yang

dipetik daripada teks

khutbah

24%

Khatib perlu menyampaikankhutbah dengan nada yang tegasdan jelas

Para jemaah perlu dibekalkandengan nota ringkas yang dipetikdaripada teks khutbah

Pihak masjid perlu memaparkanvisual tentang isi khutbah yangdisampaikan oleh khatib

Khatib perlulah seorang yang muda,bersemangat dan bijak mengawalsuasana

Isi khutbah yang disampaikanperlulah bersifat kontemporari dandikupas dengan baik dan berkesan

Berdasarkan carta 3.14, bagi pandangan responden tentang cara terbaik bagi

meningkatkan keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat, 20 orang

(40%) responden memilih khatib perlulah menyampaikan khutbah dengan nada yang

tegas dan jelas, 12 orang (24%) responden memilih para jemaah perlu dibekalkan

dengan nota ringkas atau risalah pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah, 9

orang (18%) responden memilih pihak masjid perlu memaparkan visual tentang isi

khutbah yang disampaikan oleh khatib, 6 orang (12%) responden memilih isi khutbah

yang disampaikan perlulah bersifat kontemporari dan dikupas dengan baik dan

berkesan manakala 3 orang (6%) responden memilih khatib perlulah seorang yang

muda, bersemangat dan bijak mengawal suasana bagi meningkatkan keberkesanan

penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat.

Page 72: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

3.6 Observasi

Dalam proses mengumpul data, salah satu metod yang telah dilakukan oleh penulis

adalah melalui kaedah observasi. Melalui kaedah ini, penulis telah membuat

pemerhatian bagi melihat gelagat responden berkaitan perkara yang sedang dikaji oleh

penulis dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan dan mendapatkan maklumat

yang berkenaan.

Melalui metod ini, penulis telah melakukan pemerhatian selama empat minggu

bermula 12 Febuari 2010 dan berakhir pada 12 Mac 2010. Pemerhatian ini dilakukan

di Masjid al-Azhar KUIS sewaktu solat Jumaat. Penulis telah merekodkan beberapa

data berkenaan perkara yang dikaji oleh penulis.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, pada minggu yang pertama,

kehadiran responden yang awal ke masjid pada hari Jumaat sebelum azan pertama

dilaungkan adalah dianggarkan sekitar 25%. Pada minggu kedua sehingga minggu

keempat, penulis mendapati kehadiran responden yang awal ke masjid meningkat

kepada 30% sehingga 40%. Penulis mendapati, peningkatan ini berlaku disebabkan

minggu tersebut merupakan minggu peperiksaan akhir semester. Kebanyakan pelajar

yang menduduki peperiksaan selepas solat Jumaat hadir lebih awal ke masjid untuk

mengulangkaji pelajaran di saat akhir disamping mencari ketenangan di masjid

sebelum peperiksaan bermula.

Seterusnya, penulis telah mendapati bahawa terdapat sebilangan kecil yang tidak

memberikan tumpuan kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib kerana tertidur.

Sebilangan besar responden memberikan tumpuan yang baik kepada khutbah yang

Page 73: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

disampaikan oleh khatib. Penulis juga mendapati, khatib yang bertugas telah

menyampaikan khutbah dengan baik dan jelas.

Page 74: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB EMPAT

Page 75: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, penulis telah membuat kesimpulan

berpandukan persoalan kajian, hipotesis awal kajian, observasi dan juga laporan data

analisa.

Solat Jumaat adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh umat Islam yang telah

ditentukan oleh syara‟ di dalam al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, bertepatan

dengan hipotesis penulis, terdapat juga segelintir responden yang kurang mengambil

berat tentang kepentingan penghayatan solat Jumaat ini dalam membentuk sahsiah

responden yang merupakan mahasiswa KUIS. Pengetahuan responden berkaitan solat

Jumaat juga perlu dipertingkatkan bagi mendapatkan kefahaman dan penghayatan

yang baik dalam solat Jumaat. Selain itu, kebanyakan responden hanya menyibukkan

diri mereka dengan perkara yang bersifat duniawi tanpa berusaha mengejar ganjaran

yag ditawarkan pada hari Jumaat ini.

Penulis mendapati bahawa waktu kehadiran responden ke masjid setiap hari Jumaat

berada pada tahap sederhana. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) Islam,

perkara sebegini tidak seharusnya terjadi kerana ia mencerminkan keperibadian

responden itu sendiri sekaligus membawa imej yang kurang baik kepada KUIS.

Page 76: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Penulis juga mendapati bahawa terdapat sebahagian kecil responden yang tidak

mendengar dengan teliti khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mendengar khutbah

dengan baik mampu meningkatkan penghayatan solat Jumaat kerana isi khutbah yang

disampaikan oleh khatib kepada para jemaah mempunyai input yang berfaedah dan

tidak sia-sia.

Daripada pemerhatian penulis, kebanyakan responden bersetuju bahawa khatib

menyampaikan khutbah dengan baik dan teknik penyampaian khutbah yang

disampaikan oleh khatib mempengaruhi penghayatan jemaah yang hadir. Dalam hal

ini, khatib berperanan besar dalam mengadaptasi mesej yang hendak disampaikan

kepada para jemaah dengan cara yang terbaik agar para jemaah dapat meningkatkan

penghayatan solat Jumaat mereka.

Di samping itu, penulis mendapati daripada hasil kajian, kebanyakan responden

mengakui bahawa solat Jumaat yang didirikan memberi kesan yang positif kepada

peningkatan sahsiah mereka dan kebanyakan responden juga menghayati hari Jumaat

dengan mengamalkan perkara-perkara sunat dan kelebihan yang ada pada hari

Jumaat. Terdapat sebahagian kecil responden sahaja yang tidak bersetuju dengan

pernyataan ini.

Selain itu, penulis mendapati kebanyakan responden telah memberikan pelbagai

pendapat tentang bagaimana cara yang terbaik bagi meningkatkan keberkesanan

penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat. Kebanyakan responden memilih

khatib perlulah menyampaikan khutbah dengan nada yang tegas dan jelas. Selain itu,

terdapat juga sebahagian responden yang memilih para jemaah perlu dibekalkan

Page 77: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

dengan nota ringkas atau risalah pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah, pihak

masjid perlulah memaparkan visual tentang isi khutbah yang disampaikan oleh khatib,

isi khutbah yang disampaikan perlulah bersifat kontemporari dan dikupas dengan baik

dan berkesan serta khatib perlulah seorang yang muda, bersemangat dan bijak

mengawal suasana bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian khutbah pada

setiap solat Jumaat.

Solat Jumaat mengandungi pelbagai hikmah dan kelebihan yang tidak ada pada hari

lain selain hari Jumaat. Penghayatan solat Jumaat yang baik mampu memberi kesan

yang positif dalam membentuk sahsiah responden khususnya dan umat Islam

umumnya.

Oleh itu, hendaklah kita sebagai masyarakat bersama-sama menyebarkan maklumat

berkenaan solat Jumaat, kelebihan Jumaat dan kepentingan penghayatan solat Jumaat

kepada seluruh masyarakat disamping mengamalkannya demi kebaikan dan

kesejahteraan umat Islam bersama.

4.2 Saranan dan Cadangan

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh penulis, terdapat beberapa perkara yang perlu

diambil perhatian oleh individu yang terlibat, masyarakat sekeliling dan juga

pemerintah atau kerajaan negara bagi meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini.

Oleh itu penulis telah menyediakan beberapa saranan. Antaranya ialah:

Page 78: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

4.2.1 Peranan Negara dan Masyarakat

Penulis menganggap bahawa negara yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang

telah dipilih oleh rakyat adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menangani isu

berkaitan penghayatan solat Jumaat ini. Oleh itu, negara hendaklah peka dengan

perkara ini dengan mengambil beberapa langkah yang efektif bagi menangani isu ini.

Sebagai contoh, penulis mencadangkan agar pihak kerajaan menjadikan hari Jumaat

sebagai hari cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia bagi memudahkan umat Islam

memberikan tumpuan bagi melakukan ibadah pada hari Jumaat selain mengadakan

program kesedaran tentang kelebihan Jumaat. Di samping itu, masyarakat sekeliling

juga memainkan peranan yang penting untuk membantu pihak negara dalam

menjayakan program yang dilaksanakan oleh negara dengan melibatkan diri dan

memberi sepenuh kerjasama dan komitmen bagi memastikan isu ini dapat ditangani

dengan baik.

4.2.2 Peranan Ulama’ dan Institusi Agama Islam

Saranan penulis yang boleh membantu meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini

adalah melalui peranan para ulama‟ dan institusi agama Islam iaitu ulama‟ berperanan

mentarbiyah umat dan bukan mengikut pemerintah yang tidak melakukan syariat

Allah demi kepentingan diri semata-mata. Selain itu juga, pihak institusi perlulah

memberikan maklumat dan penjelasan yang tepat, berkesan serta berhemah kepada

setiap golongan masyarakat Islam tentang solat Jumaat dan kepentingannya.

Di samping itu juga, para ulama‟ dan institusi hendaklah mengadakan pembelajaran di

masjid-masjid atau surau-surau dan mengadakan forum agama berkenaan kepentingan

Page 79: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

penghayatan solat Jumaat dari pelbagai sudut dan aspek supaya perkara ini dapat

memberikan kefahaman yang jelas kepada umat Islam untuk mengamalkannya.

4.2.3 Peranan Institusi Pendidikan

Penulis menyarankan agar institusi pendidikan dapat menerapkan pembelajaran dan

pengetahuan mengenai akidah, akhlak dan ibadah sejak di peringkat sekolah rendah

lagi. Perkara ini juga perlu diteruskan di peringkat sekolah menengah mahupun di

institut pengajian tinggi (IPT) agar semua pihak sentiasa peka tentang kepentingan

ibadah solat Jumaat yang dilakukan. Pihak institusi pendidikan perlu memandang

serius dalam perkara ini kerana sahsiah seorang insan yang baik perlulah melalui

pendedahan dan kefahaman akidah, akhlak dan ibadah yang baik.

Sementara itu, pihak institusi pendidikan KUIS boleh mengambil alternatif

meningkatkan penghayatan solat Jumaat dengan pelbagai kaedah seperti mengadakan

kempen “jom solat Jumaat”, gerak gempur solat Jumaat kepada mahasiswa yang

tinggal di asrama, memaparkan informasi berkaitan solat Jumaat di papan-papan

kenyataan ataupun menjadikan kehadiran awal ke masjid pada hari Jumaat sebagai

merit usrah ataupun merit bagi program „mentor mentee‟.

4.2.4 Peranan Masjid

Penulis menyarankan agar pihak masjid dapat melakukan beberapa alternatif dalam

meningkatkan penghayatan solat Jumaat ini seperti memperkasakan metod

penyampaian khutbah supaya lebih berkesan dengan menggunakan alat bantu yang

sesuai, memilih pengisian khutbah berdasarkan isu semasa atau membekalkan nota

ringkas kepada para jemaah yang dipetik dari teks khutbah. Selain itu, pihak masjid

Page 80: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

juga perlu menyampaikan khutbah berkenaan kepentingan penghayatan solat Jumaat

agar para jemaah lebih memahami dan menghayati solat Jumaat mereka.

4.2.5 Peranan Pensyarah

Penulis menyarankan agar para pensyarah berperanan dalam menyebarkan maklumat

dan kefahaman kepada para pelajar berkenaan penghayatan solat Jumaat dalam waktu

kuliah mahupun tutorial supaya para pelajar mendapat informasi tambahan berkaitan

solat Jumaat secara tidak langsung. Selain itu, penulis juga menyarankan agar para

pensyarah dapat menyediakan sesi muhasabah, tazkirah ataupun soal jawab berkaitan

soal Jumaat bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan solat

Jumaat. Hal ini adalah perlu kerana tidak semua pelajar rajin membaca dalam

mendapatkan maklumat berkaitan solat Jumaat ini.

4.2.6 Peranan Ibu Bapa

Penulis menyarankan agar ibu bapa menerapkan ilmu agama berkaitan akidah, akhlak

dan ibadah yang secukupnya kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya

mereka dapat menjadi manusia yang berilmu dan berguna kepada agama dan

masyarakat. Dewasa ini, penulis berpendapat bahawa kebanyakan ibu bapa lebih

mementingkan ilmu akademik semata-mata selain hiburan dan sukan kepada anak-

anak mereka tanpa menghiraukan tentang pendidikan agama kepada anak-anak

mereka. Sebaliknya, pendidikan yang baik bagi anak-anak adalah bermula daripada

pengisian rohani dan tarbiah Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Page 81: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

4.2.7 Peranan Individu

Akhir sekali, penulis berpendapat bahawa pengetahuan dan pemahaman tentang solat

Jumaat ini boleh diperolehi oleh individu sendiri dengan pelbagai cara. Contohnya,

sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang perkara ini, membaca kitab

atau bahan bacaan yang berkaitan, mencari maklumat berkaitan di surat khabar,

internet dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa tabiat membaca dan penggunaan teknologi maklumat seperti

internet adalah satu tabiat yang baik dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan,

tetapi maklumat yang salah boleh mengakibatkan keburukan. Ini kerana manusia

adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh. Tidak mustahil bahawa seseorang

individu itu pada asalnya sekadar ingin mencari informasi dan menambah ilmu

pengetahuan tentang perkara ini, tetapi akhirnya menjadi seorang yang menentang

hukum Allah. Oleh itu kita perlulah sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih arif

supaya apa-apa persoalan yang belum terjawab akan terjawab dan tidak terpesong dari

apa yang sebenarnya.

Kesimpulannya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam

mengubah diri ke arah kebaikan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan

di akhirat kelak.

Page 82: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

LAMPIRAN

Page 83: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Borang Soal Selidik

Penghayatan Solat Jumaat di Kalangan Mahasiswa

KUIS

Diharapkan kepada pihak responden agar dapat memberikan kerjasama dengan

menjawab beberapa soalan yang dikemukan, segala maklumat dirahsiakan.

Maklumat daripada anda amat penting kepada penulis bagi menyempurnakan

penulisan ilmiah yang sedang dijalankan.

Bahagian (A) Latar Belakang

Sila tandakan jawapan pada soalan di bawah.

1. Umur:

a) 18 - 20 tahun

b) 21 - 23 tahun

c) 24 - 26 tahun

d) 27- 29 tahun

2. Fakulti:

a) AI b) FPM f) Asasi

c) FBMK d) FTSI

e) FSKS e) Pendidikan

3. Semester: a) 1 b) 2 c) 3 d) 4

e) 5 f) 6 g) 7 h) 8

Page 84: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Bahagian (B) Pengetahuan tentang solat Jumaat

Sila pilih dan tandakan jawapan pada soalan di bawah.

4. Solat Jumaat yang pertama ditunaikan oleh umat Islam adalah di:

a) Mekah

b) Madinah

c) Mesir

5. Hukum menunaikan solat Jumaat adalah:

a) Fardhu ain

b) Fardhu kifayah

c) Sunat muakkad

6. Solat Jumaat diwajibkan ke atas setiap golongan lelaki Islam yang sudah

baligh?

a) Setuju

b) Tidak setuju

c) Tidak pasti

7. Dua khutbah sebelum solat Jumaat merupakan syarat sah solat Jumaat?

a) Setuju

b) Tidak setuju

c) Tidak pasti

8. Syarat sah solat Jumaat memerlukan bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40

orang.

a) Setuju

b) Tidak setuju

c) Tidak pasti

Page 85: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

Bahagian (C) Pemahaman dan Pandangan Tentang solat Jumaat

9. Saya menunaikan solat Jumaat setiap minggu pada hari Jumaat.

a) Ya

b) Tidak

10. Saya hadir ke masjid setiap hari Jumaat pada:

a) 30 minit sebelum azan pertama

b) 10 minit sebelum azan pertama

c) Ketika azan dilaungkan

d) Ketika khatib sedang berkhutbah

e) Ketika solat sedang didirikan

11. Saya mendengar dengan teliti setiap isi khutbah yang disampaikan oleh

khatib.

a) Ya

b) Tidak

12. Khatib menyampaikan khutbah dengan baik, jelas dan berkesan.

a) Ya

b) Tidak

13. Teknik penyampaian khutbah yang disampaikan oleh khatib mempengaruhi

penghayatan jemaah yang hadir.

a) Ya

b) Tidak

14. Isi khutbah yang disampaikan oleh khatib memberi input yang baik kepada

saya.

a) Ya

b) Tidak

15. Solat Jumaat yang saya dirikan memberi kesan yang positif kepada

peningkatan sahsiah saya.

Page 86: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

a) Ya

b) Tidak

c) Tidak pasti

16. Saya menghayati hari Jumaat dengan mengamalkan perkara-perkara sunat

dan kelebihan yang ada pada hari Jumaat.

a) Ya

b) Tidak

17. Pada pandangan anda, apakah cara yang terbaik bagi meningkatkan

keberkesanan penyampaian khutbah pada setiap solat Jumaat?

a) Khatib perlulah menyampaikan khutbahnya dengan nada yang tegas dan

jelas.

b) Setiap ahli jemaah perlu dibekalkan dengan nota ringkas atau risalah

pengajaran yang dipetik daripada teks khutbah yang dibacakan oleh

khatib.

c) Pihak masjid perlulah memaparkan visual tentang isi khutbah yang

disampaikan oleh khatib.

d) Khatib perlulah seorang yang muda, bijak mengawal suasana dan

bersemangat.

e) Lain-lain cadangan:

……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………

…………

18. Pada pandangan anda, apakah cara yang terbaik untuk meningkatkan

penghayatan solat Jumaat di kalangan mahasiswa KUIS?

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

………………

… Terima kasih atas kerjasama anda …

Page 87: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BIBLIOGRAFI

Page 88: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BIBLIOGRAFI

AL-QURAN AL-KARIM

Al-Quran.

Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. 1988. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada

Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan

Perdana Menteri.

KITAB AL-HADITH

Al-Bukhari, Abu „Abdullah Muhammad Bin Isma‟il Bin Ibrahin Al-Ju‟fi, 1994, Sahih

Al-Bukhari, Beirut: Dar Al-Ma‟rifah.

BUKU BAHASA MELAYU

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah

Mazhab Syafie Bersuci & Sembahyang. Jilid 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sd. Bhd.

Akmal Hj Md Zain. 2009. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat. Kuala Lumpur: Darul

Nu‟man.

Johari El-Yamani & Ustaz Junaid Talip. 2003. As-Solat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.

Abu Ahmad Yasin. 2009. Memori Jumaat: Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya.

Kuala Lumpur: Darul Nu‟man.

Umar Bin Abdul Mun‟im Salim. 1999. Petunjuk Nabi Tentang Amalan Pada Siang

dan Malam Jumaat. Kuala Lumpur: Penerbitan Darul Iman.

Abdul Aziz Ismail. 2008. Solat Jumaat, Huraian Menurut al-Quran dan Hadis. Kuala

Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Seman bin Haji Jaafar. 2007. Agenda Hari Jumaat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah

Publication.

Page 89: Penghayatan Solat Jumaat Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis

BUKU BAHASA ARAB

Al-Ustaz Doktor Wahbah Az-Zuhaili. 2005. Al-Wajiz fil Fikh Al-Islami. Damsyik:

Darul Fikir.

Khairiddin az-Zirikli. t.t. Al-A‟a-lam Qamus Tarajim. Juzuk Rabi‟. Lubnan: Darul

„Ilmi lil Malayiin.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Dr. Umar Abdullah Kamil. 2008. Pengertian Sebenar Bid‟ah. Kertas kerja

dibentangkan oleh Prof. Dr. Muhammad ibn Ismail Zain al-Yamani di dalam

Multaqa Tiga ulama‟ Makkah al-Mukarramah di Dewan Besar Pusat Islam

Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri

Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Februari 2008.

KAMUS

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

LAMAN WEB

http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/62865-hukum-mengangkat-tangan-

danmengaminkan-doa-ketika-khutbah-jumaat.html.

http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736.

http://psittacula.wordpress.com/2007/09/28/jumaat-penghulu-segala-hari/.

http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk7.htm.

http://groups.google.gl/group/sinarislam/msg/2892397d7a74ba02.